BRIGED MP SEGAMBUT |
- KHIANAT UMNO? SABAH DAN TERENGGANU JADIKAN RAKYAT TAIK MINYAK?
- LANUN PUJAAN UMNO:ORANG ASAL MASIH MEREMPAT?
- UMNO CINTA SELUAR DALAM DAN KELAMBU AJA?
- aAIR MANI DI JUBUR SAIFOL:ANWAR MENUJU PENJARA?
- BEKAS PERDANA MENTERI INGGRIS TONY BLAIR AKAN MASUK ISLAM?
- HEBOH!!!NAJIB BISING ADA ORANG NAK AMBIK KUASA DIA?
- ANTI DEMOKRASI:UMNO AKAN TURUN KEJALANRAYA BILA KALAH?
| KHIANAT UMNO? SABAH DAN TERENGGANU JADIKAN RAKYAT TAIK MINYAK? Posted: 25 Oct 2010 07:51 AM PDT Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah. "Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini. Idris juga membidas Muhyiddin yang membuat kenyataan bahawa "kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba. Katanya, kenyataan timbalan presiden Umno itu bersifat emosi dan sebenarnya sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di pilihan raya kecil Manek Urai, yang lalu.
"Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihan raya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai. "InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010," katanya. Muhyiddin pada sidang media selepas pengumuman calon BN bagi kerusi DUN Galas, di Gua Musang semalam berkata Umno bercakap begitu bukan kerana mereka parti yang bongkak atau sombong tetapi berdasarkan realitinya yang memang mereka berupaya.
"Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas. "Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan," katanya. Menurutnya lagi, pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka sendiri telah melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno.
Menurut Idris, rakyat, khususnya di Kelantan juga menyedari "busuk hati" pemimpin Umno yang tidak menghormat federalisme sehingga menyebabkan 118 projek kerajaan pusat di Kelantan tidak dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Keenam yang lalu. "Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi. "Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin," katanya. | ||||
| LANUN PUJAAN UMNO:ORANG ASAL MASIH MEREMPAT? Posted: 25 Oct 2010 04:44 AM PDT Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali menegaskan, kedudukan Orang Asal di Semenanjung Malaysia tidak akan terjamin pada masa akan datang sekiranya hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Azmin ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, tiada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kepentingan Orang Asal di Semenanjung walhal mereka merupakan kaum pribumi yang telah lama menetap di negara ini. Menurutnya, Fasal (2) Perkara 160 hanya menafsirkan Orang Asli adalah Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu manakala dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, ianya hanya merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja. "Perdebatan yang berlaku pada hari ini ialah pengiktirafan Orang Asli sebagai Bumiputera berdasarkan takrifan Orang Asli yang termaktub dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan juga keperluan memaktubkan secara jelas kedudukan istimewa Orang Asli sebagai Bumiputera dalam artikel 153," kata beliau yang juga Naib Presiden PKR. Sehubungan itu, Azmin meminta kerajaan menyatakan pendirian sama ada bersedia untuk memasukkan hak Orang Asli di Semenanjung ke dalam Perlembagaan. "Adakah kerajaan bersedia untuk mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan Orang Asli dan sekiranya tidak apakah alasan yang akan diberikan oleh kementerian? "Kalau orang Turki yang duduk di Sembrong boleh dijamin oleh Perlembagaan dan diterima oleh Umno sebagai pemimpin tertinggi, kalau orang Jawa di Bagan Datuk boleh dijamin oleh Perlembagaan, kalau orang lanun di Semporna boleh termaktub dalam Perlembagaan, mengapa Orang Asli ini tidak dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan?" soalnya disambut gelak tawa beberapa ahli Parlimen. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di perhimpunan agung Umno minggu lepas ada menyebut tiga bangsa itu dengan merujuk kepada tiga naib presiden iaitu Datuk Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal yang mempunyai darah bangsa tersebut. Pada 19 Oktober lalu, Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar mengenai pengiktirafan kedudukan peribumi Orang Asli sebagai Bumiputera yang dibawa oleh Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) dalam jawapannya bagaimanapun mendakwa Azmin cuba mempolitikkan isu tersebut. Sebelum itu, Azmin dalam soalan asalnya meminta menteri menyatakan jumlah peruntukan bajet yang disalurkan kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sepanjang dua tahun lalu. Beliau juga meminta menteri menyenaraikan kesemua program yang telah dijalankan oleh JHEOA berserta pecahan bajet yang digunakan sepanjang dua tahun lepas. | ||||
| UMNO CINTA SELUAR DALAM DAN KELAMBU AJA? Posted: 25 Oct 2010 01:26 AM PDT Jadi, nampaknya tidak apa yang menarik daripada pembentangan tersebut dan lebih bersifatkan retorik. Saya sifatkan sebagai bajet 'seluar dalam' di mana ianya memainkan yang penting untuk kerajaan mencapai matlamat Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP) dan pertumbuhan 7 peratus yang bergantung kepada 'seluar dalam' dan juga 'kelambu'," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS. Tambahnya, perkara itu dianggap sebagai perkara yang amat menarik pada sesi pembentangan belanjawan pada kali ini. Apa yang dikesalkan kata beliau, di sebalik kerajaan memberikan jaminan untuk tidak menaikkan bayaran tol selama 5 tahun, kerajaan juga sepatutnya turut memberikan jaminan bahawa semua jenis subsidi khususnya petrol, barang makanan dan keperluan asas juga tidak akan dinaikkan. | ||||
| aAIR MANI DI JUBUR SAIFOL:ANWAR MENUJU PENJARA? Posted: 24 Oct 2010 10:42 PM PDT ![]() Namun, susunan di antara ketiga-tiga mereka - doktor bedah am Dr Mohd Razali Ibrahim, patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan - akan dipanggil masih belum ditentukan. Dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - akan juga hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini. Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom. Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful. Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal. "Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki," katanya.-Malaysiakini | ||||
| BEKAS PERDANA MENTERI INGGRIS TONY BLAIR AKAN MASUK ISLAM? Posted: 24 Oct 2010 08:16 PM PDT Ipar perempuan mantan Perdana Menteri Inggris, Tony Blair, dilaporkan telah masuk Islam, setelah melakukan perjalanan ke Iran. Ipar perempuan yang dimaksud adalah Lauren Booth, yang juga seorang penyiar dan jurnalis. Booth, 43 tahun, adalah adik dari istri Blair, dan ia dilaporkan sekarang memakai jilbab yang menutupi kepalanya setiap kali dia meninggalkan rumah, melakukan salat lima waktu, dan sering mengunjungi masjid setempat manakala ia sempat. Menurut Daily Mail, Booth memutuskan untuk menjadi seorang Muslimah enam minggu lalu setelah mengunjungi kuil Fatima al-Masumeh di kota Qom, Iran. "Itu terjadi pada Selasa malam, saya duduk dan merasakan hal itu sebagai suntikan spiritual, hanya kebahagiaan mutlak dan sukacita," katanya The Mail pada hari Minggu (24/10). Ketika ia kembali ke Inggris, dia memutuskan untuk segera masuk Islam. "Sekarang Saya tidak makan babi lagi dan saya membaca Alquran setiap hari. Saya sudah melakukan baca Quran sampai halaman 60. "Saya juga belum pernah minum (bir) lagi dalam 45 hari terakhir, itu periode terpanjang dalam 25 tahun saya. Hal aneh sejak saya memutuskan masuk Islam saya tidak ingin menyentuh alkohol, padahal saya tadinya adalah seseorang yang selalu menginginkan minum segelas atau dua gelas anggur setiap hari. " Ketika ditanya apakah ia akan memakai burqa, Booth menjawab: "Siapa yang tahu kemana perjalanan rohani saya akan membawa saya?" Sebelum perjalanannya ke Iran, booth telah merasa simpatik terhadap Islam dan telah menghabiskan banyak waktu bekerja di Palestina. 'Saya selalu terkesan dengan kekuatan dan kenyamanan yang ada dalam Islam," katanya. Booth, selama ini juga bekerja untuk Press TV, saluran berita berbahasa Inggris berasal dari Iran, dan menentang perang di Irak. Pada bulan Agustus 2008 ia pergi ke Gaza bersama dengan 46 aktivis lainnya, untuk menyoroti blokade Israel atas wilayah itu. Dia kemudian ditolak masuk ke Israel dan Mesir. Pada tahun 2006 dia adalah kontestan di reality show ITV I'm A Celebrity... Get Me Out Here, dan menyumbangkan sejumlah dana ke badan amal Palestina. Booth mengatakan ia berharap masuknya ia ke dalam Islam akan membantu mengubah praduga Blair tentang Islam. Nah, bagaimana Mr Blair? | ||||
| HEBOH!!!NAJIB BISING ADA ORANG NAK AMBIK KUASA DIA? Posted: 24 Oct 2010 06:24 PM PDT Anwar berkata apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri pada mesyuarat agung parti beliau minggu lalu mencerminkan ketakutan Umno-BN bahawa mereka akan benar-benar kehilangan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi. "Pilihan Raya Umum ke 13 akan diumumkan tidak lama lagi. Pilihan raya kecil Batu Sapi ini hanya permulaan. Hari ini Umno tidak lagi dalam nada bahawa kita bermimpi disiang hari untuk mengambil alih pemerintahan negara tetapi hari ini mereka berkata 'ada orang nak ambil kuasa kita, jadi kita mesti pertahan dengan jiwa dan raga. Kalau kita memang mereka jiwa dah tidak ada, tinggal raga sahaja," sindir Anwar disambut dengan gelak ketawa oleh lebih 3,000 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah, walaupun BN telah diamanahkan oleh rakyat untuk mentadbir Sabah hampir 50 tahun tetapi mereka gagal sama sekali menyelesaikan isu asasi rakyat seperti bekalan air bersih, bekalan eletrik dan masalah perumahan. "Saya akan mejadi amat pelik dan hairan kalau selama 50 tahun Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah rakyat Sabah dan juga Sarawak, rakyat masih mahu sokong mereka. Jangankan cakap pasal soal otonomi Sabah atau royalti minyak, soal apai dan air pun tidak dapat mereka selesaikan. Tengok negeri Selangor, apabila kita perintah bukan sahaja bekalan air baik malah percuma pula kita berikan. BN perintah Sabah, air pun tak dapat tapi harga pula meningkat," ujar Anwar lagi. Oleh kerana itu Anwar mengingatkan adalah penting Pakatan Rakyat memenangi PRK Batu Sapi 4 November depan supaya dengan tertubuhnya kerajaan pusat impian rakyat Sabah khususnya untuk mengecapi kehidupan yang jauh lebih baik dan hak mereka dihormati dan dikembalikan akan tercapai. "Permintaan 'kalau hari ini memerintah esok turun harga minyak, hari ini memerintah esok dapat otonomi dan 20 peratus royalti minyak hanya boleh dicapai bukan sahaja dengan memenangi Kota Kinabalu tetapi Kota Kinabalu dan Putrajaya sekali. Jadi pilihan raya Batu Sapi adalah antara kuasa rakyat dan corak pemerintahan yang angkuh dan bongkak," kata Anwar. | ||||
| ANTI DEMOKRASI:UMNO AKAN TURUN KEJALANRAYA BILA KALAH? Posted: 24 Oct 2010 05:25 PM PDT sikap najib yang seakan kita lihat anti demokrasi wajar disanggah oleh rakyat, ini karena malaysia bukan hak pusaka umno ia hak rakyat dan rakyat berhak memilih dan menjadikan sesiapa yang rakyat sukai untuk memimpin dan kemudian mentadbirkan urusan mereka, bukan seperti najib yang sanggup berbuat apa saja untuk menghalang pakatan atau pihak lain yang mampu mengambil alih pusat pentadbiran putra jaya. apapun kita berterimakasih kepada najib yang menjelaskan kepada rakyat bahawa kepentingan dan hak istimewa melayu telah terselamat karena telah dikemas begitu rapi oleh perlembagaan dan dilindungi oleh sembilan raja raja melayu. jadi isu yang mengatakan jika pakatan berkuasa kepentingan dan hak melayu akan terpinggir hanyalah isu mainan politik kotor umno ini ditambah dengan kenyataan dap yang mengatakan bahawa bila pakatan berkuasa agama islam tetap dijamin sebagai agama rasmi dan kepentingan dan hak istimewa melayu tidak akan terusik, ini karena masalah sebenar negara adalah umno yang telah berkuasa terlalu lama sehingga ia menyebabkan salah urus dengan pelbagai rasuah yang tak pernah susut., kalau kita lihat diseluruh dunia sekarang ini kebanyakan pemerintahan hanya sepenggal dua dan akan bertukar, ia dilakukan agar pemerintahan berjalan lebih baik dan perihatin terhadap nasib rakyat tidak seperti umno dimana dipinggiran kota kuala lumpur ini yang diutamakan adalah kilang taikun sedangkan perumahan rakyat masih terbengkalai lalu rumah rakyat miskin tergusur dengan alasan pembangunan, anehnya.. dengan penjelasan najib sahlah bagi kita bahawa umno sudah tidak menjadi masalah sekiranya umno kita buangkan kelaut china selatan karena hak istimewa dan agama resmi islam tetap dipertahankan walaupun darurat sekalipun. jadi buangkan umno saja dari putra jaya demi perubahan dan jika nanti pakatan berbuat sama seperti umno kita buangkan juga..yang penting adalah keadilan dan kebajikan rakyat.. buanglah umno yang korup. |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan