Anak Cucu Nabi Adam |
- BN pouring in RM80mil for 620 votes
- Strategi UMNO lagakan Sultan dengan kerajaan Kedah
- Noh Tanjung 'Kurang' Ajar
- Lim saman NSTP isu UMNO Kafir
- Norman Dalang Demo Dun PP
- Gobind bawa isu serbuan bekas Sultan Kelantan
- PKR tunggu surat rasmi Zaid
- Zaid bertanggungjawab PKR kalah di Sabah
- Zaid letak semua jawatan PKR
- Mustaffa tarik diri?
- Zaid secara sah masih bertanding
- Azmin Bukan Dalang Zaid Letak Jawatan
- Hakim pun tersilap isu qazaf
- Anwar fail permohonan pinda notis rayuan Qazaf
- Zambry dinasihat bertaubat dari amalan khurafat
- Selangor peruntuk RM1.43 bilion bajet 2011
- Bajet 2011 tumpu masyarakat luar bandar
- RM145 ribu baikpulih Royal Theatre
| BN pouring in RM80mil for 620 votes Posted: 08 Nov 2010 02:40 AM PST A lot is being made of BN's Linda Tsen's whopping 6,359 majority in the Batu Sapi by-election. Without wishing to take anything away from her, it is important to point out that she scored just 294 votes more than her late husband Edmund Chong, and he had won with a majority of 3,708 votes.So how can Linda's 6,359 be possible? Is it the BN media spreading its usual mis-information, fully aided by the Najib-APCO public relations machinery? Fair or not, that assumption is actually not far off the mark because a lot is at stake. More than ever Prime Minister Najib Razak needs to create the image of an unbeatable BN juggernaut that can wipe out any opposition that comes in its way. Chomp, chomp chomp! But for pundits who look at new-voter registration numbers especially in the states that Pakatan controls, and in Perak, Negeri Sembilan and Johor, they won't be jumping to panicky or deliberately-overblown conclusions that in the 13GE, the BN will win by a landslide! Bamboozling numbers Going back to Linda, she received 9,773 votes versus PKR Ansari Abdullah's 3,414 and SAPP Yong Teck Lee's 2,031. Her majority is obtained by subtracting Ansari's 3,414 votes. It does not take into account Yong's 2031. Now, obviously this has to be done if one were to compare apple with apple and pear with pear. After subtracting Yong's 2,031 her margin is actually just 4,328 votes. No doubt, still credible but far less misleading than the 6,359 that is being shouted from every corner of the nation by the BN media. Compared with Edmund who garned 9,479 votes and a majority of 3,708, it means the BN managed to increase their support by a mere 620 votes (4,328 less 3,708). Very slow-going considering the huge amount of resources BN ploughed into the by-election. No wonder, Deputy Minister Muhyiddin Yassin and PBS chief Joseph Pairin were full of smiles - smiles of relief no doubt! To have poured in no less than RM80 million on election promises of a new road, school and mosque just to win 620 votes - now, that's a loss, not a victory! The same applies in Galas. Najib will know how much of the Kelantan victory is really his and 1Malaysia's, how much of the glory actually belongs to Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah, and finally, how much was actually inspired by cash, gifts and bribes. "Let's not count the state seats. There are more than 220 parliamentary seats. Can Najib pour in the same amount for each seat all at the same time? Just do the math and I think voters will understand there's no way he can keep the promises. The dynamics between a national nation-wide polls and localized by-elections are very different," PKR strategic director Tian Chua told the reporters. Early GE - put your money where your mouth is. Dissolve Parliament! One question remains though, how close is the next general election? Perhaps a lot closer now but basically the dates are still 'bomoh' driven and elusive. The truth is probably even Najib himself is not sure. He is likely to be dithering between calling it simultaneously with the Sarawak state election or waiting for the outcome of the East Malaysian vote before he decides. If Sarawak is not good - it may be in 2012. If Sarawak is satisfactory - then it may July 2011. That's what Umno pundit are saying now. Problem is they have spouted other dates before and these continue to be moving targets. Additionally, Najib is not known for his political courage. Chances are still highest that he will wait for as long as he can. Unless he falls into the public-relations and hype-trap of his own making. And that won't really be such a bad thing for Pakatan who - despite Thursday's reversals - are actually raring to go. "We may have lost but we entered Batu Sapi knowing the sort of territory we would have to traverse and we managed to survive. We not only tested our system or rather discovered the lack of it, which is what we wanted to do - put Sabah PKR through a stress test. More importantly, it showed Sabah Pakatan what teamwork is about and I am talking about the teamwork showed by the national leaders like Anwar, Kit Siang, Hadi, Chua Jui Meng," Sabah PKR communications chief Ronnie Klassen told reporters. "So for those in Sabah Pakatan who keep talking about secession and keeping out the Malaysians from the peninsula like Yong Teck Lee, this is a real eye-opener. How far can they go without the help of the national leaders? But Pakatan and PKR also need to get working. We are not deterred at all by Batu Sapi. The gloating from the BN is to be expected. We don't grudge them but they should not be allowed to mislead the whole country into false perceptions of their strength. Linda's margin is actually very weak. If Pakatan had RM80 million, we would have taken 99 percent of the votes, no less! Now, that's a real landslide." ~lunaandthatguy~ |
| Strategi UMNO lagakan Sultan dengan kerajaan Kedah Posted: 08 Nov 2010 02:28 AM PST Akhirnya kerana murka dan kecewa dengan nasib rakyat Kedah yang menjadi mangsa di dalam masalah banjir besar di negeri itu, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim tidak mampu membendung lagi perasaan baginda dengan permainan politik oleh golongan tertentu yang dilihat cuba memanipulasikan keadaan semasa untuk kemenangan atau kepentingan kelangsungan politik mereka sendiri. Dalam lain perkataan, penulis mengagak tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih teruja dengan kemenangan berganda Barisan Nasional (BN) di Galas dan Batu Sapi telah melihat 'peluang' yang ada dalam bencana banjir ini. Dengan menurut akal strategi kepartian dan nafsunya yang mungkin dangkal telah sengaja mempolitikkan masalah banjir besar yang melanda negeri Jelapang Padi negara itu. Strategi Muhyiddin sengaja menuduh kerajaan negeri Muhyiddin sebenarnya dilihat sengaja menggunakan apa sahaja peluang yang ada. Ini termasuklah kelewatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mengadakan mesyuarat bencana peringkat tertinggi negeri hanya selepas lima hari banjir melanda negeri itu sebagai satu senjata politik dengan harapan rakyat Kedah 'menyedari' atau akan menuduh segala-galanya ke atas kerajaan PAS sebagai gagal bertindak. Tidak dinafikan kelewatan Azizan memanggil mesyuarat merupakan satu tindakan yang boleh dipersoalkan ramai tetapi banyak perkara perlu dirujuk terlebih dahulu dengan beliau sendiri dan juga kekurangan pengalaman yang baru sahaja mentadbir negeri Kedah selama 2 tahun jika dibandingkan dengan BN yang sudah memerintah negeri itu sebelum tsunami 2008 yang melebihi 50 tahun. Tetapi hakikatnya di sini ialah tanggungjawab bagi menyelia dan mengambil alih pengurusan bencana sebesar ini tidak terletak di tangan Azizan dan kerajaannya semata-mata atau teraju utama tetapi adalah satu tugas mutlak yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka yang diberikan tugas menjaga rakyat di peringkat kerajaan pusat yang termaktub dalam perjanjian pentadbiran Pusat-Negeri sejak dahulu lagi. MKN adalah agensi pusat yang bertanggungjawab sepenuhnya Dalam lain perkataan, mereka yang sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya ialah Muhyiddin sendiri selaku 'Pemangku' Perdana Menteri Malaysia yang secara automatik memangku jawatan 'Pemangku' Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN). Untuk makluman pembaca, urusan bencana sebegini secara zahirnya adalah tanggungjawab utama kepada kerajaan pusat yang dikawalselia melalui majlis tersebut. MKN ditubuhkan dan operasinya ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Fokus pengurusan bencana adalah salah satu penumpuan MKN selain dari isu keselamatan siber, kesihatan (wabak), keselamatan angkasa, ancaman dan pengurusan pos-pengganas, isu raja berpelembagaan, pelbagai bentuk hanruh dan lain-lain lagi melibatkan kepentingan kenegaraan termasuklah pelaksanaan 1Malaysia. Di mana-mana negara sekalipun walaupun negara-negara tersebut mengamalkan kerajaan persekutuan atau federalisasi yang mengandungi kesatuan negeri-negeri seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, agensi pusat seperti Majlis Keselamatan Negara adalah agensi yang perlu tampil di hadapan dan memimpin sesiapa sahaja termasuklah kerajaan negeri (tidak kira politik) bagi membantu rakyat jelata yang dilanda musibah alam sekitar dan bencana. Jika kita masih ingat lagi dahulu semasa musibah yang melanda penduduk di Lousiana, Alabama dan Florida akibat Taufan Katrina pada tahun 2005, anda mungkin teringat kegagalan Presiden George W. Bush ketika itu di dalam mengemudi jabatan bertanggungjawab mengenai bencana alam di negara itu yang mendapat perhatian media, birokrat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam negara itu dan juga seluruh dunia. Jabatan yang diletakkan di peringkat pusat itu yang dikenali sebagai Federal Emergency Management Agency (FEMA) itu adalah agensi kerajaan pusat sepertimana agensi-agensi kerajaan pusat di Amerika Syarikat yang anda pernah dengar iaitu FBI, CIA, US Marsyal, Secret Service dan macam-macam lagi melalui pengetahuan anda dan penonjolan dalam skrin layar hiburan Hollywood. Ketika itu, bukannya para gabenor dari negara-negara itu yang dipersalahkan terlebih dahulu tetapi Presiden Bush sendiri yang dipersalahkan di atas kelembapannya bertindak membantu mangsa Katrina sepertimana beliau lembap menangani keadaan pos trauma pengeboman bangunan World Trade Centre di New York beberapa tahun sebelum itu. Gabenor-gabenor dan datuk bandar ketika itu terutamanya Datuk Bandar New Orleans sudah pun diketahui umum sebagai tidak mempunyai kemampuan yang diperlukan dari segi logistik, peruntukan kewangan kecemasan dan macam-macam lagi bagi mengemudi jentera bantuan bencana. Oleh itu, mereka tidak dipersalahkan sepenuhnya. Oleh itu, keadaan ini juga adalah dikira sama dengan apa yang dialami oleh Azizan sendiri sebagai pemimpin negeri yang kurang berkemampuan dari segi pengalaman dan logistik. Saya yakin Azizan telah melakukan yang terbaik dengan mencari punca dana bagi menyediakan bantuan awal yang mungkin sehinggakan sukar mencari masa untuk mengadakan mesyuarat 'rasmi'. Azizan terlalu sibuk ke sana-sini untuk mengemudi apa sahaja logistik yang ada untuk membantu yang benar-benar memerlukan dan mampu diberikan. Mesej titah Sultan Kedah kesal politik banjir dituju pada pusat? Malah bagi mereka yang berakal di dalam membaca mesej Tuanku Abdul Halim yang turut menitahkan zakat negeri dikeluarkan sebanyak RM500,000 dengan kapasiti baginda sebagai ketua agama negeri bagi membantu mangsa. Malah, puteri baginda yang menjadi Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) juga mengeluarkan sumbangan YSB sebanyak RM200,000 untuk tujuan membantu mangsa banjir. Ini secara terus-terang menunjukkan kerajaan negeri memang tidak pernah diperuntukkan dengan begitu banyak wang kecemasan bencana kerana perjanjian persekutuan Malaysia telah memberikan tanggungjawab itu dikemudikan di peringkat pusat yakni MKN. Saya yakin keadaan ini iaitu tiada peruntukan besar untuk bencana adalah jelas dan sama sahaja di dalam akaun mana-mana kerajaan negeri di negara ini. Namun, Azizan juga diyakini tertekan kerana kegagalan jentera pusat MKN yang sepatutnya membantu negeri itu. MKN mungkin juga sengaja melambatkan menunaikan tanggungjawab dan amanah rakyat kepada mereka untuk menyalurkan ratusan juta ringgit wang kecemasan, bekalan makanan simpanan dan logistik yang hebat semata-mata mencari peluang untuk sengaja mencari kelemahan musuh politik sesetengah pemimpin pusat. Ini dengan jelasnya bagi mereka ini meletakkan kepentingan survival parti sendiri melebihi keperluan rakyat tidak kira fahaman politik yang sangat-sangat memerlukan bantuan yang sememangnya hak mereka untuk diberikan. Perlu diingatkan setiap tahun, JPM yang mempunyai banyak agensi yang dicipta khas dengan pelbagai sebab telah mendapat peruntukan besar termasuklah MKN sendiri. Malah, jumlah peruntukan kepada JPM dalam pengumuman bajet 2011 juga dilihat jauh lebih banyak daripada peruntukan bajet yang diumumkan oleh mana-mana kerajaan negeri di negara ini. Saya yakin Azizan dan jenteranya juga sudah berjaya mengenalpasti masalah yang menyebabkan keadaan banjir memburuk di Kedah. Antara sebab utamanya ialah akibat daripada pembinaan landasan berkembar oleh MMC-Gamuda sepanjang negeri itu. Pembinaan tersebut telah menyebabkan saluran-saluran air banjir terganggu, tersumbat dan telah sempit dengan tanah dan sisa bahan binaan. Saluran sepatutnya membawa air banjir masuk ke kawasan sawah dan sungai-sungai berhampiran. Namun begitu, Datuk Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga ahli Parlimen Alor Setar akhirnya mengakui hakikat pembinaan ini antara punca utama. Media nasional cara terbaik memanipulasi isu banjir Berbalik semula kepada peranan pusat mengetuai pasukan kecemasan, Muhyiddin dilihat telah gagal sama sekali. Beliau tahu rakyat di negeri Kedah yang rata-ratanya berpendidikan rendah dan dengan menggunakan media massa nasional seperti berita di televisyen dan radio, Muhyiddin sengaja memburuk-burukkan kerajaan negeri sebagai gagal bertindak. Orang-orang kampung atau luar bandar ini yang majoriti masih menggunakan saluran media berkenaan untuk maklumat tidak mengetahui bahawa kesilapan sebenarnya datang dari agensi pusat. Saya yakin begitu ramai mangsa-mangsa banjir Kedah tidak tahu pun mengenai isu pentadbiran kecemasan seperti pengurusan bencana banjir ini adalah tanggungjawab pusat sepenuhnya melalui MKN. Maka, seperti biasa, Muhyiddin sengaja memanipulasikan rakyat Kedah yang tidak tahu mengenai kewujudan dan peranan MKN ini dengan menjuruskan kesemua masalah ke atas kerajaan pimpinan Azizan. Namun begitu, saya yakin itu hanyalah helah dan agenda Muhyiddin sendiri semata-mata dan adalah silap sekali jika dilihat sebagai usaha sengaja dilakukan oleh pihak kerajaan BN. Cuba para pembaca sekalian bayangkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sedang uzur terpaksa bingkas dari katil hospitalnya sendiri untuk mengemudi dan mengarahkan jentera pusat bagi membantu kerajaan negeri dan mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah dan negeri-negeri lain yang terlibat seperti Perlis dan Kelantan tanpa mengira kawan atau lawan politik. Perdana Menteri lebih telus membantu mangsa banjir Usaha Najib nampak begitu ikhlas yang mungkin kerana melihat Muhyiddin yang sepatutnya melakukan yang terbaik mengenainya sebelum ini telah gagal gara-gara Muhyiddin menjadikan urusan pilihanraya kecil di Batu Sapi dan lawat-melawati rumah terbuka Deepavali parti-parti komponen BN untuk kepentingan politiknya sendiri walaupun banjir sudah pun bermula sejak tempoh kempen di Galas dan Batu Sapi baru bermula beberapa hari selepas hari penamaan calon. Oleh itu, apabila Muhyiddin berkata semalam dalam media akan melawat ke Kedah hari ini bagi meninjau masalah banjir, maka beliaulah yang gagal kerana lewat bertindak sepatutnya sebagai Pemangku Pengerusi MKN semasa ketiadaan Najib yang bercuti sakit. Oleh itu amat penting sekali bagi kerajaan PAS negeri Kedah sekarang memberikan penerangan kepada rakyat jelata yang terlibat di dalam banjir ini bahawa kerajaan pusat telah gagal menyalurkan bantuan logistik dan bantuan kewangan kecemasan pusat yang sememangnya wujud selama ini untuk menangani masalah sebegini. Kerajaan pimpinan Azizan kena lebih bijak menangkis polemik manipulasi sebegini oleh Muhyiddin dan jangan biarkan mesej atau tuduhan Muhyiddin yang dimain-mainkan di corong radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM), siaran berita media televisyen milik kerajaan seperti RTM, Media Prima dan akhbar-akhbar kerajaan daripada menyiarkan tuduhan fitnah tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang dipimpin Azizan hari ini di dalam menguruskan bencana. Mahu atau tidak mahu, political mileage Muhyiddin bagi meneruskan usaha manipulasi kotor menawan negeri Kedah semula dengan cara fitnah ini perlu diperjelaskan kepada rakyat terutamanya tentang perjanjian persekutuan-negeri dan kewujudan MKN sebagai agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya. PAS dan komponen-komponen Pakatan Rakyat(PR) perlu memberitahu rakyat sedaya-upaya mengenai wujudnya MKN yang seharusnya tampil paling ke hadapan menangani isu bencana seperti ini. Jika gagal berbuat demikian, minda rakyat Kedah akan mudah dimanipulasikan oleh media nasional yang mungkin berakhir kepada kekalahan PR pada PRU akan datang. Masalah kelewatan bantuan pusat sebenarnya tidak patut dimanipulasi oleh Muhyiddin untuk kepentingannya. Ini kerana sejak beberapa dekad yang lalu terutamanya banjir besar dalam musim tengkujuh yang pernah melanda negeri-negeri Kelantan dan Terengganu (di bawah kerajaan PAS selepas PRU 1999), pihak MKN telah melakukan tugasan mereka yang baik bagi menyelia kerajaan negeri untuk membantu mangsa-mangsa banjir tanpa mengira siapa yang memerintah kerajaan negeri. Muhyiddin diharapkan faham fungsi menjadi kerajaan yang dipilih dan menjadi pemimpin parti adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya Muhyiddin masih gagal faham perbezaan di antara kedua-duanya, maka beliau adalah satu liabiliti kepada konsep pentadbiran Najib yang melihat 'era kerajaan lebih tahu daripada rakyat sudah berakhir' dan menjunjung konsep pemisahan kuasa dalam perlembagaan negara. Ini petunjuk masalah dalaman antara Najib-Muhyiddin Jika anda sedar dari cubaan saya mengisahkan kegagalan Muhyiddin menangani isu banjir di Kedah yang dilakukan dengan sengaja untuk menjatuhkan musuh politik di sana dengan bantuan media di bawah cengkamannya tanpa menghiraukan keutamaan yang perlu diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat, Muhyiddin sewajarnya dilihat sebagai satu masalah kepada Najib. Malah difikirkan dalam isu pentadbiran negara, walaupun Najib yang sedang uzur terpaksa memaksa dirinya mengambil alih menguruskan masalah bencana yang berlaku, ini bermakna Najib tahu Muhyiddin telah gagal dan Najib terpaksa masuk campur sambil menahan rasa sakit bagi menyelesaikan masalah deadlock politik yang sengaja dicipta oleh Timbalannya itu dalam isu bencana ini. Malah, saya yakin Najib mungkin lebih memahami maksud atau mesej titah Tuanku Abdul Halim yang kecewa dengan golongan politik tertentu yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat yang diperintah. Saya bolejh mentafsirkan titah tuanku sebagai 'kecewa' dengan jentera pusat yang gagal mengetuai atau mengelola masalah bencana sepertimana yang sepatutnya oleh MKN bersama-sama dengan bantuan kerajaan negeri dengan meletakkan rakyat di hadapan melebihi kepentingan politik sempit. Atau dalam lain perkataan, apabila Najib masuk campur isu pentadbiran semasa cuti sakitnya, ini bermaksud Muhyiddin tidak dipercayainya. Maka mungkin ada benarnya hubungan Najib-Muhyiddin tidaklah semesra yang disangkakan. Jadi, apa pendapat atau pandangan anda sekarang? ~Shaharul~ |
| Posted: 08 Nov 2010 02:26 AM PST ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata beliau tidak merancang untuk membuat sebarang kekecohan ataupun berdemonstrasi di Tanjong Karang pada Khamis lalu, tetapi hadir untuk bertemu sekumpulan petani di situ.Katanya, petani berkenaan telah memanggilnya hadir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Namun, beliau tetap dipukul oleh sekumpulan samseng apabila tiba di tempat berkenaan. "Saya mahu nyatakan sebagai ADUN saya mendengar rintihan dan rungutan rakyat, adakah itu salah?," katanya ketika bercakap kepada wartawan ketika ditemui di bangunan annexe DUN Selangor hari ini, Ng hari ini turut mengedarkan beberapa keping gambar yang dirakamkan ketika kejadian itu berlaku. ADUN DAP itu turut mempersoalkan sama ada terdapat peruntukan dalam perlembagaan persekutuan mahupun negeri yang melarang wakil rakyat daripada mana-mana kawasan daripada memasuki kawasan yang tidak diwakilinya. "Sebagai seorang ADUN, walaupun dari Sekinchan, saya wajib prihatin kepada semua kawasan di Selangor. Noh Omar kata saya telah masuk ke kawasan dia, jadi saya kena pukul. "Ini adalah dunia tanpa sempadan, ADUN dan MP juga tidak ada sempadan. Sempadan yang ada hanyalah mentaliti kekampungan Noh Omar, menteri kampung yang bermentaliti kampung," katanya lagi. Ng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Noh sebelum ini yang menyatakan kepada Ng supaya tidak bersikap 'kurang ajar' dan supaya tidak memasuki kawasan orang lain. Datuk Seri Noh Omar yang juga ahli parlimen Tanjung Karang juga telah menafikan bahawa anggota Umno telah menyerang ADUN Sekinchan itu seperti didakwa Ng. Dalam pada itu, ketua whip PKR dalam DUN tersebut Azmin Ali mengutuk sekeras-kerasnya, tindakan samseng seperti itu. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Azmin juga berharap polis akan mengambil tindakan secara profesional dan tegas dalam isu tersebut. ~MK~ |
| Posted: 08 Nov 2010 02:25 AM PST Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menfailkan saman fitnah terhadap The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) kerana menyiarkan artikel berunsur fitnah semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di akhbar Berita Harian, pada 2 November lalu.Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Karpal Singh & Co, di Kuala Lumpur, petang ini. Dalam pernyataan tuntutannya, Lim berkata NSTP telah secara salah dan berniat jahat menyiarkan artikel bertajuk "Tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau" yang mengandungi perkataan-perkataan fitnah dicetak dan disiarkan di akhbar Berita Harian. Menurutnya, artikel itu antara lain melaporkan bahawa beliau telah berucap di satu ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di Kelantan, di mana beliau telah menuduh orang Melayu Umno kafir. Katanya artikel itu membawa maksud beliau adalah seorang ahli politik yang berniat jahat untuk mewujudkan perasaan saling benci-membenci di kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Lim berkata penyiaran perkataan-perkataan fitnah itu, telah merendahkan kedudukan beliau sebagai seorang ahli politik serta penghinaan awam, dan sehubungan itu beliau menuntut ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos. Katanya, defendan (NSTP) langsung tidak memohon maaf kepadanya walaupun mereka sememangnya mengetahui keadaan sebenar, malah ralat yang disiarkan NSTP pada akhbarnya keesokan hari, adalah tidak ikhlas dan menjadikan kesan lebih teruk kepada plaintif. ~Bernama~ |
| Posted: 08 Nov 2010 02:23 AM PST Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disambung hari ini selepas ditangguhkan untuk sambutan perayaan Hari Deepavali, bermula pagi ini dengan perang mulut antara barisan pembangkang dan wakil kerajaan negeri.Perang mulut itu bermula selepas Ng Wei Aik (DAP-Komtar) mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan mesyuarat untuk membincangkan demonstrasi yang berlaku di luar bangunan DUN pada Selasa lalu. Dalam membentangkan usul, Ng berkata usul itu perlu dibincangkan dengan segera kerana demonstrasi liar dan ganas dianggap mengganggu perjalanan mesyuarat serta menghina DUN. "Tindakan seorang penyokong demonstrasi yang merantai dirinya pada pintu pagar DUN dianggap satu tindakan yang amat ganas dan liar. Adakah ini bertujuan untuk mengurung semua ADUN termasuk dari pihak pembangkang?" katanya ketika membentangkan usul itu. Ng turut menamakan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, sebagai antara yang bertanggungjawab terhadap demonstrasi itu. Ketika membahaskan usul itu RSN Rayer (DAP-Seri Delima) mengeluarkan keratan akhbar tempatan yang memaparkan gambar Norman dalam demonstrasi tersebut. Rayer juga menuduh bahawa wang sumbangan kepada warga emas itu yang hendak dipulangkan kepada kerajaan negeri berkemungkinan wang Umno. Katanya ucapan Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) pada Perhimpunan Umno yang baru lalu di Kuala Lumpur, telah mencetuskan demonstrasi itu. Muhammad Farid bingkas bangun dan minta Rayer mengemukakan bukti bahawa ucapannya membawa kepada demonstrasi. Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) cuba membantah dengan mengatakan Rayer tidak memahami usul yang dibincangkan kerana ia adalah mengenai demonstrasi minggu lalu dan bukannya isu wang sumbangan. Rayer mencabar barisan pembangkang supaya mengemukakan nama, alamat dan nombor kad pengenalan warga emas yang terlibat memulangkan wang RM100 yang diberi kerajaan negeri. Pemangku ketua Pembangkang Datuk Seri Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata bahawa dalam isu pemberian wang sumbangan itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri telah mengelirukan rakyat. "Mungkin disebabkan kekeliruan rakyat tentang kenyataan Lim yang membawa kepada demonstrasi minggu lalu," katanya. Selasa lalu, lebih 100 orang, kebanyakannya penduduk Kampung Genting, Balik Pulau dan anggota Pemuda Umno mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan DUN bagi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang kerana gagal menyelesaikan isu berkaitan tanah di Balik Pulau dan pemberian wang sumbangan itu yang didakwa berpunca daripada hasil judi. ~Bernama~ |
| Gobind bawa isu serbuan bekas Sultan Kelantan Posted: 08 Nov 2010 02:21 AM PST Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh hari ini diarahkan keluar dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana terus mengasak menuntut jawapan daripada Menteri Dalam Negeri, berhubung serbuan polis ke atas bekas Sultan Kelantan.Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum itu mendakwa persoalan berkenaan tidak perlu dijawab kerana tiada dalam senarai perbahasan bajet yang dibentangkan. Gobind bagaimanapun bertegas dan mahu Hishamuddin menjawab sama ada ada atau tidak siasatan dijalankan. Speaker bagaimanapun berkata menteri mempunyai hak untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan. Gobind bagaimanapun bertegas dan terus menyoal speaker jika di dewan yang mulia ini dia tidak dapat jawapan di mana lagi beliau harus bertanya. Pandikar Amin, kemudian meminta Gobind keluar dan berehat. Sebelum keluar Gobind berkata lebih baik keluar daripada terus berada di dewan ini dengan menteri tidak dapat memberikan jawapan. "Besok saya datang dan saya akan tanya soalan yang sama untuk mendapatkan jawapan dari menteri," kata Gobind. Kata-kata itu menyaksikan speaker yang pada mulanya hanya menyuruh Gobind supaya keluar sepanjang masa rehat dari jam 1 petang hingga 2.30 petang menukar keputusannya dan menggantung Gobind sehingga berakhir sesi hari ini. Pada serbuan polis Mei lalu, Tengku Muhd Fakhry Petra yang ketika itu adalah Tengku Temenggung juga ditahan untuk satu malam. Selain baginda, beberapa pengawal peribadi Sultan Kelatan ketika itu juga ditahan sejurus beberapa minit mereka meninggalkan Istana Kubang Kerian, di Kota Bharu. Tengku Fakhry dilaporkan berada di konvoi mengiringi ayahanda dan bodanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, dalam perjalanan ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk mendapatkan rawatan susulan. ~MK~ |
| Posted: 08 Nov 2010 02:20 AM PST Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum menerima notis rasmi perletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim, meskipun ia telah diwar-warkan dalam blognya.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti akan menunggu surat rasmi daripada Zaid yang merupakan Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan sebelum menerima bulat-bulat keputusan itu. "Setakat ini setiausaha agung parti belum menerima surat rasmi daripada beliau. Jadi kita tunggu surat rasmi beliau sebelum membuat apa-apa keputusan," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Zaid juga dalam blognya memaklumkan bahawa beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti. Anwar bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa Zaid membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada bertanding jawatan itu berikutan prestasi yang mengecewakan pada pemilihan di Sabah pada hujung minggu lalu. "Sekarang ini belum ada kenyataan rasmi, ini cuma reaksi awal setelah keputusan di Sabah. Saya pun tidak tahu sejauh mana pengesahan keputusan di Sabah. "Kalau saya boleh bagi pandangan saya katakan ini hanyalah pertandingan biasa, persahabatan, ia tidak harus menjejaskan komitmen kepada perjuangan dan juga parti dan juga kedudukan lain," kata beliau yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh. Berhubung dakwaan Zaid, beliau menarik diri kerana PKR membenarkan penyelewengan dan penipuan pada pemilihan itu bagi mencapai tujuan mereka, Anwar berkata isu berkenaan telah ditangani oleh setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail. Katanya, Saifuddin telah menjelaskan secara panjang lebar berhubung dakwaan penipuan undi oleh penulis blog, Haris Ibrahim dengan menjelaskan bahawa kertas undi yang berlainan warna dikeluarkan setiap minggu. "Saya sendiri tidak tahu (warna kertas undi). Ia langkah bijak oleh pihak parti," katanya. ~harakah~ |
| Zaid bertanggungjawab PKR kalah di Sabah Posted: 08 Nov 2010 02:19 AM PST Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim mungkin telah membuat keputusannya untuk mengundurkan diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti itu berikutan prestasi yang mengecewakan pada pemilihan di Sabah pada hujung minggu lalu.Namun beliau tidak mahu menglas lanjut status Zaid sehingga membaca apa yang ditulis oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di blognya. "Saya tidak mahu ulas lanjut hingga saya baca apa yang ditulis oleh Zaid kerana bimbang mungkin salah tafsirnya." Berhubung dakwaan Zaid, beliau menarik diri kerana PKR membenarkan penyelewengan dan penipuan pada pemilihan itu bagi mencapai tujuan mereka, Anwar berkata isu berkenaan telah ditangani oleh setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail. Katanya, Saifuddin telah menjelaskan secara panjang lebar berhubung dakwaan penipuan undi oleh penulis blog, Haris Ibrahim dengan menjelaskan bahawa kertas undi yang berlainan warna dikeluarkan setiap minggu. "Saya sendiri tidak tahu (warna kertas undi itu). Ia langkah bijak oleh pihak parti," katanya. Turut mengiringi Anwar adalah presiden PKR yang juga adalah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Anwar berkata Zaid tetap mempunyai peranan dalam PKR di sebalik hasratnya untuk melepaskan semua jawatan dalam parti. Beliau ditemui selepas memfailkan beberapa pindaan berhubung notis rayuan qazaf supaya pihak pendakwaan mengenakan tindakan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan. Perebutan jawatan timbalan presiden PKR menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Zaid, dua naib presiden PKR - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub. Sabah, sebelum ini disebut sebagai kubu kuat Zaid bagi mendapatkan undi setelah ketinggalan hampir 700 undi pada minggu lalu. Namun perkara itu tidak menjadi kenyataan tetapi sebaliknya, selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, Azmin terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu. Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - di depan dengan majoriti 2,620 undi. Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi. ~MK~ |
| Posted: 08 Nov 2010 02:17 AM PST Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan. Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR."Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap," katanya dalam satu kenyataan di blognya. Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu. "Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini. "Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan," katanya. Keputusan yang diambil itu, menurutnya adalah kekecewaan sepenuhnya bahawa beliau tidak boleh meneruskan proses pemilihan yang cacat. Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang. Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik. "Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka," katanya. Perebutan jawatan timbalan presiden PKR menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Zaid, dua naib presiden PKR - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub. Selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, Azmin kini terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu. Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - di depan dengan majoriti 2,620 undi. Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi. ~MK~ |
| Posted: 08 Nov 2010 02:16 AM PST Seorang lagi calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub masih mempertimbangkan sama ada untuk menarik diri jika parti itu gagal menagani dakwaan "kelemahan dan penyelewengan" dalam pemilihan langsung PKR."Saya tidak tolak kemungkinan menarik diri. Ia bergantung kepada jawapan terhadap memo saya berhubung rungutan akar umbi yang melihat sendiri kelemahan dan penyelewengan dalam pemilihan parti," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini. Mustaffa juga mengulangi gesaannya supaya PKR menangguhkan proses pemilihan sehingga segala kepincangan dan kelemahan di atasi. Katanya, beliau akan menyerahkan memo kepada presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Chia memberikan butiran teroperinci seperti tarikh dan bentuk 'kepincangan' itu. Naib presiden PKR itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tetapi berkata beliau akan mengadakan sidang media menjelaskan perkara berkenaan apabila memo sudah dihantar. ~MK~ |
| Zaid secara sah masih bertanding Posted: 08 Nov 2010 02:14 AM PST Calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim dianggap masih bertanding jawatan tersebut sehingga Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membuat keputusan berhubung penarikan beliau."JPP akan buat keputusan. Tidak ada surat rasmi (daripada Zaid). Selepas diterima, JPP akan membuat keputusan... Beliau kena tulis surat (penarikan diri)," kata timbalan setiausaha agung Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman. Sharifah Shahidah berkata JPP dijangka mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara tersebut. Beliau menjawab soalan pemberita berhubung status kedudukan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang menarik diri bertanding jawatan timbalan presiden pagi ini. Zaid membuat pengumuman mengejut menarik diri bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR kerana mendakwa sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penyelewengan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu. Pada sidang media di ibu pejabat parti, Sharifah Shahidah berkata beliau terkejut dengan keputusan Zaid yang mengundurkan diri setelah hanya 87 daripada 222 cabang PKR selesai mengadakan pemilihan yang memasuki minggu kedua berakhir semalam. Ditanya mengenai dakwaan terdapatnya tuduhan penyelewengan pemilihan yang menyebabkan Zaid berbuat demikian, Sharifah Shahidah enggan mengulas. Pada sidang media yang sama, Sharifah Shahidah juga mengumumkan keputusan rasmi 78 daripada 87 cabang yang selesai mengadakan pemilihan mereka. Keputusan rasmi bagi jawatan timbalan presiden, Azmin Ali mendapat 4,378 undi, manakala Zaid memperolehi 3,410 undi dan Mustaffa mendapat 1,181 undi. "Esok kita akan mengemaskini keputusan untuk 87 cabang itu," katanya sambil menambah ibu pejabat parti sedang menunggu kertas keputusan rasmi daripada sembilan cabang. Sembilan cabang berkenaan adalah Kota Kinabalu, Sandakan, Libaran, Sepanggar, Sipitang, Putatan, Beluran,Tawau dan Pasir Mas. Bagaimanapun semakan Malaysiakini bagi 87 cabang yang berakhir semalam - keputusan tidak rasmi - Azmin terus di depan dengan majoriti 2,620 undi. Nurul mendahului Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi. Bagi jawatan naib presiden, empat pemimpin yang mendapat undi terbanyak adalah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar 4,845 undi; ahli parlimen Batu Tian Chua 3,933 undi, timbalan ketua menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman 3,552 undi dan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh 3,370. Bagi jawatan ketua Angkatan Muda PKR (AMK) penyandangnya Shamsul Iskandar mendapat 1,455 undi. Manakala pencabarnya ahli MPP Badrul Hisham Shahrin mendapat 1,428 undi. Bagi jawatan Ketua Wanita PKR pula Zuraida Kamaruddin terus mendahului dua pencabarnya dengan mendapat 1,568 undi. Dua lagi Animah Ferrar mendapat 489 undi manakala Suraya Sudin memperolehi 570 undi. ~MK~ |
| Azmin Bukan Dalang Zaid Letak Jawatan Posted: 08 Nov 2010 02:13 AM PST Naib presiden PKR Azmin Ali enggan mengulas spekulasi bahawa beliau terlibat dalam beberapa penyelewengan dalam proses pemilihan PKR yang sedang berlangsung sehingga menyebabkan pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.Ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut, beliau secara berjenaka berkata berkata bahawa "malangnya saya adalah (dalang) di sebalik segala-galanya." Bercakap selepas sesi pembentangan bajet 2011 di bangunan DUN Selangor hari ini, Azmin berkata beliau menyerahkan kepada setiausaha agung Saifuddin Nasution dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat supaya menyiasat dakwaan-dakwaan berkenaan. "Saya tidak berada dalam kedudukan untuk membuat apa-apa komen berkenaan hal itu, dan saya percaya setiausaha agung telah membuat satu kenyataan keras semalam untuk menjelaskan keadaan itu. "Demi kebaikan keseluruhan proses (pemilihan) ini, saya rasa kita patut benarkan setiausaha agung dan JPP untuk menyiasat aduan ini dan bertindak sewajarnya," katanya lagi. ~MK~ |
| Posted: 08 Nov 2010 02:12 AM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara alasan rayuannya bahawa telah berlaku kesilapan oleh hakim apabila membuat keputusan mengenai merit dan isu substantif di peringkat bantahan awal. Menurutnya, pada 23 April lalu, beliau telah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bertarikh 14 April 2010 di mana Hakim tersebut telah mengenepikan Permohonan saya dalam kes terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan Qazaf. Permohonannya di Mahkamah Tinggi Syariah adalah supaya Ketua Pendakwa Syarie, Kuala Lumpur diperintahkan untuk menjalankan pendakwaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan Qazaf tersebut dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri diperintahkan untuk tidak menghalang dan mempengaruhi Ketua Pendakwa Syarie daripada menjalankan pendakwaan tersebut. "Antara alasan-alasan rayuan saya adalah bahawa telah berlaku kesilapan oleh Hakim apabila membuat keputusan mengenai merit dan isu substantif di peringkat bantahan awal," ujar Ketua Umum PKR itu dalam satu kenyataan hari ini. Jelasnya, oleh kerana permohonan beliau belum sempat dibicarakan, keputusan mengenepikannya merupakan satu ketidakadilan dilakukan terhadapnya. Menurutnya, hakim juga telah silap apabila meletakkan kuasa Ketua Pendakwa Syarie menyamai kuasa Peguam Negara sedangkan beliau hanyalah seorang pegawai yang kedudukannya terletak di bawah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. "Peguam syarie saya sedang menyediakan Rekod Rayuan yang akan difailkan dalam bulan November ini," ujarnya. ~harakah~ |
| Anwar fail permohonan pinda notis rayuan Qazaf Posted: 08 Nov 2010 02:10 AM PST Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan untuk meminda notis rayuannya berhubung pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur.Anwar yang hadir bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Mohammad memfailkan notis itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah melalui peguamnya yang diketuai Kamar Ainiah Kamaruzaman. Beliau yang turut diwakili peguam Dorina Abdullah, memohon untuk memindanya dengan memasukkan perkataan "keseluruhan" yang dikatakan telah tercicir dalam notis rayuan yang dibuat pada 23 April lalu. Ketika ditemui pemberita, Kamar Ainiah memberitahu pihaknya memfailkannya selepas mendapati perkataan "keseluruhan" itu tiada, selain memastikan proses berjalan lancar pada hari hujahan rayuan itu yang dijangkakan pada Jan tahun depan. "Pihak kami memfailkan pindaan itu berhubung satu perenggan yang menyatakan "tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah," katanya "Dan pada hari ini pihak kami memohon untuk meminda dengan menambah perkataan "keseluruhan" yang menjadikan ;"....tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah...", katanya. Anwar, 63, sebagai perayu menamakan tiga responden dalam permohonan itu iaitu Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Pada 23 April lalu, Anwar, menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak permohonannya supaya memerintahkan pendakwaan yang diwakili Shamsuddin, meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Mohd Saiful, 25. Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali. Pada 3 Nov lalu, Anwar telah memfailkan 14 alasan rayuan dengan menyatakan antaranya Hakim Mahkamah Tinggi telah melakukan kekhilafan dari segi undang-undang dan fakta apabila membuat keputusan mengenai merit dan isu substantif pada peringkat bantahan awal. Beliau juga mendakwa, keputusan oleh mahkamah itu iaitu dengan mengenepikan permohonan tanpa didengar dan dibicarakan telah menyebabkan berlaku ketidakadilan terhadap dirinya. Dalam alasannya juga menyatakan hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan kuasa Ketua Pendakwa Syarie adalah besar dan luas yang menyamai kuasa Peguam Negara sedangkan beliau hanyalah seorang pegawai di bawah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. ~Bernama~ |
| Zambry dinasihat bertaubat dari amalan khurafat Posted: 08 Nov 2010 02:09 AM PST Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain (gambar) menasihatkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir segera bertaubat dan mengakui kesilapannya yang terpalit dengan perkara khurafat.Menurutnya, adalah tidak wajar jika Menteri Besar Perak itu masih mempertahankannya sedangkan ianya jelas bercanggah dengan akidah umat Islam. Zambry juga jelasnya cuba mengalihkan kesilapannya meletak ancak di tiang seri rumah dengan membangkitkan isu menyalakan lilin memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang disertai Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan Khalil Idham Lim (Adun Titi Serong). "Zambry sepatutnya mengakui kesilapan dia dan segeralah bertaubat. "Perbuatan meletak ancak ke tiang seri, mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi, emas, perak, tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut adalah khurafat. "Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu," katanya. Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar rakyat Perak menjauhi amalan tersebut, atau mana-mana amalan yang boleh menggugat akidah umat Islam. "Akidah merupakan perkara teras dalam kehidupan umat Islam, jika akidah tergugat maka seluruh amalan yang lain turut tidak diterima Allah SWT," katanya. Zambry semasa program Projek Infra Bina Upaya di Kampung Guar, Manong di Kuala Kangsar pada 17 Oktober lalu dilaporkan meletak ancak di tiang seri rumah kononnya untuk mengelakkan gangguan jin dan syaitan. Ekoran itu juga, Dewan Pemuda PAS Perak mendesak Mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria memberi teguran kepada Zambry yang didakwa telah mengadakan upacara yang bertentangan dengan akidah Islam. Mereka juga telah menyatakan kesediaan bertemu Menteri Besar Perak itu bagi menjelaskan juga beza antara ritual yang lakukan Zambry dengan program menyalakan lilin yang disertai Nizar. ~harakah~ |
| Selangor peruntuk RM1.43 bilion bajet 2011 Posted: 08 Nov 2010 02:08 AM PST Sebanyak RM1.43 bilion diperuntukkan dalam belanjawan negeri Selangor yang dibentangkan di Dewan Undang Negeri itu oleh menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini. Daripada jumlah itu, sebanyak RM830 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus mankala sebanyak RM600 juta selebihnya diperuntukkan untuk pembangunan negeri.Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding jumlah RM1.3 bilion dalam belanjawan 2010 dan dinyatakan sebagai belanjawan berimbang bertemakan "Hasil Negeri Untuk Rakyat." Di bawah perbelanjaan mengurus, sejumlah besarnya sebanyak RM333 juta (40.12 peratus) diperuntukkan untuk perkhidmatan dan bekalan, manakala RM282 juta (33.98 peratus) akan digunakan untuk bayaran emolumen. Selebihnya; sebanyak RM208.5 juta (25.12 peratus) diperuntukkan untuk pemberian dan bayaran tetap, RM5.7 juta (0.69 peratus) untuk pembelian aset dan RM800 ribu untuk perbelanjaan lain. Di bawah peruntukan pembangunan pula, menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri menerima peruntukan paling besar berjumlah RM225 juta, diikuti jabatan kerja raya sebanyak lebih RM153 juta. Jabatan agama Islam turut merupakan antara penerima peruntukan paling tinggi sebanyak RM110.6 juta, selain jabatan pengairan dan saliran sebanyak RM45 juta serta jabatan pertanian yang menerima RM15 juta. Dalam ucapan pembentangannya pagi ini, Khalid berkata kerajaan negeri turut menjangkakan peningkatan kutipan cukai sebanyak 15.42 peratus (RM70,960,000) melalui kutipan hasil cukai bagi 2011. Khalid juga berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negeri Selangor untuk tahun 2010 diunjurkan berada pada tahap 6.1peratus berbanding penguncupan 1.2 peratus pada tahun 2009. Katanya lagi, KDNK Selangor disumbangkan lima sektor utama, paling utama melalui sektor perkhidmatan (60.5 peratus) dan pembuatan (32.4 peratus). Sumbangan daripada kedua-dua sektor ini membolehkan ekonomi Selangor tumbuh lebih baik berbanding pertumbuhan yang dicatatkan oleh negara Malaysia antara 2007 hingga 2009, katanya. Menurut Khalid, empat strategi dirangka untuk merealisasikan tema belanjawan kali ini, antaranya melalui pengurusan sumber negeri secara bijaksana dan pengurusan perbelanjaan yang cekap. Ia turut menggariskan strategi bagi mendorong pembangunan modal insan serta memantapkan pembangunan negeri. MK~ |
| Bajet 2011 tumpu masyarakat luar bandar Posted: 08 Nov 2010 02:06 AM PST Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ciri utama yang boleh diperhatikan dalam bajet 2011 ialah tumpuan untuk "merakyatkan ekonomi" bagi masyarakat luar bandar.Tiga program utama yang dimuatkan dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) pada peringkat ini ialah Skim Kredit Mikro, Skim Kesihatan Wanita dan Takaful Orang Kelainan Upaya "Skim Kredit Mikro memperuntukkan RM50 juta kepada Yayasan Qardhul Hasan untuk menangani kemiskinan luar bandar manakala Skim Kredit Mikro Miskin Bandar (MIMBAR Selangor) diperuntukkan RM20 juta. "Peruntukan RM70 juta ini disalurkan oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) hasil dari penyelesaian hutang Syarikat Kumpulan Talam. "Ini bukan sebahagian daripada peruntukan bajet tetapi daripada beberapa hutang yang dikutip daripada Talam Corporation. Kita telah iktiraf ini sebagai satu hutang dan diserahkan kepada MBI. Hutang berjumlah RM392 juta itu dipindahkan kepada kerajaan negeri secara geran melalui bajet tambahan yang diluluskan DUN Selangor pada November tahun lalu. "Sekarang hutang ini sudah dibayar dan MBI ditugaskan untuk beri peruntukan untuk skim ini," katanya lagi dalam sidang media selepas membentangkan bajet tersebut di DUN Selangor hari ini. Dalam kenyataannya, beliau juga berkata kerajaan negeri menyediakam peruntukan agak besar berjumlah RM15.5 juta untuk pembangunan kampung, termasuk untuk penyediaan kemudahan asas di desa dan penyelenggaraan jalan kampung. Di samping itu, kerajaan negeri juga mengekalkan bantuan pendidikan kepada rakyat Selangor melalui RM34.84 juta untuk bantuan ke sekolah agama rakyat, sekolah Cina dan Tamil. Jumlah itu juga akan digunakan bagi program tuisyen rakyat, hadiah anak masuk universiti serta untuk menyediakan latihan kemahiran kepada remaja yang tercicir dari persekolahan. ~MK~ |
| RM145 ribu baikpulih Royal Theatre Posted: 08 Nov 2010 01:57 AM PST Kerajaan negeri setakat ini telah membelanjakan sebanyak RM145,000 untuk menyiapkan bangunan Royal yang terbengkalai sejak tahun 2008, kata anggota exco kebajikan dan hal ehwal wanita Rodziah Ismail. Perbelanjaan itu secara kasarnya digunakan bagi menggaji tiga orang pegawai serta kos penyelenggaraan dan utiliti bagi projek berkenaan, katanya ketika menjawab soalan tambahan, juga daripada Ng Suee Lim (DAP – Sekinchan), Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam juga masih perlu melaksanakan beberapa kerja baik pulih, seperti yang dinyatakan Jabatan Audit, sebelum bangunan itu diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Rodziah lagi. Jabatan Audit dalam laporannya sebelum ini mendapati, bangunan tersebut berada dalam keadaan yang tidak terjaga dengan bekalan elektrik yang ditamatkan, paip tersumbat dan keadaan premis yang tidak berpagar. Cadangan rekabentuk projek pembinaan tersebut diluluskan oleh majlis kerajaan negeri pada September 2002 dengan peruntukan sebanyak RM43.84 juta – termasuk perbelanjaan untuk sistem peralatan dan lanskap berjumlah lebih RM7 juta, kata Rodziah. Katanya, bangunan teater itu sepatutnya dapat digunakan menjelang awal tahun 2011 dan diletakkan di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN). "Bagaimanapun, JKKN tidak lagi memberikan kerjasama dengan kerajaan Selangor setelah Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada 8 Mac 2008," katanya ketika menjawab satu soalan lisan di DUN hari ini. Menjawab soalan tambahan, juga daripada Ng, Rodziah berkata kerajaan negeri merancang untuk membuat kerjasama antaranya dengan Tourism Selangor, Majlis Teater Negeri Selangor dan Istana Budaya bagi menarik pelancong ke pusat kebudayaan itu. "Aktiviti teater seperti teater jalanan 'Menunggu Kata dari Tuhan' yang telah dipopularkan selama dua tahun ini, pastinya akan menjadi salah satu pertunjukan yang akan diadakan di pusat ini," katanya lagi. ~MK~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ciri utama yang boleh diperhatikan dalam bajet 2011 ialah tumpuan untuk "merakyatkan ekonomi" bagi masyarakat luar bandar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan