SharpShooter |
- Surat Akuan Berkanun Rahimi yg terbaru
- Tiada paksaan akuan bersumpah Rahimi
- Mengapa Hishamudin tidak mahu siasat dakwaan Musa Hasan?
- Warga Emas tolak fitnah umno
- Tolak 'Dr Ayam'
| Surat Akuan Berkanun Rahimi yg terbaru Posted: 12 Oct 2010 06:38 PM PDT Ini adalah surat akuan berkanun Muhammad Rahimi bin Osman. Sila klik pada gambar untuk membacanya. Menarik sungguh cerita Rahimi yang ditokok tambah dan berbohong. Kini sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim telah berada di Kuala Lumpur dan kami akan hadir ke Ibu Pejabat Bukit Aman Bukit Perdana sekitar jam 4 - 5 petang. Nantikan berita lanjut...semoga kebenaran dapat ditegakkan..Takbir... ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Tiada paksaan akuan bersumpah Rahimi Posted: 12 Oct 2010 06:18 PM PDT Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Latheefa Koya dan peguam, Saiful Izham Ramli hari ini memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung aduan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.Mereka diwakili peguam, N Surendran dan R Sivarasa hadir di Cawangan Komersial ibu pejabat polis Bukit Aman, pukul 11 pagi tadi. Mereka disiasat di bawah seksyen 199 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 3 tahun jika disabit kesalahan memberi kenyataan palsu. Keterangan mereka diambil oleh pegawai polis, Superintendan Baharuddin Idris dan Krisnan Nair. Latheefa yang ditemui selepas selesai memberikan keterangan menafikan dakwaan kononnya beliau bersama Saiful Izham telah memaksa Rahimi menandatangani akuan bersumpah bagi mengaitkan nama Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam kes fitnah 2 terhadap Ketua Oposisi itu. "Saya rasa tiada perkara baru tapi saya mahu maklumkan bahawa Pesuruhjaya Sumpah, S Selvarajah mengesahkan Rahimi menandatangani akuan tersebut di hadapan beliau dan ianya dibuat secara sukarela. "Rahimi hadir dengan kereta berasingan ke pesuruhjaya sumpah pada 1 Julai 2008 untuk menandatangani akuan bersumpah kedua di hadapan Pesuruhjaya Sumpah selain akuan pertama yang dibuat 29 Jun 2008 disaksikan bekas ahli parlimen KEADILAN, Wee Choo Keong di Hotel Quality, Shah Alam. "Namun begitu, saya dan Saiful Izham tidak dibenarkan mendapat salinan akuan bersumpah terbaru oleh Rahimi," ujar beliau. Sementara itu, Surendran yang mewakili Latheefa berkata adalah menjadi satu kesalahan jenayah sekiranya individu menukar akuan bersumpah bertentangan dengan kenyataan yang dibuat sebelum ini. "Kita mengesa pihak polis agar menyiasat Rahimi secepat mungkin dan mendakwa beliau membuat akuan bersumpah palsu. "Rahimi mengambil masa dua tahun untuk menukar kenyataan dan ini menjadi tanda tanya, saya percaya tentu ada dalang di sebalik konspirasi ini. "Ingat ini adalah versi Rahimi yang dibuat selepas dua tahun selepas kejadian. Adakah dia ditahan di Quality Hotel selama dua tahun? tidak. Dia bebas seperti burung. Jadi apa yang membuatkan beliau tidak keluar membuat laporan polis," tegas beliau. Menurut Surendran lagi, pihaknya juga telah menghantar surat kepada Rahimi Jumaat lalu dan memberi beliau masa 24 jam untuk beliau memberikan maklumbalas berhubung laporan tersebut. Manakala Malaysiakini melaporkan akuan bersumpah itu ditandatangani di hadapan Wee Choo Keong, yang ketika itu adalah ahli parlimen PKR di Wangsa Maju. "Rahimi tandatangan akuan bersumpah pertama pada 29 Jun 2008, di Quality Hotel di Shah Alam. Dia tandatangan secara sukarela di hadapan peguam, ahli parlimen dan pesuruhjaya sumpah Wee Choo Keong. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Mengapa Hishamudin tidak mahu siasat dakwaan Musa Hasan? Posted: 12 Oct 2010 06:00 PM PDT Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bercadang untuk membuat siasatan ke atas dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam urusan polis.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu hasil siasatan dakwaan bekas Ketua Polis Negara itu, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Pada 6 September lalu, Musa melahirkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang. Kementerian berkenaan kemudiannya menafikan dakwaan berkenaan. - Bernama Sharpshooter -Mengapa Hishamudin tidak mahu siasat sedangkan dakwaan tersebut datangnya dari mantan ketua polis negara? Sifirnya mudah sebab terkena atas batang hidung sendiri. Di manakah keadilannya? Rakyat bukan sahaja mahu melihat keadilan tetapi rakyat mahu melihat keadilan itu terlaksana. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Posted: 12 Oct 2010 05:56 PM PDT Mohd Sabri Said BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan. Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi. Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal. Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang. "Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan. "Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat. "Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.Bagi Sambasivam pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja. Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng. Berita : Harakah Daily dan anak sungai derhaka * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Posted: 12 Oct 2010 05:23 PM PDT ![]() Bekas pengerusi MCA Bukit Bintang MCA, Dr Lee Chong Meng, yang sedang berusaha untuk menyertai PKR, terus berdepan dengan bantahan dari ahli parti tersebut.
Ini didasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh bekas isterinya - Liaw Kuei Hsiang pada 2000, yang disertakan dengan laporan perubatan mengenai kecederaan yang dialaminya. Menurut laporan dalam akhbar harian berbahasa Cina, dokumen tersebut telah diedarkan secara meluas sebelum pilihan raya umum 2008 oleh beberapa pertumbuhan wanita. Ketika itu, mereka juga meminta Lee menjelaskan tuduhan kekerasan rumahtangga adalah alasan mengapa dia digugurkan daripada menjadi calon BN dalam pilihan raya umum 2004.
Gan berkata Wanita PKR tidak akan menerima sesiapa pun, yang mempunyai sejarah keganasan terhadap wanita, menyertai parti itu dan menggesa kepimpinan pusat mengambil pendirian yang serupa. "Pemimpin nasional parti tidak harus menerima Lee kerana perjuangan membela hak-hak wanita, merupakan sebahagian daripada agenda parti," katanya. Mereka yang menghadiri sidang akhbar itu juga membawa sepanduk dalam bahasa Inggeris mengecam Lee, termasuk yang berbunyi "PKR bukan bakul sampah" dan "PKR tolak Dr Ayam". Sharpshooter - Setuju sangat dengan tindakan ahli Keadilan yang menolak Dr Ayam. Sudah sampai masanya Keadilan memilih ahli dan bukannya menerima sesiapa sahaja apatah lagi jika mereka adalah bekas pimpinan besar parti BN. Kemasukan selepas kemenangan dan sebelum kemenangan sudah pasti ada bezanya. Tidak semua yang tidak ikhlas tetapi memang ada di antara mereka yang 'musang berbulu ayam'. Bekas pimpinan besar parti BN yang masuk selepas kemenangan pasti ada bezanya tidak seperti bekas pimpinan parti komponan BN yang sertai Keadilan sebelum kemenangan. Namun begiu kita juga tidak menafikan ada juga yang telah lompat biarpun mereka sertai Keadilan sebelum menang kemudian apabila sudah menjadi wakil rakyat dan akhirnya mereka melompat. Keadilan baru sahaja melalui ujian getir pemilihan dan seperti yang dijangkakan telah ada yang melompat kerana kalah. Pergi mampuslah dengan mereka yang gila jawatan dan mereka ini langsung tidak fikirkan perjuangan untuk rakyat tetapi hanya memikirkan perjuangan diri sendiri. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan