Isnin, 29 November 2010

kalam Perantau

kalam Perantau


PRU 13 : Pakatan belum tentu kekal di Selangor

Posted: 29 Nov 2010 09:57 PM PST

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor menghadapi risiko hilang sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya ia tidak bersatu, kata penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Katanya, walaupun Pakatan Rakyat memenangi 17 daripada 22 kerusi parlimen dan 36 daripada 56 kerusi DUN di Selangor pada 2008, tetapi tiada jaminan bahawa ia pasti dapat mempertahankan kuasa di negeri paling maju itu.

Lapan daripada kerusi parlimen, tegas Lim, dan sepuluh kerusi DUN dimenangi dengan majoriti kurang daripada 10 peratus.

“Saya tahu ada orang yang percaya Pakatan Rakyat tidak boleh hilang kuasa di Selangor dalam pilihanraya umum akan datang,” katanya ketika merasmikan konvensyen DAP Selangor hari ini.

“Bolehkah Umno dan BN memenangi semula Selangor dalam pilihanraya umum akan datang? Adakah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak dapat dikalahkan? “

Lim mengambil perubahan kerajaan di Terengganu sebagai contoh yang jelas tentang bagaimana nasib politik boleh datang dan pergi, apabila PAS tanpa diduga mencapai kemenangan 28-4 kerusi DUN pada 1999.

Dalam pilihan raya umum 2004, PAS tidak menduga akan kehilangan kuasa di Terengganu tetapi ia pula kalah 28-4 di tangan Umno dan BN.

Oleh itu, tegasnya, Pakatan Rakyat perlu belajar daripada sejarah


Tiada ulasan: