Rabu, 6 Oktober 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Siapa Rahimi menurut Chegu Bard dan Sharpshooter..

Posted: 06 Oct 2010 08:14 AM PDT

Oleh : Chegu Bard dan Sharpshooter

Umno panik dengan pertembungan di kawasan majoriti Melayu di DUN Galas. Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais peembakar suhu perkauman sudah tentu pilihanraya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka.

Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik. Bn cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini 'KuLi' sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur.

Mereka tahu sesuatu perlu dilakukan segera. Pakatan Rakyat jika turun dengan jentera yang padu pasti Bn tumbang. Faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali. Tanpa perlu menanti Anwar berada di luar negara serangan dituju kepada Anwar.

Kempen Bn sempena Galas bermula hari ini dengan 'kick off' nya dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.


Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu.

Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.

Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.

Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.

Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu.

Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar.

Namun cheGuBard secara peribadi langsung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya, pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah meneman bukan mendidik maka teman dan dengar je lah.

Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.

Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam.

Lama dia hilang tak tahulah buat apa bagi che'GuBard tak nak campur itu urusan pejabat Anwar, che'GuBard tumpu perkasa parti, tak mahu campur urusan pejabat Anwar Ibrahim sebab nanti tak sesuai pula kerana kita tak secerdik mana.

Tiba - tiba beberapa bulan lepas ketika menghantar sepupu Isteri bernikah di Sg. Buloh kami sekeluarga singgah di Denai Alam. Sebab dengar tempat ini boleh tengok kuda maka cheGuBard bawa anak-anak untuk ambil gambar dengan kuda. che'GuBard jumpa Rahimi ini baru lepas naik kuda, biasalah dengan pakaian hebat, boot naik kuda dan cakap besarnya dia menyapa, salam siap nak cium tangan lagi. Kalau dia kena paksa kenapa sekarang ? Kenapa dekat dengan Galas ?


Jawapan Sharpshooter - Ya memang benar kata Chegubard, sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang diamanahkan menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam. Manakala 2 orang amk dari N9 diamanahkan pula menjaga Rashid.

Memang lucu, lawak & pelik, mengapa Rahimi membuat pengakuan setelah lebih daripada 2 tahun????

Rahimi mungkin terlupa bahawa Sharpshooter waktu tu bersama Zulkifli Ibrahim yang waktu itu telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan Rahimi kerana waktu itu beliau cukup tidak yakin & takut Najib yang waktu itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri

Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau di benarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa 'inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini'

Malah pernah pada satu malam, Rahimi berkata dia nak tengok Euro final 2008? Kami bawa Rahimi ke Sri Pentas TV3 dalam ribuan manusia.

Sharpshooter melihat dengan mata dan kepala sendiri pengakuan Rahimi yang divideokan tanpa paksaan dan dengan kerelaannya sendiri. Latifah Koyah sebagai peguam bertanya beberapa soalan kepada Rahimi dan beliau menjawab tanpa skrip yang diberi dalam erti kata lain, Rahimi sendiri yang menceritakan dengan kerelaannya.

Rahimi menceritakan bahawa Saiful adalah kawan sekolahnya dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Rahimi bertemu semula dengan Saiful ketika dalam siri roadshow Ceramah Anwar semasa kempen PRU12.

Rahimi terkejut bertemu Saiful semasa ceramah Anwar kerana Rahimi tahu Saiful merupakan penyokong kuat UMNO. Belum tiba masanya nak citer semua pengakuan Rahimi.

Cuma rumusan pada hari ini, Sharpshooter ingin menegaskan bahawa jika Rahimi mengatakan beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah adalah satu pembohongan yang besar.

Peguam Anwar sangkal Rahimi, PKR dakwa ‘Konspirasi Galas’

Posted: 06 Oct 2010 06:36 AM PDT

KLANG, 6 Okt — Peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair dalam reaksi segera menafikan dakwaan Rahimi Osman bahawa bekas pembantu Ketua Umum Pakatan Rakyat itu telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah berkaitan kes liwat akhir Jun 2008.

Sankara berkata, Rahimi menandatangani akuan bersumpah itu secara sukarela selepas mengadakan pertemuan dengan peguam-peguam Anwar di Quality Hotel dua tahun lalu.

"Saya hendak menegaskan di sini bahawa Rahimi tidak dipaksa menandatangani akuan bersumpah. Dia menyediakan akuan bersumpah secara sukarela yang memihak kepada Anwar," katanya.


"Dia (Rahimi) dengan bebas memberi maklumat... saya hadir bersama dengan beberapa peguam semasa dia menerangkan apa yang sebenarnya telah berlaku," kata beliau kepada The Malaysian Insider petang ini.

Sankara juga berkata Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya, yang juga salah seorang peguam kes Anwar dalam kes liwat terbaru sekarang ditanggungjawabkan untuk mendapatkan tandatangan Rahimi pada akuan bersumpah yang dimaksudkan.

Petang tadi, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dalam kes liwat kedua dihadapi Anwar dengan menandatangani dua akuan bersumpah.

Rahimi berkata beliau telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008, yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.

Laporan polis dibuat Rahimi kira-kira 3.03 petang tadi.

Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Latheefa dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008.

Dalam pada itu, anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Badrul Hisham Shaharin menyifatkan Rahimi melancarkan kempen pilihan raya kecil Galas bagi pihak Umno hari ini selepas parti dominan BN itu sudah panik dengan kemungkinan pertembungan di kawasan majoriti Melayu.

"Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais pembakar suhu perkauman, sudah tentu pilihan raya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan menerusi blognya.

"Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik.

"BN cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini, Ku Li sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas, maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur," katanya.

Bakal calon kerusi Angkatan Muda Keadilan ini berkata, faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali dan tanpa perlu menantinya serangan dituju kepada ketua pembangkang itu.

"Kempen BN sempena Galas bermula hari ini dengan 'kick offnya' dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

"Rahimi ini kononya hari ini hadir di ibu pejabat Balai Polis Klang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu," katanya lagi.

Badrul yang turut dikenali sebagai "Chegubard" menambah, strategi menggunakan Rahimi sudah dihidu beberapa hari lepas, kononnya akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat.

"Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah kedua ini.

Katanya, mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.

"Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononnya takut, maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.

"Sepanjang dijaga selama kira-kira enam hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bola sepak ketika itu.

"Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani, beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar," katanya.

Badrul menyoal, "kalau dia kena paksa kenapa sekarang, kenapa dekat dengan Galas?"


The Malaysian Insider

Bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa tandatangan SD kaitkan Najib dan Rosmah

Posted: 06 Oct 2010 04:44 AM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KLANG, 6 Okt - Seorang bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman hari ini, dalam perkembangan mengejutkan, mendakwa beliau telah dipaksa mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dalam kes liwat kedua dihadapi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu dengan menandatangani dua akuan bersumpah.

Rahimi berkata beliau telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008 yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.

Sekumpulan ahli PKR menyerbu lokasi sidang media itu sebelum Rahimi bertemu pemberita dengan menggesa beliau agar menghentikan sidang media tersebut.

Bagaimanapun satu salinan laporan polis dibuat Rahimi kira-kira 3.03 petang tadi diperoleh oleh The Malaysian Insider.

Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008.

"Saya dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 mengenai Anwar dan Saiful.

"Deklarasi itu tidak benar kerana bukan saya yang menulis.

"Saya dipaksa untuk menandatangani, kerana saya bimbang dengan keselamatan saya... ketika itu ada beratus penyokong Anwar dan orang-orang kanannya di sekitar Quality Hotel," kata Rahimi.

Malah menurut pembantu itu beliau juga dipaksa tinggal di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menandatangani akuan bersumpah.

Laporan polis hari ini juga menyebut bahawa Rahimi ada membuat satu akuan bersumpah yang baru.

"Kandungan akuan bersumpah sebelum ini tidak benar... jadi saya membuat akuan bersumpah baru.

"Saya mahukan perlindungan saksi daripada polis. Saya khuatir akan keselamatan diri saya dan keluarga saya," katanya lagi.

Malah dalam laporan polis itu, Rahimi mendakwa Latheefa juga adalah berusaha untuk menghubungi agar menyediakan akuan bersumpah yang baru memandangkan yang sebelum ini sudah hilang.

The Malaysian Insider difahamkan Rahimi merancang untuk mengadakan satu lagi sidang media setelah yang dijadualkan hari ini gagal selepas diganggu oleh ahli-ahli PKR, diketuai oleh calon jawatan naib presiden Suresh Kumar.

Anwar sedang dalam perbicaraan terhadap dakwaan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondomonium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.


The Malaysian Insider

Lagi di liwat?

Posted: 06 Oct 2010 04:25 AM PDT

Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan - oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.

Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.


Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.



Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahimi yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.

Pada sidang akhbar yang penuh dengan wartawan dan jurugambar ini, Rahimi dengan tenang cuba berdialog dengan kumpulan berkenaan.

"Hentikan sidang akhbar ini! Berapa yang engkau dibayar? Kami tahu apa yang berlaku antara engkau dan Saiful," jerit seorang lelaki yang kemudiannya dikenali sebagai M Jayabalan berulang-kali.

Rahimi kemudian dengan tenang berkata: "Ini tidak ada kena mengena (dengan perbicaraan di mahkamah). Bagaimana boleh saya berunding jika awak terus menjerit?"

Jayabalan bersama enam yang lain diketuai oleh K Sureshkumar yang menyatakan hasrat bertanding jawatan naib presiden PKR mendakwa mereka berkempen bersama Rahimi ketika pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Juga kelihatan berada bersama kumpulan itu adalah penyokong PKR yang pernah berkempen di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang dimenangi oleh anak perempuan Anwar - Nurul Izzah.

"Kami berada di sini bagi menyokong Anwar. Tidak ada apa untuk didedahkan," kata Sureshkumar, yang juga adalah pembantu khas Anwar yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal masyarakat India.

Turut berada di lokasi adalah beberapa anggota polis yang memantau perkembangan itu.

Mengapa mengadu tiga tahun kemudian?

Ketika dihubungi, peguam Anwar - N Sankara - menafikan dakwaan bahawa akuan bersumpah itu dibuat secara paksaan.

Pada awalnya, tegas beliau, Rahimi disenaraikan sebagai salah seorang saksi pembelaan Anwar dan dia (Rahimi) membuat akuan bersumpah itu secara sukarela.

Sankara menegaskan bahawa Rahimi tidak dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah itu, tetapi sebaliknya membuatnya secara sukarela.

Lagi pula, tegasnya, mengapa Rahimi menafikannya sekarang selepas kira-kira tiga tahun berlalu.


Malaysiakini

PRK N45 : Khalid Samad Pertikai tarikh yang diumumkan SPR

Posted: 06 Oct 2010 03:55 AM PDT

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang juga Lujnah Politik PAS Pusat mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan tarikh penamaan calon pada 26 Oktober (Selasa) serta tarikh mengundi pada 4 November (Khamis).

Beliau mendakwa penetapan tarikh tersebut merupakan helah Barisan Nasional (BN) menghalang pengundi terutamanya yang berada di perantauan mengundi.

"Keputusan ini tidak logik. Saya yakin BN berjaya mempengaruhi SPR supaya tetapkan tarikh pada hari Khamis supaya anak perantauan tidak pulang mengundi akibat komitmen kerja dan urusan lain.


"SPR sebagai badan bebas sepatutnya perlu menetapkan Sabtu (6 November) sebagai hari mengundi dan bukannya Khamis. Ini menunjukkan bahawa BN di sebalik kata-kata angkuh, mereka sebenarnya tidak yakin boleh menang malah menyulitkan lagi pengundi daripada luar kawasan untuk pulang mengundi," katanya dalam sidang media di ini hari ini.

Pagi tadi Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Omar menetapkan 26 Oktober sebagai hari penamaan calon dan 6 November hari mengundi.

Beliau turut mengkritik kebanyakan pemimpin Umno yang mendesak agar Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dicalonkan sebagai wakil BN semasa pilihan raya nanti.


Free Malaysia Today

Pemilihan PKR : Dalang kekecohan dikenalpasti.

Posted: 06 Oct 2010 03:49 AM PDT

Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengenalpasti individu yang didakwa mendalangi kekecohan dalam mesyuarat cabang Kuala Langat.

Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata melalui penelitian rakaman video, pihaknya mengenalpasti individu itu di kenali sebagai Abdul Razak Halidi.

PKR, katanya turut mengenalpasti beberapa individu lain yang bukan ahli parti yang turut menganggu proses pemilihan di tiga cabang lain iaitu Kapar, Klang dan Sabak Bernam.

"Kita kenal pasti watak Abdul Razak yang merupakan bekas PKR. Beliau meruapakan bekas ahli Umno selepas itu masuk Keadilan.


"Dalam mesyuarat cabang Kuala Langat beliau hadir," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Di cabang Kuala Langat menyaksikan insiden kekecohan apabila peti undi serta kertas undi ditabur di luar dewan.

Sebelum ini, Saifuddin mendakwa bahawa wujud anasir luar yang cuba menganggu proses pemilihan di beberapa cabang.

Menurut Saifuddin, cabang Klang dan Sabak Bernam selepas semakan susulan diteliti turut disahkan kehadiran bukan anggota parti ketika mesyuarat berlangsung.

"Di Klang dan Sabak Bernam setelah membuat semakan keanggotaan dengan

jabatan pemilihan parti dan makluman pimpinan cabang masing-masing kami mendapati mereka yang terlibat bukan ahli parti.

"Malah perkara itu turut dikenalpasti di Kapar yang mengesahkan bahawa yang membuat kekecohan dan kekacauan ialah bukan ahli parti," jelas beliau.

Saifuddin, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu yang terbabit.

Katanya, aduan polis turut dibuat ke atas individu yang bukan anggota parti oleh pimpinan cabang mahupun pengawas yang bertugas.

"Aduan polis ada dibuat kae atas anggota yang bukan ahli parti oleh pimpinan cabang atau pengawas yang bertugas. Mereka orang yang tepat membuat aduan," katanya.


Free Malaysia Today

Pemilihan PKR : Shamsul kembali bertanding Ketua AMK?

Posted: 06 Oct 2010 03:43 AM PDT

Oleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Khabar angin bertiup semakin kencang mengenai Shamsul Iskandar Mohd Akin akan mempertahankan jawatan Ketua AMK dan bukannya bertanding jawatan naib presiden seperti diumumkan 16 September lalu.

Perkara ini dijelaskan oleh beberapa pemimpin AMK khususnya di Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pahang sejak beberapa hari lalu.

Seorang pemimpin AMK cabang Gombak berkata, beliau mendengar perkara itu daripada rakannya dari Pahang, Sabtu lalu.

"Ramai ketua AMK cabang Selangor dan negeri lain telah bekerja untuk Shamsul bagi memastikan beliau menang jawatan ketua AMK," katanya yang mahu namanya dirahsiakan.


Ketua AMK Johor, Zabidie Abas ketika dihubungi hari ini berkata, ramai ahli AMK di negeri itu yang mengharapkan Shamsul mempertahankan jawatan ketua AMK.

Katanya, enam cabang PKR Johor telah mencalonkan Shamsul untuk bertanding jawatan ketua AMK.

Masa depan politik

"Untuk masa depan politiknya, Shamsul perlu bertanding jawatan ketua AMK dan memberi laluan kepada calon lain bertanding jawatan naib presiden.

"Umurnya baru 36 tahun dan saya kira masa yang sesuai untuk beliau bertanding jawatan naib presiden ialah pada pemilihan akan datang," katanya.

Sementara itu, empat atau lima dari 11 cabang AMK PKR Pahang mencalonkan Shamsul untuk bertanding jawatan ketua AMK.

Ketua AMK Pahang, Rizal Jamin berkata, secara keseluruhannya semua pemimpin AMK baik di peringkat negeri atau cabang mahu Shamsul kekal sebagai ketua AMK.

"Daripada senarai calon yang menawarkan diri bertanding ketua AMK, semuanya tidak mempunyai kualiti kepimpinan sebaik Shamsul. Maknanya kekosongan yang ditinggalkan Shamsul tidak mampu diisi oleh pemimpin AMK lain," katanya.

Shamsul tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung perkara tersebut.


Free Malaysia Today

DUN Galas: Penamaan calon 26 Okt, hari undi 4 Nov

Posted: 06 Oct 2010 03:31 AM PDT

Kedua-dua hari yang telah ditetapkan ini merupakan hari bekerja, mungkin ianya bertujuan untuk mengurangkan jumlah penyokong Pakatan Rakyat dan juga PAS yang biasanya kita lihat amat ramai sekali yang hadir ke setiap hari penamaan calon bila ada PRK..


PUTRAJAYA, 6 Okt — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan diadakan pada 4 November ini.

Penamaan calon pula dijadualkan pada 26 Oktober.

Tarikh-tarikh pilihan raya kecil ke-12 ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar di sini sebentar tadi.

"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 28 September berhubung kekosongan kerusi DUN Galas berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Che Hashim Sulaima pada 27 September lalu.

"Kita telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya hari ini dan menetapkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan itu.


Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan peta kerusi DUN Galas selepas mengumumkan 4 November tarikh pilihan raya kecil. Bersamanya Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wan Mustapha Ab. Hamid (kanan). – Foto Bernama
"Dengan ini saya mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Galas akan diadakan pada 26 Oktober (Selasa) dan tarikh pengundian pula pada 4 November (Khamis)," katanya ketika sidang media di pejabat SPR.

Beliau berkata SPR akan menggunakan Bilik Gerakan Tanah dan Jajahan Gua Musang sebagai Pusat Penamaan Calon dan Dewan Sivik Gua Musang sebagai Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

"Sebanyak 11 buah sekolah, satu balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan satu dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemua 25 saluran tempat mengundi.

"Seramai 323 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini," katanya.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim dari PAS akibat barah usus, Isnin minggu lalu. Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.

DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

SPR telah melantik Ketua Jajahan Gua Musang Wan Mustapha Wan Abdul Hamid sebagai pegawai pengurus pilihan raya manakala penolong pegawai pengurus pula terdiri daripada Mohammad Yusoff Hassan (Timbalan Ketua Jajahan Gua Musang), Mohd Helmi Mat Zin (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang) dan Hasnul Hariz Abd Llah (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang).

Bagi pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya pula SPR melantik Muhamad Rasani Ramli (Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang), Mohd Khiril Hazmie Yusof (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang) dan Norhalis Mohamad Noor (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang).

Tambah Wan Ahmad, peruntukan bagi mengadakan pilihan raya kecil DUN Galas dianggarkan sebanyak RM1.3 juta.

"Kita anggarkan lebih RM1 juta, mungkin RM1.3 juta kerana terdapat empat pusat pengundian memerlukan khidmat helikopter," katanya.

Wan Ahmad berkata daftar pemilih di DUN Galas adalah seramai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

"Melayu terdiri daripada 61.63 peratus, Cina 20.08 peratus, India 1.6 peratus, Bumiputera 0.9 peratus, orang Asli 16.37 peratus dan lain-lain 0.23 peratus," katanya.

Ketika ditanya sama ada SPR akan mendapatkan khidmat pemantau bebas termasuk Mafrel bagi memantau pilihan raya kecil DUN Galas, Wan Ahmad berkata SPR tidak akan melantik mana-mana pertubuhan untuk menjadi pemantau.

"Setakat ini SPR belum buat keputusan untuk melantik mana-mana pemantau bebas kerana bagi kita pemantau dan pemerhati dalam dewan pengudian adalah ejen pemantau terbaik.

"Jadi kita tidak akan melantik mana-mana pertubuhan termasuk Mafrel untuk menjadi pemantau dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya.

Wan Ahmad berkata SPR kini sedang meneliti laporan-laporan berhubung pilihan raya kecil sebelum ini yang diberikan Mafrel.

"Kita sedang meneliti kesemua laporan yang diberikan Mafrel," katanya.


The Malaysian Insider

Pemilihan PKR : Gobalakrishnan menang ketua cabang

Posted: 05 Oct 2010 07:08 PM PDT

KULIM - Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang berjaya mendapat 397 undi berbanding Shamsul Anuar Abdullah 219 undi dan V Sandrasekharan 157 undi dalam pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Padang Serai akan memastikan PKR cabang berkenaan aktif pada masa akan datang.

Selain itu, beliau turut berjanji akan bekerjasama dengan semua calon yang kalah untuk memastikan PKR terus mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat di Padang Serai.

Beliau mengatakan kemenangan yang diperolehnya berpunca dari sokongan padu yang diberikan oleh ahli dan mahu beliau terus menerajui parti itu.


"Saya sangat berterima kasih kepada semua yang telah mengundi saya. Selepas ini saya akan berehat dua tiga hari sebelum berjumpa dengan semua ahli PKR Cabang Padang Serai.

"Saya juga akan memberikan kerjasama dengan calon yang kalah kerana mereka juga merupakan ahli PKR. Sebenarnya kalah atau menang bukan perkara penting kerana ia hanya pemilihan dalam parti," katanya.

Gobalakrishnan berkata, apa yang lebih penting pihaknya harus bekerja keras untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 supaya impian untuk menawan Putrajaya akan menjadi kenyataan.

Menjawab perihal bantahan yang dibuat terhadap keputusan pemilihan PKR Cabang Padang Serai beliau berkata, PKR mengamalkan konsep demokrasi di mana siapa sahaja yang terdiri daripada ahli PKR boleh membuat bantahan terhadap sebarang permasalahan.

Menurutnya, pemilihan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang membimbangkan sejak ia bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

Beliau berkata, setiap bantahan yang dibuat akan dihalusi oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Tentang bantahan dibuat oleh calon yang bertanding pada pendapat saya, mereka mempunyai hak selagi mereka ahli PKR. Semua permasalahan yang timbul akan dinilai semula oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat dan keputusan akan ditentukan pihak berkenaan.

"Apa yang penting, sepanjang pemilihan dijalankan tidak berlaku sebarang insiden tidak diingini. Ini menunjukkan PKR mempunyai permuafakatan yang erat antara ahli," katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau berterima kasih kepada semua kerana telah menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diberikan untuk memastikan pemilihan kali ini berjalan dengan baik.


Sinar Harian

Al-Fatihah! Pak Tam telah meninggal dunia..

Posted: 05 Oct 2010 12:56 PM PDT



"Wahai Tuhan ku, dan kerana Engkau adalah ahli yang menepati janji dan kebenaran, maka ampuni dan kasihanilah dia, sesunguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Mengasihani."


Che Mat Bin Hashim ataupun lebih dikenali dengan gelaran Pak Tam telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Pulau Pinang pada jam 10.30 malam 06 October 2010 bersamaan dengan 26 Syawal 1431 Hijrah pada usia 63 tahun kerana jangkitan kuman pada paru-parunya.

Allahyarham telah meninggalkan seorang balu dan juga sebelas orang anak.

Proses untuk membawa pulang jenazah Allahyarham telah dipercepatkan hasil daya usaha TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansur Othman yang turut hadir ke Hospital pada jam 12:00 tengah malam.

Jenazah Allahyarham telah dibawa keluar dari Hospital Besar Pulau Pinang pada jam 12:42 tengah malam selepas segala proses dokumentasi selesai dan tiba diperkarangan rumahnya di Sungai Semambu, Bukit Mertajam pada jam 1:08 pagi dengan diiringi oleh TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansur Othman.


Pemergiannya ini merupakan satu kehilangan yang amat besar buat PKR khususnya di kawasan Permatang Puah.

Allahyarham merupakan mantan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh yang disegani dan dihormati oleh warga PKR Permatang Pauh .

Allahyarham adalah individu yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan cekal dalam perjuangan disamping mempunyai sifat kepimpinan yang terpuji.

Atas panggilan Illahi, dia telah kembali menemui-Nya. Bersamalah kita turut mendoakan agar rohnya ditempatkan oleh Allah SWT bersama orang-orang soleh.

Jenazah Allahyarham dijangka di sembahyangkan di Masjid Kubang Semang selepas waktu Zohor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Semang.

AL- FATIHAH buat Allahyarham….

Ribuan terima kasih dari keluarga Allahyarham kepada TKM1 Pulau Pinang yang telah membantu dan juga sudi mengadakan majlis tahlil buat Allahyarham pada jam 1:25 pagi..

Warga Emas P.Pinang Kena Tipu Hidup-Hidup

Posted: 05 Oct 2010 12:50 PM PDT

Mengikut laporan berita online Malaysiainsider hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengumumkan pada sidang media, Umno setakat ini belum lagi memulangkan satu sen pun dari duit ehsan yang dikutipnya dari warga tua.

Pemimpin Umno, Reezal Merican telah mendakwa duit ehsan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada warga tua Pulau Pinang adalah haram kerana duit itu adalah dari sumbangan dari kelab lumba kuda di Pulau Pinang.

Namun, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa duit yang diberikan kepada warga tua adalah dari duit sumbangan judi tetapi dari duit kerajaan yang berjaya dijimatkannya.


Umno mula menganjurkan 'program mengembalikan duit haram' dari penerima-penerima wang ehsan tersebut. Dalam setiap program yang yang dianjurkan Umno, kelihatan warga tua sedang mengembalikan duit yang dikatakan haram itu.

Menurut TV3/4, Umno akan mengembalikan semua wang yang dikutip oleh mereka kepada kerajaan negeri. Tetapi, KM, Lim Guan Eng menafikan setakat ini ada menerima apa-apa wang dari Umno Pulau Pinang.

"Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak munasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas," kata Lim. – harakahdaily

Setakat ini dikatakan lebih dari 100 orang telah mengembalikan duit ehsan itu. Ini bermakna kutipan mereka sudah mencecah lebih dari RM 10,000. Siapakah yang sedang memegang duit ini? Reezal Merican Naina Merican?

Apakah duit ini akhirnya akan dikembalikan ke khazanah kerajaan negeri? Kita tidak tahu sebenarnya berapa ramaikah warga tua yang sudah mengembalikan duit mereka. Akaun berkaitan wang yang dikembalikan oleh warga tua yang disimpan oleh Umno tidak boleh dipercayai kerana Umno kita percaya tidak beramanah. Siapakah akhirnya yang akan menikmati semua kutipan dari warga tua ini?

Wang yang dikutip dari sumbangan orang ramai kepada tabung Tsunami suatu masa dulu, juga dikatakan tidak diagihkan dengan betul kepada mangsa bencana alam tersebut oleh Umno/BN. Ada mangsa yang mendakwa mereka tidak menerima apa-apa bantuan dari tabung Tsunami! Wang untuk mangsa bencana alam pun mereka 'gasak'.

Jadi, apakah duit ehsan yang dikembalikan oleh warga tua akan selamat kembali kepangkuan khazanah negeri Pulau Pinang?

Lebih dari 100,000 warga tua telah menerima duit ehsan dari kerajaan negeri, namun 100 orang lebih sahaja yang telah mengembalikan duit tersebut.

oleh decapucino

Islamphobia : Bereskan dalam negara dulu Najib.

Posted: 05 Oct 2010 12:21 PM PDT

Oleh : Azmi Anuar

Perdana Menteri Najib Razak mahu membantu Amerika Syarikat menangani Islamophobia supaya masyarakat di sana lebih memahami Islam dan menghapuskan persepsi negatif terhadap agama itu.

Apabila direnungkan, mungkin matlamat pertama itu telahpun tercapai tanpa apa-apa bantuan dari pihak kerajaan Malaysia. Rakyat Amerika Syarikat boleh membaca dan melihat berita setiap hari bagaimana setengah-setengah penganut Islam di Malaysia menjiwai agama mereka.

Contoh paling menonjol ialah bantahan terhadap pembinaan rumah ibadat agama lain dengan membawa kepala lembu sebagai tanda protes. Terhapuskah persepsi negatif tentang agama Islam dengan tindakan penganut-penganutnya yang sebegitu rupa?

Acap kali apabila ada ura-ura untuk mendirikan rumah ibadat agama lain, terdengarlah bantahan yang berapi-api menidakkan hak penganut bukan Islam. Laungan membantah kedengaran lebih hebat apabila cadangan seperti itu muncul di kawasan yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam.


Apalah salah penganut bukan Islam? Memang benar, mereka mungkin hanya minoriti di sesuatu kawasan, tetapi itu bukan alasan atau sebab untuk membantah sedemikian rupa. Penganut agama Islam yang bermastautin di sesuatu tempat mungkin atau benar-benar amat bimbang akan pengaruh agama lain jika dibiarkan mula bertapak di persekitaran mereka. Bukankah ini perasaan sama yang diluahkan oleh seorang paderi di Florida, Amerika Syarikat yang mahu membakar Al-Quran?

Perasaan bimbang ini juga muncul di kalangan penganut-penganut bukan Islam ketika cadangan membina Pusat Islam berhampiran bekas tapak [serangan 9/11] World Trade Centre di New York. Nasib baiklah, penduduk Amerika Syarikat lebih berpandangan luas dan menerima segala bentuk dan ragam rakyatnya.

Tentu sekali tidak di Malaysia.

Tanggungjawab Muslimat berkeluarga

Satu demi satu peristiwa yang melibatkan penganut agama Islam dan yang bukan Islam berkesudahan dengan air mata dan hati yang luka, berkecamuk. Manakan tidak, anak sendiri yang belum mengerti apa-apa sewenang-wenang diIslamkan.

Percanggahan yang tidak punya penamat kerana pemerintah tidak mempunyai iltizam dan tidak bersungguh-sungguh mahu menyelesaikannya secepat mungkin. Bukankah keluarga bahagia asas sesebuah negara? Kalau suami isteri tidak dapat hidup bersama lagi, perlukah anak-anak menjadi korban?

Anak-anak juga menjadi mangsa di kalangan penganut agama Islam apabila ramai bapa yang mengabaikan tanggung-jawab mereka setelah perceraian disahkan. Walau bagaimana benci atau marah terhadap bekas isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa tidak akan luput sehinggalah anak-anak itu dewasa dan boleh berdikari.

Realitinya amat menyedihkan dan sentiasa menyakitkan hati. Turun naik mahkamah syariah tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, arahan potongan gaji amat sukar dilaksanakan, mencari bapa yang lari entah ke mana besar kemungkinan hanya usaha sia-sia dan si ibu jugalah yang terpaksa bertungkus-lumus membesarkan sendiri anak-anak.

Adakah ini salah satu persepsi positif Islam yang hendak ditonjolkan ke khalayak dunia?

Dunia sudah tahu, dan Malaysia contoh terbaik bahawa, keluarga tidak mendapat keutamaan. Bertentangan sama sekali dengan ajaran agama Islam yang tulen.

Apabila mayat yang terkujur, orang tersayang yang telah meninggalkan dunia ini, dirampas dan dikuburkan mengikut aturan agama lain walaupun tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa semasa hayatnya dia telah menganut agama Islam, tentu sekali seribu satu soalan muncul.

Pihak pemerintah berkata proses mendaftarkan penganut agama lain yang memeluk agama Islam akan diperlicinkan supaya peristiwa rampas-merampas mayat tidak berlaku pada masa hadapan. Setakat ini belum ada tanda-tanda konkrit bahawa apa yang dikatakan itu telah terlaksana.

Sementara menunggu proses birokrasi ini mencapai penghujungnya, apalah nasib keluarga lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama?

Inilah keadaan semasa di Malaysia, negara "Islam" yang mahu membantu Amerika Syarikat menangani Islamophobia.

Memang Amerika Syarikat tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya di sana ada ruang untuk suara-suara lain memberikan pandangan. Memang ada yang ekstremis tetapi secara keseluruhan golongan majoriti mempunyai pandangan yang sederhana, tidak keberatan memberi peluang kepada golongan minoriti.

Jiwa Islam yang tulen

Sejarah Amerika Syarikat sendiri memperlihatkan detik-detik bantahan dan bangkangan terhadap apa juga golongan yang tidak menurut norma golongan majoriti. Golongan minoriti menyesuaikan diri supaya masih boleh mengamalkan kepercayaan dan tradisi mereka dan pada masa yang sama tidak bertentangan pula dengan jiwa negara tersebut.

Inilah yang telah hilang dari proses pengIslaman jentera pentadbiran dan birokrasi negara. Jiwa Islam yang sebenarnya, yang perlu ditonjolkan semula ke mata semua. Bukankah ayat pertama dalam Al-Quran ialah 'Iqra' (Bacalah)? Bukan menghafal Al-Quran, atau membaca dengan tajwid dan lagu yang betul sahaja tetapi membaca dengan kritis, menyoal, berdebat, merumuskan dan mencapai sesuatu untuk kebaikan semua.

Bukan sahaja untuk umat Islam tetapi untuk semua.

Lihat sahajalah perdebatan tentang sama ada orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Bagaimana orang bukan Islam hendak lebih rapat dan mempunyai persepsi positif tentang Islam jika mereka dilarang mendekati rumah ibadat, tempat berkumpul orang Islam.

Takut, bimbang?

Perasaan takut dan bimbang sentiasa dicanangkan sebagai jawapan terhadap pelbagai soalan yang membabitkan penganut bukan Islam. Takut dan bimbang, yang bukan Islam mempermainkan atau mempersendakan agama Islam. Kalau benar begitu, menjadi tanggungjawab penganut agama Islam itu pula untuk memberi penjelasan kepada yang bukan Islam. Bukan dengan menghalang tetapi menerima dengan hati terbuka bahawa yang bukan beragama Islam mahu lebih rapat, memahami apa ada di sebalik nama Islam itu.

Penganut agama Islam di negara ini sendiri kadang-kadang terlampau cetek pengetahuan mereka tentang agama-agama lain yang dianuti oleh rakan-rakan mereka. Contoh termudah ialah larangan memakan daging lembu yang diamalkan oleh penganut agama Hindu.

Sering terjadi hidangan yang disajikan oleh penganut agama Islam untuk rakan-rakan mereka tidak mengambil kira larangan agama ini dan terkotai-kotailah sekumpulan rakan-rakan beragama Hindu tanpa makanan yang sesuai. Ada ketika mungkin mereka bernasib baik juga jika dapat menjamah kuih-muih, buah-buahan atau makanan ringan yang lain sebagai pengganti.

Malaysia membantu Amerika Syarikat menangani Islamophobia? Hentikanlah. Bereskan rumah sendiri dulu.


Centre of Policy Initiatives

Tiada ulasan: