Ahad, 14 November 2010

alkerohi

alkerohi


Banjir Kedah : ADUN dan AP BN ambil peruntukan negeri Kedah

Posted: 14 Nov 2010 03:40 AM PST

Sultan Kedah dikatakan kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri dan semua yang terlibat dalam membantu mangsa banjir di Kedah.

Maklumat yang diterima mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan belum menghulurkan apa-apa bantuan secara rasmi di negeri itu.

Malah berlori-lori makanan, sardin, minuman, beras, kopi, gula, tikar, susu, pampers dan lain-lain barang keperluan mangsa yang diangkut oleh pihak YB Johari Baharom Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Zaini Japar ADUN Bukit Kayu Hitam, Sahlan (wakil PM), YB Bashah Hanipah ADUN Bakar Bata dan beberapa orang ADUN Barisan Nasional dari pusat pemindahan hadapan di daerah-daerah adalah dibeli dari peruntukan kerajaan Negeri Kedah.

Baru hari ini kerajaan persekutuan mengedarkan borang bagi tujuan pemberian bantuan dan dijangka akan dipertimbang untuk bayaran selepas Eidul Adha.

"Takpalah jika ADUN BN pun ambil barang kerajaan negeri Kedah. Semuanya untuk rakyat Kedah. Tapi janganlah pakat dengan wartawan TV3 dan RTM membohongi rakyat mengatakan ianya dari Kerajaan Persekutuan" kata seorang Penghulu.

"Maknanya selama banjir di Kedah, belumlah ada bantuan dari Najib, Muhyiddin dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dari KL. Setakat hari ini 14 November 2010 semuanya masih dari Kerajaan Kedah" kata bekas Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Nampaknya wartawan yang membuat liputan di tempat banjir, beritanya didapati palsu bilamana dia mengatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi keperluan makanan dan lain-lain dengan menggunakan peruntukkan persekutuan.

Tiada ulasan: