Rabu, 10 November 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Jika Setiausaha Sulit Didakwa Memiliki Begitu Banyak Harta, Bayangkan Bosnya!

Posted: 10 Nov 2010 07:49 AM PST

Jika dakwaan ini terbukti benar, jahanam harta negara/wang rakyat! Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR 11 NOV : Setiausaha sulit kanan Perdana Menteri, Datuk Zakiah Ibrahim didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta.

Perkara ini didedahkan di laman blog Badrul Hisham http://chegubard.blogspot.com/2010/11/misteri-bagaimana-pegawai-pm-ada-harta.html bersama dokumen pendedahan tersebut.

Memetik tulisan di laman blog tersebut Badrul Hisham mendakwa mendapat maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' Jabatan Perdana Menteri(JPM) dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan seorang pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

"Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Zakiah Ibrahim," tulisnya.

"Datuk Zakiah atau pemberi maklumat menggelarnya ZAKAYA merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini," katanya lagi.

Tidak menyukai publisiti, Zakiah dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui runding terus di Kementerian Kewangan.

"Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua Umno bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri," katanya.

Badrul Hisham mendakwa Zakiah dalam masa yang singkat mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Datuk Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan "Nominee Director" untuk Zakiah.

"Modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Datuk Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian Umno atau kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau," katanya.

"Hari ini kami kemukakan dua bukti dua syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta," katanya lagi.

Fazley LETAK JAWATAN

Posted: 10 Nov 2010 04:21 AM PST

Saya petik:
[Mstar] PETALING JAYA: Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.
Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.
"Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales)," katanya, Rabu.
Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.
Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.
Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.
University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.

Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan.

[PANAS] Blogger JAWAB Laporan Polis AC Mizal

Posted: 10 Nov 2010 01:00 AM PST

Saya petik:
[Aidid Mu'addib] Sekali lagi saya nak cakap. "Fitnah" tu maksud perkataannya... buat-buat cerita yang tak benar tentang orang lain. Bang AC... kita bukan orang lain kan? Kita kan BFF gitu? Takpe la bang... kecik hati aku macha ko buat begitu! Dan berbalik pada isu fitnah tadi, saya ulang lagi sekali, kat mana yang saya fitnah tu? Ada 5 artikel saya tulis, fakta yang mana satu saya fitnah? 

2. HotTime (wow! that's hot!) punya list tu betul tu bang, saya tak tipu... syarikat tu yang bagi. Bukan saya ada-adakan, nak photoshop macamana, saya tak pandai? Ini ha linknya: You love me long time?. Seketul-seketul keluar bracelet tungsten yang sama dengan produk ACK. Harganya boleh kurang lagi kata apek tu melalui email... kalau order bulk manyak-manyak, katanya. USD23-24 boleh dapat tu... (bukan fitnah).

1. Gelang keramat yang disangkal oleh sains perubatan? (bukan fitnah).
 
3. Pasal testimonial tu kan... itu lagi saya musykil bang? Macamana ACK boleh claim disebabkan produk yang sama, daripada pengeluar yang sama, jadi boleh pakai testimonial yang sama... tapi nama omputeh pasal testimonial tu orang lain-lain. Namanya bukan la testimonial tu... itu namanya KARANGAN (atau KELENTONG MANGKOK HAYON DI SIANG HARI! gitu). Apa ACK ingat rakyat Malaysia, khasnya kami orang Melayu ni, low IQ ke bang? Macam baru keluar tadika kemas? (bukan fitnah).

4. Sistem pemasaran serta autoplacement "8-ball model" yang digunakan oleh ACK adalah skim piramid. Yang itu ko tak leh "spin" lagi dah. (bukan fitnah).

5. Suruh orang buat loan untuk join ACK - "berduit sekarang berduit masa depan (untuk AC Mizal)"... betul tak ACK ajak orang Melayu kerja kerajaan buat hutang dengan Kuwait Finance House? (bukan fitnah).
 
Tapi ye, saya tengok kat report polis kat atas tu kaaannn... saya rasa Aidid Mu'addib yang telah difitnah. Sanggup ko Mizal? Dolu-dolu ko cakap kita BFF, sekarang ni, sampai gini jadi nyo? Apakah salah ku?

1. Kat mana ugutan nak sembelih tu bang? Meh sini saya ambik daripada artikel yang asal: "Dah lebih 40 tahun manusia dah sampai ke bulan, yang orang Melayu kat Malaysia sebok jual gelang magik alternate universe. Dapat jualan berjuta ringgit pulak tu. Jual gelang cikai yang hanya dapat memberi "placebo-effect' kepada pemakainya. Placebo... tarak guna! Bila la benda macam ni nak berakhir dalam masyarakat kita? Orang Melayu tu sendiri kelentong orang Melayu lain, untuk mengayakan diri sendiri, daripada duit masyarakat Melayu tu jugak. Elok sembelih aje kut..." Dulu masa SPM, Bahasa Melayu dapat berapa bang? E ke F? G? Itu namanya metofora, bukan ugutan. Metafora tu tahu maknanya tak dey? Adakah?

2. "Tak sabar nak masuk jail ke apa?" Ini ha petikan artikel saya tu: Skim piramid tu. Kalau anda lihat post saya sebelum ini tentang "Matematik Asas Dalam MLM dan Skim Piramid", model piramid di atas adalah sistem yang mirip kepada "8-ball model". Tak faham betul saya... kata bzns jual gelang ni juta-juta, tapi tak nak pulak gajikan akauntan atau ahli ekonomi yang berwibawa ke bang? Sistem di atas tu hanya dipraktikkan oleh akauntan lanun dan penyamun perniagaan sahaja (dan orang yahudi macam Bernie Madoff). AC Mizal ni dah tak sabar sungguh nak masuk jail ke apa? Lepas tu, bukan setakat sistem piramid 1 downline 2 atau 3 atau 4, tapi 12! Downline 12? Suicidal ke? Dah sasau ke? Eh? Itu pulak namanya "rhetorical question" - atau kalau nak kasi terangkan dalam bahasa Melayu, "satu soalan perli yang tak perlu dijawab, kecuali dengan pelempang". Itu la pasal nya ada bebudak Melayu ada yang tak lulus Bahasa Melayu SPM ya? Korang tengok la sendiri kat atas ni... (macam Cikgu Anuar cakap 20 tahun dulu kat si mamat ponteng Hairul Adzha: "hish! aku lempang kang?" Ha... ugutan tu... pegi report puliiissss! Cepaaaattt!

................................

An Open Letter to the Authority:

Dear sir(s)/Madam(s):
1. KPDNKK.
2. PDRM (Bhg Jenayah Perniagaan).
3. Harian Metro and all other print-news entities.

I can be serious if I want to. And I'm pretty serious when I produce something substantial and factual. This is about the state of our country. This is about, specifically, the state of the economics well-being of our people. How long will the authority continue to let companies and individuals like these people that I have highlighted in my blog, persist in their effort to plunder, with deceitful manners, the accummulated riches in our society, to fatten their own pockets, to the detriment of those being fooled outright? Pyramid-schemes and twisted Multi-Level Marketing companies are doing their utmost currently in cyberspace, every single day, with the advent of social networking system like facebook... and the internet, in general.

PDRM:
I always have high regards for police officers, and even though there had been untoward incidents over the years, at either end of the spectrum, PDRM has always been an institution that Malaysian citizen had to rely on. As for the report above, the writer hope that the officers was not fooled easily by an actor who stated things out-of-context, thinking that he can make the report as a sensational document to parade in facebook, and it was. ACK posted that copy of the document in his facebook group, not 2 hours after it was filed at the police station. It was mind-boggling! It was comical! And the said-person seemed so proud of that above document... like it was a legal and binding punishment from a high-judge, to accuse the writer of malfeasance... but, it was shameful really. I myself, would not use PDRM as an outlet to be taken advantage of, to perpetuate the selling of my useless magnetic bangles, by deception mind you, by parading that insignificant document, such as above (as in the context of this whole affair). So, he made a police report... so what? The onus to prove that all the facts that I had presented are in the category of "libel and slender" is yet to be seen. I have presented facts... not fiction, and AC Mizal Konsortium has yet to produce any substantial counter-evidence to prove I was wrong.

KPDNKK:
I am not alone in this fight against MLM and pyramid-schemes, as your department had already seen and encountered thus far. Please look through my blog http://aididmuaddib.blogspot.com/, and please enter the un-hallowed realm of facebook (with my link). You'll be surprised of all the information I have gathered in 9 months. Those are my own research on the matter, and those are my first-hand experience. And I had done a great deal of references into the experiences of other countries, in writing those articles and creating those flyers. True, ACK is a BIG fish, but my mission is not solely on that company alone. There are so many other fish to fry sir... because I personally thought that I have not seen any government department officers such as yours, going undercover to investigate about these new kind of pyramid-schemes and MLMs. I may be wrong about that though... if so, I humbly apologize. 

I do hope that your department and the government in general take a more direct approach into this type of economics and commercial problems. Why do we need to wait for a particular company or business to grow, while taking in a huge amount of money from those so-called "investors" and when the scheme crash, those people file complaints to your department, then you mobilise a raid on so and so company or outfit? (... your raid on One-team and iRich696 was excellent by the way). I am hoping that KPDNKK would strike pre-emptively on these kind of businesses.... pyramid-schemes and MLMs that are actually pyramid-scheme in disguise. Get directly on the ground to see what is happening... meaning, get into facebook and see these pyramid-schemes in action. We all know here... it's the Malay youth that is primarily targeted. Well, we also know why.... isn't it?

Yes, ACK is only one of those schemes. But, I won't stop there. What about Hyprobulksms, Login facebook RM100, Unstopabble group, Aleacorp, VIPonline, BioAsli, SKN2U, Vemma, Xango, PowerImpian4u, Emall and hundreds of other schemes preying on the unsuspecting, but greedy Malays on the internet... and especially in facebook? Do we need to have many people complaint, then the government agency will move and take the appropriate action? I do not know if I am the one to give you this suggestion... but, why don't KPDNKK make a "team" that goes undercover into facebook? That is an idea... isn't it so?

Anyway, I am in deep gratitude to En. Shahruddin Bin Hamzah, for answering a fellow consumer about this type of scourge in our society in this day and age.






[Video] Obama Bercakap dalam Bahasa Indonesia/Melayu

Posted: 09 Nov 2010 10:05 PM PST


Jakarta Post melaporkan bahawa 5000 orang tetamu di Universiti Indonesia berpeluang mendengar Presiden US Barack Obama bertutur beberapa ayat dalam bahasa Indonesia ketika menceritakan semula kisah kanak-kanaknya di negara itu suatu ketika dahulu. Antara ayat yang dituturkan dalam bahasa tersebut termasuklah "Pulang kampung nih", "Indonesia bagian dari diri saya." 

Laporan lengkap tentang hal itu boleh anda baca di sini.

Saya jumpa dua klip video yang memaparkan Obama bertutur dalam bahasa Indonesia/Melayu:


AC Mizal Lapor Polis Pendedahan Blog

Posted: 09 Nov 2010 07:40 PM PST

Mungkin blog ini yang dimaksudkan oleh AC Mizal. Selain blog, isu ini hangat dibicarakan di FB dan di laman forum juga.

Tindakan AC Mizal melaporkan hal ini kepada polis wajar kerana selain untuk membersihkan namanya, pihak berkuasa juga dapat menyiasat kesahihan pendedahan yang dibuat dalam blog tersebut.

Saya petik:
[HM] AMPANG: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau nama komersialnya AC Mizal (gambar) membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan demi keselamatan selepas mendakwa menerima ugutan melampau serta pelbagai fitnah yang ditulis dalam beberapa blog, kelmarin.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.

Menurut sumber polis, artis itu mendakwa menjadi mangsa pesaingnya yang turut menjalankan perniagaan sama dan beberapa blog mengaitkan namanya dengan pelbagai fitnah termasuk tuduhan dia menipu pelanggannya.

"Selain artis terbabit, turut menjadi mangsa ialah pekerja syarikatnya dan kejadian itu berlaku sejak lima bulan lalu. Sebelum ini mereka tidak ambil peduli kerana menganggap tuduhan dan cubaan itu sengaja dilakukan untuk memburuk dirinya dan syarikat.

"Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini hingga memaksa artis terbabit membuat laporan polis kerana individu berkenaan turut mengugut untuk mencederakannya dalam blog itu," katanya. 

Antara ugutan itu ialah 'elok sembelih je kot' dan 'AC Mizal ni dah tak sabar nak masuk 'jail' ke apa?' dipercayai ditulis individu yang juga pesaing dalam perniagaan dilakukannya.

Sumber itu berkata, dalam laporannya AC menyatakan antara tuduhan yang menjejaskan reputasinya dalam blog ialah mengenai harga kos serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.

Katanya, selain itu, penulis blog itu didakwa turut cuba mengaitkan kehidupan peribadi artis berkenaan yang sengaja dibuat dengan tujuan mempengaruhi orang ramai supaya membencinya.

"Berikutan tuduhan dan fitnah itu, artis terbabit mendakwa perniagaannya mula terjejas selain beberapa kakitangannya mengalami nasib sama kerana orang ramai mula terpengaruh dengan semua yang ditulis dalam blog berkenaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat AC.

"Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan," katanya. - Hadzlihady Hassan

[Kemas Kini] RON 95 Selamat? Kaji & Siasat Dahulu Sebelum Keluar Kenyataan Ini!

Posted: 09 Nov 2010 06:50 PM PST


Komen saya berdasarkan maklumat dalam berita "RON 95 Bukan Punca Utama Kenderaan Terbakar"

Sebelum ini, kecoh sama ada di blog atau di laman forum yang mengaitkan RON 95 dengan beberapa kejadian kenderaan yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan. Saya tidak pernah menyiarkan cerita berkaitan dengan dakwaan itu, namun anda boleh menemukan artikel-artikel itu dengan mudah dalam hasil carian di Google.

Hari ini UM melaporkan bahawa minyak RON 95 selamat digunakan. Atas dasar/alasan apa yang mengatakan bahawa minyak itu selamat?

Hujah Ketua Pengarah MIROS ialah "kebakaran boleh terjadi sekiranya berlaku pelanggaran kenderaan dengan kelajuan yang tinggi" dan "kebakaran kenderaan akibat kemalangan yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini tidak boleh dikaitkan dengan minyak petrol RON95 kerana apa juga jenis minyak berpotensi menyebabkan kebakaran".

Malang dan menyedihkan apabila dalam masa yang sama Profesor ini menegaskan "setakat ini tidak dapat disahkan sama ada kebakaran yang berlaku akibat kemalangan adalah disebabkan oleh jenis minyak". Jika itu juga kenyataannya, bagaimana pula berita ini menegaskan bahawa RON 95 itu selamat digunakan sedangkan tiada kajian dibuat untuk mengesahkannya.

Jeling-jeling semula pada tajuk berita, wartawan yang menulis berita ini menggunakan frasa "bukan punca utama" dalam tajuk berita tersebut. Adakah dia cuba memberitahu bahawa RON95 ini adalah sebahagian daripada punca kenderaan terbakar, walaupun bukan faktor utama yang menyebabkan kereta terbakar? 

Saya petik:
[UM] KUALA LUMPUR 9 Nov. - Minyak petrol RON95 selamat digunakan dan bukan punca utama kepada kebakaran kenderaan apabila berlakunya kemalangan.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, kebakaran boleh terjadi sekiranya berlaku pelanggaran kenderaan dengan kelajuan yang tinggi.

Justeru itu, beliau berkata, kebakaran kenderaan akibat kemalangan yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini tidak boleh dikaitkan dengan minyak petrol RON95 kerana apa juga jenis minyak berpotensi menyebabkan kebakaran.

''Kita tidak boleh katakan minyak RON95 sebagai penyebab berlakunya kebakaran selepas kemalangan kerana ia boleh berlaku dalam pelanggaran kuat sekiranya terdapat bahan bakar, oksigen dan percikan api.

''Fenomena ini mempunyai kebarangkalian tinggi untuk berlaku dalam perlanggaran berkelajuan tinggi,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) supaya pihak kerajaan mengkaji penggunaan minyak petrol RON95 yang dikatakan menyebabkan kebakaran selepas berlakunya kemalangan.

Menurut Ahmad Farhan, setakat ini tidak dapat disahkan sama ada kebakaran yang berlaku akibat kemalangan adalah disebabkan oleh jenis minyak.

Katanya, siasatan terperinci mengenai perkara tersebut perlu dilakukan oleh pihak polis supaya punca kebakaran akibat kemalangan boleh dikenal pasti seterusnya membolehkan sebarang analisis dilakukan.

Fatwa Harussani: MB Perak Tidak Syirik dan Khurafat

Posted: 09 Nov 2010 04:45 PM PST


Saya tidak mahu mengulas panjang kerana isu ini sudah berkali-kali diperkatakan di blog-blog lain. Hari ini BH menyiarkan "fatwa" Mufti Perak berkaitan dengan dakwaan bahawa MB Perak terlibat dalam upacara syirik dan khurafat. Malangnya, hujah yang diutarakan oleh mufti ini sangat rapuh. Katanya, MB Perak tidak syirik kerana MB Perak hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat. Habis daun dan kain merah yang menyerupai tangkal itu mahu dipanggil apa oleh tuan mufti ini? Sedangkan tangkal itu sudah jelas bersifat syirik dan khurafat. Apa tujuan mereka meletakkan ancak pada tiang seri rumah itu? Bagaimana pula perlakuan MB ini merenjis-renjis pangkal tiang seperti yang dipaparkan dalam gambar di bawah ini?

Dalam berita di bawah ini, Harussani juga secara tidak langsung mendedahkan betapa jahilnya MB mahkamah yang disokongnya itu tentang agama. Katanya, "...Menteri Besar tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik." Seorang MB Melayu Islam tidak tahu upacara ancak itu suatu perlakuan yang bersifat syirik dan khuarafat. Walhal seseorang itu tidak memerlukan PHD untuk mengetahui hukum agama tentang perbuatan yang ditegah oleh agama.

Saya petik:
[BH] IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak melakukan syirik dan khurafat ketika menyertai majlis ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu.

Mengesahkan perkara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata ia susulan pertemuan beliau dengan Menteri Besar kelmarin bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai majlis berkenaan.

Katanya, selepas mendapat maklumat daripada Zambry, jelas menunjukkan beliau tidak melakukan syirik dan khurafat kerana Menteri Besar tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik. 

"Menteri Besar memaklumkan beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat.

"Beliau cuma melakukan itu (menaikkan tiang seri) atas permintaan orang ramai, malah dia pun tak tahu ancak dan mengatakan tak ada niat pun. Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Dewan Pemuda PAS baru-baru ini menghantar memorandum kepada Harussani mendakwa Zambry melanggar ajaran Islam dengan menghadiri upacara meletakkan ancak pada tiang seri rumah.

Bagaimanapun Zambry menjelaskan, beliau hanya menyempurnakan majlis berkenaan yang diatur penduduk dan menempelak Pemuda PAS Perak kerana mengambil kesempatan menggunakan agama untuk kepentingan politik, walaupun program dihadirinya begitu murni iaitu membabitkan pembinaan rumah kepada pasangan orang kurang upaya (OKU).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Ramly Zahari pada sidang medianya kelmarin turut menjelaskan majlis berkenaan bermula dengan doa dan diikuti tepung tawar seperti adat Melayu sejak zaman berzaman.
P/s: Semalam Pemuda PAS mencabar Zambry agar bersemuka dengan mereka. Saya kira Pemuda PAS tersebut wajar bersemuka dengan tuan mufti ini sekali.

 
 Zambry semasa upacara ancak di Kampung Guar Manong 
(Sebelah kampung teman je wei!)




Fazley Didakwa Miliki Sarjana dan PHD Palsu

Posted: 09 Nov 2010 03:54 PM PST


Isu sudah panas sejak semalam dan hangat dibicarakan di laman forum dan laman sosial. Siapa yang tidak kenal akan artis merangkap usahawan ini?  Menantu siapa, ya?

Saya petik:
[Kosmo] LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.

Tiada ulasan: