Ahad, 31 Oktober 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Tips Penjagaan Kain Baju

Posted: 30 Oct 2010 06:33 PM PDT

A. Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian

Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

B. Pakaian Terkena Dakwat

1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

C. Pakaian Terkena Karat

Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

D. Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian

Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

E. Pakaian Terkena Cat

Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

F. Membersihkan Tekat Benang Emas

Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

G. Memutihkan Kain

Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-

* Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
* Campurkan dengan air.
* Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
* Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

H. Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian

1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

I. Mengeringkan Kasut Sekolah

Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

J. Menghilangkan Darah Pada Pakaian

1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

K. Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian

1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

L. Menghilangkan Minyak di Kain

Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

M. Mengekalkan Warna Pakaian

Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

N. Mengekalkan Warna Kain Batik

1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

O. Menaikkan Seri Kain Sutera

Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

P. Melancarkan Perjalanan Zip

jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

Q. Mengilatkan Kasut Kulit

Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

R. Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit

* Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
* Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
* Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

Sumber : Email Yahoo Group

Petua Mencuci Hati

Posted: 30 Oct 2010 06:32 PM PDT

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.

Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.

[Yok hadiahkan al-fatihah buat guru kita Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah, moga sihat dalam redho Allah utk terus membimbing kita semua dan mendapat ganjaran kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat pun buat kita semua amiin ya Allah ya Karim.]

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.
Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur –
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-
rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,
katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,
bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang
akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan Wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan Ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Berhati-hatilah wahai wanita

Posted: 30 Oct 2010 06:24 PM PDT

Sumber Dari Seorang Kawan:

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya , seorang polisi datang ke arah saya.

"Selamat Pagi, Cik Kak.."
"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polisi tu tersenyum sambil berkata:

" Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?"..

"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"
"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja.

Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma macam yang kita semua tahu, sekarang
banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas".

"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih".

"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik". kata polisi itu lagi sebelum berlalu.

"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr... . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah! Kepada semua pemandu wanita, JAGA DIRI

Marahkan Cina sokong PR dinafikan subsidi baja

Posted: 30 Oct 2010 06:21 PM PDT

Umno kini benar-benar terdesak dalam misi merampas Kelantan apabila kemarahan mereka dilepaskan kepada masyarakat Cina di Kampung Pulai gara-gara mendirikan pos PAS dan Pakatan Rakyat.

Ramai pekebun masyarakat Tionghua di Kampung Pulai kini dinafi mendapatkan baja subsidi setelah mereka mempamerkan sokongan terbuka kepada calon PAS.

Seorang pekebun yang namanya enggan dikenali berkata, selepas mereka mendirikan pos Pakatan Rakyat di kampung tersebut, senarai namanya dibuang daripada mendapat bantuan subsidi baja getah.

"Nama kami dibuang serta merta dari senarai penerima baja bantuan tanaman getah. Sedangkan sebelum ini bantuan baja diberi tanpa sebarang masalah.

"Ini menggambarkan Umno benar-benar terdesak kerana bantuan baja bukan dari sumber duit Umno sebaliknya hasil cukai yang dibayar rakyat," katanya kesal, ketika ditemui di sini.

Difahamkan lebih 30 pekebun Cina dinafikan hak mendapat baja tersebut. Setiap tahun mereka mendapat baja yang diagih agensi kerajaan, Risda.

Penduduk Cina di kampung tertua didiami kaum terbabit di Kelantan sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat MCA. Namun pada pilihan raya umum lalu sokongan mereka kepada calon PAS meningkat .

PAS hanya tewas 25 undi di peti undi berkenaan. Jumlah pengundi di situ sebanyak 471 orang.

Bagaimanapun berdasarkan kepada momentum sekarang kelihatan sokongan penduduk Cina semakin bertambah dan cendorong kepada PAS.

Ini dapat dilihat hasil sokongan terbuka mereka terhadap calon PAS. Malah pada majlis makan malam yang dianjurkan DAP di sebuah tokong di kampung berkenaan baru-baru mendapat sambutan luar biasa.

Mereka tidak berganjak mendengar ceramah disampaikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah.

Sementara itu lawatan Dr Zulkefli ke perkampungan yang didiami majoriti kaum Cina itu semalam menerima sambutan hangat penduduk tempatan, rata-rata kaum Tionghua.

Lawatan berkenaan turut disertai anggota parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Penyelia Dun Paloh, Hamdan Yusof dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Ketika ditemui Nurul Izzah berkata, jentera kempen Keadilan yang datang dari seluruh negara akan berusaha keras menyampaikan mesej kepada masyarakat Tionghua mengenai isu semasa yang berlaku dalam negara sekarang.

"Masyarakat Tionghua di Kelantan mempunyai pendirian politiknya tersendiri kerana mereka sudah lama berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dan tahu apa yang telah dilaksanakan bagi manfaat mereka," kata beliaui.

Menurutnya juga kerjasama jentera Pakatan Rakyat dalam setiap pilihanraya menggambarkan keutuhan parti pakatan sehingga boleh menakutkan Barisan Nasional.

"Kita tengok pergerakan jentera parti kita boleh memberi kelebihan dan keyakinan kepada semua pihak untuk menyokong calon PAS, " ujarnya.

Nurul Izzah juga berkata, hasil tinjauan ke beberapa penempatan Cina termasuk di Kampung Baru dan Kampung Pulai sokongan terhadap calon PAS memberangsangkan.

UMNO Keliru Dan Terus Keliru

Posted: 30 Oct 2010 06:08 PM PDT

Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS 'FATWA' IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut:

''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"

Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan.

Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya.

Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973?

Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS.

PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut.

Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan.

Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat?

Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud.

Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS.

Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan.

Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang.

Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula 'keris' pemimpin UMNO?

Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?

Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru?

Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula.

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular.

Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan.

Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan

Penghargaan warga emas tetap diteruskan

Posted: 30 Oct 2010 05:58 PM PDT

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap meneruskan program penghargaan kepada warga emas dengan memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM100 kepada mereka yang berusia 60 tahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang kematian ibu dan bapa.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ketika menyampaikan sumbangan kepada 123 waris warga emas yang meninggal dunia dalam satu majlis yang telah diadakan di Yayasan Aman, Penanti baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut sebanyak RM123,000 telah disumbangkan kepada waris warga emas yang berdaftar dengan kerajaan negeri sebagai penerima sumbangan yang telah diperuntukkan.

"Walaupun sebelum ini timbul dakwaan dari Umno dengan pelbagai andaian, kita yakin rakyat terutamanya warga emas tidak akan terpedaya dengan motif politik mereka. Sehingga sekarang kita tidak menerima sesen pun wang yang mereka dakwa dipulangkan oleh warga emas sepertimana yang diuar-uarkan.

"Kita juga sangsi dan ragu kenapa begitu lama mereka mengambil masa untuk memulangkan wang yang mereka dakwa dikutip dari senarai warga emas yang telah pun mereka lakukan sebelum ini dalam beberapa siri program bikinan mereka sendiri," ujarnya lagi.

Lim juga berkata, jumlah warga emas yang mendaftar dengan kerajaan negeri bagi menerima sumbangan dalam program penghargaan warga emas adalah melebihi 120,000 orang.

"Oleh kerana Umno melihat sokongan yang diterima oleh kerajaan negeri dalam program penghargaan ini begitu memberansangkan serta menggugat kedudukan mereka, maka pelbagai cara yang akan mereka lakukan bagi mengganggu-gugat program yang telah direncanakan.

"Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan Umno dan BN yang cuba memainkan sentimen kaum dan agama dengan menuduh kerajaan negeri memberi sumbangan dari sumber yang tidak halal.

Hub Halal + Hub Haram = Hub HaLam

Posted: 30 Oct 2010 05:49 PM PDT

40 Ulamak Muda UMNgOk nampaknya semakin berjaya dalam misi mereka memperbetulkan UMNgOk dari dalam. sama dengan apa yang cuba dilakukan oleh DSAI lama dulu... kalau ikut sejarah kejayaan DSAI masa dalam UMNgOk, misi beliau akhirnya berjaya dipraktikkan pada tahun 1998 dimana beliau ahirnya TerTaik dek pimpinan no-1 UMNgOk pada masa itu.

Kejayaan DSAI yang seterusnya ialah, beliau saban hari, saban waktu dan saban masa dilenyek-lenyek dengan berbagai masalah dan serangan peribadi oleh para "sahabat" dari dalam dan juga luar UMNgOk sampai ke hari ini.

Itu kejayaan terbesar DSAI dan aku yakin, DSAI sampai keakhir hayatnya tak akan lupa akan "kejayaannya" itu.

Bagi 40 Ulamak Muda UMNgOk pula, nasib mereka jauh berbeas kali lebih baik dari DSAI sebab mereka menikmati kejayaan tarbiyah mereka didalam UMNgOk tak sampai setahun selepas menyertai pertubuhan Rasist itu. semakin banyak acara-acara dan program-program Islamik berjaya diadakan akhir-akhir ini... yang tervaru sekali ialah penganjuran pertunjukkan fesyen Islamik dedah-dedah tetek yang dicemburui oleh pihak Pakatan Rakyat.

Tahniah buat 40 Ulamak Muda UMNgOk... korang telah mengesahkan tiket kelas pertama ke Neraka Jahannam setelah bertungkus-lumus mendalami ilmu agama. ketua kepada 40 Ulamak Muda UMNgOk Fathul Bari akan mengepalai perarakan ke Neraka Jahannam bila sampai masanya nanti Insya-Allah kalau menatang ni tak Insaf.

Terbaru-baru sekali... KERAjaan Pusat akan menjadikan Negara Malaysia sebagai sebuah pusat Hub Hiburan Malam. banyak kelab-Kelab Malam bertaraf AntaraBangsat akan dibuka di Malaysia dalam sedikit masa lagi dan ini akan memudahkan kepada para penganut agama Islam UMNgOk dan para penyokongnya untuk beramal pada sebelah malamnya.

Spa-Spa bertaraf AntaraBangsat juga akan dibuka sebanyak mungkin bagi memudahkan umat-umat Islam UMNgOk dan para Ambiyanya merehatkan diri mereka sesudah beramal sepanjang malam dipusat-pusat hiburan bertaraf AntaraBangsat tersebut.

Dalam sedikit masa lagi, Malaysia akan dibanjiri dengan para perempuan jalang dari merata negara luar yang akan berlumba-lumba datang ke Negara Malaysia dan mengaut peluang pekerjaan Halam sebagai tukang-tukang urut, GRO dan pelayan-pelayan Kelab-Kelab Malam AntaraBangsat kelak.

40 Ulamak Muda UMNgOk = Babi Bisu
Ahli UMNgOk = Babi Hutan
Penyokong UMNgOk = Babi Liar
Pimpinan UMNgOk = Babi Tunggal

Kemana Babi-Babi ni nak bawak Negara Malaysia?

~TPU~

Lantak Dialah Nak Jumpa Anwar Ke Siapa Ke?

Posted: 30 Oct 2010 05:48 PM PDT

Setiasusaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan NGO dalam lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia minggu depan walaupun format perbincangannya masih belum ditentukan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Informasi kedutaan AS di Kuala Lumpur Tina Malone masih belum dapat menjelaskan sama ada pertemuan tersebut akan dibuat dalam bentuk dialog.

Bagaimanapun, akan terdapat "interaksi dengan kumpulan NGO" apabila Clinton tiba bagi memenuhi sebahagian daripada siri lawatannya ke Asia minggu depan, kata Malone.

Sebelum ini, NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pernah memohon untuk membincangkan isu-isu yang menyentuh kedua-dua negara.

Sebelum ini juga, terdapat desas desus bahawa lawatan tiga harinya ke Malaysia turut melibatkan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebelum beliau bertolak ke Papua New Guinea pada 3 November.

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) juga dijangkan menganjurkan acara dengan Clinton bagi mempamerkan kerjasamanya dengan beberapa syarikat AS.

MAS juga dalam kenyataan akhbarnya berkata syarikat penerbangan negara itu juga akan menunjukkan pesawat B737-800 yang dijadual tiba pada 1 November, untuk pameran pada hari berikutnya.

Masih terdapat laporan bercanggah sama ada Clinton "mahu" menemui Anwar dalam lawatannya.

~MK~

Laporan polis kes Michael Chia

Posted: 30 Oct 2010 05:48 PM PDT

Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah, Abdul Razak Jamil membuat laporan polis hari ini berikutan penangkapan seorang rakyat negeri Sabah, Michael Chia di Hong KOng tahun lalu.

Michael yang dikatakan rapat dengan Ketua Menteri Sabah, di tahan di di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong kerana disyaki membawa wang haram didalam mata wang Singapura berjumlah RM16 juta.

Ekoran penangkapan itu, Shamsul Iskandar Mohamad Akin Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia telah membuat laporan kepada Independent Commission against Corruption (ICAC) Hong Kong yang kemudiannya telah membuka kertas siasatan terhadap Michael Chia.

Saya berharap agar pihak Polis Diraja Malaysia dapat membuat siasatan keatas sumber dan kepada siapa "wang haram" berkenaan seterusnya membawa mereka yang berkaitan ke muka pengadilan," kata Abdul Razak dalam laporannya hari ini.

~harakah~

Kewarganegaraan jadi modal kempen Umno BN

Posted: 30 Oct 2010 05:47 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Sabah kesal dengan tindakan menjadikan taraf kewarganegaraan dan sijil kelahiran sebagai gula-gula kempen politik Umno dan Barisan Nasional.

Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan dan Penyerahan Sijil Kelahiran Kepada Penduduk tersebut bakal diadakan pada 3 November jam 8.00 pagi di Kawasan Flat MPS Karamunting, Sandakan oleh Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Program tersebut disenaraikan di dalam kalendar aktiviti web rasmi penerangan kerajaan http://media.penerangan.gov.my/prkbatusapi.

"Pemberian taraf kewarganegaraan merupakan hak dan kedaulatan negeri ini dan tidak boleh dijadikan bahan kempen politik semata-mata terutamanya untuk meraih undi.

"Persoalannya mengapa pemberian tersebut baru sekarang diadakan ketika kempen pilihan raya, sedangkan banyak lagi waktu yang sesuai untuk mengurniakan taraf warganegara kepada masyarakat Batu Sapi yang terlibat," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Salman.

Salman memberitahu, BN sebenarnya telah menyalahgunakan hak dan kedaulatan negara ini sesuka hati mereka.

Menurut beliau, BN yang menerajui kerajaan pada hari ini sepatutnya mengambil langkah menyelesaikan isu kad pengenalan yang menghimpit sebahagian masyarakat di Sabah ini sejak dulu lagi.

"Banyak lagi kes-kes kad pengenalan yang belum selesai akibat kegagalan BN sebelum ini mengurus dan mentadbir dengan baik isu kerakyatan ini.

"Penyalahgunaan kuasa ini telah mengakibatkan wujudnya sentimen berunsur negatif di kalangan masyarakat tempatan sedangkan isu ini berpunca daripada mereka (BN) sendiri," ujar beliau lagi.

Tambah beliau lagi, isu kad pengenalan tidak akan selesai selagi kerajaan BN terus menjadikan kedaulatan negara dan rakyat negeri ini mangsa bagi mencapai cita-cita dan politik sempit mereka.

Beliau menyeru agar masyarakat di Batu Sapi bijak memilih pemimpin mereka yang amanah dan bertanggungjawab dan tidak terpengaruh dengan janji manis Barisan Nasional.

"Apa juga bentuk barang yang cuba diberikan kepada masyarakat Batu Sapi oleh BN tidak perlu di tolak tetapi undi mesti diberikan kepada Pakatan Rakyat," tambahnya.

~harakah~

4 siswa ditahan di Galas

Posted: 30 Oct 2010 05:46 PM PDT

Seramai empat orang pelajar daripada kumpulan "Jentera Mahasiswa PRK Galas" ditahan selepas membuat satu sidang media di Gua Musang. Kumpulan seramai 200 orang itu tiba pagi ini di Gua Musang sebagai pemerhati dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Keempat-empat pelajar berkenaan ditahan pada kira-kira jam 1.50 hari ini ketika mengedarkan risalah di bandar lama Gua Musang.

Wakil dari kumpulan terbabit Shukri Kamaruddin berkata, pihak polis yang mendekati kumpulan mahasiswa terbabit telah mengarahkan kesemua mereka supaya pergi ke IPD Gua Musang.

Selepas rundingan selama kira-kira 15 minit, anggota polis berkenaan hanya membawa empat orang pelajar bersama mereka, katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Kesemua yang ditahan merupakan anggota Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) iaitu Syukri Razak, Mohd Syahrulden Ahmad Rosdi, Mohd Yusof Hadhari serta Mohd Rijaluden Mohd Anwar.

~harakah~

PAS alukan Sultan ke Galas

Posted: 30 Oct 2010 05:45 PM PDT

Pengarah pilihan raya kecil DUN Galas Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyerahkan kepada perkenan Tuanku Muhammad V sama ada akan hadir ke Gua Musang bagi satu program seperti yang disebut-sebutkan sebelum ini.

Cakap-cakap mengenai program berkenaan telahpun dinafikan oleh pengelola istana Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad semalam, namun kedatangan baginda ke itu tetap dialu-alukan oleh PAS.

"Sebab itu atas perkenan tuanku Duli Yang Maha Mulia, dia nak buat bila-bila masa itu di pihak Sultan. Kita tidak boleh jawab di sini sebab itu urusan tuanku sendiri," kata Abdul Halim (kiri) dalam satu sidang media pagi ini.

Beliau juga menafikan tanggapan bahawa PAS cuba mengheret institusi diraja dalam isu tersebut seperti yang didakwa.

"Kita tidak pernah (minta Tuanku hadir), saya sendiri atau Datuk Wan (Abdul Rahim Abdul Rahman) pun tidak pernah telefon untuk minta (Tuanku hadir ke program PAS), tak pernah," katanya lagi.

Ditanya kesan yang mungkin timbul sekiranya Tuanku Muhammad V benar-benar hadir ke Galas, Abdul Halim berkata perkara itu tidak dapat dinilai olehnya.

"Sama ada kehadiran itu memberi kesan atau tidak, saya tidak boleh nak jawab. Tapi bagi kita, kita tidak nilai di situ, tidak ada penilaian besar di situ.

"Tapi kalau kehadiran itu (benar-benar berlaku), kita alu-alukanlah bagi pihak PAS. Mungkin di kalangan orang yang menerima itu kesannya ada.

"Maknanya kalau dia menyampaikan geran, tentulah (bagi) yang menerima daripada Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) (atau) tuanku ini lebih (baik) daripada tuanku lah. Itu memang memberi kesan di situ.

"Tapi bagi orang ramai ini, yang kita pun tak hadir, saya pun tak tahu. Tak ada kesan langsunglah,

"Sebab belum berlaku lagi. Kita tidak tahu lagi," katanya yang turut menjelaskan bahawa isu pemilikan tanah adalah melibatkan pejabat tanah serta kerajaan negeri, tanpa melibatkan Tuanku Muhammad V.

~MK~

Kelantan Menang 2-1

Posted: 30 Oct 2010 05:43 PM PDT

Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi.

Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

"Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat.

"Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan," katanya.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.

Manakala Kelantan memperoleh gol penyamaan hanya pada separuh masa kedua apabila hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan pada minit ke-57.

Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad.

Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat, mengembirakan sekurang-kurangnya 60,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium.

Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain Kelantan ekoran berjaya ke saingan peringkat akhir akhir Piala Malaysia musim ini.

~harakah~

Tiada ulasan: