Selasa, 19 Oktober 2010

SharpShooter

SharpShooter


Apa hubungan Mahathir dengan Rahimi?

Posted: 18 Oct 2010 08:55 PM PDT

Utusan Meloya hari ini muka depan melaporkan Dakwa Anwar tepat oleh Dr Mahathir.

Beliau berkata, keputusannya mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan meliwat kira-kira 10 tahun lalu merupakan satu tindakan tepat.

Dr. Mahathir mahu semua pihak perlu berfikir sebelum membuat sebarang tuduhan apatah lagi Anwar di dalam kes terbarunya turut disabitkan tuduhan yang sama.

"Memang kita akui seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sehinggalah dia disabitkan bersalah oleh mahkamah tetapi dalam kes terbaru Anwar jelas ia sama seperti kesnya yang terdahulu.

"Ini menggambarkan seolah-olah kes ini ada asas kebenarannya. Kes yang terkini disabitkan pada era pemerintahan orang lain dan bukannya zaman pemerintahan saya. Persoalannya mengapa kesnya sama? Tidak mustahil wujud asas-asas kebenaran dalam kes yang melibatkan Anwar itu,'' katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir ketika menjawab soalan tersebut turut menarik perhatian peserta bahawa sepanjang 22 tahun memimpin negara, beliau tidak pernah sekali mempelawa hakim hadir untuk majlis-majlis rasmi sama ada di kediamannya atau di tempat lain.

Sekiranya ada beliau berkata, ia hanya untuk Ketua Hakim Negara.

"Saya faham kedudukan hakim dan etika yang harus mereka patuhi. Sebagai hakim mereka perlu bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk golongan pemimpin kerana akhirnya mereka yang akan membuat keputusan bagi satu-satu kes,'' katanya.

Semasa Wawancara Khas Buletin Rakyat bersama Sharpshooter, soalannya - Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering mempersoalkan kenapa isu kes liwat 2 Dato' Seri Anwar Ibrahim sering ditangguhkan oleh mahkamah. Apa komen saudara dalam hal ini?

Sharpshooter menjawab - Rakyat tidak pernah lupa bahawa isu liwat yang pertama adalah ciptaan Mahathir di mana dosa Anwar paling besar ketika tahun 1998 adalah kerana tidak mahu menandatangani kewangan KWSP untuk selamatkan syarikat anak Mahathir yang didakwa mengalami kerugian besar.

Akhirnya Anwar terpenjara selama 6 tahun akibat fitnah ini walaupun tiada bukti langsung yang mengatakan Awar peliwat dan terbukti saksi-saksi ketika itu seperti Azizan ternyata adalah pembohongan besar.



Mahathir sudah pasti resah dan gelisah apabila kes liwat kedua dilewatkan. Mahathir menyedari bahawa Anwar mampu mengubah landskap politik negara. Kejayaan Anwar menyatukan tiga parti dalam Pakatan Rakyat sudah pasti mencemaskan UMNO dan BN.

Impian Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya bukan lagi satu mimpi kosong atau angan-angan Mat Jenin tetapi ianya satu realiti yang boleh dicapai. Inlah yang menakutkan Mahathir dan kuncu-kuncunya hingga kini.

Sharpshooter ingin mendedahkan mengapa Rahimi Osman tiba-tiba muncul dan mendakwa beliau dipaksa membuat akuan bersumpah oleh peguam Anwar. Tentu ramai bertanya mengapa setelah hampir tiga tahun baru Rahimi membuat dakwaan tersebut? Mengapa tidak pada tahun 2008?

Dalam Face Book Rahimi Osman, beliau telah memuatkan gambar menunggang kuda bersama Dr Mahathir lebih kurang tiga bulan yang lalu yang di'uploadkan' pada bulan Julai 2010. Ini bermakna peristiwa tersebut berlaku pada bulan April 2010.



Kehidupan gaya mewah Rahimi menunggang kuda. Ini baru gambar intro sahaja. Yang lain kita tangguh dulu..

Mungkin anda tahu dan boleh agak jawapannya mengapa pada tahun 2010 baru Rahimi muncul dan mendakwa beliau dipaksa oleh peguam Anwar untuk membuat akuan bersumpah. Mengapa tidak pada tahun 2008? Lu fikir la sendiri..

Cuba kita tonton sedutan ceramah Chegubard tentang kes liwat 2.

Ini pula sedutan penerangan Saifudin tentang kes liwat 2


Ini pula kenyataan seorang penceramah bebas yang bukan orang politik Ustazah Fatimah Azzahra tentang sumpah Saiful




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Keadilan bertanding di Batu Sapi

Posted: 18 Oct 2010 08:35 PM PDT

Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 November in akan diwakili oleh calon daripada Keadilan, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Serentak dengan keputusan itu, Anwar berkata beliau berharap sebuah lagi parti pembangkang di Sabah - Parti Maju Sabah (SAPP) - akan memberikan laluan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Pada 16 Oktober lalu, presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengumumkan parti itu akan bertanding bagi menyakinkan rakyat Sabah bahawa mereka mampu menguruskan pentadbiran negeri sendiri. Katanya, keputusan untuk bertanding adalah ujian getit bagi SAPP setelah berkerat arang dengan BN dan mengisytiharkan mereka sebagai parti pembangkang pada 2008.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu. Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Veteran UMNO Sabah keluar UMNO

Posted: 18 Oct 2010 07:43 PM PDT

KOTA KINABALU: Seorang ahli politik veteran utama yang membawa Umno masuk ke Sabah, Datuk Karim Ghani, mengumumkan beliau keluar dari parti itu, Isnin.

Karim adalah antara bekas pemimpin Usno (United Sabah National Organization), termasuk Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan membawa Umno masuk ke Sabah pada 1990an.

Usno dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno.

Karim berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat negeri parti itu di sini, awal hari ini.

"Saya telah keluar dari Umno berkuat kuasa serta merta hari ini. Saya tetap dengan keputusan ini dan dalam pada itu saya tidak berparti sehingga menemui parti politik yang sesuai," katanya pada sidang akhbar di sini.

Karim berkata beliau kecewa dengan kegagalan Umno untuk mencapai objektif memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

Bekas naib presiden Usno itu menyertai kumpulan yang setia kepada Usno yang baru-baru ini meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar mengkaji semula keputusannya menolak permohonan mereka memulihkan Usno.

Ada laporan menyatakan majoriti bekas pemimpin Usno merasa mereka dipinggirkan dan mahu parti itu dipulihkan untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan politik mereka. - BERNAMA


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: