Isnin, 29 November 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MENJAWAB TULISAN SALMANALBUSTANIY, PAS PERLU KETUAI PR

Posted: 29 Nov 2010 10:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca artikel sahabat Salmanalbustaniy, saya bersetuju dengan pandangan beliau bahawa sekiranya berlaku sebarang kemungkinan buruk terhadap Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim, maka sewajarnya pemimpin PAS ditampilkan sebagai Ketua Pembangkang sekaligus sebagai Ketua PR. Tidak perlu diragui bahawa pemimpin PAS mempunyai kredibiliti untuk memegang amanah besar ini.

Walaupun pada ketika ini DAP secara teorinya lebih layak memegang jawatan tersebut, tetapi secara praktikalnya pimpinan di dalam PR menggunakan akal dan kebijaksanaan maka DS Anwar diangkat sebagai Peneraju PR sebagai satu maslahah di dalam perjuangan. Oleh yang demikian, tidak salah sekiranya maslahah yang sama diguna pakai untuk melantik PAS pula sebagai Peneraju PR seandainya DS Anwar dikurung ke penjara.

Ini semua memerlukan sokongan dari semua pimpinan di dalam PR, terutamanya dari pimpinan PKR sendiri. Saya percaya, DAP tidak mempunyai masalah sekiranya PKR dan PAS ingin melantik pemimpin PAS sebagai Peneraju PR asalkan matlamat tetap sama iaitu ingin menguburkan Umno/Bn. Siapa yang layak dan berketrampilan sebagai pengganti DS Anwar itu akan boleh diperbahaskan kemudian oleh semua pimpinan PR.

Saya merasa agak terkilan sedikit di atas penulisan artikel sahabat itu tadi, di mana beliau seolah-olah memperlekehkan PKR hanya kerana ingin mencadangkan PAS sebagai Peneraju PR. Lebih tidak menyenangkan, apabila hujahnya terlalu remeh dan dangkal sekali. Beliau mempersoalkan mengapa AMK terlalu bersemangat ingin menentukan DS Anwar tetap menjadi PM sekiranya PR berjaya menguasai Putrajaya. Bagi saya, AMK bebas untuk berjuang atau berusaha ke arah itu sepertimana juga PAS tetap berusaha agar pemimpin PAS dapat diangkat menjadi PM.

Walau bagaimanapun, akhirnya kita perlu menerima keputusan pimpinan PR, siapakah yang boleh diangkat menjadi PM. Maka, tidak salah buat sesiapa ingin menyokong atau berusaha ke arah mengangkat pemimpin yang mereka kehendaki. Bukankah pimpinan PR sebelum ini telah buat keputusan untuk melantik DS Anwar sebagai PM jika berjaya ke Putarajaya? Bagi saya, di dalam PRU ke 13 akan datang, pimpinan PR tentunya akan membuat keputusan untuk meletakkan siapakah bakal PM sekiranya PR berjaya ke Putrajaya. Sudah semestinya keputusan yang bakal dibuat berdasarkan situasi semasa. Ini bermakna, belum tentu DS Anwar akan dipilih semula.

Di dalam tulisan sahabat saya itu, beliau juga meletakkan kesalahan ke atas calon PKR iaitu Sdr Shamsul Iskandar yang tewas bertanding di Terengganu. Beliau menulis "Shamsul Iskandar kalah di kerusi Parlimen Dungun kepada BN kerusi PAS yang dengan berat hati bagi kat PKR untuk pilihanraya lalu. PRU13 PAS kena ambil semula kerusi tersebut. PKR nak menang di P Dungun, jenguk kawasan parlimen Dungun pun tidak, tenaga kerja semua orang PAS." (Salmanalbustaniy). Pada saya pandangan ini negatif buat mereka yang ingin berpakat di dalam satu pakatan. Saya ingin bertanya, adakah hanya Sdr Shamsul seorang yang tewas ketika itu di Terengganu? Bukankah Terengganu pernah ditawan oleh PAS, kemudian tewas setelah sepenggal berkuasa? Mengapa kerusi lain yang PAS bertanding turut tewas juga? Sebenarnya, terlalu banyak faktor yang menyebabkan kita tewas ketika itu dan PAS sendiri pernah mengeluarkan laporan atau post mortem di atas kekalahan di Terengganu.

Satu lagi pandangan yang tidak boleh diterima langsung adalah apabila beliau di akhirnya menulis, "Banyak lagi nak disebut.. cukuplah PKR.. bagilah PAS yang leads.. PKR telah banyak menghasilkan katak lompat.. dan yang paling teruk menjahanamkan PERAK!"(Salmanalbustaniy). Kisah apa yang terjadi di Perak rupanya selama ini tidak difahami oleh Penulis ini. Mungkin Mantan MB Perak YB Nizar yang juga pemimpin PAS sendiri boleh memberi kefahaman kepada beliau, atau boleh meminta bantuan dari YB Idham Lim juga pemimpin PAS di Perak. Pandangan beliau bagi saya seolah-olah pandangan dari orang yang berada di bawah tempurung.

Masalah `katak lompat' ini berlaku di dalam semua parti. Kebetulan PR dilihat sekarang boleh menggugat Bn, maka kisah ini diperbesarkan seolah-olah lompat melompat ini hanya berlaku di dalam PKR. Tujuan mereka untuk menunjukkan PKR tidak baik buat PR, maka kita jangan mudah terpedaya dengan propaganda ini. Di dalam PR, parti mana yang tidak ada kisah lompat melompat ini? PAS pernah kehilangan Presiden, Naib Presiden malahan dari Dewan Ulamak yang melompat dari PAS. Cuma, diwaktu itu kisah melompat tidak begitu popular dan diperbesarkan kerana parti pembangkang ketika itu dilihat tidak mampu menggugat Bn.

Saya memuji DS Anwar kerana tidak menyalahkan pemimpin PAS Us Ahmad Awang yang mencadangkan agar Hj Mohsin Fadzli bertanding di Parlimen Bagan Serai menggunakan tiket PKR. Akhirnya, YB Mohsin melompat sehinggakan Us Ahmad Awang merasa amat dukacita. Namun, DS Anwar berlapang dada dan menganggap ini semua adalah ujian buat kita di dalam PR. DS Anwar faham, bukan silap Us Ahmad Awang di dalam hal ini. Sikap menuding jari sesama kita tidak baik untuk perjuangan bersama.

Masalah tenaga kerja dan kempen juga tidak perlu diperbesarkan. Di kawasan saya di Negeri Sembilan, ada beberapa kawasan yang PAS kuat dan banyak kawasan yang PKR dan DAP lebih kuat. Namun kerjasama amat baik, yang kuat bantu yang lemah. Tiada sifat sombong dan ego dengan kekuatan masing-masing. Keikhlasan membantu rakan seperjuangan itu penting, sebab itulah siapa boleh menyangka NS dapat menafikan 2/3 majoriti Dun dikuasai Bn? Mungkin Penulis menganggap kemenangan ini adalah kerana PAS yang banyak membantu jentera kempen di NS. Jika begitu andaiannya, siapa yang banyak membantu jentera kempen di Terengganu? Mungkin benar kerusi yang ditandingi oleh Sdr Shamsul Iskandar (PKR) di Terengganu itu banyak dibantu oleh jentera PAS, bagaimana kerusi-kerusi lain yang banyak juga PAS tewas?

Justeru itu, tidak perlu kita mencari jalan untuk merenggangkan persefahaman yang sedia ada sekarang. Saya yakin, pimpinan PAS sentiasa komited membantu rakan-rakan di dalam PR, mereka tidak pernah pertikaikan kerjasama yang diberikan selama ini. Cuma, penulisan dari sahabat saya ini mungkin mengguris hati rakan-rakan yang lain. Berilah kritikan atau cadangan untuk membina, bukan memperlekehkan sesama kita./wfauzdin.blogspot.com

KETUANAN MELAYU - MARUAH MELAYU TERLETAK PADA ISLAM, BUKANNYA APABILA DIJADIKAN `TUAN'

Posted: 29 Nov 2010 08:00 PM PST

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebaliknya beliau menegaskan, Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam.

"Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.

"Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 'ketuanan Melayu' yang cuba ditanam oleh Umno dalam pemikiran orang Melayu.

Jelasnya, Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.

Sedangkan katanya, yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu.

Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu.

Menyedari hakikat itu, PAS katanya membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.

Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga.

"Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia.

"Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu," katanya./Harakahdaily

SUDAH TIDAK HAIRAN DENGAN CERITA LOMPAT PARTI NI..

Posted: 29 Nov 2010 07:00 PM PST

Ahli lompat parti penyakit biasa: Pas


KOTA BHARU - Pas menyifatkan kemasukan 103 bekas ahli Pas Wakaf Bunut, Selising menyertai UMNO adalah penyakit biasa ketika menjelang Pilihan Raya Umum (PRU-13) dan ia langsung tidak menjejaskan parti itu.

Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, pihaknya tidak hairan perkara seumpama itu berlaku kerana ada orang UMNO yang mengaku ahli Pas untuk menyertai UMNO.

"Pas tidak hairan perkara ini berlaku, kami juga percaya taktik sama bakal digunakan di kawasan Dewan Undangan Negeri lain dan bukan hanya di Selising, Pasir Puteh.

"Ini sebenarnya taktik lama UMNO untuk menipu rakyat dengan dakwaan ahli Pas masuk UMNO kerana UMNO parti pilihan rakyat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemasukan 103 bekas ahli Pas cawangan Wakaf Bunut menyertai UMNO pada majlis di Kampung Tualang Rendah.

Seramai 60 orang diketuai bekas Ketua Pas Cawangan Wakaf Bunut, Mohd Soleh Hassan, 66, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Pasir Puteh, Zawawi Othman manakala selebihnya menyerahkan secara tidak rasmi dalam majlis berasingan.

Mereka mendakwa kononnya bersetuju menyertai UMNO secara sukarela selepas menyedari parti itu mampu memperjuangkan agama, bangsa dan negara berbanding Pas.

Mohd Zaki berkata, pihaknya yakin walaupun pelbagai dakyah politik dilakukan UMNO semata-mata untuk meraih sokongan rakyat namun masyarakat tidak akan mudah percaya dan terpedaya dengan taktik itu.

Menurutnya, buktinya sudah 20 tahun rakyat Kelantan berada di bawah pimpinan kerajaan Pas dan isu seumpama itu tidak memberikan sebarang kesan kepada Pas negeri.

Mengenai ada kalangan pemimpin Pas yang menyertai UMNO seperti laporan akhbar sebelum ini, beliau berpendapat bahawa mana-mana individu bolah mendakwa diri masing-masing memegang pelbagai jawatan dalam Pas.

"Apabila hendak masuk UMNO, individu terbabit akan mendakwa dirinya bekas pemimpin Pas kawasan tertentu dan bersetuju masuk UMNO dengan sebab-seban tertentu.

"Sesiapa sahaja boleh mendakwa memegang pelbagai jawatan dalam Pas tanpa menunjukkan bukti ini semua taktik biasa. Ia tidak memberikan kesan kepada Pas Kelantan," katanya.

Dalam laporan akhbar ini kelmarin, antara alasan ahli Pas menyertai UMNO termasuk mendakwa projek Ladang Rakyat anjuran Kerajaan Negeri memberi untung lebih kepada orang bukan Melayu dan pemimpin Pas guna agama untuk memancing rakyat.

Selain itu, mereka mendakwa pemimpin Pas lebih pentingkan kedudukan dan parti berkenaan gagal membela nasib rakyat berbanding UMNO./Sinar

TERKINI BERAHIM ALI, RINDU PULA KAT SUARANYA.....

Posted: 29 Nov 2010 06:00 PM PST

Apa kabar Dato Him...

Sejak keluar Hospital Ampang Puteri hujung Oktober lalu, khabar mengenai Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali terus sepi. Makanya ada yang pandai-pandai dok tulis kononnya Presiden Perkasa itu kronik dan sebagainya.

Bagi membuktikan Dato Him okay, Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifah bawa kawan-kawan blogger ziarah Dato Him di rumahnya di Taman Melawati,dekat Kuala Lumpur Sabtu. Menurut Armand dalam pertemuan itu Ibrahim memberitahu bahawa beliau akan kembali aktif dalam politik dan NGO tidak lama lagi. "Dato Him akan buat sidang media dalam masa terdekat untuk jelaskan kepada umum agenda beliau untuk perkukuh ekonomi golongan bumiputera.

Agenda ini adalah ilham yang dikumpulkan oleh beliau sepanjang beliau berehat sejak menjalani pembedahan jantung 18 Oktober lalu," kata Armand. /Agendadaily

KUNUNNYA AKULAH PEJUANG ISLAM......

Posted: 29 Nov 2010 02:25 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

KECOH puak-puak tu apabila seorang Perwakilan PKR bukan berugama Islam membaca terjemahan dari ayat Al-Quran yang tidak tepat. Membaca terjemahan ayat Al-Quran dengan silap, dibandingkan dengan sengaja memutar-belitkan ayat Al-Quran, mana lebih besar salahnya? Jawab sendiri.

Perwakilan tersebut bukan berugama Islam, cuba membaca terjemahan dari ayat Al-Quran tetapi kerana kejahilannya tanpa merujuk kepada yang arif di kalangan orang Islam, maka pada saya salahnya kerana tidak bertanya atau merujuk ayat tersebut terlebih dahulu. Niatnya baik, iaitu ingin memetik apa yang terkandung di dalam Al-Quran itu. Beliau sedikit pun tidak menghina mana-mana hukum atau ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran, cuma beliau salah dari segi membaca terjemahan. Itu saja.

Bagaimana pula mereka yang mengaku Islam, arif tentang terjemahan malahan tafsir Al-Quran itu dengan sengaja memutarbelitkan ayat Al-Quran demi politik dan kepentingan mereka? Golongan ini menolak hukum Islam, menghalalkan Akta zalim ISA, tidak menggunakan Mahkamah Syariah di dalam satu-satu kes tertentu seperti kes Qazaf DS Anwar, dan banyak lagi yang mereka langgar ajaran Islam yang terkandung di dalam Al-Quran tersebut.

Bagaimana dengan kerja Khurafat seorang pemimpin politik di Perak? Golongan manakah yang selama ini memutarbelitkan ajaran Islam sehingga tercetusnya isu orang bukan Islam memasuki masjid dan tidak menutup aurat? Ajaran Islam secara terang-terang mengharamkan judi tanpa ada khilaf, tetapi golongan mana yang menyokong dan membenarkan lesen judi ini?

Siapa lebih tidak berakal? Perwakilan bukan Islam tadikah atau golongan ini? Jadi, usahlah cuba menjadi seolah-olah pejuang Islam sedangkan tangan itulah yang membenarkan maksiat berleluasa dan tangan itulah yang menentang hukum Islam dulu, kini dan selamanya./wfauzdin.blogspot.com

PERKASA `PELACUR MURAHAN' - KETUA AMK

Posted: 29 Nov 2010 11:00 AM PST

PERKASA - pelacur murahan

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin membalas bidasan PERKASA itu dengan melabelkan pertubuhan pelampau Melayu itu sebagai 'pelacur murahan' kerana menggadaikan maruah bangsa bersekongkol dengan Umno.

Menurut Shamsul yang dipetik oleh TV Selangor kenyataan PERKASA itu jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran mereka.

pkr congress 281110 shamsul iskandar"Kalau kedua-dua pemimpin PKR ini dilihat mereka sebagai pelacur politik, Saya kira PERKASA juga bakal digelar sebagai pelacur murahan kerana sanggup lacurkan bangsa sendiri demi kepentingan politik mereka.

"Perjuangan PERKASA ini ibarat tong kosong yang tidak mempunyai isi kerana gunakan istilah yang menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran mereka bertujuan mencari publisiti murahan," kata Shamsul petang tadi.

Menurutnya, AMK bakal mengadakan beberapa siri 'dialog ilmiah' berbentuk dua hala dan intelektual bertujuan menerangkan hal itu kepada orang ramai khususnya masyarakat muda.

Shamsul yakin rakyat kini cukup matang untuk berfikir tanpa mengira batasan agama dan kaum./Malaysiakini

SYABAS, MB SGOR BERANI MENASIHATI RAJA-RAJA MELAYU

Posted: 29 Nov 2010 10:23 AM PST

MB S'gor: Raja Melayu perlu awasi 'Si Kitol'

Nov 29, 10

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitoll" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.

sultan selangor and khalid ibrahim 250209Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Khalid (atas, kiri) memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja."

Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.

"Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya.

dr mahathir visit kuala pilah 020806 leavingJelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, "para pemimpin utama" negara pada ketika itu "melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan.

Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi.

"Peruntukan asal berbunyi 'Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani'.

Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari.

conference of rulers majlis raja raja"Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut," kata Khalid lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah./Malaysiakini

DARI MUDA SAMPAI TUA MEREKA TERUS FITNAH TOK GURU NIK AZIZ

Posted: 29 Nov 2010 07:00 AM PST

Bila dah jadi penulis tersohor, jangan buat kerja bodoh


Oleh: batu-api2

"Saya suka membaca blog Mohd Sayuti Omar, tapi saya tak banyak sependapat dengan Sayuti. Saya terima hakitan beliau adalah 'spesis' yang tak ramai lagi boleh mengolah isu-isu negara.

Antara kawan beliau ialah Meli Kapak Jangat, seorang penulis kreatif dan skrip drama. Juga menulis novel yang banyak juga memenangi hadiah pertandingan penulisan novel. Nama sebenar ialah Ramli Abdul Halim menulis di blog http://melikapakjangak.blogspot.com/

Terkini saya baca satu posting ringkas beliau yang ke 856 dengan tajuk "Lain ulu lain parang, lain dulu lain sekarang."










Saya ambil keseluruhan posting tersebut;

SAYA ada terima kiriman gambar berikut yang lengkap dengan cacatan melalui email, lama saya perhatian. Apa ada di sebalik gambar ini. Apa ada kaitannya dengan TGNA.

Terkejut beruk saya bila dijelaskan bahawa gambar hitam putih adalah hari persandingan Nik Aziz Aziz Nik Mat (kini Dato dan Tuan Guru) dengan isterinya Tuan Sabariah Tuan Ishak (kin Datin).

Nampak jauh benar bezanya antara dulu dengan sekarang. Betul kata orang lain ulu lain parang, lain dulu lain sekarang. (Asalnya : http://melikapakjangak.blogspot.com/)

Sedih juga dengan sifat penulis yang dah tersohor boleh terjabak dalam penyebaran fitnah. Takkan Meli tak kenal Nik Abdul masa dia muda dulu. Meli kan banyak "bergadoh" (ore kelete kata gomo) dengan Nik Aziz, sampai sekarang pun dia tak setuju dengan Nik Aziz. Tapi takkan nak sampai fitnah atau menyambung fitnah.

Orang tersohor tak buat kerja bodoh macam ini.



Ini adalah gambar Nik Abdul Aziz semasa muda. Sebagai seorang penulis yang juga menulis di Utusan tak kan Meli tak boleh bezakan muka TGNA masa muda. TGNA tak pernah buang "semutar" (serban). Di bawah ini saya ambil lagi satu gambar Nik Abdul Aziz semasa muda.


Mungkin Ramli Abdul Halim penulis tersohor nak tahu siapa gambar yang disebarkan oleh sebahagian blog penyokong dan pengiat UMNO.

Gambar itu sebenar adalah Nik Abdul Aziz Kamil. Entah siapa aku pun tak kenal. Cerita lama lah Meli, tahun 2009 dia orang dah serang TGNA tapi tak berjaya dipatah dalam forum TKO. Sekarang nampak nak guna semula dan syabaslah blog Kapak Jangak dan Meli menjadi penyambung fitnah ini.

Boleh klik sekiranya nak besarkan

Link gambar ini kerana terlalu lama suda hilang, tapi ditakdirkan Allah saya masih ada menyimpannya. Link asal gambar Nik Abdul Aziz Kamil, http://fhtechnology.biz/cubecart/index.php?act=viewProd&productId=19

Sebagai manusia yang ada maruah adalah lebih baik Ramli Abdul Halim membetulkan kesilapan ini. Sebaik-baik manusia mengaku akan kesilapan. Maaf saya tegur secara langsung sesuai dengan penulisan blog saudara yang terbuka dan langsung. Saya juga suka mendegar kata-kata sebahagian besar penulis tersohor yang saya kenal, "Jika kita kritik orang, maka orang boleh kritik kita".

Akhir kata, jangan sampai saya sudah tawar untuk melawati blog saudara. Nasihat dan tulisan baik di blog saudara akan menjadi seperti menjirus air di daun keladi. /

http://batuapi-firestone.blogspot.com"

CANSELOR UNISEL - DR SYED HUSIN TOLAK

Posted: 29 Nov 2010 06:00 AM PST

Kata-kata ketika cinta memuncak:
Seorang Syed Husin berundur, seribu Syed Husin akan muncul...

Lim Hong Siang | Nov 28, 2010

Meskipun memetik ayat "apabila cinta sudah memuncak, kata-kata tidak perlu lagi", namun Syed Husin Ali tetap memberi amanatnya yang terakhir kepada perwakilan PKR, sebelum beliau berundur dari pentas Kongres Nasional PKR setelah tujuh tahun menyandang jawatan Timbalan Presiden PKR.

Syed Husin Ali (gambar kanan) tidak menyanyi seperti yang dilakukan pada kongres nasional parti yang lalu, dan beliau berkata dirinya tidak akan menangis walaupun ini kali terakhirnya berucap sebagai Timbalan Presiden PKR. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berkata, "Saya tak rasa bersedih berundur, kerana saya tahu, seorang Syed Husin berundur, saya tahu sekarang ini seribu orang Syed Husin akan muncul!"

Kesemua perwakilan dan pimpinan PKR memberi tepukan gemuruh sambil berdiri kepada pemimpin politik veteran yang sudah berdekad-dekad berkecimpung dalam politik tanahair, sejurus selepas beliau menamatkan ucapannya yang ringkas.

Tiga perkara diingatkan

Bagaimanapun, Syed Husin Ali memberi peringatan tiga perkara kepada perwakilan partinya.

Pertama, "kenalpasti siapa kawan dan siapa lawan. Jangan sangka lawan itu kawan kita, jangan silap lawan itu kawan kita". Beliau menekankan bahawa lawan dalam perjuangan adalah jelas, iaitu kezaliman, kerakusan dan ketidakadilan pemerintahan zaman ini, yang diketuai segelintir pemimpin yang memikirkan kepentingan diri.

Kedua, "tidak bersalah orang Melayu memperjuangkan hak orang Melayu, sama juga tidak bersalah untuk kaum lain memperjuangkan hak kaumnya". Bagaimanapun, kenyataan ini tertakluk kepada dua syarat. Pertama, jangan gunakan perjuangan orang Melayu itu untuk memperjuangkan segelintir yang kaya dan berkuasa. Perjuangkanlah untuk mereka yang miskin dan tertindas. Kedua, perjuangkan hak kaum sendiri, pada masa yang sama jangan dinafikan hak kaum lain.

Ketiga, benarkan yang benar dan dustakanlah yang dusta. Perjuangan harus diteruskan untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Menolak tawaran jawatan Canselor UNISEL

Sambil meminta maaf kepada Srikandi, Syed Husin Ali menolak sebulat-bulat cadangan supaya beliau ditawarkan jawatan Canselor UNISEL, sebaliknya mencadangkan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail untuk memegang jawatan tersebut.

Sebelum ini, pembahas wakil Srikandi, Farah Afzan Faridi mencadangkan agar Syed Husin Ali yang bakal bersara selepas Kongres Nasional PKR ini, dilantik sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) untuk menggantikan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. 【Baca: Syor Syed Husin Ali ganti Rosmah selaku Canselor UNISEL

Sepanjang kongres ini, beberapa orang wakil merakamkan penghargaan mereka terhadap Syed Husin Ali. Naib Presiden yang baru, Tian Chua ketika berucap, memuji dan menyanjung Syed Husin Ali kerana tidak berundur daripada perjuangan walaupun tidak menang dalam pilihan raya.

"Dr. Syed Husin Ali adalah seorang tokoh, yang tetap berdiri sungguhpun banyak kali kalah dan kecewa," sambung Tian Chua, "Walaupun beliau tidak pernah menang dalam pilihan raya, tetapi prinsip untuk bersama dengan perjuangan ini tetap sama. Kalau kita berikrar untuk mengikut jejak Dr.Syed Husin Ali, kita harus ingat, kita harus tetap dengan pendirian kita dan menghadapi segala cabaran. Dan kita tidak cepat putus asa."

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

KERANA MEMILIH ALLAH, EZAM SESUMPAH MASUK UMNO ?

Posted: 29 Nov 2010 02:00 AM PST

Ezam sesumpah melutut, Rafidah terlepas......
Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA DS Wan Azizah menyebut bahawa DS Anwar adalah anugerah Allah kepada kita, dan disokong pula oleh Tuan Guru Nik Aziz kerana DS Anwar telah melalui berbagai ujian dan fitnah demi membela rakyat, maka merasa sakit dihati pemimpin-pemimpin Umno. Paling terluka sekali adalah bekas anak didik DS Anwar sendiri yang kini `mencari sesuap nasi' dari periuk Umno iaitu Ezam raja sesumpah.

Ezam sesumpah menyangkal bahawa DS Anwar anugerah Allah, tetapi sebaliknya ia adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan rakyat samada memilih Allah atau DS Anwar. Bahkan, beliau berkata beliau telah lulus ujian tersebut. " Kata Ezam, beliau bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya melepasi ujian tersebut dengan memilih Allah SWT daripada bekas 'bos' beliau sendiri." (AgendaDaily)

Oleh kerana Ezam sesumpah memilih Allah SWT, maka mamat kotak ini memilih Umno. Hebat sungguh parti pilihan Ezam sesumpah, mungkin padanya Umno lebih hampir dengan Allah daripada Apco. Ezam sesumpah memilih Umno kerana beliau memilih Allah SWT, sebab itulah segala lesen judi dan arak terbesar diluluskan oleh Kerajaan Umno/Bn. Dan, kerana Ezam sesumpah memilih Allah lah maka Ezam sesumpah menjadi Senator lantikan Najib yang mahukan `Hub Hiburan' di negara ini. Tahniah, Ezam.

Ezam sesumpah butakan mata dan telinganya dari melihat dan mendengar apa yang berlaku di dalam mahkamah tentang kes liwat DS Anwar sekarang. Ezam sesumpah tidak peduli bagaimana DS Anwar mahu agar kesnya dibicarakan mengikut Syarie walaupun ada Menteri Umno yang menghalang kes tersebut dari dibicarakan. Ini adalah kerana Ezam sesumpah memilih Allah, maka Mahkamah Syariah tidak perlu bicarakan kes liwat. Sekali lagi Tahniah, Ezam.

Raja Sesumpah ini terus berhujah kununnya Tun Mahathir sememangnya tahu benar perangai buruk DS Anwar itu, sebab itulah beliau memecat DS Anwar. Cuma, Ezam sesumpah `terlupa' mahu bercerita bagaimana Tun Mahathir memujuk DS Anwar meletak jawatan secara terhormat. Mungkin juga Ezam sesumpah terlupa kisah bagaimana tarikh kejadian Liwat 1 telah dipinda sebanyak 3 kali di dalam mahkamah kerana terkantoi apabila tarikh tersebut bangunan atau apartmen tempat yang dikatakan berlakunya liwat itu belum pun siap lagi. Ada Ezam sesumpah cerita kisah ini di dalam ceramahnya. Mustahil, ada.

Oleh kerana memilih Allah lah, Ezam sesumpah kini berada `satu kelambu' dengan Rafidah Aziz, bekas Ketua Wanita Umno yang fail rasuahnya dahulu didedahkan oleh Ezam sesumpah sehingga beliau masuk penjara. Akhirnya, Ezam sesumpah melutut di dalam parti Umno, Rafidah tertawa riang. Tahniah Ezam./wfauzdin.blogspot.com

NAJIB DISOKONG OLEH 0.07 %. KJ PULA 0.0035% AHLI UMNO, BERMORALKAH MEREKA?

Posted: 29 Nov 2010 12:00 AM PST

Azmin akui rapat dengan Anwar… saya tidak apologetik

Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL

Sebaik disahkan menang sebagai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali secara terang-terangan mengakui keakraban dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tidak apologetik. Orang nak kata saya rapat, memang saya rapat. Orang nak kata saya sokong, memang saya sokong. Sebab itu bila ada suara untuk berundur, biar saya pergi barisan depan untuk melawan musuh-musuh dan dedalu-dedalu politik di dalam Parti Keadilan Rakyat," katanya ketika membuat ucapan penangguhan Kongres Nasional PKR di Dewan Sivik, Ahad. "Kita pertahankan saudara Anwar Ibrahim bukan kerana batang tubuhnya, Kita pertahankan beliau kerana idealisme dan prinsipnya yang melampaui martabat umat dan bangsa," katanya.

Dalam ucapannya itu Azmin berkata selepas ini beliau akan menghadiri beberapa program di Sarawak selama dua minggu sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) negeri itu.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam ucapannya pula mengutuk UMNO, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Khairy Jamaluddin. "Memang benar, ahli kita yang mengundi hanya lapan peratus di mana 70,000 mengundi di peringkat cabang dan 30,000 di peringkat pusat. "Tetapi Pemuda UMNO hanya dipilih oleh 0.0035 peratus perwakilan. Dia hanya dapat 300 undi daripada 800,000 ahli Pemuda. "Najib pula mengatakan sistem undian terus kami hanya gimik. Tetapi dia hanya mendapat undi 0.07 peratus daripada 3.4 juta ahli UMNO," katanya.

Sebelum ucapan penangguhan, pada sebelah pagi, Presiden Tetap, Hishammuddin Ismail telah mengumumkan keputusan pengundian Majlis Pimpinan Pusat. Dalam pengumuman itu, Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, diumumkan sebagai Timbalan Presiden dengan mendapat 19, 543 undi. Bagi jawatan Naib Presiden, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencatat undian tertinggi mendahului Tian Chua di tempat kedua dan Fuziah Salleh di tempat ketiga serta Mansor Othman di tempat keempat.

Untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat, Elizabeth Wong mendapat undi tertinggi, Dia diikuti di belakang oleh Badrul Amin Baharon, Khalid Jaafar dan Hee Loy Sian. Daripada 20 nama yang diumumkan, 15 adalah muka baru dan lapan berusia di bawah 40 tahun./AgendaDaily

Tiada ulasan: