Isnin, 25 Oktober 2010

pemuda cheh

pemuda cheh


Batu Sapi: BN Terima Tamparan Hebat. Majlis Pengumuman Calon Dipulau.

Posted: 25 Oct 2010 08:56 AM PDT

mengapa sekumpulan penyokongnya memulaukan majlis parti itu ketika calon mereka - Datin Linda Tsen Thau Lin dikemukakan bagi bertanding di kerusi parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November ini.
Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebarang rungutan akar umbi perlu ditangani tetapi pada masa yang sama cuba tidak memperbesarkan tindakan sekumpulan penyokong bumiputera yang meninggalkan majlis berkenaan.

"Kali terakhir, mendiang Edmund (Chong) berada di sana sebagai calon juga, tetapi kita mesti kenal-pasti apa sebab mereka berbuat demikian," katanya hari ini di sebuah majlis Tabika Kemas di Kg Gas, Batu Sapi.

Pemulauan besar-besaran itu dilakukan ketika pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan Tsen sebagai calon.

Sebelum kejadian itu, kira-kira 50 penyokong bumiputera melancarkan protes di tempat meletak kereta di sebuah hotel, pengumuman itu dibuat. Sambil membawa sepanduk dan kain rentang, mereka mendesak, calon bumiputera diketengahkan pada pilihan raya kecil berkenaan.

Shafie, yang juga adalah ahli parlimen Semporna dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, mengakui tidak mudah memuaskan hati semua pihak tetyapi pada masa yang sama agak luar biasa bagi mereka memprotes.

"Mungkin ada rungutan di kalangan akar umbi, ia perkara lazim dalam politik. Kita tidak akan dapat (sokongan) 100 peratus tetapi kita mesti selesaikannya.

"... Saya yakin kita ada sokongan. Konsep perkongsian kuasa BN telah diamalkan dengan baik di Sabah, tidak seharusnya ada masalah."

Beliau juga melahirkan keyakinanya bahawa BN akan mengekalkan kerusi berkenaan.

Semalam, balu Datuk Edmund Chong Ket Wah yang berusia 54 tahun itu dinamakan sebagai calon BN. Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura.

Adik Ipar Tony Blair Peluk Islam

Posted: 25 Oct 2010 07:33 AM PDT

Oleh: bumirel

"Puan Lauren Booth saudara ipar kepada Tony Blair bekas Perdana Menteri Britain telah memeluk agama Islam selepas enam minggu melawat makam Fatima al-Masumeh di bandar raya Qom Iran.
Beliau yang juga merupakan rakan kepada Yvone Ridley bekas wartawan yang ditahan kumpulan Taliban, kemudian memeluk Islam enam tahun lalu.
Menurut berita yg dilapurkan oleh Dailymail U/Kingdom semalam 24hb.10 bahawa Lauren Booth memeluk Islam setelah tinggal sementara di Iran.

Katanya beliau sekarang sudah meninggalkan makanan daging babi, alcohol dan semakin selalu bersembahyang di masjid tempatan serta kini sudah memakai tudung kepala setiap kali untuk keluar rumah.

Lauren Booth yg bertugas sebagai penulis dan penyiar ini berada 6 minggu di Bandar Qom Iran, dan selepas kembali ke Britain beliau mengambil keputusan untuk menukarkan agama nya kepada agama Islam.

Sekarang "saya sekarang sudah sembahyang lima waktu dan selalu membaca Al Quran serta kini saya sudah melepasi muka surat 60" katanya. Ceritanya semasa tinggal beberapa bulan di Iran, beliau juga banyak menghabiskan masa di Palestin dan lebih bersimpati dengan nasib yg dialami orang orang disana, "saya banyak menerima ketenangan di sini".

Lauren mengakhiran perbualan nya, "semoga dengan penghijarahan nya ini akan banyak membantu untuk mempengaruhi abang ipar nya Tony Blair nanti" agar mengalih perhatian nya kepada Islam, tambahnya lagi.

Zahid...anda lupa satu nama lagi...!

Posted: 24 Oct 2010 06:23 PM PDT

Oleh tokpepijat
Perhimpunan UMNO kali ini mencatatkan beberapa perkara menarik. Antaranya solat Jumaat di PWTC Begitu juga isi khutbah oleh mantan bos KAGAT Jamil Khir Baharom bertajuk Perjanjian Hudaibiyyah.Akhir sekali ucapan penggulungan oleh Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi tentang 6 golongan yang terdapat dalam UMNO. Antaranya Abu Bakar. Bagi Zahid, sifat Abu Bakar adalah yang didambakan oleh UMNO.

Sifat Abu Bakar antara yang terkenal adalah setia kepada perjuangan Rasulullah dan memerangi golongan Riddah selepas kewafatan Rasulullah. Mengapa Abu Bakar memeranginya dikala Saidina Umar berpendapat untuk bertindak secara diplomasi ? Abu Bakar memilih memerangi Golongan Riddah kerana golongan ini mengingkari Zakat yang difardukan.

Adakah UMNO mengingkari sekadar satu perkara sahaja dalam Islam? Puluhan kedai Toto dan deretan pusat hiburan bukti "puluhan" keingkaran UMNO terhadap perintah Rasulullah. Itu belum lagi ucapan yang membatalkan syahadah oleh pimpinan tertinggi UMNO.

Apakah sebenar yang dimaksudkan oleh Zahid? Adakah Zahid mahu puluhan Abu Bakar lahir dalam UMNO untuk memerangi golongan Riddah dalam UMNO? Eloklah jika itu yang dimaksudkan.

Kita melihat sifat Abu Jahal dan Abu Lahab tiada dalam UMNO. UMNO "bersih" dari sifat demikian. Kedua watak itu ada dalam kaum kerabat UMNO iaitu MCA, GERAKAN , MIC dan PPP. Mereka sehati sejiwa menentang hukum Allah.


Cumanya barangkali Zahid lupa tentang watak Abdullah bin Ubai. Watak inilah sekarang menjadi "anutan mazhab" dalam UMNO.


Sebagai Ketua UMNO Pulau Pinang, Zahid boleh melihat watak ini ramai di Pulau Pinang. Bagaimana mereka menghentam pembahagian "duit judi" kepada warga emas tetapi membisu seribu bahasa tentang judi Genting Higlands, Toto, Magnum dan Nombor Ekor.


Apakah mereka ini tidak tahu zaman Najib ini ada 3 kali cabutan nombor ekor seminggu?


Begitu juga watak Abdullah bin Ubai dalam UMNO Selangor. Mereka begitu "sensitif" tentang penjualan arak. Tetapi tutup mata tentang kuasa yang meluluskan lesen arak. Bahkan "buta sejarah" tentang siapa yang merasmikan kilang arak di Shah Alam.


Tugas Zahid sangat besar dalam UMNO. Memerangi golongan yang tangan kanannya menghitung biji tasbih dan tangan kirinya memegang gelas arak dan kertas nombor ekor. Golongan yang di majlis agama menyeru berpegang kepada Islam tetapi di majlis MCA bersetuju dengan MCA menentang hukum Allah Taala.

Tiada ulasan: