MiLo SuaM |
- PAS beri arak kepada pengundi Cina di Galas?
- Kanak-kanak 4 tahun didakwa di Amerika Syarikat
- Penipuan pertama UMNO di DUN Galas terbongkar!
- Siaran langsung Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 (live)
- Kemalangan di Genting Sepah, Pemandu bas tiada lesen!
- Orang kuat Sarawak sedia masuk gelanggang
- Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 Kelantan VS Negeri Sembilan
- Comel menjadi satu tanda adanya Allah
- Tarikh lihat anak bulan Aidiladha 6 Nov
| PAS beri arak kepada pengundi Cina di Galas? Posted: 31 Oct 2010 12:11 AM PDT ![]() Isu panas yang sedang dimainkan oleh blogger-blogger upahan UMNGOK sekarang ini ialah berkenaan kononnya kerajaan PAS sudah terdesak untuk mendapatkan undi kaum cina dan india, maka kerajaan PAS Kelantan dikatakan memberikan arak percuma kepada kaum Cina dan India agar menyokong PAS di PRK Galas. Korang lihatlah sendiri di blog-blog yang pro UMNGOK dan Be End, mereka sedang hangat memainkan isu ini. Berbekalkan sekeping gambar arak di dalam kotak (gambar di atas) yang entah diambil dari mana, blogger-blogger UMNGOK Be End dilihat mengarut dan mencarut sesuka hati memfitnah Kerajaan PAS dengan tujuan untuk kempen PRK Galas. Sebenarnya ReJaM© hairan dengan gerombolan blogger-blogger dan cybertrooper UMNGOK ni, mereka tanpa segan silu menabur fitnah sesuka hati. Langsung tiada kesedaran di dalam hati tentang azab Allah kepada kaki fitnah seperti mereka. Senang betul jadi blogger UMNGOK, letak gambar arak dalam kotak, lepas reka cerita finah yang boleh menjatuhkan Pakatan Rakyat. cukup bulan mintak upah dengan pemimpin UMNGOK! ReJaM© "Ada seorang blogger UMNGOK terkenal parpukari menggelarkan DR Zul (Calon PAS) sebagai si gendut, dia tak sedar ke badan dia 5 kali lebih gendut? Kah kah kah..." |
| Kanak-kanak 4 tahun didakwa di Amerika Syarikat Posted: 30 Oct 2010 10:44 PM PDT ![]() Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dikatakan sudah cukup umur untuk didakwa di New York, Amerika Syarikat kerana kesalahannya melanggar seorang tua menggunakan basikal. Tahun lalu kanak-kanak itu dikatakan telah melanggar seorang wanita tua yang sedang berjalan kaki menggunakan basikalnya . Wanita tua itu dilaporkan mengalami kecederaan dan kemudiannya meninggal dunia. Juliet Breitman dan seorang kanak-kanak lain berumur empat tahun telah melanggar Claire Menagh yang berusia 87 tahun ketika menunggang basikal mini mereka di sebuah jalan di kawasan Manhattan. Juliet kemudian didakwa di mahkamah. Peguambela memperdebatkan bahawa Juliet masih terlalu muda untuk dinyatakan sebagai kecuaian. Namun, hakim yang menghakimi kes ini menegaskan bahawa peguambela Juliet tidak menunjukkan bukti bahawa dia belum matang ataupun mempunyai kemampuan intelek yang rendah. Berdasarkan fail mahkamah, Julet Breitman dan Jacob Kohn didampingi ibu mereka, Dana Breitman dan Rachel Kohn, ketika mereka berlumba basikal melalui sebatang jalan di East River, Manhattan. Kedua kanak-kanak ini kemudiannya melanggar Menagh, yang kemudian terjatuh ke tanah. Dia menjalani pembedahan tulang pinggul yang retak dan meninggal dunia tiga bulan kemudian. Menagh - dan kemudian anak lelakinya bertindak sebagai warisannya, untuk mendakwa kedua kanak-kanak tersebut di atas dakwaan "kecuaian di dalam mengawal basikal yang ditunggangi". . Pihak pendakwaan juga mendakwa Dana Breitman and Rachel Kohn yang mereka katakan mengizinkan kedua kanak-kanak tersebut untuk berlumba. Peguambela Juliet berusaha meyakinkan hakim agar menggugurkan pertuduhan terhadap kliennya. 'Diperbolehkan' Dalam fail yang diajukan ke mahkamah, peguambela menyertakan sijil kelahiran Juliet yang memperlihatkan bahawa kanak-kanak perempuan itu baru berumur empat tahun dan sembilan bulan ketika kemalangan tersebut terjadi. Merujuk kepada beberapa kes kecelakaan yang melibatkan kanak-kanak, Hakim Mahkamah Tinggi New York Paul Wooten menegaskan bahawa Juliet yang kini sudah berumur enam tahun, boleh didakwa. Laporan Asal [BBC News] ReJaM© "Betul ke orang tua tu mati sebab kena langgar? ataupun mati sebab dah terlalu tua? Atau sebab lain? Apapun macam pelik je kan budak-budak umur 4 tahun dah kena dakwa di mahkamah!" |
| Penipuan pertama UMNO di DUN Galas terbongkar! Posted: 30 Oct 2010 09:30 PM PDT Kata orang UMNGOK kalau tak tipu memang tak sah. Kalau tak tipu bukan UMNGOK namanya. Di DUN Galas, penipuan jentera UMNO sudah mula dapat dikesan. Apa yang didedahkan oleh sahabat blogger Batu Gajah Mari ini bolehlah dianggap sebagai penipuan pertama jentera UMNO Barisan Nasional untuk meraih undi. Calon Be End yang hanya setakat lulusan SPM tiba-tiba mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan daripada Universiti Utara Malaysia tahun 1988. Kita sedar UMNGOK Be End malu nak merayu undi kerana wakil mereka kurang berpendidikan berbanding wakil PAS yang memiliki Ijazah Sarjana Doktor Perubatan dan Pembedahan. Taktik penipuan UMNO ini dilihat sangat memalukan. Jelas sekali UMNGOK memang parti kencing rakyat! Pasal kelulusan calon pun nak tipu? Jahanam memang jahanam Parti yang memperbodohkn rakyat! Bongok lagi membongokkan. ReJaM© "UMNGOK bongok lagi membongokkan!" |
| Siaran langsung Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 (live) Posted: 30 Oct 2010 06:39 AM PDT |
| Kemalangan di Genting Sepah, Pemandu bas tiada lesen! Posted: 30 Oct 2010 05:51 AM PDT ![]() Macam manalah pemandu bas yang tiada lesen boleh dibenarkan bekerja sebagai pemandu bas? Bila dah jadi kemalangan siapa yang harus dipersalahkan? Kemalangan maut pulak tu. Kalau sabit kesalahan paling teruk hukuman 5 tahun penjara, denda tak lebih RM 5, 000, tapi bagaimana pula dengan nasib mereka yang kehilangan keluarga akibat kemalangan? KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pemandu bas yang mengakibatkan tujuh orang maut dalam satu kemalangan di KM38 Genting Sempah dekat sini malam tadi, didapati tidak mempunyai lesen memandu. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan kepada polis mengenai perkara tersebut. "Pemandu bas tersebut sebelum ini mengaku kepada pihak polis bahawa beliau mempunyai lesen memandu, namun setelah kami memeriksanya dengan pihak JPJ, kami mendapati bahawa dia tidak mempunyainya," katanya di sini hari ini. Che Husin berkata, pemandu tersebut yang patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditahan polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian. Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedu -duanya sekali jika disabit dengan kesalahan. Che Husin berkata, polis sedang menyiasat sama ada pemandu tersebut mempunyai rekod kesalahan memandu lampau atau pun tidak, serta perkara perkara lain yang berkaitan dengan kemalangan tersebut. - Bernama ReJaM© "Al-fatihah kepada mangsa yang terkorban dan beragama Islam" |
| Orang kuat Sarawak sedia masuk gelanggang Posted: 30 Oct 2010 05:48 AM PDT Ahli politik heavyweight Sarawak Salleh Jafaruddin kini bersedia kembali masuk gelanggang untuk menghadapi pilihan raya umum negeri itu yang akan datang. Bekas timbalan menteri pelajaran itu bagaimanapun masih belum menyatakan akan menyebelahi parti politik yang mana. Beliau meluahkan perkara itu kepada Malaysiakini dalam temu bual di rumahnya di Petaling Jaya.
Saya tidak pasti daripada spekulasi ini muncul. Perkara ini menarik memandangkan saya sudah lebih 20 tahun tidak terlibat dalam arena politi. Tetapi saya mesti katakan, ia berbaloi untuk dipertimbangkan. Saya banyak masa lapang sekarang. Kesihatan pun baik. Banyak teman-teman menggalakkan saya kembali membantu pemimpin muda di Sarawak. [Bekas presiden Pervez] Musharraf juga merancang kembali dan memimpin Pakistan, Kembali ke rumah, hingga Umno pun minta Tengku Razaleigh Hamzah jadi calon di Galas. Saya kadang-kadang rasa, jika seseorang itu merasakan masih mampu menyumbangkan perkhidmatannya kepada negeri dan negara, dia perlu menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Kembali dan berkhidmatlah jika perkhidmatan kamu masih diperlukan. - Malaysiakini ReJaM© |
| Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 Kelantan VS Negeri Sembilan Posted: 30 Oct 2010 05:38 AM PDT ![]() Para peminat bola sepak tanah air tentunya berdebar-debar menantikan keputusan perlawanan akhir piala Malaysia 2010 di antara Negeri Sembilan menentang Kelantan. Malahan jentera Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil DUN Galas juga telah diberi pelepasan seramai 700 orang beserta tiket menonton perlawanan secara percuma untuk menyaksikan serta memberikan sokongan kepada skuad bola sepak Kelantan. ReJaM© secara peribadinya menyokong pasukan bola sepak kelantan. Semoga Pasukan bola sepak Kelantan akan berjaya merampas Piala Malaysia pada kali ini. Apa pula pasukan pilihan anda? ReJaM© "Gomo kelate Gomo..." |
| Comel menjadi satu tanda adanya Allah Posted: 30 Oct 2010 03:01 AM PDT ![]() 'Comel' adalah satu istilah mudah yang biasa kita dengar di dalam kehidupan seharian. Secara mudahnya, 'comel' membawa maksud rupa, sifat, kelakuan atau penampilan sesuatu yang membuatkan si pelihat timbul perasaan sayang di dalam hati dan ingin melindungi sesuatu yang comel itu. Sama ada sedar ataupun tidak, setiap orang mempunyai kebolehan untuk menilai sifat comel secara subjektif. Sedarkah anda bahawa setiap hidupan di dunia ini hanya memiliki sifat comel di awal peringkat hidup mereka? Sifat comel ini akan beransur-ansur hilang seiring dengan peningkatan usianya perlahan-lahan sehinggalah akhirnya sifat comel itu tiada lagi apabila ia sudah mencapai tahap dewasa atau matang. Seekor harimau yang garang berasal daripada seekor anak harimau yang sangat comel semasa peringkat awal hidupnya. Seorang manusia dewasa juga adalah seorang bayi yang comel pada asalnya. Malah kalau diperhatikan anak pokok kelapa juga dapat dinilai sifat comelnya berbanding pokok kelapa yang sudah meninggi dan matang. Tahukah anda bahawa sifat 'comel' ini sebenarnya memberikan faedah yang sangat berharga kepada pemiliknya? Dengan adanya sifat 'comel' pada sesuatu hidupan itu membolehkan ia dapat terus bertahan untuk hidup sehingga sampai tahap matangnya. Pada peringkat awal kehidupan, sesuatu makhluk itu baik manusia, tumbuhan mahupun haiwan tidak mempunyai daya untuk mempertahankan dirinya daripada musuh dan persekitaran yang berbahaya kerana ia lemah dari segi tenaga dan pengalaman. Terima kasih kepada sifat 'comel', dengan adanya sifat ini, sesuatu makhluk yang lemah itu dapat mempertahankan diri dari musuhnya. Malah dengan sifat 'comel' ini juga memungkinkan ia dibantu untuk meneruskan hidupnya di dalam mengharungi persekitaran yang kasar dan berbahaya. Jelas sekali sifat 'comel' berperanan sebagai sistem pertahanan untuk sesuatu makhluk hidup di peringkat awal usianya. Anda boleh lihat sendiri di dalam kehidupan seharian bagaimana sifat 'comel' menjadi alat untuk melindungi sesuatu makhluk. ![]() Bukankah di dalam filem Tarzan, ibu beruk tergerak hati untuk membela si kecil Tarzan kerana terpesona dengan sifat comelnya? Adakah anda sampai hati untuk membunuh seekor anak harimau yang sangat comel walaupun anda tahu dewasanya kelak akan membaham anda? ![]() Malah penulis sendiri pernah terlihat video di Youtube rakaman seekor buaya yang tidak sampai hati memakan anak-anak penyu yang comel. Ibu buaya itu memasukkan anak-anak penyu di dalam mulutnya bukan untuk menelannya, tetapi untuk membantu anak penyu itu ke laut (membawa anak penyu di dalam mulut, kemudian dilepaskan ke laut). Apa yang menarik untuk disampaikan di sini ialah, sedarkah anda bahawa sifat comel ini terdapat pada semua benda hidup di peringkat awal usia mereka? Tambah menarik apabila boleh dikatakan semua makhluk mampu menilai sifat comel dan menimbulkan perasaan sayang di hati-hati mereka untuk melindungi. Sungguh pun terdapat pengecualian, ia hanyalah sekadar pengecualian yang kecil. Namun si comel ini langsung tidak menyedari sifat dirinya sendiri, dia langsung tidak menyedari bahawa sifat 'comel' pada dirinya telah membantunya untuk terus hidup di muka bumi ini. Sekiranya kita berfikir sejenak, bukan ibunya, bukan dirinya malah bukan alam sekeliling yang menghasilkan sifat comel serta memberikan kebolehan menilai sifat comel itu pada yang melihatnya. Tentu sekali tidak dapat diterima akal kalau sifat itu datang dengan sendirinya. Namun jelas sekali ada Pencipta yang mengaturkan kewujudan sifat comel ini! Siapakah Dia? Tanya hati anda! "iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata), Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, oleh itu peliharalah kami dari seksa api neraka" (Al-Imran : 190) Penulis tamu, As Siddique© |
| Tarikh lihat anak bulan Aidiladha 6 Nov Posted: 30 Oct 2010 02:15 AM PDT ![]() Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 Nov ini, bersamaan 29 Zulkaedah. Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, iaitu: 1. Pontian Kecil, Johor. 2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka. 3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. 4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor. 5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor. 6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor. 7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selangor Darul Ehsan 8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak. 9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang. 10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah. 11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah. 12. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah. 13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu. 14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu. 15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. 16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu. 17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan. 18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan. 19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan. 20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak. 21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak. 22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak. 23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah. 24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang. 25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang. 26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang. 27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan. 28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. 29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya. 30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga. -BERNAMA ReJaM© |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan