Pahang Daily Online |
- Nurul Izzah Akui Beliau Bertanding Atas Kapasiti Peribadi Sebagai Anak Reformasi Dan Bukan Dek Kerana Pengaruh Nama Bapanya Anwar Ibrahim
- Azmin Ali Akhirnya Berjaya Memintas Datuk Zaid Ibrahim Bagi Kedudukan 'Undi Terkini' Jawatan Timbalan Presiden Dalam Pemilihan Setakat Ini !!
- Pemilihan 2010: Ramai Ahli Cabang PKR Terkilan Kerana Petugas JPP Biarkan Penyokong Azmin Ali Terus Jalankan Kempen Pada Hari Pengundian !!
- BN Semakin Tertekan, Sanggup Arah Polis Guna AUKU Untuk Menahan Mahasiswa Yang Edarkan RisalahTentang Dasar Kerajaan Kepada Rakyat !
- Pemilihan 2010: Keputusan Terkini Pengundian Di Cabang Raub, Zaid Dan Nurul Terus Dahului !
- Panas: Rasuah Pilihanraya Terus Diamalkan, 200 Ahli PKR Dan 50 Ahli SAPP Akhirnya Di Beli Untuk Keluar Mati Dan Menyertai UMNO BN Di Batu Sapi
| Posted: 30 Oct 2010 11:55 PM PDT Biar pun nama "Puteri Reformasi" Nurul Izzah Anwar, muncul di saat-saat akhir selepas Wanita Keadilan mengumumkan bahawa mereka sebulat suara menyokong penuh pencalonan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh untuk jawatan Naib Presiden PKR. Namun, rata-rata ahli peringkat akar umbi yakin yang anak Anwar Ibrahim itu bakal berjaya mencuri undi untuk menjadi salah seorang daripada empat orang Naib Presiden PKR nanti. Persaingan antara Nurul dan Fuziah juga dilihat semakin sengit sekarang ini. Ternyata dua pemimpin ini bakal berhadapan laluan mudah untuk menang sebenarnya. Biar pun kini kedudukan mereka diikuti rapat oleh Tian Chua, namun Ahli Parlimen Batu itu dilihat tidak berupaya menewaskan Nurul dan Fuziah. Jika senario ini berterusan, maka kemungkinan besar PKR akan menerima dua orang pemimpin wanita sebagai Naib Presiden kali ini. Melihat kepada kempen yang dijalankan oleh Nurul Izzah baru-baru ini, ternyata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mempunyai alasannya yang tersendiri untuk menawarkan diri. Beliau agak terkilan kerana ada pihak yang menggunakan alasan "anak Anwar" untuk menghalang dan menggagalkan hasrat murni beliau itu. "Saya menawarkan diri atas kapasiti peribadi dan keupayaan untuk membawa aspirasi wanita dalam parti. Amalan demokrasi perlu disubur serta tidak timbul soal anak sesiapa. Saya muncul selepas ayah saya dipecat pada tahun 1998. Saya anak reformasi dan punyai kekuatan tersendiri untuk meneruskan perjuangan ini. Orang boleh tuduh saya macam-macam, tapi bagi saya tawaran ini adalah ikhlas untuk meneruskan kesinambungan perjuangan serta agenda perubahan parti", kata Nurul Izzah. Beliau juga menafikan yang dia mempunyai "cai-cai" tertentu dalam kempennya. "Saya menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh ahli. Memang benar ada banyak pihak yang menuduh saya berada dalam team tertentu. Tapi saya akui bahawa saya bertanding atas kapasiti peribadi dan menyerahkan kepada ahli akar umbi untuk menentukannya. Saya tidak kisah ada yang kata saya dalam team mereka. Itu hak calon terbabit, namun secara dasarnya niat saya ikhlas untuk memastikan Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya PRU13 nanti", katanya. [Kempen Nurul Izzah di Pahang baru-baru ini banyak dibantu oleh Rossuziyana Ahmad (Ros) dan suaminya Aries Iznan Zainuddin (Aris). Mereka kelihatan begitu bersemangat untuk membantu Nurul Izzah termasuk dalam programnya di Permatang Badak dan Felda Panching Selatan baru-baru ini. Menurut Ros, sokongan wanita terutamannya golongan muda pasti meningkat memandangkan Nurul dilihat lebih mudah mesra dengan semua pihak. Malah, beliau dilihat antara aspirasi anak muda yang bakal memberi kekuatan kepada parti secara keseluruhannya. Beliau menyokong penuh Nurul Izzah diangkat sebagai Naib Presiden PKR dalam pemilihan 2010 ini. Baginya, pengaruh Nurul Izzah dijaangka dapat menarik lebih ramai wanita muda menyertai PKR pada masa akan datang. Pada masa ini, jumlah wanita dalam PKR terutamanya di cabang-cabang amatlah mendukacitakan. Malah, ada sesetengah cabang yang tidak mempunyai bilangan yang cukup untuk membentuk jawatankuasa mereka sendiri. Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pucuk pimpinan parti sebenarnya]. |
| Posted: 30 Oct 2010 10:18 PM PDT Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini berjaya memintas Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu dengan majoriti yang amat tipis. Menurut sumber-sumber daripada ibu pejabat PKR, Azmin kini di depan dengan kelebihan kira-kira 10 peratus undi berbanding pesaing terdekatnya itu. Bagaimanapun, menurut sumber-sumber itu lagi, ibu pejabat parti hanya akan mengeluarkan keputusan penuh pemilihan di 32 cabang itu hari ini. "Keputusan tidak dapat dikeluarkan awal kerana sampai jam 3, 4 pagi, masih ada keputusan yang baru sampai. b"Lagi pun semalam lebih banyak cabang mengadakan pemilihan (semalam) berbanding hari pertama (kelmarin)," jelas sumber-sumber itu. Sumber yang rapat dengan Azmin mendakwa, berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 38 cabang, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memintas Zaid dengan keseluruhan 1,456 undi. Zaid didakwa mendapat 836 undi manakala Mustaffa mendapat 418 undi. Bagaimanapun, calon Naib Presiden Jonson Chong yang dikatakan regu Zaid mendakwa, berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 42 cabang, ketua PKR Wilayah Persekutuan itu terus mendahului dengan mendapat sebanyak 1,552 undi. Menulis di laman Twitter, Jonson mendakwa Azmin mendapat 1,509 undi, sementara Mustaffa pula memperolehi 636 undi. Setakat jam 10.47 malam tadi, semakan daripada 11 daripada 32 cabang yang mengadakan pemilihannya semalam, Zaid mendapat 861 undi, Azmin mendapat 845 dan Mustaffa Kamil Ayub mendapat 446 undi. Hari ini 27 lagi cabang akan mengadakan pemilihannya. Ia akan berlangsung di 6 cabang di Pulau Pinang, 8 di Perak, 7 di Pahang, 4 di Melaka dan 2 di Negeri Sembilan. [Nampaknya persaingan sengit yang dijangka terus berlaku sekarang ini. Ternyata, pertembungan antara Azmin Ali dan Zaid Ibrahim menjadi pertaruhan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Biarpun Mustafa Kamil dilihat bakal memberi saingan, namun dek kerana beliau ingin bermain cara baik maka ramai ahli PKR tidak bersimpati kepadanya. Ini menyebabkan undi yang diperolehinya kini begitu jauh ditinggalkan oleh kedua-dua calon berkenaan. Ternyata, ahli-ahli PKR masih mahu amalan UMNO diteruskan dalam parti. Mereka mahu duit teh, duit kopi dan calon yang boleh menghulurkan sumbangan diangkat. Mereka tidak mahu calon yang kedekut menjadi pemimpin mereka. Faktor kewangan perlu diambil kira oleh calon-calon yang bertanding, memandangkan pusat pengundian hanya satu dan ahli berada di lokasi yang agak jauh untuk hadir mengundi. Lantaran itulah, calon-calon perlu sediakan duit minyak dan sebagainya untuk membantu mereka. Jika tidak ramai yang tidak akan datang untuk mengundi bagi cabang-cabang yang luas seperti di Pahang. Ia berbeza dengan cabang di Selangor, jarak mereka tidak terlalu ketara sebenarnya. Maka itu ramai yang akan turun untuk membuang undi. Parti wajar menyediakan kemudahan itu jika tidak mahu calon mengambil kesempatan. Inilah yang perlu difikirkan jika benar parti mahu kehadapan!] |
| Posted: 30 Oct 2010 09:53 PM PDT ![]() KUANTAN, 31 Okt [1.04 pm] - Biar pun tempoh kempen sudah berakhir, namun di kebanyakkan pusat mengundi cabang-cabang di Pahang para penyokong calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (foto), masih terus memancing undi. Malah, terdapat dikalangan mereka secara terang-terangan merayu undi bagi pihak Azmin. Bukan setakat merayu, mereka juga mengulurkan lencana, stickers dan buku manifesto Azmin Ali kepada ahli PKR yang mahu mengundi. Soalnya sekarang, apakah ini dibenarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) agaknya?. Sedangkan perkara itu tidak wajar berlaku sebenarnnya. Gelagat penyokong Azmin ini sedikit sebanyak menyebabkan ahli PKR yang mahu mengundi menjadi "meluat" dan kecewa sebenarnya. Wajarkah kumpulan Azmin Ali sahaja yang berada disitu bagi meraih undi, sedangkan ia tidak berlaku kepada kumpulan Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub. Bukankah ini sesuatu yang tidak adil dan menyalahi undang-undang. Bahkan apa yang lebih mengejutkan ialah, kempen pemilihan calon-calon yang sepatutnya dibuat sendiri oleh ahli nampak agak tidak telus. Ia berikutan ada pihak yang mengekori pengundi hingga ke dalam pusat pembuangan undi. Mereka bukan sahaja memberi tunjuk ajar tetapi juga meminta ahli memilih calon pilihan mereka. Anehnya pegawai petugas JPP yang berada didalam bilik mengundi melihat dan membiarkan sahaja perkara itu berlaku. Mereka seolah-olah menghalalkan apa yang dibuat oleh pihak berkenaan. Apakah ini namanya pemilihan yang telus. Apapun, perbezaan undi tidak begitu ketara antara Azmin dan Zaid di Kuantan dan Indera Mahkota. Difahamkan Azmin mendapat 107 undi dan Zaid hanya 87 undi dalam pengundian semalam. Mereka kini terus bersaing dan sesiapa sahaja boleh menang. [Kata orang jika mahu telus biarlah benar-benar telus. Anehnya jika ada pihak yang boleh berkempen sehingga ke hari pengundian, ini sudah menjadi satu kesalahan dan wajar dipertikaikan sebenarnya. Malah, bagaimana mereka juga boleh membawa bersama berbagai dokumen dan barangan berkaitan Azmin untuk diberi dan dilekatkan pada baju-baju pengundi terbabit. Bukankah ia menjadi satu kesalahan dalam mana-mana pilihanraya sebenarnya. Kenapa dibiarkan, apakah hak-hak mereka untuk memaksa pengundi mengubah fikiran di saat-saat akhir?. Tindakan ini adalah tidak wajar sama sekali. Tambah mengejutkan ialah dari mana Azmin Ali boleh menyediakan buku manifesto, stickers, button yang begitu canggih?. Buku manifesto beliau mengalahkan pilihanraya umum. Walhal lain-lain calon hanya menyediakan flyers sahaja untuk berkempen. Di sini menunjukkan bahawa dana yang besar telah digunkan bagi tujuan itu. Anehnya dalam masa yang sama, penyokong Azmin menuduh Zaid Ibrahim yang menggunakan dana yang besa untuk berkempen. Hakikatnya, Mustafa Kamil Ayub juga yang lebih jujur dan mengulangi pendirian tidak mahu menggunakan cara dan taktik berkempen UMNO itu]. |
| Posted: 30 Oct 2010 11:57 AM PDT
[Bukti jelas bahawa UMNO BN semakin tertekan dan gusar dengan suara rakyat. Mahasiswa yang sudah mula sedar dan cuba untuk terangkan tentang beberapa dasark kerajaan itu pun mereka tahan kononnya pengacau. Sedangkan mahasiwa terbabit hanya mengedarkan risalah yang berkaitan. Anehnya, polis menggunakan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) untuk tujuan tersebut. Sedangkan ianya diluar bidang kuasa pihak polis sendiri. Tambahan [ula mahasiwa terbabit bukannya melakukan aktiviti jenayah yang membolehkan pihak polis mengambil tindakan sedemikian rupa sebenarnya. Mereka takut rakyat mendapat maklumat, sedangkan dalam masa yang sama mereka terus menggunakan media arus perdana untuk memomokkan berita yang berat sebelah kepada UMNO BN sahaja. Inilah dia bukti pencabulan amalan demokrasi oleh kerajaan Malaysia yang ketara sejak sekian lama itu]. |
| Pemilihan 2010: Keputusan Terkini Pengundian Di Cabang Raub, Zaid Dan Nurul Terus Dahului ! Posted: 30 Oct 2010 07:57 AM PDT ![]() RAUB, 30 Okt [10.57 am] - Keputusan terkini pengiraan jumlah undi pemilihan 2010 bagi cabang Raub yang berakhir sebentar tadi menyaksikan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (foto), terus mendahului secara keseluruhannya. Beliau mendapat 20 undi, diikuti oleh Mustafa Kamil Ayub 11 undi dan Azmin Ali sekadar mendapat 5 undi dari cabang itu. Manakala itu bagi jawatan Naib Presiden PKR pula, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh ketinggalan 3 undi dibelakang Nurul Izzah Anwar. Nurul mendapat 30 undi sementara itu Fuziah hanya mendapat 27 undi. Dua lagi calon yang berada dikedudukan ketiga dan keempat ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (18 undi) dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman (12 undi). Manakala itu, bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula, Chegubard dan Samsul Iskandar masing-masing mendapat 5 undi. Namun begitu, "line-up" Chegubard bagi jawatan Timbalan Ketua AMK iaitu Chang Lih Kang terpaksa akur kepada Khairul Anwar (Jonah). Jonah mendapat 10 undi tetapi Lih Kang tidak mendapat sebarang undi pun. Untuk jawatan Ketua Wanita PKR pula, Aminah Farrer mendahului dengan 7 undi, Zuraidah Kamaruddin 3 undi dan Dr.Suraya Sudin hanya mendapat 2 undi sahaja. Turut menjalankan proses pengundian di negeri Pahang hari ini ialah bagi cabang Kuantan, Indera Mahkota, Lipis, C.Hihglands, Jerantut dan juga di Pekan. [Keputusan tidak rasmi ini diterima daripada petugas Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat (JPP) di lokasi berkenaan. Kami masih menunggu keputusan di enam cabang yang lain sebenarnya. Apapun, akibat kurang perhatian daripada Biro Penerangan Parti (PKR) Pahang, semua maklumat itu gagal diperolehi secara online. Inilah yang berlaku ketika pemilihan peringkat cabang sebelum ini. Kami dikritik kononnya tidak melaporkan maklumat dengan tepat tentang keputusan yang diperolehi. Sedangkan, tidak ada seorang pun pihak bertanggungjawab daripada PKR Negeri Pahang yang melaporkan maklumat lengkap kepada kami. Oleh itu, kami tidak harus dipersalahkan sebaliknya mana pergi Biro Penerangan cabang-cabang PKR di seluruh negeri Pahang. Fungsi mereka sepatutnya lebih jelas, iaitu memaklumkan setiap keputusan kepada negeri untuk dihebahkan kepada media. Namun, ini tidak berlaku dan masing-masing tidak cakna kepada tugas yang sepatutnya menjadi tanggungjawab itu]. |
| Posted: 30 Oct 2010 07:32 AM PDT
[Rakyat sebenarnya tidak terkejut dengan apa yang berlaku ini. Ia adalah kerja-kerja biasa UMNO BN setiap kali pilihanraya. Malah, umum mengetahui semua ini mestilah berpaksikan "wang ringgit" dan bukanlah dengan hati yang tulus ikhlas sebenarnya. Taktik kotor ini memang sudah dapat dijangkan sejak dulu, kini dan selamanya. UMNO BN hari ini hanya berjaya mempertahankan kuasa dengan rasuah. Jika tidak, sudah pasti dalam PRU12 yang lalu mereka sudah "tenggelam bersama labu-labunya". Tidak usahlah kita percaya kesemua yang keluar parti itu mengatakan mereka tidak mendapat habuan. Anggaplah itu cerita lawak yang sengaja diada-adakan, walhal mereka kini mewah dengan apa yang ditawarkan. Begitulah hakikatnya, jika tidak masakan boleh keluar parti dan masuk UMNO BN di saat genting ketika kempen pilihanraya kecil ini]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan