Sabtu, 16 Oktober 2010

Justice For All

Justice For All


Boring Betullah..Asyik2 Kes Khalwat

Posted: 16 Oct 2010 09:09 PM PDT

Khalwat di hotel: Pasangan bertunang nak rasa dulu sebelum mendirikan rumah tangga

GEORGETOWN: Seorang lelaki ditemui hanya memakai seluar dalam sambil bersujud di tepi katil ketika dicekup berkhalwat dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Jalan Penang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi 'Ops Noda' itu turut disertai anggota polis dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, ketika pintu bilik diketuk, seorang wanita tampil membuka pintu dengan hanya memakai baju tidur dan ketika soal siasat dilakukan suspek hanya berdiam diri saja tanpa berkata apa-apa.

Katanya, selepas memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa agama, pihaknya menemui kelibat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel di tepi katil.

"Lelaki itu dipercayai cuba menyembunyikan diri daripada dilihat pegawai penguat kuasa agama namun tindakannya gagal," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan dilakukan kedua-dua suspek mengaku belum mempunyai sebarang ikatan perkahwinan dan sekadar mengaku sudah bertunang serta mendakwa bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Beliau berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk dibuat laporan tangkapan dan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Macam2 Zaman Najib : Facebook Digunakan Untuk Melacur

Posted: 16 Oct 2010 08:00 PM PDT

Bodoh betullah anak melayu islam ini. Maruah ibarat sekeping note rm 8o ringgit. Memang dahsyat. Inilah akibatnya hukum ALLAH ditentang habis-habisan. Menyebabkan masyarakat tak takut untuk berzina dan cari rezeki haram. Tunggulah bala datang menjemput jika keadaan ini tidak dibendung

KUALA LUMPUR: Pada mulanya dia hanya suka-suka mencari kenalan baru menerusi laman sembang ketika melayari Internet sambil mengulang kaji pelajaran.

Tapi, hobi itu akhirnya menjadi racun apabila terjebak dengan lelaki miang yang rupa-rupanya mempunyai niat serong di sebalik perkenalan di alam maya.

Menceritakan kisah silamnya, Syafika berkata, pada mulanya dia menggunakan laman sosial hanya untuk mencari kenalan.

Namun, katanya selepas mempunyai ramai kenalan lelaki, ada antara mereka mengajak dia keluar malah tidak kurang juga sanggup membayar untuk 'tidur' bersamanya.

Pada awalnya dia agak keberatan untuk menerima pelawaan berkenaan, bagaimanapun, selepas dipujuk dan ditawarkan bayaran lumayan, akhirnya dia tewas dan terjebak dalam kancah kehidupan sosial terbabit.

"Sebelum ini, saya hanya melakukan hubungan seks dengan teman lelaki. Selepas kami berpisah, saya tidak berjumpa mana-mana lelaki dan akhirnya tidak dapat menahan nafsu sendiri.

"Sebab itu, saya menerima pelawaan seorang lelaki untuk menemaninya. Dia memberikan saya sejumlah wang tetapi dengan syarat saya perlu mengadakan hubungan seks dengannya.

"Kerana nafsu dan wang tunai yang ditawarkan, akhirnya saya merelakan diri dinodai. Sejak itu, saya aktif melakukan kegiatan ini meskipun masih belajar," katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Bagi mendapatkan kemewahan dengan cara mudah selain melampiaskan nafsunya, Syafika mula menjerat kaum lelaki hidung belang.

"Sejak berjinak-jinak dengan kegiatan berkenaan, saya mula berasa kemewahan. Dengan merahsiakan segala kegiatan ini daripada pengetahuan keluarga, saya semakin aktif melayan lelaki yang dahagakan seks menerusi laman sosial.

"Kini, saya mengenakan bayaran RM80 kepada sesiapa yang menghubungi saya di laman sosial terbabit. Setidak-tidaknya, saya dapat mengumpul wang tambahan sebanyak RM500 sebulan," katanya.

Bagi mengelak identitinya diketahui, Syafika bertindak memadamkan akaun laman sosialnya selepas mendapat mangsa yang dikehendaki kemudian membukanya semula atas nama berbeza.

"Saya meletakkan gambar sebenar dalam keadaan yang mengghairahkan. Selepas ada lelaki yang cuba berkenalan, saya memberitahu perkara sebenar dan kebanyakannya setuju untuk membayar.

"Kemudian, mereka memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank saya dan menjemput saya di tempat yang dijanjikan. Selepas itu, terpulang kepada mereka untuk membawa saya ke mana saja.

"Selepas selesai, saya akan memadam akaun laman sosial dan buka yang baru. Setidak-tidaknya, tidak ada yang dapat mencari saya kembali," katanya. Menurut Syafika, setakat ini aktiviti nakalnya masih belum diketahui ibu bapanya kerana dia bijak menyembunyikan kegiatan berkenaan.

"Kadang-kadang, saya 'online' di rumah saja. Ibu dan ayah tidak menghalang saya menggunakan Internet lebih-lebih lagi atas alasan menyiapkan tugasan universiti.

"Lagipun, mereka tidak mengesyaki apa-apa memandangkan penggunaan laman sosial kini menjadi kepentingan ramai termasuk pelajar seperti saya. Begitupun, saya bukanlah pelacur tetapi lebih kepada golongan bohsia yang sukakan aktiviti sosial," katanya.

Selain Syafika, Dira, 20, turut menggunakan laman sosial untuk mencari 'teman' bagi mendapatkan pendapatan sampingan.

Menurutnya, pekerjaan sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam membuatkan dia lebih aktif mencari teman selain mengumpul wang sampingan.

"Kebiasaannya, jika saya menerima pelanggan di dalam kelab malam, 'mummy' akan mengambil sedikit keuntungan daripada apa yang saya dapat. Sebab itu saya mencari kenalan baru atau pelanggan menerusi Internet. Setidak-tidaknya, saya memperoleh keuntungan bersih.

"Lagipun, kerja ini tidak susah. Jika ada yang memasukkan wang ke dalam bank, saya akan mengambil cuti daripada bekerja dan mengikut lelaki itu. Jika bekerja sekalipun, belum tentu saya mendapat pelanggan," katanya.

Menurutnya, penggunaan laman sosial memudahkannya melakukan pekerjaan itu. Katanya, meskipun sekadar suka-suka atau demi mencari kemewahan, tiada sesiapa dapat mengesyaki apa yang dilakukannya.

"Mudah dan senang. Lagipun, saya tidak perlu bekerja keras kerana kebanyakan lelaki yang kemaruk seks suka menjadikan laman sosial sebagai tempat mencari pasangan.

"Lagipun, cara begini lebih praktikal daripada 'menjaja badan' di tepi jalan. Silap-silap nanti, terserempak dengan kaum keluarga ataupun ditahan pihak berkuasa," katanya.

Tarikh Lahir Ajaib

Posted: 16 Oct 2010 07:00 PM PDT

Ini semua kuasa ALLAH..

Tarikh lahir ajaib

BARBARA dan Chad Soper bersama anak bongsu mereka Cearra, Cameron dan Chloe.

DETROIT - Dalam sebuah keluarga yang besar, agak sukar untuk seseorang ibu mengingati hari lahir setiap anggota keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam

Namun, bagi Barbara Soper, 36 dan suaminya Chad Soper , 33, di negeri Michigan, Amerika Syarikat (AS), tugas itu mudah berbanding kebanyakan keluarga lain.

Masakan tidak, anak bongsu mereka, Cearra lahir pada 10/10/10 manakala tarikh lahir abangnya, Cameron jatuh pada 09/09/09 diikuti oleh kakaknya, Chloe yang dilahirkan pada 08/08/08.

"Chloe adalah nombor bertuah lapan, Cameron nombor bertuah sembilan dan Cearra pula nombor bertuah sepuluh," kata Barbara mengenai tarikh lahir mereka.

Menurutnya, dia dan suaminya tidak merancang kelahiran anak-anak mereka manakala seorang profesor di Universiti California, Philip Stark berkata, kebarangkalian perkara itu berlaku adalah 1 dalam 2,500 kelahiran. - Agensi

PR Boleh PRK Batu Sapi Menang, Jika Kena Caranya

Posted: 16 Oct 2010 06:16 PM PDT

Barisan pembangkang di Sabah khususnya SAPP, PKR (PR) dan Bersekutu ketika dalam kerancakan untuk meraih kemenangan menentang BN di Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi akan datang, perlu merencanakan strategi mereka dengan penuh berhati-hati.

Ibarat pepatah Melayu, 'Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa'; yang memberi gambaran bahawa meskipun ada pemimpin pembangkang menganggap PRK Parlimen Batu Sapi mudah ditawan kerana mungkin ada yang beranggapan bahawa bakal calon BN dari PBS di Parlimen Batu Sapi, tidak segagah dengan calon-calon dari Barisan pembangkang.

Pembangkang perlulah mengambilkira sentimen pengundi khususnya di kawasan Parlimen Batu Sapi yang majoritinya pengundi Melayu, tetapi pembangkang janganlah sewenang-wenangnya meletakkan calon pemimpin Melayu yang kurang berjasa atau dikenali pengundi di situ.

Begitulah sebaliknya, pada SAPP yang tidak boleh mengambilkira yang mereka pernah berjasa dan membangunkan kawasan Parlimen Batu Sapi suatu ketika dahulu kerana seperti pepatah mengatakan, 'Lain hulu, lain parang; lain dulu, lain sekarang'. Kalau tidak, apa yang telah berlaku PRK Parlimen di Ulu Selangor bakal mengundang bala di PRK Parlimen Batu Sapi.

Kemungkinan jentera BN boleh melakukan pelbagai strategi lain untuk memecah belahkan kekuatan pengundi di situ; terutamanya pengundi Melayu apabila melihat pembangkang meletakkan calon pemimpin Melayu dengan meletakkan dua atau tiga calon bebas di kalangan pemimpin Melayu, semata-mata memastikan kemenangan calon pemimpin Cina yang bakal diletakkan oleh BN.

Kawasan Parlimen Batu Sapi yang dahulunya pernah disandang pemimpin Cina dari PBS dan sudah tentulah kawasan itu kuota PBS untuk pemimpin masyarakat Cina. Apapun dapatlah disimpulkan, bahawa pakatan pembangkang bakal menghadapi calon pemimpin Cina pada PRK Batu Sapi akan datang ini, jika tidak silap perhitungannya, pada amalan biasa sebelumnya, teori 'status quo' sebeginilah yang selalu terpakai.

Jangan sekali-kali tersilap langkah dalam memperhitungkan atas nama 'kemenangan' di Parlimen Batu Sapi kerana mengikut analisis wartawan secara rawak 'trend' pengundi di situ pada ketika ini lebih condong dan berpihak kepada pembangkang. Sama ada Datuk Yong Teck Lee atau Haji Ansari kedua-duanya pemimpin yang berkarisma dan layak untuk dicalonkan di situ.

Bagaimanapun, salah seorang dari mereka kena berkorban secara 'musyawarah' untuk memberi laluan kepada pemimpin yang seorang dari mereka berlandaskan perkiraan matematik yang sesuai, selepas mereka mengambilkira aspek lain, seperti ketiadaan minat 'Anak Watan' untuk diletakkan sebagai calon pembangkang di Parlimen Batu Sapi.

Sekecil manapun kelibat Parti Bersekutu, harus juga dilibatkan di dalam kesepakatan pembangkang dalam menentukan kemenangan PRK Parlimen Batu Sapi, asalkan 'permintaan, terma dan syarat' tidak terlalu tinggi dari pihak terbabit; yang disifatkan seolah-olah membelakangi matlamat yang dituju.

Wacana politik barisan pembangkang, perlu ada garis panduan sebagai garisan sempadan hak masing-masing untuk mengukuhkan perpaduan yang jitu di dalam gagasan pakatan pembangkang untuk menuju puncak kejayaan. Jika tidak, perjuangan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN tidak akan kesampaian; walaupun perjuangan mencecah berdekad-dekad lamanya. - GONOD SUNDA/s/kini

N Gobalakrisnan Minta Ahli PKR Jangan Undi Azmin Ali

Posted: 16 Oct 2010 05:03 PM PDT

Nampaknya Gobala memang berani. Ditempelaknya Azmin secara keras dan di khalayak ramai. Ramai juga yang salahkan Anwar kerana masih dukung Azmin, sedangkan dia dah boleh bertatih. Apapun pemilihan PKR mesti hebat dan mendebarkan. Cuma risau juga kalau ada yang keluar parti jika tewas dalam parti setahun jagung ini...

Gobalakrishnan berkempen saat akhir

PETALING JAYA: Calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan merayu akar umbi membuat pilihan bijak ketika melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memilih Timbalan Presiden parti itu.

Malah, beliau mengakui, secara peribadi berpendapat Ahli Parlimen Gombak yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Pusat PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali, bukanlah calon yang sesuai untuk merebut kerusi nombor dua parti.

"Akar umbi perlu bijak memilih pemimpin nombor dua parti, ini satu jawatan penting...saya berpendapat belum tiba masanya untuk Mohamed Azmin menjadi Timbalan Presiden PKR.

"Selepas ini apabila turun berkempen di setiap tempat, saya akan meminta akar umbi memilih calon yang benar-benar layak," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam.

Kesian..Haritu Kena Kacau, Sekarang Duit Pun Dikebasnya Oleh Jin

Posted: 16 Oct 2010 04:19 PM PDT

Gadis misteri dakwa RM2,000 pula dikebas jin

JERTIH: Selepas beberapa hari menerima 'hadiah' berupa 15 biji batu termasuk delima, nilam dan zamrud dianggarkan berharga ribuan ringgit, keluarga gadis misteri, Siti Balqis Mohd Nor, 22, kini bersedih apabila mendakwa wang simpanan RM2,000 lesap.

Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, berkata wang simpanan hasil sumbangan orang ramai yang mengunjungi rumahnya, diletakkan dalam al-Quran tetapi didapati lesap semalam, dipercayai diambil jin yang menjaga anaknya.

"Bilik Siti Balqis sentiasa berkunci, malah orang lain tak berani masuk kerana bimbang ditimpa kejadian buruk," katanya.

"Nasib kami bagai jatuh ditimpa tangga. Selepas penat melalui kejadian misteri menimpa Siti Balqis, kami diuji pula dengan kehilangan wang. Siti Balqis tidak dilarikan lagi sejak lima hari lalu, tetapi wang kami pula hilang," katanya.

Mengenai penemuan 15 biji batu bernilai tinggi yang tiba-tiba jatuh dalam rumahnya sejak tiga hari lalu, Norizan berkata, kejadian itu tidak lagi berlaku semalam selepas Siti Balqis mengalami kesakitan di badannya.

Katanya, dia juga menolak permintaan orang ramai yang mahu membeli batu berharga itu walaupun pada harga tinggi kerana dinasihatkan pakar perubatan Islam menyimpannya dalam bekas khas yang direndam dengan air zam zam bagi mengelak hilang.

Sementara itu, Siti Balqis yang diganggu dengan 12 kali percubaan mengghaibkannya oleh jin dua malam lalu, kini dalam keadaan lesu dan tidak berselera makan sambil dikawal ketat penduduk kampung selepas memberitahu tidak mungkin berjumpa keluarganya jika ghaib sekali lagi, sebaliknya hanya mayatnya.

Jawatan Timbalan Presiden PKR Sah Antara Zaid, Azmin & Mustapha Kamil

Posted: 16 Oct 2010 07:45 AM PDT

Akhirnya teka-teki siapakah calon bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan 2010 ini terjawab apabila "Puteri Reformasi" Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan itu.

Keputusan itu memberi peluang terbuka kepada tiga calon lain untuk bersaing iaitu Azmin Ali, Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub. Dengan keputusan ini juga bermakna, apa yang diwar-warkan selama ini akhirnya menjadi kenyataan.

Apa yang pasti, calon pilihan masih berpihak kepada Azmin Ali dan Zaid Ibrahim setakat ini. Biarpun tentangan dijangka datang dari Mustafa Kamil Ayub, namun pertusan untuk beliau menang agak rendah jika dibandingkan dengan Azmin dan Zaid. Sebenarnya kempen kedua-dua pasukan itu lebih menyerlah daripada 'Team Mustafa".

Malah Mustafa sendiri sudah hilang sedikit popularitinya, akibat tertewas di gelanggang sendiri dalam perubatan jawatan Ketua Cabang.

Semua ini menyebabkan, harapan untuk melihat Mustafa menang agak tipis. Kini, pilihan sebenar ahli adalah antara Azmin dan Zaid.

Kekuatan kedua-dua team itu dilihat lebih menyerlah mutakhir ini, biarpun lewat petang semalam Zaid diwar-warkan menarik diri bagi memberi laluan kepada Nurul Izzah bertanding jawatan itu.

Namun, mungkin ada perbincangan akhir antara kedua-dua pemimpin terbabit makanya Nurul menarik diri dan memberi laluan kepada Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu.

Soalnya sekarang, siapakah yang lebih hebat antara Azmin dan Zaid?. Kedua-duanya dilihat berpotensi untuk menang. Namun, berdasarkan kepada sokongan akar umbi kini ianya berpihak kepada Zaid. Biarpun pemimpin itu dikritik kerana kelantangan beliau membuat teguran terbuka terhadap parti.

Timbalan Presiden Perlu Berani Buat Perubahan

Namun bagi sesetengah pihak sememangnya mereka mahukan pemimpin yang berani. Mereka tidak mahu melihat seorang Timbalan Presiden yang hanya "menangguk" keputusan pucuk pimpinan biarpun ia terkadang tidak selaras dengan kehendak akar umbi itu sendiri.

Azmin dilihat tidak mampu untuk melakukannya kerana beliau dilihat begitu rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri. Makanya, Azmin dilihat tidak berani untuk menegur apatah lagi mengkritik pemimpin tertinggi parti itu sebenarnya.

Inilah kelebihan Zaid yang terkadang tidak dipersetujui oleh sesetengah pemimpin. Kelantangan itu membuatkan beliau dikutuk dan dituduh "kurang ajar".

Malah tindakan Zaid mengkritik Timbalan Presiden PKR, Dr.Syed Hussin Ali , juga dilihat tidak wajar dengan status keahliannya yang masih baru dalam perjuangan keadilan.

Biar pun Azmin, kini dituduh dengan berbagai dakwaan yang mungkin tidak berasas namun pemimpin itu juga dilihat mempunyai peluang cerah untuk menang.

Di tambah lagi dengan statusnya sebagai Pengerusi Keadilan bagi Negeri Selangor yang mempunyai peratus pengundi tertinggi dalam pemilihan ini. Andainya seluruh cabang-cabang PKR Selangor mengundi Azmin maka harapan untuk beliau menang agak cerah berbanding Zaid. Namun, laporan mengenai wujudnya konspirasi antara Azmin dengan Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat (JPP) sedikit mencemarkan dirinya.

[Biarpun ia dinafikan oleh Azmin, namun bagi sesetengah cabang yang berhadapan dengan masalah dalam pemilihan baru-baru ini mereka tetap percaya adanya campurtangan tersebut.

Tambahan pula, ia berlaku di kawasan yang menyaksikan "orang Azmin" sepatutnya kecundang terutamanya di Hulu Selangor dan lain-lainnya.

Soalnya, apakah isu ini boleh menjejaskan Azmin, sedangkan Zaid juga dilihat mempunyai masalah lain terutamanya politik wang yang tidak digemari oleh majoriti ahli PKR. Bila dilihat kepada masalah-masalah peribadi yang membelenggu kedua-dua pemimpin terbabit maka harapan terbuka pula boleh diberikan kepada Mustafa Kamil Ayub .

Beliau dilihat lebih bersih, berdisplin dan tidak banyak mencetuskan kontroversi. Semua ini menyebabkan dia mempunyai kelebihan dan bakal meraih undi "simpati" dari kalangan ahli yang sudah bosan dengan kerenah Azmin dan Zaid itu sendiri.

Apapun, segalanya terletak ditangan ahli PKR yang akan menentukannya.-pdo

Anak Sosilawati Tak Puas Hati Dengan Hukuman Jenayah Kafir

Posted: 16 Oct 2010 06:50 AM PDT

Menurut anak Sosilawati, Erni dia pertikaikan hukuman ringan dijatuhkan kepada geng pakatjahat peguam yang bunuh Ibunya. Menurutnya, dia minta hukuman yang lebih berat buat dua suspek itu.

Nak tanya anak Sosilawati ini, hukum manakah yang paling adil kat dunia ini??? Tentulah hukum islam. Kalau pembunuh tu bunuh ibunya dengan tetak dengan parang sebelum bakarnya, maka hukuman islam yakni qisas akan beri balasan yang setimpal. Akan tetak pembunuh itu sebelum bakar mayatnya di khalayak ramai. Supaya menjadi pengajaran kepada orang lain. Tapi sekarang?? Negara ini amalkan hukuman kafir. Sebab itulah mangsa tak puashati kerana hukuman ringan. Dahla duduk dalam penjara, dapat pula makan free. Memang hampeh betullah sistem undang-undang kafir kat negara ini. Buat rakyat, padan muka anda kerana dapat undang-undang yang tak setimpal. Sape suruh sokong UMNO. Inilah habuan yang anda dapat...

"Hukuman Tak Setimpal" - Erni, Anak Sosilawati

Hukuman yang diterima itu tidak setimpal dengan apa yang mereka lakukan ke atas mama dan tiga yang lain," kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam.

Dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku berasa terkilan dengan keputusan itu, tetapi agak lega kerana pihak yang bertanggungjawab menerima pembalasan walaupun tidak setimpal.

Rita berkata, sepatutnya kedua-dua tertuduh yang mengaku bersalah menghapuskan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat ibu dan tiga rakannya ke sungai, menerima hukuman lebih daripada tujuh tahun penjara.

"Kalau betul apa yang mereka lakukan itu, saya rasa semua orang pasti setuju jika hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap tertuduh kerana tindakan menghapuskan bukti hingga tiada mayat dan hanya tinggal serpihan tulang memang tidak berperikemanusiaan terutamanya kepada semua keluarga mangsa.

"Tetapi kalau peruntukan undang-undang sudah sedemikian saya akur dan percaya dengan siasatan dilakukan pihak berkuasa terutamanya polis," katanya yang ditemui di pejabatnya di Jalan Raja Bot, petang semalam.

Selain itu, ekoran daripada pembebasan beberapa suspek lain yang dikatakan mempunyai kaitan dalam kes berkenaan, dia meluahkan perasaan sedikit gusar kerana selepas apa yang menimpa ibu dan tiga yang lain atau mungkin ramai lagi, banyak perkara yang difikirkan boleh berlaku ke atas diri dan keluarga.

"Bila dengar ada yang sudah bebas, saya berasa agak takut juga kerana mungkin masih ada dendam yang terpendam dan mungkin juga tidak, tetapi kita tidak tahu.

"Apa yang boleh kami lakukan hanyalah mengambil langkah lebih berhati-hati dan kehidupan sosial kini terpaksa dikurangkan," katanya.

Namun, dia tidak menafikan kalau sesuatu perkara itu ingin berlaku ia akan tetap berlaku walau macam mana pun langkah berhati-hati diambil.

"Tengok macam mama, dia bukan pergi berseorangan tetapi ditemani tiga lelaki, kalau benda hendak jadi macam mana pun akan jadi. Kita terima musibah ini, cuma ambil iktibar dari apa yang sudah berlaku," katanya. Sementara itu, ditanya adakah dia masih lagi berharap ibunya bukan mangsa pembunuhan kejam itu, dia berkata selagi keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak diumumkan selagi itu masih lagi ada harapan dan kalau betul ibunya sudah tiada dia terima takdir seadanya.

Rupa-Rupanya Anwar Salah...Raja Petra Yang Betul

Posted: 16 Oct 2010 05:50 AM PDT

Apani Anwar..janganlah kerana kebodohan kita sendiri, habis rosak seluruh harapan rakyat. Kalau PKR tak boleh terajui perubahan untuk negara ini, biarlah mereka-mereka yang berjiwa idealis menerajuinya. Kalau PR dah tak boleh jadi harapan kepada rakyat, insyaALLAH akan muncul kuasa ke-3 yang terbit daripada semangat muda-mudi yang inginkan perubahan..memang dahsyat betullah pendedahan terbaru RPK ini...

Jadi Siapa Yang Betul Sekarang..Saya Atau Anwar??

Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.

Raja Petra Kamarudin

Pada Jun 2008, apabila isu Liwat 2 ini meletus, saya telah pergi ke Quality Hotel di Shah Alam untuk bertemu Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya. Lobi hotel penuh dengan wartawan-wartawan yang dianggarkan lebih kurang 50 atau lebih, pemberita ini boleh mengesahkan pertemuan ini.

Wartawan-wartawan mula meluru ke arah saya apabila mereka melihat saya dan isteri masuk ke dalam hotel. Dengan silauan flash kamera-kamera, perakam video dan mikrofon telah ditolak dihadapan muka saya. Mereka semua mahu tahu apa tujuan saya berada di situ dan adakah ia ada kaitan dengan isu liwat ini.

Saya hanya tersenyum dan tidak menjawab banyak soalan. Saya kemudiannya naik ke tingkat atas bertemu Anwar dan peguam-peguamnya. Peguam-peguam mereka memberi saya sebuah fail tebal dengan pelbagai dokumen dan testimoni-testimoni.

Lebih kurang satu jam kemudian saya turun ke bawah dan kumpulan pemberita yang ramai itu masih di sana. Bila mereka melihat saya dan isteri keluar daripada lif, wartawan-wartawan sekali lagi tergesa-gesa ke arah saya dan mengerumuni saya. Mereka semua mahu tahu apa yang sedang berlaku di tingkat atas.

Beberapa wartawan telah perasan fail tebal berikat dengan pita merah yang saya bawa dan mereka bertanyakan apa yang ada di tangan saya. Saya pura-pura tidak faham dan mereka kata ketika saya tiba saya tidak membawa sebarang fail jadi fail ini pastinya telah diberikan kepada saya. Mereka mahu tahu apa kandungan di dalam fail itu.

Saya hanya tersenyum dan kata 'no komen'. Saya kemudian berjalan keluar, dan telah menghampakan ramai wartawan yang telah berkhemah di lobi hotel itu sejak malam semalam dan sedang kelaparan berita.

Malam itu saya kembali semula ke hotel dengan kamera video saya. Masih terdapat beberapa wartawan yang terhendap-hendap di sekitar tempat tetapi saya berjaya mengelakkan mereka dan naik ke tingkat atas di mana saya bertemu Rahimi. Saya membuat rakaman video kenyataan Rahimi dan dia telah mendedahkan apa yang telah terjadi -- dia dan Saiful bertemu Najib Tun Razak, apa yang berlaku semasa pertemuan itu, dan sebagainya.

Saya sebenarnya pernah menulis tentang perkara ini dengan perincian yang hebat.

Selepas sesi rakaman saya membuat satu salinan video dan memberikannya kepada para peguam Anwar. Saya menyimpan pita asli di rumah. Saya kemudiannya meminta kebenaran Anwar untuk menerbitkan video itu di dalam Malaysia Today tetapi Anwar tidak membenarkannya. Ia kelihatan seperti peguam-peguamnya telah menasihatkan dia tidak membenarkannya. Mereka merasakan pendedahan ini patut disimpan sebagai bukti untuk perbicaraan.

Saya memberitahu Anwar saya tidak bersetuju dengan strategi ini. Saya merasakan video ini patut dihebahkan segera. Perbicaraan tidak penting, saya memberitahu Anwar, kerana mereka akan memastikannya bersalah walau apa pun bukti yang Anwar ada.

 

Rahimi dan isterinya Febby

Saya dapat rasakan mereka akan sentiasa mencari pelbagai cara untuk membawanya ke penjara, dengan bukti yang dia ada sepatutnya digunakan untuk membersihkan namanya. Lantaran itu adalah lebih baik untuk menghalang setiap langkah yang mungkin mereka ambil dengan menghebahkan video itu ketika Rahimi masih lagi 'friendly party'. Wang boleh mengubah ramai orang dan jika orang-orang Najib berpeluang menghampiri Rahimi , dengan harga yang betul, dia boleh mengatakan bahawa video itu adalah tipu atau dia dipaksa untuk memberi keterangan palsu di dalam video, atau apa sahaja.

Rahimi bercakap dengan bebas dan terbuka. Saya atau isteri tidak menyeksanya atau memaksanya supaya membuat kenyataan seperti di dalam rakaman vidoe itu. Ia telah dibuat dengan relahati dan sukarela. Lagipun , saya seorang sahaja yang berada di dalam bilik itu dengannya dan tiada toughies atau pengawal-pengawal peribadi yang hadir. Dia mempunyai pilihan untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau untuk membuat kenyataan yang berlawanan dengan apa yang dia perkatakan. Ia di atas persetujuannya sendiri untuk memberi keterangan bahawa dia dan Saiful telah pergi ke pejabat Najib untuk membincangkan bagaimana untuk mencipta dakwaan liwat ke atas Anwar.

Saya berpendapat kami memiliki sesuatu yang sangat mudah meletup dan ia seharusnya segera didedahkan kepada orang awam. Tetapi Anwar mendengar pendapat peguam-peguamnya dan saya gagal membuatnya mengubah fikiran. Saya malahan berkira-kira untuk melawan Anwar dengan meneruskan menghebahkan video itu. Lagipun , saya merasakan yang peguam-peguamnya telah salah bertindak dan keseluruhan episod ini akhirnya akan mengenai muka sendiri jika mereka tidak berhati-hati.

Bagaimanapun , saya mendengar kepada Anwar, walaupun dengan berat hati, dan tidak melakukannya. Tetapi saya ada berpesan kepada Anwar yang peguam-peguamnya harus melakukan apa arahannya dan bukan dia yang mengikut arahan peguam-peguamnya. Biar peguam-peguam fokus dalam persediaan untuk perbicaraan dan serahkan strategi-strategi politik kepada kami yang lebih arif, saya beritahu Anwar. Saya juga memberitahu perkara ini kepada Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Ahli Parlimen TELUK KEMANG, yang turut serupa -- bersetuju dengan saya dan berfikir yang peguam-peguamnya telah bertindak salah.

Tiga bulan kemudian, pada September 2008, polis datang ke rumah saya untuk menahan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka menghabiskan masa berjam-jam menggeledah rumah saya untuk mencari 'bukti'. Mereka akhirnya menjumpai koleksi video-video, VCD dan dokumen-dokumen lain.

"Ini apa?" mereka bertanya sambil memegang video.

"Ia pastinya bukan porno atau rakaman saya dan isteri sedang mengadakan hubungan seks," jawab saya. (Saya menyembunyikan semuanya di tempat lain Boom, Rodi, Vic, MsMo and Chris boleh mengesahkannya). Ia adalah rakaman-rakaman peristiwa, saya beritahu polis.

Polis itu memaklumkan saya bahawa mereka perlu merampas semuanya. Saya membantah tetapi tidak berguna dan semua video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen diangkut oleh pihak polis.

Dua bulan kemudian, pada November 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan saya dibebaskan. Tetapi polis tidak mengembalikan semua barangan saya yang telah mereka ambil. Sehingga hari ini polis masih memiliki video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen.

Bagaimanapun , salinan-salinan yang saya buat semasa pengakuan Rahimi / testimoni berada bersama kumpulan peguam Anwar. Jadi apa yang telah terjadi kepada mereka? Ini adalah sesuatu yang Anwar kena jawab.

Pada 1999, semasa perbicaraan Liwat 1, saya memberitahu Anwar yang saya mendapat makluman beberapa peguam-peguamnya telah dibayar oleh UMNO. Kerja mereka ialah untuk mengganggu perbicaraan supaya kerajaan boleh mensabitkan dakwaan terhadap Anwar.

Anwar, sudah tentu, tidak mempercayai saya. Dia berfikir yang semua peguam-peguamnya adalah jelmaan malaikat. Saya merasakan bahawa ada beberapa diantaranya adalah jelmaan syaitan.

Dan ianya benar, dua daripada para peguam Anwar telahpun keluar dan menyeberangi UMNO. Mungkin mereka tidak benar-benar menyeberang kepada UMNO. Mungkin mereka sebenarnya sudah lama bersama UMNO dan berjaya telah memasuki di dalam kumpulan peguam Anwar supaya mereka boleh menjejaskan pembelaannya.

Sekarang saya bertanyakan kepada Anwar: adakah dia amat yakin dia tidak mempunyai sebarang 'tahi lalat' UMNO di dalam kumpulan peguamnya yang sedang mengusahakan perbicaraan kes Liwat 2? Jika tidak, di mana perginya salinan-salinan rakaman video yang saya telah berikan kepada mereka? Adakah ia menghilang secara misteri? Kalau begitu , bagaimana boleh hilang?

Sekarang Rahimi mendakwa dia telah dipaksa supaya menandatangani Statutory Declaration (Akuan Bersumpah). Dan saya mempunyai satu rakaman video untuk membuktikan bahawa ia tidak begitu. Tetapi polis telah mengambil pita-pita induk dan ia kelihatannya seolah-olah para peguam Anwar juga telah kehilangan salinan-salinan rakaman itu. Tidakkah anda mengesyaki sesuatu?

Sebab tu lah! Bila saya mengkritik Anwar dia menjadi sangat marah dengan saya. Bila saya menuduh yang dia dikepung oleh 'tahi lalat', Trojan Horses, Judas dan Brutus, dia kata saya bersikap nakal dan berniat jahat dan ia adalah untuk kepentingan tertentu demi wujudkan perselisihan dalam PKR. Dia merasakan saya sebuah kilang yang bermotif untuk memusnahkan perpaduan parti.

Baiklah, jawab satu soalan ini: di mana rakaman video testimoni Rahimi, yang saya telah berikan kepada peguam-peguamnya?

Aiyah Datuk Kamarul! Cakap dengan Anwar lah! Saya dah bosan nak cakap. Dan saya tahu anda juga turut merasa perkara yang sama kerana anda sudah puas mengeluh terhadap perkara yang serupa. Tetapi nampaknya kita perlu untuk menyelamatkan Anwar dari dirinya -- atau sekurang-kurangnya dari orang di sekelilingnya.

Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi...Diterjemah daripada (sini)

Gila Punya Negara..Mansuhkan Hukuman Bunuh Bagi Kesalahan Membunuh

Posted: 16 Oct 2010 04:36 AM PDT

Lepas ni tengoklah statistik kes jenayah bunuh kat negara ini. Tentu akan berlipat ganda. Ye lah bunuh orang, hanya kena penjara je. Mona Fendey pun nak macam ni..

Parlimen Guyana mansuhkan hukuman mati

GEORGETOWN (Guyana): Parlimen Guyana semalam memutuskan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori terhadap mereka yang didapati bersalah kerana membunuh, kecuali bagi kes membabitkan pasukan keselamatan dan kehakiman.

Serentak itu, peguam yang mewakili kira-kira 40 banduan hukuman mati merayu kerajaan turut melepaskan mereka selepas Parlimen mengundi bagi memansuhkan semua hukuman mati di negara Afrika itu.

"Kami meminta kerajaan sejajar dengan kelulusan undian di Parlimen agar turut mengetepikan hukuman mati yang diputuskan terhadap pesalah sebelum ini," kata seorang Ahli Parlimen pembangkang.

Semua 65 Ahli Parlimen bagaimanapun mengundi mengekalkan hukuman mati mandatori terhadap mereka yang didapati bersalah membunuh penguatkuasa undang-undang, pegawai penjara serta anggota kehakiman dan perundangan. - AFP

Macam2 Zaman Najib : Satu Lagi Kes Rogol Pastu Bunuh

Posted: 16 Oct 2010 03:53 AM PDT

Macam kes ala Sosilawati jerr

Pelajar ditemui mati dalam ladang sawit

IPOH: Seorang pelajar perempuan ditemui mati dipercayai

dibunuh di ladang kelapa sawit Rubana di Teluk Intan di sini hari ini. Mayat Dirya Barathi A/P Murali, 16, ditemui tanpa pakaian di dalam parit kira-kira 7.30 pagi oleh orang awam. Polis kemudiannya menjumpai pakaian seragam sekolah mangsa tidak jauh dari situ.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata polis mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang.

Mayat telah dihantar ke Hospital Teluk Intan.

Beliau berkata motif kejadian masih belum diketahui dan tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol.

Mangsa dikatakan keluar rumah di waktu pagi untuk ke Sekolah Menengah Horley Methodist, sejauh 8 km dari rumahnya dan tidak pulang sehingga lewat petang. Kehilangan mangsa telah dilaporkan oleh bapanya K. Murali, 43, yang bekerja sebagai ketua pengawal estet pada 9 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, kata Goh.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di talian 05-6212222.-- BERNAMA

Azmin Ali Paling Gembira Ketika Ini

Posted: 16 Oct 2010 02:58 AM PDT

Sukalah Azmin akan berita ini..sah lawannya yang dia paling takut, Izzah Anwar tak nak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Kerana anak sulung Anwar itu hanya berminat untuk rebut jawatan Naib Presiden sahaja..

Nurul Izzah Umum Tanding Naib Presiden

PETALING JAYA, 16 OKT: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengumumkan kesediaannya untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden PKR, dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR, di Tropicana, petang tadi.

Beliau yang diiringi oleh suami dan para penyokongnya, tiba kira-kira jam 3.30 petang bagi menyerahkan borang pendaftaran di kaunter Urusetia Pemilihan PKR 2010.

"Dengan lafaz 'Bismillah', saya mengumumkan pencalonan rasmi saya, bagi jawatan Naib Presiden PKR," umum Izzah sambil diiringi tepukan para penyokongnya.

Ketika ditanya sebab pengundurannya dalam persaingan Timbalan Presiden, Izzah menjelaskan bahawa keputusan bagi sesuatu persaingan yang bakal disertainya, hanya akan terjawab apabila borang pendaftaran pemilihan dihantar.

"Bagaimana saya ingin bertanding bagi Timbalan Presiden, kerana hari ini barulah proses pencalonan secara rasmi dilakukan? Maka, saya akan mengumumkan dan memberi jawapan bila tiba masanya. Inilah saatnya secara jelas menyatakan dan memberikan pencalonan rasmi saya seagai Naib Presiden," jelasnya.

Dalam pada itu, Izzah turut mengucapkan terima kasih kepada Cabang-cabang dari seluruh negara yang mencadangkan namanya untuk dipilih bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

"Tidak kira apa pun jawatan yang kita tandingi, yang penting adalah keikhlasan kita di dalam perjuangan. Dan saya akan terus membudayakan dan mempromosi politik harapan dan pembebasan demi menjauhkan negara Malaysia ini dari politik kebencian dan perkauman," katanya.

-tvselangor-

Macam2 Zaman Najib : Patah Jari Tersepit Pondok Tol Dengan Lori

Posted: 16 Oct 2010 01:11 AM PDT

Jurutol patah 3 jari, tersepit antara pintu lori, pondok tol

 

KUANTAN 15 Okt. - Seorang jurutol patah tiga jari tangan kanannya selepas tersepit antara pondok tol dengan pintu lori ketika kenderaan itu mengundur untuk mendapatkan tiket transit di Plaza Tol Gambang di sini Selasa lalu.

Kejadian berlaku pukul 2.20 pagi ketika mangsa, Noratikah Azman, 20, bertugas syif malam di plaza tol itu.

Ketika ditemui, Noratikah berkata, sebuah lori berhenti dan pemandunya membuka pintu untuk mendapatkan tiket transit.

"Semasa saya menghulurkan kad berkenaan, lori itu mengundur dan pada masa yang sama tangan saya tiba-tiba tersepit antara pintu lori dan dinding pondok saya bertugas.

"Saya menjerit kesakitan dan pemandu lori itu segera memberhentikan kenderaannya untuk membantu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Lepar Hilir 4 di sini hari ini..

Menurut mangsa, dia kemudian menghubungi penyelia bertugas bagi memaklumkan keadaannya kerana tiada petugas lain bertugas ketika itu.

Bagaimanapun, dakwanya, penyelia itu hanya mengarahkan jurutol lain menggantikannya dan tidak menghantar ke klinik bagi mendapatkan rawatan atas alasan dia tiada pengganti.

Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dalam keadaan kesakitan, dia menghubungi ibu bapanya untuk membawanya ke hospital.

"Ibu dan bapa saya bergegas datang untuk membawa saya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi mendapatkan rawatan.

"Pemandu lori berkenaan turut bersama-sama ke hospital dan memohon maaf atas kejadian itu," jelasnya.

Namun, apa yang dikesalkan adalah pihak syarikatnya seolah-olah lepas tangan dan tidak bertanggungjawab dengan kejadian tersebut, katanya yang telah disahkan dalam jawatannya selepas sembilan bulan bekerja.

Noratikah mendakwa, walaupun kejadian tersebut merupakan yang pertama berlaku, pihak syarikatnya tidak sewajarnya 'memejamkan mata.'

Sementara itu, pihak konsesi syarikat tol berkenaan ketika dihubungi enggan memberi sebarang kenyataan atas alasan pegawai berkaitan berada di luar negara.

PRK Galas & Batu Sapi Serentak : Sah SPR Adalah Kuda Kepang UMNO/BN

Posted: 16 Oct 2010 12:12 AM PDT

SPR memang kuda kepang BN. Sah dan tanpa was-was lagi. Apa salahnya buat satu-satu dulu. Bukannya sekaligus. Lagipun kesianlah kat staf SPR sendiri, yang terpaksa berkejar ke sana-sini. Ini semua untuk keuntungan BN. Supaya mereka dapat guna media semaksimun mungkin, untuk pengaruhi kedua-dua pengundi di PRK itu.

Apapun buat PR, buat perancangan yang terbaik. Lebih bagus, bagi PAS handle 100 peratus PRK Galas, pada masa yang sama biarlah DAP dan PKR kontrol PRK Batu Sapi. Untuk pengundi Cina, hanya DAP yang berautoriti untuk menawan undi mereka

Tarikh serentak beri kelebihan pada BN: Guan Eng

GEORGETOWN - Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi di Sabah dan DUN Galas di Kelantan dilihat memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu juga bersifat berat sebelah, tidak adil, neutral dan bebas.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, keputusan SPR itu akan memihak kepada BN kerana mempunyai sumber mencukupi untuk bergerak ke Galas dan Batu Sapi walaupun ia adalah kawasan pendalaman.

"Sebaliknya pembangkang menghadapi kesukaran kerana Galas dan Batu Sapi terlalu jauh dan memerlukan kemudahan moden seperti helikopter untuk ke sana," katanya kepada media semalam.

Menurutnya, keputusan SPR itu turut menyusahkan pembangkang menjalankan kempen pilihan raya.

"Kita tidak boleh memberi perhatian kepada kedua-dua tempat dalam masa sama. Ia juga memerlukan perbelanjaan besar," katanya.

Betul Ke Presiden PERKOSE Nak Dibedah Jantung Isnin Ini??

Posted: 15 Oct 2010 11:31 PM PDT

Boleh caya ke ni..ntah-ntah saje nak alihkan perhatian masyarakat kaum bukan melayu tentang isunya bercakap-cakap masa bertafakur ke atas mendiang ahli Parlimen Batu Sapi. Sebab si Berahim ni tak boleh layan sangat dia nih..Tok Guru Nik Aziz pun dia tipu. Apatah lagi rakyat Malaysia. Apapun jika dia benar-benar sakit dan nak dibedahkan jantung, kita doakan dia ni selamat. Tapi lepas ni kenalah turun berjemaah selalu kat masjid kariahnya..

Ibrahim Ali akan dibedah jantung Isnin ini

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung.

Beliau yang juga adalah presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) dijadual jalani bedah jantung Isnin ini.

Pada 13 Oktober lalu, Ibrahim ketika dibidas pelbagai pihak kerana didakwa gagal berdiri ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah mendakwa tindakannya itu kerana kakinya kebas.

Katnya, ia akibat penyakit kencing manisnya dan rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki.

"Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur."

Tidak dapat dipastikan sama ada tekanan yang dihadapinya sejak akhir-akhir termasuk tindakan Istana Kelantan Rabu lalu yang melucutkan gelaran 'Datuk Paduka' ke atasnya itu menyumbang kepada masalah kesihatannya.

Pingat Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

Walaupun pingatnya ditarik balik oleh Sultan Kelantan sekarang, namun Ibrahim masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

SAPP Nekad Bertanding Di Batu Sapi..Pertandingan 3 Penjuru Bakal Berlaku

Posted: 15 Oct 2010 11:05 PM PDT

Dijangkakan akan berlaku pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan apabila Parti Maju Sabah (SAPP) yang diterajui Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berminat untuk mencuri peluang sebagai persediaan untuk berjuang bersendirian tanpa menyambut pelawaan Pakatan Rakyat, terutama untuk memberikan laluan satu lawan satu dengan Barisan Nasional.

Yong yang sebelum ini mewakili DUN Likas sebelum dilucutkan 'hak' melalui petisyen pilihanraya kecil Likas 1999, mula bekerja keras secara senyap selepas pilihanraya umum lalu (2008) melalui program turun padang; semakin diterima rakyat, terutama Bumiputera yang merasa disisihkan oleh Kerajaan BN selama ini.

Percubaan Yong untuk menggempur kubu BN (Batu Sapi) ibarat menikam Pakatan Rakyat daripada belakang sekalipun SAPP masih kekal sebagai parti 'Bebas' kerana kerusi berkenaan masih diperuntukkan kepada PKR setelah SPR menolak kertas pencalonan calon PKR, Dr Yusof Ahmad disebabkan masalah teknikal.

Yong mengambil peluang untuk meniupkan 'semangat parokial' apabila Adun Sekong, Datuk Samsuddin Yahya 'mendidihkan' kemarahan orang Cina setelah menurunkan papan tanda tiga bahasa di beberapa buah Dewan Masyarakat, sedangkan papan tanda berkenaan dipasang sejak di zaman PBS lagi.

SAPP mengekalkan kredit mereka apabila mereka berjaya dalam tiga misi mereka membantah percubaan mendirikan Loji Janakuasa Arang Batu di Lahad Datu, Sandakan dan Tungku; sehingga mampu mendabik dada, bahawa merekalah 'Pejuang Rakyat'.

Barisan Nasional sudah pasti akan menurunkan mantan Wakil Rakyat Sibuga, yang juga Naib Presiden PBS, Datuk Thien Fui Yun bagi mempertahankan Parlimen Batu Sapi yang diintai PKR setelah mendapat persetujuan mutlak Pakatan Rakyat.

Walaupun Thien kurang pendidikan jika dibandingkan dengan dua bakal calon lain, namun beliau mampu membua satu kejutan jika dapat menjinakkan pengundi Cina yang telah memberikan undi mereka kepada pembangkang pada pilihanraya umum lalu.

Dalam keadaan kawasan 'hijau' yang mula diturunkan sebagai kawasan kelabu di zaman Datuk Edmund Chung Ket Wah; disebabkan beliau sibuk dengan tugas lain dan pegawainya mula 'makan di luar'; Thien Fui Yun akan melalui laluan sukar untuk memperolehi majoriti lebih 1,000 undi disebabkan senario politik sudah jauh berubah melalui kebangkitan PKR dan Pakatan Rakyat.

Penindasan demi penindasan yang dilakukan pihak berkuasa ke atas 'Anak Negeri' yang bukan sahaja kehilangan tanah, rumah, pekerjaan dan maruah; berubah menjadi dendam kesumat yang hanya boleh dibayar pada pilihanraya kecil kelak.

Melihat kematangan dan pola pengundi di parlimen Batu Sapi, PKR bakal meletakkan Mantan Ketua Perhubungan PKR Sabah dan juga Ahli Majlis Tertinggi PKR Pusat, Haji Ansari Abdullah untuk menentang calon PBS (BN) dan kemungkinan calon SAPP serta beberapa calon bebas daripada serpihan UMNO, SAPP dan PKR.

Ketua Cabang Batu Sapi, OKK Hassnar MP Ebrahim tidak berminat bertanding pada pilihanraya kecil ini dan ingin memastikan PKR menang dengan majoriti yang besar, telah mencadangkan Ansari diturunkan membawa panji-panji PKR.

Sebagai ahli politik veteran yang dilatihtubi Kerajaan Berjaya, UMNO dan PKR, Ansari dijangka boleh memandulkan sokongan terhadap BN dan menang mudah jika PKR menggemblengkan semua jentera parti dengan menimbulkan isu yang sudah lama diperjuangkan PKR; terutama isu tanah dan hak asasi yang diabaikan BN sejak Edmund menjadi Ahli Parlimen Batu Sapi.

Walaupun dibelenggu dengan 'Pengundi Hantu' kerana DUN Sekong dan DUN Karamunting merupakan 'Fixed Deposit' Barisan Nasional terutama warga 'Mi Segera' yang menjadi pertikian selama ini; namun sudah pastinya Ansari dan Hassnar mempunyai strategi untuk mengatasi masalah ini.

Dalam ketakutan yang amat sangat kepada Special Branch (SB) yang sudah pastinya akan menaiki rumah mereka pada malam terakhir sekadar menyampai peringatan 'Surah BN' iaitu 'pastikan BN menang' jika ingin terus menjadi rakyat Malaysia atau kad pengenalan mereka ditarik balik?

Mampukah SB melakukan kerja sulit ini seperti sebelum ini? Jika anda tidak percaya, sejarah telah membuktikan bahawa lebih 16,693 kad pengenalan yang telah diberikan kepada warga 'Mi Segera' ditarik balik iaitu bagi nombor siri H0492001-H0494500, H0539801-H0539999 dan H0540001-H0553999.

Sejak daripada insiden Ala Sun Tzu (Punish Concubine), ramai warga 'Mi Segera' tidak lagi berani menyongsang arus menolak BN, apatah lagi dengan bantuan 'Bala Tentera' Moro yang bermastautin di Pulau Jampiras.

Kemungkinan kebarangkalian ini sukar diramal kerana ada pihak tertentu dalam UMNO dan BN mungkin menaja 'IC Terbang' untuk memastikan pelaburan mereka dalam projek pembangunan BN terjamin.

Pengundi hantu bukan lagi rahsia dan Mahkamah telah mengendali kes IC Palsu setiap masa, terutama Warga Pakistan, India, China, Filipina, Indonesia dan sebagainya yang telah diberi kad pengenalan untuk mengundi oleh pihak tertentu melalui pelbagai modus operandi; namun mereka gagal mengembalikan kad pengenalan yang dipinjam; sama ada dalam bentuk mykad atau resit kad pengenalan sementara.

Dalam peperangan, 'membunuh itu halal', dalam politik, penipuan itu 'harus' kerana motif sebenar ialah untuk menumpaskan lawan tanpa perlu berperang. Pakatan Rakyat wajib menangkis 'Saiwar' BN yang dibalatentera oleh media arus perdana dan SB.

Kebebalan PKR tentang peranan media alternatif di Sabah menyebabkan Pakatan Rakyat, terutama PKR gagal meraih sebarang kerusi, melainkan dua kerusi yang dimenangi DAP secara 'pembelotan' iaitu tikam menikam dari belakang (lebih daripada satu parti pembangkang bertanding menyebabkan undi berpecah).

Media Alternatif PKR di Sabah agak lumpuh atau 'mati pucuk' gagal menarik minat pengundi atas pagar berbanding dengan DAP atau SAPP yang di 'up-date' setiap hari. Ditambah dengan risalah yang menjadi jentera terpenting untuk menangkap rasa cinta rakyat terhadap Pakatan Rakyat dan menepis adu domba atau serangan psikologi BN yang begitu berjaya selama ini, namun tidak dilakukan.

SAPP sudah melangkah jauh apabila mengaktifkan blog khas untuk Pilihanraya Kecil Batu Sapi yang boleh dilayari melalui http://batusapi.blogspot.com/ ketika UMNO, PKR masih terkial dan sekaligus menafikan peranan media alternatif yang telah menumbangkan lima kerajaan BN di Semenanjung.

Rakyat 'Batu Sapi' belum mengenali PKR atau Pakatan Rakyat secara harafiah atau holistic, melainkan untuk melampiaskan dendam kepada pemimpin BN; di samping tikam menikam di dalam PKR membuatkan tidak ada yang benar-benar bekerja untuk PKR selama ini.

Kader-kader UMNO di dalam PKR cuba melemahkan parti, telah lama berakar umbi dan hanya kumpulan 'Kuda Trojan' yang terdiri daripada 12 orang sahaja yang dihukum ala kadar; manakala ramai lagi 'Upahan UMNO atau BN' yang masih bersetinggan di dalam PKR, menunggu peluang untuk melemahkan PKR daripada dalam.

Angka hanya tinggal angka dan tidak akan mampu memenangkan sesiapa jika semua parti yang bertanding tidak menjaga adab sopan pertandingan dan meremehkan peranan rakyat dalam membuat keputusan.

Menjanjikan bulan bintang dan matahari akan menyebabkan Sabah dipenuhi ramai makhluk 'Avatar' yang hanya wujud di alam khayalan kerana Sabah kekal sebagai negeri kedua termiskin di Malaysia; sekalipun berbilion peruntukan pembangunan disalurkan ke 'negara' ini, sejajar dengan konsep perkongsian kuasa. Namun kehilangan autonomi untuk membelanjakan peruntukan menyebabkan kesemua projek untuk mengkayakan 'proksi dan kroni' kerana dikawal oleh Kerajaan atau Kementerian Pusat.

Kerajaan negeri Sabah menjadi lumpuh dan tidak mempunyai sumber kerana Jabatan Pembangunan Negeri hanya tinggal nama disebabkan karenah birokrasi. Jangankan mengharapkan peruntukan RM4 billion yang baru dijanjikan, janji RM1billion yang dibuat di zaman Pak Lah belum kesemuanya tertunai dan hanya satu perempat sahaja yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Negeri Sabah.

Di atas kertas, Sabah adalah sebuah negeri yang 'Bankrap' kerana Liabiliti melebihi hasil dan hanya mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat yang tidak kunjung tiba. Reserve yang ada tidak menunjukkan keadaan sebenar dan hanya menjadi halwa telinga kerana Kerajaan Negeri banyak menanggung hutang, terutama banyak kes yang diputuskan Mahkamah, tetapi belum dapat dilangsaikan kerana 'Tabung Negeri' untuk tujuan berkenaan kosong, sekosong-kosongnya.

Kesimpulannya, pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi bukanlah medan untuk BN atau pembangkang menguji pengaruh; sebaliknya untuk menentukan sama ada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berjaya kembali ke Sabah sebagai Ketua Menteri atau Datuk Seri Musa Aman kekal sebagai Ketua Menteri untuk satu penggal lagi jika calon BN menang dengan majoriti besar. Benarkah begitu? - Mutalib MD

Tiada ulasan: