Ahad, 31 Oktober 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Jangan zzzzzzzzz.... Jom mengundi!!

Posted: 31 Oct 2010 01:01 AM PDT

Proses pengundian bagi Pemilihan Pimpinan PKR 2010 berjalan agak lembab. Ini kerana.... tidak banyak anggota yang keluar membuang undi. Antara alasan yang diberi, kerana mereka nak pergi kenduri kahwin. Ha.. ha.. ha.. Nak pekena kari kambing dulu.... baru nak pergi mengundi. Baca sini.

Ngkorang nak pekena kari kambing, no problem. Pekena ler... Tapi, lepas tu jangan pulak ngkorang pekena bantal pulak. Maklum ler.... perut sudah kenyang dengan kari kambing, kepala pulak bisa ngeng ngong. Apabila ngeng ngong.... ngkorang pasti akan pergi cari bantal dan apa lagi, zzzzzzzzzzzz..... ler.


Mengundi ke mana, undi entah ke mana.... Entah-entah mengundi dalam mimpi jer!!

Oleh itu.... Ayuh!! Jom!! Masa mengejar anda. Segeralah ke tempat mengundi undi memilih para pemimpin yang anda percayai untuk memimpin parti dan menjadi pemimpin anda.

Lepas mengundi, boleh balik dan zzzzzzzzzz.........

Satu ahli satu undi. Rugi kalau tak pergi....

Thank you very much

Posted: 31 Oct 2010 12:00 AM PDT


Raja Melayu pandang berat trend politik dalam negara sekarang. Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka dalam media hari ini.

Pelik... tengah dok sibuk pilihan raya, keluarlah pulak kenyataan seumpama ini. Whatever ler...

Hmmm... raja-raja Melayu pandang berat dan ambil berat, ya??

Well... thank you very much for the concern. The rakyat really appreciate it.

Ini dia antara kenyataan yang dikeluarkan...

KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu menitahkan seluruh rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

"Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang telah dipersetujui ini merupakan watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil.

"Sikap tolak ansur antara kaum menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini Ahad.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara pada 13 dan 14 Oktober lepas memandang berat mengenai trend politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.

Baca selanjunya di sini.

Lawak Mega Musa Aman!!

Posted: 30 Oct 2010 10:21 PM PDT

Baca ini....

tonypua profile

tonypua RT @carribeanking7: @tonypua How to take Musa Aman seriously ? This clown even said Malaysians should be thankful they have Rosmah. about 1 hour ago reply

Say what???

Malaysians should be thankful they have Rosmah!!

Kah.. kah... kah... kah... kah..

Lawak mega daripada Musa Aman.

Ayat-ayat BODEK untuk kekal jadi Ketua Menteri Sabah!!

Bodek jangan tak bodek!! Kalau tak bodek... dia bisa jadi tak aman!!

Kah... kah... kah... kah.. kah...

Itu sajalah yang mampu dibuat oleh KM Sabah Musa Aman. Bodek!! Bodek untuk kepentingan diri. Untuk rakyat Sabah?? Yeilek...!! Habuk pun tarak!!

Sabah selama 46 tahun masih negeri TERMISKIN di MALAYSIA!!

Shame on you Musa Aman!!

Cukuplah sampai di sini

Posted: 30 Oct 2010 08:23 PM PDT


Selama si mati menjadi wakil rakyat di Batu Sapi, apa dia buat hinggakan rakyat yang beragama Islam tidak ada tempat sembahyang yang selesa. Takkan setelah kematiannya, baru BN sedar yang di situ tidak ada masjid yang selesa untuk umat Islam menunaikan ibadah sembahyang.

Itulah bukti nyata yang mereka selama ini tidak langsung prihatin akan nasib rakyat. Setelah berkurun-kurun lamanya mereka memerintah di Batu Sapi, baru sekarang mereka sedar?? Baru sekarang nak bertindak?? Baru sekarang nak bagi peruntukan?? Selama ini mereka buat apa??

'Batang hidung' masjid yang dijanjikan, belum pun kelihatan. Mereka baru umumkan peruntukan sahaja. Janji BN ni usah percaya sangat ler. Tak boleh pakai. Masa pilihan raya.... macam-macam retorik mereka. Janji itu, janji ini... Kekadang, itu semua umpan belaka. Kalau mereka nak bina... dah lama dah, mereka bina. Ini habuk pun tarak. Mai pilihan raya baru terhegeh-hegeh, kata nak bina. Kalau tidak..... rupa muka para pemimpin ini pun, rakyat tak pernah nampak.

Itu bab nak bina masjid. Tup-tup apabila PRK muncul jer.... maka Projek PPR pun mendapat kelulusan serta merta. Maka tanah pun di'pecah'kanlah sebagai merasmikan projek PPR tersebut. Fuuhh.. kononnya, ratusan unit akan dibina. Ek eleh.... boleh percaya ke?? Semuanya datang serta merta.... pada satu masa. Juta-juta punya projek pulak tu. Boleh caya ke??

Kerajaan 'Big Spender' ni main juta-juta dan billion-billion jer. Ha.. ha.. ha.. Jangan-jangan, semua itu gimik mereka jer untuk pancing undi. Gimik nak pekena dan memperdaya rakyat Batu Sapi. Tak usah percaya!! Alah bisa tegal biasa. Alang-alang sudah susah sekian lama, biar terus susah dulu buat sementara waktu, sehingga Pakatan Rakyat berjaya tawan Putrajaya. Apabila Putrajaya sudah ditawan nanti.... nikmati kesejahteraan yang hakiki.

Usah percaya lagi pada Barisan Nasional. Cukuplah kepercayaan diberikan selama berpuluh-puluh tahun berada dalam Malaysia, di bawah BN. Apa yang Sabah dapat?? Sabah hanya dapat para pemimpin yang kaya raya. Yang hidup macam maharaja. Tetapi, rata-rata rakyat Sabah.... masih lagi dihimpit derita akibat kemiskinan, terutama mereka di kawasan pedalaman yang serba serbi kekurangan. Para pemimpin hanya datang menjengok tunjuk muka, apabila musim pilihan raya. Lepas tu.... tak nampak muka!!

Mereka menghilang entah ke mana. Aha.... sibuk buat harta untuk mengkayakan diri serta keluarga. Buat harta dengan kuasa yang rakyat beri. Rakyat terabai tanpa dipedulikan. Ini macam punya orang... kamu orang masih nak percaya?? Baik laki yang sudah pergi.... baik bini yang diperguna untuk raih simpati.... sama saja. Selagi mereka ada cop BN di dahi mereka.... kamu orang jangan sekali-kali percaya. Itu semua 'buaya' peliharaan BN!!

Kata TPM 1Malaysia, si Mat Sembab...., "isu yang penting sekarang ialah untuk memantapkan Sabah dengan meletakkannya di tempat yang wajar sesuai dengan kedudukannya sebagai negeri kedua terbesar di negara ini."

Kah... kah... kah... What a joke!! Lawak.... lawak....

Nak letak Sabah, negeri kedua terbesar di Malaysia di tempat yang wajar konon?? Pooraaahh!!!

Dulu, kini dan selama hampir 46 tahun Sabah di bawah Malaysia, ia tetap akan menjadi negeri yang kedua terbesar di Malaysia tetapi setakat itu sajalah....

Yes, Sabah... negeri kedua terbesar di Malaysia.... tetapi, Sabah juga ialah negeri TERMISKIN di Malaysia. Itu tempat yang wajarkah??

Rakyat Sabah hidup-hidup kena tipu dengan Barisan Najis!! Dulu kini dan mungkin selamanya Sabah akan terus jadi negeri TERMISKIN di Malaysia. Masih mau percaya pada Barisan Najis??

Sebenarnya... they are doing nothing for Sabah and its people. They are just using Sabah and its people... demi survival politik mereka.

Mereka opportunis!! Mereka pakar manipulasi!! Mereka pembohong!! Mereka pakar tabur dan bikin janji kosong!! Masih mahu percaya Barisan Nasional aka Barisan Najis??

Woit rakyat Sabah.... Cukup-cukup lah!! Don't let the Barisan Najis leaders continue to insult your intelligence. Berubahlah demi maruah kamu!!

Pakatan Rakyat , on the other, tidak menjanjikan bulan dan matahari seperti yang TPM kata. Itu janji dongeng namanya. Pakatan Rakyat realistik dalam membuat janji-janjinya. Jika menang P 185 Batu Sapi pun, kuasa kita masih terhad untuk memberi kesejahteraan yang hakiki kepada rakyat Batu Sapi, kerana kerajaan pusat yang dikuasai BN, pasti akan memberi pelbagai halangan untuk membuli kita. Sebab mereka ada kuasa....

Lantaran itu.... kita mahu jadikan Batu Sapi titik tolak kepada kemenangan seterusnya di Sabah, terutama dalam PRU13 yang bakal menjelma. Kita mahu Batu Sapi menjadi pencetus semangat rakyat Sabah untuk terus bersama-sama Pakatan Rakyat bagi membolehkan kita menawan dan menguasai Putrajaya. Kita perlukan kuasa itu untuk membolehkan kita memberi pembelaan dan kesejahteraan hakiki buat semua rakyat Malaysia.

Aha... seandainya Putrajaya kita punya, senanglah cerita. Senanglah Pakatan Rakyat nak membela nasib rakyat Malaysia..... tak kita di mana mereka berada dan tak kira dari kaum apa atau agama apa sekali pun. Semua akan menikmati pembelaan serta kesejahteraan secara adil. Yes... itu janji Pakatan Rakyat.

Cukuplah 46 tahun kamu bersama dengan Barisan Nasional. Selama 46 tahun, Sabah masih di takuk yang sama. Kesian Sabah dan rakyatnya....

Oleh itu, berubahlah demi maruah. Berubahlah demi Sabah. Berubahlah bersama Keadilan. Jadi.... berikalah kepercayaan kamu kepada Pakatan Rakyat. InsyaAllah.... Sabah akan berubah menjadi lebih bermaruah dan lebih sejahtera.

Sumber dari sini

Bravo The Red Warriors!!

Posted: 30 Oct 2010 10:40 AM PDT

Kelantan juara Piala Malaysia!! Kelantan 2 Negeri Sembilan 1!!

Tahniah pasukan bola sepak Kelantan. Sebut Kelantan... ingat PAS!! Apakah kemenangan pasukan bola sepak Kelantan ini petanda yang PAS juga akan menang dalam PRK N45 Galas. Harap-harap begitulah... insyaAllah.

Selain dapat ganjaran untuk dinikmati oleh para pemain dan keluarga mereka, rakyat Kelantan juga akan bercuti esok. Yahooo...!! Esok Kelantan cuti umum.

Selamat bercuti rakyat Kelantan!!

Kredit gambar: Sini

Tiada ulasan: