Jumaat, 12 November 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pemain billiard terkenal dunia pula peluk Islam

Posted: 12 Nov 2010 02:08 AM PST

Harakahdaily

MASHAD (Iran): Pemain billiard terkenal dunia, David John (gambar) mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut.

Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).

David pernah menajdi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003.

Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.

David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran) dan berkata, "Revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad. Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik lagi belajar," katanya.

"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.

"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.

Ketika upacara, Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah humanistik."

"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," kata Imam Sayyed Reza Taqavi.

PKR terbit ''Warta Keadilan' ganti Suara Keadilan

Posted: 12 Nov 2010 02:06 AM PST

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini kembali diterbitkan dengan nama Warta Keadilan setelah permit penerbitannya ditarik balik akhir Jun lalu.

Menurut ketua editornya, Fazallah Pit, terbitan pertama Warta Keadilan sebnayak 32 muka surat berada di pasaran di seluruh negeri bermula hari ini.

Isu utama untuk terbitan pertama ini mengenai perbicaraan kes liwat dan pemiliahan PKR.

"Ahli PKR boleh mendapatkan akhbar ini di pasaran bermula hari ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Warta Keadilan masih mengekalkan harga lama iaitu RM2 senaskhah.

Beliau juga berkata, penerbitan Watra Keadilan adalah secara tidak berkala, iaitu mengikut keperluan semasa.

"Warta Keadilan diterbitkan secara tidak berkala. Kita akan tengok situasi dan bergantung kepada isu," katanya.

Bagaimanapun ujarnya, PKR masih berusaha untuk mendapatkan kembali permit penerbitan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN tidak memperbaharui permit Suara Keadilan sejak 30 Jun lalu setelah akhbar berkenaan menerbitkan artikel bertajuk "Felda Bangkrap".

Sebelum ini Suara Keadilan diterbitkan dengan nama Keadilan dan Utusan Keadilan serta Sinar Keadilan.

Aktivis Hishamuddin Rais turut menjadi salah seorang kolumnis dalam terbitan terbaru ini.

PAS harap SPRM berani tangkap 'jerung'

Posted: 12 Nov 2010 02:06 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Rakyat sekali lagi sedang memerhati apakah akan ada sebarang tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pesalah 'jerung' seperti yang didedahkan Ketua Audit Negara dalam laporan audit 2009 baru-baru ini.

Bagi PAS, mereka mahu SPRM berani berani bertindak khususnya terhadap 15 kes penyelewengan termasuk di Kementerian Pertahanan yang melibatkan sejumlah RM310,000 wang rakyat digunakan untuk persiapan bilik VVIP.

Ianya termasuk kos set lampu (chandelier) RM10 000, home theatre RM12,000, kertas dinding (wallpaper) RM95,800 dan set sofa RM13,000.

"Setiap kali laporan audit dikeluarkan menyebabkan rakyat yang prihatin sesak dada kerana memikirkan bagaimana wang negara dibelanjakan semacam harta emak bapa mereka, tanpa memikirkan rakyat yang masih ramai menderita.

"Kita tentu masih ingat bagaimana Pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

Tambahnya, ramai terkejut bagaimana harga set screw driver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), set tea 6 kerusi RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Lebih menarik lagi katanya apabila pihak audit tahun 2006 tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel – PV) Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan.

"Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Baucer yang hilang bukan bernilai RM10, tetapi hampir RM1 bilion. Jika pegawai kerajaan yang buat tuntutan tol sebanyak RM 3 pun perlukan dokumen, tiba-tiba wang rakyat sebanyak RM 1 bilion diberi kepada kontraktor tanpa dokumen. Apa sudah jadi dengan negara kita?," soalnya.

"Apa makna laporan audit yang saban tahun melaporkan cukup baik, malangnya yang memimpin negara tidak sensitif untuk memperbaiki penyelewengan," tambahnya lagi.

Pada laporan audit negara 2008 juga melaporkan berlaku ketirisan sebanyak RM 28 bilion.

Sehubungan itu, PAS tegasnya mengharapkan SPRM bertegas dan mengheret mereka yang bertanggungjawab atas kewangan awam mesti ke muka pengadilan, termasuklah jerung yang bertaraf menteri.

Politik : Apa lagi yang hendak diTIPU?

Posted: 12 Nov 2010 01:47 AM PST

SABAH DAILY

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEia3ca3Ic85mpd2pVyHPtfg4HNFQK_ltardnGShU74r5LvfbFNlaliO1zVpUagoxa3vQIlmYkBZiu3ovZ5-oEM0wcyKalhrmjkChW5mxVeecYUbvt7Xc_QJOFrWkUuEZRwsGfzZ-cI5C1M/s320/parti+politik+malaysia+copy.jpgTerlalu banyak kedurjanaan umno. Berikut beberapa perkara yang dapat disenaraikan:

* Saham sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion
* Meng'hilang'kan Bank Bumiputera dari muka bumi ini. Setelah RM5o juta geran penubuhannya juga turut diagih-agihkan melalui hutang tidak berbayar oleh puak-puak umno dan kepada pemegang-pemegang amanah.
* Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?
* Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?
* Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.
* Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?
* Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?
* Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?
* Siapa yang menggelarkan rajanya 'NATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?
* Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?
* Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?
* Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain-lain?
* Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?
* Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?
* Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?
* Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?
* Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?
* Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?
* Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mewar-warkan perkataan "Sindrom Qiamulail" kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?
* Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?
* Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah dirakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya bersatu. Kini menyedari kuasa semakin terhakis dari genggaman maka gegak gempita seruan untuk bersatu.

Sedikit tentang sejarah kita, di bawah ini dicatatkan beberapa nota penting :

* Sebab itu apabila mereka tewaskan Malayan Union, persekutuan yang menggantinya secara rasmi dinamakan Pesekutuan Tanah Melayu. Dalam Persekutuan ini 80 peratus lebih rakyatnya terdiri daripada orang Melayu. Kelebihan yang tinggi ini meyakinkan mereka yang nasib mereka akan ditentukan oleh mereka.
* Dalam Pilihanraya 1955 mereka bersedia untuk memberi kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya Melayu kepada calon kaum-kaum lain daripada parti-parti rakan dalam Perikatan. Dengan undi yang ada pada mereka, mereka tentukan calon-calon bukan Melayu ini mendapat kemenangan. Tujuan korban ini ialah untuk meyakinkan penjajah British yang orang Melayu tidak akan menindas kaum lain apabila berkuasa.
* Dengan ini British pun memberi kemerdekaan pada tahun 1957, iaitu hanya dua tahun selepas korban yang dibuat oleh orang Melayu.
* Atas tuntutan Sir Tan Cheng Lok supaya ditambah rakyat bukan Melayu, Kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman bersetuju untuk mengurangkan peratusan rakyat Melayu daripada 80 peratus kepada 60 peratus dengan memberi kerakyatan tanpa syarat kepada penduduk bukan Melayu. Satu kontrak sosial dibuat supaya pengurangan ini diimbangkan dengan agihan kekayaan yang lebih saksama kepada orang Melayu. Bagaimana ini hendak dicapai tidak pula dijelaskan.
* Kemasukan Singapura ke dalam Malaysia mengakibatkan jumlah Melayu bertambah kurang walaupun ditukar istilah kepada bumiputera supaya dapat digolongkan sekali penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak.
* Kesannya Singapura terpaksa dilepaskan kerana takut jumlah peratusan Melayu akan digugat.

Dipetik dari pas4all.blogspot.com/

Setiausaha Sulit Kanan PM kumpul wang RM200 juta?

Posted: 12 Nov 2010 01:41 AM PST

CheGuBard


Saya telah memperolehi satu maklumat dari individu yang mendakwa 'orang dalam' JPM dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang mengaitkan Dato' dengan kegiatan penyelewengan dan pengumpulan harta yang luar biasa. Pemberi maklumat telah menggelarkan Dato' sebagai ZAKAYA dan menyifatkan Dato' sebagai merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri.

Pemberi maklumat menyatakan Dato' tidak menyukai publisiti, tetapi dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Pemberi maklumat menyifatkan Dato' Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui direct nego atau restricted tender di Kementerian Kewangan.

Kononnya menurut pemberi maklumat Kuasanya melebihi kuasa Datuk Seri Husni Hanazlah, Menteri Kewangan Kedua.

Pemberi maklumat menyatakan juga Dato' menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik Perdana Menteri, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua UMNO bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri.

Pemberi maklumat menyatakan dalam masa yang singkat telah mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Dato Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan "Nominee Director" untuk Zakiah.

Menurutnya lagi, modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Dato Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian UMNO atau Kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau.

Menurut pemberi maklumat kononnya satu lagi keistimewaan Zakiah adalah beliau boleh terus menghubungi menteri untuk "rundingan terus" dengan beliau supaya projek itu boleh dikongsi antaranya dan pihak menteri atau pegawai kanan kementerian tersebut.

Pemberi maklumat turut mengemukakan dua bukti 2 syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta.

Sehubungan dengan itu saya menulis surat terbuka ini untuk memohon penjelasan segera Dato'. Saya bersedia menyiarkan penjelasan Dato' sebagaimana surat terbuka ini disiarkan. Harap Dato' dapat respon perkara ini dengan hati terbuka untuk menjelaskan perkara sebenar kerana demi menjaga kepentingan awam.

Sekian dan terima kasih

CheGuBard, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat

UPSR : 48,327 semua A

Posted: 12 Nov 2010 01:40 AM PST

SABAH DAILY

PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik dalam sejarah peperiksaan itu, pertama kali melebihi 10 peratus apabila 48,327 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, berkata calon memperoleh keputusan cemerlang semua A meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu.
"Alhamdulillah, peratusan calon di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) juga berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus tahun ini," katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR 2010, di sini, semalam.

PASANGAN kembar yang juga pelajar OKU, Ahmad Rosli yang mendapat 2A,3B (kiri)  bersama adiknya, Muhammad Rosli yang mendapat 4A,1B selepas mengambil slip keputusan UPSR di Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (2) Shah Alam, semalam.


Katanya, pencapaian calon luar bandar yang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran juga amat memuaskan, meningkat 0.8 peratus daripada tahun lalu.

Seramai 482,334 calon menduduki peperiksaan UPSR tahun ini di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara dari 21 September hingga 23 September lalu.

Abdul Ghafar berkata, peningkatan itu merapatkan lagi jurang pencapaian calon cemerlang (gred A) antara bandar dan luar bandar daripada 0.20 mata (mengikut GPN) kepada 0.04 mata.
Mengenai calon golongan istimewa, beliau berkata, mereka yang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran meningkat 1.97 peratus, menjadikan GPN bagi pencapaian keseluruhan calon istimewa meningkat 0.02 mata.

Katanya, Ujian Aptitud yang dijalankan tahun ini menunjukkan peningkatan dalam bidang sosial, budaya dan sukan, manakala bidang akademik, teknik, vokasional dan seni menunjukkan penurunan ketara antara 5.4 peratus hingga 26.6 peratus.

Bagaimanapun, katanya, kecenderungan itu bukanlah satu ukuran pencapaian kerana ia boleh berubah mengikut masa, persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

"Tahun ini adalah kali kedua Ujian Aptitud atau potensi diri dilaksanakan bertujuan mengumpul maklumat mengenai minat, potensi dan kecenderungan murid pada akhir tahun sekolah rendah yang akan digunakan untuk pelbagai tujuan dalam membentuk modal insan berkualiti," katanya.

Mengenai prestasi mata pelajaran, bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), peratusan calon mendapat gred A bagi mata pelajaran matematik meningkat 1.9 peratus manakala mata pelajaran Sains meningkat 1.7 peratus berbanding 2009.

Abdul Ghafar berkata, ada peningkatan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman di SK yang memperoleh Gred A iaitu 4.5 peratus manakala prestasi Bahasa Melayu Penulisan menurun 8.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata, analisis prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SK dan SJK dibuat berasingan kerana waktu pembelajarannya dan cakupan kandungannya adalah berbeza.

Prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris di SK dan SJK pula menunjukkan peningkatan pada Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu masing-masing sebanyak 2.74 peratus pada tahun ini (2.79 tahun lalu) dan 2.69 peratus (2.80 tahun lalu).

GPMP adalah indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran iaitu nilai yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik. -BH

PKR Setuju Wujud Panel Pemantau JPP - Mustaffa

Posted: 12 Nov 2010 12:51 AM PST

PETALING JAYA: Sebuah panel pemantau pakar akan diwujudkan bagi memantau ketelusan dan integriti Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam pemilihan parti 2010, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub.

Beliau berkata, perkara itu merupakan antara rumusan muafakat tiga komitmen utama menerusi pertemuan khusus bersama Pengerusi JPP, Dr Molly Cheah.

"Mereka yang dilantik sebagai ahli panel akan diputuskan oleh Dr Molly Cheah. Belum ada nama khusus meskipun sudah ada beberapa nama.

"Ini termasuk nama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin juga masuk dalam panel itu tetapi selebihnya akan dicadangkan oleh Dr Molly Cheah kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) atau Biro Politik parti," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Antara lain bagi rumusan muafakat tiga komitmen utama adalah JPP akan diangkat sebagai sebuah badan yang benar-benar berautonomi.

Selain itu, ia turut memperjelaskan tentang tindakan berdasarkan cadangan yang dibuat dalam memorandum terutama mengenai pengendalian aduan dan bantahan yang telah dikemukakan sama ada di peringkat pemilihan cabang atau pusat bagi memperbaiki kesilapan lalu.

Mustaffa berkata, JPP seharusnya segera meneliti dan membuat semakan terhadap aduan dan bantahan yang diterima.

"JPP juga seharusnya menjalankan siasatan terhadap ketidakadilan, ketidaktelusan yang berlaku sejak pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dan MPP," katanya.

Dalam pada itu, Mustaffa menjelaskan bahawa tanggapan sebahagian anggota aprti mengenai kehadiran beliau bersama Datuk Zaid Ibrahim meminta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur adalah tidak benar.

Menurut beliau, kehadiran beliau bersama Zaid adalah atas prinsip bersama yang meminta JPP berlaku adil dalam proses Pemilihan 2010 ini dan menyekat unsur-unsur manipulasi yang berlaku dalam pemilihan.

"Perkara itu diambil kesempatan oleh pelbagai pihak termasuk sesetengah pimpinan parti untuk menjatuhkan kredibiliti saya.

"Ingin saya perjelaskan pada sidang akhbar bersama Zaid itu diadakan secara berasingan dan tujuan saya hanya memaklumkan mengenai penyerahan memorandum berkaitan dengan masalah dalam pemilihan parti," katanya.

Beliau berkata, sememangnya dalam pemilihan parti mempunyai cabaran tetapi apa yang dimahukan adalah keadilan itu diberikan kepada anggota KEADILAN dan calon-calon bertanding sama ada peringkat cabang atau pusat.

"Ini suara yang saya ketengahkan. Apa yang penting bagi KEADILAN, kita kena akui kelemahan yang ada tetapi kemudiannya sedia untuk memperbaikinya.

"Politik baru bermakna pemimpin sedia untuk ditegur disamping boleh menegur. Sama juga dengan anggota parti boleh menegur dan sedia ditegur," katanya.

Calon Timbalan Presiden PKR itu pada Selasa menyerahkan memorandum bagi mendesak JPP agar menghentikan pemilihan parti dalam tempoh 48 jam.

Pemilihan kepimpinan pusat PKR sedang berlangsung pada 28 Oktober lalu sehingga kini terdapat 162 aduan terhadap kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.

Tiada Kes Pembalakan Haram Dikesan Di Selangor

Posted: 12 Nov 2010 12:50 AM PST

BERNAMA

SHAH ALAM: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS)mengambil beberapa tindakan penguatkuasaan termasuk mendakwa individu terbabit di mahkamah dalam usaha mencegah pembalakan dan pencerobohan hutan simpan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari, berkata JPNS turut mengambil tindakan seperti memusnahkan tanaman, merobohkan binaan dan infrastruktur serta menangkap individu yang menduduki hutan simpan tanpa kebenaran.

"Tindakan yang diambil oleh JPNS juga adalah seperti menahan jentera, kenderaan, peralatan kerja dan merobohkan infrastruktur pertanian antaranya kolam, kandang atau reban ternakan," katanya semasa menjawab soalan Lee Kim Sin (DAP-Kajang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Jumaat.

Yaakob berkata bagi pembakalan haram, tindakan tanpa berkompromi akan diambil mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 termasuk mendakwa pihak terbabit untuk dikenakan hukuman berat iaitu denda dan hukuman penjara.

Beliau berkata bagi tahun ini tiada kes pembalakan haram dikesan berbanding tiga kes pembalakan tanpa kebenaran berlaku pada tahun lepas.

Setelah Gagal Strategi Fitnah Umno-BN Kini Cuba Sabotaj KEADILAN Dari Dalam Parti

Posted: 12 Nov 2010 12:40 AM PST

Oleh Dzulkarnain Taib

AI44SIMPANG RENGGAM - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional menerusi agen propagandanya, Utusan Malaysia kini cuba mencetuskan krisis dan suasana tegang dalam parti setelah segala usahanya untuk memfitnah dan mentohmah pemimpinnya menemui kegagalan.

Kata Anwar antara usaha tersebut adalah seruan agar beliau dan Naib Presiden, Azmin Ali mengundur daripada parti yang dibuat oleh individu tertentu dalam KEADILAN atas dakwaan beliau dan Ahli Parlimen Gombak itu punca kepada segala masalah dalam parti.

"Kalau saya umum hari ini,'dengan ini saya Anwar mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN' Umno akan buat kenduri besar-besaran esok. Malah mereka akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji," Anwar berseloroh di depan lebih 1,000 penyokong di majlis ramah mesra anjuran KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam.

Dalam nada yang lebih serius Anwar yang juga Ketua Oposisi menyakinkan kepada anggota parti bahawa segala usaha dan komplot tersebut tidak akan berjaya.

"Semasa saya dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri, semua tokoh-tokoh kaya yang berpangkat daripada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun mengelilingi saya dan angguk kepada semua kata-kata saya tetapi selepas saya dipenjarakan, dipukul setengah mati, ditelanjangkan satu satu panggilan kepada Azizah untuk bertanyakan khabar anak-anak pun tidak ada daripada orang seperti ini.

"Siapa yang bantu perjuangan saya, mereka yang tinggal Kampung Kerinci yang setiap malam memasak nasi dan memberi air kepada penyokong, pemandu teksi yang membawa penyokong ke rumah saya tanpa meminta wang tambang dan rakyat biasa yang berkorban tanpa meminta apa-apa pembalasan. Mereka inilah sebenarnya tunggak kekuatan menegakkan keadilan di negara ini.

"Tokoh korporat yang kaya, bekas menteri yang kaya boleh datang dan pergi dalam parti kita tapi yakinlah kalau parti ini menjaga hak dan kebajikan rakyat bawahan kita akan berjaya, insyaAllah.

"Yakinlah kejayaan adalah hampir jangan kita lupa pada PRU-12 Pakatan Rakyat menang di Semenanjung denga 51 peratus undi, Umno-BN hanya dapat 49 peratus, mereka dah kalah. Kita hanya perlukan 5 peratus lagi dan insyaAllah kita akan ambil alih Putrajaya dan buat perubahan untuk rakyat. Jadi saya menyeru semua anggota parti, pendokong pakatan Rakyat serta rakyat berusaha sikit lagi da bersabar," tegas Anwar bersemangat sambil disambil tepukan gemuruh para hadirin.

Anwar berkata media Umno seperti Utusan Malaysia tidak berhenti-henti menyerang KEADILAN dan juga pemimpin Pakatan Rakyat kerana mereka mengetahui potensi besar yang ada pada Pakatan Rakuyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepasd PRU-13 nanti.

"Apa yang mereka tidak serang. Utusan kata saya mula-mula agen Amerika, lepas tu agen Yahudi, kemudian agen Hindu, lagi agen Cina. Jadi sekarang ni Anwar dah jadi macam agen 007 James Bond," beliau ketawa.

Beliau menambah Umno-BN melalui jentera media mereka juga memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu, juga Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kerana memberi geran tanah kepada rakyat Cina miskin dan seterusnya menuduh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan rasuah.

"Apabila Umno tuduh Tok Guru Nik Aziz rasuah, saya tahu Umno-BN sudah sampai ke penghujung modal mereka untuk memfitnah. Sudah tidak ada apa lagi yang mereka ada jadi mereka cuba sabotaj KEADILAN sekarang dari dalam," jelas Anwar.

Menyentuh mengenai keperibadian yang perlu ada kepada anggota KEADILAN, beliau memuji sikap bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang tidak meminta-minta sebarang jawatan dalam parti setelah menyertai perjuangan lebih setahun lalu.

"Saya tanya Datuk Chua samada beliau ingin bertanding, Kata beliau beliau masih baru dalam parti dan mahu membantu mengukuhkan jentera parti terutamanya di Johor sebab kita yakin pada pilihan raya umum akan datang kita yakin mampu mengambil alih Johor. saya lihat beliau menjelajah seluruh negeri Johor dan negara membantu parti tanopa meminta jawatan, kedudukan dan sebagainya. Inilah sikap yang baik
sebagai seorang ahli parti. Jadi tidak semua bekas Menteri tidak baik dan ambil kesempatan," sindir Anwar.

Anwar juga sempat menyentuh mengenai Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 dan menggesa agar anggota parti menggunakan hak yang ada pada mereka dengan bijaksana.

"Saya mahu semua anggota parti keluar mengundi. Gunakan hak dengan sebaik mungkin dan jangan cuai. Sekarang kita ada dua calon Timbalan Presiden iaitu Azmin dam Mustaffa, jadi mereka boleh pilih antara kedua-dua calon ini," kata beliau lagi.

Sebelum ini seorang lagi calon bagi jawatan tersebut, Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan Selasa lalu bahawa beliau menarik diri daripada pertandingan serta melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan.

Anwar sebelum itu mengadakan sidang akhbar bersama Persatuan Koresponden Asing Singapura dan kemudianya mengadakan pertemuan dengan Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor pada sebelah petang dan diikuti dengan majlis dialog bersama anggota KEADILAN di Pulai.

Artikel 13 Mei, speaker enggan layan soalan MP

Posted: 12 Nov 2010 12:37 AM PST


MALAYSIA KINI


Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak soalan berhubung artikel di Utusan Malaysia yang mencadangkan program khas diadakan pada 13 Mei setiap tahun bagi mengingatkan rakyat khususnya golongan belia kepada peristiwa hitam berkenaan.

Ia berlaku selepas Timbalan Menteri, Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop baru selepas menjawap pertanyaan daripada Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berhubung perkara yang berkaitan dengan peraturan media cetak.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) (kiri) kemudian mengemukakan soalan tambahan mengenai tindakan yang telah diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang berbaur perkauman, khususnya lidah pengarangnya mengenai 13 Mei.

"Semalam Utusan Malaysia ada mengeluarkan satu laporan yang menyifatkan 13 Mei satu tarikh keramat dan perlu disambut meskipun ia satu hari hitam dalam sejarah Malaysia di mana nyawa semua kaum terkorban.

"Bukankah ini merupakan satu hasutan dan sangat berbahaya? Apa pandangan Menteri dan adakah ia satu tajuk berita yang perlu dikaji oleh jawatankuasa sensitiviti kerana Utusan Malaysia dianggap sebagai lidah rasmi Umno.

Tak perlu jawap

"Adakah ini pendirian Umno dan Barisan Nasional dan bolehkah ada satu sikap yang serius untuk mengutuk laporan seperti ini," kata Lim.

Pandikar kemudiannya berkata tidak perlu bagi Abu Seman menjawap soalan itu kerana dari pemahamannya, Lim hanya ingin mengetahui pandangan peribadi timbalan menteri itu.

"Saya nak ingatkan kalau soalan itu bertentangan dengan peraturan mesyuarat 23(1) andaian, spekulasi mengenai soalan ditanya, pendapat seorang Menteri yang ada hubungan dengan politik, saya rasa tak payah jawablah.

"Ini tidak ada kaitan dengan kementerian. Ia soalan hipotesis. Saya tidak akan benarkan soalan ini. Saya tidak mahu," kata Pandikar meskipun Lim berulang-kali berkata beliau cuba menegakkan hakikat.

"Saya faham soalan anda merujuk kepada pendapat politiknya yang tidak ada kena mengena dengan kementerian," tegas Pandikar (kiri).

Rencana pengarang semalam menimbulkan rasa amat tidak puas hati di kalangan pemimpin DAP kerana mereka dipersalahkan berhubung apa yang berlaku pada pertumpahan darah 1969 itu. Malah, Utusan Malaysia juga mencadangkan tarikh 13 Mei setiap tahun 'diraikan' sebagai peringatan terhadap bermulanya Dasar Ekonomi Baru.

Antara petikannya: "Kerana tarikh itu jugalah rakyat hari ini hidup aman, damai dan sentosa (walaupun belum sepenuhnya lagi). Tidak pastilah kita sekiranya DAP terlalu bencikan DEB itu sehinggakan tarikh 13 Mei pun dia tidak mahu ia disebut.

"Apa yang Lim Guan Eng takut sangat apabila ada pihak yang menggunakan perkataan bersejarah 13 Mei itu? Ia adalah tarikh keramat di negara ini kerana disebabkan tarikh itulah rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat disusun semula menjadi lebih baik dan makmur. Kerana tarikh itu jugalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk."

76 akhbar diluluskan

Sebelum itu, Abu Seman memaklumkan kepada Dewan Rakyat, 19 penerbitan telah diberi peringatan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana mencabuli Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tahun ini.

Abu Seman (kiri) berkata semua syarikat berkenaan telah dinasihat, diberi amaran atau juga dikeluarkan surat tunjuk sebab tetapi tidak ada yang lesen penerbitan mereka digantung.

Katanya, tindakan itu jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak menyekat kebebasan akhbar di negara ini.

"Tindakan yang diambil ke atas akhbar dalam semua bahasa sangat jelas membuktikan Malaysia tidak menyekat atau mengekang kebebasan media.

"Langkah ini (jawatankuasa pengukuhan) diambil bagi memastikan amalan media di negara bersih daripada elemen hasutan fitnah tohmahan dan perkara negatif ke atas pembangunan negara kita," katanya.


Abu Seman berkata setakat ini Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan sebanyak 76 akhbar dalam pelbagai bahasa.

Jumlah akhbar dalam Bahasa Melayu ialah 18, Bahasa Inggeris (19), Bahasa Cina (29) dan Bahasa Punjabi/Tamil (10).

Abu Seman berkata pada masa sama kementerian juga telah meluluskan sebanyak 42 permit akhbar tabloid yang bercorak hal ehwal semasa dan 16 permit bagi surat khabar berita parti-parti politik dalam negara.

Majlis Media Malaysia

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid meminta kementerian menjelaskan mengenai cadangan kerajaan mewujudkan Majlis Media Malaysia (MMC) yang dibatalkan kerana dibantah oleh pengamal media.

"Dahulu ada ura-ura untuk menubuhkan Majlis Media Malaysia (MMC) tetapi dibantah oleh wartawan khususnya Persatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) dan ia dibatalkan.

"Adakah kerajaan bercadang mewujudkan MMC dengan syarat memasukkan akta penerbitan dan percetakan akhbar Malaysia dan beroperasi dengan bebas, dikawal sendiri oleh pengawal media dan mempunyai perwakilan yang seimbang antara orang awam dan media?" soalnya.

Abu Seman dalam jawapannya memberitahu, kerajaan sedang mengkaji akta mesin cetak dan penerbitan 1984 sebelum menubuhkannya.

"Malaysia bercadang untuk mewujudkan MMC dan kementerian sedang meneliti akta mesin cetak dan penerbitan 1984. Kita akan melihat yang terbaik," katanya.

K'tan sedia kaji semula pengharaman seni budaya

Posted: 12 Nov 2010 12:34 AM PST

BERNAMA


Kelantan mahukan pandangan pakar-pakar seni budaya berhubung beberapa seni budaya yang diharamkan persembahannya di Kelantan sejak PAS memerintah negeri, bagi membolehkan pengharaman itu dikaji semula.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata masalahnya sehingga kini tidak ada mana-mana pakar seni budaya yang tampil untuk berbincang dan memberikan pandangan mengenai perkara itu.

"Sehingga itu kerajaan tetap mengharamkan seni berkenaan kerana pandangan ulama mengenai perkara ini masih terpakai," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di Kota Bharu, hari ini.

Sejak PAS memerintah Kelantan pada 1990, kesenian Makyong, Menora dan Main Puteri diharamkan daripada dipersembahkan kepada umum atas faktor mengandung unsur khurafat dan percampuran antara lelaki dan perempuan.

Dikir barat yang pernah diharamkan sebelum ini bagaimanapun dibenarkan semula untuk dipersembahkan kepada umum kerana persembahan itu tidak lagi mengandungi perkataan lucah seperti sebelumnya dan dalam persembahan di khalayak ramai, tempat duduk penonton lelaki dan perempuan diasingkan.

Sementara itu Takiyuddin berkata kerajaan negeri bercadang untuk membina Muzium Wau di satu lokasi di Pantai Irama Bachok selewat-lewatnya tahun depan.

"Lokasi di Pantai Irama itu sesuai dibina muzium itu kerana tempat itu juga sesuai untuk diadakan persembahan dan pertandingan wau sehingga ke peringkat antarabangsa," katanya.

Sementara itu persidangan Dewan dimaklumkan bahawa kerajaan negeri akan membina sebuah litar lumba motosikal bagi membolehkan peminat acara sukan itu berlumba secara sah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Ab Fattah Mahmood yang menjawab soalan Dr Nik Mazian Nik Mohamed (PAS-Gaal) berkata satu lokasi di Bachok dicadangkan bagi tujuan itu selepas cadangan asal di Tanah Merah tidak dapat dilaksanakan.

Masalah papan markah yang daif di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV turut mendapat perhatian apabila Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub yang juga Pengerusi Perbadanan Muzium Kelantan mengumumkan pihaknya memperuntukkan RM1 juta bagi menggantikannya dengan penggunaan papan markah elektronik.

Beliau yang menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjung Mas) berkata, perbadanan itu memperuntukkan hampir RM2 juta untuk menaik taraf stadium tersebut.


PKR terima penarikan diri Zaid

Posted: 12 Nov 2010 12:30 AM PST

Regina Lee

Biro politik PKR telah menerima keputusan bekas pengerusi Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim untuk menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden.

Ini bermakna nama beliau akan dikeluarkan dari kertas undian yang akan digunakan dalam proses pengundian hujung minggu ini dan minggu depan.

Perkara itu disahkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan pusat PKR, Dr
Molly Cheah.

"Saya percaya keputusan telah dibuat (oleh biro politik). Tapi bagaimanapun, jika seseorang menarik diri, kita terpaksa menerimanya.

"Oleh itu, kami tidak akan mencetak lagi kertas undian yang mengandungi namanya," katanya.
Isnin lalu, Zaid mengumumkan menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden melalui blognya.

Bagaimanapun, kesahihan pengumumannya itu menjadi tandatanya apabila setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata Zaid belum menyerahkan surat rasmi mengenainya kepada ibupejabat parti.

Zaid bagaimanapun berkata tidak perlu baginya menghantar surat rasmi mengenai perkara itu kerana niatnya sudah jelas.

Sementara itu, Molly menolak gesaan supaya pemilihan parti digantung ekoran dakwaan berlakunya penyelewengan dan penipuan.

Banjir kian pulih, 2,170 masih di pusat pemindahan

Posted: 12 Nov 2010 12:27 AM PST

BERNAMA


Keadaan di kawasan-kawasan dilanda banjir di Kedah semakin pulih apabila bilangan mangsa yang dipindahkan terus berkurangan hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara ketika dihubungi berkata jumlah keseluruhan mangsa yang masih berada di pusat-pusat pemindahan banjir sehingga 8 pagi ini berkurangan kepada 2,170 orang berbanding 5,103 orang petang semalam.

Di daerah Kota Setar, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 486 orang daripada 174 keluarga dan di Kubang Pasu, 1,684 orang daripada 486 keluarga.

Jurucakap itu berkata sebanyak 11 pusat pemindahan masih dibuka, empat daripadanya di Kota Setar dan tujuh di Kubang Pasu.

Bersihkan rumah

Sementara itu, seramai 750 sukarelawan terdiri daripada belia dari Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan turun ke Kedah dan Perlis bagi membantu mangsa banjir di negeri berkenaan.

Semalam mereka pergi ke Perlis dan hari ini membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena di Kedah.

Mereka dibekalkan peralatan seperti penyapu, mop dan plastik sampah yang disumbangkan Kementerian Belia dan Sukan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian itu, Datuk Jamil Salleh, program yang dianjurkan bersama Majlis Belia Negara itu membabitkan anggota persatuan belia dan Rakan Muda berumur antara 15 dan 35 tahun.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Mohd Zaidi Aziz, berkata misi bantuan itu dilakukan sejak 1 November lalu dengan memberi bantuan keperluan harian kepada mangsa banjir.

Katanya, untuk misi kali ini, ia memfokuskan kepada membantu penduduk membersihkan rumah.

"Disebabkan sudah ramai sukarelawan lain yang membersihkan kawasan awam, jadi kita mengambil inisiatif untuk membersih rumah mangsa banjir bagi membantu meringankan beban mereka," katanya.

Kedah dan Perlis adalah yang teruk dilanda banjir kali ini. Hari ini, keadaan di kedua-dua negeri itu dilaporkan semakin pulih.


Pemilihan PKR: Tanggang, Luncai atau Pak Kaduk...

Posted: 12 Nov 2010 12:25 AM PST

Jimadie Shah Othman

Perebutan jawatan timbalan presiden PKR - yang kini tinggal dua penjuru akibat pengunduran Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon timbalan presiden - dilihat akan lebih menarik dan panas.

Ini kerana, pelbagai persoalan berhubung impak pengunduran calon heavyweight itu masih mendebarkan dan penuh tanya tanya.

Tambahan lagi apabila penyelaras Pakatan Rakyat itu memulakan siri jelajah di seluruh negara, antaranya bagi menjelaskan 'kepincangan' Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) dan menjaja kemungkinan penubuhan 'Keadilan Baru'.

Ketika pemilihan PKR masih dihurung pelbagai kontroversi dan 'dihantui' peratusan keluar mengundi yang rendah, pengundian di 81 lagi cabang – 12 pada Jumaat, 41 pada Sabtu dan 28 pada Ahad – akan berlangsung seperti biasa mulai hari ini.

Pada minggu pertama pemilihannya PKR dua minggu lalu, peratusan keluar mengundi hanya sekitar sembilan peratus manakala pada minggu kedua hanya meningkat sedikit kepada 12 peratus.

Justeru, parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu dilihat tiada pilihan kecuali menggiatkan jumlah keluar mengundi bagi mengelakkan tanggapan proses '1 undi 1 anggota' itu disambut dingin kira-kira 400,000 ahlinya di seluruh negara.

Dan sasaran itu dilihat melalui jalan penuh berliku ketika calon popular setakat ini Azmin Ali sudah selesa dengan majoriti sebanyak 2,479 undi meninggalkan pencabarnya yang masih kekal Mustaffa Kamil Ayub.

Kekosongan terlalu besar buat Mustaffa

Selepas 87 cabang bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin mendapat 6,467 undi, manakala Zaid memperolehi 3,988 dan Mustaffa Kamil Ayub meraih 1,215 undi.

Dengan pengunduran Zaid, majoriti Azmin kini bertukar kepada 5,252 undi - suatu angka yang sukar dihambat Mustaffa Kamil.

Bagaimanapun, permainan ini dijangka lebih menarik sekiranya Mustaffa Kamil– juga orang lama dalam PKR – dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zaid sebagai bekas menteri Umno yang disambut masuk dalam PKR penuh bergaya setahun lalu.

Persoalannya, adakan ruang kosong itu terlalu besar untuk diisi oleh Mustaffa Kamil? Tetapi bekas aktivis beliau dan NGO Islam itu juga bukan calang-calang calon.

Selain gaya dan retorik mirip Anwar, Mustaffa Kamil pernah membuktikan kekuatannya apabila menang bertanding jawatan naib presiden tiga tahun lalu walaupun daripada segi pencalon, beliau ketika itu di kedudukan keenam.

Namun, sekiranya anggota akar umbi PKR mulai bosan, semua percaturan itu akan menjadi tidak bermakna apabila pemilihan itu tinggal 'syok sendiri' dan tidak dipedulikan.

Dari segi yang lain, Azmin pula - yang masih dibelenggu dengan persepsi 'yesman' kerana hubungannya yang rapat dan lama dengan Anwar - pula tiada pilihan kecuali mengutip majoriti sebanyak mungkin bagi membuktikan mandat anggota PKR bersamanya.

Zaid pergi lebih jauh?

Walaupun terdapat cakap-cakap bahawa Mustaffa Kamil munggkin mengikuti jejak langkah Zaid, kemungkinan itu dilihat tipis buat masa ini.

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan terbaru Mustaffa Kamil semalam yang sekali lagi mengulangi ikrar tidak berbelah baginya pada Anwar dan Wan Azizah selepas hadir di sidang media yang menghentam bosnya sebelum ini.

Dalam kenyataan satu halaman itu, Mustaffa Kamil tampil menafikan terlibat menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Petaling Jaya.

Gambar beliau bersama Zaid itu digunakan secara meluas di pelbagai media arus perdana dan portal berita.

"Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Datuk Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur.

"Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, memorandum yang saya hantar pada 9 November 2010 tersebut adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula pemilihan Kepimpinan PKR 2010 dan kandungannya diketahui oleh Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah," jelas Mustaffa Kamil.

Setakat ini, selain mengundurkan diri dan melepaskan semua jawatan dalam PKR, masih belum jelas sama ada Zaid boleh bertindak lebih jauh daripada itu.

Menanti 'nuklear besar'

Menurut sumber yang rapat dengannya, kem beliau mendakwa masih mempunyai bukti 'penyelewengan' pemilihan PKR yang masih belum didedahkan. Jenis bukti berkenaan setakat ini masih belum jelas.

Bagaimanapun, jika benar pendedahan baru ini benar-benar besar, ia bakal menjadi 'nuklear besar' bagi menghapuskan keyakinan anggota PKR kepada proses demokrasi itu, seterusnya mengikis kenyakinan mereka pada PKR.

Kemungkinan paling buruk yang betul-betul bakal memburukkan nama JPP parti itu apabila berlakunya penarikan diri beramai-ramai sebagai calon di pelbagai peringkat.

Setakat ini, seorang calon naib presiden Jonson Chong yang juga bekas pengarah komunikasi PKR difahamkan telah menarik diri. Pengumuman rasminya dijangka dibuat beberapa jam lagi.

Walaupun terdapat kemungkinan-kemungkinan di atas, berdasarkan premis terdapat pelbagai kemungkinan dalam politik, pemilihan di 81 lagi cabang mulai esok mungkin berjalan begitu sahaja, seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Bahangnya mungkin beralih kepada perebutan kerusi nombor tiganya pula di mana beberapa 'selebriti' PKR bertanding, antaranya 'puteri reformasi' Nurul Izzah Anwar, Timbalan Ketua Meneri Pulau Pinang Dr Mansur Othman dan Pengarah Strategik Tian Chua.

Bapa isu sosej babi akui bukan Islam lagi

Posted: 12 Nov 2010 12:17 AM PST

MALAYSIA KINI


Beginda Minda, bapa kepada pelajar 10 tahun yang dirotan baru-baru ini kerana membawa sosej babi ke sekolah mendakwa bahawa beliau bukan beragama Islam, lapor The Star.

"Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam," kata Beginda, semalam.

Status agama lelaki itu menjadi kontroversial apabila isu merotan anaknya timbul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah menentukan status agama Beginda.

"Hanya selepas itu, kesimpulan boleh dibuat mengapa anaknya itu dirotan," kata Nazri.

Perdebatan dan pertikaman lidah berlarut di Dewan Rakyat sejak dua hari lalu sama ada anaknya, Basil - yang dipelihara oleh ibunya yang beragama Kristian - adalah seorang Muslim.

Namun menurut Beginda, anaknya itu bukan beragama Islam.

"Anak saya beragama Kristian. Dia dibesarkan mengikut agama ibunya," katanya.

Beginda berkata pada tahun 2004, apabila dia memohon MyKad, beliau telah menukar namanya semula kepada Beginda Anak Minda.

Anaknya dilahirkan pada 8 Mei 2000.

Di sijil kelahirannya, tiada agama dicatatkan untuk Beginda.

Semalam, ahli parlimen Bebas, Zulkifli Noordin menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat kemungkinan bapa kanak-kanak yang dirotan itu mempunyai dua identiti.

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu, pada Rabu lalu mendakwa kanak-kanak itu adalah anak seorang Muslim bernama Norazman Abdullah @ Beginda anak Minda.

Beliau membayangkan kemungkinan Beginda murtad kerana dia telah didakwa mempunyai dua nama yang berlainan.

Katanya, Beginda yang dikatakan bapa kepada pelajar tersebut - pada tahun 1998, sewaktu kes Datuk Seri Anwar Ibrahim - namanya adalah Norazman Abdullah @ Beginda Minda dan beragama Islam.

Zulkifli berkata, sijil perkahwinan dikeluarkan pada 29 Julai 2009 sedangkan perkahwinan berlangsung pada 25 Disember 1999 iaitu setahun selepas kes Anwar, ketika Beginda seorang Islam.

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, jika seseorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu juga semestinya beragama Islam.

Basil dirotan 10 kali di tapak tangannya kerana memakan nasi goreng dengan sosej babi yang dibekalkan oleh ibunya.

Isu itu kali pertama didedahkan pada sidang media yang dianjurkan oleh PKR di Kuching di mana Angela Jabing, ibu kepada pelajar Sekolah Rendah St Thomas itu mendakwa seorang guru merotan anaknya kerana membawa makanan tidak halal ke sekolah.

Sekolah berkenaan kemudian memohon maaf kepadanya.

PKR siasat peratus tinggi mengundi di Sabah

Posted: 12 Nov 2010 12:14 AM PST

Aidila Razak

PKR sedang menyiasat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pengundian pemilihan pucuk pimpinan parti itu, di beberapa cabang di Sabah, kata timbalan pengerusi PKR Sabah, Christina Liew.

"Saya memeriksa dengan ibu pejabat parti dan diberitahu mereka sedang menyiasat... Saya faham majoriti (aduan) telah dibuat kepada ibupejabat, tetapi saya tidak tahu masa berapa lama siasatan akan dijalan," katanya ketika dihubungi kelmarin.

Tumpuan utama ialah mengenai jumlah yang keluar mengundi di beberapa cabang di Sabah, termasuk Sandakan dan Libaran, telah mencetuskan kebimbangan kerana rata-rata ia adalah sekitar 10 peratus.

"Ahli di Sabah nampaknya merasa bahawa pemilihan pucuk pimpinan pusat kurang penting berbanding di peringkat cabang kerana mereka lebih prihatin terhadap siapa yang memimpin mereka di peringkat cabang," kata Liew (kiri).

Di Libaran, 898 dari 1,501 ahli berdaftar, atau 59,83 peratus keluar mengundi, dengan calon timbalan presiden, Azmin Ali menyapu bersih hampir semua undi di cabang itu.

Sandakan juga mencatatkan jumlah pengundi yang tinggi - 43,57 peratus - dengan 456 daripada 1,047 ahli yang berdaftar, keluar mengundi.

"Bagaimana mereka boleh membuat begitu ramai keluar mengundi? Ada sekitar 4,000 ahli di Kota Kinabalu (cabang Liew), tapi hanya 300 yang keluar mengundi," katanya.

Sandakan, Libaran serta cabang-cabang lain yang ahlinya ramai keluar mengundi, seperti Tawau dan Tenom, hampir 100 peratus undi adalah untuk Azmin..

Di Tawau sahaja, calon timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),
Chang Lih Kang memperolehi kesemua 232 undi, kecuali satu undi untuk lawannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin.

Ketika dihubungi untuk mendapat pengesahan bahawa siasatan sedang dijalankan, pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dr Molly Cheah keberatan untuk mengatakan ya atau tidak.

Apabila didesak seterusnya, beliau bagaimanapun berkata: "Jika Christina Liew dah kata ia sedang disiasat, maka ia sedang disiasatlah.

Ambil alih saham Star, MCA didakwa CBT

Posted: 12 Nov 2010 12:13 AM PST

MALAYSIA KINI


Seorang ahli MCA hari ini membuat laporan polis supaya menyiasat kemungkinan berlaku pecah amanah oleh pemimpin parti itu berhubung pembelian 42.4 peratus saham dalam Star Publications (M) Sdn Bhd oleh badan pelaburannya.

Laporan polis itu dibuat oleh naib pengerusi MCA cawangan Bukit Pasar, Hui Huat di balai polis Seremban semalam.

Dalam laporannya, Hui mendakwa amalan MCA memiliki saham berkenaan daripada badan pelaburannya, Huaren Holdings, adalah bercanggah dengan perlembagaan parti.

"Pemindahan saham ini tidak mendapat kebenaran mesyuarat agung khas (EGM) MCA. Pembelian dan pemindahan saham adalah di atas arahan majlis presiden. Tetapi mengikut Artikel 47, Perlembagaan MCA, majlis presiden tiada kuasa membuat keputusan pembelian," laporan polis itu dipetik.

Katanya, pembelian itu juga tidak mendapat pengesahan Jawatankuasa Pusat MCA, seperti yang disyaratkan oleh Artikel 45.9 perlembagaan parti berkenaan.

"Oleh hal demikian, pembelian ini adalah satu penyelewengan kuasa yang tidak dibenarkan di bawah Perlembagaan MCA. Transaki pembelian saham ini adalah void ad initio dan satu tindakan pecah amanah terhadap ahli-ahli MCA," katanya lagi dalam laporan itu.

Menurut Hui, keputusan parti memiliki saham daripada Huaren Holdings yang dimiliki sepenuhnya oleh parti itu sebenarnya adalah tindakan yang tidak diperlukan dan sehubungan itu, mencurigakan.

Katanya, kegagalan mengadakan EGM bagi membahaskan perkara itu, juga melanggar tanggungjawab fidusiari.

Ketika dihubungi untuk ulasan lanjut, Hui berkata parti itu berdepan dengan 'precedence' di mana pembelian besar perlu melalui kelulusan perhimpunan agung parti.

"Semasa zaman (bekas presiden Tun Dr) Ling Liong Sik (pertama dari kiri), EGM diadakan sebelum parti membeli kumpulan penerbitan Nanyang. Tetapi kali ini tidak," katanya.

Hui juga berkata beliau akan membuat aduan yang sama kepada Pendaftar Pertubuhan kerana ia membabitkan perlembagaan parti.

Pada 5 November lalu, MCA mengesahkan ia memindahkan 313,315,769 saham bernilai RM1 seunit Star Publishing daripada Huaren Holdings kepada parti itu, pada nilai pasaran lebih kurang RM1.3 bilion.

Bekas kerani Miti dipenjara tiga tahun kerana palsukan lesen import

Posted: 11 Nov 2010 04:21 PM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap bekas kerani Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang didakwa memalsukan lesen import selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Hakim Datuk Ghazali Cha yang membuat keputusan itu berkata Hakim Mahkamah Sesyen yang sebelum ini membebaskan Armila Ahmad, 32, telah terkhilaf.

Ghazali memerintahkan Armila dipenjara selama tiga tahun bagi pertuduhan pertama iaitu memalsukan sembilan keping lesen import kenderaan yang digunakan bagi tujuan menipu di tempat kerjanya di Jalan Duta di sini.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat yang merupakan pertuduhan menipu tiga pegawai yang berlainan untuk mengeluarkan sembilan lesen import kenderaan, Ghazali memerintahkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap kesalahan.

Kesemua hukuman berjalan serentak bermula hari ini.

Pada 30 Sept tahun lepas, Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Armil daripada keempat-empat tuduhan itu. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 25 Julai 2002 dan 17 Julai 2003.

Dalam penghakimannya, Ghazali berkata pembelaan Armila ketika di Mahkamah Sesyen adalah rekaan semata-mata.

"Dalam isu terdapat pihak ketiga yang mencetak borang menerusi sistem, menerusi keterangan saksi, mereka menyatakan bahawa mereka tiada pengetahuan berkenaan dengan pengenalan diri (ID) dan kata laluan (password) yang dimiliki responden (Armila). Hanya responden yang mengetahui ID dan kata laluan kerani lain.

"Ini menunjukkan diri responden sendiri yang boleh diragui dan tiada sebab bagi saksi atau kerani lain berbohong untuk meletakkan responden dalam kesusahan," katanya.

Ghazali juga berkata tiga pegawai yang menandatangani dokumen berkaitan lesen import itu juga telah mengecam Armila sebagai orang yang menghantar dokumen itu dan bukannya orang lain.

Sementara itu, selepas hukuman dijatuhkan, peguam Zaki Ezar Bahar memohon penangguhan perlaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dibuat.

Ghazali yang membenarkan rayuan itu bagaimanapun memerintahkan Armila membayar ikat jamin sebanyak RM20,000 yang boleh dibayar secara ansuran iaitu RM10,000 dibayar pada hari ini dan selebihnya sebelum 1 Dis.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Hashley Tajudin.

Anwar: Pembangkang meletakkan calon muka baru dan muda pada PRU-13

Posted: 11 Nov 2010 04:20 PM PST

BERNAMA

SINGAPURA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beribu pejabat di Malaysia bercadang meletakkan muka baru dan muda sebagai calonnya pada pilihan raya umum ke-13 negara itu akan datang.

Pemimpin umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini adalah strategi terbaik parti itu yang akan dilakukan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dipercayai diadakan tidak lama lagi.

Pilihan raya umum ke-13 Malaysia mestilah diadakan pada 2013 atau sebelum 2013.

Berucap pada ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Koresponden Asing Singapura (FCA) di sini hari ini, beliau berkata calon PKR mungkin berumur dalam lingkungan 20-an atau 30-an kerana mereka akan menjadi tarikan kepada pengundi.

Anwar berkata ini adalah selaras dengan jolokan parti itu sebagai parti "Reformasi", dan juga pengalaman sebelum ini menunjukkan calon muka lama PKR berkemungkinan tewas pada pilihan raya.

Semasa sesi soal jawab dengan kira-kira 50 hadirin yang terdiri daripada wartawan asing yang berpangkalan di Singapura, diplomat dan bukan pertubuhan kerajaan (NGO), Anwar berkata PKR akan mula bekerja keras untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dengan menjelajah ke seluruh negara menemui orang ramai mulai bulan depan.

Sambil menyatakan beliau optimistik dengan pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata beliau gembira jika pilihan raya itu diadakan tidak lama lagi, berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah pada 4 Nov lepas.

Beliau yang juga ketua pembangkang berkata campuran pembangkang, terdiri daripada PKR, PAS dan DAP, akan bermesyuarat selepas Hari Raya Haji untuk mengkaji semula keseluruhan program dan strateginya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mengenai dakwaan bekas calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkaitan penipuan dalam pemilihan parti, Anwar berkata beliau tidak terbabit dengan pemilihan itu dan menggesa Zaid mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan parti.

Anwar juga membidas beberapa media Malaysia seperti TV3 dan Utusan serta pemimpin Umno yang menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu bahawa negara ini akan diperintah oleh bukan Melayu jika pembangkang mengambil alih kerajaan.

PKR Wilayah gesa badan bebas siasat dakwaan Zaid, Mustaffa

Posted: 11 Nov 2010 04:19 PM PST

KUALA LUMPUR – PKR Wilayah Persekutuan menggesa ibu pejabat parti itu menubuhkan satu badan bebas untuk menyiasat dengan segera segala aduan bagi memastikan proses pemilihan berjalan dengan adil dan telus.

Memandangkan kedua-dua Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub - calon jawatan timbalan presiden mendakwa lebih 160 aduan masih belum disiasat, maka parti harus memulakan siasatan, kata Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan Osman Karim ketika dihubungi The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider difahamkan aduan-aduan itu meliputi pemilihan peringkat bahagian dan mesyuarat agung tahunan cabang.

"Oleh kerana kedua-dua Datuk Zaid dan Mustaffa mengumumkan bahawa banyak aduan yang belum disiasat oleh jawatankuasa pemilihan pusat, maka kami membuat resolusi agar aduan-aduan ini disiasat segera.

"Jadi, kami merasakan kalau betul ada aduan yang pernah dibuat, tetapi tidak disiasat lagi, kami minta agar ditubuhkan satu badan untuk siasatan, dalam parti sendiri," kata Osman lagi.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat khas PKR Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.

Menurut Osman, keputusan mesyuarat malam tadi itu akan dikemukakan kepada ibu pejabat esok.

"Proses pemilihan kepimpinan parti 2010 diteruskan, walau bagaimanapun PKR Wilayah Persekutuan mahu parti menubuhkan satu badan bebas untuk menyiasat segera segala aduan bagi memastikan proses pemilihan berjalan dengan adil dan telus," kata PKR Wilayah Persekutusan dalam satu kenyataan terlebih dahulu.

Bagaimanapun Osman menolak tanggapan bahawa pendirian yang diputuskan ada kaitan dengan proses pemilihan di Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung Sabtu dan Ahad ini.

Wilayah Persekutuan mempunyai kira-kira 25,000 ahli.

"Tidak, tidak. Ia tiada kaitan dengan pemilihan hujung minggu ini. Kami hanya meminta agar diadakan badan siasatan khas bagi menyiasat aduan-aduan lama (didakwa oleh Zaid dan Mustaffa," katanya lagi.

Selain Zaid, menarik diri daripada saingan jawatan timbalan presiden, seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa mengemukakan memorandum kepada pucuk kepimpinan parti dan jawatankuasa pemilihan pusat agar proses pengundian semasa dibatalkan dan pemilihan baru diadakan.

Zaid merupakan bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menafikan wujudnya kecacatan dan kepincangan dalam proses pemilihan.

Osman menambah PKR Wilayah Persekutuan juga memutuskan untuk memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Anwar dan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta kepemimpinan parti.

Selain itu kata beliau, pihaknya juga bersetuju agar Dr Idris Ahmad, timbalan kepada Zaid, memikul tugas sebagai pemangku pengerusi Wilayah Persetuan sementara menunggu pelantikan pengganti jawatan tersebut oleh Presiden.

PKR mahu bukti timbang memo calon timbalan presiden batal pemilihan

Posted: 11 Nov 2010 04:18 PM PST

TERKINI

KUALA LUMPUR — Biro Politik PKR yang mengadakan mesyuarat khas malam tadi untuk membincangkan memorandum kata dua calon timbalan presiden berhubung pemilihan pusat tidak membuat keputusan muktamad atas alasan memerlukan bukti kukuh dan keterangan susulan.

The Malaysian Insider difahamkan mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berlangsung kira-kira dua jam, memutuskan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pengadu.

Memorandum itu diserahkan oleh Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub — salah seorang calon timbalan presiden — kepada presiden dan pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat Dr Molly Cheah petang kelmarin.

Memorandum itu menggesa parti mengambil tindakan segera dalam 48 jam — tempoh yang akan berakhir petang ini.

Ia menggesa agar proses pemilihan dibatalkan dan digantikan dengan pengundian baru walaupun 87 cabang sudah selesai mengadakan pengundian sepanjang lima hari pertama, sehingga Ahad lalu.

Sehari sebelum itu seorang lagi calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding atas alasan wujud banyak kepincangan dan kecacatan dalam proses pemilihan.

Malah Zaid juga melepaskan semua jawatan dalam parti dan menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi calon timbalan presiden Azmin Ali keluar parti.

Biro Politik mengadakan mesyuarat mingguan malam tadi tetapi calon-calon yang bertanding pada pemilihan kali ini termasuk Mustaffa sendiri tidak hadir.

Ia hanya dihadiri oleh mereka yang tidak bertanding manakala Dr Wan Azizah sudah menang tanpa cabaran.

Mustaffa dijangka menemui presiden dan pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat petang ini.

"Saya sedang berusaha untuk menemui mereka. Saya akan mengumumkan pendirian susulan saya selepas pertemuan dengan mereka, mungkin petang ini atau pagi esok," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Seorang anggota Biro Politik memberitahu The Malaysian Insider bahawa memorandum yang dikemukakan kelmarin tidak mengandungi bukti yang spesifik untuk memperkukuhkan dakwaan.

"Memorandum beliau tidak menyediakan sebarang bukti. Ia satu memorandum umum," kata anggota berkenaan yang enggan dikenali.

Dr Cheah, kata sumber, membentangkan laporan beliau kepada angggota-anggota biro itu.

"Dr Molly Cheah akan melihat soal memandangkan kami memerlukan lebih banyak bukti.

"Kami tidak boleh bertindak hanya berdasarkan pada memorandum," kata sumber itu.

Sebagai contoh kata sumber itu, berhubung dakwaan politik wang memorandum itu tidak menyenaraikan bahagian-bahagian yang terlibat.

Oleh itu kata beliau, mesyuarat semalam tidak membincangkan keperluan mengadakan pemilihan baru.

"Melainkan Mustaffa datang dengan bukti dan jawatankuasa pemilihan pusat mungkin akan mempertimbangkan," katanya lagi.

Dr Cheah juga mengesahkan akan bertemu dengan Mustaffa hari ini tetapi enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak akan mengatakan apa-apa sehingga selepas saya menemui beliau," kata Dr Cheah.

Sementara itu, Mustaffa dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini berkata, beliau membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah disiarkan oleh Berita Harian semalam.

Laporan itu di bawah tajuk "Anwar, Azmin tak tunduk desakan keluar parti" pada muka empat keluaran semalam, Berita Harian telah menyiarkan gambar Mustaffa bersama Zaid dengan caption yang tertulis "Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam".

"Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, memorandum yang saya hantar pada 9 November (kelmarin) tersebut adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula Pemilihan Kepimpinan PKR 2010 dan kandungannya diketahui oleh Datuk Seri Anwar dan Dr Wan Azizah.

"Sidang media memaklumkan penyerahan memorandum mengenai JPP dihadiri oleh Datuk Zaid dan setelah selesai, saya meninggalkan sidang, yang kemudian diteruskan oleh Datuk Zaid tanpa kehadiran saya," kata Mustaffa.

Mustaffa juga berkata, sokongan penuh beliau kepada Anwar dan Dr Wan Azizah tidak pernah berubah.

"Pendirian tersebut memang sedia diakui oleh kebanyakan ahli parti berdasarkan rekod saya yang sentiasa konsisten mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun saya terlibat dalam perjuangan reformasi.

"Saya percaya bahawa PKR, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya amat memerlukan kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai tokoh pembaharuan yang mampu membawa perubahan besar kepada negara.

"Memorandum yang saya hantar dua hari lalu adalah berdasarkan rintihan suara akar umbi yang terbabit dengan proses pemilihan parti dan memfokuskan kepada masalah dan kepincangan di sekitar perjalanan pemilihan Kepimpinan 2010 yang dikendalikan oleh jawatankuasa pemilihan pusat," katanya.

Malah kata Mustaffa, Anwar dan Dr Wan Azizah telah menyambut baik dan akan mempertimbangkan kandungan memorandum tersebut berdasarkan jaminannya yang beliau terima dalam pertemuan dengan kedua-dua pemimpin tersebut pada hari yang sama.

"Saya memberi amaran agar jangan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyelewengkan fakta dan menabur fitnah dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Anwar, saya sendiri dan pemimpin-pemimpin parti yang lain.

"Saya dengan ini menuntut supaya Berita Harian memohon maaf secara terbuka dan membuat pembetulan atas laporan tersebut dalam tempoh 24 jam.

"Sekiranya pihak berkenaan gagal berbuat demikian, saya terpaksa mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menegakkan kebenaran," katanya.

Kenyataan rasis: Perkasa pertikai tindakan ke atas dua pengetua, pegawai BTN

Posted: 11 Nov 2010 04:17 PM PST

TERKINI

KUALA LUMPUR – Perkasa mempertikaikan tindakan menggantung tugas terhadap pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) dan dua pengetua sekolah, yang sebelum ini didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis.

Justeru Perkasa meminta kerajaan mengkaji semula hukuman tersebut yang disifatkan tidak adil terhadap kedua-dua kakitangan awam itu.

Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra Kulaijaya, Siti Aishah Mansor dan penolong pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Husain didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis.

Siti Inshah didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.

Hamim pula didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis pada satu majlis tertutp anjuran Puteri Umno September lalu.

Kedua-dua mereka telah dikenakan tindakan disiplin dengan digantung daripada tugas masing-masing.

"Perkasa sangat kesal dengan tindakan kerajaan ini yang begitu pantas mengambil tindakan terhadap mereka sedangkan banyak isu-isu perkauman yang dibangkitkan orang bukan Melayu tidak pula diambil sebarang tindakan.

"Jadi kita minta supaya kerajaan mengkaji semula tindakan tersebut kerana nampak wujudnya 'double standard' dalam isu menjatuhkan hukuman dalam hal-hal berkaitan perkauman.

"Perkasa merasakan ia seolah-olah berat sebelah, apa sahaja yang disuarakan orang Melayu dianggap semua salah tapi apa yang dibangkitkan orang bukan Melayu yang dilihat mencabar Perlembagaan Persekutuan pula tiada sebarang tindakan diambil," kata Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar ketika sidang media di sini.

Menurut Abdul Rahman, kerajaan perlu adil dalam mengambil tindakan terhadap isu-isu berkaitan perkauman yang dibangkitkan.

"Bila orang Melayu bersuara dikatakan rasis, tapi bila bukan orang Melayu mencabar Perlembagaan Persekutuan tidak mengapa.

"Kita mahu tindakan tegas diambil terhadap Namewee, tapi sehingga sekarang tiada apa-apa yang berlaku. Bila membabitkan orang Melayu begitu cepat tindakan diambil.

"Perkasa ingin tanya apakah alasan-alasan yang dipakai Jabatan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Namewee?

"Kita minta supaya Jabatan Peguam Negara tidak berlengah-lengah untuk mengambil tindakan terhadap Namewee kerana apa yang dibuat lebih teruk daripada yang dikatakan kedua-dua kakitangan awam itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah pula mahu Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan tegas sesiapa sahaja yang menghina orang Melayu dan juga Raja-raja Melayu.

"Kita minta supaya Kementerian Dalam Negara dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan tegas dalam isu perkauman ini.

"Kalau tiada sebarang tindakan diambil sehingga Hari Raya Haji, kita akan menyerahkan memorandum terhadap kepada Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Peguam Negara.

"Kita harap tindakan tegas diambil terhadap mereka yang tidak menghormati orang Melayu dan Bumiputera. Tindakan tegas perlu diambil, kita tidak mahu keputusan yang diambil itu hanya berlandaskan faktor politik sahaja," katanya.

Pada sidang media itu juga, Abdul Rahman berkata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sudah semakin sembuh selepas menjalani pembedahan jantung bulan lalu.

"Beliau (Ibrahim) sudah semakin sembuh dan kita harap beliau dapat bersama-sama kita tidak lama lagi," katanya.

Shamrin vokalis kumpulan Fotograf meninggal dunia

Posted: 11 Nov 2010 04:12 PM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Fotograf, Mohd Shamrin Abd Samad, 45, meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 6 petang tadi di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, di sini.

Pelakon Drama Gerak Khas, Shamsudin Maidin berkata Allahyarham rebah ketika bermain bola sepak pada perlawanan persahabatan antara artis dan sebuah syarikat insurans di Padang Kelab Sultan Sulaiman (KSS) di Kampung Baru pada kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

"Pada 10 minit permainan bermula arwah angkat tangan dan secara tiba-tiba dia rebah ... kami berlari ke arahnya serta buka bajunya dan pada masa itu muka dia kelihatan merah sebelum di hantarnya ke hospital," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital itu malam ini.

Katanya, Allahyarham mengadu keletihan kerana sebelum perlawanan berlangsung kerana beliau telah membuat persembahan pada majlis pelancaran "Siri Warisan, P.Ramlee Pada Syiling" di Balai Seni Lukis Negara.

Jenazah Allahyarham dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan akan dibawa ke rumahnya di USJ 22, Subang Jaya esok sebelum kebumikan di Tanah Perkuburan Islam di kawasan itu.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak menerusi dua perkahwinan iaitu Akmal Danish, 5 dan Akmal Shahmin, 1 dengan isterinya sekarang Jazrizatul Akma Abu Saman, 29 manakala dua lagi bersama bekas isterinya.

Menurut seorang rakannya dari kumpulan Kool, Shaiful Azri Mohd Ariffin atau dikenali sebagai Riot, Allahyarham sempat tidur di rumahnya sebelum mereka sama-sama ke padang itu.

"Kira-kira pukul 3 petang dia sampai ke rumah saya ... dia cakap nak tidur sekejap sebab letih kerana sebelum itu dia ada buat persembahan pada satu majlis pelancaran.

"Saya tak sangka pemergiannya sebab selama saya kenal arwah memang dia tak pernah mengadu sakit malah dia sihat, ceria ... bagaimanapun saya redha dengan pemergiannya," katanya.

Allahyarham Shamrin yang popular dengan lagu "Di Alam Fana Cinta" pada era 90an dan pernah merakamkan lagu duet bersama biduanita Datuk Sharifah Aini yang bertajuk "Kamu Aku Satu".

Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul "Iramanya Bergetar" pada 1989 dan seterusnya melahirkan lima buah album yang terakhir bertajuk "Juara Mimpi" pada 1997.

Isu patriotisme: DAP bawa usul potong gaji Zahid

Posted: 11 Nov 2010 04:11 PM PST

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berhadapan perbahasan usul potong gaji RM10 ekoran kenyataan beliau kelmarin mendakwa semangat patriotisme yang belum cukup tinggi di kalangan bukan Melayu sebagai punca orang Cina dan India tidak berminat menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Usul itu dikemukakan terhadap Menteri Pertahanan itu oleh Ahli Parlimen DAP dari Ipoh Barat M. Kulasegaran (gambar) hari ini.

Ketika bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, Kulasegaran mengesahkan usul itu akan dibahaskan pada minggu kedua bulan depan.

"Biar saya memberitahu Zahid bahawa kenyataan yang tidak sensitif dan tidak berasas di Parlimen itu telah menyinggung perasaan bukan Melayu," kata Kulasegaran pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kata beliau, penjelasan Zahid mengenai kenyataan itu semalam hanya menambah 'garam' ke atas luka memandangkan ia menunjukkan menteri Umno itu gagal memahami ketidakadilan apabila mengaitkan semangat patriotisme dengan keengganan bukan Melayu menyertai perkhidmatan ketenteraan.

"Daripada cuba lari daripada isu dengan bermain kata-kata, beliau harus berani dan perlu bertanggungjawab untuk mengakui kesilapan beliau dan meminta maaf kepada orang bukan Melayu," kata beliau lagi.

Semalam, MIC juga mengambil pendirian MCA dengan menegaskan Zahid tidak wajar mendakwa semangat patriotisme yang belum cukup tinggi di kalangan bukan Melayu sebagai punca orang Cina dan India tidak berminat menyertai ATM.

Kelmarin, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta menteri-menteri Umno agar berhenti daripada membuat kenyataan yang mempersoalkan kesetiaan dan integriti bukan Melayu.

Dr Chua berkata tindakan sedemikian hanya akan memudaratkan usaha memperbaiki keharmonian kaum.

Dalam reaksinya hari ini, Dr Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, pihaknya menerima banyak aduan dan rungutan bahawa permohonan bukan Melayu tidak berjaya atas beberapa sebab termasuk gagal semasa temu duga fizikal.

"Oleh yang demikian, saya berpendapat untuk mengaitkan isu semangat patriotisme dengan penyertaan kaum bukan Melayu dalam ATM adalah tidak tepat.

"Saya sebagai seorang pemimpin masyarakat, sedih dengan kenyataan ini, lebih-lebih lagi daripada seorang lagi pemimpin masyarakat dan negara," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Di Dewan Rakyat, Zahid berkata, hanya terdapat 903 anggota bukan Melayu dalam ATM yang memasuki perkhidmatan itu bagi tempoh dua tahun lepas.

Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 82 anggota kaum India, 26 (Cina) manakala 795 lagi adalah kaum-kaum lain yang meliputi kaum peribumi Sabah dan Sarawak.

"Kementerian mendapati penyertaan kaum bukan Melayu terutama kaum Cina dan India masih berkurangan berkemungkinan disebabkan kekhuatiran terhadap disiplin yang ketat, ganjaran kurang berbanding swasta, tiada galakan daripada keluarga serta semangat patriotisme yang belum cukup tinggi," kata Zahid yang juga Naib Presiden Umno.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak meletakkan sebarang kuota untuk kemasukan dalam ATM kerana penyertaannya adalah berasaskan kelayakan, minat dan secara sukarela.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan dikeluarkan di Jakarta yang dipetik Bernama, Zahid mendakwa ATUM tidak ada prasangka kaum dalam pengambilan anggotanya dan oleh itu tidak timbul persoalan bukan Melayu kurang semangat patriotisme.

Zahid berkata rakyat daripada semua kaum boleh menyertai ATM dan berpeluang menyandang jawatan berpangkat tinggi.

Kata beliau, jawapannya di Dewan Rakyat mengenai faktor-faktor rendahnya penyertaan bukan Melayu dalam ATM dibuat berdasarkan dapatan kaji selidik ilmiah.

Sah, PKR tidak tangguh pemilihan walaupun aduan banyak, kata pengerusi JPP

Posted: 11 Nov 2010 04:08 PM PST

TERKINI

PETALING JAYA – Pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung sekarang akan diteruskan walaupun ada gesaan agar ia dibatalkan dan diadakan semula proses pengundian ekoran dakwaan kepincangan dan kecacatan.

Ketika dihubungi petang ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Molly Cheah berkata ia antara keputusan yang dicapai pada mesyuarat Biro Politik yang diadakan semalam.

"Ya, ia hasil mesyuarat Biro Politik, dan diputuskan pemilihan tidak akan ditangguhkan, akan diteruskan seperti yang telah dijadualkan dan diputuskan sebelum ini," kata Dr Cheah.

Keputusan itu ekoran memorandum yang dikemukakan oleh salah seorang calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub kelmarin.

Dr Cheah berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Mustaffa tengah hari tadi untuk menjelaskan keputusan, antara lain meminta bukti dan penjelasan berhubung aduan-aduan yang dikemukakan dalam memorandum beliau.

Mustaffa memberitahu beliau akan mengadakan sidang media pagi esok untuk mengumumkan pendiriannya ekoran keputusan yang disampaikan oleh JPP.

"Ada masanya kita kena amalkan (prinsip) ambil dan beri, saya akan umumkan pada sidang media esok," kata Pengerusi PKR Perak ini.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan keputusan itu, Mustaffa yang kini merupakan Naib Presiden PKR berkata: "Ya, puas hati."

Mustaffa berkata pertemuan dengan Dr Cheah berlangsung kira-kira sejam.

Ketika ditanya sama ada Mustaffa diberikan sebarang tempoh untuk mengemukakan bukti dan penjelasan yang diminta, Dr Cheah berkata beliau berharap ia akan dikemukakan dalam waktu terdekat.

Ditanya hujung minggu ini, kata beliau, "ya, saya harap beliau akan kemukakan dengan segera."

Dr Cheah juga yakin pemilihan membabitkan baki cabang mulai esok akan berjalan dengan lancar memandangkan tiada masalah besar setakat.

Dalam laporan pagi tadi, The Malaysian Insider melaporkan, Biro Politik PKR yang mengadakan mesyuarat khas malam tadi untuk membincangkan memorandum kata dua calon timbalan presiden berhubung pemilihan pusat tidak membuat keputusan muktamad atas alasan memerlukan bukti kukuh dan keterangan susulan.

The Malaysian Insider difahamkan mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berlangsung kira-kira dua jam, memutuskan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pengadu.

Memorandum yang diserahkan oleh Mustaffa menggesa parti mengambil tindakan segera dalam 48 jam - tempoh yang akan berakhir petang ini.

Ia menggesa agar proses pemilihan dibatalkan dan digantikan dengan pengundian baru walaupun 87 cabang sudah selesai mengadakan pengundian sepanjang lima hari pertama, sehingga Ahad lalu.

Sehari sebelum itu seorang lagi calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding atas alasan wujud banyak kepincangan dan kecacatan dalam proses pemilihan.

Malah Zaid juga melepaskan semua jawatan dalam parti dan menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi calon timbalan presiden Azmin Ali keluar parti.

Biro Politik mengadakan mesyuarat mingguan malam tadi tetapi calon-calon yang bertanding pada pemilihan kali ini termasuk Mustaffa sendiri tidak hadir.

Dr Cheah yang dipetik Bernama menyebut, pemilihan parti tidak boleh dihentikan dengan begitu mudah semata-mata kerana ada pihak mendakwa berlaku kepincangan dalam sistem pemilihan.

"Orang kena faham, untuk membuat sesuatu keputusan ia perlu ambil masa, setiap aduan kita perlu teliti dahulu," katanya.

Pemilihan pusat yang berlangsung pada 29 Oktober lepas dan akan berakhir 21 November ini melibatkan sebanyak 218 cabang. Ia disusuli dengan Kongres Nasional Tahunan PKR selama tiga hari mulai 26 November di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor.

Esok, sebanyak 12 cabang akan mengadakan pemilihan iaitu empat di Kelantan dan lapan lagi di Kedah dan 41 lagi pada Sabtu ini.

Tiada ulasan: