Anak Sungai Derhaka |
- Videoclip : Ucapan TG Haji Hadi dan DSAI di Batu Sapi
- Videoclip : Ucapan DSAI pada "20 Tahun Kelantan Membangun Bersama Islam"
- Muhyiddin, Janjimu Lebih Diperlukan Di Batu Sapi
- PRK Batu Sapi : Majlis Pencalonan BN dipulau..
- Ulama tak mahu campur politik - Harussani
- PRK Batu Sapi : 500 ahli PBS bantah pencalonan Datin Linda
- PRK DUN Galas : UMNO Gua Musang bertelingkah?
- Tuduhan Liwat : Ada laporan perubatan awal ?
- Janji tinggal Janji.. Penduduk Bandar Tasik Puteri Berdemo
- Kencing muka.. lafaz talak tiga
- Projek Mee Segera Untuk DUN Galas..
- Wan Azizah mahu Najib tarik balik kenyataan
- BN salah guna jentera kerajaan
| Videoclip : Ucapan TG Haji Hadi dan DSAI di Batu Sapi Posted: 25 Oct 2010 06:04 AM PDT Ucapan oleh TG Haji Hadi dan juga DS Anwar Ibrahim pada malam pengumuman nama calon yang mewakili PR khususnya PKR bagi PRK Batu Sapi di Dewan Hakka, Sandakan. Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Ansari Abdullah dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat untuk bersaing dengan Tsen. Ansari merupakan seorang peguam kanan profesional, juga merupakan ketua cabang PKR Tuaran. |
| Videoclip : Ucapan DSAI pada "20 Tahun Kelantan Membangun Bersama Islam" Posted: 25 Oct 2010 05:50 AM PDT |
| Muhyiddin, Janjimu Lebih Diperlukan Di Batu Sapi Posted: 25 Oct 2010 05:14 AM PDT Oleh Ustaz Idris Ahmad Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidn Yasin selaku Timbalan Pedana Menteri Malaysia yang mengatakan kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar bertapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas. Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan. Kenyataan ini dikeluarkan untuk menutup kelemahan beliau sewaktu berjanji di pilihanraya kecil Manik Urai. Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihanraya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai. InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010. PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin pergilah ke Batu Sapi, janjilah biar banyak sikit. Kerana Batu Sapi di bawah negeri yang Umno perintah. Berapa ramai rakyat Batu Sapi yang perlukan rumah dan keperluan asas yang lain. Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin. Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak. Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah. Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia. Pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno. Bercakap dengan penuh retorik ketika pilihanraya. Kemampuan PAS mentadbir Kelantan dengan baik tidak dapat dinafikan oleh mereka yang celik hati. Sikap buruk kerajaan pusat di bawah Umno BN yang tidak hormat federalisme menyebabkan 118 projek kerajaan pusat tidak dilaksanakan sejak 1991 RMK 9. Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |
| PRK Batu Sapi : Majlis Pencalonan BN dipulau.. Posted: 25 Oct 2010 03:53 AM PDT BN perlu mengenal-pasti mengapa sekumpulan penyokongnya memulaukan majlis parti itu ketika calon mereka - Datin Linda Tsen Thau Lin dikemukakan bagi bertanding di kerusi parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November ini. Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebarang rungutan akar umbi perlu ditangani tetapi pada masa yang sama cuba tidak memperbesarkan tindakan sekumpulan penyokong bumiputera yang meninggalkan majlis berkenaan. "Kali terakhir, mendiang Edmund (Chong) berada di sana sebagai calon juga, tetapi kita mesti kenal-pasti apa sebab mereka berbuat demikian," katanya hari ini di sebuah majlis Tabika Kemas di Kg Gas, Batu Sapi. Pemulauan besar-besaran itu dilakukan ketika pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan Tsen sebagai calon. Sebelum kejadian itu, kira-kira 50 penyokong bumiputera melancarkan protes di tempat meletak kereta di sebuah hotel, pengumuman itu dibuat. Sambil membawa sepanduk dan kain rentang, mereka mendesak, calon bumiputera diketengahkan pada pilihan raya kecil berkenaan. Shafie, yang juga adalah ahli parlimen Semporna dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, mengakui tidak mudah memuaskan hati semua pihak tetyapi pada masa yang sama agak luar biasa bagi mereka memprotes. "Mungkin ada rungutan di kalangan akar umbi, ia perkara lazim dalam politik. Kita tidak akan dapat (sokongan) 100 peratus tetapi kita mesti selesaikannya. "... Saya yakin kita ada sokongan. Konsep perkongsian kuasa BN telah diamalkan dengan baik di Sabah, tidak seharusnya ada masalah." Beliau juga melahirkan keyakinanya bahawa BN akan mengekalkan kerusi berkenaan. Semalam, balu Datuk Edmund Chong Ket Wah yang berusia 54 tahun itu dinamakan sebagai calon BN. Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura. Pilihan raya kecil itu, diadakan berikutan kematian Chong dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 November. Chong memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,708 undi, dengan menewaskan calon Bebas, Chung Ong Wing. Edward memperolehi 9,479 undi manakala Chung mendapat 5,771 undi. Kerusi parlimen Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi yang terdiri daripada 24,047 biasa dan 1,535 undi pos - dengan 15,099 atau 59.02 peratus pengundi bumiputera-Muslim, 689 bukan bumiputera-Muslim (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan 57 lain-lain kaum (0.22 peratus). Malaysiakini |
| Ulama tak mahu campur politik - Harussani Posted: 25 Oct 2010 01:26 AM PDT Komen MAHAGURU58 "Ulama yang diam tidak bersuara menyatakan yang hak terhadap mana mana pemerintah yang tersasar tersilap didalam pemerintahan mereka sama sama bersyubahat didalam kerja kerja maksiat tersebut dan tidak layak memimpin umat Islam didalam hal ehwal mereka." Ulama tak mahu campur politik Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN IPOH 24 Okt. - Sikap membisu kebanyakan ulama di negara ini adalah disebabkan mereka tidak mahu terlibat dalam mana-mana parti politik.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata, sebagai pihak yang menjurus kepada soal-soal keagamaan, adalah lebih baik jika mereka tidak dikaitkan dalam urusan itu. "Saya pun tidak suka bercakap soal politik, saya bercakap tentang perpaduan orang Melayu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan wakil Perak, Datuk Rosli Husin ketika membentangkan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam yang mahu institusi agama bijak menangani isu berkaitan agama terutama yang ditimbulkan parti pembangkang agar mereka tidak dilihat seperti dilanda 'sindrom bisu.' Rosli bimbang, jika isu-isu yang dibangkitkan itu tidak segera diperjelaskan kepada rakyat, ia boleh menimbulkan perpecahan umat serta persepsi negatif terhadap Islam. Dalam hubungan ini, katanya lagi, Majlis Agama Islam di negeri-negeri perlu agresif dan senada ketika memberi penjelasan berkaitan soal hukum dan fatwa agar difahami umum. Menurut Harussani, beliau sering menjadi sasaran parti-parti pembangkang apabila berusaha membantu menjelaskan sesuatu isu. "Bila saya kena hentam, tiada siapa pun bantu saya. Tetapi disebabkan saya bercakap atas kepentingan Melayu, saya tak kisah," katanya.- Utusan _______________________________________________ Komen dari MAHAGURU58 Begitulah laporan suratkhabar tentang ulasan Mufti Perak Sahibus Samahah Tan Sri Dato Dr Harussani Zakaria tentang kenyataan Wakil UMNO Perak Datuk Rosli Husin bahawa para ulamak haruslah memainkan peranan yang lebih aktif menangani isu berkaitan agama yang di timbulkan parti pembangkang agar para ulamak tidak kelihatan sebagai terkena sindrom bisu! Bagi saya, pendapat Tan Sri Harussani bahawa para ulama mengambil sikap membisu terhadap isu isu yang ditimbulkan oleh parti parti politik supaya mereka tidak mahu terlibat didalam mana mana parti politik adalah salah. Salah kerana peranan ulama muktabar melangkaui kepentingan politik baik yang melibatkan pemerintah mahupun pembangkang. Ulama sebenar wajib berdiri teguh memperjuangkan kalimah Allah dan Ad Deenul Islam tanpa memperbezakan mana mana pihak yang menyentuh apa apa perkara yang berkaitan dengan kesyumulan Islam dan sebarang perkara yang bersangkut paut dengan hal ehwal Islam dan kehidupan umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam. Tidak bererti bagi seseorang alim ulama untuk terus memegang mana mana jawatan ketua jabatan atau kementerian yang memantau hal ehwal Islam mengambil sikap berdiam diri atau memejamkan mata, memekakkan telinga dan diam membisu bilamana timbul sebarang permasaalahan berkaitan Agama Islam kita dipersada kebangsaan tanpa membezakan akan siapakah dia yang mengutarakan massalah tersebut samada dari pihak pemerintah sendiri, pembangkang mahupun badan badan bukan kerajaan atau individu? Ulama yang mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu ikut campor didalam menangani apa apa isu berkaitan Agama Islam kerna tidak mahu terlibat didalam politik hanya ulama su'. Ulama su' yang mengkhianati amanah dan kepercayaan ummah terhadap mereka dan hanya bersuara bilamana merasakan selamat bagi mereka untuk berlaku demikian di atas dasar tidak mahu berselisih faham atau pendapat dengan pemerintah. Didalam lain pengertian inilah dia 'Ulama Cari Makan'. Salah silap pemerintah dia buat tak tahu je. Takut kena pecat jika berani bising. Apalah gunanya ada 'ulama 'rubberstamp' begini? Asyik dok 'Na`am Na`am' memanjang? Kita tidak perlukan ulama sedemikian. Ulama begitu eloklah meletakkan jawatan kerana tidak ada gunanya ia memegang jawatan sebagai mufti atau ketua jabatan agama Islam tetapi diam membisu seribu bahasa dari bersuara menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar tak kiralah samada kemungkaran dan kemaksiatan itu dilakukan pihak pemerintah ataupun Baginda Tuanku Tuanku Sultan dan Raja Melayu sekalipun! Ulama yang diam tidak bersuara menyatakan yang hak terhadap mana mana pemerintah yang tersasar tersilap didalam pemerintahan mereka sama sama bersyubahat didalam kerja kerja maksiat tersebut dan tidak layak memimpin umat Islam didalam hal ehwal mereka. Saya sudah seringkali menulis menegur para pemerintah supaya mengemaskan hal ehwal rumahtangga mereka terlebih dahulu sekiranya mahu rakyat jelata mengikuti suruhan mereka tetapi sayangnya amat sedikit diantara mereka yang kononnya 'Ulul 'Amri kita yang mahu memerintah isteri masing masing menutup aurat dan menjalani kehidupan sebagai Muslimin dan Muslimat sebenar di tanahair ini. Para pemerintah negara dan negeri serta kementerian itu dan ini kokok berderai derai di pentas politik tanahair berpekik bagaikan panglima Melayu dan Mujahidin Islam tetapi isteri masing masing bertabarruj macam nak mampos, rambut dikepala masing masing bagaikan singa Afrika semberono terjongos dengan jambul mengalahkan mendiang Elvis Presley! Tak ada seorang pun mufti atau mereka yang menggelarkan diri sebagai ulama Melayu Muslim seMalaysia pernah diberitakan menegur kekhilafan pemimpin politik seperti ini sekian lama ini. Sila tunjukkan pada saya dan sesama Islam di Malaysia ini akan bukti teguran mufti atau ulama muktabar Malaysia jika ada? Saya sedia menarik balik artikel ini dan menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada ulama berkenaan secara umum di sini!!! Ramai yang mengirim emel kepada saya meminta saya menulis menegur isteri Perdana Menteri Malaysia kerna menjadi peneraju Festival Fesyen Islam yang tak seIslam mana pun malah menjadi bahan maki hamun kebanyakan umat Islam yang tersinggung dengan cara pendedahan aurat para model antarabangsa di Monte Carlo memperagakan dada dan aurat aurat yang lain secara paling biadap tetapi di raikan sebagai 'fesyen Islam'!!! Islam siapa? Jika penerajunya sendiri sudah togel rambut macam singa Afrika macam mana lah nak di harapkan penganjur festival fesyen 'Islam' itu nak memastikan fesyen fesyen yang diperagakan itu menepati piawaian apa yang kita semua sudah terima sebagai busana Muslimin dan Muslimah? Tengok lah siapa penganjur nya? Macamanalah intipatinya hendak menepati Syariat Islam jika acuannya sudah memang tidak memenuhi ciri ciri fesyen Muslimin dan Muslimat itu sendiri? Mana ada suara mufti memperbincangkan perkara ini secara terbuka dengan kedudukan dan kuasa yang diperuntukkan baginya menangani perkara perkara melibatkan maruah ummah seperti ini? Tak ada kedengaran apa apa pun! Maka tidak salahlah sekiranya ada yang menuduh para mufti dan ulama kita sebagai mereka yang makan gaji buta!!! Apa mufti mufti kita mahu digelar begitu? Setakat dunia ni bolehlah nak membisu, tunggulah sahaja akan azab Allah Subhanahu Wa Ta'ala bilamana meninggal dunia nanti? Di dunia ini boleh lah nak glamor macam itu dan ini, siap sampai ke tanah kubur pun tak hendak kalah didalam menonjolkan kedudukan duniawi masing masing. Kat Tanah Perkuburan Mont Kiara dan Jalan Ampang, gah kubur kubur orang yang kononnya VVIP dan VIP, siap meninggikan dinding kubur masing masing dengan marmar itu dan ini, batu nisan siap berukir dengan pangkat dan kedudukan masing masing selama dok hidup, dengan gelaran gelaran kebesaran berjela dipahat sebagai tanda prestij simati, siap dengan 'carpet grass' nya dan bunga bunga hidup ditaruh didalam pasu kristal diganti saban hari oleh penjaga kubur yang dibayar upahnya! Hello brader! Bilamana sahaja kita yang mengiringi jenazah beredar pergi dari kubur tuan tuan mufti, ulama gitu gini, maka akan datanglah Sayyidina Mungkar dan Naqir menghampiri tuan. Dia tak ambil 'pot' tentang siapa tuanhamba? Tan Sri ke Tun ke, dia peduli apa? Maka akan di soal siasat lah akan tuanhamba, para mufti yang tak mahu mengambil tahu akan hal ehwal duniawi selama memegang jawatan sedemikian dan alpa terhadap tugas dan tanggungjawab memimpin ummah dan menegur para pemerintah selama tempoh tuan tuan bertugas? Jawablah nanti 'Ana tak campor politik!' Tengok apa respons mereka kelak? Bertugas lah kerana Allah! Jangan dok buat raplah! MAHAGURU58 |
| PRK Batu Sapi : 500 ahli PBS bantah pencalonan Datin Linda Posted: 25 Oct 2010 01:10 AM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ketika penyokong BN yang mewakili 60.1 peratus pengundi Bumiputra Islam di Batu Sapi membuat bantahan secara terbuka terhadap BN kerana memilih calon bukan di kalangan mereka, penyokong Umno di Galas memprotes dalam diam pemilihan orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon di situ.Di Sandakan, 500 ahli PBS dari bahagian Sekong membantah pencalonan Linda Tsen Thau Lin, balu Edmund Chong Ket Wah, bakas anggota Parlimen, sebagai calon BN di Batu Sapi. Mereka datang dengan beberapa buah bas yang penuh dengan bendera dan banner mendesak agar calon di kalangan Bumiputra Islam dipilih sebagai calon. Ini kerana, Batu Sapi mempunyai 60.1 peratus pengundi di kalangan Bumiputra Islam. Mereka mendakwa, mendiang Edmund tidak pernah memperdulikan mereka sejak dipilih sebagai wakil rakyat Batu Sapi pada tahun 2004 lalu. "Bagaimana mungkin seorang perempuan pula mahu masuk ke kawasan kampung air kami kalau sebelum ini lelaki pun tidak menjenguh kami," kata salah seorang dari mereka yang membuat bantahan itu. Terdapat 26,000 pengundi di Batu Sapi dengan pecahan pengundi Melayu 32 peratus, Cina 38 peratus India 0.5 peratus, Bumiputera Islam Sabah 26 peratus, Bumiputera Sarawak 0.5 peratus dan lain-lain 2.6 peratus. Umno lawan Ku Li Di Gua Musang, penentangan secara senyap mula berjalan di kalangan Umno Gua Musang yang semakin bimbang dengan beberapa tindakan penyokong Ku Li dari kalangan bekas Semangat 46 itu. Bantahan ini dibuat ekoran pemilihan Setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof atau lebih dikenali dengan nama Aziz Limau (kerana berasal dari Limau Kasturi) sebagai calon BN. Dalam pemilihan bahagian tahun lepas, bekas Ketua Bahagian Umno Saufi Deraman yang memberikan laluan kepada Ku Li untuk menjadi ketua bahagian selepas menyertai semula Umno, dikalahkan oleh orang kuat Ku Li dalam pertandingan merebut timbalan ketua bahagian. Namun begitu, penyokong asal Umno ini kekal menguasai Wanita dan Pemuda Umno Bahagian. Ketua Wanita Umno bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Yusof dan Bazlan Baharudin, Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang. Kedua-duanya penyokong Umno negeri dan pusat serta tidak bersama Ku Li. Di samping kedua-duanya, ada 11 AJK Bahagian yang menjadi penyokong mereka. Pendek kata, terdapat garisan yang jelas dalam Umno Gua Musang antara penyokong Ku Li dan penyokong Umno. "Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih sebagai pengarah, orang dia juga jadi calon, " kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang. Beliau merujuk tindakan Saufi, yang ketika itu menjadi ketua bahagian, memberikan laluan untuk Ku Li menjadi Ketua Umno bahagian Gua Musang apabila Ku Li kembali semula ke dalam Umno. Pada asalnya, Saufi sebagai ketua bahagian dilantik sebagai timbalan ketua bahagian. Namun dalam mesyuarat agung yang lalu, orang Ku Li telah melawan beliau dan seterusnya mengalah Saufi untuk jawatan timbalan ketua bahagian. Luka itu berdarah sejak pilihan raya umum 2008 lagi apabila Saufi menjadi satu-satu pemimpin Umno Gua Musang yang kalah dalam pilihan raya tersebut. Mereka syak Saufi ditikam dari belakang oleh penyokong Ku Li. Saufi kalah kepada Chek Hashim Sulaima dari PAS. Che Hashim meninggal baru-baru ini menyebabkan pilihan raya kecil akan diadakan pada 4 November nanti. "Kalau Saufi tidak diterimapun, Datuk Hazani kito atau Bazlan pun boleh jadi calon," kata pemimpin Umno berkenaan. Dr Zul kalahkan Ku Li di Galas Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS, Dr Zulkefli Muhamad mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang. Namun Ku Li memenangi kerusi itu selepas menang lebih besar di dua Dun lagi iaitu Paloh dan Nenggiri yang juga terletak di bawah Parlimen Gua Musang. Menurut kajian sebuah badan bebas, pengaruh peribadi Ku Li hanya 30 peratus sahaja di Gua Musang. Selebihnya adalah sokongan daripada Umno. Jika Ku Li bukan calon dalam pilihan raya ini, bermakna pengaruh peribadi itu akan hilang. Seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya ini dengan Melayu berjumlah 7,123 atau 61.67 peratus dari jumlah pemilih itu. Cina 2317 (20.06 peratus), Orang Asli 1,889 (16.35 peratus) manakala India 185 (1.6 peratus). |
| PRK DUN Galas : UMNO Gua Musang bertelingkah? Posted: 24 Oct 2010 10:25 PM PDT Oleh Staf FMT GUA MUSANG: PAS terus giat berkempen dan meningkatkan kemampuan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas selepas mengumumkan calonnya Dr Zulkefli Mohamed Khamis lalu.Sementara Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) semalam, anak tempatan Abdul Aziz Yusoff, bekas penjawat awam berusia 49 tahun. Di sekitar bandar Gua Musang, PAS mencacak benderanya dan memasang sepanduk dan kain rentang sementara BN masih menunggu arahan dari pengarah pilihan rayanya Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). PAS mengambil inisiatif untuk menjalankan gerak kerja kempen manakala BN baru membuat persiapan setelah calonnya diumumkan di rumah Ku Li di Bukit Cekati di sini. Masyarakat Cina yang mewakili 25% dan orang asli di Dun Galas menyambut mesra kedatangan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila beliau mengunjungi kawasan itu bersempena dengan hari penamaan calon. Umno Gua Musang bertelingkah Sumber-sumber memberitahu, Umno Bahagian Gua Musang sedang bertelingkah sesama sendiri dan ketua pemuda dan wanitanya tidak serasi dengan Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra. Kesudian Baginda untuk merasmikan skim perladangan masyarakat yang ditadbir urus oleh PAS dengan disambut mesra oleh Nik Aziz sebagai satu petanda bahawa PAS, bukat sahaja mendapat sokongan rakyat tetapi juga dari pihak istana. Calon BN Abdul Aziz berasal dari Kampung Bertam Baru dekat Paloh dan meletakkan jawatannya sebagai pengurus operasi Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (Kesedar) untuk bertanding. Dun Galas mempunyai seramai 11,680 pengundi berdaftar. Dari jumlah itu, Melayu seramai 7,125 orang (57%), pengundi Cina 2,317 (25%), Orang Asli 1,889 (15%), lain-lain 27, Bumiputera Sarawak 10 dan pengundi pos 127. Kerusi Galas menjadi kosong apabila wakilnya Che Hashim Sulaima, 47 meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lalu. Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias telah mengisytiharkan hari mengundi pada 4 November depan sebagai hari cuti umum. Kerajaan negeri bersetuju untuk mengisytihar hari Khamis (4 November) sebagai cuti peristiwa bersempena PRK Galas. Free Malaysia Today |
| Tuduhan Liwat : Ada laporan perubatan awal ? Posted: 24 Oct 2010 10:19 PM PDT Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Serin Anwar Ibrahim yang bersambung semula hari ini, dengan peguam bela, Karpal Singh menyoal-balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim.Menurut Dr Razali beliau pernah mengendalikan dua kes liwat sebelum kes ini tetapi ini kali pertama dia diminta hadir memberi keterangan. Katanya, Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL untuk selama tiga jam dan sepanjang masa berkenaan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama. Beliau berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku. Menurut Dr Razali, laporan perubatan Saiful disediakan pada pagi 13 Julai 2008 dan beliau diminta menelitinya sebelum diserahkan kepada pihak atasan. Belia mengaku ada terdapat laporan awal yang lain, selepas pemeriksaan dijalankan. Disoal Karpal sama ada laporan itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab "ya". Beliau juga berkata laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun semua tiga doktor berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing. Karpal kemudian memohon laporan perubatan yang pertama yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan selepas mereka merawat Saiful pada 28 jun. Laporan itu disediakan sebelum laporan bertarikh 13 Julai yang ditenderkan kepada mahkamah. Mahkamah kemudiannya berehat seketika dan bersambut petang nanti bagi membolehkan Dr Razali mendapatkan laporan berkenaan. Di luar mahkamah, Anwar mendakwa pihak pendakawaan menipu mengenai wujudnya laporan perubatan awal. Selain Dr Razali, dua lagi doktor yang akan disoal-balas adalah patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan. Dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - juga hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini. Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom. Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful. Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal. "Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki," katanya. Malaysiakini |
| Janji tinggal Janji.. Penduduk Bandar Tasik Puteri Berdemo Posted: 24 Oct 2010 08:24 PM PDT Lebih 500 penduduk Bandar Tasik Puteri, Rawang berdemo semalam menuntut sebuah laluan dibina agar kawasan perumahan mereka dihubungkan dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (KLKSE) yang bakal siap tahun depan. Ini kerana, menurut semasa pembelian rumah pihak pemaju telah menjanjikan laluan tersebut termasuk menyediakan kemudahan asas antaranya dewan serbaguna dan sebuah stesen petrol. "Semua itu hanya janji tinggal janji sahaja kerana sehingga kini tiada sebarang kemudahan asas disediakan kepada penduduk yang mendiami kawasan itu dianggarkan 20,000 orang."Kami terpaksa mengisi minyak petrol kereta sejauh 20 kilometer terletak di Bandar Country Height," kata salah seorang penduduk, Mohd Tarmizi Kasirun,45 yang telah menghuni di kawasan berkenaan sejak tahun 2000. Demonstrasi aman dan memorandum tuntutan kepada pemaju dilancarkan oleh ahli jawatankuasa badan bertindak KLKSE dipimpin oleh Norazman Samsudin. Sepanjang perarakan itu, Komunitikini mendapati penduduk melaungkan kata-kata provokasi mengkritik pihak pemaju gagal mengotakan janji membina susur keluar yang menghubungkan kawasan perumahan itu ke lebuh raya KLKSE. Sambil memegang poster dan kain rentang, segelintir penduduk turut berarak menggunakan motosikal sambil membunyikan hon sebagai tanda sokongan sekali gus mengakibat keadaan lalu lintas jalan raya menjadi sesak. Selepas berdemo, penduduk kemudiannya dijemput berdialog dengan pemaju AP Land Berhad, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), pemegang konsesi lebuh raya itu Binapuri dan juga anggota Parlimen Selayang, William LeongNamun, bahang matahari yang mula terasa sekitar jam 12 tengah hari itu menghangatkan lagi suasana sepanjang sesi dialog apabila berlaku 'perang psikologi' antara penduduk dan wakil pihak berwajib yang berakhir sejurus azan Zohor berkumandang. Bagaimanapun, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang sesi dialog berlangsung. Beberapa anggota polis ditempatkan di dataran Puteri Central Park bagi mengawal keadaan. Sementara itu, Pengarah kepada salah sebuah anak syarikat AP Land, Datuk Nordin Razak berkata, pihaknya berjanji draf plan KLKSE akan diserahkan kepada pihak berwajib untuk kelulusan dalam tempoh sebulan.Menurutnya, proses pengambilan tanah bagi membinan 'laluan' di KLKSE perlu mengambil masa selama enam bulan kerana berdasarkan maklumat diperolehi status tanah tersebut dimiliki syraikat lain. "Kerja pembinaan laluan susur keluar 400 meter menghubungkan kawasan perumahan penduduk ke lebuh raya tersebut dijangka siap anggaran tempoh 2 tahun," katanya pada majlis penerangan dan dialog bersama penduduk Bandar Tasik Puteri, semalam. Hadir sama, Pengarah Urusan KLKSE Berhad, Amran Amir, Jurutera Kanan KLKSE Berhad, Sheikh Ahmad Sheikh Abdul Aziz, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Shahril Amin Ahmad, Penolong Pengarah LLM, Burhanudin Yusof Aziz, Pengarah Projek AP Land, Lee Kok Wah serta ahli majlis MPS, Zaidy Abdul Talib. Majlis penerangan dan dialog penduduk bersama wakil daripada beberapa agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Khidmat Penduduk (JKP) Zon 24, Majlis Perbandaran Selayang (MPS).Pada sidang media, selepas itu, ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menyambut baik cadangan penduduk menubuhkan jawatankuasa penyelaras melibatkan penduduk,agensi kerajaan dan syarikat swasta bagi memantau secara terperinci dari peringkat awal sehinggalah projek berkenaan siap sepenuhnya. Menurutnya, jawatankuasa penyelaras akan ditubuhkan dalam jangka masa terdekat dengan mengambil kira masalah dihadapi penduduk sejak sekian lamanya. "Kita akan adakan perjumpaan secara berkala bersama wakil penduduk dengan semua wakil pihak berwajib yang terlibat bagi memastikan kerja pembinaan ini mengikut prosedur yang ditetapkan. "Jawatankuasa itu akan memantau kontraktor bertanggungjawab melaksanakan projek tersebut untuk mengelakkan timbulnya isu kerja pembinaan lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan," ujarnya. Malaysiakini |
| Kencing muka.. lafaz talak tiga Posted: 24 Oct 2010 08:10 PM PDT Oleh Mohd Firdaus Ibrahim KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa. Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya. Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini. Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil. "Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya. "Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf," katanya. Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya. "Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya," katanya. Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan. myMetro |
| Projek Mee Segera Untuk DUN Galas.. Posted: 24 Oct 2010 07:52 PM PDT Kononnya menurut Muhiyddin, Ahli Parlimen Gua Musang telah mengemukakan cadangan pembinaan PPR ini kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak tahun 2008, bukan disebabkan oleh Pilihan Raya Kecil (PRK) pembinaan ini dilaksanakan... Kerajaan peruntuk RM180j projek PPR GUA MUSANG - Kerajaan memperuntukkan subsidi u:ntuk golongan berpendapatan rendah dalam usaha membantu mereka memiliki kediaman sendiri di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan harga yang berpatutan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.:Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kediaman itu akan dijual antara RM33,000 dan RM35,000 seunit dengan kadar sewa RM124 hingga RM190 sebulan adalah rendah berbanding pasaran semasa. "Pembinaan 1,500 unit kediaman ini menelan belanja RM180 juta dan membabitkan subsidi bernilai RM128juta. Kos pembangunan bagi setiap unit bernilai antara RM80,000 dan RM120,000 bergantung kepada lokasi dan kos tanah. "Ini :bermakna kerajaan menanggung kos penyenggaraan dalam usaha untuk membantu rakyat di negara ini memiliki kediaman sendiri dan selesa walaupun tergolong dalam mereka yang berpendapatan rendah," katanya. :Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran PPR Gua Musang di Taman Wangi di sini, semalam. Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. :Projek perumahan ini dibina di atas tanah milik Kesedar seluas 34.5 ekar, ia merangkumi pembinaan 1,500 unit iaitu terdiri daripada 18 blok rumah pangsa lima tingkat dan pembinaan dijangka bermula awal 2011 dan dijadualkan siap dalam tempoh tiga tahun iaitu pada 2013. :Bagi sebuah unit rumah mempunyai keluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur dan ruang jemuran kain. :Ia turut menyediakan pelbagai kemudahan iaitu tadika, surau, dewan serba guna, kedai, tempat letak kereta, pejabat pengurusan, taman permainan dan kawasan lapang. :Muhiyddin berkata, Ahli Parlimen Gua Musang telah mengemukakan cadangan pembinaan PPR ini kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak tahun 2008, bukan disebabkan oleh Pilihan Raya Kecil (PRK) pembinaan ini dilaksanakan. Sinar Harian |
| Wan Azizah mahu Najib tarik balik kenyataan Posted: 24 Oct 2010 07:38 PM PDT SHAH ALAM – Parti Keadila:n Rakyat (PKR) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik kenyataannya yang dibuat di Perhimpunan Agung UMNO dua hari lalu yang menunjukkan seolah-olah UMNO sanggup buat apa sahaja untuk pertahankan kuasa sebagai pemerintah.Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR mahu Najib memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan memberi jaminan jika perubahan kerajaan Persekutuan berlaku dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, Barisan Nasional (BN) perlu menyerahkan kuasa secara terhormat. Beliau berkata, kenyataan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO itu jelas mengundang persepsi negatif dalam kalangan rakyat kerana ia seakan-akan menunjukkan UMNO sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa. "Kenyataan Najib itu bertentangan dengan semangat Demokrasi Berparlimen yang mendasari sistem pemerintahan negara sejak merdeka hingga kini. "Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui kerajaan Persekutuan dalam PRU akan datang, UMNO dan BN wajib menerima keputusan tersebut secara matang dan rasional atas semangat demokrasi dan keluhuran Perlembagaan," katanya. Katanya, hanya rakyat yang berhak menentukan parti mana harus diberi mandat untuk memerintah negara ini. Pada ucapan dasar Presiden, Najib meminta ahli UMNO pertahan Putrajaya daripada sebarang cubaan merampasnya. Antara lain, beliau berkata: 'Walau berkecai tulang dan badan, walau berkecai jasad dari nyawa, walau apa pun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan'. Sinar Harian |
| BN salah guna jentera kerajaan Posted: 24 Oct 2010 07:33 PM PDT GUA MUSANG - Pas mempersoalkan kewujudan jabatan kerajaan, pasukan tentera dan berpuluh-puluh bendera Barisan Nasional (BN) di kawasan perkampungan Orang Asli di pusat mengundi Pos Hua.Penasihat Pilihan Raya Kecil DUN Datuk Wan Abdul Rahim mendakwa tindakan ini adalah serupa dengan menggunakan pelbagai jabatan kerajaan di Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai yang berpusat di Kuala Krai. Menurutnya, Pas sendiri tidak menggunakan sebarang jentera Kerajaan Negeri dan bendera parti dalam usaha untuk memperkenalkan calon parti kepada masyarakat Orang Asli. "Cuba anda lihat Dr Zulkefli sendiri tidak menggunakan logo Pas dalam lawatannya hari ini (semalam), tetapi pihak lawan lain pula ceritanya," katanya ketika ditemui media, semalam. Beliau turut mempersoalkan mengapa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dipergunakan untuk kepentingan politik BN, sedangkan Pas tidak menggunakan jentera kerajaan negeri Kelantan dalam berkempen. Menurutnya, pihaknya tidak terkejut dengan penyalahgunaan ini kerana di pilihan raya yang lalu, BN turut menggunakan taktik yang sama dalam memancing undi. "Sebagai contohnya di Kampung Ladui, JKOA sudah berkampung di sana hampir dua minggu, menyediakan makan minum, tempat tinggal dan sebagainya. "Kononnya untuk mendapat undi bagi pihak BN, ini satu daripada tindakan oleh pihak lawan yang memperalatkan jabatan kerajaan untuk untuk mendapat undi," katanya. Menurutnya, kehadiran calon Pas telah memberikan gambaran kepada pengundi Orang Asli tentang peribadi bakal pemimpin mereka kerana calon tersebut hadir bersalaman dengan masyarakat. "Kita sempat hadir dalam jamuan anjuran JKOA tersebut, Dr Zul sempat bersalam dengan pengundi dan juga petugas JKOA itu sendiri. "Ada pihak yang bertanya mana calon BN? calon Pas sudah ada, oleh yang demikian kita yakin pengundi Orang Asli ini tahu parti mana yang mereka akan undi," katanya. Sinar Harian |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan