Isnin, 29 November 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Di Rogol Depan Anak

Posted: 29 Nov 2010 04:09 PM PST

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.
 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

"Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

"Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan," katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

"Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

"Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit," katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

myMetro | Diperkosa perompak

Cari N3 lama-lama disini

Di bawah ini ada saranan dari pihak polis untuk mencegah kecurian.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian didapati pisau
hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air diluar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah
untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu
rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam,kejutkan ibubapa untuk
bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama...)

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,cuba on and offkan balik untuk menakutkan
pencuri (menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta
mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan
menundukkan kepala )

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk
mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh
double check dgn kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada disisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda
atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan
sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor2 ini
disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan
telefon. (Penang Police Hotline = 04-2691999)

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian dirumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di
rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan
tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada
anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear
& steering sebelum tidur (sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam (sebab ada pencuri yg mengambil
kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran

Blogger Fitnah Kerajaan Kelantan

Posted: 29 Nov 2010 06:33 AM PST

Ekspo Cheng Ho yang diadakan di Kota Bharu sekarang adalah projek naungan Husam Musa.Ianya diadakan semata-mata untuk memulihkan imej Husam yang tercalar balar sejak dua tahun kebelakangan ini.

Maklumat dalaman yang diterima oleh TGM memaklumkan pada peringkat awal sebenarnya tiada syarikat dari China yang sanggup datang untuk menyertai eskpo tersebut. Kemudian Husam terpaksa beberapa kali berulang alik ke China bagi memujuk mereka menyertainya.

Walaupun dipujuk mereka tidak mahu menyertainya, kecuali ekspo tersebut diadakan di peringkat nasional bukannya di peringkat negeri. Husam mati akal kerana beliau telah beberapa kali terpaksa menangguhkannya akibat tiada penyertaan.

Jalan terakhir yang digunakan oleh Husam ialah 'main pitih'. Kami difahamkan setiap syarikat dibayar RM 50 ribu untuk menyertai ekspo tersebut. Jangan tersilap, bukannya syarikat yang nak menyertai ekspo perlu bayar RM 50 ribu kepada penganjur, tetapi setiap syarikat yang menyertai eskpo dibayar RM 50 ribu oleh penganjur (husam musa) beserta kemudahan lain termasuk hotel dan pengangkutan.


Mengikut laporan harakah daily lebih dari 200 syarikat dari China yang menyertai ekspo tersebut. Jika satu syarikat dibayar RM 50 ribu, bermakna RM 10 juta belanja yang perlu dikeluarkan untuk membayar kepada syarikat-syarikat yang hadir.

Itu belum diambil kira dengan kos-kos yang lain seperti penginapan, makan minum, pengangkutan serta kos untuk persiapan ekspo serta kakitangan bertugas. Rumusan kasar yang boleh dibuat, lebih kurang RM 20 juta perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk penganjuran ekspo berkenaan semata-mata Husam nak tunjuk dia hebat.

Soal nak tunjuk hebat atau tidak hebat adalah perkara kedua, soal utamanya dari mana Husam datang duit sebanyak itu untuk menganjurkan ekspo berkenaan sedangkan kerajaan negeri hanya memberi peruntukan sebanyak RM 100-200 ribu ?

Kami telah pun mendapat jawapannya. Kami difahamkan ianya menggunakan wang gelap hasil dari kegiatan haram Husam Musa sepanjang menjadi exco. Kami akan dedahkan satu persatu kelak.

Usaha kita untuk menawan Kota Darulnaim masih mempunyai punyai masa lagi Kita tidak boleh menggunakan segala peluru yang ada dimasa sekarang. Apabila sampai masanya kita akan keluarkan segala jenis peluru , bom, dan sebagainya.

Apa yang boleh kami katakan ialah, Ekspo Cheng Ho sebahagian dari titik tolak kejatuhan politik manusia durjana yang bernama Husam Musa.

Jika benar segala dakwaan yang kami terima ini, patutlah negeri Kelantan tak boleh maju dan masih ketinggalan. Seorang exco ada wang gelap berpuluh juta, cuba bayangkan jika sembilan exco lain pun begitu juga. Itu belum dicampur lagi dengan MB, pengerusi anak-anak syarikat kerajaan negeri dan anak beranak MB. Habis harta negeri dirompak oleh mereka,rakyat pula terus hidup merana.

Dari blog pencacai Team Gelombang Merah

-ijoks2009-
Bila kerajaan negeri pakatan buat program semua di fitnah ,semua tak betul,yang orang tu jadi penaung pertunjukan fesyen hina Islam tu macammana cerita?
takkanlah Husyam ada duit sebanyak tu,sedangkan Husyam antara exco yang low profile.cuba bandingkan kereta dan harta Husyam dengan JKKK umno rasanya lagi hebat JKKK .





Cari N3 lama-lama disini

Dato Umno VS Pak karamu(Rond 1 dah kalah)

Posted: 29 Nov 2010 03:36 AM PST


Tadi terbaca kisah menarik dari Pak karamu .
antara dialog menarik antara pak karamu dengan seorang dato' umno-

Dato'
Akan tetapi kami banyak mendirikan masjid dan surau dan pusat islam yang telah diakui oleh negara islam diluar negara dan mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam morden !

Pak Karamu
Tentang membena masjid, surau dan pusat islam dan sebagainya itu adalah syi'ar islam BUKAN agama islam, sementara yang di iktiraf oleh kebanyakan pemimpin negara islam dari luar negara sebenarnya mereka juga jahil islam kerana Malaysia bukan negara islam sebenar akan tetapi negara umat islam

Dato'
Jadi Malaysia bukan negara islam ?

Pak Karamu
Bukan ! Kerana umat islam belom lagi mengislamkan negara Malaysia, dengan menanggalkan perkara yang terlarang yang berada diatasnya 

Dato'
Jika demikian islam UMNO dan PAS berlainan ?



Cari N3 lama-lama disini

Lan senario Sindir Najib Ke?

Posted: 29 Nov 2010 12:56 AM PST



-ijoks2009-

Kalau kak mah tengok ni,naya Lan pet-pet lepasni tak dapat cari makan kat malaysia lagi..





Cari N3 lama-lama disini

Orang Kuat

Posted: 28 Nov 2010 11:45 PM PST




Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang yang kuat bukanlah orang yang dapat mengalahkan musuhnya tetapi dapat menguasai marahnya."


Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: