Rabu, 6 Oktober 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Posted: 06 Oct 2010 05:05 AM PDT

Laporan seterusnya, tunggu pendedahan terbaru Chegubard tentang apa motif tindakan beliau dan siapakah Si Mamat Rahimi Osman ini sebenarnya!

Panas: Rahimi Osman Buat Laporan Polis Bahawa Dia Telah Di Paksa Oleh Orang Anwar Untuk Buat Dua Laporan Sumpah Mengenai Kes Liwat Saiful !

Posted: 06 Oct 2010 02:27 AM PDT

KLANG, 6 Okt [5.30 pm] - Satu sidang akhbar yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman (foto), dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan. Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di Restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut. Rahimi memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008. Peguam Rahimi - S Ravi Chandran berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat. Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi pembantu, Saiful Bukhari Azlan. Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut. Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam. Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahimi yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.


Rahimi Osman, antara individu yang banyak menyimpan rahsia Anwar

[Nampaknya kes liwat dua ini menjadi bertambah haru biru dengan campur tangan Rahimi Osman. Beliau yang selama ini mendiamkan diri dan dikatakan mengalami masalah apabila diajukan soalan tentang kes liwat Saiful Bukhari, kini tiba-tiba membuat tindakan yang panas seperti ini. Soalnya sekarang, apakah motif tindakannya itu?. Apakah beliau ingin membantu sahabat karibnya Saiful Bukhari yang akan ke mahkamah semula minggu hadapan berhubung kes liwat itu. Umum mengetahui bahawa Rahimi adalah individu yang menyimpan banyak rahsia mengenai Saiful dan Anwar. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk Saiful untuk bekerja di pejabat Anwar. Persoalannya, jika hubungannya dengan Saiful baik, kenapa beliau diterajang oleh Saiful selepas itu. Namun, laporan polis yang dibuat oleh beliau ini sedikit menggemparkan kerana ia boleh menganggu perjalanan kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim yang bakal bersambung selepas ini. Rakyat dimintan bertenang dann tidak panik melihat apa yang berlaku itu].

Pilihan Raya Kecil DUN Galas: SPR Tetapkan Hari Penamaan Calon 26 Okt Serta Pengundian 4 Nov !

Posted: 05 Oct 2010 09:20 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh bagi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 26 Oktober 2010 ini manakala hari pengundian pada 4 November 2010. Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar selepas mempengerusikan mesyuarat khas hari ini.

[Soalnya sekarang SPR masih terus menggunakan amalan kuno mereka iaitu menetapkan hari bersejarah itu pada waktu bekerja, Ini kerana 26 Oktober itu jatuhnya pada hari Selasa dan hari pengundian 4 November adalah hari kerja separuh hari di Kelantan iaitu hari Khamis. Makanya apakah rasional mereka sengaja menimbulkan kontroversi baru, sedangkan sepatutnya kedua-dua hari itu diadakan pada hari cuti umum hujung minggu dan sebagainya. Apapun, segalanya sudah diputuskan dan jentera parti perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan PAS di DUN itu dapat terus dipertahankan pada kali ini].

Pemilihan 2010: Zaid, Chegubard Serta Nurul Di Lihat Calon Pilihan Untuk Meneruskan Agenda Perubahan Besar Dalam Parti Keadilan Rakyat !!

Posted: 05 Oct 2010 08:00 PM PDT

Biarpun terdapat banyak tohmahan dan fitnah terhadap dirinya, namun ternyata bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim terus sibuk dengan gerak kerja kempennya. Beliau yang menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat saingan yang paling kuat untuk menentang ketokohan Naib Presiden PKR, Azmin Ali. Biarpun terdapat calon lain seperti Mustafa Kamil Ayub, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tian Chua turut mendapat pencalonan bertanding jawatan itu. Namun, ramai pemerhati politik melihat bahawa pertembungan sebenar ialah antara Zaid dan Azmin. Jika ada pun persaingan, mungkin daripada Mustafa Kamil. Namun pemimpin PKR Perak yang tewas Ketua Cabang itu kemungkinan besar menemui laluan sukar untuk menarik undi. Tambahan pula beliau hanya mendapat pencalonan terbanyak daripada cabang-cabang PKR dari seluruh negeri Perak untuk bertanding jawatan itu. Itu pun, beliau disokong oleh NGO bernama Perkasa yang mungkin bertujuan untuk mencetuskan polimik baru dalam perebutan jawatan tersebut. Apa yang penting ialah pertembungan sebenar iaitu antara Zaid dan Azmin, kini semakin dihangatkan lagi dengan berbagai isu panas yang kini semakin mendapat tempat sebenarnya. Persoalannya, siapakah calon yang paling layak untuk berada di kerusi Timbalan Presiden itu agaknya?. Sama ada Zaid, Azmin atau Mustafa Kamil?. Kini keputusannya terletak ditangan majoriti ahli yang diberi hak untuk mengundi calon pilihan mereka. Oleh itu, pemilihan 2010 ini tentunya satu sejarah baru buat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya. Tambahan pula, amalan ini dilihat tidak berlaku dalam lain-lain parti yang memberi kuasa penuh kepada perwakilan untuk menentukan siapakah yang layak dipilih itu.

Sistem Baru Berjaya Suburkan Amalan Demokrasi

Percubaan PKR dengan sistem baru ini amatlah menarik bagi menyuburkan amalan demokrasi. Persoalannya, apakah ia praktikal dibuat pada masa ini? Sedangkan jentera petugas pemilihan parti dilihat tidak mencukupi untuk mengawasinya. Apapun, PKR dilihat berani mencuba dan sanggup berhadapan dengan risiko besar sebenarnya. Risiko pertama yang berlaku sudah pun dilalui. Kekecohan akibat berbagai masalah yang terjadi semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dan Pemilihan parti diperingkat cabang baru-baru ini. Masalah timbul akibat, kurangnya persediaan parti untuk melaksanakan sistem baru itu. Ramai pihak yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan perlaksanaannya. Namun begitu, ia harus dilihat dari sudut yang positifi kerana secara keseluruhannya sistem itu berjaya membendung berbagai masalah lain yang berlaku selama ini. Memang benar ada sesetengah cabang yang bermasalah, tetapi jumlahnya agak kecil dan tidak menggambarkan kegagalan sistem tersebut secara keseluruhannya. Kini semua mata tertumpu kepada pemilihan pucuk pimpinan parti pada bulan November ini. Kerusi panas yang dinantikan sudah pasti bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Angkatan Muda (AMK).

Zaid Ibrahim Sanggup Berkorban Kerana Prinsip

Ramai pemerhati politik kini mempertikaikan keikhlasan Datuk Zaid Ibrahim (foto), yang menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan November ini. Bagi mereka, masih terlalu awal untuk Zaid bertindak sedemikian, kerana perjuangannya dalam PKR masih belum teruji sepenuhnya. Malah, tidak kurang juga yang mencemuh kononnya Zaid membawa budaya tidak sihat dalam UMNO ke PKR. Semua ini telah dijawab oleh Presiden PKR, Datuk Dr.Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataannya baru-baru ini. Dengan tegas beliau menyatakan bahawa tidak ada bukti kukuh yang mengaitkan Zaid dengan dakwaan yang dibuat oleh pihak-pihak terbabit. Soalnya, apakah dakwaan itu sebenarnya?. Kenapa Zaid dijadikan mangsa tuduhan liar seperti itu?. Zaid yang tewas kepada calon BN, P.Kamalanathan di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini sebenarnya merupakan salah seorang tokoh baru dalam parti yang wajar diberi perhatian sebenarnya. Biarpun beliau baru dalam PKR, namun pengalaman politiknya dalam UMNO sudah memantangkan beliau. Malah, jika dikaji pada sejarah memang tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang sanggup terkorban kerana prinsip. Namun, Zaid rela melepaskan jawatan sebagai Menteri kerana prinsipnya yang jelas iaitu tidak mahu bersekongkol dengan rejim yang jelas menyalah gunakan undang-undang termasuk ISA. Zaid tinggalkan UMNO ketika karier politiknya memuncak. Siapa lagi yang berani berbuat demikian selain Zaid. Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mula kembali kepada rakyat selepas dipecat dari UMNO dan Kerajaan. Begitu juga lain-lain pemimpin yang bertaraf Menteri dalam kerajaan BN dulu dan ramai lagi. Maknanya Zaid ada asas perjuangannya yang tersendiri. Apa yang dilakukan oleh Zaid adalah besar kepada rakyat sebenarnya. Maka itu, beliau layak untuk diberi ruang berbakti kepada parti dengan kedudukan penting bagi meneruskan lagi agenda perubahan pada masa akan datang. Jika diperkatakan soal keikhlasannya, ikhlaskah Zaid Ibrahim letak jawatan Menteri UMNO semata-mata untuk kembali semula kepada rakyat?.

Samsul Cetuskan Kontroversi Pemilihan Ketua

Persaingan sengit juga dikatakan akan berlaku bagi kerusi Ketua AMK yang setakat ini dikabarkan akan mempertemukan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti iaitu Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) dengan Rafizi Ramli, bekas Exco AMK yang kini merupakan orang kuat Anwar di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Chegubard dikatakan mempunyai harapan untuk menang berdasarkan sokongan akar umbi yang diterimanya setakat ini. Pencalonan beliau jauh meninggalkan Rafizi, malah calon-calon lain setakat ini. Cuma persoalannya, ramai yang terkejut melihat Ketua AMK, Samsul Iskandar Md. Akin juga mendapat pencalonan tinggi sehingga ke hari ini. Beliau yang telah mengumumkan untuk melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada muka bari kini seolah-olah "turning back". Terdapat sumber mengatakan Samsul kemungkinan besar akan mempertahankan jawatan Ketua AMK bairpun namanya turut berada dalam ranking kedua bagi jawatan Naib Presiden. Inilah yang memusykilkan ahli AMK di seluruh negara sekarang. Mereka keliru, kenapa Samsul adakan sidang media umumkan tidak mahu bertanding sebaliknya kini mendapat pencalonan tinggi pula. Apalah ini satu strategi politik beliau agaknya. Atau mungkin juga benar dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan, Samsul terpaksa membuat sidang media ketika mengumumkan hasratnya itu akibat tekanan daripada pihak atasan. Sama ada betul atau tidak hanya Samsul yang lebih tahu kedudukannya selepas ini. Namun kontroversi ini kini menganggu kempen calon yang bertanding.

Chegubard Wajar Di Beri Ruang Mantapkan AMK

Bagi jawatan Ketua AMK pula, Chegubard dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk mengambil alih kepimpinan daripada Samsul Iskandar Md Akin. Apa rasionalnya, kerana Samsul sudah diberi ruang yang secukupnya untuk membawa perubahan dalam AMK. Namun banyak kelemahan yang dikesan masih berlaku dalam gerakan anak muda itu. Antaranya, tiada gerakan besar-besar untuk menarik seberapa ramai anak muda menyertai AMK. Akhirnya berlakulah mesyuarat AMK cabang yang ketandusan ahli, malah ada yang tidak cukup calon untuk dilantik sebagai AJK di peringakt cabang. Jika dilihat kepada jumlah anak muda yang menyertai AMK juga amatlah membimbangkang. Dua tahun selepas kemenangan di Pilihanraya Umum 2008 yang lalu, namun masih ada cabang yang ahli AMK tidak sampai 20 orang. Apakah yang berlaku sebenarnya. Samsul tidak boleh dipersalahkan sebenarnya, mungkin kerana ada Exco AMK yang hanya mengejar jawatan tetapi lemah untuk melakukan tindakan. Akhirnya ini jela sdilihat berlaku di MATC baru-baru ini. Disamping itu, AMK juga dilihat gagal menggerakkann jentera "perang siber" untuk berhadapan dengan musuh. Walhal ramai pihak yang berminat menawarkan diri untuk berkerjasama. Akhirnya cabang AMK langsung tidak mempunyai jaringan siber untuk diterokai oleh anak muda. Sepatutnya setiap cabang sudah mempunyai blog sendiri untuk memperkemaskan aktiviti. Ada sesetengah cabang AMK yang tidak langsung berfungsi akibat kekurangan dana dan latihan yang secukupnya untuk memimpin. Justeru itu, satu perubahan besar perlulah dibuat mulai sekarang. Gerakan anak muda perlu diperkemas dan dimantapkan lagi agar ia berupaya meneruskan agenda perjuangan. Chegubard dilihat berupaya melaksanakan tugas tersebut.

Puteri Reformasi Layak Bergelar Naib Presiden


Tawaran Nurul Izzah untuk bertanding jawatan Naib Presiden telah dipandang sinis oleh ramai pihak. Kononnya beliau masih terlalu muda untuk berada disitu. Tambahan pula, wujudnya unsur kronisme andai beliau bertanding disitu. Apa tidaknya, bapanya Anar Ibrahim Penasihat Umum, ibunya Wan Azizah Presiden dan jika beliau menang maka dia akan menjadi salah seorang Naib Presiden. Namun harus diingat bahawa Nurul Izzah telah lama berkorban masa dan tenaga untuk meneruskan agenda perubahan itu sendiri sebenarnya. Beliau terpaksa bergelumang dengan berbagai keperitan sejak era reformasi lagi. Semuanya dek kerana hasratnya untuk membela nasib keluarga dan rakyat yang terus tertindas ketika itu. Mendapat jolokan "Puteri Reformasi" ketika itu, maka Nurul berupaya membawa perubahan besar kepada parti andai dipilih ke jawatan itu. Hubungan erat dengan pucuk pimpinan tertinggi parti boleh menjadi landasan mudah untuk beliau meneruskan agenda perubahan itu. Ramai yang terkilan apabila beliau mengumumkan hasrat tersebut, kerana Wanita PKR sebulat suara telah mencalonkan nama Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan) ke jawatan itu. Ramai yang mengandaikan bahawa undi wanita akan berpecah dua susulan hasrat Nurul itu. Namun, kekuatan sebenarnya ada pada diri masing-masing dan tidak perlu dipertikaikan. Nurul dan Fuziah mempunyai kehebatan tersendri untuk menarik undi. Tidak ada perbezaan ketara andainya Nurul berjaya atau Fuziah berjaya. Apa penting, suara wanita itu perlu diperkasakan dalam membawa misi untuk menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Justeru itu, Nurul Izzah adalah calon paling sesuai untuk mewarisi ketokohan ibubapanya kelak.

[Apapun, pilihan kini terletak ditangan seluruh ahli PKR yang layak mengundi dalam pemilihan ini nanti. Berlegar sekarang ada pihak yang mahu pemimpin sejati dipilih, kononnya ada pemimpin lain menggunakan politik wang untuk memancing undi. Namun, dalam berparti dan pemilihan, tohmahan sebegini adalah asam garam sebenarnya. Persoalannya, apalah guna menjadi pemimpin baik diperingkat pusat, cabang atau ranting jika gagal menggerakkan parti itu sendiri. Agenda perubahan apa yang mahu dibawa jika sekadar menunggu pilihanraya barulah semangat berparti itu timbul dikalangan ahli-ahlinya. Ini semua gara-gara masalah kewangan dan dana yang tidak dijana dan senantiasa mengharap kepada pihak lain. Justeru itu, dalam mendepani masa dan keadaan selepas ini maka ahli perlu memilih mana-mana calon yang boleh membantu untuk memperkasakan parti baik dari sudut ekonominya, pentadbirannya, pengurusannya dan lain-lain lagi. Jika parti terus dipimpin oleh muka-muka yang sama, maka kita khuatir hasrat untuk membawa agenda perubahan besar dalam pilihanraya umum akan datang tidak dapat direalisasikan. Malah, sokongan rakyat juga akan merudum andainya parti langsung tidak berfungsi di perngkat akar umbi sebenarnya. Maka itu, fikir-fikirkanlah sebelum membuat sesuatu keputusan itu nanti].

Bukti: Kekecohan Yang Sengaja Di Perbesarkan Oleh Puak-Puak UMNO Terhadap PKR Rupanya Juga Berlaku Dalam Mesyuarat Agung Parti Itu !

Posted: 05 Oct 2010 09:48 AM PDT

Mungkin, kita merasa terkejut bila media arus perdana memaparkan kekecohan yang berlaku di beberapa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. Kekecohan yang berlaku akibat sikap tidak puas hati sesetengah pihak berhubung dengan beberapa isu kecil itu sengaja diperbesarkan, bagi membuktikan kepada rakyat kononnya PKR tidak layak untuk memerintah negara ini. Mereka menjaja cerita tentang kekecohan tersebut sehingga ramai dikalangan penyokong PKR dan Pakatan Rakyat "tergamam" dan "tidak dapat berkata" apa-apa bila diajukan soalan berhubung insiden itu. Maka, ramailah rakan-rakan mereka yang merupakan penyokong kuat UMNO BN mengutuk dan mengatakan PKR "macam budak-budak" dan "ganas". Pendek kata puak-puak UMNO ini memperli dan memperlekehkan PKR, seolah-olah perkara kekecohan itu satu masalah besar yang tidak mewajarkan rakyat menyokong parti berkenaan. Lantaran itulah disini, kami paparkan semula beberapa video panas tentang kekecohan yang berlaku dalam Mesyuarat Agung di beberapa bahagian UMNO sebelum ini. Ia sebagai bukti bahawa kekecohan seperti itu juga berlaku dalam parti mereka. Malah lebih teruk lagi hingga menyebabkan pihak polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) memantau keadaan itu, seperti yang berlaku dalam Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Rantau Panjang. Sila klik video di bawah :-






Lagi berita kekecohan Mesyuarat UMNO, Klik ruangbicarapriamalaya

[Dengan bukti-bukti ini, maka mudahlah untuk penyokong Pakatan Rakyat menjawab segala tohmahan yang dibuat oleh puak-puak UMNO, kononnya PKR tidak layak memerintah negara ini kerana kekecohan yang berlaku itu. Sebenarnya, kekecohan adalah perkara biasa dalam mana-mana persatuan, pertubuhan atau parti politik di negara kita. Kecoh akan timbul apabila ada yang tidak bersetuju dengan pihak yang lain. Terkadang, mereka yang tidak bersetuju itu jumlahnya kecil. Namun, jika media menfokuskan kepada ruang tersebut maka jadilah ia sebagai isu besar yang dihebohkan. Jangankan mesyuarat parti, mesyuarat surau atau masjid pun boleh berlaku kecoh apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan laporan kewangan dan sebagainya. Justeru itu, kita perlu terima hakikat bahawa ia bukanlah mencerminkan parti secara keseluruhannya. Cuma yang menjadi masalah, apabila media arus perdana pula menemubual individu yang tidak berpuas hati berkenaan. Jadilah ia isu besar, seolah-olah wujud perpecahan dan perbalahan antara sesama ahli parti tersebut].

Tiada ulasan: