PRO REFORM |
- FOTO KESEDARAN 12 OKTOBER 2010
- Perkembangan Kes Fitnah 2 Terhadap DSAI
- Chegu Bard Umum Bertanding Ketua AMK
| FOTO KESEDARAN 12 OKTOBER 2010 Posted: 13 Oct 2010 08:17 AM PDT " Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa' ayat 30 klik untuk sambungan foto-foto VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT. |
| Perkembangan Kes Fitnah 2 Terhadap DSAI Posted: 13 Oct 2010 04:17 AM PDT Pasukan Pembelaan Mungkin Kemuka Permohonan Menghina Mahkamah Terhadap Rahimi Esok SHAH ALAM 13 Okt - Pasukan pembelaan dalam perbicaraan Fitnah II mungkin akan membuat permohonan subjudis terhadap bekas pembantu Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada mahkamah esok bagi berhubung laporan polis yang dibuatnya mengenai penafian ke atas dua akuan bersumpah yang ditandatangani pada 2008. Peguambela, Sankara Nair dalam emel kepada Suara Keadilan berkata langkah itu susulan daripada kenyataan ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh dan beliau sendiri mengenai perkara tersebut. Sankara juga berkata perbicaraan Fitnah II juga akan bersambung semula esok bermula pukul 8.30 pagi hingga 2.00 petang dan hari Jumaat pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. "Ini adalah agar Datuk Seri Anar Ibrahim dan Karpal boleh menghadiri sidang Parlimen pada hari-hari tersebut," kata beliau. Beliau juga memaklumkan pihak pendakwaan akan memanggil dua lagi saksi forensik untuk prosiding esok. (SuaraKeadilan) |
| Chegu Bard Umum Bertanding Ketua AMK Posted: 13 Oct 2010 04:08 AM PDT Oleh Jamilah Kamarudin KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin hari ini mengumumkan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat sekaligus mencabar penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dan calon Mohd Rafizi Ramli. Perkara itu diumumkan beliau secara rasminya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di sini. Sehubungan itu, beliau turut menampilkan bergunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang bagi merebut jawatan Timbalan AMK. Manakala bagi jawatan Naib Ketua AMK pula beliau mempertaruhkan Ketua AMK Perak yang juga Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Ketua Cabang Keningau Dr Nicholas Guntobon . Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard merupakan individu kedua yang mengumumkan hasrat bertanding bagi Ketua AMK selepas Rafizi, manakala FMT difahamkan Shamsul pula dijangka akan mengumumkan keputusan sama ada untuk mempertahankan jawatannya itu Jumaat ini. "Saya bersyukur dapat sokongan kebanyakan golongan anak muda daripada seluruh negeri malah mendapat restu daripada pemimpin tertinggi PKR," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Kira-kira 100 penyokong, Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub, serta beberapa pemimpin PKR lain turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap Chegu Bard. Manifesto utama DSC_0594Dengan menampilkan manifesto utama iaitu mahu merancakkan semula gerakan anak muda untuk mengubah negara dan memulangkan semula hak rakyat Perak kepada pemerintahan Pakatan Rakyat, beliau yakin mendapat sokongan golongan muda parti dan ahli selain AMK. Ditanya mengenai peluangnya bersaing dengan pencabar lain seperti Rafizi, Shamsul, dan Hasmi Hashim, beliau meyifatkan mereka sebagai calon Ketua AMK yang "saling melengkapi". "Masing-masing mempunyai kelebihan. Kepada mereka yang mempunyai rekod dan idea yang baik, sudah tentu dapat sokongan daripada ahli. "Tapi dalam pertandingan perlu pilih yang terbaik. Kalah menang adat pertandingan dan kepada yang kalah, perlu bersedia menerimanya dengan hati terbuka," katanya. Beliau juga difahamkam akan mula menggerakkan jenteranya dan berkempen ke seluruh negeri pada 17 Oktober depan bermula di Kedah. Chegu Bard turut mengumumkan untuk mengambil sikap berkecuali dan menyokong semua calon naib presiden yang mahu bertanding. "Kami menyokong Azmin (Ali), begitu juga Zaid (Ibrahim), (Tan Sri) Khalid (Ibrahim) dan Mustaffa (Kamil Ayub). "Bagi kami ini adalah satu proses biasa untuk memilih satu pasukan kepimpinan untuk memperkukuhkan parti," katanya. Sementara itu, Lih Kang berkata keputusannya untuk bertanding jawatan tertinggi adalah kerana mahu memperkukuhkan agenda parti. "Setelah berbincang dengan rakan-rakan lain, saya menawarkan diri bertanding sebagai timbalan," katanya yang sebelum ini berpendirian hanya berminat bertanding di peringkat exco pusat. (FreeMalaysiaToday) |
| You are subscribed to email updates from PRO REFORM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan