PEJUANG PRO DEMOKRASI |
| Mari Rai Kan Demokrasi dengan Demontrasi-Padan Muka Mahafiraun Posted: 25 Oct 2010 01:32 AM PDT ![]() Penduduk berdemo tuntut kawasan perumahan dihubung lebuh raya Lebih 500 penduduk Bandar Tasik Puteri, Rawang berdemo semalam laluan dibina agar kawasan perumahan mereka dihubungkan dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (KLKSE) yang bakal siap pada pertengahan tahun 2012. Ini kerana, menurut semasa pembelian rumah pihak pemaju telah menjanjikan laluan tersebut termasuk menyediakan kemudahan asas antaranya dewan serbaguna dan sebuah stesen petrol. "Semua itu hanya janji tinggal janji sahaja kerana sehingga kini tiada sebarang kemudahan asas disediakan kepada penduduk yang mendiami kawasan itu dianggarkan 20,000 orang. Kami terpaksa mengisi minyak petrol kereta sejauh 20 kilometer terletak di Bandar Country Height," kata salah seorang penduduk, Mohd Tarmizi Kasirun,45 yang telah menghuni di kawasan berkenaan sejak tahun 2000. Demonstrasi aman dan memorandum tuntutan kepada pemaju dilancarkan oleh ahli jawatankuasa badan bertindak KLKSE dipimpin oleh Norazman Samsudin. Sepanjang perarakan itu, Komunitikini mendapati penduduk melaungkan kata-kata provokasi mengkritik pihak pemaju gagal mengotakan janji membina susur keluar yang menghubungkan kawasan perumahan itu ke lebuh raya KLKSE. Sambil memegang poster dan kain rentang, segelintir penduduk turut berarak menggunakan motosikal sambil membunyikan hon sebagai tanda sokongan sekali gus mengakibat keadaan lalu lintas jalan raya menjadi sesak.
DEMONSTRASI BUKAN BUDAYA KITA: DR M
BERDEMONSTRASI BUKAN BUDAYA RAKYAT MALAYSIA - Melalok PADA 31 Januari lalu ketenangan di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara Itu hari mana punya mangkuk ayun kata ni Demonstrasi bukan budaya kita??? mana punya barua boleh cakap macam tu dalam TV dan Radio.Kalau nak tau ini lah budaya masyarakat di negara maju.Kalau tak puas hati maka suarakan dengan berdemontrasi. Yeah...Macam ni lah gaya masyarakat yang punya fikrah pemikiran yang bijak! Yeah!!.....Syabas!!! Salute!! pada penduduk - penduduk yang kool dan berani melawan kelentong - kelentong manusia yang durjana! Mengalu - alukan seluruh penduduk, rakyat 1 malaysia,parti politik dan apa jua pertubuhan,kalau tak puas hati ramai - ramai mesti keluar demo tak kira kecik,besar, tua atau muda! Hooreyyy!!!!!!! Bersama - sama kita 1 Malaysia menjadikan Demonstrasi Jalanraya sebagai satu lagi Parlimen Rakyat dan Dewan Rakyat.Kalau Mahafiraun kata Demo bukan Budaya kita,mari kita pakat ramai - ramai bagi tempeleng! mari kita pakat ramai - ramai katakan...Pergi Mamposs!!!!!! Demontrasi kini telah menjadi darah daging dan Budaya rakyat 1 malaysia tak kira dalam apa jua aspek kehidupan!!!!! Yeahoo!!!! PADAN MUKA MAHAFIRAUN!!!!!!!
|
| You are subscribed to email updates from PEJUANG PRO DEMOKRASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan