Ahad, 31 Oktober 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Galas - Adik Mendiang Teoh Beng Hock Ditahan Polis

Posted: 31 Oct 2010 01:03 AM PDT

Seorang adik kepada mendiang Teoh Beng Hock bersama tiga yang lain ditahan polis di bandar Gua Musang hari ini.

Lee Lan dan anggota "Malaysians for Beng Hock" itu dibawa sekumpulan anggota polis diketuai Supt Maszely Minhad ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gua Musang pada kira-kira jam 2.20 petang ini.

Maszely memberitahu wartawan bahawa polis menerima aduan bahawa kumpulan berkenaan telah menjalankan aktiviti kempen.

Kumpulan berkenaan tiba ke kawasan kempen Galas sejak semalam dan dilihat mengedarkan risalah politik berkenaan kes-kes kematian dalam tahanan.

Roboh PASTI - Tindakan Zalim Kerajaan Melaka

Posted: 30 Oct 2010 07:21 PM PDT

AMK Melaka Anjur 'Roadshow' Bantah Perobohan PASTI Dan Surau Kampung Bukit Katil

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Melaka, Mohd Hairiz Nordin berkata, pihaknya akan mengadakan siri kempen dan ceramah penerangan di seluruh negeri Melaka bagi membantah tindakan kerajaan negeri Melaka yang bakal merobohkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Bukit Katil.

"Tanah di Kampung Bukit Katil itu adalah tanah wakaf dan tanah persendirian. Bukan hanya ada PASTI dan Surau Kampung Bukit Katil, tetapi di dalam tanah tersebut ada kira-kira 40 buah rumah," katanya kepada TV Selangor.

"Kebanyakan penduduk tak berpuashati kerana tidak ada perbincangan dan dialog dilakukan bersama penduduk kampung. Pampasan yang ditawarkan juga tidak munasabah," tambahnya.

Pada 16 Oktober yang lalu, Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), PAS Kawasan Bukit Katil dan Ahli Jawatankuasa Surau Bukit Katil mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri yang bercadang mengambil tapak PASTI dan surau tersebut bagi pembinaan jalan raya.


Hairiz mendedahkan bahawa, kerajaan Melaka seperti mempunyai niat jahat, apabila sengaja melencongkan pelan pembinaan jalan, dan memasukkan kawasan perkampungan berkenaan dalam pelan, sedangkan kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain bagi tujuan tersebut.

Beliau menambah, tindakan kerajaan yang mengambil tanah milik penduduk kampung tersebut dengan menggunakan Kanun Tanah Negara sebagai tidak adil, kerana dengan tindakan tersebut, penduduk kampung berkenaan seolah-olah memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah atas nama pembangunan.

"Kami akan menghantar memorandum kepada pihak-pihak yang berkenaan, dan 'roadshow' kempen membantah perobohan tersebut akan kami adakan di seluruh negeri Melaka," jelas Hairiz.

Oleh : Sidiqin Omar

Bodohnya Blogger Umno.. Jom Pakat Gelak.

Posted: 30 Oct 2010 06:01 PM PDT

GEMPAR - Tantawi Mengetuai Pemuda PASRAEL Menahan Bas Yang Membawa Penyokong

Tahniah kepada Pasukan Kelantan yang memenangi Piala Malaysia malam tadi dengan menewaskan N.Sembilan dengan jaringan 2 gol berbalas 1.

Tahniah juga buat Tan Seri Anuar Musa UMNO yang membawa pasukan Bola Sepak Kelatan ke arah Era Gemilang dan tak lupa kepada jentera pasukan Bolasepak kelantan dan para penyokong nya yang memang kita ketahui Setia tidak berbelah bagi kepada pasukan Kesayangan ini.

Namun ada sedikit kekecewaan bila Satu isu Baru akan timbul dek kerana Perlawanan Bola sepak ini! Isu yang sengaja di reka oleh PASRAEL dalam mendapatkan simpati rakyat serta Pengundi Dun Galas!

Gomo dah seminggu dapat maklumat bahawa Nasarudin Tantawi dan Seluruh Pemuda PAS akan menahan Bas Yang akan pulang dari menyaksikan perlawanan Bolasepak Piala Malaysia di Bukit Jalil pagi ini!!!

Mereka akan menahan Bas Bas yang membawa penyokong Kelantan ini kerana ingin mencetuskan Provokasi terhadap UMNO yang mana Tantawi akan menuduh Kerajaan BN telah membawa Pengundi Hantu melalui Bas Bas penyokong Bola Sepak Kelantan ini. (Bodoh. ngundi 4/11.. Lambat lagi la,, Mana ada hantu masuk awal.. Nak tidor mana? Kalau setakat sekor dua boleh la.. Ini berpuluh-puluh buah bas. Bodoh tahap keldai. Ko ingat yang pergi tengok bola tu semua penyokong UBN ke? Hebat la Tantawi ni boleh bezakan penyokong Pas dengan UBN)

Rakan rakan Facebook telah menyatakan isu ini akan timbul! Ianya tidak mustahil memandangkan PAS waktu ini terdesak untuk menang PRK Galas ini ekoran penolakkan rakyat terhadap Kerajaan Negeri yang Merampas Tanah milik umat Islam masyarakat Orang Asli.

PASRAEL KEJAM - Papa Gomo

Ahli PKR Di Sabah Tinggal Ansari Sorang Saja.. Lain Semua Dah Keluar.

Posted: 30 Oct 2010 05:17 PM PDT

TIMBALAN KETUA, NAIB PKR BAHAGIAN BATU SAPI KELUAR PARTI

SANDAKAN 30 Okt. - Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota bahagian itu hari ini mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Turut menyertai Amir ialah naib ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini.

Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr. Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).

Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka.

Galas - Polis Tahan 4 Siswa Pro-Pakatan

Posted: 30 Oct 2010 09:19 AM PDT

Seramai empat orang pelajar daripada kumpulan "Jentera Mahasiswa PRK Galas" hari ini ditahan selepas membuat satu sidang media di Gua Musang.

Kumpulan seramai 200 orang itu tiba pagi ini di Gua Musang sebagai pemerhati dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Keempat-empat pelajar berkenaan ditahan pada kira-kira jam 1.50 hari ini ketika mengedarkan risalah di bandar lama Gua Musang.

Wakil dari kumpulan terbabit Shukri Kamaruddin berkata, pihak polis yang mendekati kumpulan mahasiswa terbabit telah mengarahkan kesemua mereka supaya pergi ke IPD Gua Musang.

Selepas rundingan selama kira-kira 15 minit, anggota polis berkenaan hanya membawa empat orang pelajar bersama mereka, katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Kesemua yang ditahan merupakan anggota Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) iaitu Syukri Razak, Mohd Syahrulden Ahmad Rosdi, Mohd Yusof Hadhari serta Mohd Rijaluden Mohd Anwar.

Tahniah Kelantan

Posted: 30 Oct 2010 07:53 AM PDT


Kelantan 2 Kalahkan Negeri Sembilan -9- 1

Nazri: Malaysia tiada halangan Clinton jumpa Anwar

Posted: 30 Oct 2010 06:53 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Malaysia tidak menghalang Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatannya ke negara ini bermula Selasa ini.

Nazri memberitahu, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi Malaysia tidak mempunyai masalah jika Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu berhasrat menemui Anwar.

Seperti pemimpin dunia yang lain, Clinton yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia minggu depan boleh menemui Anwar atas sifatnya sebagai Ketua Pembangkang.

"Permintaan itu pun bukan nak jumpa Anwar, tapi nak jumpa ketua pembangkang... ini biasa macam kita pun kalau pergi ke Amerika Syarikat pun di antara orang yang kita berjumpa selain Presiden, kita juga berjumpa dengan 'Majority Leader'... Senat, 'Minority Leader'... itu biasa.


"Jadi, kita tak ada apa-apa halangan untuk dia nak berjumpa dengan Anwar tapi jumpa Anwar bukan kerana peribadi tapi kerana sebagai ketua pembangkang, kerana ketua pembangkang merupakan jawatan yang diiktiraf dan dibayar gaji dalam 'Standing Order' kita," kata beliau selepas menyampaikan hadiah dan sijil sempena Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz di sini hari ini.

Nazri berkata Malaysia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pemimpin yang mahu mengadakan lawatan rasmi ke negara ini termasuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Beliau berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan negara berdaulat Malaysia tidak perlu takut dengan sesiapa.

Lagipun kata beliau, Malaysia tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan daripada pengetahuan mana-mana pemimpin dunia termasuk Clinton.

Justeru kata Nazri, sebarang kenyataan yang menghalang Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu mahu berjumpa Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, bukannya datang dari Malaysia.

"Lu... tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."

Posted: 30 Oct 2010 05:55 AM PDT

Cerita nih...gua dapat dari member2 dari utara, gua tak tau kebenarannya... tapi boleh la buat santai jiwa...

Kisahnya...., baru-baru ini Lim Guan Eng (KM Penang) turun padang bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz.

Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati), "Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."

Dan sepanjang ucapannya itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi. Umar itu dan Umar ini serta berbagai2 lagi akan kehebatan Saidina Umar Abd Aziz..


Beliau juga berkata, sejak sekian lama..., Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Beliau juga berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."

Buat pengetahuan lu orang semua, Guan Eng tak duduk di rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk rumah rasmi kerajaan, dia kata untuk masuk rumah tu..., banyak perlukan duit, nak kena renovate saja kosnya RM 300,000.00

Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri.... perghhhh.. punya la bagus mentaliti dia.., tak macam mentaliti Najib Razak, nak renovate mahligai PM saja RM65juta... tak termasuk rumah TPM lagi tu... dan untuk gua berbaik sangka, gua hanya anggap berkemungkinan itu duit pusaka mak bapak dia kot.... ikutsuka dia la nak belanja apa pun... apa ada hal... hahahaha...

Berbalik semula kapada kisah tadi... dalam sesi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islam pun ramai yang tak tahu....???

Guan Eng jawab, dulu semasa saya dipenjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh Islam yang hebat ini....

Jika itu jawapannya, bagaimana pula dengan kita yang mengaku sebagai orang Islam??? Lu fikirlah sendiri.... hahahaha.....

Dalam kisah yang lain pula, Mat Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam."

Guan Eng dengan selamba derrrkk menjawab, " Lu... tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."

Tetapi...., kalaulah ikhlas niatnya itu, gua doakan dan marilah kita semua mendoakan supaya makbul akan niat & hajatnya itu. Dan kalau betullah si Guan Eng ni masuk Islam...., Karpal Singh pasti kena sawan.... hahahaha....

Wallahualam.....

Kisah Benar - DATO’ dan BURUNG TIONG

Posted: 30 Oct 2010 05:46 AM PDT


DATO' : mungkin merujuk kepada pengiktirafan kepada orang tertentu . Kebanyakkan adalah dari kalangan pemimpin atau tokoh tertentu

BURUNG TIONG : sejenis burung yang makin pupus . Suaranya nyaring dan mampu menghafal atau mengajuk suara bila di ajar. Pemeliharaannya adalah salah jika tanpa kebenaran dan jual belinya adalah secara sulit . Biasanya di peraga oleh pemiliknya di dalam sangkar atau berantai kemas di beranda rumah.

Di kisahkan seekor tiong telah di tugaskan oleh tuannya untuk menyambut tetamu dengan ucapan ' Selamat Datang' dan pulangnya 'Terima Kasih ". Kebolehannya telah mengundangkan minat pelbagai orang, termasuk si pencuri.

Di suatu awal pagi , si pencuri telah masuk. Si tiong juga menyambutnya dengan SELAMAT DATANG. Si pencuri telah menangkapnya.. tiada bunyi yang dikeluarkan si tiong kerana tidak di ajar sedemikian. Si pencuri membawa tiong keluar dengan iringan ucapan ' Terima Kasih '..

Begitulah juga, kisah atau analogi DATO' ini….yang mewakili sejumlah ramai rakyat Malaysia yang sudah di tiong, di biul, dan dibengongkan !!!


DATO' ini di lihat baik , cerdik dan sekarang tokoh perniagaan berjaya melalui proksinya. Dulunya Setiausaha Parlimen ketika zaman Dr Mahathir . Ketika Anwar Ibrahim hampir di pecat, hampir setiap malam beliau bersama solat hajat di Bukit Damansara.

Secara kebetulan AKU menyapanya dan terjadilah dialog ringkas dengan DATO ' di Airport Alor Setar pada 29 Sept 2010.

( Memulakan perbualan dengan bertanya khabar, kesihatan , perniagaan dan langsung ke politik)

AKU : Dato', pasaipa Investor Britain tu komen macam tu ? ( isu kehakiman terhadap Anwar dan kesannya kepada ekonomi Malaysia )

DATO' : Itulah kaki juboq, Barat akan sokong !

AKU : ( binau dengan libasannya aku ternganga tak terkata apa, sambil berpura batuk mencari akai ) …uurgh uurgh

DATO : Jahat Anwar ini !

AKU : Takkan macam tu kot Dato' ….. ( ayat aku tak sempat habis, dia cepat cantas)

DATO' : Memang betoi Anwar buat kerja tu. Ustaz XX X yang bagitau.

AKU : ( aku terpaksa terjah mencelah juga..) Ustaz tu tengok ka ? Dato' jumpa Ustaz tu ka ?

DATO' : Tak jumpa la ( tak jumpa ustaz itu ) . Tapi Mahkamah dah buat keputusan . Apa lagi nak kata !!

AKU : Tak semudah tu Dato'. Itulah isu yang di bangkitkan oleh Brenson tu dan juga Dr. Yusuf Qardawi

AKU : Tapi Dato' perasan tak,?? Pada mulanya Anwar di dakwa meliwat tapi .kemudiannnya di pinda tuduhan kepada "Rasuah salah guna kuasa " kerana dikatakan menggempaq Ummi Hamilda. Dato' ingat dak ? ( nampaknya stering dah di tangan aku !)

DATO' : Ni kes apa pulak ? I tak tau , tak dengar pun .(suara dia mula kenduq )

AKU : Dato', nampaknya rakyat diajaq oleh media untuk hapai skrip dan rakyat di paksa untuk jadi hakim !. Hukuman sebenar ke atas Anwar kerana salahguna kuasa , tetapi di canangkan sebagai hukuman liwat.Nanya rakyat kalau macam ni Dato' ? Yang cerdik pun pakat jadi pak turut dan tukang karut jugak !

DATO : Dak kot…

AKU : Maaf Dato' saya ngaji tak banyak, tapi Dr. Yusuf Qardawi dah kata kita ikut Quran cukuplah - tuduhan liwat atau zina wajib ada 2 saksi yang bicarakan di mahkamah syariah. Kita nak ikut sapa Dato'?

DATO : Uurgh uurgh ( batuk )

AKU : Kalu kerajaan jujur dan tiada agenda lain kenapa Anwar tak di bicara di Mahkamah Syariah ?

DATO ' : Di kedua-dua mahkamah ( syariah dan sivil ) pun boleh juga ?

AKU : Betoi ka dan pernahkah begitu ? Bukankah zina dan liwat ni kesnya sama dan selamanya di bicara di mahkamah syariah , walaupun tak ikut sepenuhnya hukum Islam . Kenapa perlu di mahkamah sivil ?Apa tujuannya ?

DATO : ( senyap )

AKU : Apakah daftar nikah orang Islam di buat Pejabat Agama dan daftar di Pejabat Pendaftaran ? Tak kan kes nikah cerai di bicara di mahkamah sivil ? Sejak bila pula kes zina atau liwat tak di bicara dimahkamah syariah ? Bila ubah undang-undang tu? Karut saja !!

DATO ' : Yang tu I tak tau pulak .
AKU : Berat Dato' . Boleh dak kita selamatkan diri dengan berkecuali atau berkata ,' hal liwat ni saya tak mau kata apa'. Bab tuduh ni dosa besaq.

DATO ' : ehem urgh....

AKU : Dato'. Apakah padan, mampu dan untung kita dok tanggung bangkai dengan tuduh liwat ni ? Kot lagi berat kita pula dok jadi burung tiong dan sebaqkan fitnah ni ( mulut aku koi ringan.)

DATO : Waalakumussalam ( tiba-tiba seorang kenalannya melintas dan memberi salam..)


Perbualan AKU dan DATO' terhenti siaran bila dia melayan tetamu baru.

…TAMAT.. Apa komen anda ?

Cikgu Zaki
"Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul Makiriin"

Kedahlanie

Pemilihan PKR: Mustaffa Kamil ‘kuasai’ Perak, mula rapatkan jurang

Posted: 30 Oct 2010 04:53 AM PDT

Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub yang ketinggalan pada hari pertama pengundian pemilihan pusat PKR semalam — di bawah sistem pemilihan langsung — mula mendekatkan jurang undi bagi jawatan timbalan presiden dengan memperoleh sokongan besar di Perak.

Sebanyak sembilan cabang melangsungkan pemilihan di Perak hari ini — pada hari kedua pengundian.

"Nampaknya pengundian hari ini campur-campur dengan Mustaffa dapat undi dalam jumlah yang banyak di Perak," kata seorang pemimpin PKR kepada The Malaysian Insider.

Misalnya di Bagan Serai, Mustaffa mendapat 217 undi manakala Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim masing-masing dapat 22 dan 27 undi.

Pada hari pertama semalam Zaid kuasai pengundian dengan Azmin di tempat kedua.

Selain Bagan Serai, lapan cabang di Perak, negeri yang pengerusinya Mustaffa, mengundi hari ini ialah Gerik, Lenggong, Larut, Parit Buntar, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas dan Sungai Siput.

Update - Bekas Calon Bn Maki Tok Guru Nik Aziz

Posted: 30 Oct 2010 04:04 AM PDT

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah (gambar) selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.


Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

"Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP," kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

"Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah," kata Menteri Besar.

Ustaz Nor (kanan) terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.

Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.

"Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi," katanya.

Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.

Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah.

Galas - Bekas calon BN maki hamun Tok Guru

Posted: 30 Oct 2010 02:32 AM PDT

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, sebentar tadi.

Kejadian di luar jangka itu benar-benar mengejutkan. - hrkh

(Laporan penuh menyusul)

Samy Sudah Mula Naik Minyak

Posted: 30 Oct 2010 02:28 AM PDT

Samy Vellu: Umno kalah di 70 kerusi jika ingat bukan Melayu tak perlu

SUNGAI SIPUT, 30 Okt — Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan Umno — parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) — tidak boleh menang di hampir 70 kerusi Parlimen tanpa sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu beliau menegaskan, pemangku ketua Umno Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang mengatakan partinya tidak memerlukan sokongan bukan Melayu sebagai tindakan tidak sensitif dengan senario politik semasa.

Samy Vellu (gambar) merujuk kepada prestasi BN yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada Mac 2008.

Kata Samy Vellu, pemimpin Umno itu pada hakikatnya tidak harus jadi ahli politik sama sekali.

"Bagaimana dia boleh bercakap yang Umno tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India?" kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

"Tanpa sokongan orang Cina dan India, BN menang di hampir 70 kerusi," kata bekas Ahli Parlimen Sungai Siput yang pernah menyebut beliau menang di kerusi itu pada 1990 kerana sokongan pengundi Melayu.


Sebaliknya pemimpin veteran ini yang menerajui MIC sejak tiga dekad lalu juga menegaskan, undi orang India sangat penting dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam ucapan pada satu majlis tertutup seperti yang tersiar di You Tube baru-baru ini, Johari didakwa berkata Umno Titiwangsa tidak memerlukan undi kaum Cina dan India jika mendapat 70 peratus pengundi Melayu.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga meminta pemimpin Umno Titiwangsa itu agar bersara dari politik.

Beberapa pemimpin Umno khususnya dari Wilayah Persekutuan juga melihat pandangan Johari itu boleh menjejaskan sokongan pengundi kaum Cina dan India kepada BN kelak.

Kata mereka ini bermakna di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Melayu sekitar 20 hingga 30 peratus, BN sukar untuk menang.

Malah kata mereka bukan semua pengundi Melayu mengundi BN atau Umno kerana undi Melayu telah berpecah kepada tiga iaitu Umno, PAS dan PKR.

Kata Samy Vellu, dalam persekitaran di mana masyarakat India mula kembali kepada BN secara beransur-ansur, jangan memandang rendah keperluan sokongan mereka kepada perikatan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dia menyebabkan kemudaratan besar ke atas budaya politik baru Perdana Menteri yang mahu menyatukan kesemua kaum bersama BN.

"Kita tidak memerlukan ahli-ahli politik macam ini yang menganggap bahawa BN boleh menang dengan hanya pengundi Melayu," kata Samy Vellu sambil menambah, beliau terkejut untuk mengetahui pemimpin dalam BN sanggup bercakap demikian.

Titiwangsa, majoritinya pengundi Melayu, salah satu bahagian Parlimen di Wilayah Persekutuan yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dua tahun lalu.

Tiada ulasan: