Selasa, 19 Oktober 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Senyum lebar, Senyum Senget

Posted: 19 Oct 2010 09:01 AM PDT


Antara kakitangan awam kerajaan dan JKKK, mana lebih penting bagi kerajaan UMNO/BN menjelang PRU 13?

Aha... sudah pastilah JKKK. Ini kerana... mereka inilah yang akan dijadikan barua untuk meraih undi bagi pihak kerajaan UMNO/BN, terutama di kawasan-kawasan luar bandar. JKKK adalah lantikan politik. Mereka merupakan orang penting di kampung-kampung. Mereka menjadi menghubung antara rakyat di kampung-kampung dengan pihak kerajaan.

Kalau kerajaan nak tackle undi rakyat di kampung, mereka mesti tackle JKKK dulu. Macam kata orang... nak ngorat anak orang, kena ngorat mak bapak dia dulu. JKKK juga merupakan jentera pilihan raya kerajaan UMNO/BN yang boleh dikatakan berkesan dalam membantu kejayaan kerajaan dalam setiap pilihan raya.

Jadi, cara kerajaan nak ambil hati JKKK ini agar dapat memotivasikan mereka untuk membuat kerja dengan baik, adalah dengan menaikkan elaun mereka. Lepas dapat tambahan elaun ni nanti.... tengok bertapa ligatnya mereka melobi rakyat kampung agar sokong dan undi kerajaan dalam pilihan raya nanti. Rupa lipas kudung.... mereka perhambakan diri, demi kerajaan yang melantik mereka.

Kakitangan awam kerajaan apa lah sangat. Mereka hanya barua yang mendapat upah bulanan untuk melaksanakan pentadbiran kerajaan. Malah, kerajaan juga sedar yang ramai dalam kalangan kakitangan awam mereka, yang meluat akan kerajaan UMNO/BN. Mereka ini boleh dikatakan golongan yang ada pelajaran dan boleh berfikir. Jadi, mereka tahu dan sedar akan kepincangan kerajaan. Oleh itu, golongan ini tidak dapat menjamin sokongan yang padu kepada kerajaan.

Namun... untuk terus memujuk dan merasuah kakitangan awamnya, kerajaan bagilah juga apa yang patut kepada mereka. Kalau tak bagi.... nanti merajuk pulak dan langsung tak dapat undi mereka. Lagi susah...

So.... di sini jelas, priority kerajaan menjelang pilihan raya ialah mengambil hati JKKK. Dah tau kenapa, kan??

Sebab tu, JKKK boleh tersenyum lebar sampai ke telinga, manakala kakitangan awam kerajaan hanya mampu tersenym senget jer..

Sumber

Cermin diri la oi!!

Posted: 18 Oct 2010 11:07 PM PDT

Muka tak laku bersuara lagi...
Mr Nobody who thinks he's somebody.
Siapa??

Kah... kah... kah... kah...

Si Fauzi yang gila publisiti!!


Dia bercakap pasal.....
Fitnah, surat layang, aib orang itu ini, gila kuasa, gila jawatan
Siapa??

Kah... kah.. kah... kah....

Cermin diri la oi!!

Ayam jantan berkokok berdegar-degar!!
Siapa??

Kah... kah... kah... kah...

Cermin diri la oi!!

Bontot bergelumang taik.
Siapa??

Kah... kah.. kah... kah...

Cermin diri la oi!!

Sour grape mendakwa, PKR akan hancur!!
Ya, ke??

Kah.... kah... kah... kah...

Siapa sudah hancur??

Cermin diri la oi!!

Kah... kah... kah... kah...

Cermin kata.....
Fauzi Muda sudah hancuzzzzz!!!
Kaput!!

Kah... kah... kah... kah...


Sumber lawak dari sini

Balaci a.k.a Barua

Posted: 18 Oct 2010 07:30 PM PDT


Anwar disuruh bertaubat. Fuiyo.... Anwar mesti seorang great sinner sampai anak-anak muda di atas menyuruh dia bertaubat. Mereka siap hantar memorandum lagi semata-mata untuk tujuan itu.

La.... Dahsyatnya. Sampai macam tu sekali hangpa nak malukan dan jatuhkan imej Anwar. Aaahhh... memorandum yang tidak mendatang kudis. Persoalannya yang menjadi tanda tanda, besaq punya... itu angkara siapa??

Selidik punya selidik.... aha, akhirnya kita tahu siapa punya kerja gila, mencari publisiti murahan. Rupanya itu kerja anak beranak dari Bayan Baru. Baca sini.

Oh... rupa-rupanya si 'sour grape' Bayan Baru menyimpan dendam kesumat terhadap Anwar. Suruh Anwar bertaubat. Suruh Anwar letak jawatan. Suruh dan desak.... Suruh dan desak... Apa makna semuanya ini??

Maknanya, Anwar amat digeruni. Itu yang dia cuba bermacam-macam cara untuk 'mati'kan Anwar. Setakat ini... 'nyawa' Anwar masih liat lagi. Kalau nasib tak baik, hangpa 'mati' dulu. Malah.... tanda-tanda hangpa nak 'mati' dah nampak dan masanya pun tak lama lagi. Rasa-rasanya masa PRU13 nanti kot, insyaAllah. Inalillah ler hangpa.

Yang syiuknya.... nak 'bunuh' imej Anwar tapi tak da guts nak buat sendiri. Guna balaci. Guna barua untuk buat kerja kotor depa. Inilah jenis, orang yang tidak ada maruah. Orang yang tidak bermaruah akan cari orang yang juga tidak ada maruah untuk buat kerja yang tak bermaruah.

Aha... budak berhingus si Nor Hilmi Ismail and the gang dijadikan barua atau balaci untuk bawa dan hantar memorandum 'taubat' tersebut. Hello cek oi.... awatlah hang buat kerja bodo ni. Berapa depa bayaq hang??

Sudah-sudah la tu.... Jangan dok biaq diri hangpa dijadikan lembu yang dicucuk hidung. Jangan dok jadi barua atau balaci, 'bapak dan anak' katak dari Bayan Baru tu. Hina hangpa, orang pandang!! Malu mak bapak cek oi....

Tak dak maknanya hangpa dok buat kerja tak bermaruah tu. Hina kita jadi barua orang, tau tak?! Lagi hina, kalau kita menipu.... heret nama AMK sana dan sini. Pada hal, depa tak tau apa-apa. Aha... itu dah dua kali bodoh dah. Satu... sebab jadi balaci. Kedua.... sebab menipu guna nama AMK.

Nor Hilmi Ismail and the gang... hangpa jangan jadi DOUBLE BODO!! Muhasabah diri... bebanyakkan pikiaq dan hangpa ber-TAUBAT-lah dan jadi orang yang ada MARUAH.

'Bunuh' saja UMNO

Posted: 18 Oct 2010 05:32 PM PDT


Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Sebab tu, sebelum buat sesuatu tindakan, kena fikir masak-masak dulu dan kita jangan terlalu percaya sangat pada satu-satu pihak atau orang.

100% berbaik sangka is no good, mesti ada sedikit rasa buruk sangka atau waspada. Itu, untuk jaga kepentingan dan kebajikan diri kita.

Inilah yang berlaku di Sabah. Tokoh veteran yang dulunya USNO dan kini UMNO iaitu Datuk Karim Ghani telah bertindak keluar UMNO kerana kecewa dengan Hishamuddin Hussein selaku 'kepala' KDN yang enggan meluluskan permohonan untuk menghidupkan semula USNO.

USNO yang telah dibubarkan, kini mahu dihidupkan semula kerana rata-rata rakyat Sabah kecewa kerana UMNO gagal membela nasib rakyat Sabah secara keseluruhannya. Malah, mereka yang dulunya bekas USNO banyak yang dipinggirkan. Apabila rasa terpinggir dan tak dibela.... mulalah rasa menyesal.

Well Datuk, itulah UMNO. UMNO ni sebenarnya 'jahat'. Banyak 'syaitan' dalam UMNO. Mereka ini golongan yang tamak dan haloba serta mementingkan diri. Once dia dapat power, dia takkan mahu lepaskan. Para pemimpinnya pula ego-ego dan besar-besar kepala belaka. Malah .... banyak yang suka tunjuk dan salah guna kuasa untuk kepentingan diri mereka.

'Wang' Tuhan mereka. Mereka guna kuasa mereka untuk kaut seberapa banyak kekayaan daripada hasil bumi negara. Kalau di Sabah... hasil bumi Sabahlah!! Untuk tujuan itu.... kepala siapa pun mereka akan pijak dan mereka juga boleh pinggirkan sesiapa yang mereka lihat sebagai penghalang. Tambahan pulak, mereka dapat backing daripada para pemimpin UMNO daripada Semenanjung.

Para pemimpin UMNO di Semenanjung, hanya berminat dengan Sabah untuk dijadikan fix deposit mereka dalam pilihan raya. Sebenarnya, UMNO sudah semakin tak laku di Semenanjung. Kalau tak ada support daripada Sabah dan Sarawak.... sudah lama mereka mampus dan terkubur. Lantas, mereka bawa UMNO ke Sabah untuk dijadikan talian hayat mereka.

Untuk terus mendapatkan support daripada para pemimpin Sabah, UMNO pusat tutup mata saja, pada segala kepincangan dan perangai buruk para pemimpin UMNO Sabah. Mereka dibiarkan bermaharaja lela. Yang rugi... rakyat Sabah. Sabah kaya dengan hasil mahsul buminya tetapi yang jadi kaya raya ialah para pemimpinnya. Kebanyakan rakyat Sabah, terutama di kawasan pedalaman, masih miskin. In fact, Sabah menjadi salah satu negeri termiskin di Malaysia. Ironis, kan??

Itulah padah, sekiranya UMNO memerintah. Semua akan jadi tonggang terbalik.

Sebab tu... satu cara nak tolong rakyat Sabah, UMNO mesti dibunuh. Aha... tamatkan riwayat penguasaan UMNO di Sabah. Caranya mudah. Tolak para pemimpin berlabel UMNO di Sabah dalam PRU13 nanti. Apabila mereka semua dah 'mampus' kecundang, baru padan muka mereka!! Masukkan mereka dalam keranda dan tanam dalam-dalam... dalam satu liang lahat.

Sebab tu, buat masa ini, lancarkan satu kempen seperti yang UMNO buat di Selangor untuk rampas semula Selangor daripada PR, iaitu 'Kempen Selamatkan Selangor' . Melalui kempen seumpama ini, rakyat Sabah boleh berpakat dan bekerjasama menolak UMNO di Sabah. Pilih mana-mana parti politik selain UMNO, dan tamatkan riwayat mereka dalam PRU13 nanti. Lepas mereka dah terkubur nanti, pandai-pandai kamu orang buat deal pulak dengan pemerintah yang baru untuk kebaikan semua rakyat Sabah.

Rakyat Sabah jangan mudah terpedaya dengan tipu helah UMNO/BN. Mereka mesti buka mata dan bersama-sama dengan rakyat Semenanjung untuk memulakan gelombang tsunami bagi melenyapkan penguasaan politik UMNO/BN. UMNO mampus... negara sejahtera. UMNO mampus... Sabah juga pasti sejahtera.

Oleh itu, mari kita berganding tangan.... Sabah dan Semenanjung untuk sama-sama menamatkan riwayat UMNO/BN dan kita bina Malaysia Baru yang lebih sejahtera.

Rakyat Sarawak nak ikut serta?? Aha.. boleh saja. Ayuh...

Sumber dari sini.

Dear Nyonya Yen Yen

Posted: 18 Oct 2010 10:03 AM PDT


Dear Nyonya Yen Yen,

Ini... Chong Loi San
Umur 60 tahun.
Dia... Penghulu Kampung Bandar, di Galas.

Baca apa dia kata...

Allahyarham Chek Hashim seorang yang mudah didampingi dan tidak pernah berlagak seperti seorang Yang Berhormat.

"Saya kenal dia lebih 20 tahun, dia orang bagus, bukan senget-senget punya.

"Dia dulu jual rotan, saya beli dengan dia buat niaga kerusi.

"Dia suka tolong sama kita. Pagi ke, petang ke, malam ke, bila kita panggil dia mesti sampai."

"Banyak kaum Cina undi dia sebab dia mudah kira"

Antara jasa paling besar Allahyarham, adalah menyelesaikan masalah geran tanah kepada masyarakat Dun itu.

"Kita Cina, India, Melayu Gua Musang bukan nak kaya sangat, kita nak tanah ada geran dan YB ni banyak bantu kita dapatkan geran"

Baca lagi di sini.

Nyonya Yen Yen...

Olang Cina manyiak sayang sama PAS punya olang, maa.

Olang Cina di Galas akan terus sokong sama PAS maa.

Olang Cina talak suka sama UMNO/BN punya olang maa.

Olang Cina akan kasi undi sama PAS punya olang maa.

Nyonya Yen Yen...

Lu boleh blah maa!!

Sumber ilham juga dari sini

Tiada ulasan: