AdukaTaruna |
- Konsert gay. Gua murka ni bai.
- Cerita Tok Janggut di alam akhirat.
- Penyokong Kelantan syahid memperjuangkan akidah bola.
| Konsert gay. Gua murka ni bai. Posted: 13 Oct 2010 03:11 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Gua murka! Gua murka! Gua murka! Sebagai calon Galas, Seltan Aduka Seltan Taruna Aminurrayid, gua amat murka tentang perkara ini. Gua ditugaskan sebagai penjaga agama di wilayah Galas ini. Maka, sila langkah mayat gua dulu untuk bawa dan iktiraf corak kehidupan songsang di Galas ini. "Murka kepala ayah lu tu." "Eh.. niamakahai nih. Berani kurang ajar dengan gua. Lu nak gua halau dari Galas ke apa? Lu nak jadi William Gallas? Dah kena halau dengan gua. Skang ni kat Spur plak." "Pundek lu. Gua bersumpah satu hari nanti, lu dapat melihat status kehinaan lu di sisi tuhan. Di dunia ini lagi. Gua masih muda. Jika Allah mengizinkan umur gua panjang, gua juga berharap Allah mengizinkan gua memiliki masa yang cukup." "Barua... lu tak kenal lagi tempeleng gua." "Lancau sama tempeleng lu. Cuba lu kosong sama kosong dengan gua. Lu tempeleng gua sekali, gua tempeleng lu sekali. Kita tengok tempeleng siapa yang berisi RnD. Setakat tangan kena gigit nyamuk pun dah merungut, nak doktrin tempeleng berbisa konon." "Bangsat!" "Lu tunggu gua 10 tahun lagi. Lu tunggu!!" "Dah la bang... bangun.. bangun. Tu la.. tido sampai terlajak Subuh. Tunggu apanya tu? Nak kawin lagi la tuh." Aduss..... | ||
| Cerita Tok Janggut di alam akhirat. Posted: 12 Oct 2010 10:38 PM PDT Oleh : AdukaTaruna "Bangsa bangsat manakah yang bercita-cita mati di atas katil?" "Bangsa bangsat manakah yang bercita-cita mati di atas katil?" "Bangsa bangsat manakah yang bercita-cita mati di atas katil?" Khalid Al-Walid tunduk dan sedikit lesu. Walau dianugerahkan pelbagai kemuliaan pada hari itu, ada riak segan di wajahnya. "Eh… Panglima Khalid. Silakan." Sapa seorang lelaki berwajah bercahaya. Tetapi tangan dan kakinya kudung. Parut berselirat. Manusia seumpamanya, cacat di sini sana menoleh dan beranjak member penghormatan kepada Khalid. Di alam itu, siapa yang tidak kenal akan nama Khalid Al-Walid? Siapa? Oh.. yang itu memang la tak kenal. Warga Felda Melayu Hutan. "Tidak mengapa. Biarkan aku di sini. Kalian lebih mulia dariku. Akulah Khalid yang mati di kalangan manusia2 mati di atas katil." "Bangsa bangsat manakah yang bercita-cita mati di atas katil?" Penuh semangat. Membakar jiwa yang hadir. Begitu ramai. Walau sudah berakhir, di alam yang sudah tiada lagi dosa atau pahala, namun, itulah dia. Pejuang tetap pejuang. Darahnya hidup, jiwanya sarat. "Bangsa bangsat dan dayus manakah yang lahir ke dunia dan bercita-cita mati di atas katil dan dikelilingi oleh anak cucu?" "Bangsa Melayu...." Bisik seorang lelaki berjanggut perlahan. lemah dan kesal. Menggeleng2kan kepala. Badannya penuh dengan kesan siksaan. "Siapakah lelaki itu?" Tanya Khalid Al Walid. Fokus matanya dituding ke arah lelaki gelap dan berjanggut itu. "Owh.. Itu namanya Tok Janggut, wahai Panglima Agung. Niatnya menyahut seruan jihad dari Uthmaniah Turki menentang British diterima Allah. Syahidnya diangkat mulia. Khalid bergerak menuju ke arah lelaki itu. "Assalamualaikum." "Waalaikumussalam." "Tiada lagi saudara kita dari kalangan bangsamu?" "Ada, tetapi terlalu sedikit. Ada di sebelah sana." "Mat Kilau?" "Itu hanyalah samseng kampung yang marah kerapa British kerana menggangu wilayah sempitnya. Hanya 2 askar Benggali British memburunya, sudah membuatkan dia lari lintang pukang. Diangkat pewira oleh buku teks Melayu kerana Melayu memang bangsa bangsat yang tiada wira." "Dol Said?" "Itu sekadar Ketua Kampung yang marah apabila kuasanya memungut cukai diganggu British. Setelah ditawar pencen, dengan Naning sekali menjadi milik British. Diangkat pewira oleh buku teks Melayu kerana memang tiada siapa yang boleh dimasukkan dalam buku teks." "Siapakah bangsa bangsat yang mengharapkan kematian paling dayus dikatil empuk, di dalam air-cond, tetapi mati kerana HIV dan rempit?" "Wahai saudara ku yang begitu bersemangat.. dari tadi aku ingin bertanya kepadamu." Tok Janggut mula bersuara. "Silakan." "Seghoti. Aku tahu mu sebaka denge ku. Tapi aku nok tahu baju pere hok mu tu. Nipih, warno meroh meghe ado numbo pulok alik belake." "Owh... yang inilah baju hok Red Warrior." "Nate gapo tu? Mu mati kano gapo?" "Gocoh denge penyokong Selangor. Gomo Klate gomo!" | ||
| Penyokong Kelantan syahid memperjuangkan akidah bola. Posted: 12 Oct 2010 05:16 PM PDT
SHAH ALAM 12 Okt. - Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas. Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu. "Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam. "Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan. Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta. Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium. "Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,'' katanya. Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium. |
| You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan