Rabu, 10 November 2010

Biaqpila

Biaqpila


Guru perkosa pelajar di stor makmal sains

Posted: 10 Nov 2010 02:00 PM PST

Penjara 18 tahun, sebat untuk bekas guru swasta perkosa pelajar
10/11/2010


KOTA KINABALU - Seorang bekas guru sekolah rendah swasta dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan dua sebatan bagi setiap satu dari dua kesalahan memperkosa seorang pelajar perempuan Singapura berusia 11 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol memerintahkan hukuman penjara itu ke atas Adrian Simon berjalan serentak.

Adrian, 31, memperkosa pelajar tersebut, ketika itu muridnya, di bilik stor makmal sains SRS Datuk Simon Fung di Likas antara Februari dan Mac, 2010; antara 2.10 petang dan 3.30 petang.

Dia melakukan kesalahan yang sama di tempat yang sama pada 26 Mac 2010 pada pukul 10.25 pagi.

Kedua-dua tuduhan dibuat di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan. - Bernama

Keputusan Bolasepak Sukan Asia 10/11/10

Posted: 10 Nov 2010 07:12 AM PST

Pelaburan cukong dalam PKR

Posted: 10 Nov 2010 04:00 AM PST

Oleh Hishamuddin Rais

PKR pada ketika ini sedang mencuba melebarkan dan memperkukuhkan ruang demokrasi. Ini dilakukan dengan memberi hak kepada semua ahli-ahli PKR untuk mengundi. Setiap anggota PKR boleh mengundi dan memilih pimpinan dari ranting, cabang hingga ke pusat - satu angota satu undi. Bunyinya cukup gah!

Tetapi hakikat yang berlaku ketika ini tidak segah mana. Kelam dan kabut sedang berlaku di mana-mana. Masih belum jelas apakah tujuan PKR memperkenalkan sistem satu ahli satu undi ini.

Pemilihan ini telah masuk ke minggu ke tiga. Setiap minggu semakin sesak dan terdesak masalah yang mucul. Rungutan dan tidak puas hati semakin lantang kedengaran. Saranan terakhir agar pemilihan ini di tangguhkan - kerana tidak diyakini ketelusannya - bukan datangnya dari orang luar parti tetapi dari Mustaffa Kamil Ayub (gambar kanan, tengah), naib presiden PKR sendiri.

Dalam tulisan pertama dahulu saya telah menulis bahawa dalam masa terdekat PKR ini akan dibajak oleh para cukong. Kali ini saya ingin menyambung dan memikrokan lagi hujah saya itu.

Pada minggu pertama pemilihan saya telah mengamati proses pengundian di beberapa cabang di Selangor. Saya mendapati cukup jelas sistem struktur sistem pemilihan ini telah memperlihatkan keterbukaan di mana bibit-bibit politik wang boleh menerobos masuk dan menjadi barah.

Kalau dalam sistem perwakilan 'cukong (kapitalis) penaja politik' hanya melabur dan membeli undi ahli perwakilan sahaja. Dalam sistem satu anggota satu undi 'cukong' ini perlu melabur dengan lebih lumayan untuk membeli setiap ahli dari satu negeri ke satu negeri.

Justeru, ada hujah yang mengatakan bahawa tidak mungkin ada cukong yang akan melabur untuk membeli ke semua 400,000 anggota PKR. Justeru sistem satu anggota satu undi ini lebih telus. Sistem ini lebih kukuh dan kalis pembajakan (rompakan). Ini cakap cakap dari ibu jari kaki saya - masuk telinga kiri keluar ke lubang hidung.

Sabah, Selangor kunci kemenangan

Orang yang memiliki pandangan sedemikian kurang arif dalam ilmu politik ekonomi. Tidak memahami kepentingan kaum pemodal. Hujah yang tidak berasaskan kelas dan kepentingan kelas. Kaum pemodal dan para cukong juga memiliki fikrah. Jika diri mereka lembab berfikir maka dolar mereka boleh mencari dan mengupah juru fikir. Kaum pemodal, para cukong dan juru fikir mereka akan menghitung untung rugi sebelum melabur. Untuk kaum pemodal yang menjadi rukun imam mereka ialah keuntungan.

Para cukong akan melihat Selangor negeri Pakatan yang terkaya di Asia Tenggara kini di bawah puncuk pimpinan PKR. Ada berbilion dolar dan dinar sedang dilabur dalam negeri Selangor. Bayangkan, kaum pemodal dan para cukong apabila melihat Selangor pasti meleleh air liur seperti melihat 'China Doll' berkemban di tepi katil.

Apakah tidak masuk akal jika para pelabur ini menaja tiga empat orang calon untuk menerobos ke dalam pucuk pimpinan PKR. Ini pelaburan berjangka pendek dan berjangka panjang. Para cukong melihat PKR dalam Pakatan Rakyat seperti anak dara sunti yang memiliki masa depan yang cerah. Masuk akal jika mereka melabur sekarang sebagai 'faedah simpanan berjangka panjang' jika United Malays National Organistaions tersungkur rebah.

Strategi untuk menang cukup enteng. Pada ketika ini pemusatan ahli terdapat di Sabah dan Selangor. Justeru apa yang wajib dilakukan ialah memastikan ahli-ahli parti di Selangor dan Sabah turun di hari pengundian. Kunci kemenangan ialah siapa yang berjaya menyusun dan membawa turun ahli ke meja undi maka si malaun ini akan menang.

Pada tahap ini sang cukong hanya perlu mengeluarkan dana untuk dua buah negeri ini sahaja. Kerja politik, kempen di negeri lain adalah kerja sampingan. Undi dari wilayah ini dianggap bonus. Hadiah yang wajib dimenangi datang dari Sabah dan Selangor. Khalas (selesai).

Wahai Dr Watson, ini elementri Dr Watson.

Hakikatnya dalam masa yang tidak lama lagi sesiapa yang bernawaitu untuk kerusi pimpinan PKR wajib memiliki modal yang banyak. Bermodalkan semangat perjuangan dan air liur adalah kerja gila dalam istilah politik PKR hari ini. Sosok yang memiliki kualiti pimpinan, memiliki fikrah yang cerah , jujur dan telus tidak semesti akan naik dalam struktur perlembagaan PKR yang ada masa ini.

Tiada wang, lupakan PKR

Untuk mereka yang memiliki semangat juang dan ingin berbakti kepada nusa dan bangsa tetapi tidak berdolar - jawabnya lupakan sahaja PKR sebagai wadah perjuangan. Struktur yang diwujudkan tidak akan membenarkan cita-cita ini tercapai.

Sabar! Abang dan kakak bersabar dahulu. Jangan cepat putus asa. Jalan masih luas terbuka. Biar saya tarbiahkan sejujur mungkin cara untuk menang. Ini tarbiah ringkas dari saya. Senang sahaja: Sila cari cukong untuk menaja kempen anda!

Jangan risau hati, jangan gundah gulana bukan susah untuk mencari sang cukong. Para cukong ini sedang berkeliaran untuk mencari sosok yang baik, jujur dan berketerampilan untuk dimenangkan. Ada cukong pembuat bangunan, ada cukong pasir, ada cukong simen, ada cukong DVD, ada cukong internet, ada cukong papan iklan - ada seribu satu macam jenis cukong yang mahu projek dan lesen mereka diluluskan.

Para cukong yang berkeliaran ini amat bersedia melabur dolar dan riyal untuk memastikan calon mereka menang. Malah para cukong ini melihat bahawa besar kemungkinan sosok yang menang ini nanti akan mendapat tempat sebagai ahli majlis. Tak perlu menjadi ADUN - menjadi ahli majlis tempatan sahaja sudah memadai kerana 'rezeki' akan datang mencurah-curah. Sila kira berapa banyak lembaga majlis tempatan di Selangor?

Untuk melelehkan air liur, sidang pembaca sekalian, biar saya ceritakan disini bahawa belanjawan Majlis Perbandaran Petaling Jaya lebih besar daripada belanjawan negeri Perlis. Pasti meleleh air liur basi sang cukong sekali lagi.

Mungkin tulisan saya ini akan dianggap pesimis seolah-olah kita tidak memiliki jalan keluar daripada di bajak oleh cukong dan para pemodal. Biar saya ceritakan di sini secara jujur dan ikhlas bahawa nawaitu dan pegangan dalam real politic tidak mencukupi. Real politic bukan tentang niat dan pegangan.

Dalam real politic niat yang baik tidak semestinya membawa kebaikan. Mari kita bersama-sama menerima hakikat bahawa kemusnahan dalam dunia ini banyak bermula daripada niat dan cita cita untuk membawa kebaikan.

Justeru apakah tidak ada jalan keluar untuk umat manusia dari terus di cengkam oleh kaum pemodal? Jawabnya pasti ada. Manusia memiliki fikrah. Selagi manusia boleh berfikir maka manusia akan mencari jalan keluar.



Gempaq! Pelajar UPSR melahirkan anak luar nikah! Ibu Termuda di Malaysia.

Posted: 10 Nov 2010 02:00 AM PST

Terengganu Pecah rekod lagi! Tahniah Datuk Mat Said kerana dapat ‘cucu baru’. Ini rekod Malaysia atau mungkin di dunia untuk tahun ini? Sejak UMNO-BN kembali berkuasa di Terengganu ini, macam-macam benda ajaib berlaku. Sejak slogan “ kemajuan yang tak pernah kelihatan” ini ditaja, pelbagailah yang tak pernah terjadi sebelum ini, terjadi di Terengganu.

Sebelum ini 4 remaja lahirkan anak dan 16 yang lain mengandung dalam 1 sekolah di Kuala Terangganu pada tahun ini.. Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka.

Pelajar tingkatan 3 juga pernah memalukan daerah Dungun kerana membuang anak ke dalam tandas ketika baru dilahirkan. Bahkan sudah menular di kebanyakan sekolah-sekolah menengah. Di harapkan agar pihak JPN atau PPD menganjurkan pertandingan dan menyediakan anugerah Sekolah yang terbanyak melahirkan anak luar nikah!!

Kini bala itu menular lagi dan semakin membarah. Yang terkini dan paling mengejutkan bagaimana seorang pelajar di sebuah sekolah rendah di Daerah Dungun melahirkan anak luar nikah dengan pasangan dari kalangan keluarganya sendiri sedangkan beliau baru berusia 12 tahun! Pelajar sekolah rendah yang baru nak mengambil UPSR. Pelajar tersebut dikatakan mengambil peperiksaan UPSR baru-baru ini dihospital. Rasanya Datuk Mat Said boleh mohon Malaysia Book of Records bagi mnyenaraikan Malaysia Boleh. Terengganu Boleh. Kita memecah rekord ibu termuda di Malaysia!.

Itu belum ajar pendidikan reproduksi (seks) ke sekolah-sekolah tu!.. kalau start ajar nanti bertambah alim le... bertambah le praktikal. Makin ramai le anak 1 Malaysia!!!

Alahai! Apa nak jadi ni Datuk Mat Said??? Janganlah dok sibuk berebut jawatan pengerusi Perhubungan UMNO terlupa masalah rakyat? Rakyat dah bagi amanah tu.. janganlah para YB dok sibuk berbalah terlupa nak jaga amanah pulak!.

ustsaifulbahri.blogspot.com

Live : Malaysia vs Jepun (Bolasepak Sukan Asia 2010)

Posted: 09 Nov 2010 11:50 PM PST

UMNO BIADAP CEROBOH PEJABAT PAS

Posted: 09 Nov 2010 10:00 PM PST



Umno dengan biadap menceroboh dan merampas Pejabat PAS Bukit Baru Dalam minggu lalu. Tanpa membuat sebarang surat perjanjian dengan tuan rumah, Umno terus menceroboh rumah yang di sewa oleh PAS Cawangan Bukit Baru walaupun kontrak PAS Cawangan tuan rumah masih ada hingga hujung tahun ini.



Umno membayar RM500 kepada tuan rumah sebagai deposit tanpa sebarang surat perjanjian. Selepas tanpa segan silu mereka terus menanggalkan bendera PAS dan papantanda pada rumah yang dijadikan pejabat PAS Cawangan. Seterusnya Umno mengecat dinding yang mempunyai lambang bulan dengan cat putih.



PAS Kawasan Bukit Katil dan MTD Bukit Baru telah membuat laporan Polis di atas pencerobohan ini. PAS juga akan mengadakan solat hajat dan bacaan Yaasin pada Khamis malam Jumaat ini.



Jelas sekali Umno Bahagian Bukit Katil begitu terdesak sehingga melakukan pelbagai gerakerja yang tidak bertamadun dan zalim. Mereka mengganggu setiap ceramah PAS, menggunakan kuasa kerajaan negeri untuk merobohkan surau dan PASTI dengan alasan pengambilan tanah, menceroboh Pejabat PAS Bukit Baru dan lain-lain.

mutaligat.blogspot.com

Pelajar 16 tahun didakwa culik, cabul kanak-kanak 8 tahun

Posted: 09 Nov 2010 08:00 PM PST

09/11/2010


KLANG 9 Nov. - Seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menculik dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, pada bulan lepas.

Bagaimanapun, Majistret Afifah Mamat@Yusof memerintahkan kes itu didengar oleh Mahkamah Juvana pada 11 November ini kerana ia melibatkan remaja bawah umur.

Afifah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim.

Pelajar tingkatan empat itu didakwa menculik mangsa di depan sebuah sekolah di Pandamaran di sini, kira-kira 6.40 petang pada 25 Okt lepas, mengikut Seksyen 364 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, atau penjara maksimum 30 tahun, dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. - Bernama


MB Selangor perli Khir boleh jadi tak pernah belajar perakaunan

Posted: 09 Nov 2010 06:00 PM PST

Oleh Dzulfikar Mashoor


SHAH ALAM, 9 Nov — Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa kerajaan Selangor bakal menjadi "PIGS countries", yang bakal bankrap mengikut langkah Portugal, Ireland, Greece dan Sepanyol.

Dr Khir membuat tanggapan sedemikian atas alasan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim terus mengamalkan belanjawan defisit, bukannya bajet berimbang yang dipopularkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri, semalam.

"Akan datang Selangor akan dibandingkan, dengan izin, 'PIGS countries', bukan merujuk kepada negara penternak babi tetapi merujuk kepada Portugal, Ireland, Greece dan Sepanyol (PIGS) yang berdepan dengan masalah kewangan dengan serius," kata Dr Khir (gambar) pada sidang DUN Selangor.

Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang berkata demikian kerana perbelanjaan negeri pada 2009 defisit sebanyak RM65.98 juta.

Beliau menjangkakan, Bajet 2010 juga akan terus defisit minimum sebanyak RM114 juta berbanding anggaran pendapatan asal iaitu sebanyak RM1.35 bilion.

Ini kerana menurut Dr Khir, kerajaan negeri pada April lalu telah mendapat peruntukan tambahan RM69 juta.

Pada Julai lalu, tambah Khir, kerajaan negeri sekali lagi mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM117 juta.

Pada sidang DUN semasa, kata beliau, kerajaan negeri turut memohon peruntukan tambahan RM8 juta.

"Keseluruhan belanjawan tambahan tahun ini (2010) ialah RM194 juta, jumlah keseluruhan Belanjawan 2010 adalah sebanyak RM1.494 bilion," jelas Dr Khir.

Bagaimanapun, Khalid, Menteri Besar Selangor menerusi satu kenyataan media petang tadi menafikan jangkaan perbelanjaan yang didedahkan Dr Khir.

"Boleh jadi dia (Dr Khir) tidak pernah belajar perakaunan atau belanjawan, belanjawan adalah satu proses, bukan satu kesimpulan.

"Jadi, belanjawan itu akan ditinjau atau dinilai semula.

"Ada belanjawan berimbang dan ada belanjawan tidak berimbang, oleh itu perkara yang mengatakan (anggaran) belanjawan mesti tidak berubah tak ada," kata beliau.

Beliau turut menafikan dakwaan Dr Khir bahawa kononnya Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat turut mengamalkan perbelanjaan defisit seperti kerajaan pusat yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Walaupun defisit pada bulan Disember (2009), tetapi pada bulan Jun tahun ini kita telah meningkatkan simpanan rizab negeri (sebanyak) RM285 juta... merupakan peningkatan tertinggi sejak lima tahun lalu," kata beliau.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan Dr Khir supaya tidak hanya menuduh kerajaan negeri bakal bankrap sekiranya beliau ikhlas mahu membangunkan kerajaan negeri.

"Perdana Menteri Malaysia yang mengamalkan perbelanjaan defisit yang jumlahnya bukan RM200 juta, jumlahnya ialah RM20 bilion hingga RM40 bilion.

"Kalau kerajaan negeri itu berbelanja (defisit) tak sampai RM200 juta, bayangkan kalau kekurangannya (kelemahan kerajaan pusat) sehingga RM20 (defisit)... perbincangan 'loyar buruk' (Dr Khir) ini tidak boleh digunakan.

"Kalau dia (Khir) takut Selangor bankrap, dia kena memberitahu Perdana Menteri kerana Perdana Menteri adalah ialah menjalankan belanjawan defisit," jelas Khalid sambil meminta rakyat mengetepikan dakwaan Selangor bankrap oleh bekas menteri besar itu.

TMI


BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu

Posted: 09 Nov 2010 04:00 PM PST


LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.


KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.

kosmo

Tiada ulasan: