Selasa, 12 Oktober 2010

pemuda cheh

pemuda cheh


Pertandingan Timbalan Presiden PKR

Posted: 12 Oct 2010 12:13 AM PDT


Oleh Nobisha
Akhirnya, seperti yang diduga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Malah, ia adalah sesuatu yang logikal.
Sebelum ini, saya pernah menyebutkan bahawa sekiranya PKR ingin menampilkannya sebagai parti alternatif dalam PRU13, ia harus meletakkan seseorang yang ada pengalaman dalam kerajaan di jawatan nombor dua itu.


Dalam PKR, jawatan Presiden hanyalah bersifat "ceremonial" saja sedangkan kuasa sebenar di tangan Ketua Umum. Sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, maka Timbalan Presiden akan menjadi orang yang paling berkuasa dalam parti itu.
Azmin Ali dilihat sebagai seorang Setiausaha Anwar; dulu, kini dan selamanya. Walaupun Azmin adalah seorang yang vokal, namun dia belum cukup menyerlah untuk menduduki kerusi nombor dua.
Walaupun ada pengalaman dalam kerajaan, namun Dato' Zaid Ibrahim pula dilihat sebagai orang baru yang belum mendapat kepercayaan sepenuhnya dalam parti. Terlalu ramai yang mencurigainya. Malah, Timbalan Presiden PKR Senator Syed Husin Ali beberapa kali membidas Zaid dalam Twitternya.
Mustafa Kamil Ayub mempunyai pengalaman sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan; dan itu tidak cukup untuk melayakkannya sebagai Timbalan Presiden.
Manakala, Nurul Azzah Anwar tidak mempunyai sebagai aura atau kehebatan, melainkan dia anak Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah.
Kemasukan Khalid Ibrahim akan menyebabkan perubahan imbangan dalam persaingan untuk jawatan nombor dua itu. Bekas tokoh korporat, berpengalaman sebagai Ahli Parlimen dan Menteri Besar, Khalid dilihat sebagai "penyelesaian" kepada perebutan jawatan dalam parti itu yang semakin sengit.
Apa yang menarik untuk kita perhatikan ialah siapakah yang akan menjadi orang pertama "endorse" nama Khalid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PKR?
Adakah Azmin Ali?
Atau, adakah Zaid Ibrahim?

Persimpangan Terakhir buat Kuli?

Posted: 11 Oct 2010 12:31 PM PDT


Sejarah politik Ku Li yang gemilang di zaman mudanya telah dicantas dengan ja
yanya oleh Dr Mahathir. Beliau yang lebih dilihat kekananannya berbanding Dr Mahathir, telah dilangkaui gara-gara pemilihan yang dilakukan oleh Tun Hussien Onn. Selepas itu Ku Li beberapa kali cuba mencabar, tetapi hanya hampir-hampir mencapai kejayaan pada tahun 1987. Selepas itu kerjaya politiknya semakin malap.

Kalaulah Ku Li tidak membubarkan Parti Melayu Semangat 46 pada 1995, sudah pasti gabungannya dengan Anwar akan memberi kesan berbeza semasa era reformasi. Selepas kembali kepada UMNO Ku Li sering melakukan tindakan 'play safe' takut-takut dia tersilap langkah sekali lagiDi ketika itulah Ku Li dipermain-mainkan oleh Dr Mahathir sehingga rakan-rakan di sekelilingnya termasuklah 'budak' setia beliau Ahmad Shabery Chik sendiri mulai merenggangkan diri daripadanya. Kini tinggallah Ku Li terkontang-kanting berpencak dalam UMNO.

Ku Li cuba mencabar beberapa kali, yang cabarannya bukan dengan mereka yang kecil-kecil politik. Beliau cuba mencabar bertanding sebagai Presiden UMNO, tetapi pencalonannya sangat sedikit. Kawasan yang begitu setia mencalonkannya ialah Gua Musang. Itupun dalam pemilihan yang lalu Gua Musang sendiri hampir-hampir tidak mencalonkan Ku Li. Dari segi politik, kerjaya politik Ku Li hampir berkubur melainkan kubu politiknya di Gua Musang. Hadirnya Ku Li dalam politik UMNO dan politik Malaysia seumpama 'melukut di tepi gantang'. Ku Li benar-benar mengharapkan lampu ajaib Aladdin untuk kembali semula ke persada politik tanahair.

Kali terakhir usaha yang dilakukan oleh Ku Li sebagai lampu ajaib ialah mengg
agaskan Kerajaan perpaduan. Menurut sumber-sumber tertentu, hampir-hampir gagasan itu akan mengangkat semula Ku Li ke persada politik, tetapi sekali lagi musuh tradisinya Dr Mahathir menjadi batu penghalang. Kemudian Ku Li cuba pula menjadi tokoh politik yang diterima semua pihak termasuk menyokong usaha Kelantan untuk mendapatkan royalti petroleum. Sedikit sebanyak usaha ini menaikkan semula martabat politik Ku Li, setidak-tidaknya sejarah penglibatan politik beliau diimbaukan semula.

Bagaimanapun, tiba-tiba UMNO mencadangkan beliau sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas, malah kemungkinan pula menjadi calon. Cadangan ini bukanlah satu penghormatan kepada Ku Li, sebaliknya satu penunjuk arah untuk Ku Li sampai ke garisan penamat politiknya. Ku Li benar-benar berada di penjuru gelagang yang dihimpit oleh kepentingan politik UMNO dan PR khususnya PAS. Tujuan UMNO melantik beliau adalah untuk menamatkan karier politiknya. Berdasarkan PRU 2008, UMNO dan Ku Li sendiri kalah di DUN Galas. Bayangkan kalau keputusan yang sama berulang. Secara tidak langsung pengaruh Ku Li akan dilihat pupus di kubunya sendiri. Sekiranya keputusan sebaliknya, Ku Li tidak mendapat apa-apa merit yang lebih.

Sekiranya beliau menerima pencalonan sebagai Pengarah tersebut, dengan sendirinya pengaruhnya terhadap PR dan PAS khususnya akan putus. Beliau tidak lagi disandarkan harapan oleh PR dan PAS dalam isu royalti dan kemungkinan selepas ini beliau akan benar-benar keseorangan dalam politik. Oleh sebab itu, perkiraan yang dibuat oleh Ku Li seumpama telan mati emak, luah mati ayah. Beliau kini benar-benar telah di Checkmate oleh Najib dan Muhyiddin. Hanya satu pilihan terbaik Ku Li, iaitu menyertai pembangkang pada ketika keemasan begini. Potensi untuk beliau muncul semula dalam politik akan lebih cerah

Tiada ulasan: