Ahad, 31 Oktober 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


AZMIN TERUS KETINGGALAN:BAKAL JATUHKE?

Posted: 31 Oct 2010 08:00 AM PDT

Sebanyak 27 cabang PKR di lima buah negeri pada hari ke-3 mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti termasuk memilih pemimpin di peringkat sayap - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR.

Cabang-cabang tersebut adalah enam di Pulau Pinang, Perak (8) Pahang (7), Melaka (4) dan dua cabang di Negeri Sembilan.

Keputusan untuk hari ini - setakat 7.00 petang - penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendepani dua lagi pencabarnya dengan memperolehi 343 undi.

Naib presiden Azmin Ali mendapat 325 undi, manakala ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub meraih 37 undi.

Berikut keputusan yang diperolehi untuk jawatan timbalan presiden di peringkat cabang-cabang:

Batu Kawan: Azmin (59), Zaid (94), Mustaffa (9)

Ipoh Timor: Azmin (50), Zaid (14), Mustaffa (2)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Tampin: Azmin (6), Zaid (115), Mustaffa (2)

Masjid Tanah: Azmin (16), Zaid (38), Mustaffa (8)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

perak bolehkah jadi hujjah umno tak mampu kehilangan kuasa?

Posted: 31 Oct 2010 05:40 AM PDT

betapa pentingnya kita pertahankan kemenangan pas terutamanya dan pakatan umumnya dimana mana sahaja..ini karena kita telah menyaksikan bagaimana umno tidak mampu untuk menyerahkan kekuasaan mereka jika mereka tewas seperti yang kita saksikan diperak, umno sanggup guna jalan lain untuk kembali berkuasa.

HILARY CLINTON TIDAK JADI JUMPA ANWAR EKORAN TEKANAN POLITIK?

Posted: 30 Oct 2010 08:15 PM PDT

Setiasusaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan NGO dalam lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia minggu depan walaupun format perbincangannya masih belum ditentukan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Informasi kedutaan AS di Kuala Lumpur Tina Malone masih belum dapat menjelaskan sama ada pertemuan tersebut akan dibuat dalam bentuk dialog.


Bagaimanapun, akan terdapat "interaksi dengan kumpulan NGO" apabila Clinton (kanan) tiba bagi memenuhi sebahagian daripada siri lawatannya ke Asia minggu depan, kata Malone.

Sebelum ini, NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pernah memohon untuk membincangkan isu-isu yang menyentuh kedua-dua negara.

Sebelum ini juga, terdapat desas desus bahawa lawatan tiga harinya ke Malaysia turut melibatkan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebelum beliau bertolak ke Papua New Guinea pada 3 November.

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) juga dijangkan menganjurkan acara dengan Clinton bagi mempamerkan kerjasamanya dengan beberapa syarikat AS.

MAS juga dalam kenyataan akhbarnya berkata syarikat penerbangan negara itu juga akan menunjukkan pesawat B737-800 yang dijadual tiba pada 1 November, untuk pameran pada hari berikutnya.

Masih terdapat laporan bercanggah sama ada Clinton "mahu" menemui Anwar dalam lawatannya.

MUHYIDDDIN SERU PENGUNDI GALAS UNDI PAS?

Posted: 30 Oct 2010 11:02 AM PDT

Pilih calon yang diwakili kerajaan yang berkuasa: Muhyiddin

 BETULLAH KATA MUHYIDDIN ITU..

oleh karena kelantan ditadbir dan yang memerintah yang berkuasa adalah pas maka rakyat diseru mengundi pas...tahniah tpm

BENARKAH HANTU MENGUNDI UNTUK UMNO?

Posted: 30 Oct 2010 09:55 AM PDT

Umno dikhuatiri menggunakan taktik terakhir iaitu pengundi hantu bagi menghadapi PAS pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada 4 November ini.
Taktik itu merupakan senjata terakhir yang pernah dibuktikan di mahkamah tinggi ketika petisyen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2006.
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, taktik itu disyaki digunakan jentera Umno melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengeluarkan kad pengenalan milik orang lain kepada pengundi hantu.
"Mereka disyaki menggunakan taktik tersebut selepas mendapati jentera kempen Umno masih berada di belakang berbanding PAS.
"Disyaki mereka menggunakan JPN untuk mengeluarkan kad pengenalan dengan menggunakan nama senarai pemilih yang tertera dalam daftar pemilih di Dun Galas," katanya pada persidangan media di Markas Besar PAS.
Selain itu, kata beliau jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat juga mengesan kemungkinan berlaku penipuan di bilik tempat pembuangan undi pada 4 November ini.
"Mereka juga dikatakan menawarkan sogokan wang RM1,000 atau hadiah peti televisyen kepada pengundi di Galas. Tetapi pengundi yang mahu mendapatkan bantu itu hendaklah menyerahkan kad pengenalan mereka.
"Taktik itu disyaki akan berlaku dua atau tiga hari menjelang hari mengundi 4 November ini," ujarnya yang juga anggota parlimen Kota Bharu.
Oleh itu beliau berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai pengawas  pilihan raya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara itu berlaku.
Ditanya penafian berkali-kali SPR terhadap kemungkinan wujud pengundi hantu katanya, sudah menjadi kebiasaan agensi kerajaan terbabit menafikan biar pun pernah dibuktikan wujud pengundi hantu di mahkamah.
Menurutnya, PAS belum bercadang membuat laporan polis memandangkan banyak laporan yang dibuat pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lepas belum diambil sebarang tindakan sehingga sekarang.
"Saya pernah mengajukan soalan di parlimen mengenai perkara itu namun gagal dijawab kerajaan," ujarnya.
Sementara itu arahan Kementerian Pengajian Tinggi melarang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terbabit dalam kempen pilihan raya di Dun Galas dilanggarkan sendiri menteri di kementerian terbabit apabila mengadakan Majlis Mesra KPT 2010 di Galas semalam.
Beberapa bas sebahagian besar bertulis Universiti Malaysia Kelantan dan beberapa universiti lain kelihatan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1.
Pada kain rentang ditulis program itu agihan wang pendahuluan pembiayaan PTPTN, runding cara pembiayaan pendidikan dan kutipan balik dan runding cara peluang pembelajaran di UiTM.
Orang ramai mempersoalkan mengapa program berkenaan dibuat di Galas ketika musim pilihan raya kecil sekarang. Tentunya ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

Tiada ulasan: