kalam Perantau |
- Galas: Isu setempat bakal dominasi kempen
- Galas : Ku Li Nafi Terima Pelantikan Umno-BN
- Ku Li Sertai PAS/PR?
- Galas : Pemuda Gua Musang sokong Ku Li jadi calon
| Galas: Isu setempat bakal dominasi kempen Posted: 04 Oct 2010 06:06 PM PDT Oleh : Wan Nordin Wan Yaakob
Menurut Zaid, kedua-dua pihak (PAS dan Umno) pastinya akan menumpukan kepada isu tempatan samada persoalan keperluan asas, infrastruktur, bantuan, soal kehidupan harian masyarakat disana dan isu kebajikan. Mengulas mengenai peluang PAS menang di kawasan kubu kuat Umno itu, beliau bagaimanapun tidak mahu menyatakan samada PAS mampu atau sebaliknya. Tetapi beliau mahu Pakatan Rakyat bekerja keras kerana pastinya dalam pengamatan PAS mahupun pimpinan Pakatan Rakyat bahawa BN akan menggunakan segala macam strategi ‘jahat’ untuk mendapatkan undi. “Di sana politik nasional saya rasa kurang relevan, sebaliknya isu setempat.Siapa yang berjaya selesaikan masalah setempat, dia ada kelebihan, saya sarankan kerajaan negeri perhalusi benda ini,” katanya dalam sessi cakap-cakap di pejabat Harakah pagi ini. Ditanya mengenai pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengarah Jentera Pilihan Raya Umno/BN di Dun Galas, Zaid berkata ‘persoalan Ku Li’ bukan keutamaan. Sebaliknya rakyat di sana mahukan bantuan, kebajikan dan siapa yang mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, katanya. Galas sebuah kawasan pedalaman yang pastinya merangkumi isu-isu setempat yang tidak ada dibandar, katanya. Tambahnya, cuma di Kelantan ada sedikit faktor individu yang boleh mempengaruhi geo politik disana iaitu kelibat Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Namun tidak boleh dipastikan samada kawasan yang dahulunya begitu tebal dengan sokongan kepada Umno/BN ini sudah berjaya ditembusi PAS sewaktu Allahyarham Che Hashim Sulaima menjadi wakil rakyat, katanya. Justeru beliau mengharapkan PAS dan jentera Pakatan Rakyat bekerja kuat lebih-lebih lagi Galas mempunyai 65 peratus undi Melayu yang boleh dimanipulasi oleh Umno/BN. |
| Galas : Ku Li Nafi Terima Pelantikan Umno-BN Posted: 04 Oct 2010 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR 1 OKT: Ketika pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) beriya-iya mencanang persetujuan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno-BN Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikannya. Malah, sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan persetujuan Tengku Razaleigh menyandang jawatan itu, Timbalan Presiden Umno turut mencadangkan beliau sebagai calon DUN Galas. “Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia," katanya pada jam 6.35 waktu tempatan. Kenyataan ringkas itu adalah reaksi sulung Tengku Razaleigh yang kini berada di luar negara kerana melawat Queen’s University di Belfast, Ireland, terhadap pelantikan kontroversi itu. Rentetan paparan twitter itu, bekas Presiden Semangat 46 yang dijadual pulang 9 Oktober ini, mendapat reaksi pengikut twitter yang bertanya: “Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari." Tanpa memberi sebarang kata putus, Teng Razaleigh hanya berkata: “Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan." |
| Posted: 04 Oct 2010 02:00 AM PDT Oleh : Sofi Wahab Sejak akhir-akhir ini Ku Li kelihatan senada dengan PAS dan PR khasnya dalam isu royalti minyak Kelantan. Beliau seringkali tidak menghampakan rakyat Kelantan bila diundang memberikan ceramah tentang isu royalti minyak walaupun penganjur kerajaan negeri Kelantan atau PAS sendiri.
Namun penantian rakyat untuk melihat Ku Li bersama PAS/PR dalam wadah politik yang sama tidak kesampaian juga. Ku Li tetap mahu bersama Umno walaupun beliau dipermainkan oleh Umno beberapa kali sejak zaman Dr Mahathir lagi. Sudah banyak kali beliau cuba menentang Presiden Umno pada pemilihan parti itu tetapi beliau seringkali tewas angkara tidak adanya demokrasi dalam Umno lantaran kegagalan beliau memperolehi 2 pencalonan minima dari Bahagian. Beliau hanya berupaya mendapat satu pencalonan sahaja itupun dari bahagian beliau sendiri iaitu Gua Musang. Namun hari ini media melaporkan bahawa Ku Li akan tetap bekerja kuat membantu Umno pada PRK Galas nanti. Laporan itu menyebut bahawa Ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan membantu BN merampas semula DUN Galas, manakala PAS pula berharap pemimpin veteran Umno itu akan mengambil sikap ‘low profail’ dalam pilihan raya kecil Galas nanti. Tengku Razaleigh yang dihubungi Berita Harian di London, dilaporkan berkata ia boleh dilakukan dengan lebih berkesan jika beliau diberi peranan untuk menggerakkan dan mengatur pelbagai persiapan seperti tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi di bahagian itu. "Saya akan bekerja keras bersama pemimpin lain dalam bahagian bagi menentu kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS kembali ke tangan BN," katanya. Tengku Razaleigh berkata, Umno bahagian itu tidak mempunyai sebarang masalah dan bersedia mengatur persiapan menghadapi pilihan raya kecil di kerusi yang pernah menjadi kubu BN. Katanya, buat masa ini beliau masih sibuk dengan tugas penting yang perlu diselesaikan dulu di luar negara dan menyerahkan kepada tiga kepimpinan bahagian itu untuk mengatur persiapan awalnya. Beliau percaya timbalan ketua Umno bahagian Mat Yusoff Ab Ghani, naib ketua Datuk Nozula Mat Diah dan setiausahanya Ab Aziz Yusoff mampu berbuat demikian. Ternyata Ku Li masih tidak mahu meninggal parti yang beliau sendiri cemuh dan kritik. Apa yang menyebabkan beliau masih sayang kepada Umno tidak pula kita ketahui. Namun begitu ahli PAS tetap menanti bila agaknya Ku Li akan menyertai PAS atau parti-parti PR yang lain? |
| Galas : Pemuda Gua Musang sokong Ku Li jadi calon Posted: 03 Oct 2010 11:00 PM PDT
Ketuanya, Bazlan Baharuddin berkata, pemilihan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, amat sesuai kerana beliau mempunyai penyokong yang ramai di kawasan tersebut. Galas adalah antara tiga DUN dalam Parlimen Gua Musang yang diwakili Ku Li yang ketua Umno berkenaan. Dua lagi ialah Nenggiri dan Paloh yang dimenangi oleh BN. Cadangan tersebut dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang percaya Ku Li tokoh yang sesuai dengan keadaan politik semasa untuk memulihkan DUN Galas dan keyakinan rakyat kawasan itu kepada BN. Anuar dilaporkan berkata, berdasarkan keupayaan Ku Li menjadi ahli parlimen Gua Musang selama lebih 30 tahun, cadangan itu wajar difikirkan oleh pucuk pimpinan parti demi masa depan rakyat Gua Musang dan Kelantan amnya. Dalam pilihan raya umum 2008, allahyarham memperoleh 4,399 undi menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari BN dengan majoriti 646 undi. Mohd Saufi memperolehi 3,753 undi. Dun Galas mempunyai komposisi kaum dengan majoriti Melayu seramai 6,200, Cina (1,900), India (170) dan Orang Asal (2,000). Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan PAS tentang Ku Li, Bazlan berkata, parti itu bertindak demikian kerana ‘gelabah’ dan takut dengan keupayaan Ku Li rampas semula kerusi tersebut dari PAS. “Ku Li lebih arif tentang kawasannya. PAS hanya main sentimen sahaja. Mereka takut dengan keupayaan Ku Li merampas kerusi tersebut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Beliau juga menyifatkan tindakan PAS memainka isu royalti minyak “sebagai mendahului keputusan mahkamah”. Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004. Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan. |
| You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR : Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang kini Penyelaras Pakatan Rakyat meramalkan isu setempat akan mendominasi kempen bagi pilihan raya kecil Dun Galas yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Tindakan beliau itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pemimpin Umno khasnya Umno Kelantan yang melihat Ku Li seolah-olah cenderung dan menyokong PAS/PR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan