WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- AZMIN DI FITNAH, RAMLAN BUKAN REFORMIS MALAHAN EJEN PEROSAK
- Benarkah Nurul Izzah Pernah Umum Sokong Zaid
- SUKAN KOMENWEL 2010 - EMAS PERTAMA MALAYSIA
- SYUKUR, BUKU TEKS AGAMA PERCUMA, ELAUN SEKOLAH RENDAH AGAMA DINAIKKAN DI SELANGOR
- BETAPA GENTARNYA PERKASA KEPADA AZMIN
- RAJA DAN SULTAN MESTI ADIL UNTUK TERUS DIHORMATI
| AZMIN DI FITNAH, RAMLAN BUKAN REFORMIS MALAHAN EJEN PEROSAK Posted: 04 Oct 2010 11:00 PM PDT Ramlan Bukan Reformis, Sebaliknya Ejen Perosak Kenyataan akhbar Kumpulan Angkatan Peduli Insan (API) Kami, Kumpulan Angkatan Peduli Insan (API) adalah sebuah kumpulan yang mewakili lebih 1000 orang aktivis-aktivis reformasi di seluruh Malaysia. KENYATAAN: 1. Kami ingin menjelaskan bahawa individu bernama Ramlan Abu Bakar bukanlah seorang aktivis reformasi kerana beliau tidak pernah terlibat dalam apa jua kegiatan reformasi sejak 1998. 2.Beliau tidak dikenali dikalangan aktivis reformasi. 3.Kerana itu Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang beliau mengaku sebagai presiden bukanlah sebuah kumpulan yang mewakili aktivis reformasi. 4.Kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Ramlan dalam media bahawa Naib Presiden PKR Azmin Ali menawarkan ruang perniagaan di Uptown Gombak sebagai habuan kepada ahli-ahli kami untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 5. Sebagai penjelasan, kami mengakui ahli-ahli kami mendapat lesen perniagaan di Uptown Gombak, tetapi ia dipohon oleh ahli-ahli kami yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan seumpama itu khususnya di Jalan Masjid India, KL dan bukanlah sebagai imbuhan untuk menjatuhkan menjatuhkan Menteri Besar selangor' seperti yang didakwa Ramlan. 6. Proses pemberian lesen itu dijalankan secara telus dan mengikut merit. 7. Oleh itu kenyataan Ramlan bukanlah dari seorang reformis, sebaliknya sebagai ejen perosak. Kenyataan beliau juga bersifat fitnah dan berniat jahat. 8. Kami yakin kenyataan beliau didalangi oleh pihak-pihak luar dan musuh-musuh PKR serta Pakatan Rakyat yang ingin melagakan Azmin dan Khalid. PENDIRIAN: 1. Kami aktivis reformasi menyokong penuh kerajaan negeri 2. Kami juga menyokong penuh kempimpinan PKR di setiap peringkat. 3. Kami akan menentang setiap anasir-anasir jahat yang cuba Dikeluarkan oleh: Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja API | ||
| Benarkah Nurul Izzah Pernah Umum Sokong Zaid Posted: 04 Oct 2010 06:00 PM PDT Laporan itu memetik Nurul sebagai berkata demikian kepada pemberita di Sarawak. Perkara yang paling aneh mengenai laporan yang agak sensasi ini adalah, walaupun Nurul disebut memberitahu isihatinya pada sidang media di Kuching, TIDAK ADA SATU PUN media yang melaporkan berita sebagaimana yang disiarkan oleh FMT.Mereka yang dalam bidang kewartawanan tentunya akur bahawa jika benar Nurul berucap sebagaimana yang didakwa oleh FMT, ia adalah tajuk utama akhbar dan stesen TV diseluruh negara. Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 tentunya bertepuk gembira jika benar Nurul menyatakan demikian. Namun kecuali FMT, seluruh media arus perdana dan media alternatif lain termasuk Malaysiakini membisu. Dan, sebab mereka berbuat demikian ialah kerana Nurul tidak melafazkan sebarang sokongan untuk Zaid atau pun mencemuh Azmin dari apa segi sekali pun. Laporan fitnah FMT itu adalah cubaan terdesak untuk memaparkan Zaid menerima sokongan Nurul dan memberi erti beliau menyanggah ayahnya. Free Malaysia Today Dibiayai Oleh Soh Chee Wen Nurul yang menyatakan dari awal beliau akan bersikap berkecuali dalam pemilihan Timbalan Presiden – sama seperti kedudukan yang diambil oleh ibu-bapanya - diheret kedalam kancah perebutan jawatan itu menerusi laporan fitnah FMT. Nurul terpaksa mengeluarkan kenyataan menerusi ibupejabat PKR minggu lalu, menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak memihak kepada mana-mana calon, tetapi hanya mahukan ahli mengundi calon yang difikirkan dapat mendokong perjuangan parti.Selasa (21 September) akhbar The Star memetik Nurul sebagai menafikan laporan FMT itu. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa tidak timbul soalan beliau memihak kepada Zaid atau menentang Azmin. Sebagaimana yang kita maklum, FMT adalah dibiayai oleh Soh Chee Wen, seorang jutawan dan bekas ahli MCA yang menjadi penggerak utama kempen Zaid untuk menjadi timbalan presiden. Selain FMT, Soh juga membiayai sebuah akhbar berbahasa Melayu yang diedarkan percuma kepada ahli PKR dalam usaha mencari sokongan untuk Zaid. Walaupun ghairah mencanang sifat "gentleman"nya, amat mendukacitakan Zaid, Soh Chee Wen dan orang upahannya Nelson Fernandez sanggup mengheret Nurul dan ibunya dalam kempen fitnah mereka. Nama Nurul dan Wan Azizah diperdagangkan oleh kem Zaid dalam kerakusan untuk meletakkan bekas Ketua bahagian Umno itu sebagai Timbalan Presiden PKR. Sumber: Pahang Daily | ||
| SUKAN KOMENWEL 2010 - EMAS PERTAMA MALAYSIA Posted: 04 Oct 2010 04:00 PM PDT Amirul raih emas pertama negara![]() AMIRUL menepati ramalan menghadiahkan emas pertama. SEPERTI yang diramal, badang negara, Amirul Hamizan Ibrahim berjaya menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Komanwel 2010 semalam. Kejayaan itu membolehkan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku berkumandang megah di Stadium Jawaharlal Nehru. Amirul yang beraksi dalam acara 56 kilogram (kg) mempamerkan persembahan menarik untuk merekodkan keseluruhan angkatan 257kg. Meskipun dicabar hebat dua atlet India, Amirul, 29, kelahiran Rompin, Pahang ini melakukan angkatan seberat 116kg bagi cara snatch dan 141kg bagi acara clean and jerk. Pingat perak dan gangsa menjadi milik Sukhen Dey (252kg) dan V.S Rao (248kg). Kejayaan itu sudah pasti menebus kekecewaan Amirul yang tidak dapat beraksi pada temasya di Melbourne selepas dia menghadiahkan tiga pingat emas di Manchester pada tahun 2002. Untuk rekod, Amirul pernah melalui peristiwa hitam dalam karier selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang, sekali gus digantung selama dua tahun (2005 hingga 2007). "Saya gembira kerana kembali melakukan angkatan emas pada Sukan Komanwel seperti mana yang saya lakukan di Manchester pada tahun 2002. "Saya juga bersyukur kerana kita masih mampu mengungguli acara angkat berat pada temasya ini. "Meskipun saya gembira dapat menghadiahkan pingat emas pertama buat negara, saya sedikit terkilan kerana persembahan yang saya lakukan hari ini bukan yang terbaik saya iaitu 265kg," kata Amirul. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek adalah individu paling gembira dengan kejayaan yang dicatat Amirul. "Saya ucapkan tahniah kepada Amirul kerana berjaya menghadiahkan pingat emas pertama negara. Kejayaan ini cukup bermakna buat kontinjen negara dan seluruh rakyat Malaysia. "Semangat yang ditonjolkan Amirul patut menjadi contoh kepada semua atlet negara. Meskipun dia pernah melalui peristiwa hitam, dia tetap bersemangat sehingga mampu menghadiahkan pingat emas buat negara," kata Shabery semalam. Sementara itu, impian seorang lagi wakil negara, Mohd. Shafiq Ismail untuk menghadiahkan kemenangan 1-2 bersama Amirul tidak kesampaian selepas dia gagal menamatkan saingan dalam kategori ini. Turut menyaksikan kejayaan yang dilakar Amirul ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong./Kosmo | ||
| SYUKUR, BUKU TEKS AGAMA PERCUMA, ELAUN SEKOLAH RENDAH AGAMA DINAIKKAN DI SELANGOR Posted: 04 Oct 2010 12:50 PM PDT
| ||
| BETAPA GENTARNYA PERKASA KEPADA AZMIN Posted: 04 Oct 2010 03:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSPERKASA juga tertarik dengan pemilihan di dalam PKR. Kenyataan PERKASA yang mahukan ahli-ahli PKR menyokong Sdr Mustafa Kamil Ayub sebagai Timbalan Presiden PKR menunjukkan PERKASA sememangnya berminat di dalam politik dan bagusnya pertubuhan itu mula tertarik dengan PKR. Ini bererti kenyataan Presiden PERKASA sebelum ini bahawa PERKASA tidak berminat di dalam politik hanyalah sekadar bunyi `Ong...Ong...Ong...' katak memanggil hujan sahaja. Mengapa PERKASA begitu anti dengan YB Azmin? Ini semua bermula apabila YB Azmin menyelar Tun Mahathir sewaktu beliau merasmikan Mesyuarat PKR Cabang Gombak semalam. Apabila YB Azmin menyerang Tun Mahathir yang dianggap seperti `Sammy Vellu di dalam MIC' oleh PERKASA, maka sudah tentu layak YB Azmin diserang oleh PERKASA. Persoalannya, tercederakah YB Azmin dengan serangan umpama `cubitan' dari PERKASA itu? Siapa takut dengan pengaruh PERKASA sekarang? PERKASA hanya layak mencabar seorang individu bernama `Namewee' sahaja. Itulah standard PERKASA. Bagi saya, hebatnya YB Azmin tentulah mendatangkan ketakutan kepada sesiapa sahaja yang memusuhi PKR dan PR. Mereka sudah tahu prinsip YB Azmin dan mereka sedar bahawa MP Gombak ini adalah pelapis kepada kehebatan DS Anwar. Mereka percaya, apabila DS Anwar disumbatkan ke penjara kelak PKR akan berkubur dengan syarat tiada orang seperti YB Azmin menggantikannya. Apakah Sdr Mustafa Kamil tidak hebat? Beliau juga anak didik DS Anwar tetapi kehebatan YB Azmin di dalam aspek `menyerang' Umno/Bn amat ditakuti oleh mereka. Pemimpin yang baik bukan sahaja boleh mengurus atau mentadbir parti dengan baik, tetapi mesti tahu strategi dan berani menyerang musuh pada waktu dan ketikanya. Terlalu banyak bertahan dengan serangan musuh bukan satu strategi yang bijak dan berkesan. Apabila YB Azmin menyerang Umno sekaligus menyerang PERKASA, ini yang membuatkan mereka gerun dan gentar dengan kebolehan YB Azmin. Kepada sesiapa yang ingin menyokong Sdr Mustafa Kamil, mereka boleh meneruskan sokongannya tetapi bukan kerana kehendak PERKASA yang jelas ada agenda politik mereka. Sokongan terhadap Sdr Mustafa Kamil juga baik kerana tidak akan merugikan parti kerana beliau juga adalah anak didik DS Anwar. Sekiranya ingin menyokong YB Azmin pula, teruskanlah sokongan anda bukan kerana beliau dikatakan orang kuat DS Anwar, tetapi beliau telah membuktikan komitmennya terhadap perjuangan ini samada DS Anwar di luar mahu di dalam penjara./wfauzdin.blogspot.com | ||
| RAJA DAN SULTAN MESTI ADIL UNTUK TERUS DIHORMATI Posted: 03 Oct 2010 11:57 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TERTARIK dan bersetuju apabila membaca kenyataan titah Tuanku Sultan Johor yang mahukan isu perkauman dan agama dihentikan. Baca di sini. Ketika pihak Polis masih menyiasat siapakah yang menjadi dalang memasang Banner di Johor yang terpapar gambar Tuanku Sultan bersama Pengerusi PKR Johor Chua Jui Ming, maka titah ini amat bertepatan sekali. Isu banner yang menyebut bahawa Chua Jui Ming bakal menjadi MB Johor jika PR memerintah Johor dan dipasangkan di sekitar penempatan Melayu adalah salah satu contoh bagaimana dalang ini cuba memainkan isu sensitif yang melibatkan Perlembagaan. Persoalan yang masih tidak terjawab adalah siapakah dalang itu? Sukar mungkin untuk pihak Polis menyiasatnya sebab itulah sehingga kini tiada lagi kita dengar siapakah yang terlibat telah ditahan atau didakwa. Saya tidak percaya pihak Polis sengaja mendiamkan kes tersebut atas apa jua sebab. Begitu juga dengan beberapa kes yang berlaku di mana seorang Pengetua mengeluarkan perkataan yang berunsur perkauman. Kisah yang terjadi di BTN yang menyebut perkataan `Si Botol' dan `Si Sepet'. Isu MP Cina dari PR yang memasuki ruang madrasah dan masjid dijadikan isu besar sedangkan kisah MP India dari Bn yang memasuki ruang masjid didiamkan sahaja. Bukankah ini ada unsur perkauman dan agama yang sempit? Saya percaya Tuanku menyedari perkara ini. Persoalannya, siapa yang memainkan isu ini? Kenyataan Tun Mahathir yang menyebut Melayu akan musnah jika PR memerintah adalah satu kenyataan perkauman yang merbahaya. Mantan pemimpin Umno ini yang mencipta sejarah menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu dahulu kini tidak serik untuk mencipta sejarah baru untuk menghancurkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara ini. Justeru itu, tidak hairanlah jika Tun Mahathir menyokong kuat Perkasa yang dilihat lebih `Melayu' dari Umno. Titah Tuanku Sultan wajib kita patuhi selagi ianya tidak bertentangan dengan perintah Allah. Raja adil Raja di sembah, Raja zalim Raja disanggah. Perkataan ini pernah dilafazkan oleh Hang Jebat ketika menentang Sultan yang zalim. Kita tidak mahu menjadi Hang Jebat, jauh sekali untuk menjadi Pak Turut seperti Hang Tuah. Biarlah kita menjadi Bendahara dalam Hikayat Hang Tuah itu, kerana Bendahara seorang yang bijaksana. Orang-orang Melayu khasnya amat menyayangi dan memelihara institusi raja. Raja yang adil mestilah menampakkan keadilannya dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Jika seseoang raja atau Sultan menyebut di khalayak ramai secara terbuka agar rakyat memilih parti A atau B, maka hilanglah kemuliaan raja atau Sultan itu. Segala aduan dari rakyat tidak kira datangnya dari pihak mana, Raja atau Sultan mestilah meneliti dan mengambil tindakan yang seadil-adilnya. Inilah Raja dan Sultan yang kita mahukan dan kita sentiasa mendoakan kesejahteraannya./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan