kalam Perantau |
| Galas : Perlantikan Razaleigh Umpama Kata Dua, Beri Kemenangan Pertama Kepada PAS Posted: 03 Oct 2010 07:51 PM PDT Oleh Ustaz Idris Ahmad
Ternyata Umno begitu bergantung harap kepada pengaruh Tengku Razaleigh bagi merampas semula DUN berkenaan walaupun tahu, Tengku Razaleigh tidak sealiran dengan pemimpin tertinggi Umno dan perlantikannya adalah risiko terbesar yang perlu Umno tangani sepanjang kempen. Sebelum ini di Manik Urai, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai Pengarah namun gagal merampas kerusi berkenaan yang kekal ditangan PAS. Akibat kegagalan itu, beliau dinafikan hak untuk menjadi Pengarah Pilihanraya DUN Galas walaupun beliau adalah Pengerusi Perhubungan Negeri dan Menteri Umno yang banyak menafikan hak royalti Kelantan.. DUN Galas dikawasan Parlimen Gua Musang yang menjadi kubu Tengku Razaleigh dimana Umno menumpang pengaruh beliau untuk mengibarkan bendera mereka, bakal menjadi medan ujian buat Umno dan Tengku Razaleigh sendiri. Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam Pilihanraya yang lepas Allahyarham Che Hashim Sulaima berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Walaupun baru sepenggal bersama PAS, namun keyakinan rakyat Galas terhadap kemampuan wakil rakyat PAS dan juga kerajaan PAS bakal menjadi cabaran buat BN. Bagi PAS perlantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah pilihanraya Umno adalah kemenangan pertama kerana selepas Pilihanraya 2008, beliau begitu cenderung untuk bersama rakyat menyokong perjuangan Kerajaan PAS Kelantan bagi menuntut royalti dari Kerajaan Persekutuan dibawah BN. Malah beliau yang juga mantan Pengerusi Petronas menawarkan diri menjadi saksi bagi kes saman yang dikemukakan Kerajaan kelantan kepada Petronas. Beliau menjadi perhatian kerana sanggup menentang arus dan melawan Presiden Umno dan MT Umno yang duduk dalam kabinet demi membela nasib rakyat. PAS yakin, perlantikannya membuktikan Umno sebenarnya hilang keyakinan di Galas tetapi mahu memberikan tekanan kepada Tengku Razaleigh sendiri sebagai membuktikan kesetiaanya kepada Umno. Ianya umpama kata dua kepada beliau, sama ada berjuang untuk rakyat atau berjuangan untuk kepentingan Umno. PAS yakin, Tengku Razaleigh tahu membuat keputusan dan dia tahu jika Umno menang di Galas, belum tentu royalti minyak Kelantan akan dipulangkan. PAS tiada masalah jika beliau menerima perlantikan itu, tetapi mahu beliau gunakan peluang itu untuk terus memperjuangkan royalti minyak Kelantan. Jika dalam PRK nanti isu Royalti dibangkitkan, rakyat pasti tertanya-tanya, apa pula yang Tengku Razaleigh akan ucapkan? Sanggupkah beliau untuk menyanggah hujah Umno-BN demi kepentingan rakyat nanti. PAS menyeru agar Tengku Razaleigh istihar keluar Umno dan menyertai PAS jika benar beliau berjuangan untuk rakyat Kelantan. Idris Ahmad merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat |
| Galas: PAS tak kira siapa pengarah p’raya Umno BN Posted: 03 Oct 2010 03:03 PM PDT Oleh : Muhammad Yusri Amin KOTA BHARU, 1 Okt: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menegaskan PAS memasuki pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas nanti tanpa mengira siapa yang menjadi pengarah jentera pilihan raya Umno BN. "Yang kita concern dan usahakan sekarang ialah persiapan kita. Apabila kita lawan, kita bersiap, dan mereka bersiap, namun persiapan kita dilakukan dengan semaksimum mungkin, insya Allah. "Persiapan kita adalah persiapan untuk berdepan dengan Umno BN dalam pilihan raya. Ini kerana kita merasakan asas demokrasi itu harus dilangsungkan dan kita serahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan," katanya. Beliau turut mengulas dakwaan bahawa Umno BN akan menggunakan teori memperalatkan jentera kerajaan seboleh mungkin bagi mencapai kemenangan dalam PRK Dun Galas nanti. "Dan tindakan itu sudah pun bermula. Jadi benda ni tidak pelik dalam konteks demokrasi politik yang ada di Malaysia ini. "Namun walau pun mereka memperturunkan banyak 'pasukan keselamatan', itu benda yang kita tidak merasa hairan langsung, tidak langsung menghairankan kami," katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia Cawangan Kelantan di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), di sini petang tadi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menaruh keyakinan bahawa PAS mampu mempertahankan kerusi Dun Galas dalam pilihan raya kecil nanti. Katanya, itulah perjuangan yang akan dilangsungkan sebagaimana dibuktikan PAS dalam banyak pilihan raya yang dimasukinya dengan memperlihatkan sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat (PR) terus meningkat. Beliau yakin bahawa trak record PAS di Kelantan serta peranan yang dimainkan Allahyarham Chek Hashim Sulaima merupakan aset yang akan digunakan dalam pilihan raya kecil nanti. "Ada banyak isu yang akan dibangkitkan nanti. Kita masuk pilihan raya itu dengan kekuatan yang ada pada kita, dengan trak record yang telah kita miliki, dengan penuh keyakinan, insya Allah, " tegasnya |
| You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Parti Islam Se-Malaysia menyifatkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas sebagai kata dua kepada beliau yang menyokong tuntutan royalti Kerajaan PAS Kelantan. Jelas ianya tindakan terdesak Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan