WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- SETIAP KALI UMNO BERSUARA, AKHIRNYA TERMAKAN DIRI SENDIRI
- APA PULA KURANG AJAR.......ITU BIJAK NAMANYA KERANA CARA PEMAIKAIAN TUDUNG ITU BOLEH DI TIRU SESIAPA SAHAJA
- SELEPAS MENYATAKAN PIMPINAN PAS TIADA TOKOH WIBAWA,UMNO PULA LETAK CALON LAMA
- WAJAH WARTAWAN MALAYSIAN INSIDER YANG MEMBUATKAN KERAJAAN BENGANG KES MAT SEPET DAN KAKI BOTOL
- RAHSIA KHIR TOYO-LAGI DARI RPK
- SEDIH APA.....SEMUA HANGPA NAK SAPU...KAIN PELIKAT PUN NAK SAPU,BAJA NAK SAPU,5 TAHUN SEKALI HANGPA PANGKAH UMNO
- NAJIB KATA BELIAU MANGSA POLITIK 1998
| SETIAP KALI UMNO BERSUARA, AKHIRNYA TERMAKAN DIRI SENDIRI Posted: 01 Oct 2010 05:56 PM PDT MALU PUN YA, BUTA PERUT PUN YA....MALU PADA BANGSA LAIN...KAH..KAH..KAHHH.TU LA PIMPINAN UMNO YANG ADA KAT PULAU PINANGPemuda DAP: Reezal jangan persoal hak bersuara, bacalah Perlembagaan October 02, 2010 KUALA LUMPUR, 2 Okt — Loke Siew Fook mendakwa Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican "hipokrit" dan "juga buta perlembagaan" apabila merumuskan ketua Pemuda DAP itu tidak boleh mempertahankan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu wang ihsan. "Saya berasa amat lucu dengan maklum balas Reezal kerana ini menunjukkan beliau tidak mampu menjawab hujah saya bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional telah menggunakan sumber hasil perjudian sejak merdeka lagi," kata Loke. Pemimpin DAP Sosialis itu menambah, Reezal bukan sahaja buta maklumat dan hipokrit, malah menyifatkan beliau juga seorang yang buta perlembagaan. Loke merujuk laporan dalam The Malaysian Insider semalam yang memetik Reezal, pemimpin Pemuda Umno dari Pulau Pinang, yang mendakwa beliau tidak mempunyai hak untuk bersuara dalam isu tersebut kerana ini adalah isu Pulau Pinang, malah bukan anak Pulau Pinang. Oleh itu, Ahli Parlimen Rasah ini menyoal bukankah hak bersuara setiap warganegara Malaysia termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. "Bukankah Pulau Pinang sebahagian daripada Persekutuan Malaysia?" katanya. "Jadi, mengapa sebagai warganegara Malaysia saya dinafikan hak saya oleh Reezal untuk bersuara tentang sesuatu isu yang bangkit di sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia?" soal Loke lagi. Sehubungan itu Loke berkata, beliau mahu Reezal menggunakan masanya sebaik-baik untuk memahami Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu daripada terus membuat tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. "Kalau mengikut logik Reezal bahawa seseorang yang bukan anak Pulau Pinang tidak berhak bersuara tentang hal ehwal Pulau Pinang, saya ingin bertanya kepada Reezal sama ada beliau juga mencadangkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak ada hak untuk member komen tentang isu wang ihsan kerajaan Pulalu Pinang kerana Muhyiddin juga bukan anak Pulau Pinang dan berasal dari Johor," katanya. Dalam reaksi kepada The Malaysian Insider semalam, Reezal menyifatkan Loke tidak mempunyai hak untuk bersuara dan campur tangan dalam isu wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipersoalkan pihaknya. "Beliau (Loke) tiada hak untuk bercakap soal ini (wang ihsan), beliau orang luar bukan rakyat Pulau Pinang. "Lagipun ini hal rumah tangga rakyat Pulau Pinang, jadi biar rakyat dan Ketua Menteri (Lim Guang Eng) sahaja yang terlibat," kata Reezal kepada The Malaysian Insider. Isu ini dilihat sebagai serangan terbaru Umno-BN terhadap pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Tambahnya, sebagai anak kelahiran Pulau Pinang beliau mempunyai hak untuk membawa rintihan rakyat di negeri itu. "Saya bercakap sebagai seorang rakyat Pulau Pinang dan apa yang saya cuba bawa ini adalah rintihan rakyat," katanya mengulas kenyataan Loke terdahulu, yang mengatakan bahawa beliau buta maklumat dan hipokrit apabila mempersoalkan skim wang ihsan dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi. Loke berkata buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru. Kata beliau, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan. Dalam ulasannya, Loke menambah, Pemuda DAP akan terus bersuara untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat dan membongkar sikap hipokrit pemimpin-pemimpin Umno termasuk Reezal. Beliau juga menegaskan pemimpin Umno Pulau Pinang sepatutnya insaf dengan "kebodohan" mereka untuk terus membangkitkan isu wang ihsan kerajaan Pulau Pinang untuk fakir miskin kerana daripada 100,000 warga emas yang telah menerima wang sagu hati RM100 daripada kerajaan negeri, Umno hanya mampu mendapat 40 warga emas untuk memulangkan wang tersebut. "Itu hanya 0.04 peratus daripada mereka yang memberi keyakinan kepada kerajaan Pulau Pinang," kata beliau sambil menambah, 40 orang tersebut juga disyaki diperdaya oleh Umno Pulau Pinang. "Untuk makluman Reezal juga, saya rakyat Malaysia dahulu dan rakyat Negeri Sembilan kemudian. "Mungkin beliau rakyat Pulau Pinang terlebih dahulu, rakyat Malaysia kemudian? Kegagalan "Satu Malaysia" lagi!" kata Loke. |
| Posted: 01 Oct 2010 05:37 PM PDT ![]() ![]() Pergerakan Puteri Umno, membuat laporan polis berhubung tulisan yang didakwa berbentuk manipulasi oleh Malaysian Insider, lapor Umno Online. Menurut ketua penerangannya, Nordiana Shafie, apa yang dinyatakan oleh wartawan portal berita itu, Boo Su-Lyn dalam tulisannya hanya petikan sebahagian daripada ucapan yang disampaikan oleh timbalan pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin "Wartawan tersebut sengaja memanipulasikannya untuk membangkitkan kononnya Umno adalah parti perkauman," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengiringi exconya Seriwani Sabtu membuat laporan polis berhubung hal terbabit di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam. "Mereka tidak beretika, tidak tahu menghormati majlis yang diadakan, dan melakukan sesuatu yang tidak wajar sebagai seorang wartawan," jelasnya. KATA PUTERI UMNO Sebenarnya perkara sebegini telah lama berlaku di luar negara sana. Waratwan bukan sahaja menyamar ,malah berlakon untuk mendapatkan bahan sensasi. maka kerana itu kebodohan bukan kepada wartawan yang bijak, akan tetapi kepada puteri yang bongok. |
| SELEPAS MENYATAKAN PIMPINAN PAS TIADA TOKOH WIBAWA,UMNO PULA LETAK CALON LAMA Posted: 01 Oct 2010 05:32 PM PDT SELEPAS MENGUTUK PAS DENGAN MENYATAKAN BAHAWA PAS KEKURANGAN CALON WIBAWA, KINI UMNO MELUDAH KE LANGIT DENGAN MELETAK CALON KULI SEBAGAI GALANG GANTI. Siapa ketuai BN di Galas? Ku Li terus berteka-teki Okt 1, 10 8:10PM "Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia," tulis Razaleigh di Twitter pada jam 6.35... Okt 1, 10 4:59PM "Kita beri lebih ruang pada beliau (selaku pengarah pilihan raya kecil BN) untuk senaraikan (calon) dan kalau fikir ada nama paling tepat, sesuai," kata... |
| WAJAH WARTAWAN MALAYSIAN INSIDER YANG MEMBUATKAN KERAJAAN BENGANG KES MAT SEPET DAN KAKI BOTOL Posted: 01 Oct 2010 12:29 AM PDT |
| RAHSIA KHIR TOYO-LAGI DARI RPK Posted: 01 Oct 2010 12:15 AM PDT |
| Posted: 01 Oct 2010 12:01 AM PDT Pulang semula RM100 bukan sandiwara01/10/2010 2:47pm KEPALA BATAS - Tindakan sekumpulan warga emas memulangkan semula bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan negeri kerana dana perjudian bukan dipaksa ataupun sandiwara. Kumpulan ini melahirkan rasa kesal dan mendakwa dituduh berbuat demikian oleh seorang anggota exco kerajaan Pulau Pinang. Menurut imam Masjid Pulau Mertajam, Saidin Chik, 72, beliau kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh exco berkenaan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mendakwa beliau dan rakan-rakanya berlakon menangis pada hari penyerahan wang ehsan berkenaan. "Tidak patut dia bercakap begitu kerana kami memang tidak berlakon ataupun bersandiwara dan air mata yang keluar itu adalah perasaan yang lahir dari hati kami yang sangat sedih.
"Air mata itu juga menunjukkan perasaan gembira dan puas kerana dapat memulangkan semula wang yang dikatakan diperoleh daripada sumber haram," katanya ketika mengulas kenyataan Abdul Malik semalam yang menuduh sekumpulan 40 warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan negeri hanyalah satu sandiwara. Saidin yang telah berkhidmat sebagai imam sejak 17 tahun di masjid berkenaan turut menafikan dakwaan kononnya kumpulan warga emas terbabit memulangkan wang ehsan itu kerana dipengaruhi pihak tertentu. - Bernama |
| NAJIB KATA BELIAU MANGSA POLITIK 1998 Posted: 30 Sep 2010 11:56 PM PDT PRU 1999: Saya mangsa konflik Mahathir-Anwar, kata Najib October 01, 2010
Kata Najib (gambar), beliau menyedari berhadapan dengan kesan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 1999, yang diadakan setahun selepas Anwar, ketika itu timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, dipecat dari kerajaan dan parti. "Ada masanya saya rasa kecewa dengan keadaan ketika itu... seringkali, keputusan yang bukan kerana tindakan saya sendiri," kata Najib pada forum mengenai Asean di sini hari ini. "Itulah persekitaran anda rasakan ketika itu. Anda berhadapan dengan kemusnahan (kerosakan) kolateral... saya tidak pasti sama ada ia adalah perkataan yang tepat (untuk digunakan)," kata beliau ketika ditanya mengenai kekecewaan politik yang dialami ketika pilihan raya umum ke-10 pada akhir 1999. Pemecatan Anwar pada awal September 1998 oleh Dr Mahathir ketika perdana menteri dan presiden Umno membawa kepada kemunculan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Kerjasama pembangkang menewaskan BN di Terengganu dan Kelantan, yang telah pun jatuh ke tangan PAS sembilan tahun sebelum itu. Malah BN kehilangan undi pada jumlah yang banyak di kebanyakan negeri di pantai barat Semenanjung berbanding tahun 1995. Umno-BN kehilangan sokongan di kalangan pengundi Melayu. "Jika anda lihat kembali 1999, ia satu situasi yang sungguh aneh. Majoriti saya jatuh menjunam sehingga, saya fikir 214 undi," kata Najib yang ketika itu merupakan anggota Kabinet dan naib presiden Umno. Najib berkata beliau sama sekali tidak dapat memahami mengapa situasi itu wujud. "Tetapi saya tahu bahawa saya boleh pulih dan oleh itu saya tidak mahu mengubah kawasan (untuk bertanding)," kata Najib yang kekal di bahagian pilihan raya Parlimen Pekan sehingga sekarang. Najib berkata beliau terpaksa bekerja keras untuk mengubah nasibnya di mana berjaya memperoleh majoriti 22,922 undi pada pilihan raya umum 2004. Empat tahun lalu beliau menambah jurang perbezaan undi sehingga 26,464, yang tertinggi diperoleh oleh calon BN pada pilihan raya umum ke-12. "Jika anda ada rasa keyakinan, anda tidak harus rasa putus asa dengan kekecewaan sementara. "Apa yang penting ialah keupayaan untuk pulih. Nasib menyebelahi saya, saya berada di sini (hari ini)," kata Najib yang dipilih presiden Umno akhir Mac 2009 dan minggu berikutnya sebagai perdana menteri yang keenam. "Dalam politik, kehidupan politik boleh jadi singkat jika anda dilihat berada dalam kelompok yang salah," kata beliau lagi. "Meskipun anda kompeten, meskipun anda berupaya, tetapi jika anda berada dalam puak yang salah, ia boleh jadi satu tragedi," tambah Najib, anak kepada bekas perdana menteri Tun Abduk Razak Hussein. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR, 2 Okt — Loke Siew Fook mendakwa Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican "hipokrit" dan "juga buta perlembagaan" apabila merumuskan ketua Pemuda DAP itu tidak boleh mempertahankan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu wang ihsan. 

"Kita beri lebih ruang pada beliau (selaku pengarah pilihan raya kecil BN) untuk senaraikan (calon) dan kalau fikir ada nama paling tepat, sesuai," kata...








KUALA LUMPUR, 1 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengimbas kembali situasi 11 tahun lalu dengan terbuka berkata beliau pernah menjadi "mangsa" ekoran pergolakan politik membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan