:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- DEDAH: Mari kenali siapakah MP Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman..(video inside)
- MEMALUKAN: Audio Tajudin 'Felcra' gaduh dengan pemandunya..(video inside)
- Bicara Gambar: Bila Tun Mahathir berucap..........
- Imbas Kembali: Ku Li bakal dipecat dari parti Umno?..(video inside)
- AJAIB: Cuba perhati betul-betul logo Umno ini...
- Bekas pemimpin Umno a.k.a veteran tegar Umno sertai Parti Keadilan Rakyat..(video inside)
- Umno makin EGO! Lagi bukti nyata Umno berpolitik dalam Universiti!..(bukti bersurat)
| DEDAH: Mari kenali siapakah MP Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman..(video inside) Posted: 01 Oct 2010 08:01 AM PDT Oleh: Pria Malaya Hari ini kita didedahkan dengan rakaman audio MP Pasir Salak, Tajuddin yang bertengkar dengan seorang pemandunya..sungguh lucu lagi memalukan, bolah baca dan lihat video di SINI.. Namun adakah anda sudah mengenali secara dekat siapakah pemimpin fanatik kebangsaan Melayu Umno ini?... Untuk pengetahuan anda, YB dari Umno ini pernah dipecat oleh Umno kerana terlibat dengan kegiatan haram politik wang/rasuah yg melibatkan nilai jutaan ringgit... Memetik sumber Wikipedia: "Tahun 1995 beliau dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta untuk merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.Ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menyokong kuat Tan Sri Ramli Ngah Talib. Pada 1998 beliau diterima semula menyertai UMNO tanpa syarat dan dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Pasir Salak tanpa bertanding pada 2000."Seterusnya, utk mengenali lebih mendalam siapakah watak sebenar hero parti perkauman Umno ini, sila ikuti artikel dan sedutan video-video di bawah... 1. Kerap mencarut dan berkata lucah (18sx) ![]() 2. Pemimpin yang rasis dan kuat memakihamun di parlimen.. ![]() 3. Gaya ucapan samseng lagi sombong.. ![]() Dan banyak lagi di dalam Youtube..korang boleh cari sendiri..jelas, betapa sombong lagi angkuhnya pemimpin2 Umno, terutama MP Pasir Salak ini.. Untuk yang terakhirnya, apa kata korang tengok video HOT di bawah, juga berkaitan dgn YB 'samseng Kg Dusun' ini..apabila MP Machang Saifudin Nasution membangkitkan isu pemimpin Umno dan arak, MP Pasir Salak antara yang kuat terasa dan 'memberontak' di dalam dewan..bak kata YB Machang, "Yang Dipertua, bila saya bagi fakta ini (berkaitan pemimpin Umno tertentu dan arak), Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah, Rembau terpaku, PASIR SALAK YANG LEBIH, kenapa??.."Lihat rakaman video penuh di bawah... VIDEO: Pendedahan pemimpin UMNO kaki Arak dan judi Sumber gambar: Mr.Google Artikel berkaitan: - MEMALUKAN: Audio Tajudin 'Felcra' gaduh dengan pemandunya..(video inside) - Lagi video pemimpin Umno mencarut/isyarat lucah.. |
| MEMALUKAN: Audio Tajudin 'Felcra' gaduh dengan pemandunya..(video inside) Posted: 01 Oct 2010 06:50 AM PDT ![]() Oleh: KedahLanie Rakaman Pertengkaran antara Tajudin Felcra (MP Pasir Salak) dengan Pemandunya. Panas & Lawak!!! Seingat saya, YB ini pernah mengamuk apabila YB Saifuddin PKR membangkit isu MP mabuk. Hari ini, YB ini terpalit dengan satu lagi kontroversi baru. Dia dikatakan telah memukul pemandu barunya kerana lewat sampai ke rumah TPM. Keterangan lanjut ada diberitakan dalam petikan berita di bawah ini. Berita berkaitan saya petik dari HD dan rakaman audio pertengkaran antara Tajudin dengan pemandunya tentang hal ini ada disertakan di bawah ini. Saya petik: [HD] KUALA LUMPUR, 1 Okt: Kisah Pengerusi Felcra, Datuk Tajudin Abdul Rahman, bergaduh dengan seorang pemandunya di hadapan lebih 400 warga Felcra pada 3 Mei lalu kini tersebar luas dan mendapat perhatian ramai. Ia menarik perhatian kerana kecaman Tajuddin terhadap bekas pemandunya yang juga seorang kakitangan Felcra berlaku di majlis yang berlangsung pada 3 Mei di Ibu pejabat Felcra, Jalan Rejang Setapak Jaya lalu di jawab secara berdepan oleh pemandu berkenaan. Hasilnya, 15 minit pertama perhimpunan warga Felcra itu menjadi tempat melepaskan geram Tajudin kepada pemandu berkenaan. Harakahdaily yelah mendapat audio rakaman pertembungan berkenaaan. Berita awal mengenai hal ini telah disiarkan dalam akhbar politik Siasah keluaran hari ini. "Mana dia, hari ini ada dia datang...mana dia," tanya Tajudin di perhimpunan itu. Orang ramai yang menyertai perhimpunan itu menjawab,"Ada...dia ada." "Saya yang buat laporan polis," kata pemandu berkenaan yang tampil ke depan di majalis perhimpunan itu. "Mana dia laporan polis itu," tanya Tajudin. "Mana dia tanda kena pukul," tanya Tajudin bertalu-talu. "Ada, ini dia," kata pemandu itu. "Mari sini," kata Tajudin..."Biarkan perkara ini diselesaikan di sini...mana dia tanda kena pukul itu...mana....mana," tekan Tajudin. "Mana ada...dah lama," sampuk satu suara yang kedengaran dari rakaman itu. "Kenapa polis tak datang sampai hari ini...kenapa tidak ada sebarang tindakan (terhadap dia)," tekan Tajudin lagi. Ekoran itu, pemandu berkenaan tampil ke depan di majlis itu dan kedengaran berkata:- "Majlis rasmi start pukul lapan, Datuk keluar rumah 9.05 malam....satu jam lewat...Datuk tahu saya orang baru. Dia tunjuk jalan, masuk kiri masuk kanan sampai jumpa jalan mati," kata pemandu itu diiringi tepukan kakitangan Felcra yang hadir di majlis itu. Ekoran itu, ia telah menaikkan darah Tajuddin dan berkata, "Saya tidak minta tepuk...tak perlu tepuk, ini bukan majlis politik," dengan nada marah. "Saya minta ambil tindakan mahkamah hari ini juga,....kenapa selepas enam bulan tidak ada tindakan," kata Tajuddin marah dan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan kerana memalukannya. "Dia kata dia hormat tetapi dia buat laporan polis. Saya sabar hampir beberapa bulan kerana saya fikir dia budak tidak perlu ambil tindakan. Tetapi hari dia nak tunjukkan dia benar, saya tak takut," kata Tajudin. Menurut sumber Harakahdaily, peristiwa yang membawa pergaduhan secara berdepan di hadapan kakitangan Ibu Pejabat Felcra ini berlaku pada 21 Oktober 2009 lagi. Ketika itu, dua pemandu Tajudin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak tidak dapat membawanya kerana seorang sakit dan seorang lagi terpaksa cuti secara tergesa-gesa. Pemandu ini telah diarahkan membawa Tajudin ke satu majlis di rumah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Namun, mereka tidak jumpa rumah berkenaan. Tajudin menyalahkan pemandunya dan memukul kepala pemandunya dan mengambilalih stering kereta. Ekoran pukulan itu, pemandu itu membuat laporan polis pada keesokan harinya (22 Oktober) di Balai Polis Johor Bahru Central, Johor. Ekoran kejadian di ibu pejabat Felcra pada 3 Mei itu, pemandu berkenaan dikatakan telah membuat sekali lagi laporan polis iaitu pada 4 Mei sehari selepas keajadian itu. Laporan kali ini dibuat di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Dalam majlis pada 3 Mei itu, Tajudin yang berucap di majlis itu marah-marah kerana pemandu berkenaan telah membuat laporan polis kononnya dia telah dipukul kira-kira enam bulan sebelum itu. "Ada laporan kata, saya pukul driver saya....seluruh orang di Perak pun tahu. Kononnya supaya menteri ke, perdana menteri ke tidak dengar cakap saya, dengar cakap dia," mula Tajudin mengaitkan isu ini dalam ucapannya itu. "Budak driver ini bawa saya pada satu malam nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin...ada dalam blog pun...pembangkang gunalah ini, kita dok bagi buahnya," kata Tajudin. "Nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin, dia tak tau jalan...pusing-pusing, dekat satu jam...aik bila nak sampai, majlis nak habis dah...nak suruh saya senyum je dalam motokar...siang tadi kamu tidak pergi recky, mana rumahnya, senang kita nak pergi. Sudahnya saya pula ambil stering bawa dia, dia jadi bos..kita pula jadi diriver dia, hotlah kita," Tajudin memulakan serangannya kepada drivernya itu dalam perhimpunan bulanan yang disertai oleh semua kakitangan ibu pejabat Felcra termasuk semua pegawai kanannya. Di majlis itu, Tajudin yang akan tamat kontraknya pertengahan Oktober depan turut memperkenalkan CEO baru Felcra Berhad. "Esoknya, dia boleh berani pergi buat laporan polis dan dakwa dia kena pukul...tak ada tanda pun," kata Tajudin. Ekoran itulah, pemandu Felcra itu bangun dan memberikan penjelasan di majlis itu dengan di sambut tepukan gemuruh perserta perhimpunan bulanan di Auditorium Felcra Berhad itu. - Harakahdaily VIDEO 1: Kisah Tajuddin bergaduh dengan pemandunya [Bhg1] VIDEO 2: Kisah Tajuddin bergaduh dengan pemandunya [Bhg2] |
| Bicara Gambar: Bila Tun Mahathir berucap.......... Posted: 01 Oct 2010 05:53 AM PDT |
| Imbas Kembali: Ku Li bakal dipecat dari parti Umno?..(video inside) Posted: 01 Oct 2010 03:40 AM PDT ![]() VIDEO: Ku Li Bakal Dipecat? VIDEO: Umno teliti 'tindakan' pada Ku Li Baca versi Malaysiakini di SINI... Namun, Respon Ku Li.... "Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal).." - Ku Li ![]() Ku Li: Umno boleh pecat saya jika mahu KUALA LUMPUR, Feb 8 — Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno berhak untuk memecat beliau jika berhasrat untuk berbuat demikian berhubung pendiriannya dalam isu pertikaian Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak. "Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal)," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. Ketika ditanya sesetengah pihak tersinggung ekoran teguran dan pendirian beliau yang tegas berulang kali dalam isu ini, Tengku Razaleigh (gambar) berkata, "siapa yang makan cili dialah rasa pedas." Pengasas dan bekas pengerusi Petronas berkata beliau hanya menjelaskan peruntukan dalam Akta Pembangunan Petroelum sejak kebelakangan ini termasuk hak kepada kerajaan negeri Kelantan. "Ia bukan pendirian saya. Saya tiada apa-apa kaitan dengannya," kata beliau. Oleh itu kata beliau, tujuan asal akta itu ialah memastikan negeri-negeri miskin di Malaysia menerima manfaat. Nasihat beliau kepada Petronas ialah mematuhi peruntukan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan negeri-negeri berkenaan. Awal bulan ini, Tengku Razaleigh berkata tindakan disiplin yang didesak sesetengah pihak dalam parti itu adalah tidak relevan dan Umno boleh mengambil apa sahaja tindakan yang mereka inginkan. "Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan," katanya. Beberapa pihak dalam Umno menggesa agar parti mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh berikutan kenyataannya Khamis lepas yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya wang ihsan. Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pula berkata pucuk pimpinan parti akan meneliti ucapan Tengku Razaleigh itu.- TMI |
| AJAIB: Cuba perhati betul-betul logo Umno ini... Posted: 01 Oct 2010 02:42 AM PDT |
| Bekas pemimpin Umno a.k.a veteran tegar Umno sertai Parti Keadilan Rakyat..(video inside) Posted: 01 Oct 2010 02:23 AM PDT Oleh: edyesdotcom Berlaku di majlis jamuan hari raya dan rumah terbuka Keadilan Cabang Rembau, seorang veteran UMNO yang pernah menjadi ADO Jempol, bekas s/u sulit Reily Jefry ketika itu Menteri Kerja Raya, juga bekas s/u sulit lim liong sik, bekas pimpinan pemuda UMNO Teluk Kemang dan sekarang ini sebagai usahawan berjaya. Veteran yang cukup dikenali sebagai kawan rapat Isa Samad (sehingga sekarang), telah terbuka hatinya apabila mendengar pidato Chegubard yang banyak menyentuh isu keselamatan rakyat dan isu gadaian maruah bangsa yang dilakukan oleh UMNO. Dengan rasa insaf, dengan fikiran terbuka, veteran berumur 62 tahun (yang biasanya takkan berubah dari menyokong UMNO) dengan begitu semangat mengumumkan keluarnya dari parti keparat UMNO!! Dan beliau yakin, ramai lagi rakan-rakannya dalam UMNO akan mengikut jejak langkah beliau. Beliau adalah Hj Md Noor Daud. Perkara ini berlaku secara spontan, atas keinsafan seorang insan yang kita selalu jangkakan hidup dan matinya untuk UMNO semata-mata. Tetapi perkiraan politik Malaysia hari sudah sangat berbeza dan telah melalui fasa-fasa perubahan yang menampakkan kesan positif. Kerana hari ini, bukan hanya anak muda yang berjaya melepaskan diri dari kongkongan 'projek pembodohan rakyat' tajaan kerajaan Barisan Nasional, malah pengundi di saluran yang paling sukar untuk ditembusi, paling sukar untuk dirayu undinya juga boleh direformasikan dengan pendekatan yang menjurus kepada realiti. Percayalah bahawa mereka yang berumur ini tidak berminat dengan frasa-frasa retorik kerana resamnya bagi seorang veteran, mereka terlebih dahulu merasa garam. Saya berani jamin, ini bukanlah satu kes terpencil. Ramai lagi penerima pencen akan beralih arah kerana tidak lagi mempunyai ikatan berbentuk risiko sekiranya mereka menyebelahi pembangkang. Saya yakin seperti yang disebut oleh Md Noor Daud, bahawasanya ramai lagi rakan-rakannya akan menyonsang arus bagi merentas perubahan demi untuk memastikan kesilapan mereka suatu masa dulu dapat ditebus, walaupun tidak dapat mengembalikan jumlah sebenar tanah rezab melayu yang telah tergadai. Jika kita sebagai anak muda mempunyai peluang, tarbiyah dan pujuk jika perlu supaya orang-orang terdekat memahami apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Supaya mereka melihat komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat adalah wadah yang paling sesuai untuk berjuang, tidak kiralah apa lingkungan umurnya. Masih belum terlewat untuk mereka yang biru tegar meninggalkan parti lama dengan politik lama dengan menyertai parti baru dengan politik baru - iaitu memulangkan harta kekayaan negara kepada rakyat. Masih lagi belum terlambat untuk setiap saudara sekampung kita yang berada di sebelah sana untuk berhijrah, sepertimana pepatah orang putih yang berbunyi 'better late than never'. Ingatlah, mereka yang menyertai Pakatan Rakyat, mereka yang menyertai Parti Keadilan Rakyat, adalah mereka-mereka yang berani! Sumber: edyesdotcom.blogspot.com |
| Umno makin EGO! Lagi bukti nyata Umno berpolitik dalam Universiti!..(bukti bersurat) Posted: 01 Oct 2010 12:26 AM PDT ![]() p/s: Klik imej diatas untuk paparan lebih jelas.. Sumber gambar: Topeng Perak Unmasked Artikel berkaitan (Umno berpolitik di IPT): 1. (Feb 2010) Lagi salahguna kuasa: SPRM digesa siasat Umno adakan konvensyen di UiTM 2. (Feb 2010) UMNO guna UiTM : aku peduli apa!!! 3. (Jun 2010) Umno semakin 'besar kepala': Bukti bergambar Umno bebas berpolitik dalam universiti! 4. (Ogos 2010) Lagi bukti bergambar Umno berpolitik dalam kawasan Universiti Malaysia Sabah! 5. (Ogos 2010) VIDEO SENSASI: Pensyarah tegar Umno di'terlanjang' secara LIVE di TV3.. Artikel berkaitan (Umno berpolitik di Sekolah): 1. (Jan 2010) Lagi salahguna kuasa: Program 'Umno Juara Rakyat' salahguna harta rakyat! 2. (Jan 2010) Umno pembohong seluruh rakyat Malaysia: Lagi kes salahguna kuasa peringkat pelajar sekolah! (bukti bergambar) 3. (Feb 2010) Program "Umno Juara Rakyat" di sekolah: Penyokong gerombolan bodohkan diri sendiri! 4. (Feb 2010) Gambar sekitar bantahan penduduk kampung terhadap salahgunakuasa Umno keatas premis sekolah! p/s: Entry ini akan sentiasa di kemaskini setiap masa..mohon segala bahan berkaitan dgn 'Umno dah salahguna/politik IPT dan Sekolah' didedahkan pada penulis..sila rujuk pada sidebar blog penulis...terima kasih.. |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan