Isnin, 25 Oktober 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


What??!!

Posted: 25 Oct 2010 07:00 AM PDT


What??!!
Hutang negara.... RM362.39 bilion??
Paling tinggi dalam tempoh lima tahun??

Fuuhhh!!! Gila luuuu!!

Dengan hutang sebanyak tu....
Kerajaan 1Malaysia ada hati....
Nak bina bangunan 100 tingkat, RM 5 billion??
Nak renovate rumah Piem, RM64 juta??
Sanggup bina istana negara baru, RM800 juta??

Isy... Isy... Isy...

Ini ler dia kerajaan 1Malaysia
Bior pape, aseikan bergaye!!

Kah... kah... kah...

Sumber di sini, sini dan sini

Turun padang 'kencing' orang

Posted: 24 Oct 2010 07:24 PM PDT

Program Turun Padang Piem 1Malaysia dikatakan dapat memulihkan sokongan rakyat terhadap BN. Itu kata MB Mahkamah dari Perak. Baca sini

Aha.... sedarpun dia yang rakyat selama ini tak sokong mereka. Mereka sedang tenat. Lantas, usaha-usaha perlu dilakukan untuk memulihkan mereka. Aaaa... tau tak per!!

Well... pada aku Najib turun padang bukan sebab apa, sebab nak 'kencing' rakyat dengan menabur janji-janji manis untuk memikat hati rakyat agar menyokong mereka. After all, hint yang mereka beri di PAU telah memberi persepsi, kononnya PRU13 is just around the corner.

Biasalah dengan puak-puak lanun ini, mereka hanya akan ingatkan rakyat dan turun padang menjelang pilihan raya. Dalam progam-program turun padang itu nanti, mereka pasti akan sweet talk rakyat. Mereka akan gelembong rakyat. Mereka akan labun itu dan ini. Mereka akan talk big tentang rancangan itu dan ini untuk rakyat.

Tak percaya nanti tengoklah sendiri. Najib akan bercakap sampai tersembur-sembur air liur dan punyalah berapi-api ucapannya itu nanti, macam ada api yang tersembur keluar daripada mulutnya. Persis seekor naga bore!! Selain itu.... lakonan mereka pasti hebat. Tak siapalah lagi yang prihatin akan nasib rakyat selain mereka. Tak siapalah lagi pejuang rakyat selain UMNO/BN. Dan, pasti banyak yang mereka akan hulurkan kepada rakyat pada masa tu. Derma itu ini.... dan sumbangan itu ini...

Itulah cara mereka memikat hati rakyat.... dengan menggunakan 'rasuah' kebendaan. Kata orang, kalau mereka tak guna strategi tipu daya, mereka susah nak menang pilihan raya.

Yang syiuknya lagi... untuk memberi persepsi kononnya kunjungan mereka mendapat sambutan hebat daripada rakyat, semua jabatan kerajaan akan diwajibkan hadir. Orang kampung dari jauh akan dimuatkan ke dalam bas-bas dan mereka berbondong-bondong akan diangkut ke tempat pemimpin turun. Fullamak.. mereka ni siap diberi duit kocek serta makan minum ditanggung free. Maka... gegak gempitalah majlis mereka. Yeaahh... UMNO/BN mendapat sokongan rakyat!! Pooraahhh!!!

Itulah cara mereka, dulu, kini dan selamanya... Cuma kekadang untuk menampakkan sedikit kelainan, nama program akan dijenamakan semula dan diberi sedikit nafas baru. Tapi pengisiannya sama.

Well... nak turun padang ke, hapa ke, go ahead.... but rakyat bukan bodoh lagi. Semua tipu helah ngkorang dalam poket mereka jer. Sekali.. dua kali menipu, boleh mengenalah, but not all the time. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang hat tua-tua tu bolehlah ngkorang perdaya. Yang lain-lainnya sori ler.

Tiada ulasan: