Jumaat, 22 Oktober 2010

Muslimeen United

Muslimeen United


Pemuda PAS bantah busana hina Islam

Posted: 22 Oct 2010 10:35 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita36/kam-demo10.JPGKUALA TERENGGANU - Duunjuk perasaan secara aman di dua tempat berasingan telah dibuat oleh pemuda PAS Terengganu Kira-kira 2000 umat Islam bagi membantah penganjuran Festival Busana Muslim yang menghina Islam.

Di hadapan Masjid Baru kira-kira 2,000 umat Islam turut serta menyertai demo yang diadakan sejurus selepas para jamaah keluar dari masjid, selesai melaksanakan solat Jumaat.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata, bantahan serupa turut diadakan serentak di seluruh negara oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dan negeri-negeri

Beliau yang mengetuai demo aman di Masjid Pengadang Baru memberitahu Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo pada 9 Ogos lalu itu dianjurankan oleh Datin Seri Rosmah Mansor jelas menghina Islam.

Menurutnya, pakaian model yang terlibat dengan peragaan fesyen didakwa busana muslim itu sebenarnya tidak menutup aurat langsung

"Ada model fesyen yang memakai baju tidak menutup aurat dengan tulisan 'Muhammad SAW' yang jelas memalukan umat Islam, Pemuda PAS bantah sekeras-kerasnya dan jika dibuat sekali lagi di Negara ini akan ditentang dan akan kerah seberapa ramai umat Islam untuk bantah sehingga penganjuran itu dibatalkan,"tegasnya

Manakala dalam demo aman di masjid Batu Rakit, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah bertegas, Pemuda PAS amat sensitif dan akan tentang dengan apa cara sekali pun walau pun terpaksa dengan pengorbanan darah dan nyawa.

Menurutnya Pemuda PAS mendesak Rosmah selaku penaung program itu minta maaf secara terbuka dan pihak berkuasa ambil tindakan. -BO

Bantah Festival Busana: Mana Dia Ulamak Muda UMNO?

Posted: 22 Oct 2010 10:34 AM PDT

Festival busana: Mana dia ulama muda Umno

"Di mana perginya 40 ulama muda Umno dan mana dia mufti yang selalu tangkas mengeluarkan kenyataan bila berlaku sesuatu peristiwa yang menyebelahi Umno," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam perhimpunan aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus selepas solat fardhu Jumaat tadi.

Seramai 200 orang jemaah mengadakan bantahan secara aman terhadap Festival Busana Muslim yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan bakal diadakan lagi pada bulan depan.

Tegasnya, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam sekeras-kerasnya tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan penaung festival berkenaan kerana sanggup menggadai agama Islam semata-mata untuk mendapatkan publisiti.

"Kenapa ulama muda dalam Umno dan mufti di negeri-negeri membisu tanpa mengeluarkan sesuatu kenyataan yang membela Islam dan mendesak Rosmah Mansor memohon maaf pada umat Islam di dunia atau khasnya di Malaysia," ujarnya.

Katanya, Rosmah yang juga mendapat gelaran baru 'First Lady' tidak wajar bertindak membelakangkan para agamawan disebabkan mahu namanya berada di kemuncak.

"Jelas isteri Datuk Seri Najib menghina Islam menerusi penganjuran festival yang berselindung di belakang nama Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema ketika merasmikan program tersebut," katanya.

Di Pulau Pinang, dua masjid dijadikan lokasi bantahan berkenaan iaitu di Masjid Jamek Hashim Yahya, Jelutong dan Masjid Jamek Permatang Janggus bagi zon Seberang Perai. -Hrkh


Batal perhimpunan, Pemuda PAS WP jumpa Jakim

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP) hari ini membatalkan rancangan mengadakan demontrasi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Sebaliknya, ia memutuskan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Wilayah malam semalam, kata ketua penerangannya, Fadhil Osman. Sebelum ini, bantahan tersebut dirancang diadakan di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat hari ini.

"Hasil perbincangan, Pemuda PAS Wilayah mengambil pendekatan yang lebih bersifat untuk mendapat sokongan politik.

"Kita akan berbincang mengenai isu ini dengan Jakim. Setakat ini mereka (Jakim) tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan (berhubung isu ini)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mesyuarat malam tadi juga, kata Fadhil, bercadang menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara tersebut.

"Memorandum itu sudah siap. Kita akan menghantar surat memohon perkenan mengadap Seri Paduka untuk menyerahkan memorandum tersebut," katanya.

Fadhil berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Jakim dan Istana Negara petang ini.

Mengulas pendirian pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata pihaknya tiada halangan asalkan isu berkenaan ditangani dengan berkesan.

Katanya, tindakan itu diambil kerana mungkin mereka beranggapan masih ramai yang belum mengetahui isu tersebut.

"Nak tukar pendekatan hantar memo kepada Jakim dan Agong kerana merasakan isu ini masih ramai belum mengetahuinya dan mereka merasakan penyerahan memo itu lebih berkesan. Itu ok.

"Tidak mengapa dan saya setuju. Yang penting isu ini mesti ditangani secara berkesan," kata Nasrudin dalam satu pesanan ringkas sms kepada Malaysiakini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS pusat mengumumkan akan mengadakan bantahan secara aman di masijid-masid tertentu di seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam itu.

Nasrudin dilaporkan mendakwa tindakan Rosmah, selaku penganjur festival fesyen itu, sesuatu yang keterlaluan.

Di festival itu seorang model - yang tidak menutup aurat - telah memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab pada bahagian dadanya.

Sementara itu, ditanya sama ada pihaknya membatalkan perhimpunan hari ini kerana menerima tekanan, Fadhil berkata:

"Kita tidak menerima tekanan dari mana-mana pihak. Ia adalah hasil persetujuan dalam mesyuarat malam tadi".

Katanya, pembatalan perhimpunan itu hanya di peringkat Wilayah Persekutuan sahaja.

Kenyataan Media Ust. Asri berkenaan Islamic Fashion Festival Rosmah

Posted: 22 Oct 2010 10:33 AM PDT

http://dupahang.files.wordpress.com/2009/11/dr-maza.jpg?w=188&h=238
Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)

Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;

1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.

2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.

4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah 'Islamik'.

5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.

6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.

7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan 'Islamic fashion' mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.

-Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Doha, Qatar

Jentera PAS turun dengan 'underdog' di Galas

Posted: 22 Oct 2010 01:31 AM PDT

GUA MUSANG, 22 Okt: Walaupun dilihat mendahului BN, namun jentera pilihan raya PAS di Galas meletakkan diri mereka underdog (di belakang) dalam gerak kerja pilihan raya kecil ini.

"Kalau di Manik Urai undi popular kita merosot 6 peratus dalam pilihan raya kecil berbanding undi kita dalam pilihanraya umum, maka di Galas kita meletakkan kita ketinggalan 6 peratus juga iaitu dari menang dengan 54 peratus dalam pilihan raya umum kepada kalah iaitu 48 peratus sahaja sekarang," kata Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (gambar), Penasihat jentera pilihan raya PAS di Galas.

Sikap ini diambil oleh jentara plihan raya PAS berdasarkan pengalaman Pakatan menghadapi dua pilihan raya penting yang memberikan banyak pengajaran kepada PAS.

"Semasa di Manik Urai, kita ambil pendekatan bertahan kerana kita sudah menang. Terbukti, ia merugikan kita sehingga kita hampir kalah. Berbanding dengan jentera Pakatan di Sibu yang meletakkan kita kalah. Kita berusaha sehinggalah kita menang di sana," kata Wan Rahim yang merupakan penasihat jentera pilihan raya itu.

Wan Rahim, anggota Parlimen Kota Bharu pernah bertanding melawan Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen Gua Musang dan dia kalah. Dia juga pernah menjadi Yang Dipertua PAS Gua Musang sebelum ini.

Kalau dilihat dari mata kasar, PAS nampaknya terus mendahului Umno dalam kempen pilihan raya kecil Dun Galas apabila melancar jentera pilihan rayanya 19 Oktober lalu.

Umno masih lagi tenggelam dalam kemelut dalaman apabila difahamkan wujud dua kem utama dalam Umno Gua Musang iaitu kem bekas Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh dengan kem Umno asal yang dipimpin Saufi Deraman yang mendapat sokongan padu Wanita dan Pemuda Bahagian.

Kehadiran ribuan penduduk tempatan dalam majlis pelancaran itu memberi satu isyarat Dun Galas seakan-akan sukar digugat Umno biar pun mempertaruhkan Tengku Razaleigh sebagai pengarah jentera pilihan raya BN di Galas.

Di antara ribuan yang hadir dengan bersesak-sesak di hadapan Markas Besar PAS Dun Galas adalah masyarakat bukan Islam termasuk orang Cina dan India.

Situasi itu kelihatan berlainan berbanding dengan pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai tahun lepas kerana tiada ragam kaum yang hadir pada pelancaran jentera pilihan raya PAS.

Pilihan raya umum 2008

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS, Dr Zulkefli Muhamad mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang.

Namun Ku Li memenangi kerusi itu selepas menang lebih besar di dua Dun lagi iaitu Paloh dan Nenggiri yang juga terletak di bawah Parlimen Gua Musang.

Menurut kajian sebuah badan bebas, pengaruh peribadi Ku Li hanya 30 peratus sahaja di Gua Musang. Selebihnya adalah sokongan daripada Umno. Jika Ku Li bukan calon dalam pilihan raya ini, bermakna pengaruh peribadi itu akan hilang.

Seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya ini dengan Melayu berjumlah 7,123 atau 61.67 peratus dari jumlah pemilih itu. Cina 2317 (20.06 peratus), Orang Asli 1,889 (16.35 peratus) manakala India 185 (1.6 peratus).

Kubu utama PAS dalam pilihan raya ini adalah daerah mengundi Sungai Terah yang mempunyai pemilih seramai 1,912. Dalam pilihan raya umum lalu, 68.45 peratus telah mengundi Dr Zulkifli (undi Parlimen) dan 68.56 peratus mengundi Che Hashim Sulaima untuk undi peringkat Dun Galas.

Kekuatan PAS terletak di Lembaga Kemajuan Tanah Sungai Terah yang mempunyai 1,380 pengundi. Mereka adalah peneroka asal yang dihantar oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Asri Muda untuk membuka tanah kawasan itu.

Daerah mengundi yang paling ramai adalah Kampung Bharu yang 52.60 atau 1131 pengundinya adalah kaum Cina. Selebihnya iaitu 999 pengundi atau 46.47 peratus adalah Melayu.

Dalam pilihan raya lalu, 52.41 peratus memberikan undi kepada Dr Zul (Parlimen melawan Ku Li) manakala 55.91 peratus memberikan undi kepada Che Hashim.

Dalam pilihan raya umum lalu juga, PAS hanya kalah di Kampung Pulai yang mempunyai pemilih seramai 471 di mana 83.86 peratus atau 395 orang adalah pengundi Cina.

Namun menurut Nasir Daud, Penyelaras Operasi bilik gerakan PAS di Galas, isu yang melanda pengundi kawasan ini sudah dikenalpasti. Beliau yakin, pengundi Cina kawasan ini akan kembali kepada PAS dalam pilihan raya kecil ini.

Keutamaan pengundi

Dengan data-data inilah, jentera PAS yang disokong Pakatan Rakyat dan jentera Umno yang disokong BN akan berebut pengaruh dalam pilihan raya ini.

Namun, isu utama yang menjadi pengkiraan pengundi kawasan ini tetap kepada apa yang mereka untung atau rugi jika mengundi BN dan apa yang mereka untung atau rugi jika mengundi PAS.

Yang pasti, jika mereka memilih PAS, penduduk kawasan ini termasuk Gua Musang keseluruhannya akan mendapat seorang wakil yang boleh menghubungkan mereka dengan kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS. Tanpa wakil PAS bermakna, mereka terputus hubungan dengan kerajaan negeri. Urusan paling penting bagi penduduk di sini adalah hak dan pemilikan tanah. Ia adalah bidang kuasa kerajaan negeri.

Jika mereka memilih calon BN, ia hanya menambahkan seorang sahaja lagi wakil mereka kerana BN sudah ada anggota Parlimen di situ dan dua Adun lagi iaitu Paloh dan Nenggiri sudah Adun BN. Ketiga-tiganya sudah lebih dari cukup untuk mewakili mereka dalam berurusan dengan kerajaan Pusat. -Hrkh

Pemimpin BN hidup susahkan rakyat, mati pun bebankan rakyat

Posted: 22 Oct 2010 01:29 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/anwarceramah.JPGGUA MUSANG - Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahi mendedahkan berdasarkan buku belanjawan negera terdapat satu projek baru yang dipanggil sebagai 'pusara negara'.

"ada projek baru nyang Ada projek baru namanya pusara negara, berapa lubang kubur (ada) 500 lubang kubur,

" 250 lubang kubur untuk VIP Islam dan 250 lubang kubur untuk VIP bukan Islam,"katanya ketika menyampaikan ceramah mpena sambutan Kelantan Membangun Bersama Islam di sini semalam.

(Gambar - Anwar turut mencucapkan selamat berjaya kepada calon PAS bagi PRK DUN Galas, Dr. Zul)

Menurutnya, projek pusara negara tersebut akan dibangunkan dikawasan tanah bersebelahan Tugu Negara Kuala Lumpur.

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/anwartahniahdrzul.JPGPembinaan pusara negera khusus untuk pembesar-pembear negara itu kata neliau akan menelan perbelanjaan dari wang cukai rakyat sebanyak RM70 juta.

" jumlah peruntukkan untuk buat pusara bagi pembesar-pembesar ini (adalah) RM70 juta, maknanya satu orang (pembesar) mati, harga kuburnya RM140,000,"ujatrnya.

Oleh itu menurutnya, untuk meneruskan hidupnya, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak membelanjakan RM65 juta bagi membaik pulih kediaman perdana menteri di Putrajaya.

Manakala apabila matinya pemimpin-pemimpin negara, diperuntukkan pula sebanyak RM70 juta untuk membina kubur-kubur mereka.

"(pemimpin BN) hidup menyusahkan rakyat bila mati pun menyusahkan rakyat,"katanya

Namun begitu, jika dibandingkan dengan peruntukan untuk membangunkan seluruh masjid dan surau seluruh negara, kata Anwar, hanyalah RM14.3 juta.

Diakhir Majlis sambutan 20 tahun Kelantan Membangun Bersama Islam tersebut, Mursyidul Am telah mengumumkan calon PAS yang dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat bagi bertanding ddalam PRK DUN Galas. -BO

Apabila Speaker Berkata Bukan Bidang Kuasanya Halang Kain Rentang UMNO Di Parlimen

Posted: 22 Oct 2010 01:28 AM PDT

Speaker perlu tetapkan pendirian: PR

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) mendesak Speaker Dewan Rakyat menetapkan pendirian untuk membenarkan penggantungan sepanduk parti politik di bangunan Parlimen.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok membangkitkan perkara itu di dalam dewan pada Isnin lalu mempertikai tindakan menggantung sepanduk oleh UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO dan mahu semua parti diberi peluang sama.

Namun Speaker, Tan Sri Amin Mulia berkata, perkara itu tidak ada kena-mengena dengan persidangan dan tidak seharusnya dibawa ke Dewan Rakyat.

Menurut Speaker, perkara kain rentang itu bukan bidang kuasanya, tetapi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Setiausaha Organisasi DAP itu berkata, tujuan mereka mereka menggantung sepanduk Pakatan Rakyat bagi mengetahui pendirian pentadbiran Parlimen mengenai perkara itu.

"Selepas saya buat protes, Speaker kata ini bukan bidang kuasa beliau. Jadi kalau Speaker kata tak ada kuasa, maksudnya parti lain pun boleh buat perkara sama.

"Kita nak tahu apa pendirian Speaker atau pentadbiran Parlimen," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.

Tambah Teresa, tiada asas membolehkan UMNO menggantung sepanduk kerana berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bukan di Parlimen.

Teresa turut mempersoalkan kewajaran pemasangan sepanduk UMNO di Parlimen walaupun program berlangsung di PWTC. -SH

Sekarang ini, zaman di mana pemimpin-pemimpin UMNO BN sentiasa mengelak dengan memberikan jawapan streotaip iaitu "tidak ada kuasa" atau "di luar bidangkuasa" apabila merasa diri mereka diasak untuk mengambil tindakan yang sewajar terhadap beberapa kes salahlaku.

Pandikar Amin Mulia Speaker pada hari semalam menyatakan beliau tidak ada kuasa untuk menyekat kain rentang "Perhimpunan UMNO" digantung di bangunan Parlimen.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sendiri selaku TPM dan Menteri Pelajaran membuat dakwaan serupa dengan menyatakan menteri tak ada kuasa nak pecat pengetua rasis.

Benar, sungguh benar - pemimpin-pemimpin UMNO BN sudah mula kepupusan kuasanya. Dan selepas ini perkataan-perkataan mereka akan dijadikan hal yang benar bahawa UMNO BN sebenarnya hilang kuasanya memerintah di negara ini juga.

Sabda Rasulullah : "Kullu kalam addu'a, setiap perkataan itu adalah merupakan do'a" -GB

Inilah muka-muka penyamun di sebalik menara Warisan 100 tingkat

Posted: 22 Oct 2010 01:14 AM PDT



PM kata, keputusan projek Menara PNB RM5 Bilion tu adalah cetusan idea dan cadangan dari PNB, bukan dari beliau.

Tetapi. Sapa tu? Setahu ana, perbincangan untuk melaksanakan segala PROJEK MEGA akan melibatkan 'Board of Directors' dan beberapa TOP MANAGEMENT yang dilantik oleh Khazanah Nasional atau PNB..

Mai kita pi tengok... sapa mereka?

Board of Trustees YPB


Board of Directors


Jadik? Siapa yang buat keputusan sebenarnya? Bukan ke PM kita jugak?
Lepas ni, pasti ada kena jadik kambing hitam, macam kes Kehilangan Enjin JET masa DS Najib jadi Menteri Pertahanan dulu.
Dulu, Sarjan kena. Mungkin kali ni pak guard pula yang kena.
Pak Guard tu yang buat keputusan....sumber

Negeri-negeri Pakatan Rakyat Catat FDI Tertinggi - Mukhriz

Posted: 21 Oct 2010 08:53 PM PDT


Maju ke hadapan" walau FDI junam 81% 2009

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mukhriz Mahathir berkata, adalah tiba masanya Malaysia "maju ke hadapan" dari kejatuhan 81% dalam pelaburan langsung asing (FDI) pada 2009.

Laporan Pelaburan Asing Dunia (WIR) 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan DFI di Malaysia menjunam 81% tahun lalu, tertinggal di belakang negara-negara jiran seperti Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Mukhriz mengakui laporan itu menunjukkan kejatuhan yang signifikan namun mempertahankannya dengan menyatakan ia juga melibatkan negara-negara lain di dunia, bukan sahaja Malaysia.

"Pengaliran keluar FDI adalah lebih signifikan tapi apa yang penting, apa yang berlaku selepas ini," kata Mukhriz, sebagai menjawab soalan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dalam soalan tambahan di Dewan Rakyat semalam.

Menurut beliau, kerajaan telah menggariskan pelbagai dasar baru dari pertengahan 2009 termasuk Model Baru Ekonomi (MBE), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), yang bertujuan untuk menarik pelaburan asing.

Para pelabur tiada masalah

Beliau juga menolak dakwaan bahawa para pelabur asing enggan datang ke negara ini kerana sentimen perkauman yang meningkat sepertimana yang dinyatakan oleh Lim.

"Saya melihat para pelabur yang berkualiti dan bernilai tinggi datang ke negara kita. Ini menunjukkan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah dengan apa yang berlaku di negara ini berbanding dengan negara-negara lain.

"Mereka masih melihat Malaysia sebagai sebuah destinasi yang menarik untuk pelaburan yang dapat memenuhi cita rasa dan aspirasi mereka," ujar beliau.

Namun demikian, Mukhriz mengakui bahawa jumlah DFI pada tahun ini semakin berkurangan pada tahun ini. Malaysia hanya mencatat FDI sebanyak RM9.6 bilion pada tujuh bulan pertama tahun ini berbanding RM22.1 bilion setahun penuh 2009.

"Sejumlah RM22.1 bilion FDI pada 2009 itu melibatkan sebanyak 390 projek pembuatan," katanya ketika menjawab Ahli Parlimen BN-Mukah, Dr Muhammad Leo Michael Toyad.

Mukhriz, juga memberitahu tiga buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat – Selangor, Kedah dan Pulau Pinang – mencatatkan FDI tertinggi di antara Januari hingga Julai tahun ini, dengan pelaburan sebanyak RM1.6 bilion setiap negeri. -FMT

Ya, perenggan terkahir tu jangan terlepas pandang nak baca. Ia pengakuan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mukhriz Mahathir sendiri bahawa negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat mencatatkan FDI tertinggi. Tahniah kepada MB/KM bagi negeri-negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Selama ini kerajaan UMNO BN, melalui kenyataan pemimpin-pemimpin sering mendakwa kononnya hanya merekalah yang pandai memerintah, mereka sahajalah yang membawa kebaikkan kepada rakyat. UMNO BN sedaya upaya ingin menggambarkan kepada rakyat kononnya Pakatan Rakyat hanya pandai membangkang tetapi tak pandai memerintah

Ternyata dan terbukti kini, hakikat yang sebenarnya, negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat lebih bijak dan menarik perhatian pelabur. Para pelabur dapat melihat sendiri potensi dan yakin untuk melabur di negeri-negeri berkenaan

Mengenai Kelantan, isu sebenarnya ialah persepsi buruk yang telah ditanamkan oleh kerajaan pusat terhadap Kelantan di dalam misinya mencari pelaburan asing yang telah dilakukan berdekad lamanya semenjak era Tun Dr Mahathir lagi.

Semasa itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz, akan cuba menghalang kamsukan FDI ke Kelantan. Kelantan digambarkan sebagai negeri sengsara, negeri miskin, negeri termundur dan seumpamanya.

Tuhan Yang Maha Esa menterbalikkan kerjaya politik Rafidah Aziz akibat dari sikapnya itu. -GB

PAS cadang JK Khas Parlimen pantau projek

Posted: 21 Oct 2010 08:50 PM PDT

[Bergambar] Pengumuman Dr Zulkefli Sebagai Calon PAS Bagi PRK Galas

Posted: 21 Oct 2010 05:42 PM PDT

PAS Calonkan Dr Zulkefli Mohamad Sebagai Calon Di Galas

GUA MUSANG: Pengamal perubatan yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas 4 November ini.

Pengumuman nama calon itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan, pada ceramah perdana sempena 20 tahun pemerintahan Islam di Kelantan kira-kira 12 tengah malam ini di Dataran Ilmu GuaMusang.

Barisan Nasional akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu Ahad ini.

Dr Zulkefli, 44, yang memiliki sebuah klinik di Ciku, Gua Musang, merupakan anak bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Guchil, Mohamed Awang pada tahun 1974 dan merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik.

Beliau pernah kalah kepada Tengku Razaleigh Hamzah ketika bertanding merebut kerusi Parlimen Gua Musang dalam pilihan raya umum 2008, dengan majoriti 4,394 undi.

Kekalahan itu merupakan kali kedua beliau tewas kepada Tengku Razaleigh dalam pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Gua Musang. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang. - BERNAMA

foto ehsan Topeng Perak





Tiada ulasan: