Senyum Tangis Sendu |
| Masjid Pelancongan Jadi Tempat Maksiat Posted: 24 Oct 2010 04:37 PM PDT Pelancong sedang berfotografi Masjid Juga Jadi Tempat 'berdating' Ada gerai dalam kawasan masjid Tempat keluarga beristirahat Inilah akibat terlalu memfokuskan pelancongan tetapi mengabaikan kesucian masjid. Lokasi tersebut adalah di Masjid Selat, Melaka dan tidak jauh daripusat membeli belah Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Masjid ini juga hampir senasib dengan Masjid Kristal di Terengganu yang menjadi masjid pelancongan. Bukan sahaja tempat pelancongan malahan masjid juga menjadi tempat beradu asmara. Penyalahgunaan masjid ini tidak mencerminkan kesucian masjid serta menjadikan masjid tempat biasa seperti kapal perang Portugis. Ketidak prihatinan kerajaan dalam isu ini menyebabkan masjid bukan lagi tempat beribadat sebaliknya sebagai tempat melancong serta melakukan perkara-perkara yang mungkar seperti dalam gambar di atas. Pihak bertanggungjawab perlu mengawasi kawasan masjid demi memastikan kesuciannya terjaga dari diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan