Khamis, 14 Oktober 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kes Sosilawati : 2 mengaku salah lupus bahan bukti dipenjara 7 tahun

Posted: 14 Oct 2010 09:54 PM PDT

Dua lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting atas tuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, yang masing-masing menghadapi empat pertuduhan melupuskan bahan bukti, didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap.

Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan di antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lalu.

Pada Rabu, peguam N Patmanabhan, pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, 44.

- Bernama

Tak ada apa-apa jawatan pun ... tapi Rosmah berlagak macam Menteri

Posted: 14 Oct 2010 08:03 PM PDT

by Fazli Othman

SHAH ALAM 15 Okt - Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menubuhkan pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dam Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan raami beliau yang sebenarnya?

"Cadangan beliau menunjukkan beliau ingin campur tangan dalam kementerian dan urusan kerajaan, dia tidak ada apa-apa latarbelakang maklumat mengenai masalah tersebut tiba-tiba nak bagi idea yang sebegini. Ini adalah satu perkara yang 'adhoc'.

"Sebarang cadangan sekali pun, Rosmah perlu berbincang dengan pihak kementerian yang berkenaan dan bukannya berlagak seperti mahu ambil alih tugas menteri dan campur tangan dalam pentadbiran negara," jelas Zuraida kepada Suara Keadilan.

Zuraida berkata Rosmah seolah-olah mencerminkan kepada rakyat bahawa Shahrizat dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota Kabinet.

"Kalau macam ini baik tutup sahaja kementerian Shahrizat dan letak sahaja tanggungjawab ini di bawah Rosmah," tambah beliau lagi.

Semasa di Belgium mengiringi Datuk Seri Najib Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels, Rosmah telah melawat "Centre of Integrated Family Welfare" (CIG) untuk mendapatkan input bagi menangani masalah pembuangan bayi .

Pusat tersebut ditubuhkan oleh kerajaan Belgium dengan bertujuan mendekatkan lagi perhubungan ibu dengan anak di mana remaja yang tidak berkahwin akan diberikan latihan bagi menjalankan kehidupan seperti biasa.

Lawatan Rosmah ke CIG telah mendapat kritikan Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad yang menyifatkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea untuk mengatasi gejala tersebut.

Idris berkata tindakan Rosmah itu ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan Islam mempunyai penyelesaiannya yang jitu terhadap masalah ini - [Suara Keadilan]

Dendam ‘pariah’ Gobala-Azmin

Posted: 14 Oct 2010 08:00 PM PDT

by Rosli Ismail

Ahli Parlimen PKR Padang Serai N. Gobalakrishnan bukan sahaja boleh bikin gamat macam aksinya ketika cuba dicekup polis semasa buat kacau waktu penamaan calon pilihanraya kecil Penanti tidak lama dahulu.

Karektor Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu memang semulajadi apabila beliau 'mengamuk'.

Penyokong tegar Datuk Zaid Ibrahim ini betul-betul lepas geram pada Azmin Ali pagi Khamis mengenai dendam lamanya kerana memanggil beliau ' pariah ' dalam satu mesyuarat parti itu beberapa tahun lalu.

Inilah waktunya untuk ' mandikan ' Azmin sampai basah kuyup.

Ledakan Gobala di sidang akhbar di bangunan Parlimen tentunya boleh bikin Azmin hilang markah untuk berdepan pemilihan jawatan Timbalan Presiden di kalangan para pengundi kaum India yang tidak kurang pengaruhnya dalam parti itu.

Geramnya pada apa yang didakwanya tindak tanduk sekumpulan pimpinan PKR yang manipulasi percaturan pemilihan – telah juga mendorongnya memberi kata dua nak angkat kaki dari PKR jika ia tidak diperbetulkan segera.

Drama Gobala VS Azmin ini adalah antara insiden yang menurut ahli PKR paling menconteng arang imej parti itu selain daripada hu ha kerusi terbang dan bergaduh di beberapa cabang semasa mesyuarat baru-baru ini.

Kalau orang di atas sudah main bahasa ' pariah ' dalam mesyuarat tertutup seperti yang didedah oleh Gobala ini ramai yang dikatakan merasa kabur dengan ikatan pimpinan yang selalu cuba ditunjukkan berpadu dan mesra di khalayak ramai.

Sumber-sumber parti memberitahu semasa kejadian berkenaan Gobala dan Azmin nyaris bergasak dalam mesyuarat.

Azmin yang diserbu wartawan di Parlimen juga untuk mendapatkan reaksinya tidak langsung menafikan insiden ' pariah ' itu.

Mungkin beliau sedar ramai saksi waktu kejadian itu dan pastinya tidak mahu jolok lagi Gobala yang dah naik sheikh habis.

Beliau sebaliknya menolak dakwaan terlibat manipulasi proses pemilihan.

Naib Presiden PKR itu tidak faham bagaimana beliau boleh didakwa manipulasi sedangkan kuasa mengundi ada pada setiap ahli.

Dengan nada sayu Azmin berkata kini semua masalah hendak dipersalahkan ke atasnya.

"Tidakkah anda bersimpati dengan saya…" ujarnya yang kini berdepan dengan kartel Tan Sri Khalid Ibrahim-Datuk Seri Wan Azizah Ismail-Nurul Izzah Anwar dan pastinya Zaid yang hendak memintas cita-citanya untuk menjadi orang nombor dua PKR - [Agenda Daily]

KWSP dan Khazanah beli PLUS RM23 billion

Posted: 14 Oct 2010 07:45 PM PDT

Dua dana yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia akan membeli pengendali rangkaian lebuh raya utara-selatan, Plis Expressways dengan membabitkan urus niaga RM23 bilion, lapor akhbar perniagaan - Edge hari ini.

Menurut laporan itu, yang dipetik oleh Reuters, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional akan membentuk organ tujuan khas untuk mengambil alih aset dan liabiliti Plus pada harga RM4.60 sesaham.

Sebelum ini, KWSP sudah memiliki 12.3 peratus saham dalam Plus manakala Khazanah pula memegang 55.2 peratus kepentingan syarikat itu.

Pegawai-pegawai dari KWSP, Khazanah dan Plus tidak dapat dihubungi untuk reaksi merteka.

Semalam, urus niaga saham Plus di Bursa Malaysia telah digantung selama dua hari bermula semalam sementara menanti pengumuman daripada pemegang saham.

Skandal Projek Pembinaan Istana Negara

Posted: 14 Oct 2010 05:56 PM PDT

Kenyataan Akhbar DSAI pada Khamis 14 Okt 2010

SKANDAL PROJEK PEMBINAAN ISTANA NEGARA

Kontrakor utama – MAYA MAJU (M) SDN BHD

A. KONTRAK

1. Cadangan kos pembinaan yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan ialah – RM 394,803,200.00

2. Harga yang di tawarkan oleh JKR secara rundingan terus – RM 649,995,507.51

3. Letter of Intent di keluarkan pada – 30 Mei 2006

4. Kontrak di tawarkan pada – 26 Oktober 2007

5. Jangkaan tarikh siap asal – 29 November 2010 dipinda ke Februari 2011

6.. Kos meningkat kepada RM811.2 juta apabila kerja tambahan pembinaan flyover yang menyambung Jalan Duta ke Istana Negara dan kerja "upgrading" di Jalan Changkat Semantan yang diberi kepada Syarikat Ahmad Zaki.

B. PERIHAL SYARIKAT

Semasa kontrak ditawarkan syarikat ini di takrif sebagai "DORMANT" oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini bermakna syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai 'track record" dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan.
Hanya didaftarkan sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 setelah mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.
Syarikat dikuasai oleh Dato Hj. Man bin Mat. Bekas Bendahari UMNO Merbok.

C. TIDAK BERDAFTAR DENGAN CIDB DAN TIDAK ADA LESEN PKK

1.Syarikat ini tidak mempunyai lesen "PKK" yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR.

2. Syarikat ini juga tidak berdaftar dengan "CIDB" sebagai syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan.

Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 menjelaskan

Bahagian VI

Pendaftaran Kontraktor

25. (1) Tiada seorang pun boleh mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu Perakuan pendaftaran yang sah yang di keluarkan oleh Lembaga

Atau bahasa Inggeris

Part VI

Registration of Contractors

25. (1) No person shall undertake to carry out and complete any construction works unless he is registered with the Lembaga and holds a valid certificate of registration issued by the Lembaga.

D. ADA DUA SYARIKAT YANG MEMPUNYAI NAMA SAMA

MAYA MAJU (M) SDN BHD – Kontraktor Istana Negara
MAYA MAJU SDN BHD

- Kedua syarikat ini tidak ada kaitan langsung dan di kuasai oleh orang yang berlainan.

- Semua pengumuman oleh kerajaan baik dari Menteri Kerja Raya, media maupun portal kerajaan menyebut hanya Maya Maju Sdn Bhd.

- Begitu dengan permasaalahan dan tindakan undang-undang yang diambil terhadap kontraktor pembinaan Istana Negara menyebut Maya Maju Sdn Bhd

- Ini menjejaskan imej, prestasi dan persepsi syarikat Maya Maju Sdn Bhd.

- Pada 23 Januari 2009, satu Perintah Injunksi telah dikenakan terhadap MAYA MAJU (M) SDN BHD dan pengarah2 nya daripada menggunakan nama "Maya Maju". Walaubagaimanapun Mahkamah Rayuan "overrule" keputusan ini.

F. MASAALAH-MASAALAH LAIN.

1. Pada 18 Disember 2008, pihak Abd Mohd Rejab/JR Design Works keluarkan notis menggulung/winding-up MAYA MAJU (M) SDN BHD atas kegagalan membayar fees kerja rekabentuk artitek,

2. Dalam akhbar The Star 27 Jun 2010 di laporkan ramai buruh asing digunakan untuk bina Istana Negara Baru tetapi TIDAK DIBAYAR UPAH.

3. Pada 6 July 2010 SUHAKAM dilarang masuk tapak pembinaan Istana Negara Baru ketika cuba menyiasat dakwaan pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh 3 bulan

Kes Sosilawati : Suspek utama dan 3 lagi dipindah ke penjara Sg Buluh

Posted: 14 Oct 2010 04:46 PM PDT


KUALA LUMPUR - Selepas 46 hari ditahan reman dalam lokap polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga rakannya, peguam N. Pathmanabhan kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Peguam berusia 41 tahun itu dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh selepas dia bersama tiga pekerjanya, R. Kathavarayan, 30, R. Matan, 20, dan T. Thilaiyalagan, 19, didakwa atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik itu dan tiga lelaki lain di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, Selangor kelmarin.

Keempat-empat tertuduh tersebut tiba di kompleks penjara itu kira-kira pukul 1 petang kelmarin.

Selain Sosilawati yang menjadi mangsa bunuh, pemandunya, Kamarudin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, turut menerima nasib yang sama dengan Sosilawati.

Pathmanabhan, graduan undang-undang dari Universiti Bond, Australia, ditahan pada 11 September lalu bersama tujuh yang lain ekoran laporan kehilangan Sosilawati dan tiga rakannya ketika mereka ke Banting bagi melakukan satu urusan perniagaan.

Sebelum didakwa kelmarin, peguam itu bersama tiga pekerja ladang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan lokap Balai Polis Putrajaya - Kosmo

... apa perasaan anda?... lihat isteri dimamah api di depan mata

Posted: 14 Oct 2010 04:33 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang suami hanya mampu melihat isterinya terbakar di dalam kereta selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan ngeri di Kilometer 5.2, Jalan Taman Connaught, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu kereta berusia 40-an itu sempat ditarik keluar oleh orang ramai yang cuba membantu sebaik menyedari kereta dinaiki mangsa mula terbakar.

Bagaimanapun, isteri mangsa yang tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduk hadapan tidak dapat ditarik keluar sebelum kereta itu terbakar dan meletup beberapa kali.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Honda City yang dinaiki mangsa bersama suaminya dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan pelbagai guna Honda CRV.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa diheret kira-kira 100 meter. Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabit berpusing dan merempuh pembahagi besi di tengah jalan sebelum terbakar," katanya.

Menurutnya, beberapa pemandu kereta yang melihat kejadian itu membantu mengeluarkan mangsa sebaik menyedari api mula marak membakar kereta mangsa.

"Bagaimanapun, hanya suami mangsa berjaya dikeluarkan manakala isterinya, Loo Chooi Wen, 42, gagal diselamatkan. Identiti suami mangsa belum dikenal pasti.

"Pada masa sama, pemandu Honda CRV yang merempuh mangsa berjaya ditarik keluar oleh orang awam. Kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)," katanya.

Bagaimanapun, pemandu CRV terbabit hanya cedera ringan.

Katanya, satu jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak dipanggil bagi memadamkan kebakaran sebelum mengeluarkan mayat mangsa yang rentung.

"Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

"Berdasarkan siasatan, polis menemui kesan brek pada permukaan jalan menunjukkan kenderaan terbabit cuba berhenti selepas berlanggar, namun diseret hingga merempuh besi penghadang jalan," katanya.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kerajaan P. Pinang kepada umNO : Tunjukan bukti warga emas tolak wang penghargaan?

Posted: 14 Oct 2010 07:08 AM PDT

MS: Hoi Azhar, tak kan main tunjuk kat TV3suku jer, panggil ramai2 warga emas, minta TV3suku ambil gambar konon diaorang pulangkan semula wang tersebut, lepas tu diam. ngar cerita kerajaan negeri sehingga kini masih belum menerima kembali wang tersebut .... mana hang bawa pi azhar oooiiiiii ...
Nak main wayang pun biar plot cantik, kalau main bedal saja macam ni lah jadinya.

Mohd Ali Hashim

GEORGETOWN, 14 Okt: Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, menggesa Umno Pulau Pinang supaya segera mengemukakan bukti tentang dakwaan mereka bahawa sebahagian besar warga emas menolak sumbangan wang penghargaan sebanyak RM100 sepertimana yang diuar-uarkan sebelum ini.

Menurutnya, jika sebelum ini Umno menjadikan warga emas sebagai alat untuk memperdayakan mereka bagi mendapat sokongan yang hilang terhadap mereka, maka adalah lebih baik bagi Umno mengemukakan bukti segera supaya tidak dilihat sebagai membohongi warga emas yang tidak bersalah.

"Sila kemukakan kepada kerajaan negeri dengan tepat butir-butir peribadi penerima serta surat akuan yang ditandatangani oleh warga emas sendiri membuktikan mereka sememangnya melakukannya dengan ikhlas untuk menarik diri dari menjadi penerima sumbangan tersebut.

"Sebaik saja kita menerima butir-butir yang telah sahih itu, maka nama mereka yang telah dikenal pasti akan dipotong dari senarai penerima. Kita tidak mahu maklumat yang diberikan tidak benar serta tidak langsung terdapat nama mereka dalam sistem yang direkodkan sebelum ini," ujarnya ketika mengulas tindakan sebahagian besar warga emas yang menunjukkan sokongan terhadap kerajaan negeri di Dewan Ahmad Badawi, Butterworth, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungei Puyu berkata, sepatutnya Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang hadir dalam sidang Dun yang lalu menjelaskan perkara yang benar kepada warga emas.

Namun begitu berlaku sebaliknya, apabila Azhar yang mengetahui mengenai peruntukan sebanyak RM20 juta yang telah diluluskan dalam sidang Dun itu tidak menyatakan kebenaran tersebut.

"Sekiranya perkara yang sememangnya benar beliau ketahui dalam sidang Dun sendiri tidak dapat beliau nyatakan kebenarannya, maka bagaimana kita hendak mengharapkan beliau dapat memberi pembelaan yang sewajarnya kepada masyarakat yang diwakili oleh beliau," tegasnya lagi [HD]

...siapa puak-puak ni? ..Perkasa mahu penjelasan Istana Kelantan lucut gelaran ‘Datuk’ ketuanya

Posted: 14 Oct 2010 05:50 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memohon pihak Istana Kelantan supaya memberikan penjelasan mengenai penarikan pingat "Datuk" yang dikurniakan kepada ketua mereka Datuk Ibrahim Ali.

Syed Hassan berkata selama ini Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. begitu menghormati institusi diraja selain mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.

"Beliau (Ibrahim) yang kami tahu merupakan seorang individu yang begitu lantang dan akan mengecam mana-mana pihak yang menghina kedaulatan raja-raja Melayu.

"Jadi saya mohon supaya pihak Istana dapat memberikan penjelasan kenapa gelaran Datuk itu ditarik balik kerana ia mendapat respon daripada ahl-ahli yang terkejut dengan keputusan tersebut," katanya kepada The Malaysian Insider.

Syed Hassan berkata, pihaknya tidak mahu mempersoalkan keputusan tersebut tetapi hanya mahukan penjelasan.

"Keputusan itu adalah hak istana, tapi saya tidak mahu ahli Perkasa yang majoriti orang Melayu memberi tanggapan terhadap pihak istana.

"Semalam dan hari ini saya telah mendapat banyak maklum balas daripada ahli yang ternyata kecewa dan sedih mengenai keputusan itu.

"Kalau betul presiden Perkasa telah melakukan penghinaan besar kepada institusi diraja, ahli boleh menemplak beliau," katanya ketika ditemui selepas sidang media Perkasa di sini.

Istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa "Datuk", yang dikurniakan kepada Ibrahim berkuat kuasa semalam.

Ibrahim semalam berkata keputusan itu kemungkinan diambil ekoran krisis Istana Kelantan.

"Saya tidak tahu sebabnya. Ia tidak dijelaskan kepada saya," katanya lagi.

"Saya telah mengunjungi Sultan Kelantan sebelum ini sebagai kawan kerana baginda kegeringan, ia kali pertama saya menghadap kunjung baginda sejak baginda pulang dari Singapura.

"Dan, baginda rapat dengan saya sebagai kawan karib, jadi itu sebabnya saya mengunjungi baginda... baginda telah bertanya tentang saya. Saya dan baginda berbual macam biasa dan kemudian hari ini darjah kebesaran ini ditarik balik," katanya.

Dalam sidang media tersebut Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim berkata, pertubuhan Melayu itu akan mengadakan program "Perhimpunan Perpaduan Malaysia Indonesia" Sabtu ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Program yang dijangk akan disertai kira-kira 2,000 orang itu akan bermula pada pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang.

"Tujuan kita mengadakan program ini adalah untuk menunjukan kepada dunia bahawa kita rakyat Malaysia mementingkan hubungan murni yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

"Kita mahu menafikan segala provokasi dan demonstrasi yang mengatakan kononnya kerajaan Malaysia menindas warga Indonesia yang berhijrah di sini.

"Jadi Perkasa terasa terpanggil untuk mengadakan perhimpunan ini bagi menepis segala tuduhan negatif yang dilemparkan kepada kita," kata Ruslan. - TMI
MS: Berahim katak dan anak2 buah dia ni berasa depa memang dah besar sangat dah kot ... dan seolah-olah depa saja yang kena, orang lain buat semua tak kena, termasuk lah Sultan Kelantan. Kalau tidak masakan tindakan Sultan pun depa mahu pertikai ...
Ni che oi tak payah nak tau la kenapa Sultan tarik balik gelaran tu, ... memang patut pun, cakap seolah-olah dia (Berahim Katak) saja yang betul ...

... maka bermulalah projek 'mee segera' di Galas

Posted: 14 Oct 2010 04:38 AM PDT

Nak terkencing terberak puak2 umno, mereka tidak dapat menahan ketentuan Allah. lari dari PRK Kota Siputeh terjerat di Galas, janji2 PRK M/Urai menghantui umno, berjanji bukan2, menabur berbagai janji dan mengugut pengundi untuk mengundi nya dengan berbagai helah.

Pengundi Galas mungkin tidak akan bernasib baik selepas ini, mengharap kan ada lagi PRK susah di ramal, janji2 PRK umno di galas kemungkinan tinggal janji dan tertipu seumur hidup.

Satu lagi umno telah melakukan kerja2 tanah di Kg.Manjor yang di janjikan umno dan BN masa PRK MU dulu, semalam 8/10/10 petang gerombolan pencacai umno mencacak satu lagi signboard, Pusat sukan yang di janjikan kunun nya.


dengan tergesa2 papan tanda ini di tulis pakai tangan dan cat masih basah lagi, janji pusat sukan tapi tulis padang bola, tipu ke tak tipu, RSA TERNOK JAYA ENT. tu kepunyaan orang yang berjawatan dalam umno bahagian Kuala Krai.

Beli tapak hampir RM200 ribu, nak rata kan bukit ni memakan belanja hampir sama dengan harga tapak, mesen yang kerja sebuah bulldozer jah, berapa tahun mahu siap tapak, lesen kontrak kelas ape hah ?, tak termasuk bangunan dan gelanggang2 sukan yang lain2 lagi, aku rasa lepas undi di Galas projek ni KONG juga lah…………, kalau buat pun CINCAI2 JAH asal jadi sudah, maka melayu tertipu lagi, yang untung kroni umno yang ada lesen kontrak.

Apa2 projek pun dari KERAjaan Umno dan BN, yang untung hanya umno berjawatan dan mempunyai lesen2 kontrak jah, hampir separuh yang berjawatan dalam umno bahagian kuala krai mempunyai lesen2 kontrak, boleh check di pusat2 pendaftaran kontraktor2 di JPP dan dan lain2 jabatan, kadang2 sorang galas 4 5 6 lesen, maka melobi lah mereka2 ini. pperghhh !.

Tunggu gambar2 Jambatan Manik Urai yang gerombolan nak bina segera macam maggi mee. - chegubard

Ni keja haramjadah ... Kontraktor bina Istana Negara RM650juta bekas Bendahari umNO/ADUN Merbok

Posted: 14 Oct 2010 03:14 AM PDT

Dari Tv Selangor

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membongkar penyalahgunaan kuasa Umno-BN berhubung pembinaan Istana Negara yang menelan belanja RM650 juta oleh Syarikat Maya Maju (M) Sdn Bhd yang dikendalikan bekas bendahari Umno, Datuk Hj. Man bin Mat yang juga Adun Merbok.

Anwar berkata demikian dalam sidang medianya di Lobi Parlimen.

Menurut Anwar, syarikat tersebut dianugerahkan kontrak pembinaan pada Oktober 2007 sebelum ianya didaftarkan pada Ogos 2008.

Katanya, syarikat berkenaan, Maya Maju (M) Sdn Bhd, disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat ketika ia diberikan tender untuk projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007.

"Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok," kata Anwar.

Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib."

MS : hahaha ni semua kerja puak-puak haramjadah ... ulang haramjadah ... ada ker boleh bagi kontrak dulu lepas tu baru daftar syarikat ... undang-undang planet mana yang depa guna-pakai ni ?

Peneroka Felda buat laporan polis terhadap Ahmad Maslan

Posted: 14 Oct 2010 01:36 AM PDT

By Zefry Dahalan

SEREMBAN: About 40 Felda settlers today lodged a police report here against Deputy Minister in the Prime Minister's Department Ahmad Maslan for implying that they cannot handle money responsibly.

The settlers—from Felda schemes in Jempol, Tampin, Kuala Pilah, Jelebu and other parts of Negeri Sembilan—were escorted by Mazlan Aliman, president of the National Felda Settlers' Children's Association (Anak), as well as Negeri Sembilan PAS commissioner Zulkefly Mohamed Omar, Jempol PAS chief Abdul Rahman Ramli and Tampin PAS chief Zakaria Khalim.

It was not clear what they wanted the police to investigate, but they said they felt insulted by Ahmad's statement that Felda was reluctant to reimburse them from the authority's Re-seed Fund for fear that they would mismanage the money and leave their lands idle.

Mazlan said more settlers would make police reports throughout the country.

The offending statement was carried last Friday by the Malay daily Harian Metro, which quoted Ahmad as saying the settlers might use the money to buy motorcycles and cars or to repair their houses.

"It's a total insult," Mazlan told reporters. "The money belongs to Felda settlers and it is their right to get back whatever amount Felda is still holding. They are not so foolish that they don't know how to spend the money wisely."

Mazlan explained that 14,882 settlers had re-seeded their plots on their own and most of them were still waiting for the reimbursement.

He said settlers had been contributing RM40 per month to the Re-seed Fund for the past 20 years.

"The money absolutely belongs to the Felda settlers and it doesn't make sense for Felda to question how they would spend their money."

He said he had sent text messages to Ahmad demanding a retraction and an apology but had received no response.

"It's clearly reported in the daily that Ahmad said plantation lands were not properly maintained and had turned to jungles occupied by wild boars, pythons and rats," he said as he waved a clipping from the newspaper.

"What an insult and humiliation for the settlers." -FMT

Dalam Malaysia Macam-Macam Ada

Posted: 14 Oct 2010 01:28 AM PDT

SAYA tabik kepada pencipta iklan Astro yang dialognya berbunyi "macam-macam ada".

Macam-macam ada di rangkaian satelit Astro milik T. Ananda Krishnan. Tapi dalam satu Malaysia kita ini, lebih banyak macam-macam daripada dalam Astro.

*Kita ada peguam dituduh bunuh peguam dan bila dibicarakan tentulah dibela oleh peguam. Sebab itulah kita kena ada banyak peguam.

Meminjam ungkapan Inggeris "hold your horses". Jangan tunggang lagi kuda anda atau jangan pipiskan lada kerana melihat burung di langir. Silap-silap hari bukan kena buang kes. Maklumlah bila peguam dituduh bunuh peguam dan dibela pula oleh ramai peguam, macam-macam isu teknikal akan dibangkitkan.

Seperti kita sudah bincang sebelum ini, banyak kes berat dan sensasi, termasuk bunuh dan rasuah, dibuang kes kerana penyiasatan dan pendakwaan haprak.

*Kemudian kita ada flip-flop. Rasa-rasanya tidak ada satu istilah yang serupa dalam bahasa Melayu. Contohnya cadangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Sekejap kata tetap akan dilaksanakan datanglah hujan atau ribut. Jadi para penganalisis dan ekonomis pun puji dan puja kata GST bagus dan kerajaan berani hadapi realiti.

Dok tak dok, kata orang Utara, hujan turun dan GST pun ditangguhkan, kononnya demi keterangkuman terpaksa berunding dulu dengan rakyat jelata.

Alhamdulillah, eloklah kalau rakyat jelata didahulukan dan pencapaian ditangguhkan sebentar. Tak guna capai hasil kerajaan yang lebih besar kalau rakyat berasa tidak didahulukan, apatah lagi pada saat-saat dua pilihan raya kecil akan diadakan dan pilihan raya negeri Sarawak mungkin tidak lama lagi. Kalau tidak dahulukan rakyat, boleh bungkus.

Jadi menteri yang banyak cakap mengenai GST iaitu Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, sudahlah "terbotol". Dalam lingo jalanan Utara, terbotol atau terbotoi bermaksud tertipu atau menderita malu.

Macamlah bila Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek, "pertahan" pengeluaran lesen judi bola sepak kepada Vincent Tan. Dok tak dok, flip dan flop cadangan itu dibatalkan. Terbotoilah dia.

*Kemudian berita mengenai perniagaan saham Plus di Bursa Malaysia digantung. Ada yang berkata kerana cadangan pembelian UEM oleh MMC Berhad (kawalan Bumiputera). Plus adalah milik UEM (GLC). Ada yang meramalkan kerana tawaran Asas Serba Sdn Bhd (Bumiputera) membeli semua konsesi lebuh raya di negara ini, termasuk Plus.

Tapi yang nampaknya paling berkredibiliti adalah khabar bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) telah diarah supaya membeli Plus agar dengan itu "terbagtallah" cadangan MMC dan Asas Serba.

Kemudian bertiup khabar angin mengatakan Halim Saad, bekas pemilik UEM, akan saman Khazanah kerana ambil alih syarikatnya pada tahun 2001 tetapi tidak bayar apa yang dijanjikan.

Dalam temu ramah dengan New Straits Times baru-baru ini, Halim mendakwa yang membuat arahan dan keputusan adalah Nor Mohamed Yakcop yang waktu itu penasihat ekonomi Perdana Menteri.

*S. Samy Vellu, presiden MIC selama lebih 30 tahun berkata dia tidak menyesal meletakkan jawatan Januari ini. Apa yang hendak disesalkan? Dia sendiri kalah teruk di Sungai Siput dan MIC hampir-hampir terpelanting daripada Parlimen dan DUN.

Yang akan menyesal adalah ahli MIC, orang keturunan India dan penyokong Barisan Nasional jika Samy Vellu tiba-tiba ubah fikiran. Jadi Mohd Najib Abdul Razak sebagai pengerusi Barisan Nasional wajib pastikan Samy Vellu tidak flip-flop.

*Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan kononnya wujud unsur sabotaj dan konspirasi bagi menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai dan anak Anwar Ibrahin, Nurul Izzah Anwar, daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Menurut Malaysian Insider, berdasarkan maklumat terbaru, Nurul Izzah boleh bertanding selepas Biro Politik mengiktiraf pencalonan lewat dari bahagian Semporna. Nurul Izzah dapat pencalonan minimum dua bahagian.

Daripada laporan media, yang boleh bertanding adalah Nurul Izzah, Mohd Azmin Ali, Abdul Khalid Ibrahim dan Mohd Zaid Ibrahim. Zaid kata kalau Nurul Izzah bertanding, dia tarik diri. Tapi kita kena tunggu takut-takut ada yang flip-flop.

*Pada 13 Okt. Istana Kelantan tarik balik anugerah yang membawa gelaran "Datuk" daripada presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. Ibrahim kata panggillah dia Sudara Ibrahim. Maka saya ucapkan salam dan selamat maju jaya kepada Saudara Ibrahim aka Tok Him.

Tiada ada masalah, sekarang ni semua orang datuk. Saya sah jadi datuk sebab dah ada empat orang cucu. Saya tabik Tok Him. Pada tahun 1977 penunjuk perasaan Tok Him baling batu dan lumpur ke dalam kompleks DUN Kelantan. Habis kot baru saya ihsan akhbar Buisness Times Times kena lumpur. Saudara Rejal Arbee pun kena juga.

Tak lama lepas itu, kerajaan BN (Pas, Berjasa, Umno dan MCA) Kelantan jatuh dan diganti oleh kerajaan DOG – director of government dengan Tengku Razaleigh sebagai penggerak utama. Dia memperkenalkan Kelantan Development Plan yang membawa banyak kemajuan kepada negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Pada tahun 1978, BN tawan Kelantan secara rasmi. Tapi pada tahun 1990, Pas tawan balik Kelantan dengan bantuan Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh.

Sekarang Umno beri tanggungjawab menggalas pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas kepada Ku Li.

Ada pemerhati berkata, Ku Li adalah harapan terbaik BN takluk semula Kelantan. Tapi ada juga yang kata, kalau Ku Li boleh merampas Galas daripada Pas pun sudah cukup baik. Kata mereka, dalam PRU lalu, Ku Li tidak mendapat undi yang mencukupi dari kerusi Galas.

*Sultan Johor derma kereta dan motosikal berkuasa tinggi kepada PDRM. Junjung kasih Tuanku. Tapi adakah PDRM mampu membelanjakan lebih banyak duit membeli minyak dan menyelenggarakan kereta dan motosikal yang mahal itu?

Ada macam-macam lagi. Tapi buat kali ini, cukuplah setakat ini dulu. Harap-harap apa yang kita baca dan bahas akan beri sedikit penetrasi maklumat dan ilmu kepada benak kita - A Kadir Jasin

Konsert Adam Lambert - 'Letak Cuka Pada Luka"

Posted: 13 Oct 2010 11:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Ma'ruf Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada desakan beberapa pihak yang mengesyorkan konsert Adam Lambert yang dijadualkan malam ini, dibatalkan.

Presidennya, Muhammad Zaki Sukery (gambar) berkata, mengambil kira situasi sosial masyarakat di negara ini yang semakin meruncing, penganjuran konsert itu sewajarnya dipandang seolah-olah cuba 'meletakkan cuka di luka'.

"Ia bukan setakat tidak menyelesaikan masalah semasa di negara kita, bahkan akan menyuburkan lagi penyakit sosial yang seakan subur lantaran tidak dipandang masalah utama kepada penyakit sosial yang melanda negara," ujarnya yang juga Timbalan Presiden Gamis.

Tambahnya, penganjuran konsert penyanyi gay itu juga tidak selari dengan usaha negara dalam membasmi keruntuhan moral dan akhlak terutamanya para remaja.

"Memandangkan artis mempunyai pengikut tersendiri dan diratibkan sebagai ikon, Ma'ruf Club melahirkan rasa bimbang dengan pengaruh dan kesan yang akan ditinggalkan oleh Adam Lambert kepada masyarakat selepas ini mengambil kira kontoversi yang melitupi penyanyi tersebut," ujarnya.

Berpendirian bahawa muzik dan pemuzik adalah diharuskan di dalam agama, Ma'ruf Club juga, katanya menuntut supaya satu garis panduan dibuat sebelum menjemput seseorang artis dari luar untuk membuat persembahan dengan mengambil kira rumpun yang disepakati bersama sebagaimana peruntukan Perlembagaan, iaitu antaranya, hendaklah persoalan nilai hidup dan sensitiviti orang Melayu Islam dijadikan kayu ukur sebelum menjemput mana-mana artis [HD]

Tiada ulasan: