DIALOG RAKYAT |
- Buruh ditetak terima 100 jahitan
- Mustaffa serah memorandum desak batal pemilihan kepimpinan pusat PKR
- Lebih 5 juta kenderaan lebih usia 10 tahun
- Menteri Labelkan Bukan Melayu Kurang “Semangat Patriotisme”
- DUN P Pinang kecoh dengan perang mulut
- Serbuan Sultan, Gobind diarah keluar dewan
- Ng: Salahkah masuk kawasan wakil rakyat lain?
- Umno anjur karaoke di penempatan Orang Asal
- Puasa Arafah 16 Nov, kata Jakim
- Pelakon, tunang dibebaskan dengan jaminan polis
- Umno kata Zaid kecewa PKR, Zul Noordin dakwa ada MP bakal keluar
- Cuti bersalin: Jangan diskriminasi pekerja swasta, kata kesatuan
| Buruh ditetak terima 100 jahitan Posted: 09 Nov 2010 03:28 PM PST SINAR HARIAN ONLINE ![]() KOTA BHARU - Gara-gara menegur seorang pemuda yang menangkap ikan menggunakan elektrik, seorang lelaki menerima lebih 100 jahitan di kepala dan badan akibat ditetak di Kampung Bahagia, Cabang Empat, Tumpat, kelmarin. Bagaimanapun, mangsa yang cedera parah nekad menyelamatkan dirinya dan dalam keadaan kepala serta badannya berlumuran darah dia menggagahkan diri memandu keretanya sejauh 600 meter untuk pulang ke rumahnya. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu mangsa, Mohammad Salleh, 52, parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Tumpat oleh sepupunya. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap berkata, mangsa yang bekerja buruh dikatakan ditetak lebih 15 kali oleh seorang pemuda dikenali Bujal. Menurutnya, kejadian itu juga berlaku dipercayai berpunca daripada dendam lama suspek terhadap Mohammad. "Hasil siasatan mendapati kesan tikaman di bahagian tepi badan sebelah pinggang kanan mangsa dan sebaik menerima laporan, polis menahan isteri pemuda terbabit berusia 17 tahun untuk siasatan. "Kejadian berlaku ketika mangsa yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum di sebuah kedai kopi di kampung itu," katanya, semalam. Mangsa sebelum ini menerima rawatan di Hospital Tumpat kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk mendapatkan rawatan susulan. Akibat cedera parah di kepala, sekali lagi mangsa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menjalani pembedahan dan keadaannya kini dilaporkan stabil. Sementara itu, anak mangsa Siti Hajariah, 21, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dikejutkan ibunya Faridah Musa, 49, kira-kira jam 11.15 malam. "Ayah memberitahu dia ditetak dengan 'kelewang' ketika pulang selepas minum di sebuah kedai kopi," katanya. | ||||||||
| Mustaffa serah memorandum desak batal pemilihan kepimpinan pusat PKR Posted: 09 Nov 2010 03:26 PM PST SINAR HARIAN ONLINE SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) MUSTAFFA KAMIL AYUB dan beberapa rakannya akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Antara lain dalam memorandum ini beliau mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009. "Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil (clean, free and fair election). Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang diantara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi," katanya. Beliau yang juga calon Timbalan Presiden PKR berkata, dia dan rakan-rakannya juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian Pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan. "Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. | ||||||||
| Lebih 5 juta kenderaan lebih usia 10 tahun Posted: 09 Nov 2010 03:24 PM PST SINAR HARIAN ONLINE KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,110,326 daripada 19,820,842 jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia sehingga Ogos lepas berusia lebih 10 tahun, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri. Beliau berkata kementerian sentiasa menekankan aspek keselamatan terhadap semua kenderaan tanpa mengambil kira usia kenderaan berkenaan. | ||||||||
| Menteri Labelkan Bukan Melayu Kurang “Semangat Patriotisme” Posted: 09 Nov 2010 03:17 PM PST SEDAKA SEJAHTERA Jumlah masyarakat Cina dan India yang rendah menganggotai angkatan tentera negara ini mungkin kerana kurangnya "semangat patriotisme", kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mohd Jidin meminta perangkaan rekrut terbaru tentera sejak dua tahun kebelakangan ini dan pecahan jumlah itu mengikut bangsa. Beliau juga ingin tahu punca atau sebab di sebalik kekurangan bangsa-bangsa tertentu menganggotai Angkatan Tentera Malaysia. Zahid berkata 9,054 pegawai dan anggota lain-lain pangkat diserapkan ke ATM sejak dua tahun lalu, berbanding 14,749 yang direkrut pada 2006 hingga 2008. Sepanjang 2008 hingga 2009, - 8,151 daripada mereka yang direkrut itu atau 90 peratus adalah Melayu, 26 orang atau 0.29 peratus adalah Cina, 82 orang atau 0.91 peratus India manakala 795 atau 8.8 peratus adalah bangsa-bangsa lain termasuk kalangan bumiputera dari Sabah dan Sarawak.
Selain kekurangan "semangat patriotik", Zahid berkata ia juga mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain. "Mungkin kerana takut disiplin ketenteraan yang ketat, gaji yang rendah berbanding swasta atau tiada galakan daripada keluarga," kata Zahid. Dilabel pengecut Beliau juga berkata ia mungkin disebabkan kekurangan sokongan daripada masyarakat berkenaan sendiri ataupun tanggapan negatif terhadap ATM. Namun kata Zahid, yang juga adalah ahli parlimen Bagan Datoh, kerajaan tidak pernah meletakkan kuota untuk ATM dan semua pengambilan rekrut baru dibuat berdasarkan kelayakan, minat dan juga secara sukarela.
Kulasegaran menuntut menteri itu memohon maaf berhubung kenyataannya bahawa bukan Melayu kurang semangat patrotik punca mereka kurang minat menganggotai angkatan tentera. Oleh kerana Zahid telah meninggalkan Dewan Rakyat ketika itu, Kulasegaran melabelkan menteri itu sebagai 'pengecut' meskipun sebelum itu telah dimaklumkan supaya terus berada di parlimen. Namun sebaliknya, speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak mengarahkan Zahid untuk menarik balik kata-katanya tetapi menegur Kulasegaran kerana mengeluarkan kata-kata yang dianggap tidak sesuai, iaitu perkataan "pengecut". | ||||||||
| DUN P Pinang kecoh dengan perang mulut Posted: 08 Nov 2010 03:49 PM PST
Perang mulut itu bermula selepas Ng Wei Aik (DAP-Komtar) mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan mesyuarat untuk membincangkan demonstrasi yang berlaku di luar bangunan DUN pada Selasa lalu.
"Tindakan seorang penyokong demonstrasi yang merantai dirinya pada pintu pagar DUN dianggap satu tindakan yang amat ganas dan liar. Adakah ini bertujuan untuk mengurung semua ADUN termasuk dari pihak pembangkang?" katanya ketika membentangkan usul itu. Ng turut menamakan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, sebagai antara yang bertanggungjawab terhadap demonstrasi itu.
Rayer juga menuduh bahawa wang sumbangan kepada warga emas itu yang hendak dipulangkan kepada kerajaan negeri berkemungkinan wang Umno. Katanya ucapan Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) pada Perhimpunan Umno yang baru lalu di Kuala Lumpur, telah mencetuskan demonstrasi itu.
Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) cuba membantah dengan mengatakan Rayer tidak memahami usul yang dibincangkan kerana ia adalah mengenai demonstrasi minggu lalu dan bukannya isu wang sumbangan. Rayer mencabar barisan pembangkang supaya mengemukakan nama, alamat dan nombor kad pengenalan warga emas yang terlibat memulangkan wang RM100 yang diberi kerajaan negeri.
"Mungkin disebabkan kekeliruan rakyat tentang kenyataan Lim yang membawa kepada demonstrasi minggu lalu," katanya. Selasa lalu, lebih 100 orang, kebanyakannya penduduk Kampung Genting, Balik Pulau dan anggota Pemuda Umno mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan DUN bagi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang kerana gagal menyelesaikan isu berkaitan tanah di Balik Pulau dan pemberian wang sumbangan itu yang didakwa berpunca daripada hasil judi. | ||||||||
| Serbuan Sultan, Gobind diarah keluar dewan Posted: 08 Nov 2010 03:48 PM PST
Gobind bagaimanapun bertegas dan mahu Hishamuddin menjawab sama ada ada atau tidak siasatan dijalankan. Speaker bagaimanapun berkata menteri mempunyai hak untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan.
Pandikar Amin, kemudian meminta Gobind keluar dan berehat. Sebelum keluar Gobind berkata lebih baik keluar daripada terus berada di dewan ini dengan menteri tidak dapat memberikan jawapan. "Besok saya datang dan saya akan tanya soalan yang sama untuk mendapatkan jawapan dari menteri," kata Gobind. Kata-kata itu menyaksikan speaker yang pada mulanya hanya menyuruh Gobind supaya keluar sepanjang masa rehat dari jam 1 petang hingga 2.30 petang menukar keputusannya dan menggantung Gobind sehingga berakhir sesi hari ini.
Selain baginda, beberapa pengawal peribadi Sultan Kelatan ketika itu juga ditahan sejurus beberapa minit mereka meninggalkan Istana Kubang Kerian, di Kota Bharu. Tengku Fakhry dilaporkan berada di konvoi mengiringi ayahanda dan bodanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, dalam perjalanan ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk mendapatkan rawatan susulan | ||||||||
| Ng: Salahkah masuk kawasan wakil rakyat lain? Posted: 08 Nov 2010 03:42 PM PST
Namun, beliau tetap dipukul oleh sekumpulan samseng apabila tiba di tempat berkenaan. "Saya mahu nyatakan sebagai ADUN saya mendengar rintihan dan rungutan rakyat, adakah itu salah?," katanya ketika bercakap kepada wartawan ketika ditemui di bangunan annexe DUN Selangor hari ini, Ng hari ini turut mengedarkan beberapa keping gambar yang dirakamkan ketika kejadian itu berlaku.
"Sebagai seorang ADUN, walaupun dari Sekinchan, saya wajib prihatin kepada semua kawasan di Selangor. Noh Omar kata saya telah masuk ke kawasan dia, jadi saya kena pukul. "Ini adalah dunia tanpa sempadan, ADUN dan MP juga tidak ada sempadan. Sempadan yang ada hanyalah mentaliti kekampungan Noh Omar, menteri kampung yang bermentaliti kampung," katanya lagi. Ng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Noh sebelum ini yang menyatakan kepada Ng supaya tidak bersikap 'kurang ajar' dan supaya tidak memasuki kawasan orang lain. Datuk Seri Noh Omar yang juga ahli parlimen Tanjung Karang juga telah menafikan bahawa anggota Umno telah menyerang ADUN Sekinchan itu seperti didakwa Ng. Dalam pada itu, ketua whip PKR dalam DUN tersebut Azmin Ali mengutuk sekeras-kerasnya, tindakan samseng seperti itu. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Azmin juga berharap polis akan mengambil tindakan secara profesional dan tegas dalam isu tersebut. | ||||||||
| Umno anjur karaoke di penempatan Orang Asal Posted: 08 Nov 2010 03:37 PM PST
| ||||||||
| Puasa Arafah 16 Nov, kata Jakim Posted: 08 Nov 2010 03:36 PM PST BERNAMA KUALA LUMPUR — Puasa hari Arafah untuk umat Islam di negara ini, ialah pada 16 November bersamaan 9 Zulhijjah, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Beliau berkata ini berikutan penetapan Hari Raya Aidiladha pada 17 November dan permulaan 1 Zulhijjah, hari ini. Katanya pada tahun ini Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada tarikh yang sama. Mengenai penentuan Hari raya Aidiladha tahun ini, katanya cawangan falak jabatan itu telah menggunakan kaedah rukyah atau cerapan dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah iaitu kebolehnampakan, yang turut diterima oleh Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura sejak 1992. "Berdasar rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431 Hijrah di sebanyak 30 tempat cerapan rasmi di negara ini oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada Sabtu lepas, telah mendapati anak bulan tidak kelihatan di kesemua tempat cerapan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. "Hasil data cerapan tersebut kedudukan hilai atau anak bulan telah tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur rukyah atau kebolehnampakan," katanya sambil menambah semalam telah ditetapkan sebagai hari genapnya bulan Zulkaedah dan hari ini sebagai permulaan Zulhijjah. "Kriteria imkanur rukyah adalah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah," katanya. Wan Mohamad berkata satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku). Beliau berkata orang ramai boleh mengakses dan merujuk Info Kriteria Imkanur-rukyah di Malaysia dan data-data berkaitan melalui laman web jabatan itu di islam.gov.my. | ||||||||
| Pelakon, tunang dibebaskan dengan jaminan polis Posted: 08 Nov 2010 03:32 PM PST BERNAMA KUALA LUMPUR — Seorang pelakon lelaki dan tunangnya yang ditahan Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata kedua-dua suspek dibebaskan selepas keterangan mereka diambil. Tempoh tahanan reman pelakon berusia 30 tahun dan tunangnya yang berumur 24 tahun itu tamat hari ini. "Namun kertas siasatan kes itu tidak ditutup, dan jika terdapat keraguan (dalam kes itu) mereka boleh ditahan semula," katanya ketika dihubungi. Mereka ditahan ketika sedang menunggu bekalan dadah dari bekas teman lelaki tunang pelakon itu di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) di Ampang Jaya. Amiruddin berkata polis masih mengesan bekas teman lelaki wanita itu yang dipercayai berada di sekitar Lembah Klang bagi melengkapkan siasatan. | ||||||||
| Umno kata Zaid kecewa PKR, Zul Noordin dakwa ada MP bakal keluar Posted: 08 Nov 2010 03:28 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER ![]() Hishammuddin berkata tindakan Zaid hari ini tidak mengejutkan. — gambar fail Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Zulkifli mendakwa beliau meramalkan akan ada gelombang baru pemimpin-pemimpin PKR akan meninggalkan parti tersebut ekoran keputusan Zaid hari ini. Ekoran perkembangan terbaru itu, kata Zulkifli, beliau sebenarnya tidak terkejut dengan dakwaan membeli undi dan penyelewengan dalam proses pemilihan PKR. Sehubungan itu kata beliau, tindakan Zaid akan mencetuskan respons yang sama di kalangan pemimpin PKR yang tidak berpuas hati, yang akan mengikut langkah bekas menteri itu meninggalkan parti kelak. "Saya tidak terkejut jika ada pemimpin-pemimpin kanan dalam PKR yang akan mengekori langkah Zaid. Akan ada satu atau dua Ahli Parlimen yang akan meninggalkan PKR dalam waktu terdekat, dan akan membuat keputusan menjadi wakil rakyat Bebas," kata Zulkifli. "Zaid akhirnya sudah nampak kebenaran dan kenyataan beliau (mengenai proses pemilihan) membuktikan apa yang dikatakan oleh Konsensus Bebas selama ini. "Parti itu hanya bersedia untuk membawa (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) ke Putrajaya. Dalam konteks ini, kita perlu faham bahawa Anwar perlu memastikan dia berjaya, dan orang-orangnya akan melakukan apa sahaja, dalam apa jua kos untuk merealisasikan impian itu," kata Zulkifli kepada pemberita di lobi Parlimen. Dalam pada itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Naib Presiden Umno berkata, tindakan Zaid menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presien PKR dan melepaskan kesemua jawatannya dalam parti itu kerana beliau kecewa terhadap PKR. Katanya, beliau tidak terkejut dengan tindakan Zaid itu yang menggambarkan beliau baru sedar bahawa demokrasi yang sebenarnya tidak dapat dilaksanakan dalam PKR. Malah tuduhan yang dilemparkan terhadap Umno sebelum ini bahawa Umno tidak telus dan bersifat rasis kini terkena kepada parti itu sendiri, kata Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri. "Mungkin itu menjadi pertimbangan Datuk Zaid kerana kecewa dengan perkara yang sebelum ini dilaung-laungkan lebih hebat daripada Umno tetapi dalam pelaksanaannya jelas tidak sampai pada tahap yang dijanjikan, bukan saja orang ramai, tetapi yang paling pentingnya kepada ahli-ahli parti itu sendiri. "Tengoklah calon-calon yang bertanding ada ke kaum-kaum lain? Tengok dalam konteks demokrasi, calon-calon tu ada kaitan tak dengan penasihat PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim)?," katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen di sini hari ini. Zaid mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR serta melepaskan semua jawatannya dalam parti itu kerana mendakwa wujud salah guna kuasa dan penipuan dalam pemilihan parti tersebut. | ||||||||
| Cuti bersalin: Jangan diskriminasi pekerja swasta, kata kesatuan Posted: 08 Nov 2010 03:26 PM PST ![]() Rajasekaran Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) G Rajasekaran berkata, oleh kerana kerajaan telah memutuskan untuk memperuntukkan cuti bersalin 90 hari kepada kakitangan awam, maka adalah wajar Akta Kerja dipinda bagi membolehkan ia dipanjangkan meliputi sektor swasta. "MTUC menyambut baik langkah kerajaan menyediakan cuti bersalin kepada kakitangan wanita sektor awam, tetapi kami melihat seolah-olah pekerja-pekerja sektor swasta yang merupakan sebahagian besar tenaga kerja negara ini dianaktirikan. "Tidak harus ada diskriminasi dalam soal ini, seolah-olah pekerja swasta adalah pekerja kelas kedua," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Dalam mengumumkan Bajet 2011 bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, sememangnya pun, kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita. "Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutamanya anak yang baru dilahirkan. "Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini," katanya. Najib berkata kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Cuti bersalin merupakan sebahagian tuntutan kesatuan sekerja sejak dua tahun lalu. Menurut Rajasekaran, MTUC telah pun menghantar memorandum dua bulan lalu meminta Kementerian Sumber Manusia agar meminda Akta Kerja untuk menyediakan peruntukan cuti bersalin 90 hari. "Dalam memorandum itu, kami meminta agar Rang Undang-undang Kerja ditangguhkan daripada dibentangkan di Parlimen dan dimasukkan perkara-perkara baru termasuk soal cuti bersalin," katanya. Minggu lalu, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan Dewan Rakyat bahawa ia menarik balik rang undang-undang itu daripada bacaan kali kedua. Pada Ogos lalu, salah satu anggota gabungan MTUC, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mengumumkan bahawa sektor perbankan telah bersetuju untuk melaksanakan kemudahan cuti bersalin mulai perjanjian kolektif yang ditandatangani baru-baru ini. Sehubungan itu, Setiausaha Agung NUBE J. Solomon memberitahu, kerajaan perlu komited dengan memastikan kemudahan cuti bersalin diperluaskan kepada kepada pekerja-pekerja sektor swasta yang lain. "Jika kerajaan boleh memberikan kepada kakitangan wanita awam, mengapa tidak ia tidak boleh diberikan kepada pekerja-pekerja sektor swasta," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Beliau turut berpendapat Akta Kerja perlu dipinda dalam hal ini memandangkan pekerja swasta mewakili sejumlah besar tenaga kerja iaitu sekitar 10 juta orang. "Daripada ini separuh adalah wanita, yang sebahagiannya besarnya telah berkahwin," katanya lagi. "Melainkan akta ini dipinda, majikan sektor swasta tidak akan patuh dan amalkannya. Tidak adil swasta ketinggalan dalam soal ini," kata Solomon lagi. Sebelum ini, tiga kerajaan negeri Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Selangor dan Kelantan juga telah mengumumkan mereka akan melaksanakan cuti bersalin 90 hari mulai tahun depan berbanding 60 hari sekarang. Kelantan sebelum ini merintis pemberian cuti bersalin kepada kakitangan wanita negeri ini daripada 42 hari kepada 60 hari. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan