Era Pasca |
- Puak anti-gay bertempur dengan polis
- KAHKAHKAH MEE SESUAI UNTUK SAYFOOL BAU KARI!
- BUANG BAYI DALAM SEMAK
| Puak anti-gay bertempur dengan polis Posted: 12 Oct 2010 09:03 PM PDT Lebih 140 cedera manakala 200 lagi ditahan selepas polis antirusuhan Serbia bertempur dengan penyokong kumpulan berhaluan kanan yang melontarkan beberapa bom koktel Molotov ke arah satu perarakan aktivis yang menyokong perkahwinan homoseksual di pusat bandar ini semalam, kata satu kenyataan. Beberapa penunjuk perasaan yang membantah perarakan anjuran kumpulan homoseksual itu cuba memecah masuk kepungan yang dilakukan oleh beribu-ribu anggota polis. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila penunjuk perasaan mula membakar beberapa buah kenderaan serta merosakkan kemudahan awam selain merampas barang di kedai-kedai yang terdapat di lokasi perbarisan itu. Selain itu, penunjuk perasaan anti homoseksual tersebut turut melontar bom koktel Molotov di ibu pejabat Parti Demokratik hingga menyebabkan garaj di bangunan tersebut terbakar. Sebuah bangunan stesen televisyen tempatan serta pejabat sebuah lagi parti politik turut diserang menyebabkan banyak tingkap pecah kerana dilontar batu. Penunjuk perasaan yang melaungkan kata-kata 'hapuskan homoseksual' memecah masuk kepungan polis serta turut membaling batu, botol serta bom buatan sendiri ke arah pasukan keselamatan yang bertugas. Polis bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan rusuhan berkenaan. Menteri Dalam Negeri Serbia, Ivica Dacic berkata pihaknya menganggarkan penunjuk perasaan berjumlah 6,000 orang manakala anggota polis pula seramai 5,600 dan beliau turut memuji cara pasukan keselamatan menyelesaikan rusuhan itu tanpa perlu melakukan sebarang pertumpahan darah. Perarakan yang dianjurkan oleh kumpulan homoseksual itu merupakan ujian baru kepada kerajaan Serbia yang telah berjanji untuk melindungi hak asasi manusia untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU). Kumpulan berhaluan kanan tidak bersetuju dengan sebarang hubungan homoseksual dengan mendakwa ia bertentangan dengan ajaran agama. - AP Ini cerit di LUAR MESIA! Apa citer di MESIA!? KAHKAHKAH MANA PEJUANG-PEJUANG YANG PERTAHANKAN JUBUR SAYFOOL? TAK G WAT RUSUHAN ANTAR MEMORANDUM BANTAH? KAHKAHKAH |
| KAHKAHKAH MEE SESUAI UNTUK SAYFOOL BAU KARI! Posted: 12 Oct 2010 04:55 PM PDT |
| Posted: 12 Oct 2010 06:24 AM PDT Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan dibungkus dengan tuala, ditemui ditinggalkan dalam semak di tepi pagar berdekatan sebuah Taman Asuhan Kanak Kanak (Taska) di Kampung Titi Teduri, Mukim Pulai di sini Selasa. Bayi yang terdapat kesan luka di badan akibat terkena duri, ditemui pekerja dan pemilik Taska berkenaan pukul 10 pagi ini dan kemudian membuat laporan polis. Bayi seberat tiga kilogram itu dengan tali pusatnya sudah dipotong ditemui dalam keadaan lemah dan terdapat semut di badannya. Bayi lelaki berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui dan turut ditemui bersama bayi itu adalah urinya yang diletakkan berdekatan bayi itu.Kesan darah turut ditemui dalam kawasan pagar taska itu serta di kawasan bayi ditinggalkan. Pemilik taska terbabit, Siti Hawa Othman, 40, berkata dua guru di taska itu terpandang tompokan darah ketika membantu pelajar memberus gigi di kawasan itu sebelum bayi berkenaan ditemui dalam jarak tiga kaki dari mereka berdiri. Berpandukan tompokan darah di atas simen dalam kawasan Taska terbabit, dua guru terbabit membuat siasatan hingga menemui bayi yang berbungkus dengan sehelai tuala dalam semak di sebelah pagar taska itu.Siti Hawa yang mengambil dan membersihkan kotoran yang terlekat di badan bayi berkenaan kemudian membuat laporan polis. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling Amelia Shatirah Dorahim berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Daerah Baling selepas pemilik Taska membuat laporan polis. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Supt Mohd Daut Md Hasan mengesahkan polis menerima laporan penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu dan pasangannya serta individu terlibat. Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani petang ini untuk rawatan lanjut berikutan jangkitan kuman.- BERNAMA INI LAK VIDEO ORANG SELAMATKAN BAYI |
| You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan