Jumaat, 12 November 2010

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Maka berkatalah lagi si Musang Berjanggut .....

Posted: 11 Nov 2010 11:15 PM PST

"Amalan dalam upacara meletak ancak di tiang seri rumah pada Projek Infra Bina (IBU) di Kampung Guar, Manong 17 Oktober lalu adalah kurafat.

"Amalan ini dilarang kerana dipercayai boleh membawa kepada syirik.Walaupun sesetengah pihak menganggap ia sebagai adat sesuatu masyarakat, adat yang baik sahaja diterima dalam Islam"

Demikian kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kepada akhbar Metro pada 7 November 2010 yang lalu seperti berikut :

Tetapi setelah Harusani kena 'basuh dan di 'brainwash' oleh si 'Tiang Seri' Zambri , maka berkatalah pula Harusani :

"Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu tidak melakukan syirik dan khurafat.

'Beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat….' Lihat [di sini]

Harusani tidak ubah seperti 'Datuk Nikah Kahwin' dalam cerita filem P.Ramlee; Musang Berjanggut yang antara dialognya berbunyi seperti berikut :

"…..itu salah besar! Salah besar! "Eh salah jugaklah ...
tapi itu tak jadi hal sebab undang-undang alam ini negeri
kanda yang bikin, itu semua boleh paderm (padam)"




Harussani seperti dilapor Berita Harian berkata, Zambry tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik. Alasan Harusani saling tak tumpah seperti kelentong Zambri [di sini]

Harusani lebih baik ikut nasihat Ahmad Nisfu , Sultan Pura Cendana diakhir babak dalam cerita Musang Berjanggut itu yang berkata : " Datok2 semua amik penchen... berhenti..."

Tiada ulasan: