| Panas: Gara-Gara 'Taksub Berkempen', Ada Anak Muda AMK Pahang Tergamak Biarkan Puak-Puak Mereka Menuduh Cucumatkilau "Anak Haram" !! Posted: 27 Oct 2010 12:39 AM PDT  Keghairahan kempen untuk memenangkan calon masing-masing dalam pemilihan 2010 ini menyaksikan berbagai adengan yang tidak sepatutnya berlaku kini mula terjadi. Jika dulu, semua amalan dan aksi ini hanya dapat disaksikan pada parti lawan UMNO BN, kini kelihatan ia semakin menular dikalangan ahli-ahli PKR terutamanya anak-anak muda. Ramai, muka-muka baru yang kononnya berjuang atas landasan kebenaran kini terlupa "agenda perubahan" yang mahu dibawa oleh parti. Mereka lupa, bahawa parti mempunyai etika berkempen dan pertandingan adalah antara adik beradik. Senario yang dapat dilihat sekarang ini, semakin jauh berbeza. Kesungguhan untuk menyaksikan calon mereka menang menyebabkan ada sebahagian anak muda ini yang tergamak mengeluarkan kenyataan dan ucapan yang berbauh hasutan, lucah dan boleh menyinggung perasaan sesetengah pihak. Perkara ini wajar dipantau oleh pucuk pimpinan tertinggi parti, jika tidak mahu sesuatu yang lebih buruk berlaku. Ada anak-anak muda yang berada dalam saf kepimpinan AMK Cabang kini sudah mula lupa dimanakah diri merek berpijak sebenarnya. Gara-gara termakan hasutan dan tohmahan pihak tertentu, maka mereka sanggup melontarkan apa jua perkataan yang tidak sewajarnya. Ini berlaku sekarang, terutamanta di laman-laman sembang sosial facebook. Antara yang menjadi mangsa ialah Blogger Cucumatkilau (CMK) yang dituduh "ANAK HARAM" oleh pihak itu. Bukti, perkataan Anak Haram yang dilemparkan kepada blogger CMK [Ketika dihubungi, CMK memberitahu yang beliau tidak sangka anak-anak muda terbabit sanggup menuduhnya sedemikian rupa."Selama 11 tahun menjadi blogger dan mempertahankan PKR saya tidak pernah tergamak melontar perkataan sedemikian kepada mana-mana pemimpin UMNO biarpun saya benci dan meluat terhadap mereka. Kini, anak muda dalam parti sendiri melontarkan perkataan tersebut kepada saya hanya kerana menyangka saya berpihak kepada team tertentu. Saya tahu siapa yang melakukannya, dan amat berharap pihak terbabit memohon maaf secara terbuka atau saya akan dedahkan satu persatu siapakah mereka. Mereka bercita-cita untuk "main game" dan berpolitik dengan saya. Padahal mereka semua itu baru kenal erti reformasi sebenarnya. Saya akan dedahkan ..tunggu dan lihat", kata CMK] |
| Panas: Pejabat Pengerusi PKR Pahang Dato' Fauzi Abdul Rahman Telah Di Ceroboh, Anehnya Hanya Dua Buah Komputer Dan CPU Telah Di Bawa Lari ! Posted: 27 Oct 2010 12:32 AM PDT  KUANTAN, 27 Okt [2.30 pm] - Di saat kempen pilihan raya kecil dan pemilihan PKR 2010 sedang berlangsung, tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu berita panas yang amat mendukacitakan. Pagi semalam, pejabat Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) telah diceroboh. Pejabatnya yang terletak di Bukit Sekilau itu dipercayai telah dimasuki penjenayah terbabit lewat malam semalam (25 Okt). Perkara itu disedari oleh anaknya yang mahu memulakan kerja sekitar jam 10.00 pagi itu. Menurut anaknya yang hanya dikenali sebagai Faisal, kejadian itu bukanlah yang pertama kali berlaku. Sebelum ini sudah dua kali kes yang sama berlaku terhadap pejabat ayahnya. Beliau terkejut kerana penceroboh terbabit tidak mencuri beberapa barangan berharga yang terdapai disitu, sebaliknya hanya membawa lari dua buah komputer dan CPU. Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lagi anak Dato' Fauzi yang dikenali sebagai Farahanim. Beliau yang bertugas sebagai Eksekutif Pentadbiran disitu, telah membuat laporan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD). Sementara itu, menurut Dato' Fauzi yang ditemui dilokasi kejadian beliau amat hairan kenapa pejabatnya itu menjadi sasaran penjenyah terbabit . "Kalau mahu curi harta, tentu banyak kedai lain yang lebih berharga. Kenapa tidak masuk kedai sebelah?. Saya syak semua ini mungkin bermotifkan politik", katanya. "Saya tidak fikir kerja-kerja ini dilakukan oleh orang yang mahu mencari barang berharga, kerana banyak yang tidak diusik mereka. Kenapa komputer dan CPU yang menjadi sasaran. Sedangkan jika dijual komputer tersebut mungkin RM50 pun orang tak akan beli. Kerana ia adalah komputer lama dan mungkin tidak lagi bernilai di pasaran sebenarnya. Saya tidak mahu menuduh sesiapa dan biarlah pihak polis yang jalankan siasatan kes ini", kata Dato' Fauzi. Dato' Fauzi menunjukkan syiling yang dipecahkan oleh penjenayah itu Bukti, dokumen dan fail-fail bertaburan selepas digeladah penceroboh [Difahamkan, penjenayah terbabit memasuki perjabat berkenaan menerusi bumbung premis berkenaan. Mereka memecahkan syiling dan selepas mencabut bumbung terbabit. Anehnya, terdapat sebuah kedai mamak yang dibuka 24 jam betul-betul bersebelahan dengan pejabat berkenaan. Soalnya, kenapa penjenaayah memilih pejabat beliau. Sedangkan banyak kedai-kedai lain disekitarnya yang mempunyai berbagai barangan berharga jika mereka mahu. Ini membuktikan bahawa motif kejadian adalah unsur politik semata-mata. Soalnya sekarang, siapakah yang diupah melakukan perbuatan sedemikian. Tambahan pula, mereka langsung tidak mengambil barangan berharga. Apakah ini merupakan tekanan kepada Dato' Fauzi Abdul Rahman yang kini amat ditakuti oleh puak-puak UMNO BN di negeri Pahang ini. Semoga pihak polis dapat jalankan penyiasatan dengan rapi insiden ini]. |
| Renungan: Penjaga Kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan Mati Dalam Rumahnya Di Kaki Gunung Itu Dalam Keadaan Sujud Dan Mengadap Kiblat ! Posted: 27 Oct 2010 12:06 AM PDT YOGYAKARTA 27 Okt [11.20 am] - Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan dipercayai ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi itu dekat sini dalam keadaan sujud (foto). Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito. Doktor hospital berkenaan, Kresno Heru Nugroho berkata, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan. Pakaiannya juga, kata beliau adalah sama dengan yang diberi gambaran oleh keluarga warga emas itu. Bagaimanapun jelas doktor berkenaan pengesahan hanya dapat dibuat apabila selesai ujian DNA. Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi dengan masyarakat. Difahamkan Sekurang-kurangnya 25 terkorban dan beribu-ribu lagi terpaksa melarikan diri dalam kejadian itu semalam. Mangsa-mangsa ditemui mati dalam keadaan rentung akibat terkena abu panas yang dihambur oleh Merapi Kebanyakan mangsa ditemui di kawasan rumah penjaga kunci Merapi, Mbah Maridjan di Sleman dan mayat wartawan tempatan itu ditemui di dalam rumah lelaki warga emas yang dipercayai punyai keahlian luar biasa kerana terselamat ketika Merapi meletus tahun 2006 dulu.
[Marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah. Sesungguhnya apa yang berlaku ini amatlah menakjubkan sebenarnya. Tambahan pula dalam kejadian pada tahun 2006 dulu, beliau dipercayai terselamat daripada letupan yang berlaku. Ia membuktikan kekuasaan Allah SWT itu sendiri. Bagi hamba-hambanya yang taat dan senantiasa sujud mengadapNya maka ditunjukkan di atas dunia lagi kelebihan yang bakal dnikmati oleh mereka. Begitulah sebaliknya. Apapun, renungkan dan jadikan ikhtibar atas kejadian ini. Semoga kita juga akan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmatNya. Takziah untuk semua mangsa !].
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan