Jumaat, 12 November 2010

alkerohi

alkerohi


Banjir Utara : Tahniah Persatuan Tzu Chi

Posted: 12 Nov 2010 01:29 AM PST

Lagi cerita tentang banjir di Kedah.

Kasihan 91 penduduk Tamil di Taman Aman Anak Bukit. Depa cerita, "MIC punya orang tarak nampak muka. UMNO pun tarak tolong, MCA pun tarak tolong".

Sapa tolong ? "Welfare (JKM) sama PAS juga kasi tolong. Tapi sikit lambat juga"

Betoika ?

Di Taman Uda dan Jalan Fajar - hanya pada hari kelima nampak sukarelawan UMNO dan PAS dengan bantuan makanan.

"Bawa pi la beras hampa. Ayaq dah surut hampa mai buat apa" jerkah anak perempuan salah seorang pengasas UMNO Kedah pada lori satu Malaysia.

Cuma saya nak bangkitkan satu perkara yang saya lihat sendiri. Persatuan Buddhist Tzu Chi Cawangan Kedah.

Cara mereka bekerja hebat. UMNO, PAS, ABIM, NGO-NGO lain pergilah belajar dengan mereka tentang organisasi, cara bekerja, keutamaan, apa yang perlu disampaikan, di mana, siapa dan sebagainya.

Hari kedua banjir, saya lihat mereka memberikan roti planta/ coklat, biskut, air minuman dan benda-benda makanan ringan kepada mangsa.

Mereka tidak memberikan beras, sardin dan makanan berat kerana mereka tahu dapur di rumah mangsa dimasuki air.

Apabila air mula surut, baru mereka mula memberikan beras, gula, kopi dan sebagainya.

Tadi saya jumpa mereka lagi. Mereka membahagi-bahagikan tuala, berus gigi, biskut, sabun, wang tunai dan keperluan pemulihan.

Lebih hebat, mereka pergi dari rumah ke rumah. Mereka tidak pilih warna politik dan warna kulit.

Hebat ! Lima puluh kali lebih hebat dari persatuan dan parti politik Melayu.

Saya nak cadangkan kepada kerajaan negeri, jemputlah mereka memberikan penerangan bagaimana tersusun dan berkesannya organisasi mereka.

Pada kerajaan persekutuan, saya lontarkan syor yang sama. Belajarlah ilmu yang bermanafaat biar dengan siapapun.

Saya tidak pasti objektif penubuhan Tzu Chi. Tetapi apa yang saya yakin matlamat mereka membantu mangsa banjir dengan menyampaikan bantuan terus kepada mangsa tercapai dan berjaya.

Ketika menghubungi mereka sebentar tadi, saya difahamkan cawangan mereka di Alor Setar telah wujud sejak 1997 lagi.

Tahniah Tzu Chi.

Tiada ulasan: