Selasa, 19 Oktober 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


MELAYU BAKAL TERPINGGIR OLEH UMNO KARENA INGIN KEKALKAN KUASA?

Posted: 19 Oct 2010 09:06 AM PDT

Konsep 1 Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memang sukar untuk 'dijual' di kalangan rakyat Malaysia, malah sebahagian besar pemerhati berpendapat ianya lebih sukar untuk ditelan oleh Umno sendiri - parti pimpinan Najib yang mempunyai seramai 3.6 juta ahli.

Kalangan Umno berpendapat bahawa 1Malaysia mencairkan raison
d'etre (sebab kewujudan) parti itu - iaitu memperjuangkan agenda Melayu - dan telah meletakkan mereka dalam keadaan yang janggal untuk bercakap sebagai pemimpin nasional dan bukan komunal.

Dalam perhimpunan agung tahun lalu, beberapa perwakilan secara peribadi telah menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap logo besar 1Malaysia yang dipasang di sekitar tempat perhimpunan itu atau bendera parti dalam bentuk logo 1Malaysia.

Para pemerhati kini menunggu untuk melihat sama ada para perwakilan akan mengikut isyarat ibupejabat parti dan menampilkan konsep 1Malaysia, dan bukannya retorik tradisinya - Ketuanan Melayu.

Rungutan terhadap konsep 1Malaysia agak tenang, kecuali beberapa kritikan menyengat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi Najib percaya bahawa konsep 1Malaysia adalah kritikal dalam perancangannya untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan
datang.

Para perwakilan juga diharapkan menyentuh pelbagai rancangan besar
kerajaan, khususnya Model Baru Ekonomi (MBE), yang mahukan dasar
tindakan afirmatif dihapuskan secara berperingkat.

Walaupun MBE disokong oleh unsur-unsur liberal dalam Umno kerana ini akan menggalakkan dayasaing, sejarah telah menunjukkan bahawa majoriti penyokong setia Umno tidak akan senang terhadap sebarang usaha untuk menggangu-gugatkan tindakan afirmatif itu.

Dalam jangka pendek, para perwakilan dan pemimpin parti dijangka berusaha untuk menaikkan moral ahli dan parti, menjelang pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi, yang akan diadakan serentak pada 4 November.

Walaupun kedua-dua pilihan raya keci litu tidak terlalu penting, tetapi kemenangan di Galas boleh dianggap sebagai titik permulaan dalam usaha Umno untuk merampas Kelantan dari PAS, yang menguasai neger iitu sejak 1990.

Dapatkan Khairy bertahan?

Bagi perhimpunan agung Pemuda Umno pula, perwakilan dijangka membentangkan 'kad laporan' masing-masing terhadap prestasi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Khairy (kanan), yang terpilih sebagai ketua Pemuda Umno Mac tahun
lalu, telah menjadi juara konsep 1Malaysia dan telah beralih jauh daripada pendekatan keras komunal seperti yang diamalkanm pemimpin terdahulu pergerakan itu.

Dalam perhimpunan agung tahun lalu, Khairy dengan tegas menggesa anak buahnya supaya "mengetepikan" mentaliti 'Ketuanan Melayu' dan
digantikan dengan idea 'kepimpinan Melayu'.

Menurutnya, ini akan membantu pergerakan itu menjalinkan hubungan lebih rapat dengan masyarakat lain dan membina hubungan yang kuat dengan akan parti komponen dalam BN.

Perhimpunan agung Umno bermula malam ini dengan perasmian serentak persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Perdana Menteri, yang juga timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tiga sayap akan membahaskan ucapan dasar ketua masing-masing esok.
'
Perdana Menteri Datuk Tun Najib Tun Razak akan menyampaikan ucapan presiden pada hari Khamis. Ini akan diikuti dengan perbahasan perwakilan yang akan berakhir pada hari Sabtu

SUMBAT ANWAR KEPENJARA LANGKAH YANG TEPAT? ANWAR MEMANG ADA BUAT SONDOL BONTOT?

Posted: 19 Oct 2010 07:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusannya mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan meliwat kira-kira 10 tahun lalu merupakan satu tindakan tepat.
Ketika bercakap pada sesi dialog di hadapan 63 wakil daripada 22 parti dari 20 negara yang hadir pada program forum antarabangsa hari ini beliau turut menegaskan kes yang melibatkan bekas timbalannya itu bukan satu konspirasi.
Sebaliknya beliau berkata, usaha itu dilakukan secara berhati-hati iaitu dengan bersandarkan kepada fakta serta bukti yang ada kerana ia melibatkan perbicaraan di mahkamah selain turut membabitkan maruah seseorang.
"Sebagai seorang yang rasional mustahil kes Anwar ini hasil daripada konspirasi. Kes Anwar membabitkan institusi kehakiman dan di dalam institusi ini konspirasi sukar dilakukan kerana kita terpaksa berhadapan dengan banyak pihak.
"Kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan satu dua orang tetapi lebih 100 orang. Antaranya hakim, pendakwa, polis, saksi-saksi dan mangsa. Ini bukan kerja mudah kerana banyak pihak yang akan terlibat,'' katanya pada sesi soal jawab itu.
Terdahulu Dr. Mahathir diberi penghormatan menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa Mengenai Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-64, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Dr. Mahathir sebelum itu telah ditanya mengenai kes yang melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu oleh salah seorang peserta forum berkenaan.
Sehubungan itu Dr. Mahathir mahu semua pihak perlu berfikir sebelum membuat sebarang tuduhan apatah lagi Anwar di dalam kes terbarunya turut disabitkan tuduhan yang sama.
"Memang kita akui seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sehinggalah dia disabitkan bersalah oleh mahkamah tetapi dalam kes terbaru Anwar jelas ia sama seperti kesnya yang terdahulu.
"Ini menggambarkan seolah-olah kes ini ada asas kebenarannya. Kes yang terkini disabitkan pada era pemerintahan orang lain dan bukannya zaman pemerintahan saya. Persoalannya mengapa kesnya sama? Tidak mustahil wujud asas-asas kebenaran dalam kes yang melibatkan Anwar itu,'' katanya.
Sementara itu, Dr. Mahathir ketika menjawab soalan tersebut turut menarik perhatian peserta bahawa sepanjang 22 tahun memimpin negara, beliau tidak pernah sekali mempelawa hakim hadir untuk majlis-majlis rasmi sama ada di kediamannya atau di tempat lain.
Sekiranya ada beliau berkata, ia hanya untuk Ketua Hakim Negara.
"Saya faham kedudukan hakim dan etika yang harus mereka patuhi. Sebagai hakim mereka perlu bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk golongan pemimpin kerana akhirnya mereka yang akan membuat keputusan bagi satu-satu kes,'' katanya.
Menjawab satu soalan lain, beliau menegaskan, semua negara termasuk kuasa-kuasa besar perlu menghapuskan penggunaan senjata nuklear kerana ia bakal memberi kemusnahan kepada beribu-ribu nyawa manusia dalam sekelip mata.
Beliau berkata, adalah satu perkara yang tidak adil apabila hanya negara tertentu sahaja dilarang memiliki tenaga nuklear sedangkan kuasa-kuasa besar bebas menggunakannya.
"Adakah ini yang kita katakan demokrasi tulen? Bagi saya semua negara mesti dilarang daripada membangun dan menggunakan senjata nuklear kerana ia langsung tidak memberi faedah kepada keamanan dunia sejagat.
"Senjata nuklear hanya akan merosakkan bumi dan akan menyebabkan nyawa manusia terbang umpama tiada harga. Hentikanlah perang, hapuskan senjata nuklear. Insya-Allah dunia akan aman,'' ujarnya.

UMNO SIAPKAN PENUMBUK TKO BUAT PAKATAN RAKYAT HA HA

Posted: 19 Oct 2010 02:41 AM PDT

Tunggu tumbukan BN di PRU-13, Ku Nan beri Pakatan amaran

October 19, 2010
Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Barisan Nasional sudah melalui situasi lebih getir ketika pilihan raya umum 1999 berbanding sekarang. - Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 19 Okt — Di sebalik spekulasi kemungkinan pilihan raya umum tergempar dalam waktu terdekat, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Pakatan Rakyat (PR) agar "tunggu tumbukan kami" di gelanggang pilihan raya umum ke-13. "Tunggu dan lihat, akan ada tumbukan," jawab beliau berhubung soalan mengenai persiapan BN menghadapi saingan PR berdasarkan prestasi pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.
Pada 8 Mac 2008, BN tidak dapat mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan penguasaan lima kerajaan negeri diambil alih oleh PR.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno memberitahu, parti-parti pembangkang tidak tahu apa yang "kami lakukan."
"Lebih baik kami mendiamkan diri," katanya.
"Ada pihak yang mempersoalkan saya ini berbeza dariapda Tok Mat (Tan Sri Mohamed Rahmat) (kini Tun) Tan Sri Khalid Yaakob... saya memberitahu Tan Sri Khalid adalah Menteri Penerangan, Tok Mat pun Menteri Penerangan, mereka juga boleh bercakap mengenai kementerian. Apa kementerian yang saya ada? Saya sifar kementerian.
"Dan, lebih baik saya mendiamkan diri untuk merancang (kerja), saya tidak memberitahu, kalau saya beritahu pembangkang akan berwaspada, mengapa harus saya beritahu mereka, mengapa saya benarkan mereka (mengetahui apa yang kami lakukan).
"Saya mahu memerangkap mereka. Tunggu dan lihatlah, akan ada tumbukan," kata beliau dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.
Kedua-dua Mohamed dan Khalil pernah memegang kedua-dua jawatan Setiausaha Agung Umno dan BN serta bertindak sebagai Menteri Penerangan.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Putrajaya ini mendakwa pihaknya juga merasakan bahawa persekitaran semasa sebenarnya tidak mencabar berbanding cabaran 'sengit' ketika pilihan raya umum 11 tahun yang lalu.
"Pada tahun 2004, saya ada di sini. Saya sudah melalui situasi lebih teruk pada 1998/99, kami berhadapan dengan reformasi jalanan, kami perlu menangani situasi itu.
"Kami berhadapan dengan masalah besar ketika itu berbanding sekarang," katanya lagi.
Sehubungan itu menurut Tengku Adnan, "sekarang, bagi saya tiada masalah sebab tiada reformasi jalanan."
"Orang cuba untuk mewujudkan, mencetuskan ketidakharmonian kaum kecuali cakap-cakap begitu dan menerusi media, tetapi secara fizikal tidak ada.
"Pada 1998, ia berlaku, setiap orang pada masa itu, anda mesti ingat, setiap orang... disebabkan karakter Anwar (Ibrahim), dalam Melayu orang kata ketaksuban kepada pemimpin, taksub kepada... malah pada 1999," kata beliau.
Mengenai perbandingan dengan kemenangan pada pilihan raya umum 2004, kata Tengku Adnan, pihaknya telah membuat persiapan sebaik sahaja selesainya pilihan raya umum 1999.
"Selepas pilihan raya umum 1999, kami telah diminta oleh pucuk kepimpinan untuk bersiap menghadapi pilihan raya... kerja keras saya, pasukan Umno, kerja keras Tan Sri Khalil... itu yang menyebabkan menang besar (pada 2004)," kata beliau sambil menambah, ia juga hasil perubahan pucuk kepimpinan termasuk keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad  dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berundur.
Kata Tengku Adnan, Daim berhenti setahun sebelum Dr Mahathir atas permintaan pucuk kepimpinan dan permintaan itu dipenuhi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-11.
"Tetapi mereka yang mendapat kuasa selepas itu mereka tidak kisah," katanya.
"Itu sebabnya saya berkata, anda mahu jadi ahli politik untuk apa? Untuk merombak? Maaflah, anda tidak akan bertahan lama, Akhirnya negara ini akan menjadi seperti di Amerika Latin dan beberapa negara lain di Afrika yang sudah ketinggalan," katanya lagi.
Oleh itu, kata beliau, keputusan pilihan raya bergantung kepada bagaimana rakyat membuat pilihan dan percaya rakyat masa sekarang berfikiran terbuka untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.
"Jadi, kami juga sedar, apabila mereka hendak mengajar kami pada 2008, mereka juga membuat kesilapan.
"Pada masa itu mereka juga tiada pilihan, mereka tiada pilihan, kalau ada pilihan baik sudah tentu memberikan pilihan terbaik, bukannya DAP, bukan parti Anwar (PKR), atau PAS, mereka tiada pilihan selepas BN, mereka tiada pilihan," katanya.
DAP, PKR dan PAS membentuk PR.
Tengku Adnan menambah, pihaknya berusaha untuk memenuhi keyakinan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
"Kita juga ada kekurangan, sebagaimana anda katakan tadi pada 2004, kita menang besar pada 2004 disebabkan perubahan kepimpinan dan dari 1999, pasukan kami bekerja (kuat).
"Inilah masalah yang kami hadapi tetapi pokoknya, kami kena berubah," kata Tengku Adnan yang turut menekankan bahawa beliau secara peribadi cuba mendampingi setiap bahagian untuk memberi panggilan "bangun kembali" demi memperbaiki kedudukan.
Tengku Adnan juga mengakui walupun parti-parti utama dalam BN merupakan entiti yang berstruktur, tetapi apa yang penting ialah kuasa untuk berkhidmat.
"Kalau ada parti politik dan jika tiada kuasa, kita tidak akan berfungsi dengan baik... itu sebabnya rakyat menguji (Lim) Guan Eng di Pulau Pinang, (Tan Sri) Khalid di selangor.
Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid Ibrahim masing-masing menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang jatuh ke tangan PR pada 8 Mac 2008.

outonomi sabah:satu kemestian untuk pakatan rakyat tumbangkan umno?

Posted: 19 Oct 2010 02:05 AM PDT

Janji Pakatan Rakyat hendak memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang hendaklah dinyatakan dalam manifesto dan bukannya sekadar "cakap mulut".

Menurut ahli politik veteran Sabah Datuk Karim Ghani - yang keluar Umno, antaranya kerana parti itu gagal memberikan autonomi kepada negeri itu - berkata, perkara itu harus dilakukan supaya rakyat dapat membuat pilihan dalam pilihan raya.

"Jangan cakap di mulut sahaja. Masukkanlah dalam manifesto. Barulah kita dapat buat keputusan.

"Kalau lepas (tempoh mandat) lima tahun tidak buat juga, kita tukarlah balik (kerajaan)," kata Karim ketika ditanya sama ada janji itu memikatnya untuk menyertai parti gabungan dalam Pakatan.


Karim, antara orang kuat yang membawa Umno ke Sabah semalam mengumumkan keluar parti serta-merta kerana sudah bosan dengan kegagalan Umno memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat negeri itu.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, bekas naib presiden Usno itu menjelaskan, beliau "meletup" semalam selepas memendam perasaan tidak puas hati lebih daripada 15 tahun, antaranya disebabkan soal pengagihan kekayaan dan autonomi kepada Sabah.

Pada 15 September lalu, ketika melancarkan Pakatan Sabah di Kota Kinabalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama penasihat DAP Lim Kit Siang dan timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilaporkan berikrar mahu memberikan autonomi penuh jika mereka menduduki Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Anwar dilaporkan berkata oleh The Borneo Post bahawa hal ehwal Sabah akan ditentukan oleh negeri itu sendiri.

Sementara itu, Karim berkata, beliau juga kecewa berhubung isu tuntutan royalti minyak Sabah daripada 5 kepada 12 peratus yang dituntutnya selama ini tidak diberikan

PASTIKAN UMNO SABAH TEWAS: RAKYAT SABAH AKAN DIMAJUKAN OLEH UMNO

Posted: 18 Oct 2010 11:41 PM PDT

ID PenggunaKatalaluan | Lupa katalaluan? | LanggananepayTestimonial
HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
|

Datuk Karim Ghani keluar Umno
Okt 18, 10 9:09pm
Kongsi 202
Ahli politik veteran yang membawa Umno ke Sabah, Datuk Karim Ghani, hari ini mengumumkan keluar parti itu.

Beliau adalah antara bekas pemimpin parti Usno, termasuk Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan penting membawa Umno ke negeri itu pada 1990-an.

Usna dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno bertapak di Sabah.

Karim berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibupejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat parti itu di Kota Kinabalu, awal hari ini.

Beliau berkata, keputusannya untuk meninggal Umno itu berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, beliau akan kekal tanpa parti sehinggalah menemui parti politik yang sesuai untuk disertainya.

Karim berkata, beliau sudah bosan dengan kegagalan Umno untuk memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.
Bekas naib presiden Usno itu menyertai kumpulan yang setia kepada Usno yang baru-baru ini meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar mengkaji semula keputusannya menolak permohonan mereka memulihkan Usno.

Ada laporan menyatakan majoriti bekas pemimpin Usno merasa mereka dipinggirkan dan mahu parti itu dipulihkan untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan politik mereka.

- Bernama

JIKA MAHU DIPERHATIKAN DIPERJUANGKAN OLEH UMNO:PASTIKAN UMNO KALAH ITU SAHAJA

Posted: 18 Oct 2010 10:39 PM PDT

PAS berpendapat  saranan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak supaya jentera Umno perlu menembusi kawasan pembangkang dengan mengadakan pelbagai program supaya dapat mendekati hati rakyat menujukkan rasa insaf beliau setelah mengalami kekalahan di dalam pilihanraya yang lalu.
Ketika berucap pada Karnival Skuad Sayang 1Malaysia anjuran Wanita Umno di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, kelmarin beliau berkata, jentera  Umno perlu menyahut cabarannya dengan mengadakan program di kawasan pembangkang supaya rakyat dapat mendengar suara hati kerajaan dan bukannya hanya berjuang di kawasan yang selamat.
"Nampaknya pemimpin Umno hanya boleh diajar rasa bertanggungjawab kepada rakyat apabila mereka kalah. Sewaktu mereka berada di puncak kuasa, mereka tidak pandang kepada rakyat yang menderita hidup," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, PAS berpandangan, untungnya rakyat yang memilih parti lain daripada Umno BN, sehingga dapat mengajar pemimpin Umno bahawa mereka adalah khadam rakyat.
Menurutnya, ketika mereka kalah macam-macam program  yang dibuat untuk cakna rakyat, kononnya untuk ambil hati rakyat.
"Situasi ini rakyatlah yang paling beruntung kerana semua pemimpin akan berusaha mengambil hati rakyat," ujarnya.
Jelasnya, PAS dan Pakatan Rakyat melaksanakan program kebajikan dan mengambil berat hal rakyat bukan secara bermusim, tetapi menjadi dasar yang terancang dalam setiap proram kerana ia adalah amanah Allah SWT.

diktator MENJAHANNAMKAN NEGARA:TAPI BAIK KE MAHADHIR UII..

Posted: 18 Oct 2010 08:34 PM PDT

Pemerintahan secara diktator boleh juga memberikan kebaikan kepada rakyat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad yang pernah dituduh memperkenalkan kepimpinan autokratik di negara ini.

Menjawab tuduhan itu, Dr Mahathir semasa berucap dalam sebuah forum antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur hari ini secara nakal berkata:

"Malaysia dikatakan pernah diperintah oleh seorang diktator selama 22 tahun. Saya menikmatinya (gelaran itu)."

"Tetapi sekurang-kurangnya kita semakin maju. Bangunan ini (PWTC) dulu tidak pernah ada di sini," katanya.

Beliau memberikan contoh negara China yang menurutnya pemerintahan autokratik lebih berjaya daripada negara demokrasi yang dipilih oleh rakyat.

"Tiada demokrasi di China tetapi sistem kerajaannya boleh memberikan banyak manfaat kepada rakyatnya," katanya sambil menambah bahawa pertukaran tampuk kepimpinan di negara itu lebih aman berbanding negara demokrasi lain. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Mahathir menyentuh tentang peranan media yang didakwanya telah menjadi hampir di luar kawalan berikutan kemajuan teknologi masih boleh ditangani dengan cara tertentu.

Pilihan raya untuk editor
"Sudah tentu, ia semakin sukar tapi ia tidaklah terlalu teruk kerana kerajaan perlu bersiap sedia bagi memastikan mereka melakukan perkara yang betul. Jika tidak, media boleh menjadi kritikal.

"Jika media membuat tuduhan palsu, kerajaan perlu menjawab," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata kerajaan perlu berhati-hati kerana ada orang lain yang mengawal media untuk kepentingan mereka bukan untuk kepentingan negara ini.

"Kerajaan boleh ditukar tetapi kita tidak boleh mengadakan pilihan raya bagi mana-mana pegawai yang mengendalikan media. Siapa yang memilih pemilik surat khabar, penyunting, editor dan wartawan? Adakah kita mengadakan pilihan raya untuk para editor?" soalnya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu mendedahkan penyalahgunaan media secara terang-terangan oleh mereka yang mempunyai agendanya yang tersendiri.

"Ada seseorang yang mengawal media, ia tidak mungkin kerajaan tetapi apabila kamu mempunyai kerajaan yang mengawal media, sekurang-kurangnya kerajaan dalam sebuah negara demokrasi, (media itu) akan dikendalikan oleh mereka yang dipilih rakyat," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.

JASA UMNO MAHU DIKENANG:BAGAIMANA JIKA UMNO RASUAH DAN MENIPU MELAYU?

Posted: 18 Oct 2010 10:24 AM PDT



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah sampai masanya Barisan Nasional (BN) memberitahu rakyat akan jasa dan budi yang dilakukan parti pemerintah itu selama ini untuk kesejahteraan kehidupan mereka.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN tidak banyak menggembar-gemburkan apa yang dilakukan untuk rakyat berbanding parti pembangkang, walaupun mereka hanya membuat sedikit sahaja untuk rakyat.

"Kita buat banyak tapi tak riuh rendah. Mereka buat sedikit tapi riuh sekampung. Kita buat bangunan tak gembar-gembur. Kita buat setinggi gunung (tapi kadang kadang) orang tak hargai," katanya berucap melancarkan Karnival Skuad Sayang Wanita UMNO di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, dekat sini, semalam.

Najib berkata, walaupun kerajaan memberikan pengecualian pembayaran elektrik yang bilnya RM20 ke bawah kepada lebih kurang sejuta isi rumah di seluruh negara, tetapi tidak menggembar-gemburkannya seperti sebuah negeri di bawah Pakatan Rakyat, yang memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu ke bawah.

"Sebab itu dalam Bajet 2011 saya cuba memasukkan kepentingan semua pihak untuk kesejahteraan rakyat," katanya.

Menurutnya, pelbagai insentif disediakan demi kepentingan rakyat dalam bajet ini, antaranya Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan, untuk memiliki rumah di mana skim itu akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah bawah RM220,000.

Katanya, dalam bajet itu, buat pertama kali dalam sejarah negara, kerajaan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk menjadi platform dalam penetapan upah golongan pekerja di negara ini.

'Jadi usaha untuk mensejahterakan rakyat akan kita teruskan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: