Kerabu Bersuara ® |
- Zaid Ibrahim tu UMNO dah reject?
- Keputusan rasmi: Azmin, Izzah masih mendahului calon lain
- Anwar Tidak Akan Tunduk Desakan Zaid
- Aziz Bari: Politik Apa Yang Zaid Mainkan?
- Sebanyak 32 Lubang, Lekukan Peluru Ditemui Pada Kereta Dipandu Aminulrasyid
- Dr Asri: Surat Terbuka Untuk Yang Berhormat DSAI
- Raja Muda Perlis Mahu Projek Tangani Bencana Diberi Keutamaan
- Kelantan Anggar Bajet Defisit RM53.24 Juta Tahun Depan
- Reaksi Anwar Terhadap Zaid
- Ustaz Azizan Tibai Muhyiddin! Padan Muka
- Tidak patriotik: Zahid singgung bukan Melayu
- Memilih Janda Atau Anak Dara
- Para isteri dipindahkan sebagai pengundi pos di Galas
- Drama Tragis Politik Negara: PRK Galas dan Batu Sapi
- Negara Islam: Bekas Adun MCA minta maaf
- Khalid tidak sokong Menara Warisan
- Zaid Kembali Ke Zaman Mabuk!
- Gaji ADUN Kelantan dalam dinar, dirham
- Nurul Izzah: Dia bukan Anwar kalau tak berjuang untuk kepercayaannya
- [Gambar] Masih Ingat Paderi Si Pembakar al-Quran
- Pujian untuk memperalatkan Nurul Izzah?
- [Gambar] Lawak! Sayang Kereta Punya Pasal
- Analisis: Cita-cita tinggi Zaid-PKR, risiko pemilihan langsung
- Gunung Merapi hambur awan panas satu kilometer
- Penggemblengan harta intelektual
| Zaid Ibrahim tu UMNO dah reject? Posted: 09 Nov 2010 03:00 PM PST Zaid Ibrahim berjaya mengistihaarkan bahawa beliau layak jadi Ketua PKR yang baru, ini diluahkan semasa sidang akhbar yang diadakan dirumah beliau apabila ada wartawan bertanya kepada beliau, siapakah patut jadi Ketua PKR yang baru, jawabnya saya fikir saya boleh. Rupa-rupanya beliau menyertai PKR nak jadi Ketua bukan nak melihat Pakatan Rakyat jadi kuat dan dapat menawan PUTRAJAYA. Zaid Ibrahim jadi begini kerana kesilapan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi melantik beliau jadi Senator dan diberi jawatan Menteri, Gahnya tidak terkira, mahu dilihat beliaulah yang hebat, dan sungguh permainan politiknya hebat, bukan saja sekarang tapi semasa dalam UMNO dulu lagi, sepak teranjang beliau membuat UMNO Bahagian Kota Bharu punah sehingga kini belum pulih lagi. Kepintaran beliau bermain politik berjaya sehingga hari ini kerana samasa hayat politiknya mahu berakhir dalam UMNO beliau keluar UMNO dan menyertai PKR, dalam PKR beliau diberi banyak keistimewaan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Walau pun orang baru dalam PKR beliau telah menonjol sebagai salah seorang pemimpin masa depan PKR. Kini beliau mahu menawan hati ahli-ahli PKR supaya menyebelahi beliau dan menjatuhkan Anwar Ibrahim, beliau nampaknya mahu menjadi Ketua PKR dengan harapan apabila Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR berjaya menumbangkan BN dalam piliharaya umum yang akan datang maka beliaulah yang akan jadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 nanti. Sikap yang tidak mengenang budi yang ada dalam dirinya boleh merusakkan perjuangan murni rakyat yang mendokong 'Reformasi' yang mahu melihat Kerajaan Malaysia dimasa depan akan lebih bersih dan lebih baik apabila Pakatan Rakyat memerintah. Mujurlah Tuhan telah menyekat awal-awal lagi kemaraan beliau yang bercita-cita tinggi itu dengan mengalahkan beliau dari terus merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, beliau mengaku ditengah jalan tapi meneruskan hasrat 'biar sama saja' didalam PKR. Sekiranya beliau berjaya menjadi Timbalan Presiden PKR sudah pasti Wan Azizah akan dimamahnya hidup-hidup supaya jawatan Presiden itu kosong dan beliaulah yang akan bertindak sebagai Presiden. Dengan arus politik Malaysia sekarang sudah jelas rakyat akan menolak Kerajaan BN yang gagal mentarbiahkan pemimpinnya supaya tidak menyombong dan memperkayakan diri dan keluarganya yang mengakibat rakyat tidak akan memilih BN dalam PRU 13 nanti. Apabila Kerajaan ditolak oleh rakyat maka tentunya Pakatan Rakyat dapat membentuk Kerajaan dan pada waktu itu akan gilalah Zaid Ibrahim nak jadi Perdana Menteri Malaysia sedangkan orang yang berperangai seperti Zaid Ibrahim ini tidak layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri kerana sikapnya 'dia saja yang betul' dan melihat orang lain mesti menurut kehendaknya. Dalam kemelut PKR sekarang ini sebenarnya Anwar Ibrahim yang salah, salah kerana mudah menerima Zaid Ibrahim dalam barisan penting kempimpinan PKR, melantik Zaid Ibrahim kedalam Biro Politik, memberi tugas sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat, memberi jadi calun PR di Hulu Selangor dan melantik beliau jadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan tanpa menyelidik apakah tujuan sebenar Zaid Ibrahim ingin menyertai PKR. Anwar Ibrahim bernasib baik, mujur tembelang Zaid Ibrahim dapat dilihat dengan cepat dan Zaid Ibrahim sendiri membuka tembelangnya. Hari ini Zaid Ibrahim berjaya mempengaruhi beberapa orang kuat PKR bersamanya untuk menghancurkan PKR dari dalam dengan bertindak memburuk-buruk Anwar Ibrahim dan Azmi Ali. Kenapa Zaid Ibrahim tidak memburukkan Wan Azizah Ismail selaku Presiden PKR. Kerana Zaid Ibrahim tahu sekiranya beliau memburukkan Wan Azizah Ismail itu bererti beliau membuka pekung didadanya sendiri kerana Wan Azizah Ismail adalah orang yang bersih dan diterima oleh seluruh rakyat jelata. Zaid Ibrahim nak jadi Ketua PKR tapi takut kepada Wan Azizah Ismail. Jadi menitilah beliau pada dahan yang bongkok. http://newkk.blogspot.com/2010/11/zaid-ibrahim-tu-umno-dah-reject.html |
| Keputusan rasmi: Azmin, Izzah masih mendahului calon lain Posted: 09 Nov 2010 07:30 AM PST Oleh Fazy Sahir PETALING JAYA: Setelah 87 cabang selesai membuat pemilihan pada ahad lalu, naib presiden PKR Azmin Ali masih mendahului calon lain dalam pertandingan jawatan timbalan presiden dengan mendapat 6,467 undi. Manakala pesaing terdekatnya Datuk Zaid Ibrahim yang membuat kejutan mengumumkan untuk menarik diri semalam berjaya memperoleh 3,988 undi. Keputusan rasmi yang diterima daripada laman web rasmi PKR, menyaksikan undi majoriti antara Azmin dan Zaid kini 2,479 undi. Seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub masih ketinggalan dengan hanya mendapat 1,215 undi. Bagi jawatan naib presiden pula ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut mendahului calon senior lain dengan mengumpul 6,518 undi. Beliau diekori rapat oleh empat calon lain yang Pengarah Strategik Tian Chua dengan (5,115), Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh (4,509), Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mansor Othman (4,269) dan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan (3,039) undi. mussIzzah yang juga anak sulung kepada pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat merupakan calon kegemaran untuk jawatan naib presiden tersebut. Jawatan majlis pimpinan pusat pula, Pengarah Penerangan Selangor Dr Badrul Amin Bahron mendahului calon lain dengan memperoleh 4,317 undi. Ini diikuti empat calon yang memperoleh undi tertinggi seperti; Khalid Jaafar (3,478), Adun Bukit Lanjan Elizaberth Wong (3,448) dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian (3,421). Sementara itu, persaingan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) sengit apabila hanya 31 undi memisahkan calon Shamsul Iskandar Md Akin dan Badrul Hisham Shaharin (CheguBard). Shamsul memperoleh 1,849 manakala Chegubard dengan 1,818 undi. Khairul Anuar yang menyertai kem Shamsul dan bertanding jawatan timbalan ketua AMK pula mendahului dengan 1,926 manakala Adun Teja Chang Lih Kang pula 1,542 undi. Ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin masih di depan bagi jawatan ketua wanita dengan 1,999 manakala dua calon lain Suraya Sudin 710 dan Animah Ferrar dengan 529 undi. Persaingan timbalan ketua wanita, Adun Batu Tiga Rodziah Ismail mendapat 2,431 manakala Asmah Abd Kadir dengan 572 undi. Dijadualkan 135 cabang lagi akan meneruskan pengundian sebelum Kongres Nasional mengambil tempat pada penghujung November ini. Kongres akan bermula 26 sehingga 28 November di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Keputusan calon yang menang akan diumumkan di Kongres itu kelak |
| Anwar Tidak Akan Tunduk Desakan Zaid Posted: 09 Nov 2010 07:00 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan tunduk terhadap desakan Datuk Zaid Ibrahim yang memintanya berundur daripada parti itu dan menyifatkannya sebagai satu pandangan peribadi. Bagaimanapun, katanya beliau sedia mempertimbangkan perkara itu sekiranya ada desakan daripada pemimpin parti tersebut yang mahu beliau berundur daripada PKR. "Itu pandangan dia (Zaid). Namun jika ada konsensus daripada kalangan pimpinan saya akan pertimbangkan tetapi dalam perkara ini tidak pernah saya dengar lagi. Ini kali pertama kali saya dengar daripada Zaid," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari Selasa. Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam sidang medianya hari ini menggesa Penasihat PKR itu dan Naib Presiden parti Mohamed Azmin Ali berundur kerana merekalah punca segala masalah dalam parti. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pandangan tersebut disuarakan bagi memastikan PKR terus relevan sebagai sebuah parti pembangkang dengan berkesan. Anwar juga meminta Zaid supaya mengemukakan ketidakpuasan hatinya berhubung proses pemilihan parti itu kepada jawatankuasa pemilihan serta jawatankuasa disiplin parti tersebut. Beliau berkata aduan yang dikemukakan itu akan diteliti dan disiasat secara terperinci dan sekiranya dakwaan yang dikeluarkan Zaid sebelum ini adalah benar, maka tindakan selanjutnya akan diambil. |
| Aziz Bari: Politik Apa Yang Zaid Mainkan? Posted: 09 Nov 2010 06:30 AM PST eddieputra Sebagai seorang ahli politik yang bergerak dalam satu pasukan, Datuk Zaid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak melulu hanya kerana tidak berpuas hati tentang beberapa perkara dalam parti lalu membuka ruang kepada musuh untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat, ujar Prof Dr Abdul Aziz Bari. "Sebagai ahli parti beliau boleh bercakap apa yang dia hendak. Tetapi saya rasa sebagai pemain dalam pasukan dia kena bertanggungjawab dan cerdik sikitlah. "Jadi saya tidak fikir apa yang dilakukan oleh Zaid itu sebagai tindakan yang bijaksana. Maknanya dia tidak puas hati, dia bakar kapal," ujar Aziz. Aziz yang juga pensyarah undang-undang berkata, Zaid perlu bertindak profesional jika ada pun ketidakpuasan hati dalam isu pemilihan parti misalnya, kerana sebagai seorang yang dikatakan komited dengan perjuangan, tindakan beliau juga hendaklah rasional dan mendokong perjuangan parti. Menurut Aziz, semua maklum dalam soal pemilihan ada kelemahan kerana ini kali pertama dan PKR berhadapan dengan ahli-ahli yang tidak biasa dengan proses ini selain daripada sabotaj luar dan sebagainya, dan dia(Zaid) kena bersabarlah. "Sebagai seorang yang kononnya komited dengan perjuangan mendemokrasikan Malaysia baru, dia tidak sepatutnya mengambil jalan ini kerana ini akan menjadi bahan kepada musuh-musuh atau mereka yang tidak mahu berubah ini. "Jadi saya rasa Zaid telah tersilap besar dan dia dengan tidak semena-mena menyediakan peluru untuk mereka yang tidak suka demokrasi, yang tidak suka pembaharuan Malaysia," tambah Aziz lagi. Selepas membuat keputusan mengejut semalam dengan meletakkan semua jawatan dalam parti dan menarik diri dari pemilihan PKR, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu hari ini, turut mengecam supaya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berundur dari parti. Ia turut mengundang reaksi dari Aziz. "Siapa dia untuk menyuruh orang lain keluar. Dia boleh kata begitu sebagai seorang ahli parti tetapi saya fikir satu perkara yang lucu lah apa yang dia minta itu. Orang akan kata, siapa Zaid untuk menyuruh Datuk Seri Anwar keluar dari parti. "Datuk Zaid kena tahu siapa dia. Jangan semberono, main hentam sahaja. Apa yang berlaku ini pun tidak begitu ceria untuk masa depan dia dalam politik," kata Aziz lagi. Tambah Aziz, walaupun beliau tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku dalam parti itu, namun beliau percaya, bahawa setiap ahli parti mestilah mempunyai iltizam yang kuat untuk membawa perubahan kepada negara dan tidak goyah ketika berhadapan dengan masalah. Dalam nada sinis, Aziz seolah-olah memberi peringatan kepada Zaid agar kembali merenung matlamat asal pemimpin itu. "Saya rasa kita sepatutnya tidak lupa dengan gambar besar untuk membebaskan Malaysia daripada rasuah, daripada penipuan,daripada tekanan, daripada ISA dan sebagainya. Dan saya rasa, apa yang Zaid lakukan hari ini, ialah sesuatu yang berlawanan dengan apa yang disebut sewaktu meninggalkan Umno. "Sepatutnya sebagai seorang yang komited dengan parti dan perjuangan, dia semestinya tidak buat begitu," jelasnya kepada Tv Selangor. Bahkan menurut Aziz, tindakan seumpana itu menjadikan Zaid tidak ada bedanya dengan mereka yang keluar dari PKR kerana tidak mempunyai semangat juang dan matlamat yang jelas dalam parti. Malah ujarnya, tindakan kurang bijaksana Zaid itu tidak akan meninggalkan sebarang kesan kepada parti melainkan kepada diri beliau sendiri. " Dalam jangka masa panjang saya rasa tidak ada apa-apa. Sedangkan orang seperti Datuk Onn Jaafar dan orang seperti Tengku Razaleigh Hamzah sekalipun, tidak jadi apa setelah meninggalkan parti mereka, jadi siapalah Datuk Zaid ini kan…. Saya tidak fikir apa yang dilakukan beliau mendatangkan masalah pada parti. Saya rasa yang menerima risiko negatif itu dia sendiri," katanya. |
| Sebanyak 32 Lubang, Lekukan Peluru Ditemui Pada Kereta Dipandu Aminulrasyid Posted: 09 Nov 2010 06:00 AM PST SHAH ALAM, 9 Nov (Bernama) -- Mahkamah Sesyen Selasa diberitahu bahawa sebanyak 32 lubang dan lekukan peluru ditemui pada kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah pada hari dia dikatakan ditembak mati oleh seorang anggota polis. Ketua unit senjatapi dan kesan alat dari Seksyen Criminalistic, bahagian forensik, Jabatan Kimia, Shaari Desa berkata kesemua kesan itu ditemui semasa beliau memeriksa kereta bernombor pendaftaran BET 5023, yang diserahkan kepadanya oleh pegawai penyiasat pada 5 Mei lepas. Saksi ke-24 pendakwaan itu berkata beliau juga menemui satu kesan tembakan dari arah belakang kereta yang menembusi bahagian tempat letak kepala kerusi pemandu. Beliau berkata kesan lubang peluru turut ditemui pada belakang kereta, ekzos dan bahagian tangki minyak. Shaari berkata demikian pada perbicaraan Koperal Jenain Subi, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi, pada 26 April lepas, mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Beliau berkata selain tembakan, turut ditemui pada kereta itu ialah kesan perlanggaran seperti kerosakan pada sisi kiri bahagian depan dan penjuru depan sebelah kiri. Ditanya mengenai kedudukan penembak dengan kereta yang dipandu mangsa, Shaari berkata yang pasti, individu tersebut bukan dalam keadaan merangkak atau meniarap. Terdahulu, pada prosiding sebelah pagi, Shaari berkata beliau tidak dapat menganalisis satu serpihan peluru yang diterima dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang bagi mengenal pasti senjata yang digunakan kerana ia telah rosak dan tidak sesuai untuk dibuat perbandingan. Serpihan peluru itu dipercayai ditemui pada belakang kepala Aminulrasyid oleh pakar perunding kanan Jabatan Perubatan Forensik HTAR Dr Khairul Azman Ibrahim, yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa, yang disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya. Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung esok. |
| Dr Asri: Surat Terbuka Untuk Yang Berhormat DSAI Posted: 09 Nov 2010 05:30 AM PST SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERHORMAT DSAI Saya baru sahaja membaca kenyataan YB DSAI bahawa kenyataan menyuruh beliau berundur adalah satu perancangan. Ini rentetan Dato Zaid Ibrahim yang membuat gesaan yang sama. DSAI menyatakan bahawa saya juga telah digunakan oleh Utusan. Walaupun, pada awalnya saya berniat tidak mahu lagi menyentuh isu ini, tetapi perkataan 'digunakan' itu agak berat. Izinkan saya menyebut beberapa perkara; 1. Untuk pengetahuan DSAI, secara peribadi saya tidak memusuhi DS. Bahkan saya simpati dengan keadaan beliau sekarang. DS sendiri tahu adanya persahabatan yang baik antara pihak saya dan DS. Kenyataan saya tidak menyebut isu peribadi DS. Kenyataan saya hanya tentang soal keberkesanan pembangkang dan memastikan keseimbangan politik antara kerajaan dan pembangkang. 2. DSAI, biasanya apabila saya ingin melontarkan pandangan politik yang besar, saya akan merujuk terlebih dahulu kepada beberapa orang 'pemikir politik' yang –bagi saya- tajam dan kritis. Mereka akan memberi pandangan balas. Mereka ini sebahagian 'tidak mesra kerajaan' dan sebahagiannya neutral. Tapi dalam isu 'pengunduran DSAI', saya tidak merujuk kepada sesiapa. Saya hanya berpada dengan pemerhatian dan kajian umum saya. Ya, setiap kita di samping apa yang kita faham, kita juga mungkin mempunyai 'instinct' tersendiri dalam mengagak sesuatu perkara. Saya sendiri agak ragu-ragu sebelum kenyataan itu saya minta moderator saya siarkan dalam Minda Tajdid. Pada awal moderator Minda Tajdid sendiri pun risau. Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia. Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar. 3. Seperti yang pihak Utusan laporkan, mereka memetik dari website saya. Mereka tidak mengambil kenyataan itu dari mulut saya. Mereka memetiknya dari kenyataan yang disiarkan dalam website saya. Petikan mereka juga tepat, cuma tajuk agak 'garang'. Bukan kenyataan exclusive untuk mereka. Sebaliknya, Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung dari saya. Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan. 4. Saya pun tidak tahu bahawa Dato Zaid Ibrahim dan Saudara Mustafa Kamil Ayyub akan membuat tindakan dan kenyataan yang seperti itu. Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka. 5. Jasa, sumbangan dan kesan DSAI dalam bidang politik akan tetap dikenang dan menjadi sejarah tanahair. Di sudut pemikiran Islam, DSAI jauh lebih luas dari banyak pihak. Dari sudut pidato, DSAI masih mantap. Dari sudut umur, DSAI belum terlalu tua dalam politik. Namun, bagi saya jangka hayat politik seseorang bukan sahaja faktor umur dan pidato, banyak lagi persoalan lain yang wajar diambil kira. Salah satu unsur yang penting; kemampuan mengendali rakyat bawahan dan kemampuan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawa. Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot. Jika itu dapat ditingkat, atau dipertahankan, bererti kemampuan kepimpinan seseorang masih utuh. 6. Kita tetap memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan dalam negara ini. Jika mereka hendak menjadi kerajaan alternative pun, mereka mestilah jadi lebih baik, terurus, meyakinkan dan berkualiti. Itulah harapan rakyat marhaen seperti saya. 7. Apapun, saya tetap bersimpati dengan pergolakan akhir PKR, parti DSAI. Namun, hal ini memang boleh dijangkakan oleh ramai pemerhati dari awal lagi. Bukanlah hak saya mencampuri parti DSAI. Tetapi hak saya memberikan harapan atau pandangan kepada Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang kerana mereka mendapat peruntukan negara dan mereka penentu masa depan rakyat. 8. Apa yang berlaku, anggaplah itu pendapat saya secara peribadi. Bukan pandangan hukum, bukan juga satu paksaan. Pandangan yang boleh diterima dan ditolak. Bak kata YB Nurul Izzah, biarlah rakyat dan parti yang menentukan. Pandangan insan terdedah kepada salah dan silap. Apatahlagi pandangan insan kerdil seperti saya. Namun, masa yang berjalan dan peristiwa yang bakal terjadi akan memperlihatkan sejauh manakah kebenaran sesuatu andaian atau ramalan. Jika satu hari DSAI dapat bukti saya silap dalam andaian tersebut, maka rakyat tahu saya membuat andaian yang tidak tepat dan dengan redhanya saya akan berkata 'andaian saya salah!'. Jika sebaliknya, maka jawapannya pun sebaliknya. 9. Sebagai muslim, apa yang penting bagi saya, hubungan ukhuwwah islamiyyah antara saya dan DSAI harap tidak terputus. Politik kepartian boleh datang dan pergi, namun hati nurani Islam kita mesti kekal abadi. Saya telah sms secara peribadi kepada DSAI, agar tidak rosak hubungan Islamiyyah ini. Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya. Dengan ini, saya harap kenyataan media DSAI itu dapat dilihat sekali lagi. Apa pun, sekali lagi saya ingin maklum kepada DSAI, Alhamdulillah, tiada siapa yang menggunakan saya dan kita tetap saudara muslim. Wassalam. Mohd Asri Zainul Abidin 9 Nov 2010, 3.30 p.m |
| Raja Muda Perlis Mahu Projek Tangani Bencana Diberi Keutamaan Posted: 09 Nov 2010 04:15 AM PST KANGAR, 9 Nov (Bernama) -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu supaya projek menangani masalah bencana alam seperti banjir diberi keutamaan oleh pihak berwajib supaya bencana itu tidak berulang demi keselesaan rakyat. Titah baginda projek bagi mengatasi masalah itu sudah sekian laman dirancang tetapi belum disenaraikan untuk dilaksanakan bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), sedangkan banjir besar berulang. Baginda bertitah demikian pada program khidmat korporat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Sena dekat sini Selasa. Sempena program itu 200 kakitangan UniMAP yang diketuai Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin menyertai gotong royong membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Sena yang menjadi pusat pemindahan bagi hampir 200 mangsa banjir. Mangsa banjir turut menerima sumbangan hamper yang disampaikan oleh Raja Muda Perlis pada program itu. Baginda yang juga Yang Dipertua Yayasan Tuanku Syed Putra turut menyampaikan 10,000 botol air mineral sumbangan yayasan itu kepada UniMAP untuk diagih kepada mangsa bencana banjir. Pada majlis itu, UniMAP turut menerima sumbangan RM14,000 yang disumbangkan oleh Bank Muamalat dan Bank Rakyat serta empat syarikat tempatan bagi mengisi Tabung Bencana UniMAP. Turut berangkat ke program itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. |
| Kelantan Anggar Bajet Defisit RM53.24 Juta Tahun Depan Posted: 09 Nov 2010 04:00 AM PST KOTA BAHARU, 9 Nov (Bernama) -- Kerajaan Negeri Kelantan dijangka mengalami bajet defisit RM53.24 juta pada tahun depan dengan perbelanjaan mengurusnya dianggarkan berjumlah RM464.13 juta berbanding anggaran hasil RM410.89 juta. Defisit itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh tiga tahun pentadbiran kerajaan Pas Kelantan kerana pada tahun 2010 defisitnya berjumlah RM29.50 juta manakala defisit bajet 2009 berjumlah RM20.20 juta. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata bajet 2011 bertemakan "Bajet Penyayang" dengan anggaran hasil RM410.89 juta telah menunjukkan peningkatan berbanding anggaran hasil tahun 2010 yang berjumlah RM387.38 juta. "Namun kenaikan berkenaan masih tidak dapat menampung kenaikan perbelanjaan mengurus dan telah menyebabkan peningkatan defisit berbanding tahun 2010," katanya ketika membentangkan bajet negeri tahun 2011 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan penggal ketiga, di sini hari Selasa. Pembentangan bajet itu sepatutnya dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi digantikan oleh Husam. Husam berkata anggaran hasil tahun 2011 itu meliputi hasil cukai sebanyak RM86.64 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM217.49 juta, sementara terimaan bukan hasil sebanyak RM106.76 juta. Beliau berkata hasil tanah akan menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM107.21 juta atau 35.10 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil. Perhutanan menyumbang sejumlah RM144.21 juta atau 26.09 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil. Husam berkata kerajaan akan memperuntukkan RM4 juta untuk mengadakan paip sambungan bekalan air dari saluran utama ke kampung-kampung yang memerlukan bekalan air bersih selain melaksanakan sistem tender terbuka bagi peruntukan kerajaan persekutuan dalam meningkatkan bekalan air bersih yang bernilai RM445 juta sejak 2001 lagi. Beliau berkata dalam mengurangkan gejala sosial seperti berzina dan buang bayi, kerajaan menyediakan RM1.5 juta untuk pasangan yang kurang pendapatan agar dapat berkahwin melalui "gerbang Az-Ziwaaj". Katanya sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan untuk Skim Al-Itt'aam untuk menyediakan bantuan makanan ruji berupa beras kepada kumpulan masyarakat daif dan miskin. Husam berkata kerajaan negeri juga merangka tiga strategi dalam bajet tahun depan iaitu penjanaan ekonomi untuk semua rakyat; pembinaan insan yang berteras Islam; dan pembelaan golongan daif dan miskin, orang kurang upaya, armalah atau ibu tunggal, warga emas dan wanita. |
| Posted: 09 Nov 2010 03:35 AM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap bidasan terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang menggesanya supaya berundur sebagai ketua umum PKR mungkin ada kaitan dengan 'kempen bersepadu' untuk mencemarkan nama baiknya sebagai ketua pembangkang. "Itu pendapat peribadinya (Zaid). Jika ada konsensus daripada kepimpinan yang saya harus berundur saya akan patuhinya tetapi saya tidak pernah mendengar perkara seumpama itu," kata Anwar apabila diminta mengulas bidasan Zaid pada sidang medianya hari ini. Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, petang ini, Anwar berkata beliau tidak akan melayan lagi karenah Zaid yang dalam kemarahan ketika ini. Beliau juga mempersoalkan kesangsian masa yang digunakan untuk menyerang dirinya dan naib presiden PKR Azmin Ali. "Seperti yang diketahui terdapat kempen bersepadu di Utusan (Malaysia) menggunakan bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainal Abidin dan lidah pengarang akhbar itu tuntut saya letak jawatan. "Saya tidak tahu ini sebahagian daripada kempen itu. Saya tidak tahu tetapi memang ada usaha bersepadu untuk singkirkan Anwar." Katanya, jika ada desakan daripada Pakatan Rakyat menuntut beliau mengundurkan diri, beliau mungkin mempertimbangkannya. Namun, Anwar berkata beliau tidak akan melayan serangan daripada luar parti dan mereka yang tidak dapat menerima kekalahan. Utusan baru-baru ini menyiarkan artikel yang memetik Mohd Asri menggesa Anwar dan semua pemimpin "dinosaur" PKR supaya meninggalkan gelanggang politik. Semalam, Zaid membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletakkan semua jawatannya dalam parti. |
| Ustaz Azizan Tibai Muhyiddin! Padan Muka Posted: 09 Nov 2010 02:30 AM PST Banjir: MB Kedah bidas publisiti murahan Muhyiddin Harakahdaily ALOR SETAR, 9 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas perangai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat. Beliau menyifatkan, Muhyiddin dan Umno hanya menginginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan. "TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya. "Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ..." katanya dalam satu interbiu bersama akhbar rasmi PAS, Harakah. Minggu lepas, seramai 50,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat bencana banjir terburuk dalam sejarah negeri. Rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air. Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil turut mendakwa bahawa kerajaan negeri 'lembap' dalam memberikan pertolongan kepada mangsa banjir. Kenyataan Shahrizat dibidas oleh ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengatakan bahawa kenyataan Shahrizat itu bersifat melampau tatkala semua agensi kerajaan negeri tengah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir, kehadiran Shahrizat hanya bertujuan untuk bermain politik. Di samping itu, Azizan turut mempersoalkan kelewatan Muhyiddin untuk mengunjungi kawasan banjir di Kedah. "Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar," kata Azizan, sambil menambah bahawa timbalan perdana menteri telah pergi ke tempat yang salah untuk mendapatkan maklumat yang betul. "Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung. "Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata," katanya lagi. Selain itu, Azizan turut mengkritik kehadiran Muhyiddin ke negeri itu yang disambut dengan bendera-bendera Barisan Nasional di Stadium Sultan Abdul Halim. "Pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyiddin nak turun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian. Saya datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring saya," bidas Azizan. |
| Tidak patriotik: Zahid singgung bukan Melayu Posted: 09 Nov 2010 02:00 AM PST Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 9 Nov: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa memohon maaf dan menarik balik dakwaannya bahawa bukan Melayu tidak ramai menyertai tentera kerana kurang semangat patriotik. Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat pada sidang media di parlimen hari ini berpendapat, kenyataan Ahmad Zahid itu rasis, tidak berasas dan menyinggung perasaan bukan Melayu. "Saya terkejut dan terluka apabila 'tidak patriotik' tersenarai sebagai faktor kenapa bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera. "Kenyataan itu tidak boleh diterima seolah-olah bukan Melayu ini tidak setia kepada negara," kata Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin (PAS-Bukit Gantang) pula berpendapat, kemungkinan bukan Melayu kurang minat menyertai tentera kerana sering berlaku penyelewengan dalam pasukan itu termasuk kes enjin kapal terbang hilang. "Kenyataan itu bertentangan dengan 1Malaysia. Saya rasa mereka yang bukan Melayu ini tidak mahu terjebak dengan penyelewengan yang berlaku dalam tentera," katanya. Bagi Khalid Samad (PAS- Shah Alam) pula, beliau yakin bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera kerana tidak mahu diguna untuk kepentingan politik Umno. Menteri sewaktu menjawab soalan M Kula Segaran pagi tadi memberi empat sebab kenapa bukan Melayu kurang berminat menyertai pasukan tentera. Ianya termasuk disiplin yang ketat, gaji yang tidak setimpal, tiada inisiatif dan tiada semangat patriotik. Menurutnya, pada tahun 2009 seramai 8,100 telah direkrut dengan pecahan 90 peratus Melayu, 0.26 Cina dan 0.91 peratus India. Sehubungan itu, M Kula Segaran akan mengemukakan usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan kadar segera bagi membolehkan perkara tersebut dibahaskan. |
| Posted: 09 Nov 2010 01:30 AM PST Soalan: Dr, saya seorang janda muda yang berusia 26 tahun. Baru-baru ini saya telah bercinta dengan seorang pemuda di tempat kerja saya yang berusia 25 tahun. Kami bercadang untuk berkahwin. Namun keluarganya menghalang atas alasan saya seorang janda. Mereka menggunakan alasan agama kononnya agama tidak menyukai seseorang berkahwin dengan janda. Benarkah demikian pendirian Islam terhadap golongan janda seperti saya? Sham, Kuala Selangor Jawapan: Saudari yang dimuliakan. Islam tidak pernah memandang hina kepada golongan janda. Bahkan RasululLah s.a.w isteri-isteri baginda hampir kesemuanya janda. Poligami yang dianjurkan oleh Islam juga antara kebaikannya membantu golongan janda yang kehilangan suami. Namun begitu dari segi keutamaan, jika di hadapan seseorang lelaki ada pilihan antara seorang janda dan anak dara yang kedua-dua sama baik dari semua sudut, melainkan yang seorang anak dara dan seorang lagi janda, maka diutamakan anak dara. Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : "Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit". Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak. Juga mereka lebih redha dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra. Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya. Juga ada kalanya janda lebih baik berdasarkan kepada hajat lelaki yang inginkan janda untuk kebaikan tertentu. Seperti dia ingin wanita yang lebih matang, atau janda berkenaan lebih dapat menjaga anak-anaknya disebabkan faktor-faktor tertentu. Oleh itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim: Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: "Engkau telah kahwin wahai Jabir ?" . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : "Anak dara atau janda?". Jawabku : "Janda". Sabda baginda: "Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa". Aku kata kepada baginda: "Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka" Baginda bersabda : "Semoga Allah memberkatimu" atau baginda menyebut sesuatu yang baik. Hadis ini dan sebelumnya menggambarkan tujuan galakan Nabi s.a.w untuk memilih anak dara adalah demi kemesraan dan kebahgiaan rumahtangga. Namun jika seseorang ada alasannya yang tersendiri, di mana pemilihan janda itu membawa kebaikan tertentu kepadanya, maka itu adalah haknya. Dengan itu Nabi s.a.w tidak membantah setelah Jabir r.a. memberikan alasannya. Bahkan baginda mendoakan untuk Jabir kebaikan. Begitu juga seseorang wajar mengahwini janda untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti janda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi janda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana baginda Nabi s.a.w juga mengahwini sebahagian janda demi menolong mereka. Apa yang penting, saudari perlu sedar bahawa Islam tidak membenci dan memandang lekeh kepada golongan janda. Cumanya, hadis-hadis itu bercakap dalam bentuk perbandingan umum. Jika saudari seorang yang beragama dan berakhlak mulia melebihi anak dara lain yang ada dalam pilihan lelaki berkenaan, atau yang dicadangkan kepadanya, maka memilih saudari adalah lebih tepat. Allah Lebih Mengetahui Dr. Mohd Asri Zainul Abidin |
| Para isteri dipindahkan sebagai pengundi pos di Galas Posted: 09 Nov 2010 12:30 AM PST Faisal Mustaffa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menunjukkan prestasi yang teruk dalam pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung di Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah baru-baru ini. Tidak satu pun laporan media ketika ditemuramah jentera parti yang bertanding, termasuk calon-calon, yang mengucapkan terima kasih kepada SPR atas tanggungjawab yang dilaksanakan. Adakah pihak media terlupa untuk melaporkan atau pun sememangnya tiada pihak yang berterima kasih? Sepanjang kempen pilihan raya, parti-parti politik yang berkepentingan dan wartawan terpaksa mendedahkan banyak perkara yang mana didapati dilakukan SPR tidak dijalankan atas kewajipan mereka sebagai penyelaras. Apabila kita mempunyai pengerusi SPR dari bekas ketua setiausaha kerajaan, sudah tentu timbul syak wasangka mengenai kredibilitinya. Atas kapasitinya yang didakwa terdapat banyak kekangan dalam menjalankan pilihan raya, SPR tidak sepatutnya mengadakan kedua-dua pilihan raya pada waktu yang sama. SPR sememangnya mempunyai kuasa dalam penentuan tarikh pengundian dalam tempoh 60 hari. Hakikatnya kedua-dua wakil rakyat tersebut (yang mencetuskan kekosongan kerusi) meninggal dunia pada waktu berlainan, maka SPR pun boleh mengumumkan hari penamaan calon dan pengundian pada tarikh yang berbeza. Kakitangan bagi penyelarasan dan pemantauan juga boleh menggunakan tenaga kerja sepenuhnya dari satu PRK ke satu PRK yang lain, manakala pihak pengurusan SPR boleh memberi fokus sepenuhnya pada setiap satu. Saya memandang cara menjalankan PRK serentak ini telah menggandakan kos penyelarasan. Pengundi mendapat imbuhan SPR sepatutnya menggalakkan orang ramai menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada masa pilihan raya. Iklan lapuk yang disiarkan di televisyen dengan lagu sejak 20 tahun yang lalu tidak cukup memberi motivasi untuk pengundi keluar membuang undi. Bagi mencapai peratusan keluar mengundi yang tinggi, SPR sepatutnya melihat tarikh penetapan dalam penamaan calon dan pembuangan undi. Tarikh penamaan calon ditetapkan pada x (hari) dan pembuangan undi pada y (hari) amat tidak memberi kesenangan kepada kakitangan-kakitangan yang bekerja makan gaji untuk memilih wakil rakyat mereka, terutama mereka yang bermastautin di luar kawasan. PAS secara terang telah mengumumkan bahawa partinya akan membantu menyalurkan wang saku sebanyak RM250 kepada mereka yang datang dari luar kawasan Galas untuk mengundi tetapi PAS pula dituduh membeli undi. Sebenarnya tugas untuk menggalakkan pengundi luar datang mengundi ialah SPR, bukannya parti yang bertanding. Bagi mengelakkan daripada pertuduhan 'beli undi' SPR sepatutnya menggalakkan perkara yang sama. Perbuatan 'beli-undi' ini juga pernah berlaku pada pilihan raya umum lepas Mac 2008 secara terbuka di tempat letak kereta Bukit Jalil. Barisan Nasional telah mendirikan khemah bagi pengundi-pengundi luar pergi mengundi dan mengutip wang sebanyak RM200, dakwa Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok. Beliau juga mendakwa mereka yang datang untuk mengambil wang itu pengundi hantu yang didaftarkan di Kelantan. Namun, kedua-dua kes yang berlaku ini, SPR tidak mengambil sebarang tindakan pun, sungguhpun terdapat bukti-bukti lengkap. Selain itu, di dalam majlis makan malam Wanita Umno di Batu Sapi, RM20 diedarkan kepada pengunjung yang datang dan menyerahkan MyKad mereka. Sungguhpun Ketua Wanita Umno menyatakan ianya hanya diedarkan kepada jentera kempen, tetapi wartawan juga mendakwa mendapat RM20 tersebut dengan menyerahkan MyKadnya. Sungguhpun bukti rakaman penyerahan wang tersebut dibuat, masih tiada tindakan diambil terhadap Wanita Umno. Salahguna jentera kerajaan SPR juga perlu memberi penjelasan bagaimanakah timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin boleh mengetahui bahawa kemenangan 13 daerah mengundi berpihak kepada BN awal-awal lagi? Muhyiddin mengumumkan demikian kepada media persis seorang tukang tilik yang tidak memerlukan asap kemenyan. Walaupun nujuman ini dilaporkan oleh media, SPR tidak menyoalsiasat Muhyiddin mahupun membuat sebarang siasatan. BN telah menuduh bahawa pemberian wang zakat kepada Orang Asli di Gua Musang yang diedarkan oleh Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat semasa kempen mengundi Galas adalah satu perbuatan rasuah. Namun Muhyiddin juga didapati mengedar RM300 kepada setiap warga emas semasa berkempen di Kampung Batu Papan. Adakah terdapatnya perbezaan di antara kedua-dua kes tersebut? Di PRK Batu Sapi, semasa kempen masih berjalan, Perdana Menteri Najib Razak telah meluluskan dengan serta-merta projek membesarkan jalan di Jalan Sibuga bernilai sebanyak RM16 juta. Jika kita mengimbas kembali kepada tahun 2007, kerajaan Selangor (BN) juga telah mentarkan setiap lorong jalan di kawasan Ijok sepanjang tempoh PRK Ijok. Perbuatan-perbuatan ini jelas termasuk dalam kategori penyalahgunaan jentera kerajaan tetapi tidak ada satu pun diambil tindakan oleh SPR. Berlainan dengan Filipina, pilihan raya dikira batal apabila mendapati salah seorang calonnya berkempen di kawasan pedalaman menggunakan helicopter milik angkatan tentera udara. Begitu seriusnya perbuatan menyalahguna jentera kerajaan tetapi tidak dianggap penting oleh SPR di sini. Tidak dimaklumkan tentang status pemilih Di sebalik memansuhkan pengundian pos bagi anggota tentera dan polis, pada sukuan ketiga, SPR telah menambahkan pengundi pos seramai 18,493 orang yang ditukarkan status daripada pengundi biasa kepada pengundi pos. Tetapi menurut rekod, hanya terdapat 76 permohonan sahaja pengundi baru yang memohon sebagai pengundi pos. Secara sukarela SPR telah menambah banyakkan jumlah pengundi pos seolah-olah negara ini terdapat laut, gunung-ganang dan ketidakteraman sehingga terpaksa isteri-isteri anggota polis dan tentera dipindahkan sebagai pengundi pos di Galas. Malah, lebih mencurigakan apabila berdasarkan senarai pemilih yang dikemaskini bagi sukuan ketiga, penambahan pengundi pos di Kelantan sebanyak 3,187 orang, Kedah (2,876 pengundi) and Perak (2,007). Kenapakah jumlah yang besar seperti ini berlaku di negeri-negeri menjadi tumpuan Pakatan Rakyat? Di Pulau Pinang, 630 orang isteri tentera di dewan undangan negeri (DUN) Teluk Air Tawar memberitahu bahawa mereka tidak dimaklumkan bahawa status mereka ditukar sebagai pengundi pos. Malah, peraturan-peraturan pilihanraya (Pendaftaran Pemilih) pindaan 2002 dalam seksyen 2(b) menyatakan mana isteri seorang anggota tentera diberi pilihan sama ada mahu mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (undi pos) atau pengundi awam. SPR juga telah membuat keputusan untuk membawa pulang kertas undi dari empat kawasan Orang Asli di Belatim, Balar, Bihai dan Hau ke pusat pengumpulan kotak undi di dewan pusat sivik Gua Musang melalui helikopter tanpa mengiranya terlebih dahulu di pusat pengundian. Pada PRU 2008, undi bagi keempat-empat kawasan tersebut dikira di tempat mengundi terlebih dahulu tetapi ditukar kaedahnya pada PRK kali ini. Ini juga sudah tentu menimbulkan keraguan. |
| Drama Tragis Politik Negara: PRK Galas dan Batu Sapi Posted: 08 Nov 2010 11:30 PM PST Tidak perlu disebut lagi, semua telah tahu, UMNO/BN sedang berseronok dengan kemenangan mereka di Galas dan di Batu Sapi. Oleh itu, biarkan mereka. Biarkan mereka dibuai keseronokan, sedangkan yang bermaklumat di kalangan mereka sendiri sedar bahawa tiada yang perlu dibanggakan dengan kemenangan tersebut. Ini kerana, kemenangan di Galas adalah hasil dari kejayaan BN mengerahkan pengundi orang asli khususnya untuk keluar beramai-ramai mengundi calon BN. Maka sememangnya itulah apa yang dilakukan oleh pihak orang asli. Untuk PRK kali ini, hampir 90% dari orang asli keluar mengundi. Apa tidaknya, mereka dijamu dan dilayani sepanjang tempoh pilihan raya siang dan malam. Pihak ATM dikerahkan ke tempat-tempat mereka dan dianjurkan bermacam-macam kegiatan untuk menghiburkan orang asli. Di antara kegiatan yang diadakan ialah sukaneka, pertandingan karaoke dan sebagainya. Dari lebih kurang 1,600 pengundi orang asli, hanya 300 yang mengundi calon PAS. Ini bererti hampir 1,300 orang asli mengundi calon BN. Sedangkan majoriti BN hanya 1,190. Kesimpulannya, kemenangan BN di Galas adalah hasil undi orang asli. Namun persoalannya adakah mampu BN melayan dan menghibur mereka sebegini rupa pada Pilihan Raya Umum yang akan datang? Sudah pasti tidak; dan pada masa itu, insyaAllah dengan bantuan 300 pengundi orang asli yang istiqamah ini, kita akan mampu menyampaikan penerangan kita kepada mereka secara lebih berkesan. Pihak ATM pada masa itu di mana pula? Mereka akan dikerah pemimpin BN untuk 'berkhidmat' di kawasan mereka pula, kerana takut kalah. Galas akan dilupakan dan dengan itu akan kembali pada kita. Di Batu Sapi pula, keadaannya berbeza. Orang asli tiada tetapi yang ada hanyalah orang Melayu. Kebanyakan mereka dari keturunan Bajau dan Bugis. Mereka merupakan golongan yang daif dan bergantung kepada pembesar-pembesar BN. Ada yang saya temui bekerja di kilang papan dengan gaji hanya RM 7 sehari! Anak anak mereka tidak ke sekolah kerana mereka tidak mampu. Mereka hidup di kampung air. Rumah rumah papan yang dibina atas tiang di dalam kawasan air, samada laut ataupun sungai. Tiada geran untuk rumah-rumah ini, ianya boleh dirobohkan pada bila-bila masa. Kedai runcit di kampung air ini menjual beras dalam plaktik kecil berharga RM 1, minyak masak dalam plastik lagi kecil berharga 50 sen. Hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Golongan inilah yang menjadi sasaran UMNO yang datang dengan 'bantuan' dan wang. Mereka datang mendengar ceramah yang dianjurkan PR tetapi pulang dalam keadan kecewa kerana tiada buah tangan untuk mereka bawa pulang. Mereka gembira apabila mendapatnya dari pimpinan BN. Bagi mereka pemimpin BN 'kaya' dan mampu menolong mereka. Pemimpin PR miskin maka tiada makna menyokong PR! Sedangkan hakikatnya, kemiskinan mereka hasil dari dasar-dasar BN yang menghimpit mereka. 45 tahun berlalu dan golongan ini tetap dengan kedaifan mereka. Hanya pemimpin BN terus bertambah kaya. Dan duit yang diagihkan pula bukan dari kocek kocek UMNO/BN, tetapi dari sumber negara. Wang di saku pemimpin mereka tetap bertambah dan tidak berkurangan! Tiada kedengaran seruan 'hidup Melayu' atau 'ketuanan Melayu' di Batu Sapi. UMNO turun berkempen untuk calon BN, Linda dari PBS. Siap mengadakan solat hajat di Masjid Karamunting sepertimana yang disiarkan di RTM 1. Hmm… kemana pergi si YB yang galak berkokok tempohari? Linda yang tidak boleh bercakap bahasa melayu dipilih oleh Melayu Batu Sapi untuk mewakili mereka di Parlimen. Syabas diucapkan pada UMNO. Kemenangan Linda hasil kegigihan UMNO mempertahankan hak-hak orang Melayu (UMNO). Orang Melayu diwakili oleh seorang yang tidak mampu bercakap Melayu. Bagaimana mereka mengadu hal? Bagaimana dia mampu memahami keperitan hidup orang Melayu di kampung air? Bagaimana dia hendak berucap di Parlimen? Maka kemiskinan golongan Melayu ini akan berterusan, sepertimana ianya berterusan selama 45 tahun di bawah UMNO/BN. Melalui Galas dan Batu Sapi; UMNO telah mengenal pasti formula kemenangan. Tumpu pada golongan miskin dan terdesak, yang tidak mampu menimba ilmu pelajaran. Lagi ramai yang begitu, maka lagi kuatlah sokongan untuk UMNO. Bila Melayu menjadi pandai dan berdikari, sokongan terhadap UMNO akan turut terjejas. Sepertimana yang terjadi di bandar-bandar di semenajung Malaysia. Maka kekalkan Melayu miskin dan tidak berpelajaran seperti di Batu Sapi. Jadikan mereka seperti orang asli di Galas. Atau jadikan mereka orang-orang yang boleh disogok dan dibeli. Inilah arah tuju yang ingin UMNO bawa untuk bangsa Melayu. Drama tragis politik Negara, Melayu memusnahkan Melayu. Melayu miskin bukan kerana DAP, Melayu miskin kerana UMNO. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
| Negara Islam: Bekas Adun MCA minta maaf Posted: 08 Nov 2010 11:00 PM PST Harakahdaily SHAH ALAM, 9 Nov: Bekas Adun MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng memohon maaf hari ini ekoran dakwaan beliau, Tuhan mengarahkan orang Kristian agar menentang negara Islam. "Saya dengan jujur memohon maaf jika kenyataan saya tentang negara Islam teokrasi telah menyinggung perasaan mana-mana pihak," kata Pengerusi Lembaga Perlabuhan Kelang dalam twiternya hari ini. Semalam Harakahdaily English menyiarkan berita kenyataan Lee yang mendakwa, negara yang berasaskan Islam akan mengharamkan semua agama lain. "Sebagai orang Kristian, kita mesti takut negara Islam teokrasi lebih dari segala-galanya. Kenapa DAP membantu PAS mencapai hasrat itu?" tulis beliau melalui twitternya ketika menjawab serangan terhadap beliau ekoran kenyataannya tentang negara Islam. |
| Khalid tidak sokong Menara Warisan Posted: 08 Nov 2010 10:30 PM PST Harakahdaily SHAH ALAM, 9 Nov: Selangor sedia kerjasama dengan Persekutuan demi bangunkan Lembah Klang, tetapi tidak menyokong projek mega seperti Menara Warisan Merdeka, kata Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim. Khalid berkata demikian dalam laman komuniti twiternya sekejap tadi. Beliau dipercayai membetulkan laporan media sebelum ini yang mendakwa beliau menyokong cadangan pembinaan menara Warisan 100 tingkat itu. Laman web The Malaysian Insider melaporkan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan sokongannya terhadap cadangan membina menara Warisan Merdeka 100 tingkat di ibu negara — yang bakal muncul bangunan tertinggi mengatasi Menara Berkembar Petronas, atas alasan usaha sedemikian akan merancakkan pembangunan negeri dan negara. "Sekarang, ada debat hangat di Parlimen, sama ada kita memerlukan menara 100 tingkat (Warisan Merdeka) dan bangunan mencakar langit di Lembah Klang atau di Greater KL. "Tetapi bagi saya, ia adalah satu inisiatif yang perlu kita terima," kata beliau atas alasan usaha sedemikian akan merangsang pembangunan di Selangor dan Malaysia dalam jangka panjang. Khalid, yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie, berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar pada sidang DUN Selangor hari ini. Idea itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 bulan lalu. Sementara idea itu turut mengundang protes, Putrajaya berkata ia adalah usaha swasta iaitu PNB. |
| Posted: 08 Nov 2010 09:45 PM PST SAYA sangat berdoa dan berharap semoga Zaid Ibrahim tidak mabuk apabila beliau membuat kenyataan dalam sidang media khas di rumahnya hari ini yang menyalahkan Anwar Dan Azmin yang menyebabkan PKR menjadi huruhara. Saya berkata begitu kerana beliau sudah ke Makkah dan sudah bertaubat untuk melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Apalah rasionalnya Zaid menyalahkan Anwar dan Azmin berhubung kemalangan yang diterimanya hari ini? Beliau telah melepas semua jawatan dan menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden. Kononnya beliau berbuat begitu kerana tidak percaya kepada PKR, tentunya kepada Azmin dan juga Anwar Ibrahim. Sesiapa pun tidak menafikan Anwar ada melakukan kesilapan, dan begitu juga dengan Azmin. Tetapi apakah orang boleh mempercayai kalau Zaid sekudus ahli syurga yang cuba hendak memperbetulkan PKR? Apakah Zaid tidak ada kesalahan? Sejarah penglibatanya dalam politik sudah diketahui umum. Kalau beliau umpama malaikat Subuh pasti Umno tidak memecatnya. Sejahat-jahat Umno tentulah Zaid lebih jahat dari parti berkenaan. Sebagai ahli beliau berhak untuk membuat kritikan dan teguran. Tetapi teguran terbuka dan melampau adalah tidak betul dan bukan menggambarkan seorang yang profesional seperti mana profesyen beliau sebagai pengamal undang-undang. Pada saya Zaid tidak berhak untuk mengeluarkan kenyataan demikian. Ia bukan satu penyelesaian. Kalau dia masih berharap untuk meperbaiki PKR caranya bukan begitu. Zaid perlu ingat dan sedar diri bahawa sewaktu rumah PKR di bina beliau berada jauh dari pembinaan itu. Bahkan beliau berada di sebelah sana. Sumbangan Zaid kepada PKR dan juga reformasi tidak sampai sekacip pinang pun. Sesudah rumah siap baru dia mendekati PKR. Itupun selepas dipecat dari Umno. Beliau menggunakan alasan Umno korup, tidak demokratik maka beliau 'keluar' dari Umno. Betulkah? Hati yang tenang dan jiwa yang mulia dapat mengukur sejauh mana dakwaan itu. Saya percaya kalau beliau keluar dengan cara dipecat itu, kerana beliau tidak ada peluang berada dalam Umno. Jalannya dalam Umno untuk menuju ke Putrajaya sudah tertutup. Saya yakin kalau beliau PM beliau akan kekal dalam Umno dan sedia hanyut bersama noda dan dosanya asalnya dia berkuasa. Zaid telah menyerlahkan nafsunya untuk jadi perdana menteri. Itu tidak menjadi masalah, setiap orang menyertai politik inginkan jawatan itu. Tetapi jangan cuba naik dengan memperalatkan orang lain dan bila gagal menyalahkan orang lain pula. Sebesar ulat dalam tahi pun Zaid tidak menyatakan kesalahan dan kecacatan yang ada kepadanya. Celaru atau tidak PKR, Anwar, Azmin dan rakan mereka yang lain ternyata bejaya meletakkan PKR ke puncak yang dirundui oleh Zaid. PKR berjaya menawan empat buah negeri bersama Pas dan DAP. Bukankah atas kejayaan itu maka Zaid terkindir-kindir dan terkenyeh-kenyeh untuk memasukinya? Kerana percaya PKR lebih baik dari Umno itulah maka Zaid hadir untuk menumpang kemudian mengakarkan diri kemudian menguasai diri dalam PKR. Kenapa selepas beliau merasakan hendak kalah dalam pertandingan yang penuh tektikal itu baru nampak yang PKR buruk dan huduh. Tidakkan sepanjang pertandingan itu Zaid juga turut sama melakukan kegiatan yang huduh dan buruk? Cara hanya nampak salah orang dan melindungi salah kita, tidak betul dong. Hari ini dia buat kenyatan akhbar bersama penyokongnya. Apakah natijah kepada tindakan Zaid itu. Ia sesuatu yang menyedihkan. Baik-baik penyokong itu dulu bersetia dengan PKR, kini sudah berpecah. Penyokong itu akan ikut jejak langkah Zaid. Bukankan Zaid ini sebagai agen pemecah belah? Saya rasa PKR rela hancur dari melacurkan diri untuk orang seprti Zaid ini. Iya sekali lagi dikatakan kalau Zaid merasakan dia kuat, mulia dan bersih umpama baru jelma dari syurga cubalah tubuh parti sendiri dan ajak sekalian penyokongnya itu. Ingatlah Zaid dan sesiapa pun bahawa kekayaan dan ego tidak akan dapat membeli seorang hamba yang berprinsip dan ikhlas dalam perjuangan. Duit hanya sesuai untuk dihemburkan dalam pesta syaitan saja. http://msomelayu.blogspot.com/ |
| Gaji ADUN Kelantan dalam dinar, dirham Posted: 08 Nov 2010 09:35 PM PST KOTA BHARU 9 Nov. - Separuh daripada gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan mungkin dibayar dalam bentuk dinar dan dirham, Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya sedia untuk memanjangkan cadangan itu kepada Jabatan Perbendaharaan Negeri untuk diperhalusi. "Kita cadang bawa perkara ini kepada pertimbangan kerajaan negeri dan juga Jabatan Perbendaharaan Negeri. "Jika tiada apa halangan, kita mungkin akan melaksanakan separuh bayaran gaji kepada wakil rakyat dalam bentuk dinar dan dirham," katanya menjawab soalan Arifabillah Ibrahim (Pas-Dabong). Beliau bagaimanapun berkata, cadangan pembayaran separuh bayaran gaji dengan menggunakan dinar dan dirham bergantung kepada pilihan para Adun sendiri. "Atas pilihan masing-masing, kita boleh bayar menggunakan mata wang itu kepada mereka yang setuju, tetapi bagi yang tidak setuju, kita boleh terus bayar dengan duit kertas," kata Husam. - Bernama |
| Nurul Izzah: Dia bukan Anwar kalau tak berjuang untuk kepercayaannya Posted: 08 Nov 2010 09:30 PM PST "Saya dizalimi, Nurul Izzah. Bapa akan lawan. Bapa akan pastikan keadilan terlaksana..." Demikianlah kata-kata yang ringkas, disampaikan melalui telefon oleh Anwar Ibrahim kepada anak sulungnya, Nurul Izzah pada malam sebelum 2 September 1998. Peristiwa yang berlaku selepas panggilan telefon itu mengubah hidup seorang penuntut semesta pertama Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak. Berakhirlah fasa hidup Nurul Izzah sebagai anak Timbalan Perdana Menteri, memulakan pengalaman hidup yang baru - menyaksikan bagaimana bapanya dizalimi oleh satu regim yang disertainya untuk 16 tahun. Ironinya, Nurul Izzah hanya bangga sebagai anak Anwar Ibrahim selepas peristiwa pemecatannya dari jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan. Nurul sebenarnya berasa malu, agak segan untuk diketahui identitinya sebagai anak TPM. "Kita tak tahu sama orang berkawan dengan kita, kerana dasar diri kita ataupun latar belakang ayah kita, keluarga kita? Jadi tentunya saya lebih selesa mengamalkan hidup yang low profile itu...," jelasnya. Kebanggaan jadi anak Anwar Ibrahim "Tetapi selepas ayah saya diperlakukan dengan zalim, menjadi tahanan politik, baru saya merasai kebanggaan menjadi anak Anwar Ibrahim," katanya dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 3 November 2010, yang berlangsung di kafe ahli Parlimen untuk kira-kira 45 minit. Nurul Izzah (gambar kanan) meneruskan, "Kerana saya nampak... Saya nampak dengan mata saya sendiri bagaimana beliau begitu berani perjuangkan prinsip, berani tidak meletakkan jawatan, berani melawan, semua ini yang kita harapkan daripada ayah dan ibu kita untuk mengajar kita. Mereka tak boleh melindungi kita selama-lamanya. Mereka hanya boleh beri contoh bagaimana nak menangani cabaran." Namun, Nurul semestinya tidak naif pada usia 18 tahun ketika itu, dan sudah tentunya beliau mampu meramalkan apa risikonya untuk melawan satu regim yang berkuasa untuk puluhan tahun. Apakah niat timbul untuk memujuk agar bapanya tidak melawan? Dengan tegas Nurul menjawab, "Tidak. Saya kenali ayah saya. Dan beliau adalah seorang yang amat tegas dan berpendirian. Maksudnya, kalau beliau sudah bertekad untuk melakukan sesuatu, kita selaku anak perlu menghormati keputusan beliau, seperti beliau menghormati keputusan saya. Kerana saya fikir, he will not be Anwar Ibrahim if he doesn't fight for his belief. (beliau bukan Anwar Ibrahim kalau beliau tidak memperjuangkan kepercayaannya)." Apa guna kalau jiwa terpenjara? "Dan memang, tentunya ada ketika kita mahu beliau selamat. Tidak ada siapa yang mahu ayahnya dipenjara atau dalam keadaan bahaya. Tapi apa gunanya kalau dia selamat tapi jiwanya terpenjara? Jiwanya tidak bebas, tidak merasakan... macam pasrah dengan keadaan. Kita tidak boleh pasrah dalam mana-mana keadaan sekalipun," kata Nurul Izzah, yang diberi gelaran "Puteri Reformasi" pada zaman gerakan ini bergelora. Liku-liku kehidupan selepas tahun 1998 mengubah seorang gadis "yang agak apolitical" dahulu, kepada seorang wakil rakyat sekarang. Ketempangan dalam sistem kerajaan bukan wujud hanya pada tahun 1998, dan kepincangan ini pernah dibangkitkan oleh rakan sebayanya, kemudian dipanjangkan dalam perbincangan informal antara dirinya dengan bapanya. Namun, "real life experience" lebih memberi hikmah. "Pada saya, saat yang paling menyayat hati dan memeritkan adalah apabila kali pertama (berjumpa dengan Anwar) selepas ayah ditahan di bawah ISA. Kami berjumpa dengan beliau di mahkamah dan melihat mata lebam. Kerana kami tak tahu ayah hidup atau tidak..." Nurul menceritakan betapa terkejutnya keluarganya pada saat-saat tersebut, sedangkan mereka dijamin bahawa Anwar Ibrahim akan berada dalam keselamatan ketika dihantar ke Balai Polis Bukit Aman. "...Bayangkan, ayah kami yang...saya tak boleh... Saat itulah saat yang saya tak tahu nak kata apalah. Maksudnya, tak terkata apa, nak bayangkan keperitan yang dihadapi dan kita sebagai anak kita, kita nak lakukan apa? Tak terdaya. Tak boleh nak bantu, tak boleh nak menjerit, tak boleh...apa yang kita boleh buat? Pada ketika itulah...kesakitan yang teramat bagi saya melihat beliau dalam keadaan begitu." Saat paling menyayat hati Nurul menunjukkan dengan jari, bagaimana Anwar bergerak dari kiri ke kanan di depan mereka ketika itu. Wawancara dijalankan di dalam kafe yang agak riuh-rendah, meskipun dalam bangunan parlimen, kedengaran bunyi ketawa yang terbahak-bahak daripada ahli parlimen yang bersembang dalam kafe - menjadi latar belakang kebetulan ketika peristiwa ini dikisahkan. "Sempat tak bercakap dengan beliau?" Wartawan cuba mencungkil ingatan Nurul Izzah. "Kami terus menangis...memang. Dan, ayah kata, tak apa, dan dia terus memperincikan bagaimana dipukul di mahkamah," jawab Nurul, dengan sedikit kemerahan dalam matanya, yang tidak pasti puncanya sama ada keletihan mahupun kesedihan. Dari satu segi, Nurul Izzah sebenarnya tidak memiliki kelebihan selaku anak Anwar Ibrahim. Beliau tidak diperincikan mengapa bapanya membuat keputusan untuk tidak meletak jawatan sebelum ini, dan hanya mengetahuinya melalui ceramah bersama orang awam. Beliau tidak sempat mengetahui punca mata lebam ayahnya sebelumnya, yang hanya diperincikan ketika Anwar tampil dalam mahkamah. Nurul mengakui bahawa dirinya tidak terkejut ketika pertuduhan liwat terhadap bapanya dibacakan dalam mahkamah, kerana ia sudah didedahkan dalam ceramah politik sebelumnya. "Kerana pada saya, bila kita dah tahu, kita yakin dengan keikhlasan, tahu ayah tak bersalah, yang lain itu datang dengan lebih mudah-lah. Memanglah kita menyampah (dengan tuduhan tersebut)..." Maka, ketika tilam dinaik-turunkan, apa yang terlintas dalam otak Nurul adalah mengumpulkan bukti untuk menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa bapanya dizalimi oleh sistem keadilan. Apabila pertuduhan ini berulang dengan Saiful Bukhari (gambar atas) sebagai watak utamanya, 10 tahun kemudian, Nurul berkata, "Saya fikir, lebih kepada marah, marah in the sense that...pada saya tak terkejut, kerana pada saya regim yang sama masih memerintah negara. Jadi, rasional kita bahawa selagi regim ini memerintah, tentunya tidak ada reformasi menyeluruh. Dan selagi tidak ada reformasi menyeluruh dilaksanakan, maka tentunya perkara yang sama, kezaliman yang sama akan diulangi..." Beliau meneruskan, "Saya lebih marah kerana tidak tersangka bahawa kejahatan manusia itu tidak ada berbandingnya. Tapi kita perlu letakkan dalam konteks sekarang kita berhadapan dengan masa depan yang benar-benar memungkinkan kejatuhan UMNO dan BN. Sebelum ni tidak. Saya rasa tahun 1999 ada saat di mana kita berfikir mungkin BN akan jatuh. Ini kali kedua, bila selepas tahun 2008 yang memberikan keyakinan bahawa BN mungkin jatuh..." Ringkasnya, Nurul cuba meletakkan keperitan yang berlaku di depan matanya dalam satu konteks yang sarat dengan harapan, memudahkan dirinya untuk menerima realiti tersebut. Maka tidak sukar untuk menjangkakan kesedihannya apabila "konteks besar" itu mendatangkan kekecewaan sebaliknya, misalnya PRU ke-11 pada tahun 2004. PRU ke-11 yang menyedihkan "Saya sedih kerana pada ketika itu parti juga hanya mempunyai satu kerusi parlimen, dan nampak seolah-olah tidak ada harapan lagi. Memandangkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi juga menang begitu besar, lebih 90% daripada kerusi di parlimen. Dan sokongan rakyat begitu melonjak naik untuk beliau, dan kepimpinan, dan juga janji-janji palsu kepada reformasi..." katanya. "Jadi tentunya, memang saat ini saat yang sukar untuk kami, kerana kita memang sentiasa berharap, kita optimis, tapi kalau apa pun, pemenjaraan ayah dan keadaan ayah yang pada ketika itu memang sudah menggunakan kerusi roda, sudah merasai kesakitan belakang yang teramat sangat, jadi semua ini memberi saya rasa... Ya, amat sedih kerana... Yalah, kita berdepan dengan pelbagai cabaran, dengan pelbagai bentuk, kan?" Beliau menyambung, "Persada politik sudahlah merudum, sangat sedih keadaannya. Dan secara peribadi juga tidak banyak yang dilakukan... Kerana kita tahu, mana-mana negara sekalipun, di luar dunia antarabangsa, sokongannya tidak konsisten. Kekuatan kita adalah dalam negara." "Apakah keputusan PRU pada tahun 2004 ditafsirkan sebagai Anwar telah dilupai?" tanya wartawan MerdekaReview. "Saya tidak. Beginilah. Sememangnya sebagai seorang simbol, Anwar Ibrahim (gambar kanan), batang tubuh beliau yang sangat kuat, tapi tentunya ia terpaksa juga digandingkan dengan keupayaan kita untuk mengubah hidup rakyat, memberikan alternatif yang lebih baik untuk rakyat. Jadi, segala-galanya perlu seimbang." Nurul berkata, "Jadi kalau asyik kalah saje dalam pilihan raya, tak banyak yang boleh kita tawarkan untuk rakyat. Kekangan itu luar biasa terhadap pimpinan. Bayangkan tahanan politik... Bila (Parti) Keadilan mula merudum? Keadilan mula merudum setelah enam orang pimpinan kami ditahan di bawah ISA..." "Sama seperti Parti Rakyat Malaysia. Kalau dibiarkan kami hidup, tanpa tangkapan, tanpa kekangan... Jadi kalau you biar demokrasi itu subur tanpa kekangan, saya pasti Keadilan akan mendapat lebih kepercayaan daripada sekarang." Sokongan yang memahat ingatan Namun, di sebalik kegelapan sifat manusia, tetap ada cahaya yang meneranginya. Dan detik-saat inilah yang memahat hati Nurul Izzah, ketika mengharungi peristiwa yang menyayat hati itu. "Semasa saya terpaksa menghadapi peperiksaan akhir, final paper. Semasa ayah dipecat. Saya tak boleh tunda peperiksaan akhir saya. Dan saya fikir yang paling terpahat di fikiran saya adalah betapa banyak sokongan diberikan oleh teman-teman. Semesta pertama kita baru kenal, kita baru kenal orang, kan? Kawan saya semuanya, tanpa kecuali beri sokongan yang begitu menyeluruh termasuk juga para profesor, para lecturer, pensyarah yang pada saya sesuatu yang tak mungkin dinikmati oleh mangsa-mangsa tahanan Ops Lalang dulu..." Nurul menganggap dirinya bernasib baik, pada ketika beliau memerlukan pemahaman orang di sekitarnya, "Kadang-kala manusia ni mungkin dari senyuman, mungkin dari satu pandangan bila kita tengah sedih, tidak perlu buat banyak. Tapi semuanya memberi mesej yang (berbunyi) 'saya bersama kamu'." "BN tak boleh rampas saat-saat indah bersama ayah!" Sesungguhnya, "Keluarga Reformasi" ini enggan menyerah ketika menghadapi musuhnya. Segala yang bersifat kebendaan boleh dirampas, malah jasad tubuh badan boleh dikurung, tetapi bukan kebahagiaan mereka. "Setiap kali kami ke penjara, tidak ada berita yang sedih yang dikhabarkan. Kami sentiasa optimis kalau dalam penjara, dipenuhi dengan gelak ketawa. Walaupun (tahun) 2004, walaupun ayah sakit...apa pun, dipenuhi dengan gelak ketawa. Kerana itu masa kami. Dan kalau BN hendak menghancurkan dan merampas kegembiraan kami, BN tak boleh merampas saat-saat indah bersama ayah, walaupun setengah jam, sekali seminggu!" Jawapan ini cukup untuk mengalahkan musuhnya. Namun, di sebalik ketabahan, mustahil kesedihan tidak menjelma, dan ia diakui Nurul Izzah. "Memang, setiap kali memang ada kesedihan. Tetapi kami cuba fikirkan, kami kena fikirkan, yang kena tahan ISA tu juga sedih. Tahanan ISA, keluarga mereka juga...jadi it s not only about us. Kita merasa ada orang lain... Aung San Suu Kyi di Burma, suaminya meninggal dunia, tak dapat berjumpa pun. Dan anak-anaknya tidak bersama beliau, keseorangan... Jadi, semua ini membawa kami kepada perspektif baru, di mana bukan kita sahaja keseorangan dalam kesengsaraan ini." Ketika diminta untuk menilai ibunya Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah memberi jawapan sebaliknya, "Ayah saya adalah seorang lelaki yang paling bernasib baik di dunia ini," katanya sambil ketawa. Bagaimana pula Anwar Ibrahim (gambar kiri) sebagai ayah dari kaca mata Nurul? Ketika ditanya, Nurul berkata, "Beliau seorang yang amat penyayang, dan sentiasa mencuri masa untuk menaburkan kasih kepada keluarga. Setiap orang anak-anaknya. Dalam kesibukan semasa (menjadi) Timbalan Perdana Menteri, setiap malam beliau akan mengucapkan selamat malam kepada kami semua. Bayangkan, walaupun tak jumpa lama tapi ucapan selamat malam, makan bersama itu adalah rutin harian," katanya, sambil menambah bahawa bapa yang tidak mahu memanjakan anak-anaknya ini "memang mengutamakan perjuangan, tapi kasihnya itu tidak pernah dilupakanlah." Bagaimana pula selaku seorang ahli politik? "Saya fikir, sebagai orang politik, beliau menunjukkan karisma dan stamina yang terbaik antara banyak pemimpin. Mungkin yang terbaik kalau dibandingkan dengan pimpinan lain. Nobody work as hard as Anwar Ibrahim. Itu yang saya nampak." "Saya pun tak terlawan. Masa dia bantu, termasuk Dato Zaid di Hulu Selangor (pilihan raya kecil), tidak ada siapa, dia kerja lebih keras daripada calon. Saya boleh sebut, itu caranya," kata Nurul, yang mengadu letih - "I am so tired" sepanjang wawancara, kerana terpaksa berhempas pulas sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi. "Tapi tentunya, untuk mana-mana pemimpin, dia perlukan dokongan. Sokongan strategi, sokongan daripada pimpinan nombor dua. Timbalan Presiden contohnya, dan Naib-Naib Presiden. It's not a one man show," katanya, yang sudah tentu kasihan melihat bapanya yang kini berusia 63 tahun, terpaksa berulang-alik dari mahkamah ke Batu Sapi untuk kerjaya politiknya. Beban yang terlalu berat di bahu Anwar Nurul merendahkan suaranya, "Dan pada saya, yang mencetus kesedihan saya adalah bila masa beliau..segala-galanya permasalahan negara, harapan Pakatan Rakyat, harapan pembangkang letak di atas bahu beliau. Dan saya fikir tidak adil. Mana-mana pemimpin pun, perlu mendapat sokongan dan dukungan yang teguh. Kerana itu BN menggunakan strategi kotor menyerang peribadi, menyerang beliau di mahkamah. When you attack him personally, dia akan cuba menggagalkan Pakatan Rakyat, menggagalkan perancangan lain." "Bayangkan kalau kita tidak ada kes mahkamah, bukankah beliau dilihat sebagai seseorang yang amat berjaya, tidak ada langsung masalah, problem, konflik, benar tidak? Tapi bila menggunakan cara kes (mahkamah), mencetus lompatan dan sebagainya... Kepada saya mudah, Saiful juga mempunyai maklumat dari segi mereka yang hendak melompat. Dia bekerja dalam pejabat. Jadi, bayangkan semua ini terikat satu sama lain..." Calon Naib Presiden PKR ini cuba merungkai bahawa tuduhan liwat Saiful Bukhari bukan serangan peribadi terhadap Anwar semata-mata, tetapi bersangkut-paut dengan maklumat parti, malah politik negara dalam satu lingkungan yang lebih besar. "Jadi, apapun, masalahnya sekarang, saya fikir tiba masanya pimpinan-pimpinan lain memberikan sokongan, dukungan dan strategi ke depan untuk membantu beliau sampai ke Putrajaya. Jangan harap beliau seorang. Kita bantu. Beliau itu kuat, karismanya itu meyakinkan, tapi jangan harap, jangan expect dan berikan bebanan berterusan. Itu kerja pemalas. Maaf..." luahan yang jujur Puteri Reformasi, yang juga anak sulung kepada Anwar-Azizah. (Bahagian kedua, tamat) Bahagian pertama: Pujian untuk memperalatkan Nurul Izzah? *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Wawancara ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Tan Pek Kwan di kafe ahli parlimen pada 3 November 2010. |
| [Gambar] Masih Ingat Paderi Si Pembakar al-Quran Posted: 08 Nov 2010 09:00 PM PST Ingat Terry Jones? Si paderi yang menimbulkan heboh kerana menganjurkan kempen untuk membakar al-Quran? Tuan paderi baru sahaja ditangkap polis kerana child pornography Lihat sini. "MANUSIA MERANCANG,ALLAH JUGA MERANCANG,SEBAIK-BAIK PERANCANGAN ADALAH PERANCANGAN ALLAH" |
| Pujian untuk memperalatkan Nurul Izzah? Posted: 08 Nov 2010 08:30 PM PST Mungkin tidak keterlaluan seandainya keluarga Anwar Ibrahim diberi gelaran Keluarga Pertama Reformasi. Bekas Timbalan Perdana Menteri ini dipecat dari jawatannya pada tahun 1998, dan kemudian isterinya pula menggalas gerakan Reformasi yang dicetusnya. Sementara keluarga ini menerima impak secara langsung daripada pergelutan kuasa negara, riak muka anggotanya pula mencerminkan wajah politik tanahair. Reformasi selepas tsunami politik 8 Mac 2008 telah memasuki fasa barunya. Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memikul harapan untuk menawan Putrajaya bersama Pakatan Rakyat - kini sedang melalui proses pemilihan dalam partinya. Sekali lagi, interaksi dalam "Keluarga Pertama Reformasi" ini menjadi tumpuan media. Malah, keluarga ini dikatakan bercanggah pendapat dalam isu penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, yang ditafsir umum sebagai "pengganti Anwar" pada masa depan. Azmin Ali, meskipun diiktiraf sebagai "pengikut setia" Anwar Ibrahim, "diuji dan teruji" sepanjang 12 tahun, dikatakan tidak disenangi Presiden PKR Wan Azizah Ismail, bersama anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar. Anwar: Ada orang cuba memperalatkan Nurul Barangkali ia sekadar persepsi, tapi mungkin juga ia strategi. Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menyertai PKR pada Jun 2009, berdolak dalik apabila Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden. Zaid Ibrahim yang sebelum ini "sanggup memberi laluan kepada Khalid Ibrahim", mengubah pendirian untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah, seandainya ahli poltik berusia 30 tahun ini sudi bertanding untuk kerusi kedua dalam parti. Malah, Zaid Ibrahim tidak kedekut untuk memberikan pujiannya, "Saya melihat Nurul sebagai satu nafas baru dalam parti, orang muda yang boleh menarik keahlian baru yang lebih dinamik dan profesional, saya akan menyokong dan membantu beliau serta tidak akan merumitkan peluang beliau menang." (dipetik daripada laporan Malaysiakini) Ia membuka lembaran pertikaian sama ada Nurul Izzah layak untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden. Nurul Izzah bagaimanapun tetap enggan menyinggung Zaid Ibrahim, sebagaimana yang dilakukan pemimpin lain dalam parti - pendirian berkecuali yang cukup diplomatik dari satu segi, tetapi pada masa yang sama meletakkan bapanya dalam keadaan yang tidak begitu selesa. Ketua Umum PKR yang juga mahu dilihat bersikap berkecuali sejak awal lagi, akhirnya terpaksa meluahkan apa yang terpendam,"Walaupun saya ayahnya, tetapi beliau (Nurul Izzah) turut mempunyai pendapatnya sendiri. Biarlah beliau sendiri yang menentukan, ia tidak mudah tetapi saya bangga dengan pendirian beliau." Demikianlah kata-kata Anwar Ibrahim (gambar kiri) dalam satu sidang media pada 14 Oktober 2010, dua hari sebelum pencalonan pemilihan parti peringkat pusat. Namun, mungkin ada sesuatu yang tersirat di sebalik peringatan Anwar yang berbunyi, "Biar beliau (Nurul) tentukan, jangan memperkecilkan kebolehannya, dia pun tahu, ada orang betul-betul sokong, ada orang cuba memperalatkan, itu perkara biasa." Dari kaca mata Nurul... Seandainya kata-kata Anwar itu ditujukan secara terbuka kepada anak sulungnya, Nurul Izzah, apakah pula tafsiran penerima mesej ini? Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di kafe ahli parlimen semalam, Nurul Izzah Anwar memberi jawapannya. "Tengok, kita perlu faham. Saya ingat, semasa ucapan di England, ucapan pertama saya tahun 1999... Saya memberi ucapan di Queen Marry University. Dan lepas tu ada orang menulis memuji saya. 'Soal jawab begitu bagus, begitu baik', saya berkhabarkan kepada ayah saya. Dan beliau berkata, ini hanya satu surat, daripada ratusan yang hadir. Tidak semestinya satu surat itu menggambarkan pendapat semua yang hadir..." Nurul (gambar kanan) bermula dengan mengimbas kisah lama, "Apa maksud daripada kenyataan tersebut? Kita kalau pujian ni, kita ambil, jangan ambil terlalu serius. Kita kena faham. Sama seperti keadaan sekarang. Ada cubaan untuk memuji saya, cuba melaga-lagakan antara pimpinan dalam parti. Jadi saya tahu apa yang sedang berlaku. Namun, ia juga membawa saya kepada kesedaran dan kesediaan untuk berdiri di atas kekuatan saya sendiri." "Mungkin tidak ramai yang setuju. Mungkin ada yang memusuhi ataupun tidak suka dengan kenyataan saya, tapi itu kenyataan yang saya percaya...so, walau setengah pihak memilih untuk menjawab dengan cara yang lain, saya tidak berganjak. Saya merasakan untuk jawatan nombor dua, jawatan itu kalau dipilih oleh pengundi, oleh ahli PKR... jawapan itu tidak sepatutnya keluar dari mana-mana calon Naib Presiden atau calon-calon lain.," katanya, yang tetap berpegang kepada pendirian "neutral", iaitu tidak berpihak kepada sesiapa. Pujian Zaid Ibrahim pada 7 Oktober 2010 itu kemudian dibangkitkan dalam wawancara. Nurul Izzah berkata, "You tahu apa jawapan saya mula-mula, bila ditanya oleh media? Dia (media) tanya apa keputusan YB? Saya kata, siapa Dato Zaid Ibrahim untuk menyatakan saya ini layak? Yang boleh memberi maklumat tentang kelayakan saya adalah JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) dan pihak pusat. Mereka yang memutuskan saya layak atau tidak." "Jadi saya hargai kenyataan beliau (Zaid Ibrahim) tapi it's a non-starter kalau tak layak. Itu hakikatnya. Tapi pada masa yang sama, saya menghormati beliau selaku Pengerusi Majlis Wilayah Persekutuan untuk Keadilan, telah memberi strategi dan visi yang baik untuk keadilan mengekalkan kemenangan di bandar-bandar, kerusi-kerusi parlimen." Nurul menyambung, "Jadi, saya menghormati pendirian beliau, visi beliau, tapi tidak bermaksud tidak ada benda yang...ada juga saya tidak bersependapat. Tapi pada saya, kita bertarung dalam satu keluarga. Jadi kalau kita bertarung dalam satu keluarga, pergaduhan ataupun pertandingan adik beradik, jadi buatlah macam cara adik-beradik." Di sebalik pujian... Biarpun berulang-kali disifatkan sebagai pertarungan dalam satu keluarga, namun dunia politik tidak terpisah daripada percaturan strategi dan taktik. Setiap gerak-geri ahli politik akan dikaji motif yang tersirat di sebaliknya, lebih-lebih lagi mereka yang meragui keikhlasan Zaid Ibrahim dalam konteks ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah motif di sebalik pujian tersebut? "Beginilah, saya tidak suka untuk meneliti kenyataan sebegitu. Yang terbaik untuk menjawab adalah benam. Pada saya, sekarang kita pergi kepada visi beliau (Zaid Ibrahim) selaku jawatan Timbalan Presiden. Itu yang lebih penting. Kalau memang beliau nak memenangkan diri beliau, jadi ahli-ahli perlu dimaklumkan tentang visi beliau. Sama seperti YB Azmin." "Jadi, untuk isu sama ada beliau memuji saya, saya hargai. Tentunya, siapa yang tidak? Pada masa yang sama, adakah itu akan memastikan saya akan berdiam diri sahaja mengikuti satu aliran? Tidak." Menjawab kepada spekulasi bahawa dirinya dilihat memihak kepada Zaid Ibrahim, sementara Anwar dilihat menyebelahi Azmin Ali, Nurul Izzah cuba menyangkal dakwaan tersebut. "Saya rasa kamu perlu tengok track rekod saya. Di mana saya berceramah untuk pemilihan, saya berkempen di mana? Saya berkempen di Kuala Pilah, Dato Kamarul ada, Shamsul Iskandar ada. Dan di Kuala Pilah, ada banyak lagi calon lain. Saya juga berkempen di Melaka, di Alor Gajah. Siapa ada? Dato Zaid ada situ, berkempen sekali, dan juga beberapa calon lain. Kemudian di Pahang. Di Pahang, yang ada bersama adalah YB Azmin Ali, di Kuantan. Dan di Perak, yang bersama saudara Mustaffa Kamil Ayub." Beliau meneruskan, "Saya rasa, kita perlu wujudkan medan di mana semua calon patut bersuara, bertemu dengan ahli. Itu medan yang paling saksama. Jadi, dalam ucapan saya, saya kata, saya serahkan kepada ahli-ahli untuk memilih. Jadi pilihlah dengan baik, yang ada integriti, yang ada visi yang boleh menggerakkan ke depan untuk parti." "Jawatan nombor dua. Jawatan nombor dua bukan jawatan yang senang, terutamanya dalam konteks kita berdepan dengan banyak cabaran kepada Ketua Umum. Jadi kepada saya, yang lain kalau nak spekulasi, spekulasi. Saya tidak lihat...(tapi) Akan menjadi kerugian kepada kita kalau kita meminggirkan mana-mana pimpinan. Parti kita ini parti yang hanya boleh berjaya bila reformasi mekar dalam parti. Bila kita dapat menggamit harapan dan imaginasi masyarakat luar." Beliau menyimpulkan, "Kalau kita inward looking (lebih mengambil berat hal ehwal diri), lupa tentang isu-isu yang relevan di luar, you should just close shop (kamu harus gulung tikar sahajalah). Itu pandangan saya." Berunding dengan sesiapa sahaja Desas-desus tidak terhenti begitu sahaja. Rundingan demi rundingan berlangsung sebelum hari pencalonan. Wartawan senior The Star, Joceline Tan dalam kolumnya Anwar puts his foot down pada 17 Oktober, mengisahkan bagaimana rundingan berlaku di antara Zaid Ibrahim dengan tiga orang wanita, bernama Wan Azizah, Nurul Izzah dan Faekah Husin (Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim), sebelum hari pencalonan pemilihan PKR peringkat pusat. "Pada saya, dalam konteks parti, tidak ada salah saya berunding dengan sesiapa sahaja untuk mana-mana jawatan dalam parti. Saya pun bertemu dengan YB Azmin Ali (gambar kiri) dengan saudara Mustaffa Kamil Ayub, dan juga Dato Zaid Ibrahim sebelum memberikan kertas pencalonan saya," akui Nurul Izzah, yang enggan berasa apologetik kerana ianya bukan pertemuan dengan orang luar dari parti lain. "Ini parti sendiri, kenapa nak jadi masalah? Kenapa nak jadi satu yang kontroversi?" beliau mempersoalkan. Bagaimanapun, keputusan Nurul Izzah yang berubah-ubah, dari "tumpu kepada cabang Lembah Pantai" (tidak bertanding di peringkat Pusat), hinggalah "menawarkan diri di barisan Naib Presiden", dan memberi persepsi "mungkin bertanding untuk Timbalan Presiden" pada saat-saat akhir, turut mencungkil kesangsian. Nurul sebenarnya mempunyai ruang di sayap AMK mahupun Wanita, bahkan mungkin lebih senang diterima jikalau bertanding untuk mendapatkan kerusi di Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Nurul (gambar kanan) cuba menjustifikasikan dengan alasan mendekatkan keperluan generasi muda dengan parti, namun alasan ini agak lemah untuk menyanggah tafsiran sesetengah analisa, bahawa beliau menyasarkan Naib Presiden kerana mahu mengimbangi kuasa Timbalan Presiden, seandainya dimenangi Azmin Ali. "Kenapa perlu berpaksi atau bertumpu kepada YB Azmin? Mungkin Dato Zaid akan menang. Mungkin Mustaffa Kamil Ayub akan menang. Jadi, bagaimanakah boleh terus dirumuskan bahawa keputusan saya hanya ditumpukan pada Azmin? Pada saya, you make the wrong decision sebab you make it based on your supposed enemy." Menyedari realiti bahawa "lebih tinggi kita menaiki tangga sosial politik, lebih banyak lagi serangan yang dikemukakan", beliau tetap mahu meluahkan pandangannya, "Tapi bagi saya, dalam mana-mana parti sekali pun, bila ada banyak power bases, lebih sihat budaya parti. Itu pandangan peribadi saya." Parti Keluarga Akhirnya Nurul Izzah bertanding untuk jawatan Naib Presiden, dan setakat ini sedang meraih undi kedua tertinggi, selepas Tian Chua. Dengan Ketua Umumnya Anwar, Presidennya Wan Azizah, dan seandainya Naib Presidennya Nurul Izzah, ia semestinya mengundang kritikan nepotisme. "Pada saya begini, Parti Keadilan Rakyat adalah parti pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan sistem satu orang satu undi (untuk pemilihan pucuk pimpinan pusat). Jadi, (yang) memilih saya, bukan di kalangan perwakilan sekalipun, tapi ahli ahli Keadilan. Dan hakikat bahawa saya ini menawarkan diri saya dalam satu pemilihan, ada kebarangkalian, mungkin ada yang menyokong ada juga yang bakal menolak. Ada orang akan rasakan mungkin tak patut wujudkan parti keluarga." Sememangnya, situasi ini bakal meletakkan Nurul, malah partinya pada satu kedudukan yang menyukarkan mereka untuk mengkritik Khairy Jamaluddin (menantu bekas PM Abdullah Ahmad Badawi) dan Mukhriz (anak bekas PM Mahathir Mohamad). "Pada saya, bila kita letakkan kepada kematangan pada pengundi, ahli, soal lain, soal kedua. Sama ada mereka nak bandingkan, perbandingan memang terus begitu. Kepada saya, kita berpijak pada kredibiliti. Saya kata, satu perkara, nepotisme tu apa? Nepotisme adalah bila berlakunya hubungan kekeluargaan yang melibatkan pemberian satu projek ataupun habuan oleh seseorang yang memegang jawatan tinggi kerajaan. KERAJAAN." Beliau menekankan perkataan terakhir. "Adakah ayah saya sekarang memegang jawatan dalam kerajaan? Tidak. Dan saya tidak mendapat jawatan kabinet misalannya, daripada hubungan kekeluargaan itu. Beliau bukan Perdana Menteri, saya bukan daripada pimpinan. Ya, pada saya begitu. Jadi bila orang membuat persepsi sekalipun, saya fikir cukup dengan saya katakan, saya sudah katakan latarnya, saya anak reformasi, kedua, sistem pemilihan satu orang satu undi." Wartawan cuba mendesak lagi, melontarkan andaian jikalau PKR sampai ke Putrajaya? "Oh, PKR sampai ke Putrajaya sudah lain. Saya sudah jadi VP. Maksudnya saya sudah jadi VP ketika itu. Dan tentunya, tidak semestinya hanya keputusan berpihak kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Keputusannya berpihak kepada seluruh pimpinan Pakatan Rakyat. Tapi pada saya itu soal kedua." Beliau menjelaskan, "Kerana pertamanya Pilihan Raya Umum ke-13 ni. Itu tumpuan saya. Kalau lihat dari ucapan saya, saya jarang sebut Putrajaya. Saya lebih suka mengatakan tumpuan kita PRU-13. Musuh kita BN, UMNO. Jangan lupa. Walaupun kita bertengkar sama kita, itu tumpuan kita. Lepas sampai Putrajaya tu siapa nak jadi menteri dia ambil-lah." "Itu soal kedua. Itu dah mudah pada saya. Itu bukan satu masalah yang besar. Nanti tanya lagi lah. Kalau dah berlaku, menang, tanya balik saya, boleh?" katanya kepada wartawan. Ketika ditanya apa pula agenda reformasi politik yang diutamakan, Nurul menjawab, "Tema saya adalah Politik Harapan dan Pembebasan. Di mana saya fikir negara ini sekarang diselubungi ataupun terperangkap dalam politik perkauman dan kebencian yang diuar-uarkan oleh kumpulan-kumpulan sempit... Dalam UMNO, dan saya fikir dia tidak membantu kita. Kita perlu melakar satu skrip baru untuk masyarakat Malaysia generasi baru secara keseluruhannya..." (Bahagian pertama, bersambung) Bahagian kedua: Nurul Izzah: Dia bukan Anwar kalau tak berjuang untuk kepercayaannya *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Wawancara ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Tan Pek Kwan di kafe ahli parlimen pada 3 November 2010. |
| [Gambar] Lawak! Sayang Kereta Punya Pasal Posted: 08 Nov 2010 08:00 PM PST |
| Analisis: Cita-cita tinggi Zaid-PKR, risiko pemilihan langsung Posted: 08 Nov 2010 07:30 PM PST Oleh G Manimaran ANALISIS, 9 Nov — Dalam satu pertemuan awal bulan lalu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkongsi pandangan - Umno menganggap komponen Pakatan Rakyat ini bercita-cita tinggi untuk melaksanakan pemilihan secara langsung dalam waktu yang begitu singkat. Kata Saifuddin, menurut seorang anggota Majlis Tertinggi Umno tidak bersedia untuk mengadakan pemilihan langsung antara lain disebabkan oleh soal logistik. Menjawab soalan kekecohan yang disaksikan di peringkat pemilihan bahagian, banyak pihak menganggap bahawa PKR sedang menuju kehancuran dan hilang kredibiliti. Ia akan menghadapi padah akibatnya pada pilihan raya umum ke-13. Saifuddin menyangkal tanggapan sedemikian. Begitu juga pandangan Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Parti berusia 11 tahun ini meminda perlembagaan tahun lalu membolehkan setiap ahli mengundi memilih pucuk kepimpinan pusat. Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian mendakwa kemenangan Naib Presiden Azmin Ali yang bertanding jawatan timbalan presiden tidak akan memberi legitimasi sahih apatah lagi beliau akan dianggap menang dengan cara tidak demokratik. "Kepuakan dalam parti secara berterusan akan menjejaskan kredibiliti beliau dan Anwar sendiri yang dilihat bersungguh-sungguh mahu Azmin menang," katanya. Kata beliau, kesan peletakan jawatan oleh Datuk Zaid Ibrahim boleh menjejaskan keyakinan ke atas PKR terutama mereka yang percaya parti itu boleh menjadi "pilihan parti politik baru di Malaysia terutama di kalangan bukan Melayu." "Beliau juga mengetuai jawankuasa untuk membina dasar bersama untuk Pakatan dan ini boleh menjejaskan perkembangan dasar tersebut... salahlaku dalam pemilihan parti sehingga Zaid melepaskan kesemua jawatan akan turut mempengaruhi pengundi atas pagar yang mengharapkan parti yang stabil untuk memberi cabaran kepad BN," katanya. Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen keduanya di Pulau Pinang bulan depan. Sivamurugan menganggap Zaid akan dilihat sebagai seorang "dari hero menjadi 'zero'." "Beliau akan kelihatan 'villain' bagi sesetengah orang. Bagi yang lain, beliau akan dilihat reformis, manakala yang lain akan menganggapnya sebagai oportunis (dalam PKR). "Apapun keadaannya, beliau meletakkan satu bentuk perjuangan baru dalam menyediakan alternatif kepada politik Malaysia," kata pensyarah dari Pulau Pinang ini. Pun begitu, Prof A. Aziz Bari pula menganggap Zaid sebagai seorang yang tidak berdisiplin dan gagal memainkan peranan sebagai salah seorang pemain dalam satu pasukan bagi mencapai cita-cita PKR dan Pakatan Rakyat. "Politik dalam permainan berpasukan, bukannya bulu tangkis... anda kena bergerak secara berpasukan bukannya secara seorang diri," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa ini menambah, Zaid telah gagal dalam menerima atau mengikuti rentak permainan PKR selepas menyertainya pertengahan tahun lalu. "Kita sudah dengar lama. Beliau sebenarnya seorang yang gagal, dalam Umno beliau dan dalam PKR pun dia gagal. "Kita tidak boleh menafikan yang Datuk Zaid tidak memberi sumbangan kepada PKR, tetapi nampaknya Datuk Zaid ada kelemahan dalam menerima persekitaran politik dalam PKR," kata beliau yang turut merasakan bahawa yang akan rugi ialah Zaid sendiri. "Saya rasa yang untung adalah PKR kerana telah berjaya mengeluarkan duri dari parti... saya melihatkan perkembangan sekarang ini sebagai tindakan mengeluarkan seorang itu secara konstruktif, tanpa ada tindakan disiplin... Datuk Zaid sendiri menekan butang mengeluarkan diri dia (daripada arus permainan politik dalaman PKR)," kata Aziz yang berpendapat, kemungkinan itu yang diharapkan oleh sesetengah pihak dalam PKR sendiri. Beliau berpendapat sesetengah pihak menunggu saat itu apabila beberapa tindakan Zaid, bekas anggota Kabinet persekutuan ini, dilihat melanggar dasar dan keputusan parti. Ini termasuklah dasar tidak boleh memberi pandangan kepada media yang tidak direstui parti dan mengkritik Anwar seolah-olah tidak sanggup menerima tanggungjawab tetapi mahukan kuasa kepimpinan parti. Mengenai masa depan kerjaya politik, Aziz berpendapat Zaid sendiri yang kena memutuskan. "Sama ada DAP dan PAS akan menerima beliau, masih menjadi tanda soal... beliau sendiri yang kena memutuskan selepas beliau sendiri memutuskan untuk bertanding dan beliau sendiri yang memutuskan menarik diri daripada saingan," kata beliau. Pandangan Aziz seiring dengan komen Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali kepada Bernama. Syed Husin yang tidak mempertahankan jawatan timbalan presiden berkata, keputusan Zaid itu adalah haknya dan parti tidak mempunyai kuasa untuk menghalang. Katanya, beliau tidak terkejut dengan pengumuman Zaid itu kerana tindakan melepaskan jawatan itu telah pun dijangka. "Menerusi tindak tanduknya, kenyataan-kenyataan yang dibuat, semuanya saya nampak menjurus ke arah ini (lepas jawatan)," kata Syed Husin lagi. Beliau tidak menolak kemungkinan kekecewaan terhadap keputusan pemilihan yang kurang memihak kepada Zaid menjadi punca beliau melepaskan semua jawatan. Dalam satu kenyataan menerusi laman blognya semalam, Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan mendakwa dirinya telah tersilap apabila menawarkan siri untuk bertanding kerana menganggap PKR sebagai sebuah parti yang membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan. Beliau mendakwa sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu. Sejak selepas Mac 2008, hampir setiap bulan PKR berhadapan dengan masalah dan isu. Yang terbaru ialah tindakan Zaid memutuskan untuk tidak meneruskan saingan jawatan timbalan presiden. Selain itu beliau juga melepaskan semua jawatan dalam parti. Ada yang menganggap tindakan Zaid melepaskan kesemua jawatan itu sebagai petanda awal beliau akan meninggalkan parti. Pukul 11 pagi ini beliau dijadual mengadakan sidang media dan dijangka menjawab teka-teki itu. Mengambil kira Zaid sebagai salah seorang pemimpin kanan ini bukan kali pertama mengejutkan ramai dengan tindakan seperti ini. Genap setahun lalu, Zaid membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti. "Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti," kata Zaid pada Oktober tahun lalu. Pergeseran ketika itu juga berkaitan dengan Azmin — watak yang sama dalam krisis semasa yang melanda PKR. Pengumuman cuti Zaid tahun lalu itu dibuat sewaktu muncul khabar bahawa beliau berkemungkinan meninggalkan PKR. Zaid dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Azmin. Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, dilaporkan tidak senang dengan peranan Zaid yang akan dihantar ke Sabah — berselinding di sebalik perjumpaan sambutan Aidifitri — untuk menyelesaikan penolakan ketua-ketua bahagian terhadapnya, yang dilantik sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri. Mengulas perkembangan semasa ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berpendapat perkembangan terbaru ini menunjukkan rakyat beranggapan bahawa pemimpin-pemimpin PKR lemah dalam memperlihatkan "kesatuan dan perpaduan dalam parti." "Kita boleh membuat tafsiran begitu," kata ketua firma kajian pendapat umum ini. "Ini juga menunjukkan dalam PKR masih terdapat masalah kepimpinan, pemimpin-pemimpin tidak sehaluan... perkembangan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada populariti PKR dan Anwar sendiri, seolah-olah Anwar tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah dan isu yang wujud," kata Ibrahim lagi. Ibrahim juga menganggap dalam perkembangan terbaru ini, kedua-dua PKR dan Zaid berhadapan dengan kerugian. "Saya rasa kedua-dua rugi. Dari kaca mata rakyat, rakyat menganggap parti ini tidak diuruskan dengan baik, parti terus bermasalah. Zaid pun ada kesukaran untuk bekerja dalam satu organisasi," katanya lagi. "Zaid ada kesukaran untuk memainkan peranan dalam PKR, beliau ada pengikut sendiri dalam PKR. "Tetapi apabila beliau memutuskan untuk bertanding, timbul rasa kurang senang di kalangan sesetengah pihak dan timbul tanda tanya (was-was)," kata Ibrahim. Asas pengaruh dan pengikut ini juga diakui oleh seorang pemimpin cabang yang bertanding jawatan pusat. Beliau yang tidak mahu namanya dipetik menimbulkan persoalan sama ada Zaid mengambil keputusan seorang diri ataupun ada mengadakan perbincangan dengan rakan-rakannya. Dia tetap menganggap jika Zaid mengambil keputusan itu seorang diri, ia adalah keputusan silap kerana alasan yang diketengahkannya bukan beliau seorang sahaja merasakan. Seorang lagi pemimpin kanan PKR juga beranggapan bahawa ini risiko yang parti terpaksa hadapi dengan mengadakan pemilihan secara langsung. "Niat mengadakan pemilihan langsung ini baik tetapi pelaksanaan membawa risiko ketika parti tidak cukup bersedia dan ada kekurangan di sana sini. "Itu sebab saya berpendapat bahawa walaupun kita perlu mengamalkan pemilihan atas nama demokrasi, kita juga perlu ada gagasan muafakat bagi mengelakkan saingan macam ini... mungkin kita harus memikirkan kemungkinan memperkenalkan langkah tidak membolehkan ahli baru masuk parti tidak bertanding selama tiga tahun pertama," katanya lagi. Bagaimanapun kata pemimpin PKR tidak akan hancur hanya kerana keputusan Zaid, tetapi ia akan memberikan kesan ke atas imej dan kredibiliti parti itu. Pandangan itu diakui oleh seorang penganalisis dari UKM, Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman yang berpendapat keputusan Zaid tidak mengakibatkan kredibiliti jatuh merudum. "Saya tidak melihat kredibiliti PKR sudah jatuh teruk," kata beliau yang berpendapat bahawa Zaid sudah merasakan beliau sudah tidak ada tempat dalam PKR selepas ini. "Kemungkinan Zaid sudah merasakan kedudukan beliau dalam parti sudah menjadi tanda tanya. Parti politik di Malaysia bukan macam di Amerika di mana Obama sanggup menerima pesaingnya Hillary Clinton dan dilantik sebagai Setiausaha Negara selepas menang dalam pemilihan. "Kita di Malaysia, kebanyakan pemimpin politik tidak ada semangat 'gentleman' untuk menerima mereka yang kalah dalam saingan... bermakna Zaid melontarkan kekecewaan menerusi pengumuman mahu menarik diri daripada bertanding," katanya. PKR juga hilang seorang yang dianggap sebagai pengganti Anwar satu ketika dahulu, kata Sivamurugan lagi. "Saya melihat ini sebagai titik permulaan keretakan dalam PKR yang jika disusuli dengan peletakan jawatan oleh penyokong Zaid, maka krisis keyakinan dan kepercayaan yang tinggi sedang dilalui oleh PKR," katanya. "(Presiden PKR, Datuk Seri Dr) Wan Azizah dalam dilema, sama ada perlu menyokong Zaid atau proksi Anwar, Azmin?" kata beliau lagi. Ibrahim tidak melihat akan ada tindakan keluar beramai-ramai buat masa sekarang. "Ia bergantung kepada tindakan kepimpinan selepas pemilihan sama ada mereka bersedia mengambil pendekatan menyatupadukan ahli selepas pemilihan dan menggunakan masa yang ada sebelum pilihan raya umum ke-13," kata Ibrahim lagi. |
| Gunung Merapi hambur awan panas satu kilometer Posted: 08 Nov 2010 07:00 PM PST GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Gunung Merapi masih mengeluarkan bunyi gemuruh semalam manakala awan, gas dan serpihan dihamburkan setinggi satu kilometer ke udara. "Berdasarkan apa yang kita lihat sekarang, ia akan meletus sekali lagi pada bila-bila masa," kata seorang ahli vulkanologi Indonesia, Surono. Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan menyatakan, jumlah keseluruhan kematian akibat letusan itu meningkat dari 138 orang kepada 141 orang semalam. Peningkatan itu ekoran pasukan penyelamat menemui lebih banyak mayat di kawasan pergunungan. Pemerintah Indonesia turut meletakkan bandar Yogyakarta dalam keadaan berjaga-jaga ekoran letusan yang masih belum berhenti. Lapangan terbang di bandar itu masih ditutup semalam dan debu tebal berterbangan di udara menyebabkan penduduk sukar bernafas. Bagaimanapun, tidak ada arahan daripada pemerintah supaya penduduk meninggalkan bandar Yogyakarta. Beberapa kampung kecil kelihatan seperti tidak berpenghuni dengan pintu dan tingkap rumah ditutup. Namun, terdapat pakaian yang dibiarkan di penyidai. "Apakah pilihan yang kami ada?'' soal seorang penduduk Sukirno, 37, yang menunggang motosikal bersama isteri dan seorang anak perempuan mereka berusia lapan tahun. Menurutnya, dia akan menetap dengan saudara-maranya yang tinggal jauh dari gunung itu kerana bimbang debu tersebut akan menjejaskan kesihatan keluarganya. Beberapa pakar menyatakan, ancaman terbesar di bandar itu ialah Sungai Code yang mengalir ke tengah bandar tersebut dari Gunung Merapi. Sungai itu mungkin membawa lumpur berapi yang mengalir ke sungai apabila hujan sekali gus memusnahkan apa saja benda di laluannya. Endapan gunung berapi telah memenuhi sebuah kawasan kediaman di tebing sungai. Hampir 280,000 orang kebanyakannya yang tinggal di cerun gunung telah mendapatkan perlindungan di pusat-pusat kecemasan. Kebanyakan penghuni pusat kecemasan itu mengadu tiada tandas dan bekalan air bersih tidak mencukupi. Gunung Merapi itu meletus pada 26 Oktober lalu dan ia masih belum berhenti. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengumumkan penghantaran satu briged tentera untuk membantu kerja-kerja bantuan dan pembangunan semula di tengah Jawa. Pengumuman itu dilakukan selepas Indonesia turut dilanda tsunami pada 25 Oktober lalu ekoran gempa bumi dalam laut sekuat 7.7 pada skala Richter sehingga mengakibatkan 428 orang terbunuh manakala 15,000 lagi hilang tempat tinggal. - Agensi |
| Penggemblengan harta intelektual Posted: 08 Nov 2010 06:30 PM PST Ashadi Zain Dalam usaha negara bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi, pelbagai inisiatif digerakkan bagi melahirkan modal insan yang mampu menyumbang secara cekap dan berkesan, sejajar dengan hasrat bagi mencapai kemajuan mengikut acuan sendiri. Salah satu inisiatif berkenaan adalah penubuhan Perbadanan Bakat yang akan mula beroperasi pada Januari 2011. Penubuhan sebuah entiti khusus bagi menggalakkan kepulangan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara adalah usaha yang baik bagi menambahkan jumlah tenaga pakar di Malaysia, sekaligus dapat merancakkan kegiatan ekonomi, antaranya melalui pelaburan langsung asing yang menjadikan kewujudan tenaga pakar sebagai salah satu kriteria sebelum mereka melabur di mana-mana negara. Dalam pada kita berusaha membawa pulang rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, adalah wajar juga usaha digiatkan lagi bagi memanfaatkan modal insan sedia ada di Malaysia, yakni sumber manusia yang tidak pernah bekerja di luar negara, demi menyumbang bakti di tanahair sendiri. Sudah semestinya ada di kalangan individu tersebut yang sebenarnya memang tergolong dalam kategori tenaga mahir bertaraf antarabangsa. Namun bakat yang ada masih terpendam dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya, ekoran kurangnya peluang dan pendedahan yang diberikan kepada mereka. Maka dengan demikian, mereka seeloknya diberikan peluang yang lebih luas dan pendedahan yang lebih mantap supaya negara tidak mensia-siakan potensi yang ada dalam setiap rakyat Malaysia. Pelaksanaan program-program tertentu bagi mencungkil bakat dan kemahiran modal insan sedia ada sudah pasti dapat melengkapi usaha bagi membawa pulang modal insan dari luar negara, lantas mengoptimumkan mobilisasi modal insan ke peringkat yang lebih tinggi. Antara platform yang dapat dimanfaatkan bagi mencungkil bakat terpendam di kalangan rakyat adalah melalui pusat inovasi komuniti yang akan mula beroperasi di Sabah dan Sarawak, sebelum dibuka pula di lain-lain negeri. Penubuhan Makmal Belia juga dapat berfungsi sebagai wadah yang efektif dalam usaha mencari idea baharu bagi menyerlahkan dan menonjolkan kebolehan anak tempatan hingga ke persada antarabangsa, sekaligus meningkatkan pendapatan negara. Dalam hal ini, adalah wajar jika segala usaha bagi menggalakkan pengembangan bakat melalui inovasi dan kreativiti tidak hanya tertumpu pada sains dan teknologi fizikal sahaja, tetapi juga bidang-bidang lain yang mempunyai potensi bagi dikembangkan sebagai harta intelektual (intellectual property). Misalnya adalah pengkomersilan idea-idea sains sosial yang berupaya mengubah keadaan sosioekonomi, meningkatkan kecekapan, memperbaiki cara kerja sedia ada dan sebagainya. Grameen Bank adalah satu contoh idea sains sosial yang berjaya mengubah kedudukan sosioekonomi masyarakat luar bandar, yang mana idea yang berasal dari Bangladesh itu kemudiannya disesuaikan di Malaysia dan dilaksanakan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia. Usaha-usaha menggalakkan kemunculan inovasi dan kreativiti di Malaysia dapat ditingkatkan lagi melalui pendemokrasian idea (democratisation of ideas), yang mana idea diterima berdasarkan mutunya dan bukan berdasarkan siapa yang mengutarakannya. Seterusnya, Malaysia mampu menjadi negara berpendapatan tinggi melalui daya kreativiti dan inovasi yang hebat. Melalui pendemokrasian idea, sesiapa sahaja dapat mengusulkan ideanya, tidak kiralah sama ada dia seorang profesor di menara gading mahupun surirumah yang tidak bekerja. Baru-baru ini juga, kerajaan ada mengumumkan bahawa idea-idea yang baik daripada rakyat akan cuba dikomersilkan dan jika mampu, dikomersilkan hingga ke peringkat antarabangsa. Ini sudah pasti dapat dipermudahkan melalui pendemokrasian idea yang merangkumi sains fizikal dan sains sosial, hingga akhirnya menghasilkan situasi menang-menang bagi si tuan punya idea dan juga kerajaan, yakni melalui pendapatan yang diterima berikutan pengkomersilan tersebut. Semoga Perbadanan Bakat dapat mempertimbangkan pengkomersilan melalui saluran pendemokrasian idea sebagai salah satu dari aktivitinya. Ya, memanglah ini mungkin bukan mandat asal (original mandate) yang diberikan kepada Perbadanan Bakat. Namun ia sebenarnya tidak lari dari matlamat bagi mengembangkan bakat di Malaysia, selaras dengan objektif utama (ultimate objective) kerajaan bagi mewujudkan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, sama ada melalui kemasukan semula tenaga pakar tempatan dari luar negara mahupun pengkomersilan idea rakyat marhaen, yang mana kedua-duanya mampu menjana pendapatan bagi negara. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan