kalam Perantau |
| Pilihan raya Batu Sapi serentak dengan Galas Posted: 14 Oct 2010 10:16 PM PDT
Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff. Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya. “Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini,” katanya. Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu. Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu. Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan. Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah – menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771. |
| Batu Sapi: SAPP buat keputusan Sabtu ini Posted: 14 Oct 2010 03:10 AM PDT Oleh : Joseph Sipalan Timbalan presidennya, Eric Majimbun berkata mesyuarat itu akan diadakan di inu pejabat parti bermula 10 pagi. "Saya fikir selepas itu kita boleh putuskan sama ada untuk bertanding kerusi itu ataupun tidak. Kita tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana pengebumian adalah hari ini dan kita juga perlu tunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya, esok," katanya di lobi parlimen hari ini. Kerusi parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari PBS yang terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Kota Kinabalu, Sabtu lalu. SPR awal minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan bermesyuarat di Putrajaya esok bagi menentukan tarikh pilihan raya dan penamaan calon Batu Sapi. Sumber : Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.
SAPP dijangka memutuskan sama ada parti itu akan bertanding pada pilihan raya kecil Batu sapi apabila majlis tertingginya bermesyuarat di Kota Kinabalu pada Sabtu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan