MIMPI SENJA |
- Syed Mokhtar nak beli PLUS Pulapol dan RRI
- Mahathir dah tersungkur - Azmin
- Jenama UMNO sudah jadi jenama yang Jijik
- Biarkan umNO terjun dengan labu-labunya
- Zaid mahu bertanding presiden?
- Majistret kena sebat
- Tunai janji jika mahu sokongan kami - RPK pada DSAI
| Syed Mokhtar nak beli PLUS Pulapol dan RRI Posted: 03 Oct 2010 06:59 PM PDT Syed Mokhtar buru UEM, tanah RRI dan PulapolKUALA LUMPUR, 4 Okt — Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dipercayai telah menulis kepada Putrajaya untuk mendapatkan tanah seluas 1,200 hektar di Sungai Buloh dan pusat latihan polis di ibu negara - sebahagian daripada usaha beliau mahu mengambil alih konsesi-konsesi lebuh raya PLUS milik Kumpulan UEM Berhad. The Malaysian Insider difahamkan, MMC Berhad syarikat milik Syed Mokhtar, telah mengemukakan bidaan itu kepada Kementerian Kewangan Ogos lalu dan perkara tersebut telah dibawa kepada perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan. Kumpulan UEM Berhad dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad, badan pengurusan pelaburan kerajaan. "Kedudukan kerajaan, jika Khazanah hendak menjual, tiada halangan," kata satu sumber kerajaan kepada The Malaysian Insider. "Bagaimanapun kerajaan tidak akan memaksa Khazanah untuk menjual pegangannya dalam UEM kepada MMC," kata sumber itu. Bidaan mendapatkabn UEM hanya salah satu daripada beberapa usaha digerakkan oleh jutawan kelahiran Kedah ini. Difahamkan Syed Mokhtar juga telah menulis kepada kerajaan untuk membeli tanah seluas 1,200 daripada 3,000 hektar miliki Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh untuk dibangunkan oleh pentadbiran Najib di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Selain itu, juga difahamkan tokoh perniagaan ini juga mahu mendapatkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini, yang menempatkan Muzium Polis dan pusat logistiknya untuk dimajukan. Malah, kawasan itu juga menempatkan padang golf polis, yang terletak berhampiran dengan penempatan mewah Gurney termasuk kediaman jutawan-jutawan dan diplomat asing. "Putrajaya belum membuat keputusan berhubung tanah RRI ataupun Pulapol," kata sumber kerajaan itu. Sebelum tawaran ke atas tanah polis ini, kerajaan juga ada mengumumkan baru-baru ini bahawa ia akan membangunkan kawasan lapangan terbang lama di Sungai Besi di sini, yang merupakan lokasi strategikbagi pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia. Pembangunan kawasan Sungai Besi ini oleh 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) juga sebahagian daripada projek ETP. Sejak Najib menerajui kerajaan sejak April 2009, beliau memberi tumpuan untuk membangunan semula aset-aset di Kuala Lumpur dan telah meminta Khazanah agar menjual pegangan dalam hampir 70 syarikat yang berada di bawah penyeliaan pengurus aset kerajaan. Bagaimanapun Najib yang juga pengerusi Khazanah, menyerahkan kepada pengarah urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar dan pasukannya untuk menguruskan soal penjualan pegangan strategik dalam syarikat-syarikat berkenaan. Selain bidaan daripada MMC untuk mendapat UEM, Khazanah juga ada menerima tawaan RM50 bilion untuk mendapatkan PLUS Expressways Berhad. Bagaimanapun belum ada sebarang keputusan berhubung bidaan-bidaan yang telah diterima itu, kata sumber-sumber. Bidaan MMC untuk mendapatkan UEM dilihat sebagai salah satu cara mengambil alih PLUS, yang menguasai laluan Lebuh Raya Utara Selatan dan beberapa lebuh raya di pantai barat Semenanjung. Beberapa blogger mengaitkan Syed Mokhtar bahawa MMC berminat untuk mendapatkan Kumpulan UEM dengan membentuk sebuah badan tujuan khas (SPV) dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) sebagai rakan kongsinya. Syor pembelian ini akan melibatkan rancangan SPV untuk mengumpulkan dana RM16 bilion yang termasuk modal kerja RM500 juta, bagi Kumpulan UEM yang termasuk Faber Group Bhd, UEM Land Holdings Bhd, Time Engineering Bhd dan syarikat-syarikat yang tidak disenaraikan - UEM Builders, yang terlibat dalam pembinaan Jambatan Pulau Pinang yang kedua. Jumlah nilai aset Kumpulan UEM sehingga 31 Disember lalu dianggarkan RM31.1 bilion. Blogger-blogegr terbabit mendakwa kedua-dua KWSP dan PNB tidak dirunding dalam merangka urus niaga yang disyorkan itu dan kemungkinan tidak bersetuju dengan cadangan 40 peratus milik MMC yang nilainya berjumlah RM1.92 bilion manakala KWSP dan PNB masing-masing pula 30 peratus, bernilai RM1.44 billion setiap satu. MMC juga sebahagian daripada konsortium diketuai oleh Gamuda, yang mengesyorkan pembinaan projek RM36 bilion Mass Rapid Transit (MRT) di ibu negara. Keputusan mengenai projek itu, sebahagian dariapda ETP, akan diumumkan bulan ini - TMI |
| Mahathir dah tersungkur - Azmin Posted: 03 Oct 2010 06:51 PM PDT KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru sebagai pemimpin yang sedang tersungkur di negara itu. Azmin membuat sindiran itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan cabang Gombak tanpa menamakan individu berkenaan. Beliau kemudian mengakui ia merujuk kepada Dr Mahathir ketika ditemui media selepas itu, malah menyifatkan sindiran itu lebih lunak dan sesuai untuk pemimpin berkenaan. Ditanya kenapa membuat sindiran itu, Azmin berkata, ia disebabkan kedegilan Dr Mahathir bersekongkol dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwa memperjuangkan agenda perkauman sempit. "Saya berharap Dr Tun Mahathir sebagai pemimpin yang sudah lama memimpin negara ini harus mengambil tanggungjawab besar kerana Malaysia akan lebih maju jika fahaman perkauman sempit tidak diamalkan dalam pemerintahan hari ini," katanya. Sebelum itu, ketika ketika berucap di depan 145 perwakilan yang hadir pada mesyuarat berkenaan, Azmin berkata, jika PKR sebagai parti pelbagai kaum mahu menjadi parti yang maju, fahaman perkauman sempit seperti dibawa oleh perlu dihindari oleh semua ahli dan pemimpin parti itu - BH |
| Jenama UMNO sudah jadi jenama yang Jijik Posted: 03 Oct 2010 10:09 AM PDT 3 OKT — Pimpinan Umno agaknya tidak mendengar suara murba musyarakat bawahan. Suara yang kita boleh dengar di warung kopi, dalam surau dan masjid dan kantin pejabat kerajaan. Apakah natijah suara tersebut?Natijah nya ialah Umno dalam keadaan amat bahaya. Jenama Umno sudah jadi jenama yang jijik. Umno tidak dapat lagi mengaku yang ia nya mewakili orang Melayu. Itulah fakta yang kita terjemah dari keputusan PRU 12 tempoh hari. Calun-calun Umno hanya mendapat 2.38 juta undian. Tentulah daripada jumlah undian tersebut, sebahagianya datang dari undian bangsa bukan Melayu. Jika kita tolak 380 ribu undian bukan Melayu, maka undian solid orang Melayu untuk calun Umno hanya 2 juta orang. Bukan main gegak gempita dan goga orang Umno menjerit bahawa kita parti terbesar. Ada 3 juta lebih ahli Umno. Nah, jika kita hanya mendapat 2 juta undian solid orang Melayu, ini bererti 1 juta lebih ahli Umno tidak keluar mengundi atau tidak mengundi calun Umno. Soalan: Bagaimana kita mengembalikan keyakinan orang Melayu, jika kita tidak terdaya mengembalikan keyakinan ahli Umno sendiri? Kemudian, kita mesti sedar perkara berikut. Jumlah pengundi Melayu dalam PRU 2008 ialah 5.7 juta. Tentulah ini bermakna 3.7 orang Melayu tidak menyokong Umno. Bererti lagi, lebih ramai orang Melayu menolak Umno dari menerima Umno. Apa sudah jadi? Pimpinan Umno tidak sedar. Orang Melayu di Pulau Pinang, di Kedah, di Kelantan, di Selangor, di Wilayah Persekutuan, tidak pula mati layu terkulai apabila Umno kalah dalam negeri negeri tersebut. Suara dari rakyat menunjukkan bahawa Perak akan jatuh kembali ke tangan pembangkang, Terengganu akan jatuh, Negeri Sembilan akan jatuh. Ini bererti tujuh negeri di Semenanjung akan jatuh di tangan pembangkang. Barisan Nasional (BN) mungkin dapat mengekalkan pemerintahan di Sabah dan Sarawak. Namun ada kemungkinan juga, banyak kerusi parlimen di negeri tersebut akan jatuh ke tangan bukan BN. Berkuasa di kerajaan negeri tidak sebaik mendapat kuasa di peringkat parlimen. Jika lebih banyak kerusi parlimen di kuasai oleh pembangkang, ini bermakna BN dan Umno akan hilang kuasa federal. Jika ini berlaku, Datuk Seri Najib Razak tidak dapat mempertahankan kedududukan nya sebagai ketua kerajaan peringkat federal. Orang lain yang "command the majority of support in Parliament" akan jadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan yang baru. Orang Umno tidak sedar juga, di dalam negeri yang mereka kuasai pun, ada kerusi kerusi Parlimen yang akan jatuh. Negeri yang saya familiar ialah Negeri Pahang. Yang saya rasa, kawasan parlimen yang BN akan kalah ialah di Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar, Raub, Jerantut dan mungkin juga Bera. Parti parti bukan BN akan mencari tokoh politik yang mereka rasa boleh mendapat keyakinan non partisan. DAP tidak dapat menerima kepimpinan PAS peringkat Nasional. Demikian juga sebalik nya, PAS tidak dapat menerima kepimpinan DAP peringkat nasional. Walaupun mereka boleh berkerjasama, tapi dalam isu pimpinan nasional tidak semestinya mereka sepakat. DAP juga akan realistic bahawa pemimpin nya tidak dapat menjadi PM dan saya rasa mereka rasional dalam hal ini. Pimpinan PKR sudah pun melihat melepasi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengenai sebab mereka bersikap demikian, mereka sahaja yang tahu. Demikian juga ahli ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak lagi mempunyai kepercayaan dengan politik BN. Seperti rakan rakan semenanjung mereka akan melihat kepada tokoh yang mereka yakin dapat command the respect of the majority of parliamentarians. Orang Umno masih bergentayangan. Mereka ingat hanya dengan melaungkan slogan Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno sudah cukup untuk mengkat kesetiaan orang Melayu. Kalau cerita dongeng zaman purba kala, mungkin tanggapan demikian ada kebenaran. Siapa kah tokoh tersebut? — sakmongkol.blogspot.com * Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008). |
| Biarkan umNO terjun dengan labu-labunya Posted: 03 Oct 2010 08:53 AM PDT KEPALA BATAS, 3 Okt: "Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya," itulah reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap serangan Umno yang kian serabut dengan wang pemberian warga emas RM100 dan wang pengurusan jenazah warga emas sebanyak RM1,000. Ujarnya, jika ada warga emas yang mahu memulangkan pemberian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, mereka boleh berbuat demikian dengan mengutus surat mengatakan mereka tidak mahu menerima terus pemberian yang diperuntukkan kepada mereka setiap tahun. "Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak manasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas," katanya. Namun begitu, ujarnya kerajaan negeri tidak hairan dengan desakan Umno Kepala Batas dan yang terbaru di Bayan Baru kononnya mereka bersama dengan penduduk miskin menentang usaha murni kerajaan negeri berjiwa rakyat yang berusaha meningkatkan martabat bangsa, agama dan sosioekonomi menerusi penjimatan yang dilakukan. "Sebelum ini Umno tidak pernah berikan sesen pun wang kerajaan kepada rakyat miskin yang mereka tahu golongan miskin diperkotakkatikan semasa pilihan raya tidak kira kecil ataupun umum," tambahnya ketika ditemui selepas meraikan sambutan Aidil Fitri PAS Kawasan Kepala Batas di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bertam petang tadi. Katanya, Umno nampak serius melemparkan fitnah terhadap kerajaan negeri kononnya pemberian wang warga emas dan pengurusan jenazah daripada hasil judi sedangkan pemimpin mereka sendiri bergelumang dengan hasil judi. Malahan, kata beliau ada antaranya terlibat menjadi jawatankuasa organisasi berhubung dengan perjudian. "Jika macam itu bagaimana pendapatan mereka untuk diberi makan keluarga," katanya. Menurutnya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farisan Darus sendiri telah menjelaskan sebelum ini bahawa wang sumbangan syarikat judi lumba kuda diasingkan untuk masyarakat bukan Islam dalam Rakan Anti Kemiskinan (RAK) bukan wang warga emas atau pengurusan jenazah. "Saya pun tahu judi haram untuk orang Islam, maka kita asingkan tabungan itu, wang RM100 dan RM1,000 itu diambil dari wang penjimatan kerajaan," jelasnya. Apa pun, tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Putih, tekanan yang dibuat oleh Umno BN itu membuatkan semua jentera kerajaan dan parti melaksanakan kerja dengan lebih efisyen. Bukan sahaja jentera, ujarnya bahkan semua Exco dan kepimpinan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertungkus lumus merangka program untuk memperjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat. -Harakahdaily |
| Zaid mahu bertanding presiden? Posted: 03 Oct 2010 08:31 AM PDT SHAH ALAM – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai beberapa cadangan yang bakal dilaksanakan selepas mendapat persetujuan pemimpin lain parti jika berpeluang memegang jawatan timbalan presiden atau presiden. Dalam kenyataan yang dipetik daripada laman sesawang miliknya, Zaid berkata, beliau akan mengumumkan keputusan menerima pencalonan jawatan timbalan presiden dan presiden dalam tempoh terdekat. Beliau berkata, antara cadangan yang akan dilaksanakan adalah untuk kepentingan parti termasuk merangka perjuangan parti supaya lebih dinamik, mempelawa lebih ramai ahli menyokong PKR dan meritokrasi yang digunakan dalam parti sama pentingnya dengan laungan meritokrasi dalam manifesto pilihan raya serta pelbagai agenda lain lagi. "Parti ini perlu lebih 'ke hadapan' daripada apa yang ada sekarang, gabungan ahli lama dan baru perlu sebagai 'reformis sebenar'. "Ahli di peringkat akar umbi adalah pemangkin kejayaan sesebuah parti, mereka perlu dipantau kerana itu adalah aset milik parti," katanya dipetik dari kenyataan di laman blognya, semalam. Menurutnya, beliau mampu untuk menghidupkan kembali kekuatan cabang termasuk mencari sokongan kewangan, daripada kajian yang dilakukan mendapati parti kekurangan dana untuk menggerakkan semua kegiatan. Zaid berkata, kekuatan PKR sangat kritikal dalam Pakatan Rakyat, umum mengetahui parti itu perlu menguasai lebih kerusi di Parlimen supaya layak menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat selain bertindak sebagai ketua pembangkang yang berkesan. "Pemilihan yang diadakan ini adalah mercu tanda dalam sejarah negara dan PKR . Jika ahli-ahli parti bersetuju dengan cadangan yang diajukan seperti di atas, saya yakin perubahan dalam parti PKR mampu menjadi batu loncatan untuk mengubah kerajaan kita," katanya - Sinar Harian |
| Posted: 03 Oct 2010 04:05 AM PDT Majistret disabit rasuah dihukum penjara 6 tahun, denda RM40,000 KOTA BAHARU, 3 Okt — Seorang Majistret dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan berkaitan rasuah. Mohd Firdaus Ramlan, 28, baru bertugas selama dua tahun sebagai Majistret di Mahkamah Kuala Krai dan Machang. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memperoleh rasuah berupa wang tunai RM3,000 daripada Md Shani Ishak di sebuah stesen minyak Esso, Machang, kira-kira pukul 10.30 malam, 11 Oktober tahun lalu. Wang suapan itu dikatakan diperoleh sebagai dorongan baginya melepaskan lelaki berkenaan daripada kesalahan jenayah yang dilakukan. Dia didakwa mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan. Bagi tuduhan kedua, Mohd Firdaus didakwa meminta rasuah RM5,000 daripada Md Shani di Bilik Majistret, Mahkamah Majistret Kuala Krai di sini, pada 6 Oktober tahun lalu. Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang juga boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa, dan Mohd Firdaus diwakili peguam Datuk Shukri Mohammed. Bagi tuduhan pertama Mohd Firdaus dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000, dan jika tidak dibayar denda, beliau boleh dipenjarakan sehingga 12 bulan, manakala bagi pertuduhan kedua beliau dikenakan hukuman penjara tiga tahun, denda RM25,000, dan jika denda tidak dibayar beliau boleh dihukum penjara 18 bulan. Hakim Sabariah Othman mengarahkan agar perintah penjara ditangguhkan sehingga Mahkamah Rayuan mendengar dan memutuskan rayuan. Hukuman denda pula ditangguh tiga bulan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin. — Bernama |
| Tunai janji jika mahu sokongan kami - RPK pada DSAI Posted: 02 Oct 2010 11:42 PM PDT LONDON, 3 Okt — Yang mana datang awal? Perubahan atau sokongan popular? Nampaknya, blogger Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin sudah mula hilang sabar dengan memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu pertemuan di sini semalam. Ketua Pembangkang itu juga telah dipaksa menzahirkan pendirian terhadap masyarakat madani selepas Raja Petra, yang menjadi tumpuan pelbagai gerakan akar umbi di Malaysia, mencabar PR berhubung komitmen mereka terhadap pembaharuan yang hendak dibawa dan dilaksanakan. Pada sesi dialog dengan rakyat Malaysia di sini, Raja Petra yang mesra dikenali sebagai "RPK", mengancam untuk menarik balik sokongan kepada PR dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas - pilihan raya kecil yang ke-12 sejak Mac 2008 - atas alasan perikatan tiga parti politik itu telah gagal untuk menunaikan janji-janji menjelang pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan perubahan dalam landskap politik negara. PR memenangi lima negeri selain menguasai 82 kerusi di Parlimen, sekali gus menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat. Sehingga pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai Julai 2009, Raja Petra seringkali turun ketika kempen pilihan raya kecil untuk membantu calon-calon PR. Raja Petra berada dalam buangan kendiri sejak pertengahan tahun lalu. Bagaimanapun Anwar, Penasihat PKR, merayu agar rakyat memahami bahawa kebanyakan pembaharuan tidak boleh dilaksanakan tanpa penguasaan kerajaan persekutuan, sebaliknya pejuang masyarakat madani perlu membantu PR berada di Putrajaya bagi melakukan pembaharuan-pembaharuan ini. Raja Petra berkata "sebelum Mac 2008 kita duduk untuk tempoh berbulan lama dan merangka Deklarasi Rakyat yang merupakan versi kemas kini kepada Agenda Untuk Perubahan, yang dirangka oleh Anwar sendiri ketika berada di penjara." Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004 tetapi hanya layak bertanding selepas Mac 2008 dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh ketika pilihan raya kecil. Raja Petra menggambarkan bagaimana deklarasi itu, yang merangkumi pelbagai isu - daripada ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sehinggalah politik - dikemukakan kepada tiga parti politik yang membentuk PR dan parti-parti pembangkang yang lain. PR, dianggotai DAP, PAS dan PKR, dibentuk selepas sebulan selepas pilihan raya umum Mac 2008. Ia masih dalam proses kelulusan pendaftaran. Malah Raja Petra mendakwa deklarasi itu juga sedikit sebanyak diterima sebagai manifesto pilihan raya. "Oleh kerana itu, kami turun ke bawah, kami berkempen dan merentasi seluruh Malaysia," kata beliau lagi merujuk kepada kempen ketika pilihan raya umum Mac 2008 dan pilihan raya kecil yang menyusul. Justeru, Raja Petra melahirkan rasa tidak puas hati kerana PR belum lagi menunaikan janji-janji yang digariskan dalam manifesto meskipun menguasai pemerintahan beberapa kerajaan negeri sepanjang dua setengah tahun lalu. Pada hari ini PR menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Raja Petra juga menggariskan ketiadaan akhbar-akhbar Bahasa Malaysia diterbitkan kerajaan-kerajaan negeri dikuasai PR atas alasan ia penting untuk meneruskan perjuangan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Beliau membandingkan persekitaran politik di United Kingdom di mana parti Demokrat Liberal hanya bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran dengan Konservatif selepas dijanjikan pembaharuan menyeluruh akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun. Britain berhadapan dengan pembentukan kerajaan campuran selepas pilihan raya umum pertengahan tahun ini gagal memberikan majoriti jelas di Parlimen. "Kita sudah memberi PR tempoh dua setengah tahun, tetapi tiada pembaharuan tunggal yang dilaksanakan sehingga kini. "Sesetengahnya boleh dilaksanakan dengan segera, sesetengahnya akan mengambil masa dua tahun, ada yang akan mengambil 20 tahun. "Sekurang-kurangnya kita melihat (ia dilaksanakan), maka kita akan gembira dan kita akan terus menyokong PR dalam setiap pilihan raya kecil dan pilihan raya umum termasuk di Galas," kata Raja Petra. Beliau yang kini berada dalam buangan kendiri di luar negara sejak setahun lalu menambah, PR memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya ekoran sokongan masyarakat madani yang merupakan "kuasa ketiga". Raja Petra memberikan contoh gerakan Bersih dan Hindraf pada 2007 yang memperjuangkan agar diadakan pilihan raya bebas dan adil serta hak masyarakat orang India dibela. Sehubungan itu, Raja Petra mengingatkan PR bahawa "kami rakyat adalah tuan" dan perikatan berusia dua setengah tahun itu perlu menyelesaikan beberapa isu jika mahu membentuk kerajaan persekutuan kelak. Anwar membalas pendirian Raja Petra itu dengan menegaskan bahawa PR mengiktiraf keperluan membawa perubahan tetapi "rakan-rakan kami dalam masyarakat madani perlu bekerjasama dengan kami sebagai satu pasukan." "Kami memerlukan (sokongan) masyarakat madani memandangkan kami tidak boleh bergantung pada media yang dikawal Umno," kata Ketua Umum PR ini. Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga mendakwa tangan PR terikat dalam melaksanakan pembaharuan memandangkan kuasa untuk berbuat demikian terletak di peringkat kerajaan persekutuan. Pun begitu, Anwar menekankan beberapa perubahan telah dilaksanakan termasuk menggantikan sistem tender langsung dengan tender terbuka, satu dasar yang membolehkan kerajaan negeri Kedah mengurangkan cukai pintu jumlah keseluruhan sehingga RM15 juta, tetapi mengekalkan pulangan memandangkan langkah tersebut mendatangkan hasil pembalakan yang lebih baik. Anwar juga menggariskan Akta Kebebasan Maklumat yang digubal oleh kerajaan negeri Selangor meskipun ia masih tertakluk pada Akta Rahsia Rasmi yang dikuatkuasakan oleh kerajaan persekutuan. Anwar juga menambah, Selangor dalam proses menjadikan Selangor Kini, sebagai akhbar harian untuk diedarkan kepada isu rumah di Selangor bagi menghadapi media-media dikawal Umno khususnya di kawasan-kawasan pengundi Melayu. Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR Chua Tian Chang menambah, masyarakat madani harus melihat nilai PR bukan hanya setakat jumlah kerusi yang dimenangi, tetapi juga sebagai "satu forum yang baru." "Untuk tempoh selama setengah abad isu yang dihadapi ialah mustahil untuk (kita) berbincang. Tetapi, ia kini berada di atas meja," kata Ahli Parlimen Batu ini. Beliau menambah, adalah penting untuk membawa satu suara yang bersatu bagi menghadapi sikap BN yang etnosentrik dan memanipulasikan agama. Raja Petra juga melahirkan kekecewaan dengan sikap tidak kaliber calon-calon PR yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu dan menawarkan "calon yang berwibawa untuk bertanding mewakili PR." Raja Petra juga menimbulkan isu ramai pemimpin PR terpaksa bertanding kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri selain beberapa wakil rakyat yang dipilih bertindak keluar parti sehingga menyebabkan BN mengambil alih Perak awal 2009. - TMI |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan