| Ingat "1 November"? Rupa-rupanya Dia yang Keluar UMNO Kelantan! Posted: 01 Nov 2010 03:30 AM PDT Saya petik: [HD] : Selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno, Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.
Permohonan itu dihantar kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan menerimanya jam 10.45 pagi tadi. Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini.
Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing.
"Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.
Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan berkata, kekecewaan kepada para pemimpin Umno yang ada menjadi punca utama beliau mengambil keputusan keluar dari Umno.
"Bayangkan, saya tidak diberikan sebarang tugas untuk parti," katanya kepada wartawan dalam sidang media itu.
Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalakn segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya.
Soberi berkata, sikap pemimpin Umno yang berpuak-puak akan menggagalkan pelaksanaan segala ucapan Najib itu.
"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya.
Soberi berkata, selepas berhenti beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau.
"Mereka ramai di seluruh Kelantan. Saya akan himpunkan mereka kembali dan membentuk satu kuasa baru," kata Soberi. Bagaimanapun beliau nafi akan bersama dengan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim ahli.
"Saya tidak akan bersama dia bahkan saya bukanpun ahli Perkasa," kata Soberi. |
| Pendakwah Zainuddin MZ Jelas Isu Rogol Artis Dangdut Posted: 01 Nov 2010 01:10 AM PDT Saya petik: [Tribunnews, detikhot] Zainuddin MZ merasa difitnah oleh pengakuan Aida Saskia bahwa dirinya pernah memperkosa dia, menginap di kamar hotel dan lain sebagainya. Dia mengambil contoh, Nabi Yusuf AS yang dikenal oleh ummat Islam sebagai nabi paling tampan. Nabi Yusuf pernah difitnah melakukan paksa terhadap Siti Zulaikha. Padahal yang sebenarnya justru Nabi Yusuf yang dikejar-kejar dan dibutkikan dengan bajunya sobek di belakang, bukan di depan. Kisah ini diabadikan dalam Alquran sebagai pelajaran bagi ummat manusia. Dalam hal ini, Zainuddin berusaha sabar terhadap fitnah yang menimpanya sebagaimana Nabi Yusuf juga bersabar.
"Saya sangat yakin, saya tidak melakukan itu. Oleh karena itu saya cari solusi yang win-win. Saya juga tidak menggunakan kesempatan itu untuk mencari popularitas. Saya ingin belajar sabar sebagaimana teladan Nabi Yusuf. Buat saya pribadi, saya ingin banyak introspeksi untuk hal itu juga, saya buktikan," ucap Zainuddin MZ ketika wawancara khusus dengan televisi swasta, Minggu (31/10/2010) malam.
Dai yang kaset dan CD nya masih diperdengarkan di pelosok tanah air ini, berusaha sabar dan mengambil jalan damai dan tidak melaporkan kasus itu ke polisi. Dia ingin menyelesaikan secara damai. "Forum-forum yang pernah terbentuk ingin coba mediasi, itu pun tanpa sepengetahuan saya. Saya ingin menyelesaikan secara islah," papar dia.
Jika apa yang dilakukan untuk menciptakan islah sudah menemui jalan buntu, maka ia pun akan memilih jalur hukum. "Kalau saya nego untuk win-win solution. Dalam Alquran ada dua hal, balaslah kejahatan dengan kejahatan yang setimpal, atau mencari jalan damai dan itu yang terbaik. Saya lebih suka watak yang Islamiah. Kita pergi naik haji, terus tawaf. Tawaf itu membentuk watak muslim. Dalam Alquran dijelaskan, kalau terinjak maka jangan membalas dengan injakan. Siapa yang minta maaf dan cari jalan damai maka dia yang dapat pahala, itu yang terbaik," terang Zainuddin panjang lebar.
"Saya pihak yang dirugikan lahir dan batin, kenapa saya nego. Saya mau berakhir dengan enak. Walau saya terluka dan disakiti, agama mengajarkan untuk memberi maaf dan damai. Terserah kalau ada berita saya berhasil nego, yang penting saya sudah melakukan kebaikan," ujar Zainuddin.
Dia juga punya urusan dan kepentingan sendiri jadi tidak mungkin melayani banyak hal dalam waktu singkat. Sudah diusahakan dengan jalan damai mencari win win solution. Tapi jika hal yang saya tempuh ini deadlock maka tidak menutup kemungkinan ditempuh melalui proses hukum yang berlaku.
"Kita tentu tidak ingin membuat kasus ini berlarut-larut. Saya juga punya kepentingan sendiri. Saya tidak bersalah, jadi jalan terakhirnya pengadilan," katanya. Sementara itu, KH Zainuddin MZ tidak menampik bahwa foto yang ditunjukkan Aida Saskia adalah asli fotonya tapi tidak ingat dimana dan kapan foto itu diambil karena dirinya memang sering difoto dengan siapa saja. "Iya foto saya ada di mana-mana dan dengan siapa saja. Saya pun lupa, apa acara di rumahnya Aida. Kalau bicara foto, saya banyak dan dengan siapa saja," ujar Zainuddin, Minggu (31/10/2010) malam.
Zainuddin MZ mensinyalir ada pihak ketiga dalam kasus antara dirinya dengan Aida Saskia yang sengaja ingin membunuh karakternya. "Tidak terjadi apa-apa. Kalau dia berani pasti ada yang kasih sugesti, kalau nggak asasination character (pembunuhan karakter) yang nanti berujung kepada pemerasan," ujar Zainuddin MZ.
Dai kondang tersebut juga menganggap aneh dan lucu bila dirinya harus minta maaf kepada Aida Saskia di depan publik. "Siapa yang minta maaf, siapa yang salah? Saya rasa aneh," jawabnya. Walau Zainuddin menduga adanya pihak ketiga yang bermain dalam kasus ini, tapi dia tidak mau suudzon (negatif thinking) menuduh orang sembarangan. Dia tidak bersedia mengatakan pihak ketiga itu siapa yang dimaksud.
"Saya nggak boleh suudzon siapa. Teman-teman yang punya hubungan batin, ada solidaritas forum ulama untuk ulama, relawan untuk Zainuddin, bukan saya yang bikin. Saya tidak punya kepentingan untuk membela diri. Saya sudah tidak memimpin partai. Tapi ini refleksi pertemanan kalau Zainuddin digitukan. Sekarang hanya menunggu saksi, apa lagi? Terus diberi hukum publik," papar dia.
Lalu apa tanggapan Aida Saskia pada penjelasan Zainuddin MZ tersebut? Hingga berita ini diturunkan belum ada keterangan dan tanggapan penyanyi dangdut yang kini namanya tersohor akibat pengakuannya tersebut. (Kredit Ibnu Hasyim) |
| [Video] Bukti Rasuah RM20 di Batu Sapi: SPR & SPRM, Jangan Buat-Buat Buta! Posted: 31 Oct 2010 08:20 PM PDT Saya petik: [TVS] BATU SAPI 31 OKT: Politik wang dikhuatiri menular di pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi apabila sekumpulan ahli Wanita Umno dirakam memberikan wang tunai kepada orang ramai yang menghadiri majlis makan anjuran pergerakan itu.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil mendakwa RM20.00 itu diberikan kepada pekerja parti dan bukan pengundi.
Malaysiakini bagaimanapun melaporkan antara yang hadir adalah penduduk tempatan yang mengaku mereka hadir hanya untuk mendapatkan wang.
Video berkenaan dirakamkan oleh Malaysiakini pada Majlis Ramah Mesra Wanita Umno di Sekolah Menengah Agama Sandakan di Taman Mawar, Batu Sapi. Hadirin perlu mendaftar diri dengan memberikan butiran peribadi untuk menerima wang tunai.
Walaupun majlis makan ini dianjurkan khusus untuk ahli pergerakan Wanita Umno, video ini jelas menunjukkan kehadiran lelaki dan wanita Cina.
Mereka yang ditemui oleh Malaysiakini terus terang mengaku, kehadiran mereka pada majlis berkenaan adalah untuk mengambil wang daripada Umno.
Seorang pengundi berkata wang itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan kad pengenalan untuk mengesahkan diri sebagai pengundi kawasan Parlimen Batu Sapi.
"Saya tidak tahu…Saya fikir ia mesti untuk pendaftaran," kata seorang penerima wang berkenaan.
Sharizat mendakwa beliau tidak tahu menahu amalan mendaftar mereka yang hadir pada majlis makan itu. Namun beliau berkata kaunter pendaftaran itu cuma untuk merakamkan kehadiran jemputan ke majlis itu,
ADUN Karambunai Jainab Ahmad Ayid, pula mendakwa bahawa wang RM20 itu adalah sebagai tambang pekerja yang berkempen untuk BN. - MK
Videonya: |
| Ngeri!!! Penunggang Motosikal Dirempuh Berpuluh-puluh Kenderaan Posted: 31 Oct 2010 07:11 PM PDT Hati-hati di jalan raya! Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Tubuh seorang penunggang motosikal terputus dua selepas digilis berpuluh kenderaan yang tidak sempat mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan raya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian hancur lumat akibat rempuhan bertali arus kenderaan yang melalui Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Bandar Tasik Selatan, di sini.
Sumber polis trafik Kuala Lumpur berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke ibu kota sebelum dilanggar dari belakang.
"Mangsa terjatuh ke tengah jalan kemudian dirempuh beberapa kenderaan yang dipandu laju. Keadaan jalan yang gelap dan menurun bukit dipercayai menyebabkan pemandu kenderaan yang melalui lokasi kejadian tidak sempat mengelak lalu menggilis tubuh mangsa," katanya.
Menurutnya, mangsa yang digilis berulang kali menyebabkan badannya terputus dua.
"Malah beberapa penunggang motosikal turut terjatuh dan mengalami cedera ringan selepas terlanggar tubuh dan kepala mangsa.
"Namun semua kenderaan yang tidak sengaja merempuh tubuh mangsa terus meninggalkan lokasi kejadian selepas menyedari objek dilanggar adalah mayat manusia," katanya.
Katanya, orang ramai kemudian segera menghubungi polis sebelum anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
"Siasatan awal, mangsa dikenali sebagai Digat a/l Mentagas, 29, berasal dari Rumah Kanawit, Sarawak.
"Susulan kejadian itu, anggota polis trafik terpaksa mengutip cebisan daging mayat mangsa yang berteraburan di atas jalan sepanjang," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa yang hampir hancur itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Sementara itu, orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau talian Rakan Cop 03-21159999. |
| PAS Bayar Kos Balik Kampung Pengundi Luar? Jangan Cari Fasal PAS! 3 Posted: 31 Oct 2010 06:00 PM PDT Saya ada menyentuh hal ini secara ringkas sebanyak dua kali, di sini dan di sini. Walaupun ada pihak yang mempertahankan tindakan jentera PAS yang mahu membayar kos balik kampung kepada pengundi luar di DUN Galas, namun saya kurang bersetuju dengan langkah itu yang menampakkan PAS begitu terdesak untuk meraih undi (malangnya, Pengarah Pilihan Raya Galas tanpa segan silu menyatakan betapa terdesaknya PAS untuk menagih undi pengundi luar), selain akan digunakan oleh BN sebagai "peluru" untuk menjejaskan usaha PAS mempertahankan kerusi DUN tersebut. Bagi saya pemberian ini mewujudkan unsur "terhutang budi" dalam kalangan pengundi. Jadi hal ini bukan lagi soal "BN boleh buat, mengapa PAS tidak boleh?" tetapi jelas bersangkut paut dengan soal moraliti dan etika, selain PAS perlu ingat bahawa situasi pertarungan ini sememangnya berat sebelah kerana "padang, pengadil, penjaga garisan, dan sebagainya dikuasai oleh mereka". Biarlah mereka dengan rasuah mereka, biarlah PAS menang dengan cara yang bersih dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak walaupun mereka sememangnya sentiasa mencari jalan untuk mempertikaikannya. Kepada pengundi luar DUN Galas, korbankanlah masa dan sedikit wang ringgit demi memastikan kawasan anda diwakili oleh calon yang benar-benar berwibawa dan mampu menyampaikan suara anda di DUN. [TMI] GUA MUSANG, 1 Nov — Sambil mengulangi langkah menawarkan saguhati perjalanan sehingga RM250 kepada 1,557 pengundi luar Galas bukan satu sogokan, PAS memberi jaminan tidak akan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap ia satu kesalahan.
Bagaimanapun calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff mendakwa ia sebagai satu langkah terdesak PAS untuk mendapatkan undi pada pilihan raya kecil Galas Khamis ini.
"Kalau SPR kata tidak boleh, maka kita tidak akan bagi (wang) kepada pengundi (luar) ini.
"Lagipun kita belum bagi lagipun, kita hanya akan bagi selepas hari pengundian bukan sebelum," kata Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman.
"PAS tidak akan melanggar mana-mana Akta Kesalahan Pilihan Raya, kalau SPR kata tidak boleh kita akan ikut," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau memberi jaminan PAS akan menghormati keputusan SPR dan tidak akan langgar akta tersebut. Bagaimanapun Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, walaupun PAS tidak akan membiayai kos pengangkutan itu, namun mungkin ada badan sukarelawan yang akan membiayainya.
"PAS akan ikut arahan yang dikeluarkan SPR, tapi saya tidak tahu kalau ada badan atau sukarelawan lain yang membiayi kos pengangkutan pengundi luar ini.
"Bagi PAS kita akan ikut, lagipun duit yang membiayai kos pengangkutan itu tidak semestinya datang daripada kita. Mungkin ada orang lain yang akan menampung kos tersebut," kata beliau yang petang semalam berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri program anjuran Persatuan Anak-anak Kelantan Perantauan.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar pulang mengundi pada pilihan raya kecil DUN Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi undang-undang.
Wan Ahmad berkata tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.
"Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi," kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.
Kelmarin, Halim berkata parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas yang berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi....- Syed Mu'az Syed Putra |
| Pilihan Raya Sarawak Bulan November? Posted: 31 Oct 2010 05:20 PM PDT Saya petik: KUALA LUMPUR, 1 Nov — Di sebalik spekulasi mengenai pilihan raya negeri Sarawak, penganalisis Dr Ong Kian Ming meramalkan kemungkinan ia diadakan dalam tempoh beberapa minggu akan datang atas alasan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud kelihatan "lebih berminat" untuk membubarkannya bulan ini.
Bagaimanapun Ong juga memberitahu, meskipun Taib lebih "berminat" ke arah hujung bulan depan, tetapi maklumat diterimanya juga menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersedia untuk mengendalikan pilihan raya dalam tempoh itu.
"Kemungkinan ia akan diadakan hujung bulan depan adalah antara 30 hingga 40 peratus... kebarangkalian ini adalah berdasarkan tahap kesediaan untuk mengadakan pilihan raya jika Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan," kata beliau.
"Sebenarnya, sukar bagi SPR untuk mengadakan pilihan raya dalam notis yang singkat," hujah Ong pada sesi taklimat berkaitan pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi serta pilihan raya negeri Sarawak di sini baru-baru ini.
SPR dipercayai telah bersiap sedia dari segi sumber manusia tetapi kemungkinan berhadapan dengan kekangan logistik jika DUN Sarawak dibubarkan bulan ini.
Latihan awal bagi pekerja-pekerja pilihan raya dikatakan telah diadakan pertengahan tahun ini. Kini, SPR sibuk dengan urusan pengendalian pilihan raya kecil kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. DUN Sarawak dijadual untuk bersidang hari ini.
Ong berkata, sementara komponen Pakatan Rakyat (PR) Sarawak masih "bertelagah" dalam menentukan pembahagian kerusi, Taib kemungkinan mengambil kesempatan itu dan juga suasana pemilihan pucuk kepimpinan PKR yang akan berakhir hujung bulan ini.
Proses pengundian pemilihan pucuk kepimpinan PKR secara berperingkat-peringkat bermula Jumaat ini. "PKR dan DAP belum selesai memuktamadkan pembahagian kerusi masing-masing, malah PKR pula bercelaru dengan proses pemilihan dan kongres mereka.
"Saya berpendapat Taib akan menggunakan peluang ini (kecelaruan) untuk membubarkan DUN," kata beliau.
Jelas beliau, sekiranya ia tidak diadakan sebelum awal Disember, kemungkinan besar pilihan raya negeri Sarawak hanya akan diadakan Mac depan.
"Jika diadakan Mac depan, pembangkang berpeluang memperoleh lebih banyak kerusi, kemungkinan boleh menafikan majoriti dua pertiga BN di DUN," katanya.... Katanya, jika diadakan tahun ini PR boleh memperoleh sekitar 21 kerusi, kurang tiga untuk menafikan majoriti dua pertiga BN.
Mandat semasa DUN Sarawak akan berakhir Julai 2011. Sekiranya tidak dipanggil pilihan raya awal ia akan terbubar dengan sendirinya. Di DUN Sarawak, BN memiliki 62 kerusi, Barisan Bersatu Sarawak (dua), Parti Keadilan Rakyat (satu), Parti Kebangsaan Sarawak (satu), DAP (enam) dan calon Bebas (satu)...- G. Manimaran |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan