Jumaat, 22 Oktober 2010

™ kaasii peecaahhh laaa...®

™ kaasii peecaahhh laaa...®

Pakatan Rakyat tetap akan Junjung, Pertahan Perlembagaan Bila Memerintah - Mus

Posted: 22 Oct 2010 10:32 AM PDT

MK2

SHAH ALAM 22 Okt - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mustaffa Kamil Ayub memberi jaminan tegas bahawa semua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan akan dijunjung dan dipertahankan jika rakyat menyerahkan amanah pentadbiran Malaysia kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

"Bagi saya, rakyat khususnya orang-orang Melayu perlu percaya bahawasesiapa pun yang bakal memerintah kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), semua kepentingan ini tetap akan dipertahankan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Rakyat perlu percaya, bahawa kalau KEADILAN, PAS dan DAP memerintah, semua kepentingan Melayu dan bukan Melayu akan terus dipertahankan kerana Malaysia mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan.

"Maka, kalau pemimpin-pemimpin tertentu Umno mendakwa bahawa Melayu akan hilang kuasa kalau Umno kalah dalam PRU13 nanti, itu semua adalahdakyah Umno untuk membodohkan rakyat semata-mata," tegas Mustaffa dalam kenyataan medianya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang berkata kepentingan Melayu tidak akan dipadamkan walaupun dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Hujah Najib, ini kerana untuk mengubah soal kepentingan Melayu dalam Perlembahaan memerlukan persetujuan 9 anggota Majlis Raja-Raja Malaysia.

"Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak mampu mengubah apa-apa jua tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai oleh sembilan Orang Raja-Raja Melayu," ucap Najib di Perhimpunan Agung Umno petang semalam.

"Kalau pemimpin-pemimpin dari Pertubuhan Perkasa Pribumi Malaysia (Perkasa) mendakwa bahawa kuasa Melayu akan musnah kalau rakyat memberi mandat kepada KEADILAN, PAS dan DAP, itu juga adalah dakyah untuk mengugut rakyat supaya tidak menolak politik rasis dan kronisme Perkasa dan Umno," ujar Mustaffa yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak.

Beliau menjelaskan di Parlimen, pemimpin KEADILAN serta Pakatan Rakyat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Oposisi merangkap Ketua Umum bertarung dengan Umno dan Barisan Nasional demi menyelamatkan berbilion-bilion wang rakyat daripada dibazirkan pada dengan beberapa projek mewah dalam Bajet 2011 seperti Menara Warisan Merdeka, Permata, MRT, 1MDB dan sebagainya yang jelas menafikan hak majoriti rakyat.

"Di Dewan Rakyat sekarang, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang giat menasihatkan Najib supaya tidak meneruskan projek pencakar langit di atas kemiskinan rakyat yang akhirnya mengundang kebinasaan tamadun.

"Di Dewan Rakyat sekarang, Lim Guang Eng, Setiausaha Agong DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan bertungkus lumus mendesak suatu suruhanjaya ditubuhkan supaya RM52 bilion ekuiti Bumiputera yang hilang dapat disiasat dan dikembalikan kepada rakyat, khususnya orang Melayu," ujar beliau.

Mustaffa berkata selaku Naib Presiden KEADILAN beliau mengajak rakyat baik Melayu mahupun bukan Melayu supaya memperkukuh keyakinan masing-masing serta membantu Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya supaya Malaysia mempunyai masa depan yang jauh lebih aman, bermaruah dan sejahtera sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan.

"Rakyat mesti membantu Pakatan Rakyat. Saya mahu mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan Pakatan Rakyat tetap mempertahankan ketertinggian Perlembagaan; tidak ada rakyat baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya dizalimi sebagaimana ketika era Umno-BN memerintah negara.

Malaysia lebih sejahtera sekiranya rakyat menolak politik rasis, kronisme, pembaziran, adu domba angkara pemimpin-pemimpin tertentu negara," tegas beliau lagi.

Bukan mudah nak jatuhkan Khalid

Posted: 22 Oct 2010 09:57 AM PDT

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mendakwa dirinya tidak tahu sama ada wujudnya cubaan daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali untuk menggulingkan beliau, tetapi hanya meneka bahawa pengikut Azmin atau mereka yang berminat mungkin menyimpan niat ini.

Bagaimanapun, Khalid mengingatkan bahawa bukan mudahnya untuk menggulingkan seseorang Menteri Besar, kerana perlu mendapat lampu hijau daripada rakan parti Pakatan Rakyat.

Demikianlah kata-kata Khalid Ibrahim yang baru menarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR pada 16 Oktober 2010.

Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di pejabat Menteri Besar pada 18 Oktober 2010, Khalid Ibrahim ditanya sama ada benar Azmin Ali (gambar kanan) cuba menggulingkannya, sebagaimana yang tergambar dalam persepsi umum.

"Dia (Azmin Ali) tak boleh senang (melakukannya). Ini bukan satu perkara yang senang boleh menggulingkan Menteri Besar.

Itu sebab orang ingat satu parti Keadilan boleh menggulingkan Menteri Besar, ini tidak benar.

Walaupun parti Keadilan saya mewakilinya, untuk pemilihan Menteri Besar dia perlu mendapat sokongan dan cadangan dari ketiga-tiga parti, iaitu Keadilan, PAS, dan juga DAP.

Ketiga-tiga mesti bersetuju yang ini dilakukan.

Kemudian mereka juga akan meminta ehsan dari Tuanku Sultan supaya perkara ini dipersetujui," katanya.

Malaysia bukan harta pusaka Umno BN

Posted: 22 Oct 2010 12:53 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak perlu sedar bahawa Malaysia bukan harta pusaka Umno BN yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihan raya.

Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengharapkan Najib selaku Presiden Umno yang hendak mempertahankan kemenangan Umno BN mestilah dengan cara demokrasi, bukan dengan bermain di padang yang tidak sama dan mengubah tiang gol.

Beliau merujuk kepada ucapan Najib di perasmian persidangan agung Umno di PWTC semalam, yang menyebut: Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan! membayangkan mimpi ngeri pemimpin Umno untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam pilhan raya akan datang.

"Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan BN jatuh.

"Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang. Kerana selama ini pun mereka tidak pedulikan rakyat," ujarnya.

Beliau berkata, banyak perwakilan Umno telah membangkitkan bagaiamana pemimpin mereka yang tidak memperdulikan rakyat selama ini di mana turun berjumpa rakyat hanya ketika hendak pilihan raya.

Sehubungan itu, ujarnya PAS mengharapakan supaya pemimpin Umno belajar menjadi orang kalah, kerana dalam negara demokrasi ada masa turun naik.

PAS, tegasnya hendak tahu juga apa maksud ucapan Najib "walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!".

"Apakah kalau BN tidak mendapat suara majoriti adakah mereka tidak mahu menyerah kuasa juga? Demokrasi apakah ini?" soalnya.

Justeru, beliau menyeru pemimpin Umno supaya belajarlah daripada PAS yang pandai menghormati demokrasi di negara ini.

Katanya, PAS pernah memerintah Kelantan pada tahun 1959 , tapi tewas pada tahun 1978 walaupun dengan taktik undang-undang darurat.

Namun, jelasnya PAS menyerahkan kuasa kepada Umno, kemudian kembali memerintah pada tahun 1990 hingga kini.

PAS juga, ujarnya pernah menang 1959 dan kalah di Terengganu pada tahun 1961 melalui taktik kotor.

Katanya, kemudian menang pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004.

"Walaupun pada ketika itu emosi penyokong PAS tidak boleh menerima kekalahan ini, namun kebijaksanaan pemimpin PAS telah berjaya menenangkan rakyat supaya menghormati suara rakyat," jelasnya.

Begitu juga, tambahnya dengan peristiwa jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak walaupun dengan cara tidak demokratik, namun PAS dan Pakatan Rakyat terus bersabar dan akur dengan keputusan itu.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Pemilihan KEADILAN di Sabah ditanguh

Posted: 22 Oct 2010 12:35 AM PDT

Biro Politik Parti Keadilan Rakyat pada 20 Oktober 2010 telah bersetuju menangguhkan Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat, Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN di Sabah yang akan dijalankan pada 30 - 31 Oktober kepada 6 - 7 NOVEMBER memandangkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi berlangsung pada 4 November.

Ini untuk memastikan seluruh pimpinan, anggota dan jentera KEADILAN Sabah dapat menumpukan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi.

Semua Pemilihan di cabang-cabang yang lain akan berlangsung sebagaimana dijadualkan.

SAIFUDDIN NASUTION
SETIAUSAHA AGUNG

Tiada ulasan: