Sabtu, 16 Oktober 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Strategi 'laut biru' - UMNO lebih dajal

Posted: 16 Oct 2010 09:18 PM PDT

Strategi 'laut biru' Umno yang mahu mengkaji semula sistem kuota dalam BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang disambut sinis oleh lawan politiknya daripada PAS.

Bagi Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir, strategi itu sebenarnya "bermain-main" untuk merampas kerusi MCA, MIC dan GERAKAN, khasnya di kawasan-kawasan campuran.

Bekas setiausaha akhbar kepada presiden PAS Datuk Seri Abdull Hadi Awang itu berkata, berkata, pendekatan "rampas-merampas" itu kemudiannya akan mencetuskan ketegangan yang mengakibatkan "retak semakin membelah" dan hancur berkecai.

Bagaimanapun, tambahnya, Umno sudah lupa bahawa parti itu juga kecundang di beberapa kerusi campuran, termasuk kerusi majoriti Melayu di Selangor seperti di Hulu Kelang (81 peratus) dan Gombak Setia (80 peratus).

"Hakikatnya bukan MCA, MIC dan GERAKAN silap, Umno lebih 'dajal' lagi. Mereka pun kalah dan kecundang tetapi yang mereka nampak adalah keburukan dan kelemahan kawan-kawan," coretnya dalam blog terbarunya pagi ini.

"Laut biru yang mahu dijadikan strategi itu membawa maksud lautan dalam, barangkali selain kita membuang tayar-tayar buruk untuk dijadikan tukun-tukun tiruan, maka sudah sampai masanya, lautan biru yang besar dan dalam itu dijadikan sekali tempat persemadian, Umno dan rakan-rakannya MCA, MIC dan Gerakan bersekali.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan BN perlu mengamalkan strategi 'laut biru' yang berpandangan jauh dengan mengkaji semula pembahagian kuota kerusi kawasan pilihan raya bagi membolehkan parti itu menang selesa pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kaedah pembahagian kuota kerusi sedia ada dilihat sudah tidak lagi praktikal dengan kehendak pengundi terutamanya selepas tsunami politik pada Mac 2008.

Sebelum ini, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyarankan agar sistem kuota itu dikaji semula jika pengundi tidak selesa dan tidak suka dengan calon daripada parti komponen BN yang bertanding di sesuatu kawasan itu.

Cadangan tersebut kemudiannya disambut baik Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahu semua parti komponen BN berlapang dada untuk mengkaji kelemahan masing-masing dan pada masa yang sama mempraktikkan sistem baru dalam soal pembahagian kerusi - mkini

Kepala bapak hangpa lah Utusan

Posted: 16 Oct 2010 07:47 PM PDT

MS : Email yang aku terima dari seorang pembaca
Salam untuk semua,

Aku terbaca dalam Utusan Malaysia semalam dengan tajuk Agenda utama Bajet 2011 meringankan kos hidup rakyat ... pertama yang aku nak sebut ... kepala bapak hangpa la meringankan beban hidup rakyat.
Tapi mungkin betul juga untuk sebahagian rakyat tertentu sahaja ...., rakyat yang pakai seluar dalam impot, beg tangan impot, pewangi impot ... tapi bukan untuk kami yang duduk di kampong yang kadang-kadang tak pakai pun seluar dalam ... ini cerita betoi.
Mana ada satu pun belanjawan yang dibentangkan najib jumaat lalu yang khusus untuk orang kampong? Ada ka harga beras turun? ada ka harga minyak masak turun? ada ka harga gula kopi turun? Hangpa habaq mai sat kat aku ... mungkin aku terlepas pandang ...
Bajet kali ni yang aku nampak najib nak memperkayakan lagi bini dia yang gemuk pendek tu ... untuk Permata najib bagi 111juta ... siapa rosmah sipendek tu? menteri ka dia? dia hanya janda penyedap najib, tak lebih dari tu, jadi kenapa dia dapat peruntukan lebih dari SAR? Hangpa pikiaq la sendiri ...
Yang najib turunkan cukai seluar dalam, beg tangan, baju tidoq, pewangi, spray rambut tu semua buat apa? Nak suruh rosmah berbelanja di Pavilion ke atau KLCC ker ... tak kan rosmah nak shopping dalam negeri kot ... tak mungkin ...
Dan Yen Yen Menteri Pelancongan pun kata nak tarik pelancong mai malaysia ... ha ahahahahaha hangpa ingat pelancong mai sini nak beli seluar dalam ka .... macam orang kampong juga la kadang-kadang mat-mat salleh dan minah-minah dia pun tak pakai seluar dalam dan baju dalam.
Lepas tu kata belanjawan "SELUAQ DALAM' Najib lagi (pinjam kata-kata YB Mahfuz) kata pnb nak buat bangunan 100 tingkat dekat stadium merdeka ... lagi Yen Yen pun masuk kata boleh lagi tarik pelancong ... kah kah kah kah jangan buat kerja membazir la ... kalau setakat nak tarik pelancong kita dah ada KLCC pun, dah tak menang tangan pihak KLCC nak melayan pelancong yang nak naik menara tu ....
Bukan sikit duit tu nak buat menara 100 tingkat tu, 5 billion ... tu harga hari ni. Macam biasa la nanti mungkin boleh sampai 10 billion atau mungkin lebih ... Ni najib atau PNB jangan dok gah sangat masa hangpa banyak duit ni ... Tapi apa nak buat sebab PM Malaysia sekarang najib dan rosmah ...
Kalu betoi nak tolong rakyat, nak tengok rakyat senang sikit ... senang sikit saja tau , bukan banyak pun, siapkan dulu plaza rakyat di puduraya yang dah terbengkalai lama. Ni hangpa buat tak kisah pun sebab plaza rakyat tu untuk rakyat, hanya stesen bas ... menteri-menteri mana reti naik bas, mana penah naik bas, jadi biar dia terbengkalai pun tak pa, itu hanya untuk rakyat yang susah yang naik bas yang tak dak kereta sendiri ... cuba kalau plaza rakyat tu lapangan terbang, aku rasa dah lama siap ... betoi kan
Jadi aku kata pembentangan bajet najib 2 hari lepas betoi lah seperti kata YB Mahfuz ... Bajet seluaq dalam rosmah 2011 .. bajet untuk rosmah, bukan bajet untuk rakyat semua. Rakyat dari kampong macam aku tak dapat apa-apa pun dari bajet tu. Aku bukan guru KAFA aku bukan pekerja kerajaan ...
Salam
Amin, Pendang Kedah

Bomoh yang malang

Posted: 16 Oct 2010 06:38 PM PDT

GEMENCHEH: Malang bagi seorang bomoh apabila dibelasah dan dilarikan dari rumahnya, di sini, sebelum ditinggalkan dengan hanya berseluar dalam di tepi jalan di sekitar Tangkak, Johor, semalam.

Harian Metro difahamkan, sekumpulan lelaki terbabit datang ke rumah bomoh berkenaan di sebuah perkampungan di sini kerana tidak berpuas hati dengan cara rawatan yang dilakukan bomoh terbabit terhadap seorang ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara bomoh terbabit dengan kumpulan lelaki itu menyebabkan mangsa dilarikan dengan sebuah kenderaan selepas dibelasah. Bomoh berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan ditemui orang ramai kira-kira empat jam kemudian, berada dalam keadaan separuh bogel yang kemudian menghubungi Balai Polis Tangkak untuk memaklumkan kejadian itu dan mangsa dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, ketika dihubungi mengesahkan polis ada menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

"Polis menerima laporan daripada seorang jiran mangsa yang memberitahu terdengar bunyi bising di rumah bomoh berkenaan dipercayai akibat berlaku pergaduhan dan polis yang bergegas ke rumah mangsa mendapati kediaman itu kosong.

"Kira-kira jam 10.30 pagi, pihak kami menerima laporan daripada Balai Polis Tangkak menyatakan mangsa ditemui di tepi jalan dan dihantar ke Hospital Tangkak," katanya.

Beliau berkata, pihak polis kini sedang menyiasat punca kejadian serta motif pergaduhan itu.

Berikutan itu, beliau meminta kerjasama daripada orang ramai yang melihat atau mengetahui punca kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4411221 atau 06-4411222

Kita mahu gula kopi minyak masak yang turun harga bukan beg tangan seluar dalam dan pewangi .. Belanjawan Seluar Dalam Rosmah 2011

Posted: 16 Oct 2010 10:37 AM PDT

By From Vehicles to Life

Belanjawan Rosmah 2011

Semalam Belanjawan Negara telah dibentangkan oleh Najib Tun Razak. Kita sebagai rakyat menantikan apakah yang lebih baik untuk kita. Kita rakyat Malaysia yang semakin tertekan dengan harga barang yang semakin naik. Dengan kenaikan harga minyak maka semuanya pasti naik. Golongan yang paling terkesan adalah rakyat yang berpendapatan rendah.

Majoriti rakyat Malaysia yang tidak berniaga mengharapkan ada sesuatu yang dapat meringankan beban mereka. Mereka masih mengharapkan agar kerajaan yang memerintah dapat menurunkan harga barangan runcit dengan memperuntukkan sebahagian berbillion ringgit itu kepada sudut itu. Kita tidak mahu mendengar projek berbillion ringgit bangunan pencakar langit. Kita hanya mahukan ekonomi yang bersifat kemanusiaan.

Saya bukan pakar ekonomi. Tapi apa yang penting bagi saya sebagai rakyat Malaysia mahukan kualiti kehidupan yang lebih bermakna. Dari sudut kesihatan, pendidikan, dan poket kami yang semakin kering ini. Pergilah tanya pada mereka yang benar - benar bebas dari pengaruh politik. Semuanya kecewa dengan bentangan belanjawan kali ini. Saya bukan berbual kosong tapi inilah hakikatnya. Rata - ratanya mempersoalkan apa yang diperuntukkan kepada rakyat. Mereka mempersoalkan rasional kerajaan memperuntukkan ratusan juta yang entah kemana hasilnya.

Sebagai contoh apabila kerajaan menghapuskan cukai pembelian telefon bimbit sebanyak 10%, janganlah kita seronok dengan penghapusan cukai tersebut. Apakah kita akan membeli telefon setiap hari? Jangan ada yang kata bagus sebab orang kampung boleh pakai blackberry Torch dan IPhone. Semua itu tidak pernah menjadi keutamaan kepada mereka. Jangan samakan kampung di Kuala Lumpur dengan kampung di Kuala Nerang. Jangan samakan kampung tersusun dengan kampung yang berselerakan. Mereka ini tidak sama. Mereka perlukan keperluan asas yang lebih banyak contohnya harga beras yang lebih rendah, gula, tepung, ayam atau daging dan sayur - sayuran. Ini yang mereka perlukan. Ada kerajaan BN memberi peruntukan sedemikian rupa?

Tapi antara perkara yang paling menyakitkan hati kita sebagai rakyat apabila berjuta - juta duit kita rakyat yang sepatutnya diberikan kepada saluran yang betul mengenai pendidikan disalurkan kepada satu badan yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Sebanyak RM111 Juta telah diberikan kepada PERMATA. PERMATA merupakan kepunyaan Rosmah. Apa pentingnya Rosmah kepada kita? Apa pentingnya Rosmah kepada negara? Siapa Rosmah? Kenapa dia dapat keistimewaan yang melampau? Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Kenapa tidak disalurkan kepada Kementerian yang bertanggungjawap?

Sakit hati rakyat tidak pernah diambil kira. Kita mahu harga barang turun. Kita mahu harga makanan ruji turun. Tapi yang turun? Beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut,pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu. Apakah ini yang kita mahu? Apakah ini yang orang kampung mahukan? Apakah ini yang mampu menaikkan taraf ekonomi negara. Apakah keperluan ini hari - hari kita beli?

Belanjawan kali ini hanya untuk golongan tertentu. Soalan kepada Najib? Apa peruntukan kepada golongan petani dan nelayan? Apakah sumbangan kepada golongan pekerja swasta? Tiada satu pun peruntukan diberikan kepada mereka. Mungkin ada yang kata ekonomi apa yang kita mahukan. Idealistik atau realistik. Ya kita mahu yang realistik. Realistik agar rakyat dapat tersenyum lebar dengan penurunan harga barang. Realistik rakyat senyum apabila harga ubat atau yang berkaitan dengan kesihatan diturunkan.

Itulah yang realistiknya selain daripada menyuntik wang untuk memacu ekonomi negara. Sudah berapa lama kita merdeka. Sudah berapa banyak bangunan tinggi yang kita ada. Sudah berapa banyak gedung - gedung membeli - belah kita ada. Sudah berapa banyak sekolah bestari yang kita ada. Tapi jujur dengan diri kita, apakah pencapaian kita? Malu kita jika dibandingkan dengan Cuba. Cuba sebuah negara yang tidak punya bangunan pencakar langit. Namun dari sudut pendidikan cuba meninggalkan kita jauh. Kita yang hebat dalam bangunan hanya dapat 88.9% peningkatan dalam pendidikan jauh tertinggal di belakang Cuba yang mendapat 99.8%. Ini yang kita mahu. Ini yang rakyat idamkan. Itu belum bicara soal kesihatan dimana dari semua sudut Cuba jauh meninggalkan kita. Ya, sebuah negara yang mundur bangunan tapi rakyat senyum dan sihat.

Ramai ahli politik kata ini Belanjawan PRU. Saya katakan ini Belanjawan Rosmah atau Belanjawan Hari Kiamat BN. Kenapa? Belanjawan yang tidak menguntungkan rakyat. Belanjawan yang hanya bermanfaat buat golongan tertentu. Tak semua orang menjadi Ketua Kampung, tak semua menjadi Tok Batin, tak semua orang jadi Guru KAFA. Majoritinya orang kampung. Kasihan orang biasa macam kita. Tepuk dada tanya selera. Apakah ini yang kita mahukan?

... la apa pulak ni wei ... 60 anggota AMK minta DSAI letak jawatan Penasihat

Posted: 16 Oct 2010 06:21 AM PDT

PETALING JAYA: Kira-kira 60 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkumpul di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini bagi mendesak penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera berundur daripada kepimpinan parti.

Mereka yang mendakwa anggota PKR Pulau Pinang dan Perak, turut menyerahkan Memorandum Taubat kepada petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat parti itu, Rauo Imran untuk diberikan kepada Anwar.

Wakil kumpulan itu, Nur Ilmi Ismail berkata ketua pembangkang tersebut wajar melepaskan jawatannya selepas berlaku pendedahan demi pendedahan mengenai tindak-tanduknya selama ini.

"Kita tidak mahu seorang pemimpin yang hanya sibuk mengendalikan masalah peribadi, kami juga amat berharap Anwar yang juga Penasihat PKR, akan bertaubat bagi menjaga imej parti.

"Kami tidak mahu seorang pemimpin yang menggunakan dan berselindung di sebalik parti untuk mengelak daripada (dikenakan) tindakan undang-undang," katanya ketika ditemui di ibu pejabat PKR, Sabtu.

Beliau juga berkata segelintir pemimpin tertentu dalam parti itu wajar berundur demi menyelamatkan parti yang kini didakwa semakin kucar-kacir.-BERNAMA

Imam Muda Astro tunai Haji

Posted: 16 Oct 2010 05:05 AM PDT

Asyraf bersama isteri


PETALING JAYA: Juara Imam Muda, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji pada Ahad, pukul 1.30 pagi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Menurut Asyraf, dia menunaikan haji atas tiket hadiah yang dimenanginya dalam program Imam Muda yang berakhir pada Julai lalu.

"Saya pergi menunaikan haji seorang diri tanpa ditemani isteri. Saya mohon maaf andai ada kesilapan. Doakan semoga saya mendapat haji mabrur dan sihat di sana.

"Saya akan kongsikan dan kemaskini segala info di Facebook Imam Muda Asyraf dan laman web www.imamudasyraf.com. Insya-Allah, saya akan pulang ke Malaysia pada 30 November ini," katanya menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online.

Selain hadiah pakej menunaikan haji, dia turut mendapat pakej menunaikan umrah serta pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, perabot jati bernilai RM10,000 dan pakej SPA Maghribi.

Imam di Masjid Desa Petaling, Kuala Lumpur itu juga menerima biasiswa pakej 'Berlian' pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah berserta sebuah kereta Proton Exora.

Bukan itu sahaja, Asyraf juga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi. - mStar

Kakitangan kerajaan tiada bonus hanya RM500 saja

Posted: 16 Oct 2010 04:05 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.

Katanya, selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.

Najib berkata memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.

"Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan...kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.

"Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam," katanya pada
Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, pagi ini.

RM500 wajar

Oleh itu, katanya pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.

Najib berkata bantuan khas kewangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kewangan ibu bapa dalam persiapan untuk persekolahan anak-anak pada hujung tahun.

"RM500 ini sangat-sangat berguna sekali dan kerajaan akan bayar bantuan khas itu pada Disember ini," katanya.

Beliau berkata kerajaan bermurah hati turut memanjangkan bantuan ini kepada pesara-pesara kerajaan walaupun mungkin ada yang tiada lagi perlu menanggung anak-anak bersekolah.

Menurutnya walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari.

Ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara, katanya.

"Cuti bersalin ini satu hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga...itu terpulang kepada mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut memberi faedah tambahan dari segi pinjaman perumahan di mana had maksimum pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, agar penjawat awam lebih mampu membeli rumah lebih berharga.

Mengenai pelbagai memorandum yang disampaikan kepada beliau untuk melakukan penambahbaikan skim perkhidmatan perguruan, Najib berkata beliau perlu sedikit masa menelitinya kerana melibatkan implikasi kewangan dan kumpulan guru yang besar.

"Sebab itu saya perlu teliti bersama JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Kementerian Kewangan. Banyak cadangan dikemukakan...sekiranya kerajaan mampu, saya akan bincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran)...boleh buat pengumuman bila sampai pada masanya," katanya. - mkini

Sah Nurul hanya bertanding Naib Presiden

Posted: 16 Oct 2010 01:49 AM PDT

Nurul mengumumkan beliau hanya akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden
Baru saja YB Nurul Izzah membuat pengumuman bahawa beliau hanya akan bertanding untuk Naib Presiden PKR dan tidak mengemukan sebarang borang untuk jawatan Timbalan Presiden.

Manakala Dato' Zaid Ibrahim telah mengesahkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang YB Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub


Presiden
Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan presiden
Azmin Ali
Zaid Ibrahim
Mustaffa Kamil Ayub

Naib presiden (4 jawatan)
Mansor Othman
Dr Xavier Jayakumar
Tian Chua
Fuziah Salleh
Jonson Chong
R Sivarasa
Abdullah Sani Abdul Hamid
N Gobalakrishnan
S Manikasavagam
Mohd Yahya Shari
Ansari Abdullah

Majlis tertinggi (20 jawatan)
Elizabeth Wong
Khalid Jaafar

@ Ibu Pejabat PKR Tropicana

Posted: 16 Oct 2010 12:55 AM PDT

Aku baru sampai. suasana tenang tiba2 bertukar bising. Kedengaran jeritan "Reformasi"

Ketibaan YB Nurul Izzah untuk menerima pencalonan. Nurul akan memgadakan satu sidang akhbar pada jam 4.15 nanti. Tunggu, apakah beliau akan menerima pencalonan untuk Timbalam Presiden PKR atau sebaliknya? Tunggu 4.15 nanti .....



Tiada ulasan: