Selasa, 19 Oktober 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Kepimpinan Dato' Fauzi Tercabar Bila Ada Ura-Ura Konspirasi 2008 Akan Di Hidupkan Oleh Beberapa Kerat "Pemimpin AMK" Negeri Pahang!

Posted: 19 Oct 2010 12:36 AM PDT

Kepimpinan Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto), sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang kini tercabar, apabila kedengaran semula ura-ura konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinannya. Jika pada tahun 2008 dulu, kumpulan ini yang dikepalai oleh beberapa kerat anak muda Angkatan Keadilan Rakyat (AMK) cuba untuk menghantar memorandum bagi menolak kepimpinan bekas Timbalan Menteri itu. Kini, strateginya agak berbeza kerana mereka menjadikan pemilihan PKR 2010 ini sebagai landasan untuk mencuba sekali lagi. Biarpun ramai yang menafikan perkara ini berlaku, namun beberapa kerat peminpin lama PKR Pahang menyedarinya. "Mereka mahu menjatuhkan Dato' Fauzi demi survival politik untuk mengangkat semula bekas Pengerusi yang lama kembali ke jawatannya itu", kata seorang pemimpin. Penolakan terhadap Dato' Fauzi dulu, menyebabkan Ketua Penerangan AMK Pahang ketika itu akhirnya meletakkan jawatan gara-gara tidak bersetuju dengan konspirasi tersebut. Mereka menolak Dato' Fauzi kononnya beliau masih baru dalam PKR ketika itu. Biarpun lantikan tersebut dibuat oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri namun kumpulan terbabit tetap dengan pendirian mereka untuk mengangkat semula orang lama ketuai PKR Pahang ini.

[Kini khabarnya "modus operandinya" telah bertukar susulan berlakunya pemilihan PKR 2010 ini. Kumpulan terbabit dipercayai yakin bahawa andainya Azmin Ali, calon Timbalan Presiden PKR menang jawatan itu maka sudah pasti satu rombakan besar-besaran akan berlaku di Pahang. Maka disitu nantilah kumpulan yang dipercayai proksi Zaid Ibrahim termasuk Dato' Fauzi akan diterajang dan kumpulan yang menyokong Azmin akan diangkat semula. Kami difahamkan, gerakan iti didokong oleh beberapa kerat anak muda yang setia kepada Zakaria yang diketuai oleh Saudara Ahmad Sani Abdul Ghani (foto) . Mereka kini bergerak secara tersusun untuk memastikan agenda itu tercapai. Biarpun perkara ini dinafikan oleh beberapa pihak, namun hakikatnya ia memang berlaku. Kini mereka menggunakan ruang bicara di laman sembang Facebook untuk melaga-laga dan mengutuk siapa sahaja penyokong Zaid Ibrahim. Mereka benar-benar telah mencemarkan imej AMK dengan tindakan terancang yang sebenarnya mahu menghancurkan parti itu sendiri sebenarnya. Justeru itu, kami akan memantau pergerakan kumpulan terbabit demi mempertahankan kempimpin PKR Negeri yang sedia ada sekarang. Bagi kami, kepimpinan Dato' Fauzi masih diperlukan untuk memperkukuhkan agenda menawan Pahang dalam PRU Ke-13 akan datang hendaknya].

Kes Simbah Cat Di Surau, Tiga Remaja Dijatuhkan Hukuman Denda "Sebanyak RM2,000" Hari Ini !!

Posted: 18 Oct 2010 11:43 PM PDT

SEREMBAN 19 Okt [2.44 pm] - Mahkamah Majistret Sivil Seremban hari ini menjatuhi hukuman denda RM2,000 terhadap tiga remaja lelaki atas tiga pertuduhan berasingan dalam kejadian menyimbah cat dan melempar botol minuman keras di sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban, Ogos lepas. Ketiga-tiga mereka juga diperintahkan menjalani bengkel Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebulan sekali selama dua tahun. Hukuman mengikut Seksyen 93 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 itu dibacakan oleh Majistret M. Mageshwary. Remaja pertama berumur 17 tahun, kedua 15 tahun dan ketiga 16 tahun, berasal di sekitar Ulu Temiang dan Sikamat, di sini didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 3 pagi dan 4 pagi, 23 Ogos lepas. Ketiga-tiga remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu ketika mereka dihadapkan di mahkamah pada 27 Ogos 2010 lepas.

[Hukuman tebabit tidak setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan sebenarnya. Namun, demi memberi pengajaran kepada remaja lain maka eloklah hukuman tersebut diberikan. Apapun, kita amatlah berharap agar para ibu bapa dapat mengawasi dan memberi didikan kepada anak-anak mereka tentang kesucian "rumah Allah". Ini supaya mereka faham bahawa ia adalah rumah ibadat bagi orang Islam dan tidak wajar untuk diperlakukan sesuka hati. Senario semasa menyaksikan anak-anak remaja yang datang ke masjid dan surau gemar membuat bising dan perbuatan tidak sepatutnya ketika solat Jumaat dan solat jemaah yang lain. Ada Imam yang berani menegur di atas mimbar, namun kefahaman sepatutnya diberikan oleh ibubapa mereka. Jika tidak sesuatu yang lebih buruk berlaku seperti kecurian kasut, motor dan sebagainya. Apakah perkara ini harus dibiarkan begitu sahaja].

Spekulasi: Benarkah, Blogger Cucumatkilau Bakal Tinggalkan PKR Gara-Gara Terkilan Dengan Sikap Pemimpin Yang Mula Tersasar Dari Landasannya!

Posted: 18 Oct 2010 08:56 PM PDT

KUANTAN, 19 Okt [12.00 pm] - Penyokong Pakatan Rakyat di Negeri Pahang kini dalam keadaan "terkejut" apabila timbulnya desas-desus seorang "Blogger Panas" di negeri iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli @ cucumatkilau (foto) dikatakan akan meninggalkan parti "PKR" dalam masa terdekat ini. Malah ada yang terlalu gusar andainya "khabar angin" ini benar-benar berlaku. Sebelum ini kita ada mendengar Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) mengkritik kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti itu. Kini, apakah seorang lagi blogger akan berbuat demikian?. Beliau dikatakan sudah mula "jelek" dan kecewa dengan senario semasa dan fenomena "luar biasa" yang berlaku sekarang ini. Ketika dihubungi, Cucumatkilau mengaku beliau kini berada dalam situasi yang cukup "kronik" antara meneruskan perjuangan politik dan perjuangan hidup. "Saya melakukan satu kesilapan apabila berada dalam parti, sedangkan saya sepatutnya berada diluar parti dan menjadi blogger bebas seperti Raja Petra. Kehadiran saya dalam parti sedikit sebanyak menyebabkan diri saya berada dalam dilema sebenarnya. Malah, saya amat terhina apabila ahli parti sendiri kini mula mencemuh dan mengutuk sesama sendiri. Sedangkan bagi saya musuh sebenar ialah UMNO Barisan Nasional. Gara-gara dikatakan berpihak kepada kumpulan tertentu dalam pemilihan 2010 sekarang ini akhirnya perkara sebegitu terus terjadi", kata CMK. Beliau juga pernah bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-12 lalu bagi kerusi DUN Kemayan dalam Parlimen Bera.

[Apakah memang ada sesuatu yang tidak kena dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) agaknya. Apapun difahamkan spekulasi itu masih dalam pertimbangan dan perbincangan antara pihak-pihak berkenaan. Namun, seandainya Blogger Cucumatkilau bertegas mahu mengambil keputusan berkenaan, maka ia satu tindakan yang amat besar buat Pakatan Rakyat di negeri Pahang ini sebenarnya. Sesuatu harus dilakukan untuk menarik beliau ke meja rundingan. Memang kami amat faham dengan apa yang terjadi ini. Malah, beliau sudah beberapa kali menyatakan kepada rakan-rakan dan sahabat seperjuangan bahawa kehadirannya dalam arus perjuangan bersama PKR dipandang sepi oleh pimpinan parti itu di Pahang. Malah, kelibatnya langsung tidak dihargai oleh sesetengah ahli. Bukan sahaja kutukan dan kata nista yang diterima, malah beliau turut dilabelkan dengan imej tertentu. Beliau juga pernah menyatakan kekecewaan akibat banyak agenda yang ingin dilaksanakan terhadap parti "hanya sekadar janji dimulut" sahaja oleh pemimpin tertentu. Sedangkan perlaksanaannya "jauh panggang dari api". Mungkin itu yang menjadi punca kenapa tindakan drastik ini berlaku].

Khidmat Rakyat: Gadis Yang Bakal Langsungkan Perkahwinan 12 Nov, Hilang Di Percayai Di Culik !

Posted: 18 Oct 2010 08:40 AM PDT

KUANTAN, 18 Okt [10.45 pm] - Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 12 November ini dilaporkan hilang dipercayai diculik ketika membeli-belah di bandar Kuantan, Pahang, Rabu lalu. Rozaliya Mat Lazim (foto), umur 20 tahun, dikatakan keluar dari rumah keluarganya di bandar ini, bersama tunangnya untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka berhampiran Pasar Besar Kuantan kira-kira jam 11 pagi. Orang ramai yang mengetahui atau boleh membantu dalam kes ini, sila hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5132222.

[Ramai yang terkejut dengan kejadian ini, tambahan pula gadis terbabit yang dipercayai berasal dan Cheneh Kemaman itu datang ke Kuantan bersama tunangnya. Dipercayai tunangnya mempunyai kerja berasingan dan meninggalkan beliau di lokasi terbabit. Akibat kelewatan tiba di tempat yang dijanjikan gadis itu gagal ditemui. Malah, SMS terakhir kepada tunangnya itu ada mengatakan beliau takut akibat diekori oleh dua orang lelaki. Masalahnya disini, kenapa dia tidak berada dilokasi awam?. Atau menjerit ketika didekati?. Kenapa tiba-tiba dia hilang begitu sahaja, inilah yang menimbulkan kontroversi. Semoga kejadian ini tidak berulang kepada orang lain selepas ini. Pastikan anak atau sesiapa sahaja senantiasa selamat disisi anda. Jika ditinggalkan, sila pastikan mereka tunggu di tempat awam yang ramai orang untuk menggelakkan daripada berlakukan sesuatu yang tidak diingini. Ambillah tauladan atas kejadian terbaru ini].

Tamparan Hebat BN, Pemimpin Veteran Di Sabah Umum Keluar Parti Akibat Kegagalan UMNO Capai Objektif Untuk Bela Hak Serta Kebajikan Rakyat !!

Posted: 18 Oct 2010 07:38 AM PDT

K.KINABALU, 18 Okt [10.41 pm] - Seorang ahli politik veteran utama yang membawa UMNO masuk ke Sabah, Datuk Karim Ghani (foto), mengumumkan beliau keluar dari parti itu, Isnin. Karim adalah antara bekas pemimpin USNO (United Sabah National Organization), termasuk Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas USNO), yang memainkan peranan membawa UMNO masuk ke Sabah pada 1990an. USNO dibubarkan untuk memberi laluan kepada UMNO. Karim berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya ke ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur dan pejabat negeri parti itu di sini, awal hari ini. "Saya telah keluar dari UMNO berkuat kuasa serta merta hari ini. Saya tetap dengan keputusan ini dan dalam pada itu saya tidak berparti sehingga menemui parti politik yang sesuai," katanya pada sidang akhbar di sini. Karim berkata beliau kecewa dengan kegagalan UMNO untuk mencapai objektif memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah. Bekas Naib Presiden USNO itu menyertai kumpulan yang setia kepada USNO yang baru-baru ini meminta Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein agar mengkaji semula keputusannya menolak permohonan mereka memulihkan USNO. Ada laporan menyatakan majoriti bekas pemimpin USNO merasa mereka dipinggirkan dan mahu parti itu dipulihkan untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan politik mereka.

[Satu kejutan bersejarah buat BN tatkala Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Biarpun Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan berbagai peruntukan untuk negeri itu dalam pembentangan Bajet 2011 yang dibuat baru-baru ini. Namun, bagi rakyat Sabah bajet itu hanyalah gula-gula untuk mereka menyokong BN dalam pilihanraya kecil itu nanti. Jika benar-benar BN mahu membela nasib rakyat Sabah maka kenapa baru sekarang mahu dibuktikan selepas beberapa kali pilihanraya berlaku. Apakah selama ini bantuan yang dijanjikan tidak kunjung tiba. Soalnya, ke mana hilangnya peruntukan berkenaan?. Kini BN sekali lagi berjanji untuk membawa berbagai kemudahan dan kebajikan kepada rakyat di negeri itu. Semoga para pengundi di Parlimen Batu Sapi dapat buktikan segalanya].

Tiada ulasan: