Isnin, 8 November 2010

Cendawan MALAYA

Cendawan MALAYA


ZAID: MATI SEBELUM BERJUANG.!!

Posted: 08 Nov 2010 05:34 AM PST



Datuk Zaid Ibrahim telapun mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga meletak semua jawatannya dalam parti tersebut.
Beliau yang sebelum ini disifatkan seorang ahli politik yang tegas dan berpegang teguh kepada berprinsip perjuangannya. Tidak hairanlah beliau sanggup meletakkan jawatannya sebagai menteri kabinet dalam kerajaan kerana mendakwa BN/UMNO tidak sehaluan dengan jiwanya.
Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, lalu PKR mempelawa beliau agar turut sama memperjuangkan prinsipnya bersama PKR. Beliau percaya boleh mempromosikan politik progresif, memelihara dan mengembangkan nilai-nilai politik berprinsip dan budaya yang dianggap penting bagi perkembangan demokrasi dan tata pemerintahan dalam negara ini.
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari, akhirnya Datuk Zaid ibrahim mengaku kalah lagi serta mengaku tersilap memilih parti perjuangannya seperti yang ditulis di dalam blognya ( http://www.zaiduntukrakyat.com ).
Pada ssuautu ketika dulu, UMNO bependapat tidak rugi jika ianya kehilangan seorang ahli yg boleh membawa masalah kepada parti. Kini tiba giliran PKR juga merasakan parti itu terlebih banyak ruginya jika menyimpan lebih ramai pemimpin yang berperinsip seperti zahid.

Tiada ulasan: